refleksi 1

Upload: maryam-mustafa

Post on 22-Jul-2015

1.069 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012

5.05.1

REFLEKSIAktiviti Kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun

HURAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

Hussein Onn 2 melibatkan semua guru dan murid. Aktivti ini dibahagikan pada dua tahap iaitu tahap dua melibatkan tahun 4,5 dan 6. Manakala tahap satu hanya tahun 3 sahaja yang terlibat. Semua murid yang terlibat diwajibkan memakai pakaian lengkap badan

beruniform mereka pada hari tersebut. Ini bagi memastikan setiap murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum ini dijalan pada setiap hari Rabu setiap minggu. Aktiviti ini dijalankan secara berselang-seli antara unit badan beruniform dan persatuan/permainan. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, PN. Che Siti Norbaya Bt Jamil sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti kokurikulum.

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012

5.2

KELEBIHANTerdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali latihan atau aktiviti diadakan. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 juga mempunyai prasana yang baik dan sesuai untuk menganjurkan apa-apa aktiviti ko-kurikulum di sekolah seperti berikut :i.Mempunyai padang sekolah yang luas dan lengkap. ii.Mempunyai gelanggang untuk badminton dan lain-lain. iii.Peralatan sukan yang mencukupi. Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 juga bertuah kerana mempunyai guru-guru yang berdedikasi dan akan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Hari ko-kurikulum sekolah adalah pada Rabu setiap minggu seperti berikut : SESI PAGI UNIT Unit Beruniform Persatuan Permainan MASA / RABU 3.00 5.00 petang 2.45 4.00 petang 4.00 5.10 petang SESI PETANG UNIT Unit Beruniform MASA / RABU 10.15 11.30 pagi

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012

Guru-guru penyelaras juga sentiasa menganjurkan apa-apa program sepeti ceramah dan seminar untuk persatuan/ kelab dan pasukan beruniform mereka. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan keseronokan kepada murid sesuai dengan konsep bermain sambil belajar.Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 juga Berjaya memupuk perpaduan di kalangan murid. Contohnya : Perkhemahan Bersepadu Sekolah, semua pelajar yang terlibat berkerjasama dalam setiap pertandingan yang diadakan. Aktiviti ini dapat memupuk murid bersatu dalam kumpulan masing-masing, menyayangi rakan sepasukan. Terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang disediakan dan ini memberi kelebihan kepada semua murid untuk memilih aktiviti yang mereka sukai . Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 pernah memenangi beberapa anugerah antaranya

5.3

KELEMAHANTerdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang

dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Antaranya ialah kehadiran murid pada hari ko-kurikulum masih belum mencapai sasaran. Hal ini didorong oleh beberapa faktor antaranya ialah pertembungan waktu dengan pembelajaran bagi sekolah agama pada waktu pagi bagi tahun 3 dan petang bagi tahun 4,5 dan 6. Tiada kesedaran terhadap aktiviti ko-kurikulum (sengaja tidak hadir kerana tidak berminat) dan lain-lain. Kepelbagaian aktiviti kokurikulum yang diadakan dengan murid yang ramai Kekurangan kawasan bertutup atau bilik khas untuk menjalankan aktiviti sekiranya hujan turun.