refleksi big 3

9
REFLEKSI TUGASAN SCE 3110 NAMA : SHEILLA BT SUHAIMI UNIT : SAINS 1 Pertamanya saya berasa amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Peluang ini amat bermakna kepada diri saya kerana banyak yang saya pelajari dan hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Bagaimana cara saya menghadapi atau mengatasi segala kesukaran yang datang benar- benar telah mengajar saya menjadi seorang yang tabah, kuat dari segi mental dan fizikal serta sanggup berkorban dalam banyak perkara terutama aktiviti rutin harian. Berkat kesabaran ini saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. TUGASAN BIG FASA 2 : PROTOKOL DAN ETIKET BENGKEL SAINS UPSR MASALAH YANG DIHADAPI / KELEMAHAN Masalah Utama Masalah Tugasan 1. Kekangan masa antara kerja rumah, sekolah dan tugasan. 2. Kesukaran memilih tarikh untuk melaksanakan, kerana harus merujuk takwim sekolah dan tarikh aktiviti sekolah rakan IPG yang lain. KEKUATAN Amat berminat dengan tugasan yang diberi kerana melibatkan

Upload: khaieilla

Post on 09-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big 3

REFLEKSI TUGASAN SCE 3110

NAMA : SHEILLA BT SUHAIMI

UNIT : SAINS 1

Pertamanya saya berasa amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk

menyiapkan tugasan yang diberi. Peluang ini amat bermakna kepada diri saya kerana

banyak yang saya pelajari dan hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Bagaimana

cara saya menghadapi atau mengatasi segala kesukaran yang datang benar-benar

telah mengajar saya menjadi seorang yang tabah, kuat dari segi mental dan fizikal serta

sanggup berkorban dalam banyak perkara terutama aktiviti rutin harian. Berkat

kesabaran ini saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

TUGASAN BIG FASA 2 : PROTOKOL DAN ETIKET

BENGKEL SAINS UPSR

MASALAH YANG DIHADAPI / KELEMAHANMasalah Utama Masalah Tugasan

1. Kekangan masa antara kerja rumah,

sekolah dan tugasan.

2. Kesukaran memilih tarikh untuk

melaksanakan, kerana harus merujuk

takwim sekolah dan tarikh aktiviti

sekolah rakan IPG yang lain.

KEKUATAN

Amat berminat dengan tugasan yang diberi kerana melibatkan protokol dan etiket

dimana tajuk tugasan ini penting kepada guru-guru.

Bersemangat untuk melaksanakan Bengkel Sains UPSR kerana ini memang bidang

saya dan banyak manfaatnya kepada anak murid saya.

Tidak cepat berputus asa walaupun masa yang ada singkat serta tuntutan kerja

sekolah.

Seorang yang sitematik kerana sebelum memulakan tugasan saya telah membuat

jadual agihan tugas antara hari dan aktiviti mengikut bilangan hari yang

Page 2: Refleksi Big 3

diperuntukkan. Ini untuk mengatasi masalah kekangan waktu.

Kerjasama dan tanggungjawab yang begitu komited daripada rakan IPG yang turut

sama menjayakan projek ini.

Sokongan dan bantuan daripada pihak pentadbir, rakan sekolah dan pekerja sekolah

yang tidak berbelah bagi.

Saya juga menyediakan jadual senarai semak selepas tugasan siap dan sebelum

tugasan dihantar. Ini bertujuan tugasan yang dihantar adalah mengikut kehendak

performa yang diberikan oleh pensyarah.

Maklumat daripada bahan buku, internet dan pensyarah amat-amat membantu dalam

menyempurnakan tugasan ini.

Hasil daripada menyiapkan tugasan ini pengetahuan dan pengalaman yang telah

saya perolehi adalah sangat bermakna. Antaranya :

Protokol mengiringi Pegawai Pendidikan untuk jemputan majlis-majlis

sekolah

Protokol tempat duduk untuk para jemputan seperti majlis hari anugerah

cemerlang.

Protokol makan di hotel kerana guru kerap mengadakan jamuan akhir

tahun di hoteldan amat penting untuk diketahui.

Protokol cara duduk dikerusi untuk apa jua majlis.

Dapat berkongsi ilmu dengan rakan IPG lain ketika mengadakan Bengkel

Sains UPSR.

