refleksi big 6 sem

9
REFLEKSI NAMA : LIM CHEN CHING (921012-12-6302) OPSYEN : PISMP PSV SEMESTER 6 AMBILAN JAN 2012 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program wajib bagi guru pelatih sepanjang mengikuti program PISMP semasa berada di IPG. Program BIG perlu dilaksanakan selama 6 semester dan setiap semester mempunyai aktiviti yang berlainan. Antara matlamat program BIG dilaksanakan adalah untuk membuka peluang kepada guru pelatih memahami realiti persekitaran dan memberi respon positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Justeru, setelah berada di semester 6, saya telah mendapat banyak input, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berbeza daripada setiap aktiviti BIG yang telah dilaksanakan sepanjang 6 semester. Program BIG Fasa I merupakan aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3 malam bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir bermula dari 19 Mac 2012 sehingga 22 Mac 2012. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengurusan khemah, latihan dalam kumpulan, keyakinan dalam air, berkayak, kembara hutan, memasak, kawad kaki, tazkirah dan moral, persembahan dan refleksi. Banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran baharu yang dipelajari melalui perkhemahan ini kerana ianya banyak melatih diri saya ke arah pembangunan modal insan keguruan. Tidak dinafikan perkara utama yang dilatih semasa aktiviti perkhemahan adalah dari segi ketahan fizikal dan mental. Guru

Upload: jesse-owens

Post on 10-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

REFLEKSINAMA: LIM CHEN CHING (921012-12-6302)OPSYEN: PISMP PSV SEMESTER 6 AMBILAN JAN 2012

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program wajib bagi guru pelatih sepanjang mengikuti program PISMP semasa berada di IPG. Program BIG perlu dilaksanakan selama 6 semester dan setiap semester mempunyai aktiviti yang berlainan. Antara matlamat program BIG dilaksanakan adalah untuk membuka peluang kepada guru pelatih memahami realiti persekitaran dan memberi respon positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Justeru, setelah berada di semester 6, saya telah mendapat banyak input, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berbeza daripada setiap aktiviti BIG yang telah dilaksanakan sepanjang 6 semester.

Program BIG Fasa I merupakan aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3 malam bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir bermula dari 19 Mac 2012 sehingga 22 Mac 2012. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengurusan khemah, latihan dalam kumpulan, keyakinan dalam air, berkayak, kembara hutan, memasak, kawad kaki, tazkirah dan moral, persembahan dan refleksi. Banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran baharu yang dipelajari melalui perkhemahan ini kerana ianya banyak melatih diri saya ke arah pembangunan modal insan keguruan. Tidak dinafikan perkara utama yang dilatih semasa aktiviti perkhemahan adalah dari segi ketahan fizikal dan mental. Guru perlulah mempunyai tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi bagi menghadapi rintangan dan halangan dalam profesion keguruan. Aktiviti seperti berkayak, keyakinan dalam air, jungle tracking dan lain-lain banyak melatih ketahanan fizikal saya dan aktiviti ini sememangnya menyeronokkan apabila dilakukan bersama-sama dengan rakan yang lain. Di samping itu, terdapat juga ilmu pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang aktiviti perkhemahan contohnya semasa menjalani aktiviti kembara hutan di mana kami didedahkan dengan herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Pengetahuan seperti ini banyak membantu diri saya untuk lebih mendekati alam sekitar dan boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa berada di dalam hutan. Tidak dinafikan juga, pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti aktiviti perkhemahan ini seperti membina khemah, memasak, kerjasama dalam kumpulan, bersifat berani dan lain-lain banyak berguna untuk melatih diri ini menjadi lebih bersifat keguruan dan menggunakannya semasa berada di sekolah kelak.

Bagi program BIG Fasa II, kami telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Bandar Tanah Merah Kelantan pada 19 Julai 2012. Aktiviti kemasyarakatan yang kumpulan kami jalankan ialah membuat mural untuk menceriakan PDK. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini banyak membuka mata saya di mana ianya bukan sahaja meningkatkan kefahaman saya tentang profesion keguruan malah juga banyak mengajar saya tentang kehidupan. Semasa di PDK, saya telah melihat pelatih PDK yang kurang bernasib baik namun mereka masih lagi berusaha dan tidak berputus asa dalam kehidupan. Semangat perjuangan mereka telah mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha dalam apa jua yang dilakukan. Selain itu, program BIG Fasa II ini juga telah membantu saya dalam meningkatkan daya kreatif dan inovatif. Aktiviti mural yang dijalankan di PDK juga banyak membantu saya dalam meningkatkan lagi kreativiti dalam diri dengan menghasilkan lukisan dinding. Aktiviti kali ini banyak memberi pengalaman kepada saya dalam berinteraksi dengan golongan OKU dengan lebih dekat lagi. Di sana saya dapat melihat secara langsung bagaimana mereka dilatih untuk hidup lebih berdikari, cara mereka berinteraksi dan tempat pembelajaran mereka. Walaupun mereka sedar akan kekurangan yang ada, namun mereka masih lagi berusaha dalam mempelajari sesuatu. Dari situ, ianya banyak mengajar saya dalam menghayati profesion keguruan dengan lebih mendalam dengan memahami konsep kerja sebagai ibadah meningkatkan lagi pemikiran positif serta motivasi dalaman.

