refleksi big asmira

6
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V SITI NUR ASMIRA BINTI NOR SHAH Pada 15 Mac 2013 telah diadakan satu sesi pembentangan laporan Program Bina Insan Guru Fasa V di Dewan Kuliah Baru IPG Kampus Pulau Pinang melibatkan pelajar guru Tahun 3 Semester 5 Ambilan Januari 2011. Pembentangan laporan ini melibatkan 11 buah kelas sahaja kerana hanya 11 buah kelas yang telah menjalankan program Bina Insan Guru Fasa V manakala hanya satu kelas sahaja yang belum menjalankan program tersebut iaitu kelas T3 SN1. Oleh itu, saya sebagai ahli kelas Sn 1 menggunakan kesempatan ini untuk melihat cara kelas lain menjalankan program tersebut. Hasil dapatan daripada pembentangan tersebut saya mengetahui beberapa buah sekolah rendah di negeri bahagian utara Malaysia yang dikategorikan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster. Contohnya sekolah berprestasi tinggi yang terdekat adalah Sekolah Kebangsaan Midden Height di Pulau Pinang dan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asmah. Melalui pembentangan ini saya menyedari bahawa banyak sekolah yang berusaha mencapai tahap pencapaian yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Maka saya selaku bakal pendidik perlu mempersiapkan diri agar mampu mengurus dan mentadbir bidang tugas dengan dedikasi, tanggungjawab dan beriltizam tinggi dalam menyahut modenisasi pendidikan di Malaysia.

Upload: zikrul-hakiem-suhaimi

Post on 14-Feb-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG Asmira

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

SITI NUR ASMIRA BINTI NOR SHAH

Pada 15 Mac 2013 telah diadakan satu sesi pembentangan laporan Program

Bina Insan Guru Fasa V di Dewan Kuliah Baru IPG Kampus Pulau Pinang melibatkan

pelajar guru Tahun 3 Semester 5 Ambilan Januari 2011.

Pembentangan laporan ini melibatkan 11 buah kelas sahaja kerana hanya 11

buah kelas yang telah menjalankan program Bina Insan Guru Fasa V manakala hanya

satu kelas sahaja yang belum menjalankan program tersebut iaitu kelas T3 SN1. Oleh

itu, saya sebagai ahli kelas Sn 1 menggunakan kesempatan ini untuk melihat cara kelas

lain menjalankan program tersebut.

Hasil dapatan daripada pembentangan tersebut saya mengetahui beberapa

buah sekolah rendah di negeri bahagian utara Malaysia yang dikategorikan sebagai

sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster. Contohnya sekolah berprestasi tinggi

yang terdekat adalah Sekolah Kebangsaan Midden Height di Pulau Pinang dan Sekolah

Kebangsaan Sultanah Asmah. Melalui pembentangan ini saya menyedari bahawa

banyak sekolah yang berusaha mencapai tahap pencapaian yang cemerlang di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Maka saya selaku bakal pendidik perlu

mempersiapkan diri agar mampu mengurus dan mentadbir bidang tugas dengan

dedikasi, tanggungjawab dan beriltizam tinggi dalam menyahut modenisasi pendidikan

di Malaysia.

Selain itu, melalui pembentangan laporan program ini saya berpeluang

mengetahui latar belakang penubuhan sesebuah sekolah dan pencapaian sesebuah

sekolah. Saya mendapati bahawa latar belakang penubuhan sekolah tersebut adalah

kebanyakkannya mempunyai kaitan dengan sekolah yang dibawah kawalan institusi di-

Raja dan merupakan sekolah rendah golongan elit. Maka, sekolah tersebut mempunyai

kualiti dan berada dalam standard tertentu. Hal ini merupakan bonus kepada sekolah

tersebut dan mendapat Sekolah Berprestasi Tinggi atau Sekolah Kluster. Saya

menyedari bahawa sebagai bakal pendidik saya perlu bersedia dari segi mental dan

fizikal dalam mendidik generasi muda yang celik teknologi dan pintar. Oleh itu, saya

Page 2: Refleksi BIG Asmira

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

SITI NUR ASMIRA BINTI NOR SHAH

perlu berfikiran di luar kotak dan tidak berada dalam zon selesa sebaliknya berfikiran

inovatif dan kreatif dalam mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa

mengetahui maklumat terkini.

Pada 17 Mac 2013 telah diadakan Program Bina Insan Guru fasa V di Sekolah

Kebangsaan Ibrahim di Sungai Petani, Kedah. Program ini melibatkan pelajar guru dari

kelas Sains 1 seramai 20 orang diiringi 2 orang mentor iaitu Encik Zulkefli Ibrahim dan

Puan Rokiah Mat Som.

Program ini turut dihadiri dengan penglibatan pelajarguru daripada IPG Kampus

Darul Aman jurusan Pemulihan Bahasa. Ketibaan kami disambut dengan baik oleh

warga sekolah iaitu dua orang guru mata pelajaran Sains dan seorang guru mata

Pemulihan Khas. Seterusnya sesi fotografi diadakan sebagai kenangan seusai kami

menjamu selera di kafeteria sekolah.

Kami mendengar sesi taklimat ringkas tentang pengurusan sekolah, pencapaian

sekolah dan pelaksanaan aktiviti bagi mata pelajaran Sains dan Pemulihan Khas.

