rasm uthmani-norazman alias

Upload: nur-asiah

Post on 05-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    1/14

    Rasm Uthmani; Hubungannya Dalam Bidang Ilmu Qiraat

    Norazman bin Alias

    Muhammad Hafiz bin Saleh

    Abd Muhaimin bin Ahmad

    [email protected]

    [email protected]

    [email protected]

    Universiti Sains Islam Malaysia

    Abstrak

    Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah

    ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini

    mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan

    mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu

    Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan

    bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada

    definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua

    bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu

    sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-

    Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-

    Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di

    kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kertas

    kerja ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara Ilmu Rasm

    Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah

    kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks

    memelihara kesucian al-Quran. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa contoh

    ayat al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan al-Quran

    yang mutawatir.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    2/14

    1.0 Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani

    Sebagaimana yang diketahui ramai, Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman

    kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu

    Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali

    dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di

    kalangan umat Islam yang begitu ketara.

    Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Munim Kamil Syair telah

    menyebut di dalam kitab beliau Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani: yang dimaksudkan

    dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan

    al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman

    ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm

    Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk

    menulis semula ayat-ayat al-Quran.1

    2.0 Sejarah Rasm Uthmani

    Penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W. berlaku ketika baginda berada di Makkah

    dan al-Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. Namun begitu, kesemua ayat-ayat al-

    Quran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda

    mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis: Jibril telah membacakan

    kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia

    menjadi tujuh huruf.2Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-

    ayat suci al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut

    tujuh huruf tersebut.

    1Lihat: Abd al-Munim Kamil Syair, Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani, t.t, t.th, hlmn. 5, dengan

    sedikit perubahan.

    2Lihat: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam bab Fadhail al-Quran, Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-

    Bukhari, Soheh al-Bukhari, Dar Tauq al-Najah, Arab Saudi, cetakan pertama, 1422H, jlid. 6, hlmn. 184,

    dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    3/14

    Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca

    ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf,

    sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah

    kewafatan baginda S.A.W., maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara

    dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. Maka terdapatlah mereka

    (para tabiin) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada

    yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat.

    Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan

    bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam, Abdullah bin Masud di Kufah dan Abu

    Musa al-Asyari di negara-negara lain. 3

    Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah itu yang diajar oleh para sahabat

    kepada penduduk Islam di negara masing-masing, maka telah membawa kepada perbezaan

    bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. Ada di kalangan mereka yang mendakwa

    bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa bacaan orang Islam di

    negara lain salah dan sebagainya. Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu, Uthman

    bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang sahabat untuk mengumpulkan

    kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak dan menghindarkan umat Islam

    daripada terus berpecah-belah. 4

    2.1 Faktor Pengumpulan al-Quran

    Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pengumpulan semula mushaf pada

    zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. Antaranya ialah:

    3Lihat: Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani, Kitab al-Masohif, Dar al-Faruq al-

    Hadithah, Kaherah, cetakan pertama, 1423H, jlid. 1, hlmn. 190, dengan sedikit perubahan.

    4Lihat: Abd al-Munim Kamil Syair, Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 5, dengan sedikit

    perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    4/14

    2.1.1 Perbezaan Bacaan Umat Islam

    Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab soheh beliau bahawa

    pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Huzaifah al-Yamani r.a. pergi

    menemui Khalifah Uthman bin Affan r.a. setelah pulang dari peperangan Armaniah dan

    Azerbaijan. Maka Huzaifah al-Yamani mendapati (terkejut dengan) perbezaan bacaan

    al-Quran yang ketara di kalangan penduduk Islam. Lalu berkatalah Huzaifah kepada

    Khalifah: Wahai pemimpin orang-orang beriman, sedarkanlah umat ini sebelum mereka

    berselisih bacaan terhadap al-Quran sebagaimana yang berlaku kepada Yahudi dan

    Nasrani. Maka, Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun dengan segera menghantar surat

    kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. yang bertulis: Serahkanlah kepada

    kami suhuf agar kami dapat menulisnya semula di mushaf. Kemudian kami akan

    mengembalikannya kepadamu.

