refleksi bm

2
Tugasan 2 : Refleksi Bagi matapelajaran Pengantar Bahasa Melayu, saya dikehendaki untuk membaca dan memahami petikan daripada Buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Za’ba. Kemudian, saya perlu menganalisis petikan dengan melakukan pembetulan dari segi ejaan, tanda baca, morfologi, sintaksis dan semantik. Kerja kursus ini merupakan kerja khusus individu. Pada pendapat saya, pengalaman menyiapkan kerja kursus ini merupakan suatu pembelajaran yang amat berguna dan berharga bagi diri saya. Dengan menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapat banyak ilmu dan mempelajari perbezaan antara Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu Klasik. Hal ini sangat penting dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui perbezaan ini bagi membentuk anak-anak murid saya menjadi seorang yang mahir,menghargai dan mencintai Bahasa Melayu. Selain itu, saya juga dapat meneliti dan menganalisis kesalahan dari segi ejaan, tanda baca dan memahami dengan lebih mendalam tentang morfologi, sintaksis dan semantik. Saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dari kerja khusus ini dalam sesi pengajaran di dalam kelas kelak. Saya akan dapat mengajar anak-anak murid saya dengan ilmu yang betul dan bukan ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Saya juga dapat memantapkan ilmu dalam Bahasa Melayu saya dan memupuk semangat cintakan Bahasa kebangsaan ini dalam diri saya. Selepas

Upload: hanis

Post on 15-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh refleksi

TRANSCRIPT

Tugasan 2 : Refleksi Bagi matapelajaran Pengantar Bahasa Melayu, saya dikehendaki untuk membaca dan memahami petikan daripada Buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zaba. Kemudian, saya perlu menganalisis petikan dengan melakukan pembetulan dari segi ejaan, tanda baca, morfologi, sintaksis dan semantik. Kerja kursus ini merupakan kerja khusus individu.Pada pendapat saya, pengalaman menyiapkan kerja kursus ini merupakan suatu pembelajaran yang amat berguna dan berharga bagi diri saya. Dengan menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapat banyak ilmu dan mempelajari perbezaan antara Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu Klasik. Hal ini sangat penting dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui perbezaan ini bagi membentuk anak-anak murid saya menjadi seorang yang mahir,menghargai dan mencintai Bahasa Melayu.Selain itu, saya juga dapat meneliti dan menganalisis kesalahan dari segi ejaan, tanda baca dan memahami dengan lebih mendalam tentang morfologi, sintaksis dan semantik. Saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dari kerja khusus ini dalam sesi pengajaran di dalam kelas kelak. Saya akan dapat mengajar anak-anak murid saya dengan ilmu yang betul dan bukan ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Saya juga dapat memantapkan ilmu dalam Bahasa Melayu saya dan memupuk semangat cintakan Bahasa kebangsaan ini dalam diri saya. Selepas menyiapkan kerja khusus ini, saya, sebagai rakyat Malaysia berasa bertanggungjawab dalam mempertahankan dan memartabatkan Bahasa Melayu supaya tidak luput ditelan zaman.Disamping itu, dengan melakuan kerja khusus ini, saya dapat mamantapkan kemahiran berbahasa saya. Saya mampu berkomunikasi dengan lancr dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan bahasa pasar. Sabagai seorang bakal guru saya perlu memantapkan kemahiran berbahasa saya supaya anak murid saya kelak dapat berkomunikasi dan bertutur dalam Bahasa Melayu standard bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini sangat penting bagi melahirkan generasi yang cintakan Bahasa Melayu. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,h kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini memandangkan ini adalah kali pertama saya membuat kerja kursus sebegini. Ucapan terima ksih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan saya dari kelas atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini.