norhayati binti alias

98
MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA DAN PERUNDING TEMPATAN NORHAYATI BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

152 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORHAYATI BINTI ALIAS

MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA DAN

PERUNDING TEMPATAN

NORHAYATI BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORHAYATI BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK*

Nama Penulis : NORHAYATI BINTI ALIAS

Tarikh Lahir : 24 OGOS 1983

Tajuk : MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA

DAN PERUNDINGAN TEMPATAN

Sesi Pengajian : 2017/2018

Saya mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai :

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan Atau

Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang mana telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya setuju bahawa tesis saya akan diterbitkan sebagai akses

terbuka (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan Oleh :

_________________________ ____________________________________

830824-05-5112 DR. NURSHIKIN BT MOHAMAD SHUKERY

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh serta ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD.

Page 3: NORHAYATI BINTI ALIAS

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia I : DR. NURSHIKIN BINTI MOHAMAD

SHUKERY

Tarikh : .......................................................................

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia II : PM DR. YAHYA MOHD YATIM

Tarikh : .......................................................................

Page 4: NORHAYATI BINTI ALIAS

MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA DAN

PERUNDING TEMPATAN

NORHAYATI BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2017

Page 5: NORHAYATI BINTI ALIAS

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Masalah Komunikasi Antara Kontraktor Antarabangsa

Dan Perunding Tempatan” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : ________________________________

Nama Penulis : NORHAYATI BINTI ALIAS

Tarikh :

Page 6: NORHAYATI BINTI ALIAS

iii

DEDIKASI

Untuk permata hati:

Alias Bin Hassan (Ayah)

Sarengah Binti Sharif (Mak)

Noor Helmy Bin Hashim (Suami)

Muhammad Aqeel haziq Bin Noor helmy

Muhammad Afi hadif Bin Noor Helmy

Qaireen Irdina Binti Noor Helmy

Page 7: NORHAYATI BINTI ALIAS

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin memanjangkan syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang

dikurniakan sepanjang pelaksanaan kajian ini.

Penghargaan tertinggi kepada keluarga dekat dan jauh yang sentiasa memberikan

sokongan.

Terima kasih juga saya panjangkan untuk penyelia Projek Sarjana Muda Satu iaitu

Assoc Prof Dr Fadhlin Binti Abdullah, manakala penyelia Projek Sarjana Muda Dua

iaitu Dr Nurshikin Bin Mohd Shukery dan pembaca kedua atas segala tunjuk ajar dan

panduan yang diberikan.

Juga kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan panduan

Page 8: NORHAYATI BINTI ALIAS

v

ABSTRAK

Komunikasi merupakan satu kaedah yang penting penggunaannya apabila

melibatkan pelbagai pihak dalam sesuatu organisasi. Ini kerana terdapat perhubungan

dari pelbagai fungsi dari satu pihak ke pihak yang lain. Oleh itu, komunikasi

mempunyai kepentingan dan tujuannya yang tersendiri dalam aplikasinya. Ini dapat

menunjukkan bahawa komunikasi itu penting dalam membantu memudahkan sesuatu

maklumat itu disampaikan dan diterima oleh penerima. Kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor antarabangsa

dengan perunding tempatan dan mengenal pasti kesan daripada masalah komunikasi

yang timbul antara kontraktor luar dengan pasukan perunding tempatan. Kajian ini

menfokus kepada 5 projek pembinaan yang melibatkan kontraktor luar negara dan

perunding tempatan. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual.

Kemudian data akan dianalisa dengan menggunakan teknik analisa kandungan. Hasil

daripada analisa yang dibuat, didapati masalah yang timbul dalam komunikasi antara

kontraktor luar negara dan perunding tempatan seperti penyelarasan dokumen dan

lukisan pembinaan, kontraktor antarabangsa gagal mematuhi arahan perunding

tempatan, perbezaan budaya dan bahasa, maklumat yang tidak tepat dan

menyimpang. Manakala kesan daripada masalah tersebut menyebabkan hubungan

dengan kumpulan projek terganggu, keputusan pihak perunding lewat, kelewatan

kemajuan kerja di tapak atau projek, pembaziran bahan dan waktu bekerja serta

gangguan kepada produktiviti. Secara keseluruhannya berdasarkan hasil kajian,

kelima-lima kajian kes yang dikaji mempunyai masalah dan kesan yang sama dalam

aspek komunikasi antara kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan.

Page 9: NORHAYATI BINTI ALIAS

vi

ABSTRACT

Communication is important method when a lot of parties involve in an

organisation because the relationship of multiple functions between one party and

another. The importance and purposes of communication assist transmission and

retrieval of information. This study seeks to identify communication problems arise

between international contractors and domestic consultants and to identify the effects

of communication problems arise between international contractors and domestic

consultants which focuses on five construction projects. Data were collected by

interviews and analysed using content analysis technique. Communication problems

between international contractors and domestic consultants comprise of documents

and drawings coordination, contractors’ failure to comply to consultants’ instruction,

diverse languages and cultures and inaccurate information. The effects of

communication problems encompass relationship deterioration between various

parties in projects, delayed decision by consultants, delay in construction progress

and materials and man-hours wastage which affects overall productivity. In whole,

all five case studies possess similar problems and effects in relation to

communication between international contractors and domestic consultants. Studies

run to five construction projects involving international contractors, of which only 6

respondents just want to share information. The decision of the review indicates a

communication problem between the international contractor with local negotiators

often applies in which sixth-six respondan provide data regarding those types of

problems are not much distinction as well as the impression of him.

Page 10: NORHAYATI BINTI ALIAS

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Penyataan masalah 2

1.3 Persoalan kajian 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Perancangan Kajian 6

1.7.1 Peringkat Pertama : Kajian Awalan 6

1.7.2 Peringkat Pertama : Pengumpulan Data 6

1.7.3 Peringkat Ketiga : Analisis Data 7

1.7.4 Peringkat Keempat : Kesimpulan 7

1.8 Organisasi Bab 8

1.8.1 Bab 1 – Pengenalan 8

1.8.2 Bab 2 – Kajian Literatur 8

1.8.3 Bab 3 – Kaedah Penyelidikan 8

1.8.4 Bab 4 – Analisis Penyelidikan Dan Penemuan 9

1.8.5 Bab 5 – Kesimpulan Dan Cadangan 9

Page 11: NORHAYATI BINTI ALIAS

viii

1.9 Struktur kajian 10

2 MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKOT

ANTARABANGSA DENGAN PERUNDING TEMPATAN

2.1 Pengenalan 11

2.1.1 Definasi Masalah 12

2.1.2 Definasi Komunikasi 12

2.1.3 Definasi Kontraktor Antarabangsa 13

2.2 Pihak – Pihak Yang terlibat Dalam Industri Pembinaan 14

2.2.1 Kontraktor 15

2.2.2 Klien 15

2.2.3 Perunding 16

2.2.4 Sub-Kontraktor 17

2.3 Fungsi Komunikasi 17

2.3.1 Fungsi Informasi Atau Maklumat 18

2.3.2 Fungsi Kawalan Dan Peraturan 19

2.3.3 Fungsi Menyakinkan 19

2.3.3.1 Fungsi Integratif 20

2.4 Kepentingan Dan Tujuan Komunikasi 20

2.4.1 Untuk Memberi Maklumat 21

2.4.2 Untuk Permintaan Maklumat 21

2.4.3 Untuk Menyakinkan 22

2.4.4 Memberi Informasi 22

2.4.5 Maklumbalas 23

2.4.6 Pembentukan Kumpulan 23

2.5 Proses Komunikasi 23

2.5.1 Pengirim 24

2.5.2 Enkod 24

2.5.3 Kod 25

2.5.4 Mesej 26

2.5.5 Medium 26

2.5.6 Penerima 27

2.5.7 Dekod 27

2.5.8 Maklumbalas 28

Page 12: NORHAYATI BINTI ALIAS

ix

2.6 Bentuk Dan Kaedah Komunikasi 33

2.6.1 Komunikasi Lisan 34

2.6.2 Komunikasi Bertulis 35

2.6.3 Teknologi Komunikasi Moden 36

2.6.4 Komunikasi Massa 37

2.7 Halanagn Komunikasi Di Tapak Bina dan Organisasi 39

2.7.1 Halangan Fizikal 39

2.7.2 Halanganpsikologi 39

2.7.3 Halangan Intelek 40

2.8 Kesimpulan 42

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Kajian Literatur 44

3.3 Metodologi Kajian 45

3.3.1 Kualitatif 46

3.3.2 Kuantitatif 48

3.3.3 Gabungan Kualitatif Dan Kuantitatif 49

3.3.4 Penyegitigaan 49

3.3.5 Metodologi Kajian Yang Digunapakai 51

3.4 Rekabentuk Kajian 52

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.5.1 Data Primer 53

3.5.2 Instrumen Kajian 54

3.5.3 Responden Sasaran 54

3.5.4 Temubual 57

3.6 Analisis Data 59

4 PENEMUAN DAN ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 60

4.2 Kajian Kes 61

4.3 Jenis-Jenis Masalah Komunikasi Antara Kontraktor

Antarabangsa dan Perunding Tempatan Tempatan 63

Page 13: NORHAYATI BINTI ALIAS

x

4.4 Masalah Antara Kontraktor Antarabangsa dengan

Perunding Temapatan 64

4.4.1 Penyelarasan Dokumen Dan Lukisan Pembinaan

Antara Kontraktor Antarabangsa Dengan Perunding

Tempatan 64

4.4.2 Kontraktor Antarabangsa Gagal Mematuhi Arahan

Perunding Tempatan 65

4.4.3 Perbezaan Budaya Dan Bahasa 65

4.4.4 Maklumat Yang Tidak Tepat Dan Menyimpang 66

4.4.5 Rumusan 66

4.5 Kaedah Komunikasi Yang Digunakan 67

4.6 Kesan Daripada Masalah Komunikasi Yang Timbul

Antara Kontraktor Antarabangsa Dengan Perunding

Tempatan 69

4.6.1 Hubungan Dengan Kumpulan Projek Terganggu 69

4.6.2 Keputusan Pihak Perunding Lewat 70

4.6.3 Kelewatan Kemajuan Tapak Atau Projek 70

4.6.4 Pembaziran Bahan dan Waktu Bekerja 70

4.6.5 Gangguan Kepada Produktiviti 71

4.7 Rumusan 71

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Rumusan Kajian 73

5.3 Pencapaian Objektif Kajian 74

5.3.1 Pencapain Objektif Pertama 75

5.3.2 Pencapaian Objektif Kedua 75

5.4 Kekangan Kajian 76

5.5 Cadangan 76

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 80

Page 14: NORHAYATI BINTI ALIAS

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Cadangan Metodologi Pelaksanaan Kajian 52

3.2 Saiz Popolulasi Kontraktor Antarabangsa yang Berdaftar

Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) 55

4.1 Responden yang Dipilih 62

4.2 Jenis – Jenis Masalah 63

Page 15: NORHAYATI BINTI ALIAS

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 10

3.1 Proses Analisis Data Kualitatif 47

3.2 Metodologi Gabungan 50

3.3 Metodologi Penyetigaan 50

3.4 Penentuan Saiz Populasi dan Sampel 56

3.5 Strategi Persampelan 57

Page 16: NORHAYATI BINTI ALIAS

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO.LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Temu Bual 80

Page 17: NORHAYATI BINTI ALIAS

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Kehidupan manusia berkait rapat dengan sistem komunikasi di mana ia

melibatkan penggunaan seharian bagi memudahkan perhubungan yang melibatkan

antara sesuatu pihak dengan pihak yang lain. Komunikasi juga berperanan penting

dalam kehidupan manusia dan adalah suatu kaedah bagi mewujudkan perhubungan

antara sesuatu aktiviti untuk mencapai objektif tertentu. Komunikasi juga bergantung

kepada kemampuan manusia untuk memahami antara satu sama lain apabila ia

digunakan secara efektif.

Page 18: NORHAYATI BINTI ALIAS

2

Kegiatan seharian kita diselubungi dengan percakapan kita dengan orang lain.

(Richard West, Lynn H.Turner, 2007). Oleh itu kaedah dan sistem yang betul dan

bersistematik dalam mengaplikasi komunikasi adalah sangat penting bagi usaha

menentukan kelancaran sesuatu aktiviti tanpa sebarang konflik atau masalah. Melalui

kaedah komunikasi yang bersistematik manusia dapat memperolehi serta berkongsi

maklumat dengan mudah dan berkesan. Perkembangan teknologi maklumat pada

masa kini merupakan sesuatu kaedah komunikasi yang sangat penting dalam

membantu penyebaran maklumat yang lebih efisien dan pantas.

Komunikasi juga adalah proses pertukaran lisan oleh pemikiran atau sesuatu idea.

(Stephen W. Littlejohn and Karen A. Foss, 2008). Ini menggambarkan bahawa

komunikasi sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia di mana

iasentiasa digunakan. Komunikasi merupakan proses yang berkaitan dengan

penyampaian maklumat dan arahan. Ia bermula dengan penyampian maklumat dan

arahan kerja di berlaku di sesebuah tapak projek atau pembinaan antara kontraktor,

klien, pasukan perunding, sub-kontraktor, pekerja binaan dan lain-lain.

1.2 Penyataan Masalah

Pemilihan komunikasi yang tepat dan betul adalah faktor yang penting dalam

memastikan pencapaian kejayaan dalam sesebuah projek pembinaan. Setiap projek

pembinaan mempunyai kaedah tersendiri dalam usaha mencapai kejayaan untuk

meningkatkan prestasi kemajuan kerja yang tinggi. Bagi mencapai matlamat ini,

sesebuah projek pembinaan perlu mengambil berat tentang pemahaman dalam

komunikasi dan kaedah komunikasi yang sesuai serta pemilhan yang tepat

berdasarkan kepada situasi kerja yang terlibat bagi mengelak sebarang masalah yang

berlaku.

Page 19: NORHAYATI BINTI ALIAS

3

Menurut Weida, Sinem, Venomdan Brian (2015), komunikasi yang berkesan dan

betul adalah sebagai kunci permulaan dan meningkatkan penglibatan pasukan

bersama dimana ia membantu dalam menentukan kejayaan sesebuah projek

pembinaan. Di dalam pembinaan projek terutamanya yang melibatkan aktiviti di

tapak bina, amalan kaedah komunikasi yang sesuai dan tepat adalah penting dalam

memastikan kelancaran dan memudahkan maklumat di sampaikan dan di terima

dengan tepat.

Menurut Allan Ashworth (2006), kekurangan dalam kaedah komunikasi yang

berkesan di tapak bina akan meningkatkan masalah dan komunikasi. Komunikasi di

tapak bina menjadi keperluan bagi pihak – pihak yang terlibat di tapak bina untuk

mendapatkan maklumat. Di dalam industri pembinaan khususnya di tapak bina,

terdapat pelbagai pihak yang terlibat bagi menjayakan sesebuah projek. Ia

melibatkan pihak kontraktor, klien, pasukan perunding, sub-kontraktor, pekerja

buruh dan lain-lain. Berdasarkan kepada penglibatan pelbagai pihak, komunikasi

adalah penting dalam setiap urusan bagi memudahkan aktiviti kerja di tapak bina.

Dalam projek pembinaan, halangan dan masalah kepada komunikasi yang berkesan

adalah rumit. (Andrew Dainty, David Moore& Michael Murray, 2006). Masalah

yang wujud berkaitan komunikasi di tapak bina dapat menjejaskan kelancaran dalam

sesuatu aktiviti kerja. Ini dapat menunjukkan bahawa komunikasi adalah sangat

penting penggunaannya bagi memastikan projek pembinaan berjalan dengan lancar.

Oleh itu, perlu mengenal pasti antara masalah – masalah yang timbul antara pihak

kontraktor antarabangsa dengan pasukan perunding yang terlibat.

Anon (2009), kekurangan komunikasi antara pelbagai pihak yang terlibat

dalam sesebuah projek yang membawa kepada kegagalan apa-apa projek dari awal

hingga akhir. komunikasi mempunyai banyak kaitan dengan projek yang tidak

berjaya. Dengan ini, maka perlu mengetahui kesan yang akan berlaku apabila

terdapat masalah komunikasi di antara pihak kontraktor dengan pasukan perunding.

Page 20: NORHAYATI BINTI ALIAS

4

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab kedua – dua soalan ini

a) Apakah masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor Antarabangsa

dengan perunding tempatan

b) Apakah kesan daripada masalah komunikasi yang timbul antara

kontraktor Antarabangsa dengan perunding tempatan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif-objektif yang dikenalpasti dalam menjalankan kajian adalah seperti

berikut:

i. Mengenal pasti masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan

ii. Mengenal pasti kesan daripada masalah komunikasi yang timbul antara

kontraktor luar dengan pasukan perunding tempatan

Page 21: NORHAYATI BINTI ALIAS

5

1.5 Skop Kajian

Skop penyelidikan ini adalah tertumpu kepada peringkat pembinaan yang

mana mengenal pasti masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan dan kesan daripada masalah komunikasi

yang timbul antara kontraktor luar negara dengan pasukan perunding tempatan. Skop

kajian kes dijalankan ke atas lima (5) buah projek pembinaan yang melibatkan

kontraktor luar Negara.

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian bagi penyelidikan ini adalah:

i. Kajian ini adalah sebagai rujukan kepada kepada kontraktor Antarabangsa

dan perunding tempatan yang menjalankan aktiviti pembinaan bersama di

sekitar Kuala Lumpur apabila menghadapi masalah komunikasi pada

peringkat pembinaan.

ii. Kajian ini juga sebagai rujukan terhadap punca – punca masalah

komunikasi yang timbul dan kesan kepada pihak yang terlibat pada

peringkat pembinaan.

Page 22: NORHAYATI BINTI ALIAS

6

1.7 Perancangan Kajian

Secara umumnya, terdapat empat peringkat untuk metodologi kajian ini. Ini

termasuk kajian awlan, pernyataan masalah, pengumpulan data, analisis data, dan

akhir sekali, kesimpulan dan cadangan kajian akan datang.

1.7.1 Peringkat Pertama: Kajian Awalan

Peringkat ini adalah untuk mengenal pasti mengenai isu dan masalah yang

dihadapi. Penulisan kajian literatur telah dijalankan berdasarkan pengumpulan

maklumat berguna melalui bacaan daripada buku, artikel, jurnal, tesis dan

sebelumnya dan lain-lain maklumat yang dikumpul telah diekstrak daripada

karangan melalui proses membaca mengikut topik yang berkaitan dengan tajuk

kajian. Kajian literatur ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai latar belakang

isu, konsep, definisi dan teori mengenai masalah komunikasi antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan. Dari bahan-bahan bacaan, tajuk

penyelidikan, objektif dan skop kajian telah ditentukan.

1.7.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data

Peringkat ini adalah peringkat pengumpulan data dan penyusunan. temu bual

separa berstruktur telah digunakan sebagai medium untuk pengumpulan data.

Responden kajian ini terdiri daripada golongan profesional yang terlibat dalam satu

Page 23: NORHAYATI BINTI ALIAS

7

pasukan projek pembinaan yang termasuk pengurus projek, juruukur bahan dan lain-

lain.

1.7.3 Peringkat Ketiga: Analisis Data

Kaedah analisis mengenai pengumpulan data adalah medium utama untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan. Data yang diperoleh daripada kajian ini

telah dianalisis. Data yang berikut diatur dan diringkaskan untuk mendapatkan

keputusan akhir. teknik analisis yang sesuai digunakan untuk untuk mencapai

objektif kajian.

1.7.4 Peringkat Keempat: Kesimpulan

Peringkat ini adalah peringkat akhir kajian. Hasil daripada data yang

dianalisis telah ditakrifkan dan membuat kesimpulan. Cadangan untuk kajian akan

datang juga disediakan untuk memberi panduan kepada mana-mana orang yang

berminat untuk membuat penambahbaikan kepada penyelidikan

Page 24: NORHAYATI BINTI ALIAS

8

1.8 Organisasi Bab

1.8.1 Bab 1 – Pengenalan

Bab ini akan menerangkan gambaran keseluruhan kajian ini yang

merangkumi latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, matlamat

dan objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan metodologi kajian.

1.8.2 Bab 2 - Kajian Literatur

Bab ini akan meninjau maklumat yang terperinci mengenai topik yang terdiri

daripada konsep dan teori pengetahuan, jenis pengetahuan, kepentingan perkongsian

pengetahuan, profesional yang terlibat, aspek wajar, amalan, prosedur, peralatan,

cabaran dan akhir sekali, kesimpulan.

1.8.3 Bab 3 - Kaedah Penyelidikan

Bab ini akan menerangkan mengenai kaedah bagaimana penyelidikan yang

telah dijalankan. Ini termasuk perincian kajian awal, kajian literatur, pengumpulan

data yang terdiri daripada instrumen kajian dan persampelan, analisis data dan

kesimpulan. Kajian ini akan menjadi satu kajian kualitatif, dan data yang akan

dikumpulkan oleh kajian kes melalui temu bual.

Page 25: NORHAYATI BINTI ALIAS

9

1.8.4 Bab 4 - Analisis Penyelidikan Dan Penemuan

Bab ini akan membincangkan hasil dan maklum balas daripada responden

sasaran kajian ini. Latar belakang dan profil responden akan direkodkan. Hasil

daripada maklum balas yang mereka semua bertindak balas terhadap soalan yang

ditanya semasa temu duga akan dianalisis dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan

dapatan kajian.

1.8.5 Bab 5 - Kesimpulan Dan Cadangan

Dalam bab ini, kesimpulan daripada penyelidikan yang akan dibuat. Selain

itu, had penyelidikan akan turut dibincangkan. Akhir sekali, akan ada beberapa

cadangan yang diberikan dalam bab ini yang akan berguna untuk penyelidikan masa

depan.

Page 26: NORHAYATI BINTI ALIAS

10

1.9 Struktur Kajian

Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Penyelidikan

Kenalpasti Isu dan Penyataan Masalah

Kajian Literatur

Kenalpasti Objektif Skop Penyelidikan

Pengumpulan Data dan Maklumat

Data Primer Data Sekunder

Temubual Semi

Berstruktur

Buku, Jurnal, Keratan

Akhbar, Tesis dan

artikel

Analisis dan Mentafsir Data

Kesimpulan dan Cadangan

Dokumentasi

Peringkat 1

Peringkat 2

Peringkat 3

Peringkat 4

Rekabentuk Kajian Kualitatif

Mengkodkan

data

Page 27: NORHAYATI BINTI ALIAS

BAB 2

MASALAH KOMUNIKASI ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA

DAN PERUNDING TEMPATAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan mengupas dengan terperinci beberapa perkara berkaitan dengan

masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan.

Penjelasan akan dimulakan dengan melihat apa yang dimaksudkan dengan

masalah,komunikasi, kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan. Selain itu

dalam bab ini juga akan menerangkan mengenai punca-punca masalah komunikasi

dan kesan terhadap masalah yang dihadapi.

Page 28: NORHAYATI BINTI ALIAS

12

2.1.1 Definisi Masalah

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat masalah membawa maksud “sesuatu

yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran

(kesulitan)”. Maka dengan itu, masalah komunikasi perlu di kenal pasti bagi

melancarkan kerja. (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2007).

2.1.2 Definisi Komunikasi

Komunikasi berasal dari bahasa Latin iaitu "Communis" yang bermaksud

umum. Ia dimaksudkan apabila kita memcuba untuk membentuk “commonness”

iaitu satu sifat umum dengan seseorang. Dengan berkomunikasi seseorang itu akan

memperolehi maklumat seperti apa yang di perlukan atau diingini. Ini bermaksud

kita mencuba untuk berkongsi maklumat, idea-idea atau sesuatu sifat dengan

seseorang yang lain. (Joseph A.De Vito, 1976).

Komunikasi juga ditakrifkan sesuatu proses di mana kita menyerah hak dan

menyampaikan makna dalam usaha untuk mewujudkan persefahaman bersama.

Proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam membentuk peribadi dan

interpersonal, mendengar, memerhati, bercakap, dianalisis dan menilai. Ia adalah

komunikasi pemikiran bahawa kerjasama dan kerjasama berlaku. (Anon, 2009).

Komunikasi adalah satu saluran yang boleh memindahkan maklumat dari

seseorang kepada yang lain. Pemindahan maklumat boleh berbentuk bahasa, simbol

atau sesuatu bentuk yang membolehkan kedua-dua pihak faham mengenainya.

Page 29: NORHAYATI BINTI ALIAS

13

Berdasarkan “yourdictionary.com”, komunikasi membawa maksud

pertukaran, memberi, atau memindahkan idea, maklumat, pendapat atau pemikiran,

pemindahan melalui elektronik atau melalui isyarat, ucapan atau penulisan. Dengan

ini bermasksud maklumat perlu di tukarkan, di sampaikan dan di hantarkan.

Komunikasi mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan

seharian.Komunikasi adalah untuk memahami, membentuk keakraban dan lebih

mengharginya bersama. (May, 2000). Komunikasi yang berkesan apabila manusia

memahami antara satu sama lain dan menggunakan kaedah yang betul untuk

menyampaikan maklumat.

2.1.3 Definisi Kontraktor Antarabangsa

Kontraktor ialah seseorang yang mengaku janji untuk menjalankan dan

menyiapkan apa-apa kerja pembinaan(Kamus Dewan Edisi Keempat). Antrabangsa

membawa maksud Negara – Negara luar Malaysia yang menjalankan apa-apa aktiviti

di Malaysia. Contohnya, kontraktor antrabangsa kini lebih suka memilih Malaysia

bagi menjalankan kerja- kerja pembinaan.

Page 30: NORHAYATI BINTI ALIAS

14

2.2 Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Industri Pembinaan

Di dalam industri projek pembinaan, terdapat pelbagai pihak-pihak yang

terlibat dalam perlaksanaan. Pihak-pihak yang terlibat ini sangat pentingkan

peranannya dalam mengendalikan kerja mengikut klasifikasi tugas dan kemahiran

yang tersendiri. Selain melihat dari segi kepentingan fungsi dan peranannya, pihak-

pihak yang terlibat ini juga banyak terlibat dalam interaksi dan komunikasi di tapak

bina.

Oleh itu,tanggungjawab dan peranan pihak-pihak yang terlibat ini dalam

perlaksanaan projek adalah penting dalam memastikan fungsi akauntibiliti atau

kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas tersebut diaplikasi dengan betul

dan efisien. Ini kerana,pihak-pihak yang terlibat ini bukan sahaja bertanggungjawab

dari segi peranannya, malahan juga bertanggungjawab terhadap risiko yang perlu

ditanggung melalui tugas tersebut.

Menurut Abdul Hakim Mohammed (1990) di dalam sesebuah projek

pembinaan terdapat beberapa pihak atau individu yang terlibat termasuklah ahli-ahli

professional yang mempunyai bidang dan tugas serta kehendak yang berlainan dalam

menghasilkan sesuatu projek.

Antara pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam sektor

pembinaan adalah kontraktor, klien dan perunding (Aslila Bt.Abd Khadir, 2004).

Manakala pihak yang lain bagi mengendalikan klasifikasi kerja mengikut kemahiran

masing-masing di tapak bina ialah kontraktor, sub-kontraktor dan pekerja binaan.

Berikut merupakan definasi-definasi bagi pihak-pihak yang terlibat dalam

pembinaan.

Page 31: NORHAYATI BINTI ALIAS

15

2.2.1 Kontraktor

Menurut Allan Ashworth (1975), kontraktor merupakan pihak yang

menjalankan kerja-kerja mengikut kontrak dokumen dan arahan daripada arkitek.

Mereka bersetuju untuk melakukan ini biasanya dalam tempoh masa yang ditetapkan

dan untuk jumlah wang yang dipersutujui. Kontraktor utama juga perlu mematuhi

semua undang-undang berkenaan dan peraturan-peraturan semasa melaksanakan

kerja,dan memastikan bahawa semua yang bekerja di tapak bina ini mematuhi syarat-

syarat ini.

Kontraktor itu masih bertanggungjawab secara kontrak bagi apa-apa

kecacatan yang mengikut berlaku untuk tempoh masa yang ditetapkan dalam syarat-

syarat kontrak, yang biasanya enam bulan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab

kontraktor bagi projek itu tidak berakhir di sini. Ini kerana kontraktor itu

bertanggungjawab terhadap semua aspek bermula dari pembinaan projek sehingga

projek tersebut siap. (Allan Ashworth, 1985).

2.2.2 Klien

Menurut Anthony Walker ( 1989 ), klien dalam pembinaan merupakan satu

badan yang mempunyai kuasa untuk mempersetuju perbelanjaan ke atas sesuatu

projek, bentuk projek dan tempoh projek. Klien juga boleh dinyatakan sebagai pihak

utama yang membekalkan modal dalam sesuatu projek pembinaan. (Aslila Bt.Abd

Kadir, 2004 ).

