refleksi berdasarkan dimensi moral

5
Refleksi berdasarkan dimensi moral. Rohana binti Abd.Jalil PPG Ambilan Februari 2012. BM( A). Isu di kalangan masyarakat bukanlah perkara baharu, setiap hari kita berhadapan dengan isu moral rakyat Malaysia yang pelbagai sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, dan orang Melayu, Cina atau India. Antara isu moral yang sentiasa hangat dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum adalah kes rogol, rempit, sumbang mahram, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi. Isu sebegini tidak akan berlaku sekiranya semua rakyat Malaysia mengamalkan dimensi moral dalam kehidupan mereka. Seorang yang berakhlak mulia seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral secara seimbang dalam kehidupan mereka. Dimensi moral terbahagi kepada tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Penaakulan moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. 1

Upload: rohana-jalil

Post on 23-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi berdasarkan deminsi moral

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Berdasarkan Dimensi Moral

Refleksi berdasarkan dimensi moral.

Rohana binti Abd.Jalil

PPG Ambilan Februari 2012.

BM( A).

Isu di kalangan masyarakat bukanlah perkara baharu, setiap hari kita berhadapan dengan isu

moral rakyat Malaysia yang pelbagai sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja,

kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, dan orang Melayu, Cina atau India. Antara isu moral

yang sentiasa hangat dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum adalah kes rogol, rempit,

sumbang mahram, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Isu sebegini tidak akan berlaku sekiranya semua rakyat Malaysia mengamalkan

dimensi moral dalam kehidupan mereka. Seorang yang berakhlak mulia seharusnya

mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral secara seimbang dalam kehidupan mereka. Dimensi

moral terbahagi kepada tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Penaakulan moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat

secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran

moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip

moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan

dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan

dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi

dan persekitaran.

Sebagai contoh, di dalam masalah rempit. Bagi seorang lelaki yang berlumba motorsikal

untuk kali pertama kerana desakan kehidupan dan perlukan wang ganjaran yang disediakan

dalam pertandingan perlumbaan haram untuk digunakan bagi melunaskan hutang ayahnya

bersama ceti haram. Sekiranya ‘Mat rempit ini tidak berjaya untuk melunaskan hutang ayahnya

maka semua ahli keluarganya akan dibunuh. Walaupun niat ‘Mat rempit’ ini melakukan lumba

haram adalah untuk mendapatkan ganjaran kewangan bagi membela nasib keluarganya yang

diancam bunuh, tindakannya yang merempit di atas jalan raya yang digunakan oleh orang

awam adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Kelakuan ini patut dihukum

mengikut undang-undang kesalahan lalu lintas iaitu memandu melebihi had laju yang

dibenarkan dan memandu dengan keaadaan yang membahayakan. Pihak yang bertanggung

1

Page 2: Refleksi Berdasarkan Dimensi Moral

jawab seperti polis peronda yang menggunakan penaakulan moral akan mengemukakan

saman dan perlu membuat ujian air kencing bagi memastikan ‘mat rempit’ ini tidak memandu di

dalam pengaruh dadah ataupun alkohol. Saman dan ujian air kencing tetap akan dilakukan ke

atas ‘Mat rempit’ itu walaupun pegawai polis itu adalah kenalan rapat ‘Mat rempit. Keputusan

yang dibuat oleh pegawai polis peronda itu adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa

dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Sekiranya semua ahli masyarakat mempunyai perasaan moral, perlakuan negatif

seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, kes rogol, penderaan kanak-kanak dan

keganasan rumah tangga tidak akan berlaku. Perasaan moral adalah kehalusan emosi individu

yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah

hati. Perasan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Perasan ini akan

membawa kepada perlakuan individu secara bermoral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting

untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat

anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu

sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Seorang lelaki seperti bapa, abang, sepupu, dan adik lelaki tidak akan melakukan

sumbang mahram terhadap perempuan yang merupakan ahli kerluarga mereka sekiranya

mereka mempunyai perasaan moral. Mereka akan merasa kasihan dan simpati kepada nasib

yang akan menimpa saudara perempuan mereka sekiranya mereka didapati mengandung anak

