refleksi-big-fasa-5

4
NURUL AMILIANI BINTI AZMI 5 PISMP PJ 2 REFLEKSI CERAMAH BIG Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar ProgramIjazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaandan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini,BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan.Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan Guru danPerundangan . Ceramah yang disampaikan oleh DR. Ramzan,Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Beliau dipilih menjadi penceramah keranakobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Bilik Bestari pada 8 Februari 2015. Ceramah ini mengambil masa selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang hingga ke 5 petang. Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapapentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenaiapa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas. Walaupun guru bertindak sebagai in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik. Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik. Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan.Perkara yang paling saya ingati adalah guru harus membayar RM1650 kerana menampar murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar guru. Selain itu,guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya. guru haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik murid. DR Ramzan juga ada menunjukkan video tentang guru wanita yang diganggu dengan gangguan seksual. Beberapa klip video telah kami tonton, dan kami tidak menyangka rupa-rupanya jika ada lelaki atau ahli keluarga pelajar

Upload: chippyz-like

Post on 09-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

NURUL AMILIANI BINTI AZMI 5 PISMP PJ 2REFLEKSI CERAMAH BIGBina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar ProgramIjazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaandan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini,BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan.Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan Guru danPerundangan. Ceramah yang disampaikan oleh DR. Ramzan,Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Beliau dipilih menjadi penceramah keranakobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Bilik Bestari pada 8 Februari 2015. Ceramah ini mengambil masa selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang hingga ke 5 petang.Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapapentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenaiapa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas.Walaupun guru bertindak sebagai in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik. Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik. Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan.Perkara yang paling saya ingati adalah guru harus membayar RM1650 kerana menampar murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar guru. Selain itu,guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya. guru haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik murid.DR Ramzan juga ada menunjukkan video tentang guru wanita yang diganggu dengan gangguan seksual. Beberapa klip video telah kami tonton, dan kami tidak menyangka rupa-rupanya jika ada lelaki atau ahli keluarga pelajar ingin mengajak minum, itu sudah dikira sebagai gangguan seksual. Dari tontonan klip-klip tersebut, saya berpendapat bahawa guru-guru terutamanya kaum wanita haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika berurusan dengan ahli keluarga pelajar. Ini menunjukkan bahawa pentingnya undang-undang dalam ilmu pendidikan. Pihak sekolah seharusnya mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini untuk membantu murid tersebut berjaya.Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru mengenai perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut lunas undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh mengundangbahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki peperiksaan walaupun murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai semangat untuk belajar dan mereka inginkan kejayaan. Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya.Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas kejayaan sesuatu perkara.Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.

NURUL AMILIANI BINTI AZMI 5 PISMP PJ 2REFLEKSI PENANDA ARAS SK ZAINAB (2)Pada 11 May 2015, kelas saya 5 PISMP PJ telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Zainab (2),Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Sebelum lawatan ini diadakan, kami telah melalui beberapa prosedur. Mula-mula sekali, kami telah membentuk satu jawatankuasa untuk mengendalikan BIG Penanda Aras ini dan kami sebulat suara telah memilih saudara Amir Ikhmal sebagai Pengerusi, saudara Muhammad Asyraf sebagai Naib Pengerusi dan saudra Muhammad Hidhir sebagai Setiausaha.. Pelbagai kekangan yang telah kami hadapi sepanjang prosespenyediaan kertas kerja untuk program ini. Namun, pada saat-saat akhir, telah diluluskan permohonan kami untuk menjalani lawatan penanda aras di SK Zainab (2). Pada hari kejadian, kami telah bertolak dari IPGK Sultan Mizan pada pukul 8.00 pagi dan sampai di SK Zainab (2) pada pukul 8.50 pagi. Kami telah disambut oleh beberapa orang guru dan terus diiring ke tapak perhimpunan untuk sesi bergamber bersama guru SK Zainab (2). Setelah sesi bergambar, kami diberi minum pagi dan seterusnya kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bersama Penolong Kanan HEM Puan Nurmaidah. Penolong Kanan HEM Puan Nurmaidah telah membentangkan tentang pencapaian sekolah itu dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang keberadaan beliau di sekolah itu. Nyata, kehadiran beliau ke sekolah itu sangat merubah misi dan visi SK Zainab (2). Dari apa yang saya dapati, pendekatan yang digunakan oleh pihak pentadbir SK Zainab (2) untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari tahun ke tahun, adalah tahap disiplin sekolah ini. SK Zainab (2) melancarkan kempen sifar disiplin pada setiap tahun untuk memastikan tahap disiplin sekolah adalah baik. Saya akui sepanjang berada di sekolah tersebut, hanya dengar suara guru sahaja yang mengajar dan suara murid hanya kedengaran sipi-sipi sahaja. SK Zainab merupakan sekolah yang dijadikan benchamarking untuk program 3K yang akan datang, oleh itu, tahap kebersihan, keselamatan di sekolah ini sangatlah baik. Di setiap tandas iaitu hentian selesa dihias dengan cantik dan keadaan tandas amat selesa digunakan. SK Zainab (2) mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa pelajar sendiri untuk menghias hentian selesa bagi setiap aras bangunan. Saya mendapati, hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa sangatlah erat, begitu juga antara guru-guru dan antara guru-guru dan pekerja swasta. Di setiap kelas pula tiada tong sampah, murid dikehendaki membawa beg plastik yang kecil untuk membuang sendiri. Sekolah ini juga mengamalkan amalan makan tanpa tumpah, dimana murid-murid harus memastikan mereka makan dengan sopan dan tidak membuat kotor di meja makan ketika makan.Selain itu, SK Zainab (2) juga telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum. SK Zainab (2) telah melahirkan banyak tokoh taekwondo sepanjang tahun. Boleh dilihat disetiap ruang yang ada dipenuhi dengan sijil dan trofi berkenaan dengan taekwondo yang melibatkan pertandingan sehinggalah dari peringkat kebangsaan. Selain taekwondo, SK Zainab (2) juga mempunyai tempat untuk memanah dan bermain bowling. Aktiviti memanah dan bowling juga telah memenangi banyak anugerah sehinggalah ke peringkat kebangsaan.Keseluruhannya, saya sangat mengagumi pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pihak SK Zainab (2) untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang diperolehinya sekarang. SK Zainab (2) merupakan antara sekolah berprestasi tinggi dan wajar dicontohi oleh sekolah lain. Saya telah memperoleh pelbagai input yang berguna untuk saya sebagai bakal guru.