Seterusnya adalah program BIG Fasa III di mana kumpulan PSV telah memilih untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat kepada komuniti. Program BIG ini telah dijalankan di galeri Warisan Gasing Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal, Pasir Puteh, Kelantan pada 5 Februari 2013. Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan adalah menghasilkan mural di dalam galeri dan juga memberi penerangan berkaitan dengan mural kepada pelajar seni di SMK Gaal. Melalui program BIG Fasa III, saya banyak belajar untuk menghargai warisan dan seni budaya kebangsaan. Semasa melakukan mural, saya banyak mencari bahan-bahan maklumat berkaitan dengan gasing terutamanya gasing negeri Kelantan. Aktiviti mural di SMK Gaal banyak membuka mata saya tentang cara pembuatan gasing kerana sebelum menjalankan aktiviti mural, saya dan beberapa rakan sekelas telah melawat SMK Gaal untuk melihat keluasan dinding yang perlu dilukis. Pada masa itulah guru yang bertanggungjawab terhadap galeri tersebut telah menerangkan sedikit sebanyak tentang pembuatan gasing dan dari situlah saya telah mengetahui bagaimana gasing dihasilkan. Di samping itu, BIG ini juga banyak membantu saya dalam meningkatkan kecekapan dalam penyampaian dan komunikasi. Ini kerana semasa kami sedang melakukan mural, terdapat pelajar yang mengambil jurusan seni di SMK Gaal telah melawat aktiviti kami. Pada masa itulah kami perlu menerangkan bagaimana untuk menghasilkan mural yang baik untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan dalam bidang seni. Penerangan tentang aktiviti mural kepada pelajar sememangnya telah membantu saya untuk lebih berani untuk tampil ke hadapan dan berkomunikasi dengan pelajar. Ini kerana saya sedar bahawa kemahiran interpersonal dan intrapersonal amat penting bagi seorang guru untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.

Program BIG Fasa IV pula merupakan aktiviti mural yang dijalankan di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Saya dan rakan sekelas telah memilih untuk menghasilkan mural di sekitar kampus untuk menceriakan lagi persekitaran. Antara beberapa mural yang telah dihasilkan adalah mural di bangunan Blok C dan Blok D. Aktiviti seperti ini banyak mengajar saya untuk lebih bersifat kreatif dan inovatif. Ini kerana melalui penghasilan mural, ianya bukan sahaja tentang kecantikan sesuatu hasil catan di atas dinding tetapi merupakan suatu hubungan komunikasi dengan individu lain iaitu dengan warga IPGKKB. Kami telah menghasilkan dua hasil mural yang berkaitan dengan alam sekitar iaitu haiwan di dalam hutan serta pemandangan di dasar laut dengan hidupan laut. Selain itu, kemahiran dalam pengurusan amat penting bagi seseorang guru. Oleh itu, sebelum kami menjalankan aktiviti mural, saya dan rakan sekelas yang lain telah berbincang dan melihat keadaan dinding dan saiz dinding. Kami telah berbincang dan merancang gambar yang ingin dihasilkan bagi dinding-dinding tertentu. Di samping itu, kami juga telah merancang dalam pembahagian tugasan setiap orang supaya kerja menjadi lebih terancang dan teratur. Jadi, saya dan rakan sekelas telah mempelajari sesuatu di mana kita perlulah merancang dengan lebih awal sekiranya ingin melakukan sesuatu supaya tidak kelam kabut.

