refleksi big( s8)

9
WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011 Refleksi: Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang Guru Cemerlang amat penting dalam pendidik. Dalam sektor pendidik, guru cemerlang dapat meningkatkan preatasi sekolah dan murid. Guru Cemerlang sentiasa menyediakan pendapat yang standard dan berkualiti demi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan. Seorang pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu Encik Chew Chee Hong turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min. Majlis dimulakan oleh pengacara dengan memperkenalkan latar belakang Encik Lee Meng Yee. Dengan itu, kami dapat berkenalan dengan lebih mendalam mengenai beliau. Selepas sesi memperkenalkan dirinya secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang pengalamannya dalam bidang pendidikan. Beliau adalah ketua panitia Bahasa Cina, pengalaman mengajar adalah 14 tahun. Selain itu, beliau juga memberi ceramah tentang teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran Bahasa Cina Penulisan dalam UPSR. Selain itu, beliau turut dijemput untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsian pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa dari semasa ke semasa. Encik Lee menyatakan bahawa seorang guru harus mempunyai impian dan kasih sayang dalam kerjanya. Beliau merupakan seorang

Upload: yee-ivy

Post on 23-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi BIG - S8

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang

Guru Cemerlang amat penting dalam pendidik. Dalam sektor pendidik, guru cemerlang

dapat meningkatkan preatasi sekolah dan murid. Guru Cemerlang sentiasa menyediakan

pendapat yang standard dan berkualiti demi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan Penanda

Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan. Seorang

pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu Encik Chew Chee Hong turut mengiringi kami ke

sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)

Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min.

Majlis dimulakan oleh pengacara dengan memperkenalkan latar belakang Encik Lee

Meng Yee. Dengan itu, kami dapat berkenalan dengan lebih mendalam mengenai beliau. Selepas

sesi memperkenalkan dirinya secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang

pengalamannya dalam bidang pendidikan. Beliau adalah ketua panitia Bahasa Cina, pengalaman

mengajar adalah 14 tahun. Selain itu, beliau juga memberi ceramah tentang teknik menjawab

soalan bagi mata pelajaran Bahasa Cina Penulisan dalam UPSR. Selain itu, beliau turut dijemput

untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsian pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa

dari semasa ke semasa.

Encik Lee menyatakan bahawa seorang guru harus mempunyai impian dan kasih sayang

dalam kerjanya. Beliau merupakan seorang guru yang aktif dan berpenyayang. Selain berperanan

sebagai seorang pendidik, beliau turut terlibat dalam memahami keperluan murid-muridnya.

Beliau juga selalu menolong rakan sejawatnya di sekolah dengan sukarela.

Setelah menerima maklumat-maklumat yang disampaikan oleh Encik Lee, saya berharap

diri sendiri dapat menjadikan seorang guru cemerlang serta dapat berkhidmat dalam sektor

pendidikan dengan berjaya. Guru cemerlang adalah matlamat saya, saya perlu berusaha supaya

mencapai matlamat yang ditetapkan.

Syarat-syarat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, Encik Lee memberikan tips

iaitu ‘JANGAN MALAS’. Perkataan ‘MALAS’ perlu dibuang dalam kamus hidup. Sebagai

seorang guru cemerlang harus berpegang teguh dengan Visi dan Misi sekolah. Walaupun

Page 2: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

kadang-kala terdapat tugasan yang banyak dan beban yang berat menyebabkan saya berasa

menyesal menceburi pekerjaan ini tetapi sekarang saya berasa bersemangat dalam mendidik serta

berusaha menjadi seorang guru cemerlang.

Kerjayaan amat memerlukan usaha yang tekun, pengorbanan amat penting. Saya tidak

akan berkira betapa susah semasa menjalankan tugasan dalam sekolah atau sektor pendidikan.

Guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi tentang maklumat yang perlu dilakukan

dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah sebagai Guru Cemerlang. Pertama,

mestilah menjadi guru yang disahkan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun. Selain

itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis dan yang paling utama

ialah memilih mata pelajaran yang paling berpengalaman dan profesional dalam pengajarannya.

Beliau juga berpesan kita harus menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pentadbir

sekolah.

Kesimpulannya, guru cemerlang sangat penting dalam sekolah kerana dapat

membekalkan pendapat yang berguna supaya memberi keyakinan kepada guru dalam sekolah.

Guru cemerlang berbincang dengan guru-guru dalam sektor yang cemerlang serta berkongsi

pendapat dan berbincang bersama supaya menghasilkan sesuatu penghasilan yang terbaik.

Page 3: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: Bengkel Guru Dan Perundangan

Encik Johari Bin Mohd Salim, iaitu Penolong Pengarah Unit Tatatertib Dan Keutuhan,

Jabatan Pendidikan Pahang telah memberikan ceramah kepada semua perserta PPG Bahasa

Cina. Beliau menceritakan tentang peraturan-peraturan yang perlu diamalkan oleh guru serta

undang-undang yang dapat melindungi guru.

Setelah ceramah ini, saya dapati seorang pendidik perlulah sentiasa memastikan otak

ceria dan sihat, selalu dapat memikirkan kaedah penyelesaian masalah yang berkesan. Selain itu,

saya juga dapat mengetahui tentang undang-undang yang dapat melindungi sebagai seorang

pendidik.

Berdasarkan kes-kes yang dikongsikan oleh beliau, saya dapat melihat banyak kes yang

melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan bertindak

ganas di sekolah. Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional

bersikap sedemikian terhadap pelajar? Punca guru untuk bertindak keterlaluan mungkin adalah

disebabkan guru menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,

tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Makalah terdapat kes-kes yang terbabit dengan guru yang bertindak keganasan di sekolah.

Sebaliknya, pada masa yang sama, terdapat salah laku yang dilakukan oleh murid dan guru

hanya memberi hukuman ringan terhadapnya sahaja, ataupun sebenarnya guru tidak bertindak

apa-apa ke atas murid tersebut, tetapi ibu bapa murid telah pergi ke sekolah dan menyalahkan

guru, menampar guru, atau sehinggalah lapor ke mahkamah. Senario ini menggambarkan

masyarakat pada masa kini adalah sangat berbeza dengan zaman dahulu. Pada zaman dahulu,

jika guru menghukum murid, murid adalah tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu

bapa akan memihak kepada guru. Tetapi apa yang dapat kita melihat sekarang adalah berbeza.

Guru ataupun sekolah adalah selalu diambil tindakan oleh ibu bapanya hanya disebabkan perkara

kecil.

Sebagai seorang guru, budi pekerti amat diperlukan dibina dalam naluri guru tetapi pihak

lain patutlah menghormati guru dengan ikhlas. Penghormatan amat penting, kefahaman penting

dalam membinakan antara guru dengan pihak lain.

Page 4: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Perundangan dalam pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang seharusnya

diketahui oleh semua pengurus sekolah. Perundangan merupakan alat untuk mempertahankan

hak setiap individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Semua pengurus sekolah

adalah perlu untuk mengetahui perundangan dalam pengurusan sekolah kerana ia adalah

keperluan menjaga hak setiap individu. Selain itu, dengan adanya undang-undang, maka

pengurus sekolah tidak melakukan tindakan yang melampau bidang kuasa. Sementara itu,

masyarakat yang semakin berpengetahuan luas dan sedar akan hak mereka dari aspek undang-

undang, maka perundangan dalam pengurusan sekolah harus diketahui oleh semua pengurus

sekolah. Tetapi, terdapat pengetua, guru besar, guru, dan kaki tangan yang kurang maklumat dan

pengetahuan mengenai undang-undang menjadikan banyak tindakan dan perkara dilakukan tanpa

mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh KPM. Antara dokumen undang-undang

adalah termasuk Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI), Akta Pendidikan 1969(pindaan 2006), dan akta

lain yang berkaitan.

Saya berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah tidak mudah. Guru adalah

perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang amat berat dan penting. Guru haruslah

memahami perundangan yang dikemukakan itu dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Hal ini

adalah untuk mengelakkan daripada berlaku segala perkara yang tidak diingini.

Page 5: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi: CERAMAH CIRI- CIRI GURU INOVATIF

Ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna untuk

guru-guru memahami dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri menjadi seorang guru inovatif

serta memberi pendedahan pengetahuan kepada guru-guru supaya golongan guru menjadi lebih

profesional serta melengkapkan diri dalam menangani arus inovasi dan perubahan yang kian

berkembang pesat dalam bidang pendidikan. Ceramah ini sebagai bekalan tambahan kepada

kami selaku guru dalam mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang dari segi

rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

Dr. Wong Sien Biang, Pensyarah Cemerlang dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

telah menyampaikan ceramah Ciri-ciri Guru Inovatif . Sebagai seorang guru yang inovatif,

perlulah sentiasa meningkatkan kualiti sendiri serta menyerap pendidikan dan ilmu yang berlain

dan berkesan. Seterusnya, menghasilkan sesuatu yang baru dan digunakan kepada semua murid

dengan berkesan.

Saya berasa guru yang semasa bukan mengajar atau mengeksport pengetahuan sahaja,

kreatif sesuatu yang baharu dan berguna serta menghasilkan sesuatu yang baharu. Guru sekarang

perlulah mencipta kaedah yang baharu dan berkesan terhadap murid-murid dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Saya akan berusaha supaya sentiasa dapat menjadi seorang guru yang inovatif dalam

semua bidang.

Page 6: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011

Refleksi:

LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KONG

MIN, KUANTAN

Lawatan Benchmarking ini bertujuan membina kemahiran pengurusan diri dan

kumpulan, membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta

menggalakkan semangat kerja berpasukan. Melalui lawatan ini, kami dapat mengenali dan

menilai potensi diri insan guru, membina pemikiran serta motivasi kendiri terhadap kerjaya

keguruan. Selain itu, kami juga dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup

berbakti.

Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang bergred A dan

terletak di luar bandar. Sekolah ini terbahagi kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Terdapat sebanyak 999 orang murid dan 57 orang guru, termasuk pihak pentadbir. Sekarang,

sekolah ini masih mempunyai satu kekosongan untuk jawatan GPK Petang. Beliau mengalu-

alukan sesiapa yang berminat menjadi GPK Petang bolehlah memohon sekarang. Menurut

beliau, walaupun sekolah ini tidak mempunyai padang, tetapi pihak sekolah tetap menyewa

stadium untuk menganjurkan sukan tahunan. Ini adalah disebabkan pihak sekolah hendak

mencungkil kebakatan murid-murid dari aspek sukan.

Sekolah Kluster Kecemerlangan tidak senang dijadikan, usaha yang dihasilkan oleh

semua kakitangan sekolah termasuklah guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah, semua murid,

ibubapa dan lain-lain bekerjasama menghasilkan sebuah sekolah yang berkualiti dan bermutu.

Keputusan murid amat dipentingkan dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, sikap dan

sifat guru-guru dan murid-murid juga amat penting. Di samping itu, kemudahan-kemudahan

sekolah dapat dipertingkatkan berkualiti atas sumbangan golongan yang pemurah hati.

Dalam sekolah tersebut, guru-guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran

dengan lancar dan berkesan dan murid-murid dapat mempelajari ilmu yang bermutu. Saya

berharap dapat mewujudkan sekolah yang diajar menjadi sebuah Sekolah Kluster

Kecemerlangan pada masa akan datang. Saya mesti berusaha supaya matlamat ini dapat dicapai

dengan secepat mungkin.

Page 7: Refleksi BIG( S8)

WONG CHIN YEE 820618-06-5126 BCN 3 / AMBILAN JUN 2011