    Setelah itu, Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. pun menghantar suhuf

    yang ada pada beliau kepada khalifah. Kemudian Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun

    melantik empat orang sahabat untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran pada mushaf,

    mereka ialah Zaid bin Thabit (wafat 45H), Abdullah bin al-Zubair (wafat 73H), Said bin

    al-Aas (wafat 58H), Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisham (wafat 43H) r.a.h. Berkata

    khalifah: Sekiranya kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit (terhadap

    sesuatu perkataan) daripada al-Quran, maka tulislah ia mengikut bahasa Quraish,

    kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan bahasa mereka. 5

    Lalu, mereka pun menulis semula suhuf yang ada kepada mushaf dan

    diserahkan kepada Khalifah Uthman bin Affan r.a. untuk dihantarkan ke negara-negara

    Islam. Adapun suhuf yang asal dikembalikan kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti

    Umar r.a. dan khalifah pun memerintahkan agar mushaf yang ada selain daripada

    mushaf yang dihantar ini agar dibakar.

    5Lihat: Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar

    al-Hadith, Kaherah, 1427H, jlid. 1, hlmn. 166, dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    5/14

    2.1.2 Perbezaan Bacaan Guru

    Hasil daripada mempelajari bacaan al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. mengikut

    huruf-huruf yang diambil, maka para sahabat pun mengajar para tabiin dan umat Islam

    pada ketika itu mengikut apa yang mereka pelajari.

    Maka setelah generasi demi generasi berlalu, jumlah para celik al-Quran ini

    semakin ramai dan mereka membaca al-Quran dengan qiraat yang pelbagai. Lama-

    kelamaan generasi muda ini mendakwa bacaan mereka lebih fasih dan betul berbanding

    dengan bacaan yang lain. Ibn Jarir telah menceritakan hal ini di dalam tafsir beliau

    bahawa ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., seseorang guru akan

    mengajar bacaan al-Quran kepada anak muridnya mengikut bacaan seorang sahabat

    Rasulillah S.A.W. dan seorang guru yang lain pula mengajar mengikut kepada bacaan

    sahabat baginda yang lain. 6 Telah berkata pula Abu Ayyub bahawa sehinggakan ada

    yang sanggup mengkafir orang Islam yang lain hanya disebabkan oleh perbezaan

    bacaan al-Quran ini. Maka berita ini telah sampai kepada Khalifah lalu beliau

    berkhutbah: Kamu sekalian berselisih pandangan bersamaku padanya (bacaan al-

    Quran), maka barangsiapa yang menjauhiku daripada penduduk al-Amsar (negara-

    negara Islam ketika itu) maka dia seteruk-teruk perselisihan dan seteruk-teruk

    kesalahan, bersatu-padulah wahai para sahabat Muhammad, maka lantiklah seorang

    imam(pemimpin) di kalangan manusia. 7

    2.1.3 Penulisan Mushaf Khas oleh Para Sahabat

    Sebab yang ketiga pula ialah terdapatnya di kalangan para sahabat yang menulis

    mushaf sendiri (untuk bacaan mereka) di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuh-

    tujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S.A.W. Di samping itu, terdapat juga

    mushaf yang mempunyai huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-Irdhoh al-Akhirah

    6Lihat: Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari, Jami al-Bayan fi Tawil al-Quran,

    Muassasah al-Risalah, Beirut, cetakan pertama, 1420H, jlid. 1, hlmn. 62, dengan sedikit perubahan.

    7Lihat: Subhi al-Soleh, Mabahith fi Ulum al-Quran, Dar al-Ilm li al-Malayin, Beirut, 1421H, hlmn. 81,

    dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    6/14

    (pembentangan terakhir oleh Rasulullah S.A.W. di hadapan Jibril a.s. untuk menentukan

    ketetapan ayat al-Quran yang kekal dan ayat al-Quran yang dimansuhkan) dan mereka

    tidak menghapuskan tulisannya serta ayat-ayat tafsiran yang ditulis pada al-Quran al-

    Karim ketika mereka mendengar tafsiran baginda S.A.W. Namun begitu, para sahabat

    r.a.h. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat

    tafsiran. Maka kewujudan mushaf ini sedikit-sebanyak telah membawa perbezaan

    pendapat di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran ketika pemerintahan

    Khalifah Uthman bin Affan r.a.