Dapat memantapkan lagi keyakinan diri untuk meyampaikan ceramah

teknik menjawab Sains pada masa akan datang.

Pada hari yang telah ditetapkan iaitu pada 06 April 2013 bersamaan hari

Sabtu ,seawal jam 7.00 pagi kami telah berkumpul di kantin sekolah SK Sultan

Yussuf Batu Gajah untuk urusan pendaftaran murid yang dikelolakan oleh guru

paratikum PPSMI IPG IPOH. Setiap murid dikenakan bayaran sebanyak RM 15

dan murid dibekalkan fail kertas, buku nota dan pensel.

Page 3: Refleksi Big 3

Jam 7.30 pagi ceramah dimulakan dengan Protokol dan Etiket. Semua murid

seramai 150 orang ditempatkan di Dewan Seri Anjung SK Sultan Yussuf. Murid

menunjukkan kerjasama yang baik dan disiplin yang baik. Ceramah ini telah

disampaikan oleh Pn Nalenei, Pn Noor Hayati, Pn Murni, Pn Sheilla dan Cik

Letchmie. Kesediaan guru untuk menyampaikan ceramah ini dari segi bahan

slide, hand out untuk murid, cara penyampaian amatlah membanggakan.

Pada awalnya saya dan rakan-rakan kurang yakin untuk menyampaikan tajuk

protokol dan etiket kepada murid kerana kami merasakan tajuk ceramah ini pasti

membosankan murid. Ini kerana faktor usia murid iaitu 12 tahun dan jantina

murid dimana mereka semua adalah murid lelaki seramai 150 orang.

Mungkin cabaran yang saya rasakan tidak sehebat rakan IPG yang lain

kerana saya sudah biasa dengan kerenah murid saya sendiri. Saya bertindak

memberi semangat kepada rakan dan ‘tips-tips’ untuk menarik perhatian murid

lelaki. Alhamdulillah ceramah ini berjaya kerana kalangan guru yang

berpengalaman menyampaikan ceramah cara simulasi murid beserta unsur

unsur kecindan. Murid menunjukkan minat, dengan mendengar dan menyalin

nota. Respon dari murid yang bertanyakan soalan juga turut menyumbang

kepada kejayaan ceramah ini berjalan dengan lancar.

Pada jam 10.30 hingga jam 11.00 pagi murid berehat untuk makan. Murid

berkumpul semula di Dewan Seri Tanjung untuk mengikuti ceramah slot ke dua

iaitu Bengkel Sains UPSR.

Untuk menjayakan slot kedua ini rakan guru IPG yang terlibat ialah Pn

Natherah, Pn Kasmawati, Pn Ng dan Pn Buvanes. Untuk slot yang kedua ini

cabarannya tidaklah sehebat cabaran pada slot pertama. Ini kerana slot ini

adalah memang bidang kami sebagai guru-guru sains di sekolah masing-masing.

Kami tidak menghadapi masalah seperti pengetahuan dan bahan.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh murid juga lebih baik kerana mereka adalah

murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Murid mendengar dengan penuh

minat dan respon yang ditunjukkan sangat menggalakkan apabila murid berebut-

Page 4: Refleksi Big 3

rebut untuk menjawab soalan. Pada slot ini murid juga diuji dengan edaran

soalan dan murid yang terpilih dapat membacakan jawapan dihadapan rakan-

rakan yang lain. Murid juga menerima hadiah bagi mereka yang menjawab

dengan betul. Slot ini berlangsung dengan jayanya sehingga jam 1.30 petang.

Pensyarah yang hadir adalah En Mohamad b. Lani. Terima kasih diucapkan

kerana telah hadir dan merasmikan majlis penutupan sehingga jam 2.00 petang.

Keseluruhannya tuan pensyarah berpuas hati dan kami bersurai pada jam 2.30

petang setelah jamuan petang bersama pensyarah.

Akhir kata saya sekali lagi mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak,

tuan pensyarah En. Mohamad b. Lani yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami

setiap kali kami menelefonnya. Tidak lupa juga kepada rakan belajar, rakan guru,

keluarga dan anak yang membantu dan memberikan sokongan kepada saya agar lebih

tabah dan kuat meneruskan program pembelajaran PPG demi masa depan saya.

