refleksi big benchmarking

Upload: pojanluiz

Post on 15-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mohd Fauzan B. Mohd HadiPISMP PM 1112920216-13-6145Refleksi Pertama sekali, saya ingin menrafakan rasa bersyukur kepada tuhan kerana telah memberikan saya peluang untuk melaksanakan Bina Insan Guru Penandaarasan ke Sekolah Seni Kuching. Ini merupakan peluang yang telah diberikan oleh pensyarah selaku mentor kami iaitu, Puan Radna Wismawati Muhibbah untuk melihat dengan lebih lanjut budaya dan pengurusan sekolah yang dilawati. Secara tidak langsung, banyak ilmu serta pengetahuan yang telah saya perolehi melalui penandaarasan ini.Antara ilmu yang telah saya perolehi melalui tugasan ini adalah, saya telah mempelajari bahawa setiap organisasi yang wujud memerlukan ahli yang berkomitmen bermula daripada ketua sehinggalah ahli-ahli kecil. Di sekolah seni ini, setiap guru-guru termasuk guru besar dan penolong-penolong kanan mempunyai kemahiran tersendiri yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran seni seperti seni lukis, seni drama, seni tarian dan sebagainya. Mereka sangat berkomitmen dalam membantu mengajar murid mengenai kemahiran tersebut dalam menjadikan murid berkemahiran tinggi dalam bidang seni. Dengan itu, ini menjadikan sekolah seni tersebut antara sekolah yang dipandang tinggi dari aspek seni dan pengurusan dalam bidang seni juga sangat sistematik.Selain itu, dari segi pengurusan pentadbiran sekolah tersebut mempunyai dua penolong kanan ko-kurikulum yang terbahagi kepada penolong kanan seni dan penolong kanan gerko. Ini bertujuan bagi memudahkan proses mentadbir sekolah yang mementingkan kedua-dua aspek ko-kurikulum tersebut. Malah, sistem pengurusan seperti ini juga membantu murid untuk mencapai kedua-dua bidang seni dan gerko dengan lebih seimbang. Dengan adanya penolong-penolong kanan tersebut, sekolah ini mampu merancang serta menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti dengan lebih teratur, baik dan seimbang sepanjang tahun. Selain itu, saya juga telah mendapat bahawa sekolah seni seni mementingkan sesuatu yang WOW dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Ini merupakan budaya yang sering diamalkan dan diterapkan oleh guru sekolah tersebut kepada murid-murid mereka. Mereka sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan bersaing dengan pelbagai lapisan masyarakat supaya sekolah mereka dipandang tinggi oleh masyarakat luar dan membantu murid mencapai prestasi yang memuaskan dalam bidang seni. Mereka sentiasa melakukan yang terbaik walaupun melebihi kemampuan yang ada. Dengan adanya budaya seperti ini, murid-murid dapat mencapai tahap yang lebing tinggi dan bersaing diperingkat yang lebih jauh dalam bidang yang mereka ceburi serta dikenali oleh masyarakat luar untuk menyumbangkan bakat mereka tidak kira peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Melalui penandarasan ini juga, saya telah melihat pengurusan pihak sekolah yang begitu menekankan pengurusan masa dalam kalangan murid mampu menjadikan murid-murid tersebut kuat dari segi mental dan fizikal dalam menangani apa jua keadaan sekalipun. Hal ini kerana jadual waktu yang penuh bermula dari pagi sehingga malam menyebabkan murid-murid terbiasa dengan pengurusan masa yang efektif kerana. Murid akan membiasakan diri dengan pengisian-pengisian masa yang bermanfaat bermula dari P&P pagi, Ko-kurikulum gerko dan bidang seni pada sebelah petang, kelas pada sebelah malam dan disambung semula dengan latihan bidang masing-masing sebelum pulang ke asrama. Ini menjadikan murid-murid di sekolah seni sentiasa mementingkan masa dan mampu mendidik mereka untuk tahan dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi dunia sekolah tinggi setelah mereka tamat pengajian di sekolah menengah kelak.Secara kesimpulannya, penandaarasan ini amat bermanfaat kepada kami kerana secara tidak langsung, saya mampu menilai setiap aspek yang terdapat dalam organisasi sesebuah sekolah dalam mentadbir agar menjadikan organisasi mereka sistematik dikenali, dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan ini juga, saya mampu membanding ia dengan sekolah-sekolah lain bagi mengenalpasti apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam sesebuah organisasi memimpin dan mentadbir sekolah tersebut. Ini akan membolehkan saya mengaplikasikan ilmu-ilmu yang berguna dan mengambil iktibar daripada apa yang negatif dan kurang dalam sesebuah organisasi di sekolah kelak.