refleksi big 2012 semester 3

Upload: lia-nadeshiko

Post on 05-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    1/6

    REFLESKI BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 3:

    KHIDMAT MASYARAKAT

    NAMA : Ameelia Nazirah Binti Mohd Shafiee

    NO. K/P : 910908-08-5888

    KELAS : Pengajian Melayu

    Pada 3 dan 4 Mac 2012, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan

    Guru (BIG) di Pulau Aman bagi melaksanakan tugasan yang memerlukan kami untuk

    melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan penduduk di Pulau Aman tersebut.

    Program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ini telah dijalankan

    selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, berjaya berjalan dengan lancar seperti

    yang dikehendaki. Saya telah melaksanakan program BIG ini bersama-sama dengan

    rakan-rakan sekelas saya iaitu Tahun 2 Pengajian Melayu dan tutor kesayangan saya,

    iaitu Puan Arbakyah binti Hassan.

    Sepanjang mengikuti program tersebut, saya merasakan program BIG kali ini

    merupakan satu pengalaman aktiviti BIG yang paling menyeronokkan berbanding

    dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini. Hal ini kerana aktiviti kali ini dijalankan di

    luar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan saya telah menjelajah

    di sebuah pulau yang tidak pernah saya lawati sebelum ini. Walaupun sebelum

    melaksanakan program ini memerlukan kerja tambahan seperti membuat kertas kerja

    dan perancangan teliti seperti tempahan tempat penginapan dan sebagainya, namun

    hasil usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Pengajian Melayu telah

    membuahkan hasil dengan memperolehi keseronokkan sepanjang berada di sana dan

    melaksanakan aktiviti BIG tersebut.

    Pada hari Sabtu pagi, saya bersama-sama dengan pelajar Pengajian Melayu

    telah berkumpul di kawasan Gelanggara institut seawal pukul 8.00 pagi bagi menunggu

    pemandu bas untuk menghantar kami di Jeti Pulau Aman. Perancangan awal jadual

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    2/6

    bertolak, pelajar-pelajar ini dikehendaki bertolak pada pukul 8.00 pagi. Namun begitu,

    sedikit perubahan waktu bertolak telah berlaku kerana terdapat sedikit masalah teknikal

    yang tidak dapat dielakkan. Maka waktu bertolak pada hari tersebut telah dilewatkan

    sehingga 8.30 pagi.

    Walaupun kelewatan yang berlaku tersebut bukanlah sesuatu yang telah

    dirancang, namun begitu saya masih merasakan kelewatan seperti itu boleh diatasi.

    Perancangan masa hendaklah dibuat dengan lebih teliti agar pembaziran masa dapat

    dielakkan. Sebagai contoh, kita boleh melakukan Perancangan Kedua, di mana ia

    merupakan satu perancangan yang dilakukan sekiranya satu masalah atau lebih

    berlaku dalam Perancangan Pertama. Sekiranya terdapat kelewatan bas selama 10

    minit, maka pelajar-pelajar boleh bersarapan ringan terlebih dahulu di kafe Institut

    terlebih dahulu sebelum bertolak. Setiap pelajar perlu mengambil sarapan sebelum

    bertolak kerana tenaga diperlukan apabila tiba di sana, di samping dapat mengisi perut

    bagi mengelakkan kelaparan sepanjang kita bertolak dari Institut ke Jeti Pulau Aman

    dan seterusnya ke Pulau Aman.

    Sepanjang pelaksanaan program BIG ini, saya berasa sangat seronok dan

    bersyukur kerana berpeluang untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat bersama-

    sama dengan penduduk setempat di pulau tersebut. Aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat

    yang telah dilakukan oleh saya dan rakan-rakan sekelas adalah seperti membuat aktiviti

    gotong-royong membersihkan kawasan luar surau iaitu kawasan kubur, membersihkan

    bahagian dalaman surau seperti Bilik Mesyuarat dan tempat solat bagi wanita dan

    lelaki, dan bergotong-royong membersihkan kawasan di persisiran Pantai Pulau Aman

    dengan mengutip beberapa sampah yang bertaburan di persisiran pantai tersebut.

    Masa yang telah diperuntukkan oleh kami untuk melaksanakan program ini adalah

    selama 10 jam, maka 10 jam ini telah dibahagikan sama rata, iaitu 5 jam aktiviti khidmat

    masyarakat dilakukan pada hari Sabtu dan 5 jam berikutnya telah digunakan untuk

    membuat amal kebajikan pada hari Ahad. Kedua-dua hari ini telah digunakan dengan

    sebaik-baiknya bagi membuat aktiviti kebajikan dengan penduduk setempat.

    Bukan itu sahaja, bagi pandangan saya, aktiviti BIG yang dijalankan kali ini telah

    membuka peluang saya dalam merealisasikan keinginan saya untuk membuat aktiviti

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    3/6

    khidmat masyarakat yang dapat membina hubungan jalinan mesra dengan sesuatu

    masyarakat terhadap sesuatu masyarakat di suatu tempat atau di suatu organisasi. Jika

    sebelum ini saya mempunyai keinginan membuat khidmat masyarakat bersama-sama

    dengan di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Rumah Orang Tua yang bersifat

    organisasi, maka pada hari tu saya telah berpeluang untuk melaksanakan aktiviti

    khidmat masyarakat dengan kelompok masyarakat di Pulau Aman.

    Tambahan lagi, program khidmat masyarakat yang dijalankan ini telah melatih

    diri saya bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga telah melatih diri saya sebagai

    seorang bakal guru dan tanggungjawab sebagai seorang masyarakat di dalam negara.

    Profession keguruan bukan sahaja merupakan satu profession yang memerlukan

    kemahiran sosial yang tinggi, malah ia juga merupakan suatu profesion yang

    memerlukan individu guru mempunyai dan memupuk rasa tanggungjawab sosial.

    Tanggungjawab sosial yang saya maksudkan ini adalah satu rasa bertanggungjawab

    dalam membentuk nilai-nilai positif dan melakukan suatu kebajikan atau khidmat dalam

    suatu masyarakat seperti bekerjasama dan membantu dengan penduduk di suatu

    tempat. Oleh itu, sekiranya kita berjaya memupuk rasa tanggungjawab sosial dengan

    sesuatu kelompok masyarakat, maka kita juga dapat memupuk rasa tanggungjawab

    sosial terhadap murid-murid di sekolah di mana kita akan berasa bertanggungjawab

    penuh ke atas murid-murid untuk mendidik dan menyayangi mereka untuk membentuk

    mereka menjadi insan yang berjaya.

    Program BIG yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan

    baik antara saya bersama-sama dengan rakan sekelas. Hal ini kerana, aktiviti yang

    dijalankan yang berorientasikan kepada nilai kerjasama ini telah mewujudkan satu

    interaksi daripada satu individu kepada satu individu lain. Interaksi yang telah terhasil

    daripada hubungan kerjasama ini menjadika saya semakin rapat dengan teman-teman

    sekelas. Kami telah bergembira bersama, makan bersama dan melakukan pelbagai

    aktiviti secara bersama. Perkara yang dilakukan secara bersama ini secara tidak

    langung telah membina satu perasaan yang sama, iaitu satu perasaan yang

    memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dan interaksi positif ini

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    4/6

    sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang antara saya dan rakan-rakan sekelas,

    sekaligus menjadikan saya lebih positif terhadap mereka dan hubungan semakin rapat.

    Program BIG ini juga telah berjaya memupuk hubungan erat antara para menti

    dan mentor, iaitu puan Arbakyah binti Hassan selaku mentor bagi kelas saya, iaitu

    Pengajian Melayu. Jika sebelum ini saya kurang membina komunikasi seperti berbual

    dengan mentor saya, namun begitu semasa melibatkan diri dalam sepanjang program

    tersebut, sedikit sebanyak komunikasi antara kami dapat dibina dan diwujudkan.

    Hubungan ini tidak semestinya daripada aspek komunikasi, tetapi pemupukan

    hubungan erat yang dimaksudkan ini juga adalah seperti dapat mengenali dan

    mengeratkan hubungan bersama-sama dengan ahli keluarga mentor juga merupakan

    suatu pembentukkan jalinan yang mesra. Hasil hubungan harmonis antara mentor dan

    menti ini telah mewujudkan rasa kekeluargaan dalam kalangan pelajar Pengajian

    Melayu.

    Program Bina Insan Guru kali ini juga telah melatih kami sebagai seorang guru

    dalam membina hubungan dan jalinan mesra dengan masyarakat di tempat tersebut.