TUGASAN 2 : MEMBUAT KIT BAHAN PENGAJARAN

TAJUK : RODA FASA-FASA BULAN

Page 5: Refleksi Big 3

MASALAH YANG DIHADAPI / KELEMAHAN

Masalah Utama Masalah Tugasan

1. Kekangan masa antara kerja rumah,

sekolah dan tugasan.

2. Interaksi antara rakan kumpulan agak

sukar kerana faktor tempat tinggal

yang jauh.

3. Kesuntukan waktu kerana jarak antara

perjumpaan interaksi terlalu cepat dan

singkat. Saya menghadapi masalah

utama yang sama sewaktu

menyiapkan tugasan amali.

4. Kekurangan idea-idea yang menarik.

5. Kurang kreatif untuk mengolah bahan.

6. Merasakan kit untuk tema/bidang bumi

dan angkasa adalah sukar.

7. Mengambil masa 2 hari untuk

memikirkan dan memilih tajuk bagi

menghasilkan kit yang bagus dan

sesuai.

8. Sentiasa berubah fikiran dan tiada

keyakinan diri.

9. Berfikiran negatif mengandaikan kit

yang dihasilkan mungkin menjadi sia-sia.

KEKUATAN DAN CARA MENGATASI

Sering berkunjung ke pusat sumber sekolah merujuk buku pendidikan seni atau seni

kraf untuk mencari idea kerana saya kurang kreatif dan mempunyai masalah

Page 6: Refleksi Big 3

mengolah bahan.

Saya mengajar sains bagi kelas tahun 5 dan 6. Kelebihan ini membantu saya

mengenal pasti topik-topik yang kurang dikuasai oleh murid-murid.

Saya berkesempatan membuat tinjauan soal selidik kepada murid-murid tahun 6.

Murid-murid tahun 6 dipilih kerana mereka amat perlu untuk menguasai topik - topik

tahun 5 untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Manakala murid tahun 5 belum

sampai kepada bidang bumi dan angkasa.

Hasil tinjauan yang dibuat kepada 33 orang murid tahun 6 didapati seramai 20 orang

sukar dan keliru untuk mengingati perubahan bentuk-bentuk bulan dalam susunan

yang betul.

Berdasarkan suara majoriti ini saya telah memilih untuk membuat kit fasa-fasa bulan.

Ini telah membantu saya daripada terus membuang masa berfikir memilih tajuk bagi

menghasilkan kit.

Oleh kerana anak murid saya semua lelaki maka mereka lebih berminat kepada kit

berbentuk permainan. Bagi memenuhi kehendak / keperluan belajar anak murid saya

maka itu saya menghasilkan kit roda fasa bulan yang bercirikan permainan.

Selain mencari idea daripada buku melalui pusat sumber sekolah, saya juga telah

merujuk kepada guru seni untuk mendapatkan idea dan pandangan bagi

menghasilkan kit yang berkonsepkan permainan.

Saya seorang yang komited apabila membuat sesuatu kerja. Maka dengan itu saya

membuat kit dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Untuk memastikan kit saya berjaya, sesuai dan memenuhi kehendak murid, saya

telah mencubanya di dalam kelas kepada murid-murid tahun 6. Saya amat gembira

kerana mendapat komen yang positif daripada anak murid saya seperti :

a. Kit yang cantik dan menarik

b. Seronok belajar fasa-fasa bulan

c. Lebih faham dan senang untuk mengingat kerana melihat dan melakukannya

sendiri.

d. Aktiviti permainan seronok

e. Lembaran kerja secara berperingkat dari mudah ke susah membantu untuk

mengukuhkan kefahaman.

Page 7: Refleksi Big 3

f. Kit ringan dan mudah dibawa

g. Kit boleh dibuka dan dipasang dengan mudah.

h. Berminat untuk menghasilkan kit dalam aktiviti sains bagi program selepas

UPSR.

Akhir kata saya sekali lagi mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak,

tuan pensyarah Mr Mah, rakan belajar, rakan guru, keluarga dan anak murid yang

membantu dan memberikan sokongan kepada saya agar lebih tabah dan kuat

meneruskan program pembelajaran PPG demi masa depan saya.