refleksi

4
Refleksi Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia, saya Karthikesan a/l Manikabasagan, guru pelatih dari PISMP Semester enam telah ditugaskan untuk melakukan suatu kerja kursus bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (Teknologi Rumah tangga dan Pertanian) RBT3203E. Soalan- soalan yang diberi adalah berdasarkan Hidroponik, Jahitan dan Ikan hiasan. Saya juga bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan kurnia-Nya saya dapat siapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah iaitu ................ dalam masa yang ditetapkan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Semasa waktu kuliah, beliau telah menerangkan tugasan ini kepada kami dengan begitu jelas. Hal ini telah memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugsan ini tanpa melengahkan masa. Saya berasa panik apabila mendapat kertas tugasan bahawa saya dikehendaki mencipta satu produk hidroponik serta merekabentuk satu artikel yang merangkumi 3 jenis jahitan. Seterusnya menghasilkan sebuah esei mengenai ikan hiasan. Hal ini menjadikan saya takut dan panik kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam ketiga-tiga tajuk ini. Namun selepas penjelasan daripada pensyarah, saya berasa lebih jelas akan tugasan ini. Penerangan serta tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Sebagai langkah pertama saya telah berbincang bersama rakan dan membahagikan tugasan. Selepas itu, saya bermula mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan idea untuk memulakan tugasan ini. Setelah mendapat maklumat yang secukupnya, saya telah bermula untuk membuat kerja kursus ini dengan penuh dedikasi. Selain itu, rakan sekelas saya juga membantu saya apabila menghadapi kekeliruan tentang tugasan ini.

Upload: vkeyviknes2579

Post on 11-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minggu 2

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

RefleksiSalam sejahtera dan Salam Satu Malaysia, saya Karthikesan a/l Manikabasagan, guru

pelatih dari PISMP Semester enam telah ditugaskan untuk melakukan suatu kerja kursus bagi

subjek Reka Bentuk dan Teknologi (Teknologi Rumah tangga dan Pertanian) RBT3203E.

Soalan-soalan yang diberi adalah berdasarkan Hidroponik, Jahitan dan Ikan hiasan. Saya juga

bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan kurnia-Nya saya dapat siapkan tugasan yang diberi

oleh pensyarah iaitu ................ dalam masa yang ditetapkan dengan jayanya. Terima kasih

diucapkan kepada beliau kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan

kerja kursus ini. Semasa waktu kuliah, beliau telah menerangkan tugasan ini kepada kami

dengan begitu jelas. Hal ini telah memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugsan ini

tanpa melengahkan masa.

Saya berasa panik apabila mendapat kertas tugasan bahawa saya dikehendaki mencipta

satu produk hidroponik serta merekabentuk satu artikel yang merangkumi 3 jenis jahitan.

Seterusnya menghasilkan sebuah esei mengenai ikan hiasan. Hal ini menjadikan saya takut dan

panik kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam ketiga-tiga tajuk ini. Namun selepas

penjelasan daripada pensyarah, saya berasa lebih jelas akan tugasan ini. Penerangan serta

tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Sebagai

langkah pertama saya telah berbincang bersama rakan dan membahagikan tugasan. Selepas

itu, saya bermula mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan idea

untuk memulakan tugasan ini. Setelah mendapat maklumat yang secukupnya, saya telah

bermula untuk membuat kerja kursus ini dengan penuh dedikasi. Selain itu, rakan sekelas saya

juga membantu saya apabila menghadapi kekeliruan tentang tugasan ini.

Tugasan ini amat berfaedah kepada semua guru pelatih yang bakal menjadi guru. Hal ini

kerana sepanjang proses penyediaan kerja kursus ini saya telah belajar banyak perkara penting

dan berguna kepada dunia pengajaran. Tugasan ini merangkumi tiga tajuk utama yang

berlainan iaitu Hidroponik, Jahitan dan Ikan hiasan. Dengan ini, saya dapat memperoleh ilmu

pengetahuan mengenai ketiga-tiga tajuk tersebut dengan lebih mendalam. Pertamanya semasa

membuat produk hidroponik saya didapati berhadapan dengan beberapa kelebihan dan juga

kelemahan. Antara kelebihan produk yang dihasilkan adalah seperti tahan lazak kerana

menggunakan kaju dan papan. Selain itu, produk kami juga kreatif dan inovatif. Perhiasan

papan serta bentuknya yang kreatif telah dapat menarik minat orang lain. Kekuatan yang lain

ialah, kos penghasilanya adalah rendah. Hal ini kerana produk dihasilkan dengan menggunakan

Page 2: Refleksi

bahan-bahan terpakai. Samping itu, produk hidroponik kami boleh digunakan berulang kali.

