refleksi

2
Pada hari ini, P&P berjalan agak lancar. Pada pendapat saya pelajar dapat memahami apa yang dipelajari pada hari ini. Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan. Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan. Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempoh masa yang dirancang. Pada permulaan P&P, saya memulakan sesi induksi dengan bertanya tentang kepentingan air kepada keperluan tubuh badan. Seterusnya saya menunjukkan gambar 2 botol minuman yang berbeza harga dan kuantiti. Di sini saya dapat mencungkil pengetahuan murid tentang tajuk penolakan perpuluhan melalui soalan-soalan yang diberikan secara umum dan mengaitkannya dengan tajuk yang telah dipelajari pada hari ini. Dalam bahagian aktiviti, tayangan video melalui pautan Youtube pada permulaan aktiviti telah memudahkan saya dalam memberi penerangan tentang konsep penolakan perpuluhan. Walaupun video tersebut dalam Bahasa Inggeris, saya memilihnya berdasarkan kualiti grafik, audio yang jelas dan tempoh video yang sesuai dengan sesi pengajaran saya di samping ianya mudah difahami oleh murid. Seterusnya murid-murid diminta untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut aras dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kemudian mereka yang telah dipilih akan menunjukkan jawapan di papan putih. Walaupun kaedah berpusatkan murid seperti ini agak tradisional, tetapi ianya masih relevan digunakan dalam proses P&P yang melibatkan pengiraan Matematik. Selain itu, saya juga dapat menilai tahap pemahaman murid melalui kaedah tersebut walaupun tidak secara terperinci. Pada sesi penutup saya telah menayangkan video pautan Youtube dalam bentuk lagu sebagai kesimpulan untuk P&P pada hari ini. Rata-rata murid berminat dengan penerapan inovasi yang digunakan terutamanya permainan interaktif online melalui kuiz yang dijalankan pada akhir sesi P&P. Melalui permainan tersebut juga saya dapat

Upload: shahidan-sidek

Post on 18-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Pada hari ini, P&P berjalan agak lancar. Pada pendapat saya pelajar dapat memahami apa yang dipelajari pada hari ini. Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan. Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan. Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempoh masa yang dirancang. Pada permulaan P&P, saya memulakan sesi induksi dengan bertanya tentang kepentingan air kepada keperluan tubuh badan. Seterusnya saya menunjukkan gambar 2 botol minuman yang berbeza harga dan kuantiti. Di sini saya dapat mencungkil pengetahuan murid tentang tajuk penolakan perpuluhan melalui soalan-soalan yang diberikan secara umum dan mengaitkannya dengan tajuk yang telah dipelajari pada hari ini. Dalam bahagian aktiviti, tayangan video melalui pautan Youtube pada permulaan aktiviti telah memudahkan saya dalam memberi penerangan tentang konsep penolakan perpuluhan. Walaupun video tersebut dalam Bahasa Inggeris, saya memilihnya berdasarkan kualiti grafik, audio yang jelas dan tempoh video yang sesuai dengan sesi pengajaran saya di samping ianya mudah difahami oleh murid. Seterusnya murid-murid diminta untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut aras dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kemudian mereka yang telah dipilih akan menunjukkan jawapan di papan putih. Walaupun kaedah berpusatkan murid seperti ini agak tradisional, tetapi ianya masih relevan digunakan dalam proses P&P yang melibatkan pengiraan Matematik. Selain itu, saya juga dapat menilai tahap pemahaman murid melalui kaedah tersebut walaupun tidak secara terperinci. Pada sesi penutup saya telah menayangkan video pautan Youtube dalam bentuk lagu sebagai kesimpulan untuk P&P pada hari ini. Rata-rata murid berminat dengan penerapan inovasi yang digunakan terutamanya permainan interaktif online melalui kuiz yang dijalankan pada akhir sesi P&P. Melalui permainan tersebut juga saya dapat menilai tahap pemahaman murid di samping menguji kecekapan mereka dalam pengiraan penolakan perpuluhan apabila tempoh masa dipendekkan pada setiap pusingan. KelemahanSetelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya agak kurang jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman sendiri murid.Antara lain saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan seperti penilaian melalui lembaran kerja ataupun latihan tambahan di rumah kepada murid. Selain tidak dapat menilai pemahaman murid secara individu, melalui latihan tambahan sepatutnya saya boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka bagi lebih menguasai tajuk ini. Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk permainan interaktif online yang saya jalankan pada sesi penutup telah melampaui masa yang ditetapkan. Oleh itu saya bercadang untuk menjalankan aktiviti seperti ini pada sesi perkembangan aktiviti pada sesi PdP yang akan datang.