Tambahan lagi, klien juga mempunyai bidang kuasa ke atas segala aspek

rekabentuk dan kemudahan pembinaan yang dirancang. Klien yang tidak mempunyai

Page 32: NORHAYATI BINTI ALIAS

16

pengetahuan dalam pembinaan, akan menyerahkan tanggungjawab untuk mereka

bentuk, merancang dan menganggar projek kepada pihak perunding. Maka, risiko

yang dihadapi klien juga ditanggung oleh pihak perunding dan kontraktor setelah

tanggungjawab tersebut diserahkan kepada mereka. Walaubagaimanapun, klien

masih lagi terdedah kepada risiko kerugian. (Aslila Bt.Abd Kadir , 2004).

2.2.3 Perunding

Pihak perundingan bertanggungjawab untuk merancang dan merakabentuk

projek, menyediakan dokumen tender, menasihati tentang penawaran dan

menganugerahkan kontrak, mengawal implementasi projek dan juga pengurusan

kontrak. Menurut Kwayke (1997), setelah dilantik untuk menjadi perunding kepada

pihak klien, mereka hendaklah menggunakan kepakaran, pengalaman dan

pemerhatian yamg tepat untuk membuat penyesuaian terhadap kaedah perolehan

sesuatu projek. Secara umumnya pihak perunding yang terlibat dalam proses

pembinaan adalah arkitek, juruukur bahan, jurutera dan perancang. (Aslila Bt.Abd

Kadir, 2004)

Menurut Allan Ashworth (1985), pihak perunding terdiri dari mereka yang

mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam klasifikasi kerja professional yang

tertentu. Ia termasuklah perunding jurutera dari sivil dab struktur, mekanikal,

elekrikal dan juga perunding juruukur bahan.

Page 33: NORHAYATI BINTI ALIAS

17

2.2.4 Sub-Kontraktor

Menurut Allan Ashworth (1985), sub-kontraktor merupakan pihak yang

mempunyai kepakaran dan tenaga kerja dalam melaksanakan aktiviti dan kerja

mengikut kontrak. Peruntukan yang dibuat dalam syarat-syarat kontrak bagi firma itu

untuk membolehkan mereka mendapat akses dan kebenaran ke tapak kontraktor.

Sub-kontraktor ini dipilih untuk pencalonan samaada melalui majikan atau

kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pakar yang diperlukan di tapak bina.

Walaupun selepas pencalonan tersebut mereka dilayan seperti salah satu daripada

sub-kontraktor kepada kontraktor utama itu sendiri, mereka mempunyai beberapa

hak yang khas sebagai contoh,berkenaan dengan pembayarannya.

Semua kerja-kerja yang diperlukan di tapak bina mungin tidak dapat

dijalankan sepenuhnya oleh kontraktor utama. Oleh itu, peruntukan dibuat bagi

penggunaan sub-kontraktor oleh kontraktor itu sendiri. Sub-kontraktor ini dilantik

dan dipilih dalam membantu menjalankan kerja mengikut kepakaran yang diperlukan

di tapak bina. Selain itu, sub-kontraktor dinamakan dipilih untuk menjalankan kerja-

kerja yang mana kontraktor tidak membantu sebarang peruntukan dalam syarikat

mereka, atau apabila pekerja dari kontraktor itu sendiri sibuk untuk menjalankan

kerja di kawasan lain. Oleh itu, khidmat sub-kontraktor dalam membantu kontraktor

melaksanakan pelbagai klasifikasi kerja diperlukan.

2.3 Fungsi Komunikasi

Komunikasi merupakan cara atau kaedah yang menghubungkan antara

manusia dan antara kelompok dalam sebuah organisasi. Melalui kaedah ini,

komunikasi tersebut bertindak dalam pelbagai fungsi kepada kehidupan seharian

manusia. Ia adalah bagi mencapai atau menyalurkan sesuatu maklumat. Komunikasi

Page 34: NORHAYATI BINTI ALIAS

18

juga berperanan sebagai fungsi untuk membangun suasana organisasi yang pada

akhirnya dapat mempengaruhi efisiensi dan produktiviti organisasi. (Fatma Wardy

Lubis, 2008 )

Menurut Larry L.Barker ( 1941 ), untuk membantu dalam memahami dengan

lebih terperinci berkaitan komunikasi dalam organisasi secara berkesan, adalah

menjadi kepentingan dengan memahami fungsi dalam organisasai terlebih dahulu.

Fungsi pada komunikasi dalam organisasi mengambil cara dan bentuk yang berbeza

dan pelbagai. Walaupun terdapat banyak bentuk dalam fungsi komunikasi, Larry

L.Barker ( 1941 ) menggariskan dan menekankan beberapa fungsi penting yang ada

dalam komunikasi organisasi. Fungsi komunikasi yang dimaksudkan ini adalah dari

segi :

2.3.1 Fungsi Informasi Atau Maklumat

Kedua-dua majikan dan pekerja dalam sesuatu organisasi memerlukan jumlah

maklumat yang meluas dalam usaha untuk pencapaian fungsinya yang berkesan. Ini

bermaksud hubungan perantaraan di antara majikan dan pekerja memerlukan fungsi

komunikasi yang betul dan sistematik dalam menyampaikan, menerima serta

mendapat sesuatu maklumat. Komunikasi berfungsi sebagai keperluan dalam

mendapatkan perhatian maklumat pada kerja yang terlibat. Ini termasuklah maklumat

atau informasi yang memfokuskan kejayaan dan juga matlamat organisasi,prosedur

dan juga peraturan. Ia bertindak sebagai medium bagi mendapatkan maklumat

selaras dengan keperluan kerja yang hendak dilaksanakan.

Selain itu, fungsi informasi dalam komunikasi adalah berkait rapat dalam

menentukan kejayaan organisasi. Kejayaan yang dimaksudkan ini adalah

kebaikan,untung dan pulangan,keseragamaan pada kerja serta kedudukan emosi

Page 35: NORHAYATI BINTI ALIAS

19

social pada organisasai secara keseluruhan. Oleh itu, komunikasi sangat penting

fungsinya dalam menyampaikan dan menerima serta maklumat dalam sesebuah

organisasi

2.3.2 Fungsi Kawalan Dan Peraturan

Komunikasi juga bertindak sebagai fungsi yang memberi maksud pada

kawalan dan pengawasan untuk organisasi. Jenis komunikasi yang digunakan yang

melibatkan fungsi pengawalan ini kebiasaannya mengambil bentuk dari segi pesanan

atau perintah, jangkaan yang dirasakan dan juga sekatan syarikat. Ini bermaksud

komunikasi yang digunakan ini berfungsi sebagai medium kawalan dan peraturan

serta arahan apabila sesuatu maklumat itu disampaikan kepada pihak yang lain.

2.3.3 Fungsi Menyakinkan

Fungsi menyakinkan ini berkait rapat dengan fungsi kawalan dan peraturan dalam

komunikasi. Ia biasanya digambarkan dengan pematuhan interpersonal iaitu fungsi

untuk mendapat kan interaksi . Fungsi menyakinkan dalam fungsi komunikasi ini

biasanya dalam bentuk permintaan bersemuka ataupun “face-to-face” dan juga

interaksi secara peribadi. Ini bermaksud apabila seseorang itu ingin menyampaikan

sesuatu pendapat atau percakapan pada seseorang yang lain ia menyampaikannya

secara bersemuka dan peribadi dan menyakinkan apa yang disampaikan itu mendapat

perhatian dari seseorang yang lain. Oleh itu, komunikasi bertindak sebagai fungsi

menyakinkan apabila seseorang itu menarik perhatian individu yang lain melalui

interaksi permulaan tersebut.

Page 36: NORHAYATI BINTI ALIAS

20

2.3.3.1 Fungsi Integratif

Fungsi integratif ini membawa maksud fungsi yang bersepadu dalam sesuatu

organisasi. Komunikasi dalam organisasi juga bertindak dalam kapasiti kesepaduan.

Ia beroperasi untuk memberikan organisasi itu bertindak dalam kesatuan dan

kepaduan. Identiti dan keseragaman. Ini bermaksud komunikasi yang digunakan

bukanlah komunikasi secara bebas tetapi komunikasi yang digunakan secara

bersepadu dan seragam dalam organisasi mengikut yang ditetapkan. Ia termasuklah

fungsi pada koordinasi dan penjadualan aktiviti, penubuhan pada peruntukan untuk

saluran maklumat dan pihak berkuasa serta pengambilan dan latihan pekerja.

Komunikasi yang digunakan berfungsi bagi menyeragamkan kaedah pada

penyampaian maklumat serta interaksi pada pihak lain

2.4 Kepentingan Dan Tujuan Komunikasi

Komunikasi merupakn satu kaedah yang penting penggunaannya apabila

melibatkan pelbagai pihak dalam sesuatu organisasi. Ini kerana terdapat perhubungan

dari pelbagai fungsi dari satu pihak ke pihak yang lain. Oleh itu, komunikasi

mempunyai kepentingan dan tujuannya yang tersendiri dalam aplikasinya. Ini dapat

menunjukkan bahawa komunikasi itu penting dalam membantu memudahkan sesuatu

maklumat itu disampaikan dan diterima oleh penerima.

Sandra Cleary, Marcelle Harran dan Jacqueline ( 2007 ) menyatakan di

dalam buku yang berjudul COMMUNICATION A HANDS-ON APPROACH,

tujuannya komunikasi perlulah jelas dan difahami. Ini kerana ia memberi kesan

terhadap hasil yang dikehendaki melalui mesej yang hendak disampaikan. Mesej

yang hendak disampaikan itu mestilah dipastikan focus yang juga jelas dan tidak

tersasar dari apa yang dikehendaki.

Page 37: NORHAYATI BINTI ALIAS

21

Antara tujuan utama komunikasi yang dinyatakan oleh Sandra Clearly,

Marcelle Harran dan Jacqueline ( 2007 ) ialah seperti berikut :

2.4.1 Untuk Memberi Maklumat

Tujuan komunikasi adalah untuk memberi maklumat bagi sesuatu perkara

atau aktiviti. Ia samaada maklumat yang disampaikan itu melibatkan perkara yang

akan dijalankan, sedang dijalankan ataupun sudah dijalankan. Maklumat ini penting

untuk disampaikan dengan betul dan mengikut kepada kecekapan penyampaiannya.

2.4.2 Untuk Permintaan Maklumat

Untuk mendapat sesuatu maklumat, kaedah atau cara yang bersesuaian

perlulah diaplikasi bagi memenuhinya. Oleh itu, komunikasi bukan sahaja bertujuaan

untuk memberi maklumat, malah bertujuan untuk menerima maklumat. Maklumat

diperolehi melalui permintaan yang dibuat. Melalui permintaan maklumat ini, kaedah

komunikasi diaplikasi bagi mencapai tujuannya.

Page 38: NORHAYATI BINTI ALIAS

22

2.4.3 Untuk Menyakinkan

Komunikasi juga digunakan untuk tujuan menyakinkan seseorang Yang lain

melalui percakapan kita. Ia bermula apadabila melibatkan seseorang individu yang

cuba untuk menyakinkan orang lain melalui percakapan dan pendapat yang

disuarakan. Oleh itu, komunikasi digunakan bagi mencapai matlamat dan tujuan

dengan menyakinkan sesuatu pendapat kepada orang lain. Apabila orang lain yang

mendengar pendapat tersebut menerima dan terpengaruh dengan maklumat tersebut,

maka tujuan komunikasi akan terlaksana.

Selain itu, terdapat pendapat lain yang menyatakan tujuan komunikasi dalam

organisasi. Menurut Assoc.Prof Dr Aminah Md Yusuf, Rozana B.Zakaria, Lau Chia

Seng ( 2001 ), tujuan komunikasi yang dijalankan dapat mempengaruhi ketepatan

membuat keputusan dalam organisasi . Oleh itu, antara tujuan komunikasi dalam

organisasi adalah dinytakan seperti berikut:

2.4.4 Memberikan Informasi

Komunikasi bertindak untuk tujuan dalam memberikan informasi atau

maklumat. Ini merupakan tujuan utama komunikasi iaitu melalui pengiriman

informasi dari segi sumber kepada orang atau kumpulan lain. Maklumat dapat

disampaikan melalui komunikasi yang menggunakan kaedah atau saluran tertentu.

Page 39: NORHAYATI BINTI ALIAS

23

2.4.5 Maklumbalas

Komunikasi juga bertujuan sebagai maklumat iaitu bagi membantu usaha

pembetulan dan penyesuaian yang diperlukan. Ia juga bertindak bagi mengingatkan

pencapaian maklumat. Apabila sesuatu masalah dalam apa jua situasi itu berlaku,

penyelesaian perlu dibuat. Maka, apabila terdapat maklumbalas perbincangan

berkaitan permasalahan ini, komunikasi tersebut akan berfungsi dari segi tujuannya.

2.4.6 Pembentukan Kumpulan

Pembentukan kumpulan ini merupakan eleman penting dalam pewujudan

kerja berpasukan. Ia dikatakan penting kerana apabila komunikasi yang diaplikasikan

itu tidak efektif, maka hubungan dalam menjalankan tugasan tidak akan Berjaya

dibentuk.

2.5 Proses Komunikasi

Proses komunikasi sangat penting dalam memastikan kelancaran dalam

penggunaannya. Komunikasi yang efisien adalah bergantung kepada proses yang

diaplikasi secara teratur dan berkesan. Ini bagi mencapai matlamat dan objektif

dalam penyampaian sesuatu maklumat tanpa sebarang komplikasi. Model

komunikasi ini adalah ilusterasi atau pembinaan yang bertujuan untuk membantu

Proses komunikasi digambarkan secara teori dalam bentk model komunikasi.

Page 40: NORHAYATI BINTI ALIAS

24

memahami secara mudah berkaitan unsur-unsur dan interaksi dalam proses

komunikasi. ( Sandra Cleary,Marcelle Harren dan Jacqueline, 2007 )

Menurut Sandra Cleary, Marcelle Harran dan Jacqueline, ( 2007 ), proses

komunikasi terbentuk hanya apabila kesemua unsur-unsur yang diperlukan dalam

prosesnya wujud. Unsur-unsur yang wujud ini adalah saling berkaitan dan saling

bergantung, Antara unsur atau elemen yang dinyatakan oleh Sandra Cleary, Marcelle

Harran dan Jacqueline ( 2007 ), adalah melibatkan unsur seperti berikut :

2.5.1 Pengirim

Pengirim adalah orang yang bertindak memulakan komunikasi melalui pemikiran

pada idea untuk berkomunikasi dengan penerima. Pengirim ini juga kadang-kadang

dikenali sebagai sumber, di mana melibatkan penghubung atau enkod. Ini bermakna

pengirim atau sumber ini adalah orang yang penting dalam memulakan proses

komunikasi. Kejayaan pada sebarang komunikasi bergantung kepada tanggungjawab

maklumat yang disampaikan oleh pengirim. Sekiranay maklumat yang disampaikan

oleh pengirim ini lemah atau tidak tepat, maka ia akan mempengaruhi proses kepada

penerima. Ini kerana segala maklumat yang diterima oleh penerima terletak kepada

maklumat yang tepat oleh pengirim.

