refleksi big

5

Click here to load reader

Upload: chiong-yew-tiong

Post on 21-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG

Refleksi BIG (TIONG CHIONG YEW)

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,

memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan

yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan

cemerlang. Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang

terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti

menghadiri program bina insan guru. Program tersebut harus dilakukan bermula

apabila guru pelatih mula menjejakkan kaki ke peringkat ijazah sarjana muda.

Pada 30 Mac 2015, kumpulan kami PISMP Matematik Sem 5 telah menjalankan

BIG di SJK Tukau Miri. BIG pada kali ini bertujuan untuk mengenali pentadbiran

dan suasana sekolah untuk memberi gambaran awal kami terhadap sekolah

untuk menyediakan kami dari segi minda atau fizikal untuk pratikum mahupun

pada masa hadapan sebagai guru. Encik Si pada kali ini telah menyertai kami

dalam program BIG ini. Beliau berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator

sepanjang aktiviti ini.

Sebelum pergi ke BIG, pengerusi BIG telah mengadakan beberapa

mesyuarat untuk menentukan ahli jawatan kuasa dan menentukan tugas mereka

untuk memastikan kelicinan program BIG di sekolah. Antaranya ialah pemilihan

tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah

perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SJK Tukau i untuk

dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan

penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan

lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak SJK Tukau telah memberi

maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga

dan terharu dengan penerimaan itu.

Aspek pertama yang saya belajar komunikasi yang berkesan. Terdapat

berlakunya komunikasi tidak berkesan di pengerusi, setiausaha dan pihak

sekolah. Kami sepatutnya memulakan BIG pada 30 Mac tetapi berlakunya

kesalahan komunikasi menyebabkan pihak sekolah mengingatkan kami

menjalankan BIG pada 27 Mac. Mentor kami agak marah kerana kekurangan

Page 2: Refleksi BIG

kepekaan kami. Melalui perkara ini, saya telah mempelajari komunikasi yang

berkesan adalah maklumat yang disampai oleh orang pertama harus berjaya

diterima oleh pendengar. Saya juga belajar daripada kesilapan orang lain

bahawa kita harus menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan

sempurna. Di sini, bukan hendak membesarkan kesilapan sesiapa tetapi kita

harus belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan.

Sesampai di sekolah, kami telah disambut oleh guru dan guru besar SJK

Tukau. Aspek kedua yang saya belajar di sini adalah budi bahasa dan bersopan

santun. Guru besar Tukau telah menjadikan dirinya sebagai role model untuk

kami belajar. Beliau telah menunjukkan nilai seperti peramah dan bersopan

santun. Beliau berucap dalam nada yang lembut dan sedia untuk membantu

serta memenuhi keperluan. Selepas beliau memberi ucapan beliau telah

membawa kami melawat kawasan sekolah dan memperkenalkan sejarah

sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, prasekolah,

bilik muzik, sudut pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal dan

lain-lain lagi. Selepas itu, sesi soal jawab tentang pentadbiran sekolah telah

dijalankan antara kami dengan guru besar untuk lebih mengenali sistem

pentadbiran sekolah SJK Tukau. Kami juga sempat berbincang dengan guru

besar tentang isu kekurangan bilangan murid tahun 1 dan kesan-kesannya.

Jutaan terima kasih kepada guru besar Tukau kerana berkongsi pengalamannya

sebagai guru besar.

Selepas itu, giliran guru darjah untuk memberi taklimat tentang

pengurusan bilik darjah. Guru-guru di SJK Tukau tidak mengalakkan kami

menggunakan kaedah rotan untuk mendisplinkan murid-murid. Di sini, saya telah

mempelajari daripada guru-guru Tukau bahawa kita sebagai harus

melaksanakan guru penyayang untuk mewujudkan suasana yang harmoni untuk

pembelajaran murid-murid.

Saya juga mempelajari tentang kita harus menghiaskan kelas dengan

cantik untuk murid supaya mereka mempunyai hati yang gembira untuk datang

ke sekolah. Guru boleh menghiaskan bilik darjah dengan kartun yang murid-

Page 3: Refleksi BIG

murid suka. Saya juga mempelajari daripada guru kelas supaya menentukan

peraturan dalam bilik darjah supaya utnuk mewujudkan bilik darjah yang

berdisplin.

