refleksi

11
REFLEKSI NAMA : NOR AZILAH BINTI ABDULLAH PROGRAM : PISMP 8D AMBILAN JANUARI 2011 NAMA PENSYARAH : PN. NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada Pn. Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali iaitu pensyarah pembimbing bagi sebjek PSS 3143 iaitu Wacana dan Masyarakat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tiga orang rakan sekumpulan saya iaitu Fatin Izawanie binti yaakob, Ainul Huda binti Abdul Halim dan Norhazira binti Masri. Mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang tugasan kerja kursus ini dilaksanakan.

Upload: ila-momochan

Post on 16-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

REFLEKSINAMA : NOR AZILAH BINTI ABDULLAHPROGRAM : PISMP 8D AMBILAN JANUARI 2011NAMA PENSYARAH : PN. NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada Pn. Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali iaitu pensyarah pembimbing bagi sebjek PSS 3143 iaitu Wacana dan Masyarakat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tiga orang rakan sekumpulan saya iaitu Fatin Izawanie binti yaakob, Ainul Huda binti Abdul Halim dan Norhazira binti Masri. Mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang tugasan kerja kursus ini dilaksanakan.

Tugasan kerja kursus bagi Wacana dan Masyarakat ini terbahagi kepada tiga bahagian iatu dalam kumpulan bertiga, berpasangan dan individu. Bagi tugasan berkumpulan, tugasan meminta saya dan dua orang lagi rakan untuk membentangkan ulasan yang berkaitan dengan satu artikel yang diambil daripada akhbar untuk mengaitkannya dengan unsur patriotisme dengan menggunakan kmahiran ICT. Bagi tugasan berpasangan pula, tugasan ini meminta saya dan seorang rakan untuk membincankan dan menganalisi secara terperinci mengenai satu petikan jurnal yang berkaitan dengan satu isu sosial dan mencadangkan jalan penyelesaian isu social tersebut. Tugasan yang terakhir iaitu penulisan refleksi yang berkaitan dengan pengalaman yang diperoleh semasa menulis esei iaitu sejauh mana analisis wacana dapat membantu pembentukan masyarakat.Sebelum tugasan dimulakan, saya berasa agak khuatir kerana kurang memahami kehendak soalan. Namun, selepas perbincangan dilakukan bersama-sama dengan pensyarah pembimbing iaitu Pn. Nor Rul Azlifah di mana beliau menerangkan setiap satu soalan tugasan beserta objektifnya dengan terperinci, saya lebih memahami akan kehendak soalan. Beliau sangat komited dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Selain itu, perbincangan bersama rakan-rakan juga menambahkan pemahaman saya terhadap objektif dan persoalan yang diutarakan dalam tugasan kerja kursus ini.Selepas itu, pencarian maklumat di beberapa tempat dijalankan. Bahan-bahan rujukan yang dirujuk seperti buku, jurnal, modul dan laman sesawang. Kebanyakan buku dan modul yang diperoleh sebagai bahan rujukan dipinjam daripada perpustakaan iaitu Perpustakaan Lokman Musa IPG Kampus Bahasa Melayu dan Perpustakaan Negara. Bahan-bahan yang dicari ialah bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan.