    Antara contoh mushaf yang ditulis oleh para sahabat bertujuan mentafsirkan

    ayat-ayat al-Quran ialah:

    1) Mushaf Ubai bin Kaab

    2) Mushaf Abdillah bin Masud

    3) Mushaf Abi Musa al-Asyari

    4) Mushaf al-Miqdad bin Amr

    2.2 Bilangan Mushaf Uthmani

    Para ilmuwan Islam berselisih pendapat dalam menentukan jumlah sebenar mushaf

    yang dihantar oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ke negara-negara Islam pada zaman

    tersebut. Antara pandangan ulama tentang jumlahnya ialah:

    1) Abu Bakr al-Sajastani menyebut di dalam kitab al-Masohif beliau, bahawa jumlah

    mushaf pada zaman Khalifah Uthman yang dihantar ke negara-negara Islam ialah

    tujuh iaitu sebuah mushaf ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf

    ke al-Yaman, sebuah mushaf ke al-Bahrain, sebuah mushaf ke al-Basrah, sebuah

    mushaf ke al-Kufah dan sebuah mushaf disimpan di al-Madinah al-Munawwarah,

    yang juga dikenali sebagai mushaf al-Imam. 8

    8Lihat: Abu Bakr al-Sajastani, Kitab al-Masohif, jlid. 1, hlmn. 133, dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    7/14

    2) Juga di dalam riwayat al-Qurtubi bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah

    Uthman bin Affan r.a. ialah tujuh. Dikatakan juga jumlah empat buah di mana

    mushaf-mushaf tersebut turut dihantar ke al-Iraq, al-Syam dan Mesir. 9

    3) Abu Amr al-Dani pula berpendapat bahawa terdapat enam buah mushaf yang

    dihantar ke negara-negara Islam iaitu al-Madinah, Makkah, al-Kufah, al-Basrah, al-

    Syam, al-Iraq. 10

    4) Al-Suyuti pula mengatakan bahawa pendapat yang masyhur di kalangan ulama

    tentang jumlah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam ialah lima buah iaitu

    sebuah mushaf dihantar ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf ke

    al-Kufah, sebuah mushaf ke al-Basrah dan sebuah lagi ke al-Madinah. (tidak

    termasuk Mushaf Imam) 11

    3.0 Pendapat Ulama tentang Rasm Uthmani

    Dalam menentukan Rasm Uthmani sama ada ia tauqifiatau istilahi, maka ulama dahulu dan kini

    telah berselisih pendapat kepada tiga golongan yang mana kesemuanya tetap memuliakan dan

    mengiktiraf kehebatan rasm yang diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ini.

    Ada di kalangan para ilmuwan Islam berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah tauqifi

    iaitu sesuatu yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat untuk

    menulis mengikut penulisan yang dibenarkan oleh baginda. Ada pula yang beranggapan

    bahawa Rasm Uthmani ialah istilahi iaitu penulisan mengikut kaedah bahasa Arab dan tidak

    berdosa sekiranya menyalahinya demi kebaikan umat Islam. Maka pendapat-pendapat tersebut

    bolehlah dirumuskan kepada berikut:

    9 Lihat: Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami li Ahkam al-Quran,

    Dar al-Kutub al-Misriyah, Kaherah, cetakan kedua, 1384H, jlid. 1, hlmn. 54, dengan sedikit perubahan.

    10Lihat: Uthman bin Said bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani, al-Muqni fi Rasm Masahif al-Amsar,

    Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah, Kaherah, t.th, hlmn. 12, dengan sedikit perubahan.

    11Lihat: Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti, al-Itqan fi Ulum al-Quran, al-Haiah al-Misriyah

    al-Ammah li al-Kitab, Kaherah, 1394H, jlid. 1, hlmn. 211, dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    8/14

    1) Tauqifi (Antara ulama: Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu al-Baqa,

    Al-Qadhi Iyadh)

    Golongan pertama berpendapat bahawa Rasm Uthmani ialah tauqifi dan tidak boleh

    mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub

    mengikut surah dan ayat. Juga dilarang daripada mendahulukan ayat atau surah ke atas

    yang lain.