luar nikah. Pastinya saudara perempuan ini akan dicemuh kerana tidak tahu menjadi

kehormatan diri, dituduh sebagai sundal dan gatal yang sanggup melayan dan menggoda lelaki

di dalam keluarga sendiri. Mereka pastinya perlu disiasat oleh polis atas kesalahan yang tidak

perpunca dari kesalahan orang perempuan. Lelaki yang baik tentunya akan bersimpati dan

akan mempertahankan maruah dan kehormatan saudara perempuan mereka. Sekiranya

saudara perempuan mereka diganggu oleh lelaki yang tidak baik, pastinya mereka mengambil

tindakan untuk melindungi hak saudara perempuan mereka. Lelaki ini mungkin akan berjumpa

dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu untuk diberikan amaran atau nasihat supaya

tidak melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara perempuan mereka. Saudara lelaki

yang baik dan bertanggung jawab tidak akan sanggup untuk melakukan atau menyebabkan

kesakitan dari segi fizikal dan mental kepada saudara perempuan mereka.

2

Page 3: Refleksi Berdasarkan Dimensi Moral

Perlakuan Moral pula adalah tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua

keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.

Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong

seseorang bertindak secara bermoral. Di dalam masyarakat Malaysia hari, perasaan moral di

kalangan masyarakat semakin menipis. Perasaan suka mengambil tahu hal jiran diangggap

negatif dan dikatakan suka menjaga ‘tepi kain orang’. Kebenarannya, sikap mengambil tahu ini

adalah baik demi untuk kebaikkan dan kepentingan bersama. Setiap keburukan atau

kepincangan dalam masyarakat akan boleh diperbaiki dengan cepat sekiranya adanya sifat

mengambil tahu. Seorang jiran yang berbaik dengan jirannya dan mengamalkan sifat

mengambil tahu dan tahu masalah yang dihadpi jirannya. Mereka akan sanggup menolong

jirannnya yang mengalami masalah seperti masalah kesihatan seperti sakit sehingga tidak

berdaya untuk pergi ke hospital. Jiran yang prihatin akan menolong jirannya ini dengan cara

menghantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Satu lagi contoh yang saya alami sendiri untuk menunjukkan bahawa masyarakat

Malaysia masih mempunyai perlakuan moral yang kental. Saya telah mengalami masalah tayar

kereta yang pancit ketika saya mahu menghadapi peperiksaan semasa saya di semester 3.

Saya tidak menyedari bahawa tayar kereta saya telahpun pancit. Pemandu kereta di laluan

disebelah saya di jalan raya, menunjukkan isyarat bahawa tayar kereta saya telah pancit.

Saya telah memberhentikan kereta saya di kawasan letak kereta di Kelana Jaya. Saya tidak

mengetahui cara untuk menukarkan tayar ketera. Suami saya tidak dapat sampai ke Kelana

Jaya kerana masalah kesesakan lalu lintas. Saya bernasib baik kerana tiga orang lelaki

berbangsa Cina sanggup untuk membantu menukarkan tayar kereta saya yang pancit tanpa

meminta upah. Saya berasa sungguh terhutang budi dengan bantuan pemuda Cina itu.

Disebabkan tindakan pantas tiga lelaki Cina itu saya dapat menghadiri peperiksaan di waktu

yang ditetapkan.

Kehidupan masyarakat yang mengejar kebendaan dan perkembangan dunia global

sedikit sebanyak telah merubah hubungan rapat sesama ahli masyarakat. Ahli masyarakat

terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehinggakan untuk bertanyakan khabar keluarga

terdekat juga tidak mampu dilakukan. Ahli masyarakat terlalu sibuk mengejar kebendaan untuk

memenuhi kehendak kehidupan yang semakin mendesak. Masyakat harus berpijak di bumi

nyata. Semua perkara harus dilakukan dengan saksama dan mengikut norma-norma masyakat

yang dibentuk sememangnya untuk kesejahteraan hidup ahli masyarakatnya. Ahli masyarakat

3

Page 4: Refleksi Berdasarkan Dimensi Moral

yang bijak harus terus mendokong dimensi moral untuk memastikan kelangsungan hidup

berlaku dengan teratur dan sistematik.

4