2.5.2 Enkod

Enkod adalah tindakan dalam membuat atau menghasilakn idea yang boleh

dicapai kepada orang lain, dan meletakkan idea tersebut kedapa kod di mana ia

Page 41: NORHAYATI BINTI ALIAS

25

menjadi kelihatan kepada penerima. Ini dapat dijelaskan lagi bahawa enkod ini

bertindak apabila sebelum idea atau mesej boleh dihantarkan kepada penerima, di

mana pengirim perlu enkod idea atau mesej tersebut dalam kod yang bersesuaian. Ia

juga merupakan elemen atau cara yang baik bagi menyampaikan maklumat kepada

penerima.

Enkod boleh dijalankan dengan menggunakan dua kaedah kod iaitu kod lisan

dan kod bukan lisan. Kod lisan memberi maksud di mana ia berdasarkan bahasa

samaada melalui percakapan atau penulisan. Manakala bagi kod bukan lisan

merupakan kod yang digunakan tanpa perkataan atau bahasa. Pemilihan pada jenis

kod ini dibuat oleh pengirim mengikut kesesuaian yang membolehkan mesej itu

mudah diterima atau dicapai oleh penerima. Ia adalah perkara biasa untuk mengekod

mesej dalam lebih daripada astu kod.

2.5.3 Kod

Kod merupakan set symbol dimana apabila digabungkan dan digunakan

berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang dipersetujui oleh pengguna, yang memberi

makna. Kebiasaan jenis kod yang digunakan dalam dunia teknikal dan perniagaan

adalah bahasa. Ini kerana seseorang yang ingin berinteraksi akanmemulakan dan

melibatkan percakapan mereka sendiri. Oleh itu, kod adalah eleman yang penting

disertai dalam proses enkod. Selain dari bahasa, kod lain yang ada termasuklah

bahasa badan,warna dan juga gambar.

Setiap bahasa, kedua-dua percakapan dan penulisan adalah merujuk sebagai

kod lisan manakala kod bukan bahasa adalah merujuk kepada kpd bukan lisan.

Kedua-dua kod lisan dan bukan lisan ini boleh menyampaikan kod yang sama. Ini

kerana komunikasi memerlukan elemen penting enkod dank od bagi memastikan

Page 42: NORHAYATI BINTI ALIAS

26

proses komunikasi itu bermula dengan efisien dan baik. Kecekapan pada mesej

adalah bergantung kepada pemilihan kod yang betul dan baik.

2.5.4 Mesej

Mesej adalah elemen yang membawa maksud kandungan atau hal serta

perkara iaitu idea pada enkod atau penghantar berhasrat untuk menyampaikan

sesuatu. Mesej ini kebiasaannya disampaikan kepada penerima bagi menyatakan

tujuan atau objektif tertentu. Ia juga merupakan elemen yang sangat berperanan

dalam memenuhi proses komunikasi yang baik dan berkesan.

2.5.5 Medium

Medium juga dikenali sebagai saluran atau kaedah di mana ia memerlukan

alat atau instrumen untuk menyampaikan saluran atau maklumat. Mesej mestilah

disampaikan kedapa penerima dalam bentuk yang konkrik. Bentuk yang konkrik ini

di mana maklumat yang disampaikan itu dapat dilihat secara fizikal bukan secara

maya. Maklumat yang disampaikan ini dapat dicapai dengan menggunakan medium.

Pemilihan pada jenis medium atau saluran ini adalah penting bagi menentukan

kesefahaman maklumat itu dicapai dengan baik dan berkesan oleh penerima.

Selain itu, contoh pada medium ini kebiasaannya digunakan dalam

perniagaan dan komunikasi yang professional termasuklah telefon, e-mail,

mesyuarat, surat dan memo, temubual dan juga perbualan. Sesetengah medium boleh

dicapai pada kedua-dua mesej dari penulisan atau percakapan, iaitu telefon bimbit

Page 43: NORHAYATI BINTI ALIAS

27

sebagai contoh. Pemilihan pada medium bergantung kepada jumlah factor yang

berikut iaitu jarak geografi atau yang berdekatan, keadaan dan kerumitan pada mesej,

keperluan tidak balas, masa dan juga kos.

2.5.6 Penerima

Penerima adalah orang yang menerima mesej atau maklumat dari pengirim.

Penerima kemudian bertindak untuk memahami yang disampaikan tersebut. Setiap

penerima mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri dan dekod yang sewajarnya

dan berupaya mentafsir setiap mesej dan maklumat yang disampaikan itu adalah

pelbagai cara yang tersendiri. Maka, ini merupakan penyebab di mana focus pada

apa jua jenis komunikasi hendaklah di atas penerima ini. Apabila sesuatu maklumat

itu dapat diterima dengan jelas dan mudah difahami oleh penerima, maka focus yang

dinyatakan ini wujud.

2.5.7 Dekod

Dekod merupakan proses di mana penerima, mentafsir dan memahami mesej

pada enkod. Terdapat banyak lagi proses dekod ini selain dari hanya menerima

mesej. Ia dijelaskan lagi apabila penerima tidak dapat mentafsir dan memahami

mesej. Ia dikatakan perkongsian makna yang disampaikan itu tiada dan komunikasi

itu tidak terjadi. Sebagai contoh apabila seseorang itu menerima maklumat dari

sumber atau pengirim, tetapi penerima itu tidak dapat memahami dan mentafsir kod

yang disampaikan, maka komunikasi itu dikatakan tidak berlaku dengan berkesan

Page 44: NORHAYATI BINTI ALIAS

28

2.5.8 Maklumbalas

Unsur maklumbalas dimana penerima bertindak terhadap mesej yang

disampaikan. Maklumbalas ini juga merupakan keperluan dan diperlukan untuk

komunikasi yang efektif dan berkesan. Ia menyediakan aliran dua hala pada mesej

apabila mesej yang disampaikan itu mendapat tindak balas oleh penerima.

Maklumbalas kemudiannya menyediakan penghantar dengan cara untuk memastikan

mesej telah diterima, diterjemahkan dan difahami seperti yang dikehendaki.

Maklumbalas ini dikatakan tertangguh apabila tindak balas yang maklumat yang

disampaikan itu mengambil masa untuk dibalas oleh penerima.

Oleh itu, pemilihan kaedah medium yang dipilih untuk menyampaikan mesej

memberi kesan kepada masa, jumlah dan kualiti maklumbalas yang diterima.

Pemilihan medium yang memberi kesan tersebut dinyatakan seperti berikut :

i. Mesej bertulis iaitu membenarkan keperluan untuk berkomunikasi secara satu

arah dengan kebarangkalian mesej tersebut mendapat sedikit maklumbalas

atau maklumbalas yang tidak segera pada ketika itu.

ii. Percakapan atau perbualan secara bersemuka iaitu melibatkan komunikasi

dan arah. Maklumbalas yang baik dan berkesan termasuklah soalan yang

secara terus, komen dan bacaan pada bahasa badan seperti bingung, senyum

atau anggukan kepala.Pengertian dan perasaan juga boleh dinilai melalui

medium ini

iii. Mesej telefon membenarkan komunikasi dua arah itu berlaku dan ia lebih

mendapat maklumbalas yang segera jika dibandingkan medium yang bertulis.

Kaedah dan cara menyampaikan mesej dan maklumat melalui telefon ini juga

digunakan apabila melibatkan komunikasi lisan.

Page 45: NORHAYATI BINTI ALIAS

29

Manakala Larry L.Barker ( 1941 ), menyatakan bahawa proses komunikasi

itu penting dalam mencapai sesuatu matlamat dan juga tujuan. Ia adalah kerana

merupakan sistem yang melibatkan kumpulan pada unsur-unsur yang saling

berkaitan dan berhubung untuk bekerja bersama-sama. Unsur-unsur yang dinyatakan

terlibat dalam proses komunikasi ini adalah terdiri dari tujuh elemen iaitu :

i. Sumber/enkod

Apabila seseorang itu ingin memulakan komunikasi, keperluan untuk

membuat keputusan untuk komunikasi adalah perlu. Ini yang dimaksudkan

dengan sumber atau enkod di mana ia merupakan unsur yang memerlukan

keputusan dibuat untuk komunikasi. Tujuan pada mesej atau maklum atau

maklumat yang ingin disampaikan adalah bergantung kepada sumber yang

terlibat. Mesej itu melibatkan cara untuk memaklumkan, menyakinkan dan

juga melayani.

ii. Mesej

Elemen yang kedua terlibat dalam proses komunikasi adalah mesej atau apa

yang ingin dikomunikasi. Sumber enkod idea dan kemudiannya ia

menentukan samaada seseorang itu hendak memaklumkan , menyakinkan dan

melayani ataupun tidak. Apabila mesej yang hendak disampaikan itu telah

ditentukan, sumber ini menggunakan symbol untuk mendapat kan mesej

merentasi kepadaorang lain. Simbol yang dimaksudkan ini adalah bergantung

kepada sesuatu benda seperti bendera dan juga papan tanda.

Untuk memastikan mesej yang disampaikan kepada penerima ( dekod ) itu

diterima dengan baik dan difahami, sumber yang disampaikan oleh enkod (

pengirim ) hendaklah melalui cara yang mudah difahami. Ia bagi memastikan

Page 46: NORHAYATI BINTI ALIAS

30

kejayaan pada komunikasi itu meningkat tanpa sebarang halanagan. Ini

adalah penting kerana mesej yang disampaikan itu memerlukan kaedah pada

medium yang sesuai bertetapan dengan keberkesanan maklumat kepada

penerima ( dekod ).

iii. Saluran

Saluran merupakan medium yang membawa kepada kaedah atau peralatan

melalui maklumat yang hendak disampaikan. Saluran boleh yang dinyatakan

dan dianalisis dalam dua kaedah dan cara yang berbeza. Bentuk yang pertama

adalah bentuk yang terlibat apabila mesej tersebut dihantar dan disalurkan

kepada penerima. Bentuk tersebut termasuklah saluran pada kedua-dua

saluran lisan dan bukan lisan pada komunikasi.

Manakala bentuk yang kedua pula adalah di mana saluran itu dinyatakan

berdasarkan kepada cara penyampaian yang digunakan dalam komunikasi.

Sumber yang terlibat mungkin dengan percakapan secara bersemuka dengan

penerima. Sumber yang terlibat dalam bentuk ini tertentu kepada komunikasi

lisan dan komunikasi bukan lisan.

iv. Dekod/penerima

Dekod merupakan elemen yang dikenali sebagai penerima. Ia melibatkan

seseorang yang berupaya menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim.

Situasi atau tindakan bagi mentafsir mesej ini adalah dipanggil sebagai

dekod. Penerima pada mesej dekod adalah berdasarkan kepada pengalaman

lepas, pandangan dan tanggapan, pemikiran dan juga perasaan. Keputusan

segera yang dibuat oleh penerima adalah penting sebagai maklumbalas

Page 47: NORHAYATI BINTI ALIAS

31

kepada mesej dan maklum yang disampaikan oleh pengirim. Ini bermakna

penerima yang memahami maklumat yang disampaikan itu dengan mudah

memberi makna bahawa penghantaran maklumat tersebut berfungsi dengan

baik.

Manusia juga berupaya untuk memberi dan menerima sesuatu mesej atau

maklumat. Proses ini melibatkan enkod dan dekod di mana masing-masing

berupaya untuk memberi dan menerima mesej. Apabila mesej yang

disampaikan itu mendapat maklumbals oleh penerima, maka elemen dekod

adalah penting yang bertindak dalam memastikan keberkesanan komunikasi

itu sendiri. Tindakan pada mesej yang disampaikan itu juga memberi makna

dan gambaran terhadap maklumbalas diterima oleh dekod.

v. Maklumbalas

Maklumbalas merupakan salah satu elemen lain yang diperlukan dalam

proses komunikasi. Setiap pihak yang terlibat dalam komunikasi akan

bertindak dengan menyambungkan interaksi yang dibuat. Sambungan pada

komunikasi ini dimaksudkan apabila seseorang pengirim menghantar mesej

atau maklumat dan setelah itu mesej tersebut dibalas oleh pihak penerima,

maka elemen maklumbalas itu mula berfungsi. Proses menghantar balik

sesuatu mesej ini dikenali sebagai maklumbalas.

Maklumbalas juga boleh terhasil dalam tiga bentuk iaitu maklumbalas positif,

negative dan maklumbalas yang tidak jelas. Maklumbalas positif adalah

maklumbalas di mana penerima memahami dengan sumber mesej yang

disampaikan oleh pengirim. Ia tidak bermakna sesuatu maklumat tersebut

dipersetujui atau tidak tetapi tertumpu kepada pemahaman yang jelas

nberkaitan maklum yang dihantar. Manakala bagi maklumbalas negatif

Page 48: NORHAYATI BINTI ALIAS

32

didefinasikan sebagai keadaan di mana terdapat kekurangan dalam

memahami maklumat yang disampaikan oleh sumber pengirim. Ia sangat

memberi kesan kepada keberkesanan proses komunikasi apabila melibatkan

penyampaian maklumat yang penting.

Maklumbalas tidak jelas pula adalah dinyatakan sebagai maklumbalas yang

tidak pasti sama ada ingin memberikan maklumbalas positif atau negatif.

Maklumbalas yang tidak pasti ini akan memberikan jawapan yang tidak tepat

pada sumber maklumat enkod yang diberikan. Ini akan menyukarkan proses

komunikasi kerana seseorang penghubung itu sentiasa peka dan sensitive

pada maklumbalas yang dibuat. Hal ini kerana, penghubungan ingin

mengetahui dan menentukan samaada maklumat yang disampaikan itu

mendapata maklumbalas yang tepat yang dapat mempengaruhi hasil dari cara

penyampaian maklumat tersebut.

vi. Halangan

Sumber maklumat yang disampaikan kemungkianantidak mencukupi atau

mesej tersebut tidak efektif dan tepat melalui enkod ( pengirim ) keadaan ini

yang menggambarkan elemen halangan itu berlaku dalam proses komunikasi.

Elemen halaman ini juga menunjukkan bahawa mesej yang disampaikan oleh

enkod tidak seperti yang diinginkan oleh dekod dan juga tidak seperti yang

dirancang oleh enkod. Halangan pada komunikasi juga terjadi apabila

pengirim dan penerima adalah tidak sama jarak yang melibatkan pada

pemancaran maklumat dari radio.

Page 49: NORHAYATI BINTI ALIAS

33

vii. Konteks atau keadaan

Elemen konteks atau keadaan adalah elemen yang melibatkan konsep

perkongsian bidang pada pengalaman. Elemen ini merupakan elemen yang

dikatakan sangat penting dalam komunikasi. Ini kerana elemen tersebut dapat

memberi kesan kepada elemen-elemen yang lain dalam proses komunikasi

secara keseluruhan.

2.6 Bentuk Dan Kaedah Komunikasi

Menurut Fatma Wardy Lubis ( 2008 ), kelancaran organisasi adalah terletak

kepada keberkesanan komunikasi kerana komunikasi sangat penting peranannya

dalam menghubungkan maklumat yang sama melalui pengirim kepada penerima bagi

semua peringkat dalam organisasi. Oleh itu, bagi memastikan komunikasi itu

berfungsi dengan lancer, perlulah dikenalpasti kaedah dan bentuk komunikasi yang

digunakan bersesuaian dengan maklumat yang ingin disampaikan. Ia adalah penting

dalam menentukan maklumat yang disampaikan itu dapat diterima oleh penerima

secara mudah, cepat dan berkesan.

Menurut Joseph A.De Vito ( 1976 ), komunikasi boleh berlaku dalam

pelbagai kaedah. Ia termasuklah sistem komunikasi tradisional dan komunikasi

moden. Sistem komunikasi moden memastikan bahawa data dan maklumat dapat

dipindahkan serta dihantar dengan cepat melalui e-mail dan faks, dan juga

penggunaan proseder tender elektronik memastikan bahawa kurang penggunaan

kertas kerja yang dipindahkan di antara klien dan kontraktor pada peringkat projek

yang besar.

Page 50: NORHAYATI BINTI ALIAS

34

Komunikasi merupakan sistem yang melibatkan pihak lebih dari seorang di

mana seseorang itu bercakap dan seorang lagi mendengar percakapan tersebut.

Menurut Larry L.Barker & Deborah Roach Gaut (1941 ), perspektif pemilihan

komunikasi adalah bergantung kepada bentuk dan kaedah yang digunakan. Terdapat

beberapa kaedah dan bentuk yang diaplikasikan dalam penggunaan komunikasi yang

dimaksudkan ini. Komunukasi yang menggunakan kaedah dan cara lama, ia

termasuklah komunikasi lisan dan komunikasi bertulis.

2.6.1 Komunikasi lisan

Menurut Larry L.Barker & Deborah Roach Gaut ( 1941 ), komunikasi lisan

adalah keupayaan yang digunakan untuk menterjemahkan maksud melalui

percakapan di mana ia dikenali sebagai kemahiran bahasa. Komunikasi lisan

dikatakan komunikasi yang mudah difahami kerana ia melibatkan penyampaian

maklumat secara terus dari penghubungan kepada penerima melalui perbincangan

terus yang dibuat.Sandra Cleary (2007), mendefinasikan komunikasi lisan adalah

sebarang komunikasi yang melibatkan perkataan. Ia merupakan perkataan pada

percakapan seperti melalui telefon. Kod yang digunakan dan bertindak dalam

komunikasi lisan dalam bahasa. Bahasa yang dinyatakan ini adalah melibatkan kod

yang menyampaikan maksud yang tertentu. Selain itu, bahasa dalam komunikasi

lisan juga dikatakan kod yang sangat berpengaruh dan penting. Ia membantu untuk

memanipulasikan sekeliling dan mempengaruhi orang lain. Untuk memastikan

kejayaan komunikasi dalam organisasi dan kedudukan professional, penggunaan

bahasa yang efektif haruslah difahamkan terlebih dahulu. Penggunaan bahasa yang

berlainan diantara pengirim dan penerima boleh menyebabkan proses komunikasi

terganggu.

Allan Ashworth (1985) , menyenaraikan komunikasi di tapak bina melibatkan

kaedah komunikasi lisan, bertulis dan visual. Komunikasi lisan seperti yang

Page 51: NORHAYATI BINTI ALIAS

35

dinyatakan oleh Allan Ashworth (1985), ia adalah kaedah komunikasi yang

dikatakan segera menjana dalam mendapatkan jawapan dengan segera. Komunikasi

ini melibatkan interaksi di antara penghubung untuk menyampaikan sesuatu

maklumat atau soalan serta mendapat maklumbalas dengan segera berkaitan soalan

tersebut. Bagi komunikasi di tapak bina, komunikasi lisan ini digunakan melalui

kaedah mesyuarat tapak dan perbualan secara tidak formal atau secara bersemuka.

Mesyuarat tapak ini dijalankan apabila terdapat perbincangan berkaitan urusan kerja

dan masalah yang pperlu diselesaikan. Ia diadakan oleh kontrektor dengan pihak-

pihak lain yang terlibat sub-kontraktor, pekerja, klien dan lain-lain.

Dalam komunikasi jenis ini tigkahlaku bagi penerima dapat dilihat.

Pertembungan secara bersemuka adalah sangat sesuai apabila terdapat hal atau

perkara sukar dan tiada persetujuan. Maka, apabila pertemuan secara bersemuka

dilakukan , maka perbincangan dan persetujuan dapat dibuat untuk menyelesaikan

sesuatu masalah. Kaedah komunikasi ini juga digunakan dalam keadaan yang

melibatkan situasi di mana maklumat itu dapat disampaikan dengan mudah dan

cepat, kurang penting dan mesej yang tidak formal.

2.6.2 Komunikasi Bertulis

Menurut Allan Ashwort (1985), kaedah bertulis digunakan apabila

melibatkan hal atau perkara yang kompleks, penting atau mungkin mempunyai

implikasi undang-undang yang mungkin dan di mana rekod yang diperlukan untuk

rujukan masa depan. Komunikasi jenis ini amat penting kepada organisasi kerana ia

melibatkan rekod penyimpanan maklumat untuk tujuan rujukan yang akan digunakan

kelak. Kaedah yang digunakan untuk komunikasi bertulis adalah melalui memo,

surat, laporan, bil kuantiti, arahan tapak,dan juga “British Standard “. Ia amat penting

sebagai medium atau kaedah untuk membantu komunikasi bertulis berfungsi dengan

baik dan berkesan.

Page 52: NORHAYATI BINTI ALIAS

36

2.6.3 Teknologi Komunikasi Moden

Menurut Joseph A.De Vito (1976), Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai

kaedah. Ia termasuklah system komunikasi tradisional dan komunikasi moden.

System komunikasi moden memastikan bahawa data dan maklumat dapat

dipindahkan serta dihantar dengan cepat melalui e-mail dan faks, dan juga

penggunaan prosedur tender elektronik memastikan bahawa kurang penggunaan

kertas kerja yang dipindahkan di antara klien dan kontraktor pada peringkat projek

yang besar. Donovan A.Mc Farlene (2010) menyatakan melalui teknologi

komunikasi moden melalui computer dan Internet dan lain-lain seperti radio,

televisyen, satelit dan telefon bimbit, kita dapat berkomunikasi di seluruh dunia

dalam sekelip mata dengan menghantar e-mel, ‘Instant Message (IM)’ seperti

aplikasi ‘Whatsapp’ yang menggunakan aplikasi internet untuk berhubung dan

menghantar teks mesej, imej, video dan sebagainya serta lain-lain isyarat elektronik

yang canggih.

Menurut Sunarto (2006), teknologi komunikasi mula berkembang sejak

penggunaan cara-cara tradisional sehinggalah ppenemuan-penemuan teknologi

moden. Teknologi komunikasi sangat pesat perkembangannya seiring dengan

peradaban manusia dan tuntutan keperluan komunikasi pada masa kini. Ia juga

memainkan peranan yang penting terhadap kesemua aspek termasuklah dalam

keperluan perniagaan. Maklumat dapat disampaikan dalam kaedah yang berbeza-

beza melalui peralatan komunikasi moden yang digunakan. Kaedah maklumat yang

dikirimkan itu adalah dengan melibatkan satu pengirim ke satu penerima atau satu

pengirim kepada beberapa penerima dalam satu masa yang sama melalui medium

peralatan komunikasi moden yang tertentu.

Sunarto (2006),, menyatakan lagi maklumat dapat disampaikan dan diterima

dengan mudah dan cepat dengan menggunakan kaedah teknologi komunikasi moden

melalui kaedah yang berbeza-beza. Kaedah teknologi komunikasi moden ini

menggunakan alat komunikasi seperti telefon yang menggunakan jaringan kabel

Page 53: NORHAYATI BINTI ALIAS

37

untuk menghubungi dan berkomunikasi apabila berada dalam jarak yang berbeza,

melalui mesin faks yang digunakan untuk mengirim dan menerima berita dan gambar

melalui telephoto sehingga berita dan gambar yang dikirim dan diterima sama seperti

yang asal dalam jarak yang berbeza, dan melalui telefon bimbit yang boleh

digerakkan dan dibawa walau berada di mana sahaja untuk berhubungan secara lisan

atau aplikasi lain tanpa batasan dan waktu.

Tambahan pula, melalui telefon bimbit pengguna dapat berkomunikasi

dengan menggunakan kaedah kiriman pesanan ringkas dalam bentuk teks iaitu SMS

(Short Message Service) atau data multimedia berupa (gambar, suara atau video)

melalui MMS (Multimedia Messaging Service). Dengan perkembangannya teknologi

3G, video streaming melalui telefon bimbit juga dijadikan teknologi komunikasi

moden yang digunakan sekarang. Teknologi komunikasi ini beroperasi apabila video

yang dipadukan dengan suara membolehkan penelefon atau penghubung dapat

berbual sambal melihat gambar dari pihak penerima yang lain.

Selain itu, computer merupakan peralatan teknologi komunikasi moden yang

paling berperanan pada masa kini. Ia digunakan untuk mengolah, mengelola dan

menyimpan maklumat. Ia digunakan dalam membantu dalam banyak hal seperti

menghantar surat dan maklumat lain melalui e-mail yang menggunakan teknologi

internet. E-mail merupakan jaringan internet yang membolehkan maklumat disimpan

dan dapat dihantar terus kepada penerima walau berbeza jarak. ( Sunarto, 2006)

2.6.4 Komunikasi Massa

Menurut Richard West dan Lynn H.Turner (2007), komunikasi massa

merupakan komunikasi yang menggunakan saluran atau cara pengiriman maklumat

melalui media massa. Media massa yang dimaksudkan ini boleh melalui surat

Page 54: NORHAYATI BINTI ALIAS

38

khabar, video, CD-ROM, komputer, TV, radio dan sebagainya. Komunikasi jenis ini

membolehkan maklumat melepasi sempadan negara dank e seluruh dunia dengan

bantuan teknologi komunikasi. Dalam proses komunikasi jenis ini, ia membolehkan

kesemua peringkat umur dan khalayak dalam jumlah yang besar berkomunikasi

tanpa had dan batasan. Dengan perkembangan teknologi komunikasi massa ini,

hubungan tanpa bersemuka dapat dijalankan walaupun berada dalam jarak yang

berbeza.

Selain itu, menutur ASM. Romli (2013), komunikasi massa juga

dimaksudkan dengan proses berkomunikasi melalui media. Ia menggunakan saluran,

media atau alat-alat yang membolehkan komunikasi dan maklumat dapat disalurkan

kepada ramai orang dalam pada masa dan waktu yang sama. Komunikasi jenis ini

boleh menjangkau sejumlah besar orang ramai melalui media massa seperti radio,

televisyen, majalah, surat khabar, filem dan website. Media massa melalui ini lebih

popular dahulu sebelum kehadiran media internet atau media online (cybermedia)

pada masa sekarang ini.

Secara umumnya, komunikasi massa ini terbahagi kepada tiga kategori media

iaitu media cetak, media elektronik dan media internet atau online. Media cetak

merupakan media yang dicetak di atyas kertas seperti surat khabsr, amajlah, buku

dan lain-lain. Manakal media elektronik pula merupakan media yang melebar dan

meluaskan maklumat melalui suara (audio), gambar (visual), atau suara dan gambar

(audio-visual) dengan menggunakan teknologi elektrik seperti filem atau video. Bagi

media internet (online) pula, media ini dapat ditemukan dan digunakan melalui

internet seperti website, e-mail, skype dan juga jaringan laman sosial yang lain

seperti facebook dan twitter.

Page 55: NORHAYATI BINTI ALIAS

39

2.7 Halangan dan Masalah Komunikasi Di Tapak Bina dan Organisasi

Sebuah organisasi yang mengalami kelemahan atau tidak mempunyai

keyakinan terhadap matlamat dan masa depan adalah organisasi yang menyaksikan

peningkatan dalam masalah komunikasi. Masalah yang dihadapi ini kadang kala

melibatkan kekurangan terhadap masalah berkomunikasi secara berkesan. Masalah-

masalah yang dihadapi dalam sistem komunikasi adalah melibatkan apa sahaja

halangan yang menyumbang kepada masalah dan kegagalan komunikasi di tapak

bina seperti yang dinyatakan oleh Allan Ashworth (1985). Halangan-halangan

tersebut adalah:

2.7.1 Halangan fizikal

Halangan fizikal adalah halangan yang mungkin melibatkan kecacatan dan

kelemahan di pihak penerima dan pengirim. Halangan yang dimaksudkan ini

termasuklah bunyi di lokasi, gangguan kabel elektrik, talian telefon lemah dan

masalah pada lapisan pengurusan tapak. Ini kadang-kadang boleh mewujudkan

gangguan dan ketidaktepatan ke dalam maklumat yang sedang dihantar. Ini

menyebabkan masalah-masalah dalam komunikasi itu berlaku apabila maklumat

yang sedang disampaikan terganggu.

2.7.2 Halangan psikologi

Halangan psikologi adalah punca terbesar yang menyumbang kepada

kelemahan komunikasi. Ia memberi kesan terhadap sikap, perasaan dan emosi

Page 56: NORHAYATI BINTI ALIAS

40

penerima. Kadang-kadang orang hanya akan mendengar apa yang mereka harapkan

untuk mendengar. Idea yang berbentuk yang digunakan untuk memberi sendiri.

Apabila mesej itu sendiri tidak difahami oleh pengirim, makan penerima akan

mengabaikan dan tidak akan mengendahkan mesej disampaikan tersebut dengan

baik. Perasaan dan emosi memberi kesan kepada keupayaan untuk memberi

maklumat dan menerima mesej yang benar.

2.7.3 Halangan Intelek

Halangan intelek boleh menjejaskan konsep dan persepsi yang mungkin telah

dibina lebih daripada satu sepanjang kerja. Kesukaran mungkin timbul kerana

maklumat itu telah tidak dihantar dengan betul di tempat pertama. Ia boleh

menggunakan istilah teknikal yang berlebihan atau cuba menggunakan perkataan

yang berada di luar konteks. Oleh itu, maklumat yang disampaikan itu tidak mudah

difahami kerana penggunaan istilah yang sebenar.

Selain itu, terdapat beberapa halangan lain yang menyumbang kepada

masalah komunikasi dalam organisasi seperti yang dinyatakan oleh Michael Fielding

(2006). Antara halangan dan masalah komunikasi tersebut adalah seperti berikut :

i. Terdapat arahan yang dating melalui banyak tahap dari pengirim

menyebabkan pemindahan maklumat berlaku terlalu banyak kepada

penerima. Ini boleh menyebabkan kekeliruan dan kesukaran untuk

menerima maklumat yang tepat.

Page 57: NORHAYATI BINTI ALIAS

41

ii. Perbezaan latar belakang budaya dan Bahasa di antara penerima dan

pengirim. Hal ini melibatkan penggunaan Bahasa yang berlainan yang

sukar difahami di antara pengirim dan penerima yang boleh menyebabkan

proses komunikasi terganggu.

iii. Pengirim dan penerima tidak peka dan lemah terhadap pemilihan Bahasa

yang sesuai digunakan. Ini bermaksud pengirim dan penerima

berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa yang tidak difahami antara

satu sama lain. Ini menyebabkan masalah komunikasi berlaku yang boleh

mengundang kepada kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik.

iv. Pemilihan saluran dan kaedah komunikasi yang tidak sesuai dan tepat. Ini

bermaksud mesej dan maklumat yang disampaikan tidak menggunakan

kaedah yang efisien mengikut kesesuaian keadaan. Ia boleh menyebabkan

maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dan difahami

dengan baik.

v. Perancangan yang lemah pada cara penyampaian maklumat. Ini memberi

maksud bahawa mesej dan maklumat yang ingin disampaikan tidak

seperti yang diharapkan. Ini kerana komunikasi yang berlaku itu tiada

perancangan yang baik.

vi. Bahasa yang digunakan mempunyai istilah dan maksud yang sukar

difahami oleh penerima atau melibatkan istilah teknikal di mana istilah

tersebut di luar bidang si penerima.

vii. Mesej yang disampaikan terlalu padat dengan maklumat yang

menyebabkan kesukaran untuk mentafsir dan diproses dengan baik.

Page 58: NORHAYATI BINTI ALIAS

42

viii. Perbezaan persepsi pada situasi dan maksud mesej. Ini bermaksud

terdapat pelbagai pandangan dan pemikiran bagi maksud mesej yang

disampaikan.

ix. Masalah jarak penyampaian maklumat juga merupakan factor yang

menyumbang kepada permasalahan dalam berkomunikasi di mana ia

menyebabkan gangguan pada penyampaian maklumat.

2.8 Kesimpulan

Berdasarkan kepada fungsi dan kepentingan komunikasi, dapat dilihat dengan

jelas bahawa komunikasi itu sangat penting pada peringkat pembinaan. Pemilihan

pada kaedah komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan

kelancaran sesuatu kerja. Perlaksanaan sesuatu projek itu sangat bergantung kepada

kecekapan komunikasi. Ini kerana komunikasi dapat memudahkan interaksi pelbagai

pihak dalam sesuatu pembinaan di samping dalam melancarkan proses kerja di tapak

bina. Produktiviti bagi sebuah organisasi dan juga projek bergantung kepada aplikasi

komunikasi yang efisien.

Tambahan lagi, semua pihak yang terlibat perlu menyedari akan peranan

masing-masing dalam memahami fungsi komunikasi dengan baik dan kaedah yang

tepat yang diperlukan. Ini bagi memastikan persefahaman antara semua pihak

berfungsi dengan baik melalui penggunaan komunikasi yang betul. Pengurus projek

haruslah memastikan kaedah komunikasi yang dibuat dari atas ke bawah berfungsi

dengan berkesan terhadap orang bawahan. Ini kerana maklumat yang disampaikan

secara berkesan sangat mempengaruhi aktiviti kerja orang bawahan. Oleh itu,

peranan komunikasi dalam memastikan kelancaran pada peringkat pembinaan untuk

jangka masa panjang bagi mengelak sebarang masalah komunikasi.

Page 59: NORHAYATI BINTI ALIAS

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai perancangan dan penilaian kaedah yang

sesuai bagi kajian ini. Metodologi kajian merupakan elemen penting yang perlu

diambil kira sebelum memulakan penyelidikan. Ini adalah sangat penting untuk

memastikan bahawa penyelidikan berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual

yang telah dirancang dari awal.

Kaedah penyelidikan menerangkan kaedah yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan dan memenuhi semua

syarat-syarat untuk melaksanakan penyelidikan. Oleh itu, kaedah yang sesuai perlu

dikenal pasti supaya matlamat dan objektif yang ditetapkan boleh dilaksanakan.

Apabila merekabentuk metodologi penyelidikan, topik utama yang perlu

dimasukkan dalam kajian ini adalah isu-isu atau masalah yang timbul. Kemudian,

kajian awal perlu disusun untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaian.

Page 60: NORHAYATI BINTI ALIAS

44

Penyelidikan perancangan awal bermula dengan penetapan matlamat dan

objektif, justifikasi, kepentingan dan skop penyelidikan yang akan dijalankan.

Analisis kajian ini telah dijalankan mengikut kaedah yang sesuai statistik

deskriptif untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian.

Objektif kajian ini ialah mengenal pasti komunikasi antara kontraktor antarabangsa

dan perunding tempatan dan mengenal pasti kesan daripada masalah komunikasi

yang timbul antara kedua-dua pihak. Dalam menjalankan kajian ini, proses

penyelidikan telah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu, pengumpulan data dan

analisis data diikuti dengan kesimpulan.

Selain itu, bab ini adalah penentu sama ada objektif tercapai. penerangan

lanjut oleh penyelidik pada peringkat awal, pengumpulan data, analisis data dan

membuat keputusan hasil daripada analisis data yang telah disediakan. Semua

keputusan yang dikehendaki diperoleh sebagai analisis data yang telah siap.

3.2 Kajian Literatur

Kajian literatur merupakan peringkat pengumpulan maklumat yang berkaitan

dengan kajian. Pengkaji akan membuat rujukan mengenai keperluan penyelidikan

yang dilaksanakan (Chua Yan Piaw, 2011). Khairuddin et al., (2014) menyatakan

bahawa kajian literatur juga merupakan asas pertama dalam proses penyelidikan dan

merupakan kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuan tentang sesuatu

persoalan.

Kajian literatur dijalankan pada peringkat permulaan kajian untuk

meningkatkan tahap pemahaman tentang kajian yang dilakukan dengan mendapatkan

Page 61: NORHAYATI BINTI ALIAS

45

maklumat dari buku-buku ilmiah, jurnal, surat khabar, tesis dan artikel-artikel yang

berkaitan dengan tajuk dan objektif kajian. Melalui pembacaan dan rujukan yang

dilakukan ke atas bahan-bahan bacaan tersebut, maklumat dan pengetahuan yang

tepat bagi mengenal pasti masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dan

perunding tempatan. Objektif kajian juga dapat diketahui iaitu dapat mengetahui

jenis – jenis serta kesan kepada masalah komunikasi ini.

3.3 Metodologi Kajian

Menurut Rajasekar et al., (2006) metodologi kajian adalah satu kaedah yang

digunapakai secara sistematik untuk menjalankan kajian serta menyelesaikan

masalah kajian yang digunakan sebagai perancangan kerja dalam pelaksanaan kajian.

Aturan dalam metodologi kajian digunakan oleh para pengkaji bagi menghuraikan,

menjelaskan dan membuat jangkaan ke atas kajian masing-masing.

Leedy dan Omrod, (2013) menyataka secara teori, terdapat dua jenis

metodologi kajian utama yang sering digunapakai oleh kebanyakan pengkaji iaitu

kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Setiap metodologi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing di

mana setiap metodologi yang ada perlu disesuaikan dengan objektif dan skop kajian.

Setiap kajian perlu menentukan metodologi yang akan digunakan sebelum

merekabentuk kajian bagi memudahkan proses mendapatkan dan menganalisa data

dilakukan.

Page 62: NORHAYATI BINTI ALIAS

46

3.3.1 Kualitatif

Metodologi kualitatif adalah metodologi kajian yang menggunakan

pemahaman dan penjelasan ke atas perilaku dan tindak tanduk seseorang individu

atau kumpulan sebagai pendekatan metodologi kajian serta memerlukan pandangan

dan pendapat kritikal pengkaji (Creswell, 2014, Dawson, 2002 dan Kothari, 2004).

Kajian berasaskan kualitatif juga adalah lebih bersifat penceritaan berbanding analisa

statistik yang digunapakai dalam kajian berbentuk kuantitatif.

Pemilihan penentu ukur, skop kajian, populasi dan sampel adalah spesifik

bagi mendapatkan keseragaman semasa proses pengumpulan data. Dengan cara ini,

adalah lebih mudah untuk memperumum hasil dapatan menggunakan metodologi

kualitatif.

Secara umum, model kajian yang menggunakan metodologi kualitatif adalah

lebih bersifat subjektif dan sensitif kepada keadaan yang berbeza oleh sebab

pandangan yang lebih luas serta berbeza-beza hasil daripada dapatan data yang

diperoleh daripada instrumen kajian.

Hasil analisis data akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan lain-lain

kaedah yang sesuai bagi menerangkan data dengan lebih mudah dan teratur.

Langkah-langkah menganalisis bagi data kualitatif adalah seperti Rajah 3.1

Page 63: NORHAYATI BINTI ALIAS

47

Rajah 3.1 : Proses Analisis Data Kualitatif

Sumber : Mook Soon Sang (2010)

Data dibahagikan dalam unit-unit yang bermakna

berdasarkan keputusan penyelidik

Unit-unit disalurkan dan kemudian diklasifikasikan

mengikut kategori dengan cara enkod.

Asimilasi unit-unit dalam kategori yang sama dan akomodasi

unit-unit dengan membentuk kategori yang baru.

Mencari kategori-kategori yang serupa dan jika ada menggabung

mereka dalam satu kategori yang sama

Memeriksa semula kategori yang besar dan kurang pasti dan jika perlu memllih

dan membentuk kategori-kategori yang baru mengikut ciri-ciri mereka

Menyemak :

a) Sama ada kategori-kategori meliputi semua data

b) Adakah mereka berbeza dan tidak bertindih

Integrasi / sintesis :

Mencari hubungan, membanding dan membeza di antara

kategori dengan kategori

Page 64: NORHAYATI BINTI ALIAS

48

3.3.2 Kuantitatif

Menurut Creswell (2014), metodologi kuantitatif merujuk kepada hubungan

yang wujud antara pembolehubah yang dikenalpasti dalam kajian yang bersifat

objektif. Pembolehubah adalah ciri-ciri individu atau organisasi yang boleh diukur

dan berbeza antara seseorang individu atau sesebuah organisasi dengan yang lain.

Hubungan antara pembolehubah diukur dengan menggunakan instrumen pengukuran

yang sesuai. Data pembolehubah yang diperoleh lazimnya diwakili dalam bentuk

angka dan boleh dianalisa menggunakan prosedur-prosedur statistikal. Laporan akhir

kajian mempunyai struktur yang ditetapkan dan terbahagi kepada beberapa bahagian.

Metodologi kuantitatif juga didefinisikan berdasarkan kepada pengukuran

kuantiti atau amaun (Kothari, 2004). Metodologi ini melibatkan penghasilan data

yang boleh dianalisa dalam bentuk formal.

Dawson (2002) menerangkan metolodogi kuantitatif menggunapakai kajian

tinjauan berskala besar dengan menggunakan soal selidik atau temubual berstruktur

untuk menghasilkan statistik

Daripada ketiga-tiga huraian berkenaan metodologi kuantitatif yang

diterangkan, metodologi kuantitatif boleh disimpulkan secara umum sebagai

metodologi yang melibatkan pengukuran data berdasarkan kuantiti serta boleh

dianalisa secara statistikal dan bersifat objektif.

Page 65: NORHAYATI BINTI ALIAS

49

3.3.3 Gabungan Kualitatif Dan Kuantitatif

Secara kolektif, gabungan metodologi kualitatif dan kuantitatif menggunakan

pendekatan kedua-dua metodologi dalam rekabentuk dan instrumen kajian bagi

mengumpul dan menganalisa data seterusnya mendapatkan inferens daripada hasil

analisa data dalam satu kajian yang sama (Johnson et al., 2007). Gabungan kedua-

dua metodologi ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu digunakan secara

serentak atau berturutan.

Daripada definisi metodologi yang diperoleh, boleh dikatakan medologi

gabungan diperkenalkan untuk mendapatkan hubungan pembolehubah yang

ditentukan secara objektif dan subjektif dalam sesuatu kajian. Contoh kajian yang

menggunakan metodologi ini adalah pengumpulan data melalui sesi temubual dan

soal selidik sebelum melakukan analisa secara statistikal untuk mendapatkan

dapatan, penterjemahan dan kesimpulan data. Walau bagaimanapun, terdapat

metodologi kajian yang menggabungkan kedua-dua metodologi yang dikenali

sebagai penyetigaaan yang mempunyai perbezaan dengan metodologi gabungan

daripada aspek pelaksanaan.

3.3.4 Penyegitigaan

Metodologi penyetigaan adalah cabang daripada metodologi gabungan.

Dalam metolodogi gabungan, pengkaji menetapkan untuk menggunakan kedua-dua

metodologi kualitatif dan kuantitatif dalam rekabentuk kajian sejak peringkat

perancangan. Manakala dalam metodologi penyetigaan, pengkaji menetapkan untuk

menggunakan salah satu metodologi dalam pelaksanaan kajian dan kemudian

membuat perbandingan keputusan dengan mengaplikasikan satu lagi metodologi

Page 66: NORHAYATI BINTI ALIAS

50

untuk mengumpul dan menganalisa data dalam satu kajian yang sama (Creswell,

2014).

Penyetigaan digunakan sebagai ujian kebolehpercayaan dan kesahihan data

yang diperoleh (Flick, 2009). Sebagai tambahan, penyetigaan digunakan untuk

mengukuhkan hasil dapatan yang diperoleh dengan menggunakan salah satu

metodologi kajian yang telah dihuraikan. Terdapat empat pendekatan yang sering

digunakan dalam metodologi penyegitigaan iaitu penyegitigaan data, penyegitigaan

teori, penyegitigaan kaedah dan penyegitigaan pengkaji (Denzin, 1970 dalam

Yeasmin dan Rahman, 2012). Rajah 3.2 dan Rajah 3.3 menunjukkan perbezaan

penggunaan metodologi gabungan dan penyetigaan.

Rajah 3.2:Metodologi Gabungan

Rajah 3.3:Metodologi Penyegitigaan

Page 67: NORHAYATI BINTI ALIAS

51

Persamaan yang terdapat pada kedua-dua metodologi kajian adalah

penggunaan metodologi kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama.

Walau bagaimanapun, perbezaan yang terdapat adalah metodologi gabungan

menetapkan untuk menggunapakai kedua-dua metodologi pada peringkat awal untuk

mengumpul, menganalisa seterusnya membuat terjemahan data manakala metodologi

penyegitigaan digunapakai untuk menguji keesahan dan kebolehterimaan dapatan

setelah penggunaan salah satu metodologi kajian.

3.3.5 Metodologi Kajian Yang Digunapakai

Untuk kajian ini, cadangan metodologi yang digunapakai untuk mencapai

mencapai kedua-dua objektif adalah kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif digunapakai

untuk mengenalpasti penunjuk-penunjuk yang berkaitan dengan masalah komunikasi

antara kontraktor antrabangsa dan perunding tempatan. Penunjuk bagi kedua-dua

objektif dianalisa melalui kekerapan kata kunci yang disebut oleh responden dan

disenaraikan dalam bentuk jadual. Selain itu, analisa ke atas maklumat berkenaan

responden juga dilakukan untuk mendapatkan hubungan antara pengalaman dan

jawatan mempengaruhi input berkenaan masalah komunikasi antara kontraktor

antrabangsa dan perunding tempatan. Setelah mengenalpasti metodologi kajian yang

dicadangkan untuk kajian, rekabentuk kajian perlu disediakan untuk menentukan

cara yang paling efektif untuk mengumpul, menganalisa dan menterjemah data.

Page 68: NORHAYATI BINTI ALIAS

52

Jadual 3.1:Cadangan Metodologi Pelaksanaan Kajian

Pelaksanaan Kajian

Objektif

Kajian

1 2

Pengumpulan data

Kajian ilmiah Jurnal, kajian terdahulu, buku

Temubual separa struktur

Kajian kes yang melibatkan

kontraktor antarabangsa dan

perunding tempatan yang

dipilih

Analisa data Kualitatif Huraian kandungan temubual

3.4 Rekabentuk Kajian

Terdapat empat jenis rekabentuk kajian yang dihuraikan oleh Picardi dan

Masick (2014) iaitu kajian eksperimen, kajian quasi-eksperimen, kajian bukan

eksperimen dan kajian tinjauan. Setiap satu rekabentuk yang disenaraikan

mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Walau bagaimanapun, kajian

ini direkabentuk sebagai kajian bukan eksperimen.

Rekabentuk kajian bukan eksperimen melibatkan analisis data yang terbahagi

kepada tiga iaitu analisa data primer, analisa data sekunder dan meta-analisa (Picardi

dan Masick, 2014). Hal ini berbeza dengan rekabentuk kajian secara eksperimen

yang menjalankan analisis data primer sahaja. Analisa data primer adalah analisis

data yang dijalankan ke atas data yang dikumpul oleh pengkaji sendiri. Analisa data

sekunder adalah analisis data yang dikumpul oleh pihak lain yang boleh digunakan

untuk menyelesaikan persoalan kajian. Manakala meta-analisis pula adalah gabungan

analisa secara statistikal ke atas data yang diperoleh daripada kajian-kajian yang

berkaitan. Kajian berbentuk bukan eksperimen lebih menjurus kepada menghurai dan

mendapatkan hubungkait data yang diperoleh.

Page 69: NORHAYATI BINTI ALIAS

53

Untuk kajian ini, kaedah yang dicadangkan adalah kaedah bukan eksperimen

di mana analisa ke atas data primer dilakukan. Selain itu, kajian berbentuk bukan

eksperimen dipilih sebab kata kunci masalah komunikasi tidak boleh dikawal dan

dimanipulasi melalui eksperimen. Rekabentuk kajian bukan eksperimen turut dipilih

kerana kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada temubual serta tidak

menjalankan sebarang ujikaji.

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam mana-mana metodolog kajian yang digunakan, proses pengumpulan

data melibatkan dua jenis data yang perlu dianalisis iaitu data primer dan data

sekunder. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui instrumen

kajian.

Untuk proses analisis data dalam kajian ini, hanya data primer yang akan

digunakan memandangkan tiada kajian akademik sedia ada yang secara spesifik

menghuraikan berkenaan masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dan

perunding tempatan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian. Tempoh pengumpulan

data yang ditetapkan adalah dua bulan di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor

dan Kuala Lumpur.

3.5.1 Data Primer

Data primer adalah data daripada sumber yang pertama (Ang, 2016 dan

Kothari, 2009). Pengkaji mengumpul data primer melalui temubual separa

berstruktur dan menganalisa data mentah secara analisa kata kunci kandungan

Page 70: NORHAYATI BINTI ALIAS

54

tembual untuk mendapatkan keputusan. Contoh data primer yang sering digunakan

dalam kajian adalah hasil temubual, soal selidik, eksperimen dan pemerhatian.

Dalam kajian ini, data primer terdiri daripada dua iaitu data yang diperoleh

melalui sesi temubual mengenai masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa

dan perunding tempatan.

3.5.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk

mengumpul data sepanjang tempoh pelaksanaan kajian.

Instrumen yang dipilih untuk kajian ini adalah temubual separa berstruktur.

Temubual separa berstruktur dipilih untuk mendapatkan data secara terus daripada

lima kajian kes yang telah di pilih yang melibatkan kontraktor antarabangsa dan

perunding tempatan yang sedang melaksanakan projek pembinaan dan pada masa

yang sama mengalami masalah komunikasi antara kedua belah pihak.

3.5.3 Responden Sasaran

Responden sasaran adalah individu atau kumpulan yang memberikan data

melalui temubual. Kumpulan responden yang disasarkan untuk kajian ini adalah

kontraktor antarabangsa yang mempunyai kontrak di Malaysia dan perunding

tempatan.

Page 71: NORHAYATI BINTI ALIAS

55

Daripada kajian-kajian yang diperoleh, populasi didefinisikan sebagai jumlah

unit di mana data dapat dikumpul seperti individu, peristiwa, artifak atau organisasi

(Parahoo, 1997, dalam De Langen, 2009). Manakala Rossi et al. (1983) menjelaskan

populasi sebagai satu set elemen yang mempunyai unit asas.

Untuk kajian ini, populasi sasaran yang ditetapkan adalah kontraktor

antarabangsa yang menjalankan projek- projek di Malaysia yang melibatkan

perunding tempatan. Jumlah populasi yang digunakan dalam kajian ini diperolehi

daripada senarai kontraktor – kontraktor antarabangsa yang berdaftar dengan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) seperti yang di

tunjukkan dalam Jadual 3.2 .

Jadual 3.2:Saiz Populasi Kontraktor Antarabangsa yang Berdaftar Dengan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Negera Jumlah Kontraktor

China 23

Jepun 17

Singapura 13

German 7

Korea 5

Lain – lain 13

Jumlah 78

Saiz populasi capaian yang dikenalpasti adalah melibatkan kontraktor -kontraktor

antarabangsa yang menjalankan projek di seluruh Malaysia. Tambahan lagi, sebagai

memenuhi pencapaian kedua-dua objektif kajian, saiz populasi capaian adalah

meliputi kontraktor antarabangsa yang sedang menjalankan pembinaan sekali gus

Page 72: NORHAYATI BINTI ALIAS

56

melibatkan perunding tempatan sahaja. Memandangkan jumlah kontraktor

antarabangsa yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) melebihi target iaitu hanya perlu memilih lima kajian kes,

persempelan pupolasi perlu di lakukan. Pengecilan saiz kumpulan pupolasi sasaran di

tunjukkan dalam Rajah 3.4 di mana populasi yang disasarkan adalah kontraktor

antarabangsa yang sedang menjalankan projek di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor

dan Kuala Lumpur.

Rajah 3.4: Penentuan Saiz Populasi dan Sampel

Tujuan utama persampelan dilakukan adalah untuk mendapatkan penemuan

kajian yang mewakili populasi kajian secara umum (Mugo, 2002, Landreneau, 2008

dan Kothari, 2009). Terdapat dua strategi yang terdapat dalam persampelan iaitu

persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian (Ritchie dan

Lewis, 2003). Kedua-dua strategi persampelan ini dipecahkan kepada beberapa jenis

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Page 73: NORHAYATI BINTI ALIAS

57

Rajah 3.5 Strategi Persampelan (Ladner ,2008)

Oleh yang demikian, persampelan yang dicadangkan untuk kajian adalah

menggunakan persampelan bukan kebarangkalian (non-probability) dan bertujuan

(purposive). Jenis persampelan ini dipilih bagi mendapatkan data yang lebih khusus

serta bertepatan dengan objektif kajian. Persampelan bukan kebarangkalian tujuan

dipilih kerana pembinaan yang melibatkan kontraktor antarabangsa melibatkan

banyak pihak yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Selain itu, tidak semua

kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan mengalami masalah komunikasi

yang sama. Oleh itu, persampelan bertujuan ditetapkan supaya data yang lebih kukuh

dapat diperoleh daripada responden (Devers dan Frankel, 2000).

3.5.4 Temubual

Temubual adalah salah satu instrumen kajian yang melibatkan komunikasi

dua hala antara pengkaji dengan responden yang dipilih untuk mendapatkan data

yang lebih terperinci tentang sesuatu topik yang lazimnya sukar untuk diperoleh

menggunakan instrumen lain (Fox, 2009 dan Wilkinson dan Birmingham, 2003).

Sehubungan dengan itu, pengkaji mampu membuat huraian secara deskriptif dengan

Page 74: NORHAYATI BINTI ALIAS

58

lebih jelas tentang sesuatu perkara ketika menganalisis data untuk membuat

keputusan.

Terdapat tiga jenis temubual yang biasanya dijalankan dalam kajian iaitu

temubual berstruktur, separa berstruktur dan tanpa struktur di mana setiap jenis

temubual ini mempunya kelebihan dan kekurangan masing-masing (Dawson, 2002

dan Kothari, 2004). Daripada penggunaan temubual sebagai instrumen kajian,

pengkaji bukan sahaja dapat mengumpul maklumat dengan lebih jelas, pengkaji juga

dapat membina hubungan baik dengan responden. Seterusnya, temubual boleh

dikendalikan dalam dua keadaan iaitu temubual individu atau temubual berkumpulan

(Fox, 2009). Untuk kajian ini, temubual yang dicadangkan adalah temubual secara

individu oleh sebab kesukaran yang dihadapi untuk mengumpul kesemua responden

pada satu masa dan tempat yang sama.

Temubual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan

penjelasan maklumat yang lebih mendalam dan fleksibel terhadap sesuatu topik

tanpa menyimpang daripada halatuju temubual. Dengan ini, pengkaji berpeluang

mendapatkan perspektif yang berlainan dalam memahami sesuatu topik.

Temubual yang dijalankan dalam kajian ini ialah temubual antara pengkaji

dengan wakil daripada lima kajian kes yang melibatkan kontraktor antarabangsa dan

perunding tempatan bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah komunikasi

antara kedua – dua pihak. Temubual yang di jalankan juga melibatkan pengumpulan

pembolehubah yang boleh digunakan dalam pengukuran masalah komunikasi antara

kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan. Dalam temubual jenis separa

berstruktur, dua jenis soalan temubual diajukan kepada responden iaitu soalan yang

spesifik seperti maklumat demografik dan soalan bersifat terbuka bagi membolehkan

penjelasan yang lebih baik diberikan oleh responden.

Page 75: NORHAYATI BINTI ALIAS

59

Untuk kajian ini, setelah selesai menjalankan temubual, transkrip temubual

diolah dan disusun berdasarkan soalan-soalan yang diajukan kepada responden-

responden. Terdapat beberapa responden yang sudi membenarkan sesi temubual

dirakam secara audio. Ini memudahkan lagi penyediaan transkrip temubual. Daripada

teks transkrip temubual yang disediakan, rumusan ke atas transkrip disediakan

menggunakan borang yang direka bertujuan untuk mengasingkan kata kunci yang

penting dan berkaitan dalam mengenalpasti kedua-dua objektif kajian. Kesemua data

yang dikumpul melalui borang rumusan.

3.6 Analisa Data

Analisia data yang dicadangkan adalah secara kualitatif bagi memperumum

dapatan kajian seterusnya membuat rumusan berkenaan masalah komunikasi antara

kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan. Untuk kajian ini, data kualitatif

yang diperoleh melalui temubual separa berstruktur dicadangkan dianalisa

menggunakan teknik analisa kandungan. Teknik analisa kandungan adalah satu cara

untuk menganalisa data yang berbentuk teks dan mengasingkan data mengikut

kategori atau kod yang bersesuaian (Flick, 2009). Bersesuaian dengan kajian ini,

teknik analisa kandungan digunapakai untuk mengkategorikan data kualitatif melalui

kata kunci yang kerap berulang ketika sesi temubual dijalankan yang berkaitan

dengan masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan.

Page 76: NORHAYATI BINTI ALIAS

BAB 4

PENEMUAN DAN ANALISA DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan berkenaan data penemuan yang diperoleh daripada

temubual yang dijalankan terhadap responden-responden secara kualitatif. Analisa

kualitatif menjurus kepada soalan-soalan terbuka yang memfokuskan kepada jenis –

jenis masalah komunikasi serta kesan kepada masalah komunikasi yang dihadapi

antara kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan. Kata kunci berkaitan

masalah komunikasi dan kesan terhadapnya serta kekerapan kata kunci ynag

digunakan sebagai rujukan analisa kandungan temubual.