    Berkata ibn Darastawaih: dua jenis penulisan yang tidak boleh dikias (kepada

    penulisan lain) iaitu penulisan mushaf (zaman Khalifah Uthman ibn Affan r.a.) dan penulisan

    bait-bait syair Arab. 12 Imam Malik pernah ditanya: Adakah anda menulis mushaf mengikut

    penulisan orang ramai dengan berpegang kepada al-hija (hijaiah atau tulisan mengikut

    bahasa rasmi) ? Lalu beliau menjawab: Tidak, melainkan penulisan yang mula-mula

    (Rasm Uthmani). 13 Bahkan Al-Imam al-Qadhi Iyadh dengan nada tegas telah menyebut di

    akhir kitabnya: Dan sesungguhnya barangsiapa yang mengurangkan hurufnya dengan

    sengaja, atau menukarnya dengan huruf yang lain, atau menambah padanya satu huruf

    yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijma, dan seluruh ummah telah

    bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran, maka sesungguhnya beliau telah kufur. 14

    2) Istilahi (Antara ulama: Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun)

    Golongan kedua pula berpegang bahawa Rasm Uthmani ini adalah bukan tauqifidan tidak

    salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi

    mana tidak berubah ayat al-Quran).

    12 Lihat: al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar al-Hadith, jlid. 1, hlmn. 376 dengan sedikit

    perubahan.

    13Lihat: Abd al-Munim Kamil Syair, Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 16, dengan sedikit

    perubahan.

    14Lihat: Iyadh bin Musa bin Iyadh al-Yahsobi, al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa, Dar al-Faiha, Amman,

    1407H, cetakan kedua, jlid. 2, hlman. 647, dengan sedikit perubahan.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    9/14

    3) Tauqifi dan Istilahi (Antara ulama: Sultan al-Ulama Izzuddin Abd al-Salam,

    Badruddin al-Zarkashi)

    Golongan yang ketiga berpendapat bahawa harus hukumnya untuk menulis al-Quran

    dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam, namun juga dengan menjaga

    dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar al-

    Quran). Ia seperti peninggalan sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi

    akan datang. 15

    4.0 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat

    Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan

    r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf

    tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qiraat. Perkara ini

    dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut: 16

    4.1 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan

    Terdapat qiraat yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu

    penulisan sahaja. Contoh:

    Perkataan di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu pada huruf soddi mana ia dibaca

    dengan soddan sin. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal

    hurufnya ialah sin. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani

    pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sodsahaja sedangkan terdapat

    beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin.

    15Lihat: Syaban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu, Dar al-Salam, Kaherah, 1422H,

    cetakan kedua, hlman. 63, dengan sedikit perubahan.

    16Lihat: Ibid, hlman. 27-29, dengan sedikit perubahan.

    //

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    10/14

    4.2 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan

    Bahagian kedua ini membincangkan qiraat yang ditulis dengan penulisan yang sama di

    mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Perbezaan yang berlaku hanyalah pada

    baris dan titik. Contoh:

    Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu huruf badan huruf ta.

    Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut

    merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. Maka

    penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negara-

    negara Islam. Contoh lain:

    Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan dibaca dengan dua qiraat. Qiraatpertama dibaca dengan mengekalkan huruf alif soghirahselepas huruf mim. Maka ia

    dibaca dengan dua harakat . Adapun qiraat yang kedua pula dengan membuang

    alif soghirahtersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja, . Kedua-duaqiraat ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisan

    perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain:

    17Lihat: Surah al-Baqarah: 219.

    18Lihat: Surah al-Fatihah: 3.

    :17

    :18

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    11/14

    J

    uga pada kalimah di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu dan .Kedua-dua qiraat ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris.

    Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

    4.3 Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)

    Juga terdapat perbezaan qiraat pada satu perkataan di mana ia berkaitan dengan

    penambahan dan pengurangan huruf. Contoh:

    Pada kalimah bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang berbeza antara satu sama lain

    di mana bacaan yang pertama seperti di atas (oleh Ibn Kathir, Abu Amr, Asim,Hamzah, al-Kisaie, Yaqub, Khalaf al-Asyir), manakala bacaan yang kedua pula ialah

    (oleh Nafi, Ibn Amir, Abu Jafar). Oleh kerana itu, bacaan pertama ditulis padamushaf ahli al-Kufah dan al-Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli al-

    Madinah dan al-Syam. Contoh lain:

    19Lihat: Surah al-Baqarah: 10.

    20Lihat: Surah al-Baqarah: 132.

    : 19

    : 20

    :

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    12/14

    Pa

    Pada ayat di atas, terdapat dua qiraat yang berbeza dari segi penambahan perkataan

    dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan

    menambah pada ayat mengikut bacaan Imam Ibn Kathir.

    Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang .

    Maka penambahan perkataan hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja.

    4.4 Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdimdan Takhir

    Pada bahagian yang keempat ini pula, terdapat qiraat yang berbeza dari segi taqdim

    (mendahulukan) dan takhir(mengakhirkan) sesuatu perkataan. Contoh:

    Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qiraat iaitu Imam Hamzah, al-

    Kisaie dan Khalaf al-Asyir membacanya dengan mendahulukan daripada

    . Qiraat yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn Amir pula membacanya

    dengan mengakhirkan dan dibaca dengan tashdid(bersabdu). Ada pun qiraatketiga yang dibaca oleh Imam Nafi, Abu Amr, Asim, Abu Jafar dan Yaqub pula

    membacanya sebagaimana pada ayat di atas. Maka terdapat mushaf yang ditulis

    dengan mendahulukan dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan .

    21Lihat: Surah al-Taubah: 100.

    22Lihat: Surah Ali Imran: 195.

    21

    :22

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    13/14

    Perbezaan penulisan mengikut qiraat seperti ini telah dijelaskan oleh Abu

    Amr al-Dani di dalam kitab beliau: Sebabnya ialah tatkala Amir al-Mukminin Uthman bin

    Affan r.a. menghimpunkan suhufkepada mushaf, beliau berhadapan dengan masalah

    perbezaan qiraat dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang mengikuti bahasa

    Quraish .... Namun begitu, beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf perlu ditulis

    mengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa perkataan

    yang berbeza hurufnya. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf dan dihantar ke

    negara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Juga bacaan kedua

    ditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya membacan

    dengan bacaan tersebut. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang berbeza dan

    dihantar ke negara-negara Islam ketika itu. 23

    5.0 Penutup

    Rasm Uthmani yang telah diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satu

    kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. Keagungan

    Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang

    pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qiraat yang pelbagai ini perlu

    diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam

    Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani

    ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demi

    melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah kata Allah S.W.T:

    Sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya

    Kami (Allah S.W.T.) jualah yang benar-benar menjaganya. 24

    Rujukan

    Al-Quran al-Karim

    Abd al-Munim Kamil Syair, Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani.

    23Lihat: Abu Amr al-Dani, al-Muqni fi Rasm Masahif al-Amsar, hlmn. 119 dengan sedikit perubahan.

    24Lihat: Surah al-Hijr: 9.

  • 8/2/2019 Rasm Uthmani-Norazman Alias

    14/14

    Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti. (1394H). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Kaherah:

    al-Haiah al-Misriyah al-Ammah li al-Kitab.

    Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li Ahkamal-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

    Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.

    Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani. (1423H). Kitab al-Masohif.Kaherah: Dar al-Faruq al-Hadithah.

    Iyadh bin Musa bin Iyadh al-Yahsobi. (1407H). al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa. Amman: Daral-Faiha.

    Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari. (1422H). Soheh al-Bukhari. Arab Saudi: DarTauq al-Najah.

    Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari. (1420H). Jami al-Bayan fi Tawilal-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

    Subhi al-Soleh. (1421H). Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin.

    Syaban Muhammad Ismail. (1422H). Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu. Kaherah: Dar al-Salam.

    Uthman bin Said bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani. al-Muqni fi Rasm Masahif al-Amsar.Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah.