refleksi big fasa 6.docx

5
REFLEKSI BIG PERINGKAT 4 FASA 5 DAN 6 Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada BIG Fasa 5 dan 6, IAITU PADA 7 MEI 2015 saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di SJK T KANGKAR PULAI. Bertolaknya kami dari IPGKTI dengan menaiki kereta masing- masing. dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar SJK T KANGKAR PULAI En.Kaliananand beliau sangat bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan bersemangat

Upload: pari-mala

Post on 15-Jul-2016

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI BIG FASA 6.docx

REFLEKSI BIG PERINGKAT 4 FASA 5 DAN 6

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan

adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada

masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani

cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan

guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani

pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus

kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang

seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta

guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan

pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

Pada BIG Fasa 5 dan 6, IAITU PADA 7 MEI 2015 saya telah menjalankan program lawatan penanda

aras di SJK T KANGKAR PULAI. Bertolaknya kami dari  IPGKTI dengan menaiki kereta masing-

masing. dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah

disambut dengan meriah oleh Guru Besar SJK T KANGKAR PULAI En.Kaliananand beliau sangat

bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan

bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian.

Beliau juga merupakan Guru Besar Cemerlang.

Selepas ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang sains iaitu Pn.

Gomathi. Beliau juga bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi

pengalaman dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat

kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Pn. Gomathi merupakan Jurulatih Utama (JU) sains  dan

juga telah mewakili Negeri Johor sebagai Peserta Kursus Sains Peringkat Kebangsaan.

Antara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah salah satu

factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-

guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga

untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam bidang

pelajaran malah aktif juga dalam inovasi sains di peringkat kebangsaan.

Page 2: REFLEKSI BIG FASA 6.docx

Antara kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa, masa 10 jam

tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SJK T KANGKAR PULAI.

Seterusnya Pada 10hb Mei kami telah mengadakan 2 bengkel di SJK T KULAI BESAR dan

Menjalan kan Ujian SDS untuk murids Tahun 6.Pendedahan pada program ini banyak memberikan

maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui bengkel

ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai

ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) 5dan

6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang

seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta

guru dan akauntabiliti profesional.

Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja

serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting

dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk

bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah bergelar guru

agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan

datang. Selain itu, Bengkel ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan

sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat

kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya

untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.

Page 3: REFLEKSI BIG FASA 6.docx

ANALISIS SWOT

KEKUATAN

- Semua pelajar telah berkerjasam dalam menjayakan program ini.

- Peruntukkan kewangan yang Stabil

- Bimbingan pensyarah yang mendorong kami menjayakan program ini.

KELEMAHAN

- Kekangan masa dalam setiap sesi.

- Ada pelajar yang tidak menepati masa.

- Lambat memulakan program

ANCAMAN

- Mengalami masalah ketidak hadiran Pegawai PPD seperti yang dijanjikan.

PELUANG

- Mendapat satu panduan untuk menjalankan lawatan benchmarking pada masa depan

- Mendapat idea-idea yang bernas serta dapat mengaplikasikanya dalam sekolah.

-