Sambil menjimatkan kos hal ini juga dapat digunakan untuk lama. Malah, terdapat juga

kelemahan dalam produk hidroponik yang dihasilkan. Kelemahanya adalah, sukar untuk

mengalih dari satu tempat ke satu tempat lain. Hal ini demikian kerana, botol-botol yang

digantungkan akan bergoyang dan menyusahkan pergerakanya. Selain daripada itu, papan

yang digunakan perlu ditebalkan lagi. Hal ini supaya produk menjadi lebih kukuh dan stabil.

Sebagai langkah mengatasi, sebelum menghasilkan produk perlu membuat perancangan awal

yang rapi. Saya perlu mengkaji setiap aspek sebelum diaplikasikan untuk merekabentuk produk.

Setelah menyiapkan produk hidroponik, saya dan rakan telah mula untuk merekabentuk

artikel. Justeru, artikel yang dihasilkan adalah sarung botol air. Antara kekuatan artikel sarung

botol air yang direkacipta ialah, berwarna-warni dan menarik. Ton warna benang yang berwarna-

warni menjadikan artikel lebih cantik. Tambahan pula, artikel sarung botol air ini menggunakkan

lebih daripada tiga jenis jahitan. Kekuatan yang lain ialah, semua permukaan artikel telah

dipenuhi dengan jahitan. Lebih-lebih lagi hiasan juga dibuat dengan jahitan. Ciri-ciri ini telah

menjadikan artikel berkelihatan kreatif dan menarik. Tetapi, terdapat juga kelemahan dalam

artikel sarung botol air ini. Antaranya, disebabkan tiada pelan dan perancangan awal artikel

pertama yang dihasilkan tidak berjaya. Hal ini menyebabkan kami membentuk satu artikel yang

baru. Kelemahan lain ialah, oleh sebab menggunakan lebih daripada 3 jenis jahitan, ia

mengambil masa yang agak panjang bagi menyiapkan artikel. Sebagai cara mengatasi

kelemahan ini, saya perlu membuat perancangan awal serta perlu merujuk kepada banyak

sumber rujukan mengenai jahitan supaya dapat mengelakkan kesilapan.

Selain daripada tajuk diatas, saya juga dapat mengetahui tentang cara pembiakkan

tanaman iaitu Markot dengan lebih jelas. Sewaktu membuat Markot, saya dapat mengetahui

tentang pembiakkan tanaman dengan lebih dalam dan teliti. Hal ini kerana saya dapat

mempelajari pelbagai jenis pembiakkan tanaman. Dengan membuat Markot saya mendapati

suatu pengalaman yang amat bermanfaat. Kekuatan seterusnya, saya dapat melihat dan

mempelajari kaedah Markot dengan sepenuhnya semasa amali. Walaupun, semasa membuat

Markot didapati sedikit kelemahan. Kelemahanya didapati sewaktu mengikat plastik pada

batang pokok. Hal ini kerana, semasa mengikat plastik tanahnya hampir tumpah keluar kerana

tidak dapat mengikat dengan betul. Selepas percubaan kali ke 2, saya dapat mengikat dengan

baik. Antara cadangan mengatasi ialah, semasa ikat perlu memastikan ikatan tersebut ketat dan

kukuh. Selain itu, pengetahuan dan perancangan awal mengenai Markot perlu dibuat dahulu

bagi memastikan tidak melakukan kesilapan.

Page 3: Refleksi

Kesimpulannya, samping membantu saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya

tugasan ini juga telah memberi suatu pengalaman yang begitu berfaedah. Melalui pengalaman

sendiri, saya telah dapat mempelajari cara-cara merekacipta produk hidroponik, artikel serta

Markot. Saya akan menggunakannya pada masa yang akan datang di sekolah. Saya dapat

mengajar anak murid dengan lebih yakin akan tajuk-tajuk ini. Dengan adanya pengalaman saya

boleh membimbing murid-murid dengan lebih baik. Hal ini kerana, sepanjang membuat tugasan

ini saya telah mempelajari kesilapan serta cara mengatasinya.

Sekian terima kasih.

.