refleksi big sem 4

5
REFLEKSI BIG FASA 4 Ribuan terima kasih dan bersyukurlah akhirnya kami dapat menyelesaikan BIG Fasa 4 kami yang ini. Saya dan kawan-kawan dari kelas PPG Kohort 1 (Jun 2011) berasa bangga dapat menjalankan satu program BIG di mana semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011 semester enam dari kelas Matematik 3 telah menjalani satu aktiviti iaitu pembinaan Taman Reflexiologi. Kami perlu memilih salah satu kategori sekolah yang hendak dilawati iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Klauster, atau Sekolah Harapan. Untuk aktiviti ke-2 pula kami memilih tajuk perundangan di sekolah. Seramai 23 orang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini banyak memberi pengalaman kepada saya selaku pelajar IPG dalam meningkatkan pembangunan diri insan guru yang seimbang. Dalam menjayakan aktiviti ini kami telah bersepakat untuk memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin, Butterworth sebagai destinasi ...............................Kami telah memilih

Upload: punitha-nair

Post on 17-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Sem 4

REFLEKSI

BIG FASA 4

Ribuan terima kasih dan bersyukurlah akhirnya kami dapat menyelesaikan

BIG Fasa 4 kami yang ini. Saya dan kawan-kawan dari kelas PPG Kohort 1 (Jun

2011) berasa bangga dapat menjalankan satu program BIG di mana semua pelajar

Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011 semester enam dari kelas

Matematik 3 telah menjalani satu aktiviti iaitu pembinaan Taman Reflexiologi. Kami

perlu memilih salah satu kategori sekolah yang hendak dilawati iaitu Sekolah

Berprestasi Tinggi, Sekolah Klauster, atau Sekolah Harapan. Untuk aktiviti ke-2 pula

kami memilih tajuk perundangan di sekolah. Seramai 23 orang telah terlibat dalam

menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00

petang. Aktiviti ini banyak memberi pengalaman kepada saya selaku pelajar IPG

dalam meningkatkan pembangunan diri insan guru yang seimbang.

Dalam menjayakan aktiviti ini kami telah bersepakat untuk memilih Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin, Butterworth sebagai

destinasi ...............................Kami telah memilih sekolah ini kerana Sekolah

Kebangsaan Permatang Tok Mahat ini telah dinobatkan sebagai sekolah Harapan

dan dalam proses untuk mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Klauster.

KEKUATAN

Kedua-dua aktiviti ini dijalankan di sekolah yang sama iaitu di Sk Permatang

Tok Mahat. Aktiviti yang pertama iaitu lawatan penanda aras dimulakan dengan

taklimat tentang sejarah sekolah, pencapaian sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah

yang disampaikan oleh Guru Besar Sk Permatang Tok Mahat. Setelah itu kami telah

dibawa melawat kawasan sekolah oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sk Permatang

Page 2: Refleksi Big Sem 4

Tok Mahat. Untuk sesi yang kedua kami telah diberi ceramah tentang tajuk

Perundangan yang melibatkan guru-guru sekolah.

Selain itu faktor-faktor pemilihan sekolah sebagai penanda aras juga menjadi

salah satu kekuatan dalam program ini. Lokasi sekolah ini yang berada di laluan

utama memudahkan para peserta sampai ke sekolah dengan mudah dan tidak

mengambil masa yang terlalu lama. Pemilihan tarikh dan waktu lawatan iaitu pada

hari persekolahan juga boleh dijadikan kekuatan pada program ini kerana para

peserta dapat melihat perjalanan sekolah tersebut secara langsung.

Sokongan dan kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan, pihak

pentadbiran sekolah dan murid-murid merupakan satu kekuatan dalam projek ini.

Pihak pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Sk Permatang Tok Mahat yang

memberi sokongan dan layanan yang baik ketika lawatan dijalankan. Begitu juga

dengan guru-guru Sk Permatang Tok Mahat yang tidak lokek berkongsi ilmu untuk

kami gunakan sebagai panduan di sekolah masing-masing.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang saya dapati ialah masa yang kurang sesuai untuk

menjalankan program lawatan penanda aras ke sekolah. Program ini dijalankan

pada penghujung sesi persekolahan 2014. Seperti yang kita sedia maklum di

penghujung sesi persekolahan, setiap sekolah sibuk menjalankan pelbagai program

yang belum terlaksana. Oleh itu lawatan penanda aras yang peserta BIG jalankan

sedikit sebanyak menimbulkan kekalutan di mana pihak pentadbir sekolah dan guru-

guru perlu membahagikan masa untuk melayan peserta BIG dan menjalankan

program mereka sendiri. Begitu juga dengan peserta BIG yang terdiri daripada guru-

guru sekolah. Terdapat sebilangan peserta yang terpaksa meninggalkan tugas di

Page 3: Refleksi Big Sem 4

sekolah contohnya pengawas peperiksaan pengurus Hari Anugerah Kecemerlangan

sekolah untuk menghadiri aktiviti BIG yang diwajibkan bagi setiap pelajar PPG.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya Program Lawatan Penanda Aras ke sekolah haruslah

diadakan lebih awal contohnya di pertengahan sesi persekolahan kerana pada

waktu tersebut perjalanan sekolah agak tenang dan mempunyai ruang masa yang

agak selesa. Oleh itu pihak sekolah dan para peserta dapat memberi tumpuan

kepada program ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, aktiviti BIG yang telah diadakan berjaya selain

memberi pengalaman baru kepada saya dan peserta yang lain. Oleh itu

saya merasakan program ini amat berkesan dan perlu diteruskan oleh semua pelatih

untuk meningkatkan keyakinan diri dan menaikkan semangat kita selaku seorang

warga pendidik demi memartabatkan anak-anak bangsa kita untuk lebih berjaya

pada masa hadapan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada

rakan –rakan yang memberi kerjasama dalam menjayakan program yang bermakna

ini.