Ucapan dimulakan oleh Guru Besar sekolah tersebut. Beliau telah menceritakan serba

ringkas tentang penubuhan sekolah tersebut dan pencapaian-pencapaian yang telah

dikecapi oleh sekolah tersebut.

Saya mengetahui beberapa info baharu bagi diri saya tentang sekolah tersebut.

Antaranya adalah keunikan sekolah tersebut adalah sekolah tersebut hanya terdiri

daripada murid lelaki sahaja dan kebanyakkannya merupakan anak daripada golongan

elit. Selain itu, saya turut mengetahui bahawa sekolah ini dahulu dibawah pentadbiran

institusi di-Raja kemudian telah diturunkan kepada Kementerian Pendidikan. Justeru

Sultan Kedah mencemar duli dengan mengadakan lawatan ke sekolah tersebut semasa

Hari Anugerah Sekolah selain turut dilawati oleh ahli perniagaan terkenal seperti Datuk

Khalid Mohamad Jiwa bekas pelajar sekolah tersebut.

Page 3: Refleksi BIG Asmira

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

SITI NUR ASMIRA BINTI NOR SHAH

Maka, saya menyedari bahawa sebagai bakal pendidik saya perlu

mempertingkatkan dan menguasai kemahiran komunikasi interpersonal saya kerana

tugas guru melibatkan interaksi dengan orang luar seperti ibu bapa yang berpendidikan

tinggi serta masyarakat yang kian cerdik dalam menilai profesion keguruan. Oleh itu,

penambahbaikan yang dapat saya lakukan adalah saya perlu bijak dalam pergaulan

yang aktif dalam kelas dengan mencuba mengutarakan pendapat dan soalan dalam

usaha berkomunikasi dengan baik bersama rakan kelas serta komuniti di sekitar saya.

Melalui lawatan tersebut saya berpeluang memerhatikan perkembangan

infrastruktur sekolah tersebut. Sekolah tersebut mendapat dana dan sumbangan

dariapada ahli alumni sekolah tersebut di samping mendapat sumbangan daripada

pihak kerajaan. Maka dana dan sunbangan tersebut membolehkan pihak sekolah

menambah baik infrastruktur sekolah serta pembinaan bangunan baru bagi

menampung bilangan murid yang kian bertambah saban tahun. Oleh itu, saya

menyedari bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru dalam membina bilik

darjah yang kondusif, mesra budaya dan memenuhi keperluan murid selain daripada

prasarana yang mencukupi kepada murid agar murid dapat memanfaatkan kemudahan

yang disedaikan semaksima mungkin.

Saya turut mengetahui bahawa pencapaian sekolah ini juga berapa pada

semerlang dan seimbang. Hal ini dapat dilihat melalui pencapaian akademik murid iaitu

peratusan keputusan UPSR murid saban tahun adalah meningkat dan berada pada

tahap cemerlang manakala pencapaian murid dalam bidang kokurikulum adalah pada

tahap yang cemerlang dengan pencaian di peringkat kebangsaan. Justeru saya

sebagai bakal pendidik menyedari bahawa saya perlu melengkapkan diri bukan sahaj

dengan ilmu pengetahuan secara teori dan pedagogi sebaliknya saya perlu melibatkan

diri secara aktif dalam bidang sukan. Hal ini kerana apabila saya ditugaskan ke sekolah

kelak saya menghadapi kemungkinan menjadi guru pembimbing bagi sesuatu kelab

atau permainan di sekolah. Maka berbekalkan pengalaman, saya dapat melatih,

Page 4: Refleksi BIG Asmira

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

SITI NUR ASMIRA BINTI NOR SHAH

membinbing serta berkongsi pengetahuan dengan murid dalam usaha membimbing

murid sekaligus melahirkan insan guru yang seimbang dari aspek jasmani, rohani,

intelek dan emosi.

Di samping itu, saya mendapati bahawa latar belakang penubuhan sekolah

tersebut adalah kebanyakkannya mempunyai kaitan dengan sekolah yang dibawah

kawalan institusi di-Raja dan merupakan sekolah rendah golongan elit. Maka, sekolah

tersebut mempunyai kualiti dan berada dalam standard tertentu. Kebanyakkan murid

yang memasuki sekolah ini terdiri daripada golongan bijak pandai. Oleh itu, saya

sebagai bakal pendidik perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas,

mengetahui dan mengemas kini maklumat terbaharu yang seiring dengan arus

pemodenan. Selain itu saya turut perlu mempertingkatkan diri dengan kemahiran

komunikasi kerana guru sering berhadapan dengan ibu bapa daripada golongan bijak

pandai, murid daripada golongan di Raja serta majlis-majlis sekolah yang melibatkan

golongan elit dan bangsawan.

Tuntasnya, objektif Program Bina Insan Guru Fasa V IPGK Pulau Pinang

tercapai dalam usaha memupuk kesedaran tentang kemasyarakatan dengan

mendedahkan guru pelatih dengan domain pembangunan diri insan guru yang

seimbang, hubungan guru dengan komuniti, guru dengan akauntabiliti profesionalisme,

aktiviti kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakuantabiliti dan

amanah.