refleksi etika sosial.doc

3
Refleksi Ceramah Etika Sosial Bersyukur kepada Tuhan, kerana saya diberi peluang unuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Etika Sosial bersempena dengan kursus Bina Insan Guru ( BIG ) yang telah dilaksanakan di Dewan Agung, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada 19 Ogos 2014 Ceramah ini telah disampaikan oleh En.Mat Salleh Bin yang mengambil masa kira-kura 2 jam setengah,iaitu dri pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Tajuk ceramah ialah Pengucapan Awam. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan ceramah ini. Memang tidak boleh dinafikan bahawa selepas saya mengikuti ceramah yang bertajuk Pengucapan Awam ini saya telah mendapat beberapa kebaikan. Sememangnya ceramah ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa kita perlu yakin dan sentiasa menggunakan bahasa yang betul semasa pengucapan awam. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan semasa kita mengendalikan sesuatu program rasmi. Kalau kita tidak mempunyai sebarang ilmu tentang cara pengucapan awam, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita berucap di khalayak ramai orang. Jadi, ceramah teknik pengucapan ini membantu saya mempelajari banyak gaya semasa pengucapan rasmi dan cara-cara berucap di depan orang ramai. Antara kekuatan yang dapat kami kenal pasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan.Penceramah menggunakan persembahan multimedia yang menarik yang mana pemilihan warna slaid dan pautan menjadikan para murid-murid tidak bosan dan dapat memahami isi kandungan ceramah yang

Upload: parameswary-perumal

Post on 05-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Refleksi Ceramah Etika Sosial

Bersyukur kepada Tuhan, kerana saya diberi peluang unuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Etika Sosial bersempena dengan kursus Bina Insan Guru ( BIG ) yang telah dilaksanakan di Dewan Agung, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada 19 Ogos 2014 Ceramah ini telah disampaikan oleh En.Mat Salleh Bin yang mengambil masa kira-kura 2 jam setengah,iaitu dri pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Tajuk ceramah ialah Pengucapan Awam. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan ceramah ini. Memang tidak boleh dinafikan bahawa selepas saya mengikuti ceramah yang bertajuk Pengucapan Awam ini saya telah mendapat beberapa kebaikan. Sememangnya ceramah ini telah memberikanimpak positif yang besar dalam diri sayasebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawakita perlu yakin dan sentiasa menggunakan bahasa yang betul semasa pengucapan awam. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan semasa kita mengendalikan sesuatu program rasmi. Kalau kita tidak mempunyai sebarang ilmu tentang cara pengucapan awam, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita berucap di khalayak ramai orang. Jadi, ceramah teknik pengucapan ini membantu saya mempelajari banyak gaya semasa pengucapan rasmi dan cara-cara berucap di depan orang ramai. Antara kekuatan yang dapat kami kenal pasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan.Penceramah menggunakan persembahan multimedia yang menarik yang mana pemilihan warna slaid dan pautan menjadikan para murid-murid tidak bosan dan dapat memahami isi kandungan ceramah yang hendak disampaikan. Huraian yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini membolehkan murid-murid dapat memanfaatkan ceramah yang disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang kami dapati semasa aktiviti ceramah tersebut berlangsung adalah tempat yang disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diingati oleh setiap peserta program. Antara kelemahan yang kami dapati mengenai isi kandungan ceramah ini adalah kebolehan untuk membentuk keyakinan seseorang individu untuk berani berucap di hadapan khalayak ramai adalah sangat sukar. Walaupun telah menjadi guru sandaran beberapa tahun namun masih merasa gementar untuk berucap di khalayak ramai. Ini dapat dilihat pada murid-murid yang menjadi peserta program tersebut. Walaupun diberi galakan dan ganjaran namun perasaan malu dan segan masih tidak dapat dibuang sepenuhnya. Antara peluang yang kami peroleh melalui ceramah ini adalah kami dapat membina kekuatan diri untuk berucap di hadapan khalayak yang ramai. Kami dapat mengatur ayat agar menjadi lebih baik ketika berucap dan mengurangkan rasa gementar apabila berucap. Walaupun sering bercakap dengan murid-murid di sekolah, namun masih rasa gementar sekiranya terpaksa mengacarakan majlis- majlis yang formal. Selain itu, terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian terhadap ceramah yang diberikan antaranya ialah dengan cara berbual kosong dan ada juga melayari internet melalui telefon pintar.Dengan keadaan ini dikhuatiri objektif penceramah untuk menyalurkan maklumat tidak tercapai. Program ceramah tamat pada pukul 5 petang. Semua guru-guru dan juga pelajar IPG dijemput untuk menikmati jamuan minum petang di kantin sekolah.Menu jamuan pagi itu ialah nasi lemak sambal bilis dan juga kuih.Setelah selesai menikmati jamuan semua pelajar guru telah balik ke kolej kediaman.