    Jika ingin diulas dalam konteks yang umum, perkara yang ingin saya fokuskan di sini

    adalah bakal guru seperti saya dapat melatih diri bukan sahaja dari konteks bersosial

    seperti berkomunikasi, tetapi termasuklah membina dan merapatkan hubungan dengan

    sesuatu masyarakat. Ianya telah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk

    membina dan merapatkan hubungan mesra dan positif dengan saudara seagama.

    Apabila saya bersama-sama dengan rakan sekelas dapat membina dan menjalinkan

    hubungan mesra ini, banyak perkara dapat dilakukan dilaksanakan dengan mudah

    kerana masing-masing mudah utnuk memberikan kerjasama. Bukan itu sahaja, khidmat

    masyarakat yang tekah diberikan ini telah mewujudkan rasa mesra antara pihak saya

    dan penduduk di Pulau Aman, terutamanya dengan Ketua Kampung kerana beliau

    banyak memberikan kerjasama yang erat kepada saya dan rakan-rakan bagi

    menjayakan program BIG ini.

    Perasaan kecintaan kepada alam sekitar juga berjaya dibina semasa saya

    bersama-sama dengan rakan-rakan melaksanakan aktiviti gotong royong

    membersihkan kawasan persisiran pantai di Pulau Aman, saya mendapati, terlalu

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    5/6

    banyak sampah seperti plastik, polisterin dan botol-botol kosong telah dibuang dan

    dijumpai di persekitaran persisiran pantai tersebut. Keadaan tersebut telah memberi

    kesedaran kepada saya bahawa masyarakat di negara kita masih tidak mempunyai

    rasa kecintaan yang mendalam terhadap alam dan tidak mempunyai rasa untuk

    menjaga kebersihan negara dan alam semula jadi. Jika diteliti dengan betul, negara kita

    telah banyak melaksanakan program yang berorientasikan kepada penjagaan alam

    sekitar dan bumi, seperti progam kelestarian yang giat dilancarkan dan dikalankan di

    setiap Institut Pendidikan Guru, Program Kitar Semula, One Hour, Program Penjagaan

    Sungai dan lain-lain lagi. Bukan sahaja telah menjalankan kempen, malah terdapat juga

    program-program ini dilaksanakan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Namun

    begitu, setelah saya melihat masalah pembuangan sampah-sampah yang tidak terpakai

    ke dalam laut dan sungai dan hasilnya terdampar di persisiran pandai, telah

    membuatkan saya sedar bahawa program yang dijalankan oleh beberapa pihak untuk

    menjaga alam di negara ini tidak berjaya mengubah mentaliti masyarakat negara. Jika

    sebelum ini saya merasakan program yang dijalankan itu berjaya, namun sekarang ini

    persepsi saya berada di sebaliknya. Oleh itu, keadaan ini telah memberi kesedaran

    kepada saya untuk bertanggungjawab penuh dalam memulihara dan memelihara alam

    sekitar kita.

    Secara keseluruhannya, aktiviti khidmat masyarakat yang telah dijalankan telah

    memberi kesedaran kami tentang realiti sebenar kehidupan, iaitu tentang perkara yangt

    berlaku pada alam sekitar, dan kepentingan dari aspek pembinaan hubungan yang

    sihat kerana remaja masa kini tidak lagi mengambil berat dalam pembinaan atau

    menjalinkan hubungan positif dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dengan

    masyarakat. Selain daripada, kerja-kerja yang telah dilakukan ini juga telah membentuk

    jati diri sebagai seorang guru, iaitu membentuk sikap yang bertanggungjawab, prihatin,

    baik hati, dan sebagainya. Kesemua nilai-nilai ini penting untuk disemai dalam dirisetiap guru. Saya dan rakan-rakan sekelas dapat merasai keseronokkan dan kepuasan

    daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh BIG itu. Oleh itu, melalui aktiviti-

    aktiviti yang dijalankan juga telah membentuk kerjasama antara saya dan rakan-rakan,

    bukan sahaja rakan sekelas malah dapat mengeratkan silaturahim dengan penduduk di

    Pulau Aman. Program BIG ini telah berjaya membentuk kempimpinan dalam kalangan

  • 7/31/2019 Refleksi Big 2012 Semester 3

    6/6

    guru pelatih di samping memberikan kesedaran kepada saya mengenai kepentingan

    guru dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Sekiranya mahu mendidik

    seseorang, diri sendirilah yang perlu didik terlebih dahulu. Sekiranya guru itu sendiri

    positif, maka positiflah generasi akan datang.

    Sekian, terima kasih.