refleksi big

2
DISEDIAKAN OLEH: NURUL HASHIMAH BINTI HASHIM G 5.6 Program Bina Insan Guru Semester 5 yang berlangsung pada 31 Mac 2015 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Saya bersama-sama rakan opsyen muzik berada di SK Putrajaya Presint 9 (1) dalam waktu persekolahan untuk menjalankan bengkel rekoder untuk murid tahun enam. Kami bertolak dari IPGKIK sekitar jam 7.30 pagi. Perjalanan dari IPIK ke sekolah tersebut mengambil masa kira-kira satu jam. Setelah kami sampai di sana, kami diberikan sedikit taklimat ringkas daripada Guru Besar SK Putrajaya Presint 9 (1), Puan Nafishah binti Hassan. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah sekolah dan pencapaian yang dicapai khususnya dalam bidang muzik. SK Putrajaya Presint 9 (1) dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia; dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009. Sekolah ini aktif dalam kesenian khususnya seni tarian, gendang silat dan gamelan. Sekolah ini mempunyai satu kumpulan tari yang dikenali sebagai Eka Tari yang terdiri daripada murid-murid tahap 2. Murid-murid yang terpilih ini telah melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan persembahan yang terkemuka, bahkan pernah membuat persembahan di luar Negara. Selesai taklimat, kami diberi peluang untuk melihat persekitaran sekolah. Selepas selesai melihat persekitaran sekolah kami akhirnya memulakan bengkel rekoder yang dijalankan secara besar-besaran untuk murid tahun 6 di tapak perhimpunan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat seramai enam anak murid. Kumpulan saya adalah seramai tiga orang dan terdiri daripada saya, Amanina dan Tania. Aktiviti bengkel rekoder mengambil masa selama sejam. Walaubagaimanapun, masa sejam adalah terlalu singkat untuk memperbaiki

Upload: nurul-hashimah

Post on 11-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH: NURUL HASHIMAH BINTI HASHIMG 5.6Program Bina Insan Guru Semester 5 yang berlangsung pada 31 Mac 2015 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah dijalankan. Saya bersama-sama rakan opsyen muzik berada di SK Putrajaya Presint 9 (1) dalam waktu persekolahan untuk menjalankan bengkel rekoder untuk murid tahun enam.Kami bertolak dari IPGKIK sekitar jam 7.30 pagi. Perjalanan dari IPIK ke sekolah tersebut mengambil masa kira-kira satu jam. Setelah kami sampai di sana, kami diberikan sedikit taklimat ringkas daripada Guru Besar SK Putrajaya Presint 9 (1), Puan Nafishah binti Hassan. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah sekolah dan pencapaian yang dicapai khususnya dalam bidang muzik. SK Putrajaya Presint 9 (1) dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia; dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009. Sekolah ini aktif dalam kesenian khususnya seni tarian, gendang silat dan gamelan. Sekolah ini mempunyai satu kumpulan tari yang dikenali sebagai EkaTari yang terdiri daripada murid-murid tahap 2. Murid-murid yang terpilih ini telah melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan persembahan yang terkemuka, bahkan pernah membuat persembahan di luar Negara.Selesai taklimat, kami diberi peluang untuk melihat persekitaran sekolah. Selepas selesai melihat persekitaran sekolah kami akhirnya memulakan bengkel rekoder yang dijalankan secara besar-besaran untuk murid tahun 6 di tapak perhimpunan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat seramai enam anak murid. Kumpulan saya adalah seramai tiga orang dan terdiri daripada saya, Amanina dan Tania. Aktiviti bengkel rekoder mengambil masa selama sejam. Walaubagaimanapun, masa sejam adalah terlalu singkat untuk memperbaiki kemahiran memainkan rekoder dengan sempurna. Hal ini kerana ada sesetengah murid langsung tidak mempunyai asas dalam memainkan alat rekoder. Berdasarkan pengalaman sejam mengajar murid-murid tersebut, saya sedar bahawa bukan senang untuk mengajar anak-anak murid tentang sesuatu perkara yang baharu. Seorang guru perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi untuk mengajar anak murid. Maka, melalui bengkel rekoder ini, saya dapat pengalaman yang baharu yang dapat membantu saya untuk menempuh tempoh praktikum yang akan berlangsung pada 8 April kelak. Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk diri saya dalam membina kesedaran diri dan mempertingkatkan keupayaan diri untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.