refleksi big

4
Refleksi Daripada : Mohammad Firdaus Sukry Bin Bacho له ل ا مه ح م ور ك ي ل ع لام س ل اAlhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya dapat saya menyempurnakan Program Bina Insan Guru Fasa 5 Siri 2 yang menjadi program wajib dalam pengajian saya pada semester lima ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas kepada pihak IPG KPI dan penganjur program khususnya yang telah banyak memberi bimbingan, bantuan, maklumat, serta penerangan dan ini banyak membantu sepanjang program ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang saling memberi banyak tunjuk ajar dan membantu sepanjang program ini berlangsung. Sebelum program ini bermula, saya bertanggapan bahawa program ini adalah program yang biasa-biasa sahaja untuk pelatih guru serta memandang remeh terhadap apa yang bakal disampaikan. Namun, persepsi itu berubah apabila mengikuti kursus ini. Apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah hebat tentang

Upload: daus-sukry

Post on 27-Jul-2015

417 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi big

Refleksi Daripada : Mohammad Firdaus Sukry Bin Bacho

الله ورحمة عليكم السالم

Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan

taufik dan hidayah-Nya dapat saya menyempurnakan Program Bina Insan Guru Fasa 5

Siri 2 yang menjadi program wajib dalam pengajian saya pada semester lima ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga khas kepada pihak IPG KPI dan penganjur program

khususnya yang telah banyak memberi bimbingan, bantuan, maklumat, serta

penerangan dan ini banyak membantu sepanjang program ini. Jutaan terima kasih juga

ditujukan kepada semua rakan-rakan yang saling memberi banyak tunjuk ajar dan

membantu sepanjang program ini berlangsung.

Sebelum program ini bermula, saya bertanggapan bahawa program ini adalah

program yang biasa-biasa sahaja untuk pelatih guru serta memandang remeh terhadap

apa yang bakal disampaikan. Namun, persepsi itu berubah apabila mengikuti kursus ini.

Apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah hebat tentang dua tajuk yang

sangat penting iaitu “Peranan PPD” serta “Guru & Perundangan” ini begitu

menyentuh saya kerana ianya merupakan garis ikutan kepada saya khususnya dan

kesemua penjawat awam amnya dan hendaklah dijadikan motivasi untuk saya menjiwai

kerjaya seorang pendidik pada masa hadapan lebih-lebih lagi ketika telah berkhidmat

kelak.

Semasa melaksanakan program ini juga, saya telah menerima banyak faedah

yang berguna untuk diri saya sebagai seorang bakal guru.lah berkhidmat kelak.

Antaranya, di dalam slot pertama iaitu “Peranan PPD”, saya berasa amat tertarik

dengan slot ini kerana skop isinya yang terhad namun telah dapat dikupas dengan

Page 2: Refleksi big

begitu tuntas sekali oleh tuan penceramah yang didatangkan khas daripada PPD

Petaling Perdana, Ust Mohd Fahim Bin Mohd Jamli. Di dalam slot ini juga, Ust Fahim

banyak menerangkan tentang fungsi-fungsi PPD di dalam bidang pendidikan negara.

Antara peranan PPD ialah memperluaskan dasar dan program-program berkaitan

pendidikan, pentadbiran pendidikan serta pengagihan kewangan kepada seolah-

sekolah di daerah masing-masing. Selain itu, PPd juga mempunyai pecahan-pecahan

unit di dalamnya seperti Unit Pengurusan Akademik, Unit Pentadbiran & Perkhidmatan,

Unit Pengurusan Sekolah serta Unit latihan yang bertujuan untuk memperkasa peranan

PPD dalam bidang pendidikan.

Di dalam slot kedua pula iaitu “Guru & Perundangan”, slot ini telah disampaikan

oleh Orang Kuat IPG KPI sendiri, iaitu Dr. Hussien Bin Mohd Yusof selaku orang lama

yang sangat arif dan pakar tentang perundangan di dalam bidang pendidikan ini.

Sebagai bakal penjawat awam, adalah penting bagi kita untuk menjaga imej Negara

melalui kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan.

Perundangan menurut beliau, diwujudkan adalah bertujuan mengawal tingkah laku dan

akhlak para kakitangan kerajaan daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi

peraturan seterusnya merosakkan imej kerajaan dan Negara khususnya. Penerangan

yang begitu panjang lebar daripada Dr. Mohd Hussein amat memberi kesedaran

kepada saya untuk menjaga disiplin diri dengan sebaiknya di dalam profession

keguruan ini.

Ucapan Penutupan di majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Ust

Zuraini Bin Mashrom, wakil pengaran IPG KPI telah memberikan banyak faedah

kepada saya dan membuatkan cinta saya terhadap profession keguruan yang mulia ini

semakin bertambah. Akhir sekali, harapan saya semoga program seumpama ini dapat

diteruskan untuk generasi IPG bestari dan dapat menjadi sumber inspirasi kepada saya

sebagai seorang bakal guru.

Semoga dengan izin Allah S.W.T, pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah

saya peroleh sepanjang program derma darah dan tiga seminar ini dapat saya

praktikan sebaik mungkin kelak. Melalui tugasan ini juga sebenarnya, saya mula

Page 3: Refleksi big

sedar bahawa dengan hanya betul menyelami dan menghayati program ini barulah

saya dapat melaksanakan watak saya sebagai seorang guru nanti dengan sebaik

mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna seperti yang dituntut oleh

falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan. Insya-Allah.