refleksi big fasa 1

Upload: siti-jamariah

Post on 07-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

FASA

TRANSCRIPT

REFLEKSI BIG FASA 1

Program BIG Fasa 1 adalah berkaitan dengn kem perkhemahan pelajar-pelajar sekolah rendah . Kem perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Malinsau, daerah Ranau. Saya adalah guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu dilantik di sekolah ini dan tahun ini adalah tahun pertama saya bertugas di sekolah ini . Saya dapat mengikuti kem perkhemahan ini sebagai ketua program dan fasilitator Unit Berunifom Tunas Puteri. Melalui aktiviti ini, saya berpeluang mempelajari banyak perkara, salah satunya ketepatan masa dan kerjasama dalam ahli pelaksana. Setiap masa memerlukan saya untuk bertindak cepat dan membuat pemantuan setiap aktiviti dijalankan mengikut jadual yang dirancang. Sebagai selaku ketua dalam program kem perkhemahan ini, soal ketegasan amat penting agar memastikan setiap yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk pelajar adalah mencabar seperti belajar berenang, jejak kembara, dan mendaki cerun tinggi. Secara keseluruhannya, program kem perkhemahan ini dapat dijalankan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan.

REFLEKSI BIG FASA 2Program BIG Fasa 2 adalah berkaitan dengn pelaksanaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi pelajar-pelajar sekolah rendah .Majlis sambutan Maulidurrasul ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pinausok, daerah Ranau. Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk menanamkan kefahaman tentang sirah Rasulullah SAW , cinta dan kasih terhadap Rasulullah SAW di kalangan kakitangan dan pelajar. Selain itu melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri , berketrampilan baik dan mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar.Saya mengikuti majlis ini bagi memenuhi syarat pelaksanaan PPG BIG Fasa 2 . Saya dilantik sebagai AJK penyediaan makan dan minum .Saya berasa seronok dan memberi kerjasama yang penuh kepada ahli-ahli petugas yang lain. Berbagai aktiviti yang dijalankan iaitu perarakan maulidurrasul mengelilingi kawasan sekolah ,bacaan tilawah al quran, pertandingan kuiz, peraduan mewarna dan acara berselawat. Secara keseluruhannya, objektif dan majlis ini dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

REFLEKSI BIG FASA 3Program BIG Fasa 3 adalah berkaitan dengn pelaksanaan Kursus Kepimpinan dan Motivasi . Saya mengikuti kursus ini bagi memenuhi syarat pelaksanaan PPG BIG Fasa 3 . Saya dilantik sebagai fasilitator kumpulan 3 sebagai pemudahcara dan membimbing pelajar menyiapkan tugasan yang diberi. Sasaran kursus ini adalah bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang memegang jawatan ketua kelas, penolong ketua kelas, ajk tertinggi dalam tiga unit Kokurikulum, iaitu Unit Berunifom, Kelab dan Persatuan dan Sukan/Permainan .Kursus ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pinausok, daerah Ranau. Objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk : Memantapkan pengetahuan sedia ada dengan modul program jati diri Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri agar lebih mantap dalam memegang sebarang jawatan d sekolah Menanamkan semangat dan komitmen yang tinggi ndalam menghadapi tugas yang diamanahkanBeberapa aktiviti dijalankan iaitu Senamrobik, Taklimat Kepimpinan dan Motivasi,bengkel dan pembentangan berkumpulan. Semua peserta pelajar dapat menyempurnakan tugasan yang diberi dan melakukan aktiviti dengan seronok .Objektif kursus dapat dicapai dengan melihat hasil kerja dan pembentangan para pelajar.

REFLEKSI BIG FASA 4Program BIG Fasa 4 adalah berkaitan kegiatan Kokurikulum iaitu Minggu Program Sukan / Permainan dan Malam Kesenian dan Kebudayaan bagi pelajar-pelajar asrama sekolah rendah . Program ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Malinsau , daerah Ranau. Saya adalah guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini . Sasaran adalah para pelajar asrama SK.Malinsau seramai 120 orang murid .Saya dapat mengikuti kem perkhemahan ini sebagai ketua program Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk : Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan bersefahaman. Meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. Melahirkan para pelajar yang berpotensi dan berkemahiran dalam bidang sukan dan permainan.. Memupuk semangat mencintai kesenian terutama bidang nyanyian dan tarian etnik Menggilap dan mengetengahkan potensi diri pelajar dalam bidang Kokurikulum Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Beberapa aktiviti dijalankan iaitu Senamrobik, sukan dan permainan , pertandingan bercerita Kadazandusun, pertandingan nyanyian solo, dan pertandingan tarian etnik berkumpulan. Semua peserta pelajar asrama dapat menyempurnakan dan melakukan aktiviti dengan seronok dan ceria .Objektif program dapat dicapai dengan sempurna, walaupun terdapat masalah teknikal yang akhirnya dapat diatasi dengan adanya kerjasama AJK pelaksana.

REFLEKSI BIG FASA 5 dan FASA 6Program BIG Fasa 5 dan Fasa 6 saya gabungkan kerana masalah kekangan masa. Program BIG Fasa ini adalah penanda aras ke sekolah cemerlang dan mendekati individu guru cemerlang. Bagi memenuhi matlamat program ini semua peserta / ahli PSV Kohot 2 akan membuat penanda aras ke sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebuah sekolah yang mempunyai seorang Guru Cemerlang Pemulihan Khas.

Alhamdulilah...pada 30 Mac 2015, iaitu hari Isnin, pelajar PPG kelas PSV 2 telah berjaya menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. Justeru pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi yang sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak guru di kalangan pelajar. Diharapkan program BIG Fasa 5 dan 6 ini dapat memberikan impak yang maksimum dalam meningkatkan rasa kebertanggungjawaban pelajar dalam memikul tugas dan cabaran dalam profesion keguruan.. Objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk : Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 5.dan fasa 6 Peserta dapat memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat dalam pengurusan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran Pemulihan seterusnya mengaplikasikan pengurusan sekolah cemerlang kepada semua peserta. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Program ini dapat memberikan pendedahan mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah cemerlang yang boleh diaplikasikan oleh peserta ketika berada di sekolah masing-masing selain menimba pengalaman untuk mengurus secara professional dan berkongsi pedagogi dengan guru cemerlang. Program ini juga dapat memberikan manfaat dan pengalaman kepada peserta untuk melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin .Semoga niat baik program ini dengan kerjasama pihak pengurusan IPG akan memberi impak yang berguna kepada kami nanti.