Pelbagai manfaat yang saya peroleh berdasarkan pengalaman melaksanakan tugasan kerja kurusus Wacana dan Masyarakat ini. Pembentangan yang menggunakan ICT mengenai ulasan isu sosial yang mengaitkan dengan konsep patriotisme banyak memberikan ilmu dan pengetahuan yang baharu kepada saya. Kumpulan saya telah memilih tajuk Mantapkan Mata Pelajaran Sejarah Asas Patriotisme berdasarkan artikel daripada akhbar Utusan yang bertarikh 12 Ogos 2014. Pencarian maklumat mengenai tajuk ini telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya mata pelajaran Sejarah dalam memupuk semangat patriotisme. Melalui pembacaan secara eksplisit dan implisit mengenai masalah yang terjadi di sekolah iaitu kebanyakan pelajar tidak meminati mata pelajaran ini kerana alasan-alasan yang tertentu seperti terlalu banyak fakta yang perlu diingat, terlalu banyak bab yang peru dibaca dan sebagainya, saya memperoleh cara-cara bagi mengatasi masalah ini sekaligus boleh menerapkan asas patriotisme terhadap diri pelajar. Penganalisaan wacana bagi artikel daripada akhbar ini yang ditulis oleh Dr. Aminuddin Mansur, dapat mempengaruhi pemikiran saya iaitu dengan memantapkan mata pelajaran Sejarah dapat membentuk asas patriotisme dalam diri pelajar. Hal ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana semangat patriotisme seharusnya dipupuk dalam diri setiap individu daripada bangku sekolah.Selain itu, pembentangan secara bertiga ini yang meminta saya dan rakan-rakan untuk menggunakanan kemahiran ICT telah menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai permodenan teknologi maklumat masa kini yang lebih menarik yang boleh digunakan selain menggunakan persembahan power point. Hasil pembacaan daripada beberapa blog daripada laman sesawang mengenai tutorial menggunakan persembahan ICT menggunakan aplikasi online atau dalam talian, telah membuahkan hasil kerana saya dan rakan-rakan dapat membina sebuag persembahan ICT yang bertajuk Mantapkan Mata Pelajaran Sejarah Asas Patriotisme.

Bagi tugasan berpasangan pula, tugasan Wacana dan Masyarakat ini meminta saya dan rakan untuk menganalisis secara terperinci satu petikan jurnal yang berkaitan dengan isu sosial yang dipilih dan mencadangkan jalan penyelesaian bagi isu sosial tersebut. Penderaan kanak-kanak merupakan isu sosial yang dipilih oleh kumpulan saya dan tajuk jurnal yang dipilih adalah hasil kajian Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim , M. Suhaimi Mohamad dan Nazirah Hassan pada tahun 2012. Tajuk bagi jurnal yang dipilih adalah Hubungan Faktor Dalaman Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-Kanak. Jurnal ini membincangkan mengenai ciri demografi dan latar belakang pendera dan mengenalpasti faktor atau punca penderaan fizikal kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa Melayu di negeri Selangor. Isu penderaan kanak-kanak ini dipilih adalah kerana kes-kes penderaan yang berlaku di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita-berita mengenai penderaan kanak-kakak melalui media massa.

Analisis wacana ini dapat membantu pembentukan masyarakat maju. Penganalisaan wacana berdasarkan sesebuah hasil kajian atau penulisan dapat melihat masalah daripada perspektif yang luas dan menggunakan pendekatan retorik dalam psikologi sosial. Selain itu, kesedaran untuk menyelesaikan masalah konkrit secara objektif juga merupakan antara sebab sesuatu wacana dianalisis. Semasa wacana dianalisis pengulas tidak boleh mepunyai sifat etnosentrik dan prejudis, sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan bersifat futuristik futuristik.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menggariskan sembilan cabaran yang perlu direalisasikan menjelang tahun 2020 bagi mencapai bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Berdasarkan penganalisaan wacana mengenai isu penderaan fizikal kanak-kanak ini menunjukkan runtuhnya nilai kasih sayang dalam sesebuah institusi keluarga. Ia secara tidak langsung melemahkan hasrat negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020 di mana salah satu sembilan cabaran Wawasan 2020 adalah memupuk kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang penyayang. Oleh itu, kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk bahaya termasuk semua jenis penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Ini kerana kesejahteraan kanak-kanak sebagai modal insan akan tergugat akibat menjadi mangsa penderaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Lindungilah hak asasi kanak-kanak kerana mereka adalah pewaris negara yang bakal menerajui masa depan sosial, politik dan ekonomi negara.

Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna untuk melahirkan masyarakat yang maju .

Melalui analisis wacana, sesuatu isu atau masalah dapat difikirkan jalan penyelesaiannya. Dalam pembentukan masyarakat maju, mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan didorong oleh standard etika paling tinggi antara cabaran pembentukan kepada Wawasan 2020. Berdasarkan jurnal kajian yang dianalisis ini, langkah-langkah dan cara mengatasi masalah tersebut dapat dirungkaikan untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika supaya kes penderaan kanak-kanak ini dapat dibendung.

Bukan itu sahaja, analisis wacana turut memberikan manfaat atau kelebihan kepada peningkatan seseorang individu. Melalui analisis wacana, seseorang individu itu akan dapat mempertingkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana melalui penganalisaan wacana, seseorang individu itu akan dapat meningkatkan pengetauan dengan lebih meluas dan meningkatkan kemahiran berfikir. Tambahan pula, melalui analisis wacana ini dapat meningkatkan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, besyukur dan sebagainya. Peningkatan aspek intrapersonal dan interpersonal juga merupakan antara kelebihan bagi seseorang individu melalui analisis wacana ini. Hal ini kerana, wacana bukan sahaja dalam bentuk tulisan bahkan juga dalam bentuk komunikasi. Selain itu, melalui analisis wacana juga seseorang individu dapat meningkatkan profesionalisme mereka. Kelebihan kepada individu melalui analisis wacana sekaligus dapat mewujudkan pembentukan masyarakat maju.

Berdasarkan penganalisaan wacana juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis bagi pengulas. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Melalui analisis wacana, pengulas dapat memahami wacana yang dianalisis serta dapat membuat keputusan yang wajar. Bagi bakal guru, kursus Wacana dan Masyarakat dapat melahirkan guru yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Apabila bakal guru mempunyai pmikiran yang kreatif dan kritis, ianya akan membantu mreka untuk menjadi guru yang cemerlang kelak. Guru yang mempunyai sifat ini akan melahirkan murid yang progresif dan berfikiran saintifik. Hal ini akan membawa kepada pembentukan masyarakat maju.

Selain itu, analisis wacana juga dapat memberikan pengaruh kepada dasar dan peraturan melalui perbincangan yang terbuka, mendedahkan kepincangan, memberikan pandangan penyelesaian, dan mengutarakan respon orang ramai. Hal ini akan dapat mewujudkan pembentukan masyarakat yang maju kerana berdasarkan analisis wacana yang dilakukan terhadap sesuatu isu atau pandangan akan memperoleh hasil pemikiran yang kritis. Lalu, hasil pemikiran atau idea tersebut boleh digunakan untuk menambahbaik sesuatu dasar. Apabila dasar yang sedia ada ditambah baik, maka masyarakat maju akan terbentuk.

Analisis wacana turut memberikan kelebihan kepada profesion keguruan. Hal ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Apabila sesuatu wacana dianalisis dalam bentuk tulisan mahupun komunikasi, ianya boleh meningkatkan penyelidikan. Sebagai contoh, apabila guru mendengar akan masalah murid, guru akan menganalisis punca masalah tersebut melalui penyelidikan supaya mengetahui punca masalah tersebut dan cara mnenanganinya. Selain itu, analisis wacana juga dapat membuatkan seorang guru untuk membuat refleksi mengenai pengajarannya berkesan atau tidak berkesan. Bukan itu sahaja, melalui analisis wacana juga dapat meningkatkan budaya ilmu dan akan peka tentang isu-isu semasa. Tambahan pula, analisis wacana ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam kalangan guru. Apabila profesion keguruan mengaplikasikan analisis wacana ini, maka pembentukan masyarakat maju boleh dibentuk kerana guru merupakan antara agen yang mendidik kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kekangan yang timbul dalam pelaksanaan tugasan ini. Penerimaan tugasan kerja kursus yang serentak dengan beberapa kursus yang lain, telah menyebabkan kekangan masa bagi saya. Tarikh hantar yang hampir sama antara kesemua kerja kursus yang lain menyebabkan situasi agak kelam kabut. Bukan itu sahaja, kesibukan diri dengan sesi internship selama sebulan dan penulisan laporan Penyelidikan Tindakan juga memberikan kekangan sepanjang melaksanakan tugaan ini. Walaubagaimanapun, atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa, pensyarah pembimbing dan rakan-rakan , tugasan ini dapat jua dilaksanakan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.Akhir sekali, saya berasa tugasan seperti ini adalah sangat bagus untuk guru pelatih. Hal ini kerana penganalisaan sesuatu wacana sangat penting untuk memperoleh idea dan pendapat yang kritis dan kreatif . Namun, sedikit penambahbaikan haruslah ada misalnya seperti memberi contoh tugasan yang perlu dibuat oleh para pelajar terlebih dahulu supaya pelajar dapat menjadikan ia sebagai contoh dan dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.Sekian, terima kasih.