Bagi program BIG Fasa V, kumpulan kami telah membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan, pada 22 Januari 2014 untuk penanda aras di sekolah bagi melihat pengurusan dan juga budaya di sekolah dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Program penanda aras ini diadakan supaya mendedahkan situasi realiti kepada bakal pendidik berkaitan dengan pengurusan di sekolah serta tugas-tugas pendidik sebagai agen pembina modal insan yang berkualiti. Melalui lawatan ini, saya banyak melihat tentang pengurusan sekolah yang berkesan tidak kiralah dari segi akademik, ko-kurikulum mahupun bahagian pentadbiran sekolah. Setelah mendengar taklimat yang diberikan oleh Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan ko-kurikulum, pengurusan yang sistematik adalah penting termasuklah dalam pengurusan jadual PdP, fail-fail maklumat seperti maklumat murid yang merangkumi latar belakang murid, prestasi akademik dan lain-lain. Di samping itu, saya juga telah banyak mendapat pendedahan tentang tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah. Sepertimana yang dikatakan oleh guru besar dalam taklimatnya, guru dilihat sebagai pemimpin yang mampu membangunkan sumber manusia. Ini kerana guru merupakan operator-operator yang bertugas dalam menjalankan kilang mendidik manusia. Guru juga perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka seperti membantu murid yang bermasalah dengan mengadakan kelas tambahan pada hari jumaat ataupun sabtu. Dari situ, saya sedar bahawa guru perlulah banyak berkorban dan bersabar untuk membantu murid-murid. Sudah menjadi tugas sebagai seorang pendidik untuk mendidik murid tidak kiralah dari segi akademik mahupun sahsiah mereka.

Bagi program Fasa V, satu lagi ceramah yang telah dilaksanakan pada pagi 4 Mei 2014 bertempat di Dewan Wawasan selama 3 jam oleh Encik Othman yang berkaitan dengan Undang-undang Malaysia Akta 174. Banyak input yang saya perolehi melalui ceramah tersebut dan salah satunya adalah berkaitan dengan beberapa tatatertib yang perlu diikuti sepanjang mengikuti program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga sebagai penjawat awam. Antara beberapa tatatertib yang telah dibincangkan dalam ceramah ini adalah tatatertib am, asrama, lalulintas dan peperiksaan. Encik Othman banyak memberikan contoh-contoh kesalahan yang pernah dilakukan serta tindakan yang telah diambil. Dari situ, saya menjadikan setiap kesalahan yang pernah dilakukan sebagai suatu pengajaran penting supaya tidak melanggar mana-mana akta. Saya perlu sentiasa menjaga tatasusila sebagai seorang bakal pendidik yang sudah pasti menjadi teladan untuk anak murid saya kelak. Di samping itu, Encik Othman juga telah memberi tunjuk ajar tentang beberapa peraturan dan persediaan sebelum menjalani temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Akhir sekali adalah program BIG Fasa VI yang telah diadakan pada 13 Oktober 2014 bertempat di Dewan Wawasan IPGKKB. Terdapat dua individu yang telah dijemput untuk menyampaikan dua tajuk ceramah iaitu Dr. Hjh. Zunoriah Mohamed dan Encik Tengku Abdullah B. Tengku Ismail. Slot pertama yang telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Zunoriah dengan tajuk ceramah Guru dan Inovasi manakala slot kedua pula telah disampaikan oleh Encik Tengku Abdullah B. Tengku Ismail dengan tajuk ceramahnya Budaya Guru Cemerlang. Dalam slot ceramah yang pertama, banyak input dan pengetahuan baharu yang didapati melalui ceramah tersebut dan salah satunya adalah berkaitan dengan bagaimana guru mampu membuat perubahan kepada sekolah dan juga sistem pendidikan dengan berfikiran kreatif dan inovatif. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk membuat inovasi dan transformasi dari segi PdP supaya pembelajaran murid menjadi lebih berkesan. Dr. telah menyatakan bahawa guru perlu berani dalam menyahut cabaran semasa dan menghadapinya dengan positif dan terbuka. Ini kerana ia merupakan suatu langkah terbaik dalam menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam bilik darjah. Melalui slot ceramah yang kedua, saya sedar bahawa guru merupakan individu yang bertanggungjawab bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi juga memikul tugas mendidik murid untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru yang cemerlang bukan sahaja dilihat pada gaya pengajarannya yang berkesan tetapi juga mempunyai personaliti yang mampu dijadikan sebagai tauladan kepada orang lain. Guru yang cemerlang bukan sahaja menunjukkan komitmen dalam aspek PdP tetapi juga menerapkan sifat kasih sayang dan banyak mengambil berat terhadap muridnya tidak kira semasa berada di dalam sekolah mahupun latar belakang murid. Ini kerana latar belakang murid banyak memberi kesan kepada prestasinya di sekolah. Justeru, guru perlu banyak mengambil perhatian dan sentiasa memerhatikan muridnya.

Secara keseluruhannya, program BIG yang telah dilaksanakan selama 6 semester banyak membantu saya untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Ia banyak membuka peluang kepada saya dan guru pelatih yang lain untuk menilai diri dan seterusnya menghayati profesion keguruan dengan lebih mendalam. Program BIG sememangnya sesuai dilaksanakan kepada semua guru pelatih yang mengikuti program PISMP bagi memupuk sifat kendiri yang diperlukan oleh seseorang guru dan membantu untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.