Selepas itu, kami telah makan tengahhari di Sekolah SJK Tukau. Saya

telah mempelajari nilai kerjasama dan teratur daripada kumpulan AJK makanan.

Ini kerana mereka telah bekerjasama dan menghantar makanan kepada stiap

guru. Saya juga mempelajari nilai kesyukuran atas makanan yang diambil. Saya

telah memakan habis makanan tersebut sebagai tanda kesyukuran saya

terhadap makanan yang dibagi.

Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan

bersungguh-dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu

dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan

dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program

sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan

lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar.

Sekiranya di beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu

menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang

diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang

cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula

dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu

melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan

sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil akan dapat

melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.

Saya telah mempelajari dua perkara yang penting daripada guru besar

iaitu mengutamakan keselamatan murid-murid dan sentiasa mempunyai kaedah

alternative untuk menyelesaikan masalah di sekolah. Sebahagian sekolah SJK

Tukau sedang menjalankan pemulihan papan siling yang dimakan oleh anai-

anai. Guru beasr telah menandakan tempat larangan dengan menggunakan tali

supaya mengingatkan murid supaya tidak masuk ke kawasan larangan. Hal ini

Page 4: Refleksi BIG

kerana murid-murid mungkin akan cedera dengam cebisan siling yang jatuh.

Guru besar juga menegur sesiapa yang memasuki kawasan larangan.

Sekolah SJK Tukau tidak mempunyai cantin. Oleh sebab itu, Guru besar

Tukau telah meminta perkhidmatan van untuk menjual makanan kepada murid.

Van ini telah menjual pelbagai makanan seperti mi, kuih, burger dan lain-lain.

Semua barangan ini dijual dengan murah untuk memenuhi keperluan murid-

murid. Guru besar Tukau amat memetingkan kebajikan murid-muridnya di

sekolah. Saya telah mempelajari bahawa kita harus memikul tugas atau

tanggungjwab kita dengan hati yang rela dan melaksanakannya dengan

sempurna.

Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka

digalakkan bersukan ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan.

Ketika waktu berehat terdapat murid –murid akan bermain badminton. Pada

waktu lawatan tersebut saya ternampak juga guru turut serta bermain permainan

dengan murid. Ini menunjukkan juga bahawa jalinan hubungan antara guru dan

murid terjalin dengan erat dan mesra.

Selapas menjamu selera, kami telah berpecah kepada beberapa

kumpulan untuk mengecat dan melukis mural pada diding bilik PIBG SJK Tukau.

Di sini terdapat keliruan tentang tugas masing-masing kerana kumpulan saya

sebagai penghiasan tidak dapat dilaksanakan kerana dinding yang dicatkan tidak

semapt kering. Oleh sebab itu, kami telah menolong untuk mengecat dinding. Di

sini, saya berasa marah kerana pihak yang mengatur tugas ini kurang efektif

menyebabkan pembaziran masa untuk pembahagikan tugas sekali lagi. Nyawa

saya diukur dengan masa, membazir masa saya seperti membazir nyawa saya,

seketul emas tidak dapat tebus masa yang telah berlalu. Di sini, saya telah

mempelajari mengawal emosi saya dan mengenali kepentingan masa. Saya

tidak bergaduh dengan pihak yang membazirkan masa saya.

Sepanjang mengecat dinding, saya telah mempelajari bahawa nilai

kesabaran dan kecekalan adalah penting untuk mengecatkan satu dinding yang

Page 5: Refleksi BIG

cantik. Kerja itu menyeronkkan apabila anda menggunakan sudut pandangan

yang berbeza terhadapnya.

Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah

membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, BIG kali

ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi

motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu

dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih

bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa

akan datang. Selain itu, program BIG ini dapat memberi ilham, info dan tips

kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah

terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan

kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip

hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara

keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa kali ini telah

berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada

masa yang akan datang.