refleksi ceramah big

2
REFLEKSI Pada hari 9 Oktober 2015, saya dan rakan sekelas telah berjaya menghadiri bengkel Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu “ Guru dan Budaya Inovasi ” mula dari 2.30 pm hingga 4.30 pm di Dewan Tun Hamdan. Melalui ceramah ini, pensyarah telah berkongsi banyak maklumat tentang kreatif dan inovatif serta telah menayangkan beberapa video yang mempunyai unsur tersebut. Antaranya adalah seperti video tentang mengupas kulit telur dengan menggunakan cawan, memotong buah nenas dengan cara yang singkat, melipat kain baju dengan cepat dan sebagainya. Ini telah menyedarkan saya bahawa guru merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi pada adab ke – 21. Saya juga menyedari bahawa adalah penting bagi seseorang guru untuk memasukkan unsur kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran dan pelajaran. Dengan itu, secara tidak langsung guru dapat membentuk pelajar yang mampu berfikir secara tajam, mendalam dan kreatif bagi menghadapi apa saja kemungkinan. Selain itu, pensyarah juga telah menjelaskan perbezaan antara kreatif dan inovatif dengan jelas. Kreativiti adalah diertikan sebagai kecenderungan untuk menghasilkan atau mengiktiraf idea-idea, lain-lain pilihan, atau kemungkinan-kemungkinan yang berguna untuk menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan menghiburkan diri kita dan orang lain. Saya sangat setuju dengan penjelasan pensyarah bahawa kreativiti adalah bermula dari idea dan tiga perkataan yang digunakan untuk menerangkan idea di dalam dunia kreativiti adalah “ Perbezaan ” , Segar ” dan “ Baru ”. Oleh itu, boleh dikatakan kreativiti adalah proses untuk menghasilkan idea, mengemukakan idea, mengeluarkan idea, mendapatkan idea, merumuskan idea dan mengiktiraf idea.

Upload: chai-yun-tiow

Post on 27-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi Ceramah Big

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Ceramah Big

REFLEKSI

Pada hari 9 Oktober 2015, saya dan rakan sekelas telah berjaya menghadiri bengkel

Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu “ Guru dan Budaya Inovasi ” mula dari 2.30 pm hingga 4.30

pm di Dewan Tun Hamdan.

Melalui ceramah ini, pensyarah telah berkongsi banyak maklumat tentang kreatif

dan inovatif serta telah menayangkan beberapa video yang mempunyai unsur tersebut.

Antaranya adalah seperti video tentang mengupas kulit telur dengan menggunakan cawan,

memotong buah nenas dengan cara yang singkat, melipat kain baju dengan cepat dan

sebagainya. Ini telah menyedarkan saya bahawa guru merupakan pencetus kreativiti dan

penjana inovasi pada adab ke – 21. Saya juga menyedari bahawa adalah penting bagi

seseorang guru untuk memasukkan unsur kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran

dan pelajaran. Dengan itu, secara tidak langsung guru dapat membentuk pelajar yang

mampu berfikir secara tajam, mendalam dan kreatif bagi menghadapi apa saja

kemungkinan.

Selain itu, pensyarah juga telah menjelaskan perbezaan antara kreatif dan inovatif

dengan jelas. Kreativiti adalah diertikan sebagai kecenderungan untuk menghasilkan atau

mengiktiraf idea-idea, lain-lain pilihan, atau kemungkinan-kemungkinan yang berguna untuk

menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan menghiburkan diri kita dan orang lain. Saya

sangat setuju dengan penjelasan pensyarah bahawa kreativiti adalah bermula dari idea dan

tiga perkataan yang digunakan untuk menerangkan idea di dalam dunia kreativiti adalah “

Perbezaan ” , Segar ” dan “ Baru ”. Oleh itu, boleh dikatakan kreativiti adalah proses untuk

menghasilkan idea, mengemukakan idea, mengeluarkan idea, mendapatkan idea,

merumuskan idea dan mengiktiraf idea.

Inovasi pula diertikan sebagai idea yang kreatif dilaksanakan atau digunakan.

Dengan ada penjelasan dari pensyarah, saya telah dapat membezakan antara kreativiti dan

inovatif. Antaranya ialah kreativiti penuh dengan idea-idea manakala inovasi penuh dengan

pencapaian. Kreativiti bermula dengan khayalan manakala inovasi adalah pelengkap

perjalanan. Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang ciri-ciri guru inovatif melalui

bengkel ini. Antaranya ialah menilai keberhasilan yang ingin dicapai, mempunyai unsur

kecindaan, mengenali diri pelajar, daya imaginaif yang tinggi dan sebagainya.

Kesimpulannya, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan melalui bengkel ini.

Saya berharap saya akan menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif supaya murid-

murid boleh dipengaruhi untuk menjadi seorang yang begitu juga.