Page 77: NORHAYATI BINTI ALIAS

61

4.2 Kajian Kes

Seterusnya bagi mendapatkan maklumat bertujuan mencapai objektif untuk

kajian ini, analisa ke atas lima kajian kes di buat berdasarkan penglibatan projek

yang mana melibatkan kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan di

laksanakan. Lima kajian kes yang dilaksanakan bagi memperolehi maklumat adalah

seperti jadual 4.1;

Page 78: NORHAYATI BINTI ALIAS

62

Jadual 4.1 Responde yang Dipilih

KAJIAN

KES TAJUK PROJEK NAMA KONTRAKTOR NAMA PERUNDING

JUMLAH HARGA

KONTRAK

TEMPOH

KONTRAK

1 Perumahan PRIMA, Mukim

Rantau, Seremban, Negeri

Sembilan

Maple87 Builder Pte Ltd (From

Singapore)

Kristal Padu Konsult RM 220,000,000 24 Bulan

2 Projek Pembentungan Langat II

(Pakej SCS Zone 7) - Jacking

Work

ICOP (M) Construction Sdn Bhd

(From Italy)

Jurukur Bahan Central RM 200,000,000 24 Bulan

3 St.Regis Hotel Kuala Lumpur Daewoo Engineering JUBM RM 577,000,000 48 Bulan

4 Star Resident Kuala Lumpur Samsung C&T (KL) Sdn Bhd KLT QS Consult RM 650,000,000 48 Bulan

5 Pembangunan bercampur,

Podium, Servis Suite, Melaka

CCC Constrction (From China) Landon & Seah RM818,000,000 52 Bulan

Page 79: NORHAYATI BINTI ALIAS

63

4.3 Jenis – Jenis Masalah Komunikasi Antara Kontraktor Antrabangsa dan Perunding Tempatan

Jadual 4.2 Jenis – Jenis Masalah

Jenis Masalah

Komunikasi

pihak perunding

Kata Kunci Huraian Kajian Kes

Kekerapan P1 P2 P3 P4 P5

Perolehan Gagal memahami konsep 5

Bahasa Penggunaan bahasa yang berbeza 4

ketidak puas hati Terlalu banyak komplen

3

Pekerja Petukaran pekerja bahagian pengurusan 4

Pengurusan Tapak kegagalan pihak kontraktor mengawal pengurusan tapak

2

Pelarasan dokumen Peringkat Tender dan pembinaan daripada kumpulan yang

berbeza 4

Jenis Masalah

Komunikasi

pihak kontraktor

antarabangsa

Kata Kunci Huraian Kajian Kes

Kekerapan P1 P2 P3 P4 P5

Pelarasan dokumen Perubahan lukisan atau dokumen 5

Salah faham /

Tafsir

Arahan pihak perunding tidak jelas 5

Bahasa Penggunaan bahasa yang berbeza 4

Tuntutan variasi Melambatkan kelulusan 3

Page 80: NORHAYATI BINTI ALIAS

64

4.4 Masalah Antara Kontraktor Antarabangsa Dengan Perunding

Tempatan

Masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dengan perunding

tempatan adalah perkara yang sering berlaku dalam indusri pembinaan. Dalam

mencapai kedua – dua objektif kajian, responden yang di temu bual diajukan soalan

berkenaan pengetahuan mengenai masalah komunikasi antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan dan kesan keatasnya secara literal. Ini

adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti masalah komunikasi yang

timbul antara kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan dan kesan

daripada masalah tersebut.

Daripada temubual yang di jalankan, terdapat beberapa jenis masalah

komunikasi antara kontraktor antarabangasa dan perunding tempatan dikenal pasti.

Penerangan mengenainya di terangkan lebih mendalam pada sub-topik seterusnya.

4.4.1 Penyelarasan Dokumen Dan Lukisan Pembinaan Antara Kontraktor

Antarabangsa Dengan Perunding Tempatan

Berdasarkan maklumat responden yang terdiri daripada dua kontraktor

antarabangsa dan tiga daripada perunding tempatan, mereka menyatakan

penyelarasan dokumen dan lukisan adalah penyebab utama menjadi masalah

komunikasi dalam melaksanakan kerja. Kontraktor antarabangsa pada awal peringkat

tender menjalankan kerja menender di negara mereka, apabila tender berjaya

diperolehi orang yang terlibat pada peringkat tender tidak menjalankan kerja- kerja

pasca kontrak. Mereka akan menubuhkan kumpulan yang baru untuk membuat kerja

– kerja pembinaan. Oleh itu, pemahaman dan pemindahan maklumat terjadi dari segi

dokumen dan lukisan yang berkaitan. Ini menyukarkan pihak perunding tempatan

untuk menyampaikan maklumat

Page 81: NORHAYATI BINTI ALIAS

65

4.4.2 Kontraktor Antarabangsa Gagal Mematuhi Arahan Perunding

Tempatan

Seterunya, apa yang boleh di perkatakan di sini kontraktor antarabangsa gagal

mematuhi arahan perunding. Ketiga-tiga responden yang terdiri daripada pihak

perunding tempatan menyatakan perkara yang sama yang mana kegagalan mematuhi

arahan perunding antara punca berlaku masalah komunikasi. Bagi pihak perunding

kegagalan ini bukan sahaja berlaku bagi kontraktor antarabangsa malahan berlaku

juga kepada kontraktor tempatan. Sekiranya arahan perunding tidak di patuhi

bagaimana projek pembinaan boleh berjalan lancar sedangkan pihak perunding

adalah kumpulan yang penting bagi kejayaan sesuatu projek. Pihak kontraktor

antrabangsa juga mempersetujui apabila di ajukan soalan yang sama bagi

mendapatkan kebenarannya.

4.4.3 Perbezaan Budaya Dan Bahasa

Kesemua responden memberikan maklumat yang sama, bagi responden

perbezaaan budaya dan bahasa antara faktor yang menyumbang kepada masalah

komunikasi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalakan ke atas lima kajian kes terdiri

daripada empat kontraktor antarabangsa yang berbeza negara, yang mana setiapnya

mempunyai budaya dan bahasa sendiri. Walaupun bahasa inggeris digunakan

sepenuhnya untuk dokumentasi, adakalanya pemahaman dan penerimaan berbeza

bagi mereka.

Page 82: NORHAYATI BINTI ALIAS

66

4.4.4 Maklumat Yang Tidak Tepat Dan Menyimpang

Satu lagi antara masalah komunikasi yang di perolehi oleh responden adalah

mengenai maklumat yang di terima sama ada daripada pihak perunding tempatan

kepada kontraktor antarabangsa atau sebaliknya tidak tepat dan menyimpang.

Keenam enam responden menyatakan perkara yang sama di mana sering kali berlaku

keadaan ini kerana pemahaman atau penerimaan setiap individu adalah berbeza.

Contohnya sekiranya suatu projek tersesbut mengambil masa lebih tiga tahun,

kebarangkalian penukaran pekerja terutama pihak kontraktor antarabangsa berisiko

menukar pekerja mereka kerana ingin pulang ke pada keluarga. Maka dengan ini

terjadi dan berlaku transisi maklumat dari seorang ke seorang yang lain. Apabila

sentiasa berlaku pembindahan maklumat, peluang lebih tinggi akan terjadi maklumat

tersebut kurang tepat dan menyimpang.

4.4.5 Rumusan

Daripada maklumat yang diperolehi dari kesemua responden dirumuskan

bahawa, masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dan perunding tempatan

telah di bincangkan. Responden berpendapat antara masalah yang telah kenalpasti

akan memberi kesan kepada kedua belah pihak dan seturusnya kepada kelancaran

projek. Sub- topik seteusnya akan menerangkan kesan kepada jenis-jenis masalah

yang telah di bincangkan sebelum ini.

Page 83: NORHAYATI BINTI ALIAS

67

4.5 Kaedah Komunikasi Yang Digunakan

Secara umumnya, kesemua responden menerangkan antara kaedah

komunikasi yang di gunakan bagi setiap projek yang di jalankan. Bagi mereka

pemilihan kaedah komunikasi yang betul akan membantu kelancaran sesebuah

projek. Walaupun terdapat dua responden yang tidak menyatakan kaedah komunkasi

yang digunakan, tetapi setelah diterangkan, kedua-dua responden turut menyatakan

bahawa kaedah komunikasi yang betul memudahkan dalam perlaksaan projek.

Menurusi temubual yang dijalankan, terdapat beberapa kaedah yang

digunakan oleh responden bagi memastikan kelancaran sebuah projek. Antara

kaedah yang sering digunakan oleh responden adalah “Top-Down Communication”.

Setiap responden memberi pendapat yang sama yang mana bagi mereka kaedah jenis

ini mudah untuk digunakana setiap orang. “Top down communication” adalah arahan

dari pihak atasan kepada pekerja bawahan. Sekiranya, pihak atasan perlukan maklum

balas pekerja bawahan perlu menyalurkan maklumat tersebut.

Selain itu daripada temubual yang dijalankan terdapat tiga kategori yang

boleh di senaraikan. Kategori – kategori tersebut ialah pertama kategori operasi

dalaman, kategori menegak dan kategori mendatar. Kategori operasi dalaman

antaranya adalah pengurus dengan majikan memberi arahan kepada pekerja,

menjelaskan arahan kepada pekerja, mendapat maklumbalas perkembangan kerja,

menjelaskan misi dan visi syarikat. Keduanya iaitu pekerja dengan pengurus,

mengemukan candangan, memberi maklumat mengenai perkembangn atau laporan

kerja dan yang ketiga antara pekerja dengan pekerja seperti perkongsian maklumat

berkaitan dengan kerja, menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

Kategori kedua ialah kategori Menegak. Dalam kategori ini juga boleh

dibahagaikan kepada dua (2), iaitu menegak dari bawah ke atas dan menegak dari

Page 84: NORHAYATI BINTI ALIAS

68

atas ke bawah. Komunikasi ini melibatkan semua pihak tanpa mengira peringkat dan

jawatan.

Komunikasi menegak dari bawah ke atas adalah pengaliran maklumat dari

satu peringkat bawahan kepada satu atau lebih peringkat yang lebih tinggi dalam

sesebuah organisasi, seperti komunikasi di antara kerani kepada ketua unit, pegawai

tadbir kepada ketua jabatan sumber manusia, buruh kepada penyelia dan sebagainya.

Kebiasannya ia melibatkan kegunaan membuat laporan, menyelesaikan masalah,

menyampaikan maklumat, meluahkan masalah, memberi pandangan, member

komen, membuat rungutan, memberi idea serta cadangan.

Pada hakikat sebenarnya komunikasi ini mempunyai beberapa masalah di

mana maklumat-maklumat yang diberi akan melalui beberapa peringkat malahan ada

yang ditapis terlebih dahulu sebelum maklumat tersebut sampai kepada penerima

yang dituju, menimbulkan perasaan kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja

bawahan dan wujudnya persaingan maklumat.

Walaupun mempunyai beberapa masalah yang tertentu namun komunikasi ini

tetap memberi manafaat di mana pekerja merasakan bahawa mereka dihargai kerana

diberi peluang, memberi peluang kepada pekerja menyatakan pandangan dan

pendapat mereka yang secara tidak langsung ianya juga dapat membantu syarikat di

dalam mengetahui tentang kelemahan-kelemahan serta kekuatan yang ada di dalam

syarikat tersebut.

Kategori yang ketiga adalah komunikasi menegak dari atas ke bawah pula

adalah komunikasi atau pengaliran maklumat peringkat atasan ke satu atau lebih

peringkat yang lebih rendah dalam sesebuah organisasi. Contohnya seperti di antara

pengarah urusan kepada pegawai tadbir , pegawai tadbir kepada kerani dan

sebagainya dan kegunaannya melibatkan memberi arahan, informasi penting

Page 85: NORHAYATI BINTI ALIAS

69

,mendeligasikan visi, misi dan objektif, menilai pekerja, menerangkan polisi dan

sebagainya.

Dalam hal ini, proses komunikasi menegak boleh bermula daripada pihak

atasan kepada warga kerja bawahan atau daripada warga kerja bawahan kepada

pegawai atasan dan komunikasi ini merupakan dimensi saluran formal yang boleh

terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala.

Oleh sebab kajian ini mengkhususkan kepada mengenal pasti masalah

komunikasi yang timbul antara kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan

dan kesan kepada masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor luar dengan

pasukan perunding tempatan, maka responden-responden adalah lebih cenderung

untuk memberikan maklumat berkenaan masalah dan kesan komunikasi tersebut.

4.6 Kesan Daripada Masalah yang Timbul Antara Kontraktor

Antarabangsa Dengan Perunding Tempatan

4.6.1 Hubungan Dengan Kumpulan Projek Terganggu

Antara kesan daripada masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa

dan perunding tempatan adalah hubungan antara mereka akan terganggu. Sekiranya

tidak diambil tindakan dengan segeraini akan memberi pengaruh yang besar bukan

sahaja di peringkat atasan malahan akan membabitkan kesemua pekerja dalam projek

tersebut.

Page 86: NORHAYATI BINTI ALIAS

70

4.6.2 Keputusan Pihak Perunding Lewat

Dalam projek pembinaan melibatkan pelbagai pihak. Dari pihak kontraktor

antarabangsa sendiri mempunyai pelbagai lapisan. Memandangkan apabila projek

pembinaan yang melibatkan kontraktor antarabangsa kebiasaanya jumlah kontrak

adalah besar dan bagi memastikan setiap bahagian memerlukan kepakaran ini akan

melibatkan pelbagai pihak perunding. Setiap bahagian mempunyai kepakaran masing

– masing. Dengan penglibatan yang ramainya dan pelbagai lapisan maka berlaku dan

terjadinya kelewatan keputusan oleh pihak perunding.

4.6.3 Kelewatan Kemajuan Tapak atau Projek

Seterusnya dari kesan yang di terangkan sebelum ini kelewatan kemajuan

tapak juga memberi impak kepada masalah komunikasi dibincangkan sebelum ini.

Semua responden memberikan pandangan yang sama mengenainya. Ini bermaksud,

sekiranya masalah komunikasi ini tidak di hiraukan maka kelewatan kemajuan tapak

akan berlaku sekaligus menjejaskan reputasi samaada pihak kontraktor antrabangsa

mahupun pihak perunding tempatan yang terlibat bagi projek tersebut

4.6.4 Pembaziran Bahan Dan Waktu Bekerja

Dari temubual yang dijalankan, responden tidak terlepas menyatakan, apabila

berlaku masalah komunikasi, maka banyak kesan kepada projek tersebut.

Pembaziran bahan dan waktu operasi bekerja menyumbang kepada salah satu kesan.

Apa yang di maksudkan oleh respondenadalah projek pembinaan pada peringkat

Page 87: NORHAYATI BINTI ALIAS

71

awal akan menyediakan pelbagai bahan untuk pembinaan dan tenaga pekerja.

Apabila berlaku permasalahan dari segi komunikasi maka bahan yang telah di beli

akan berlaku pembaziran dan tenaga pekerja yang telah dibawa masuk tidak ada

kerja yang perlu dilakukan.

4.6.5 Gangguan Kepada Produktiviti

Berdasarkan daripada temubual bersama responden, gangguan kepada

produktiviti merupakan kesan kepada masalah komunikasi. Sekiranya masalah

komunikasi antara kontraktor antrabangsa dengan perunding tempatan berlanjutan

dan tidak ditangani dengan segera ini bukan sahaja melewatkan projek malah

memberi gangguan kepada produktiviti yang sedang di jalankan.

4.7 Rumusan

Objektif-objektif kajian adalah untuk mengenalpasti masalah komunikasi

antaran kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan dan mengenal pasti

kesan daripada masalah komunikasi yang timbul antara kontraktor luar dengan

pasukan perunding tempatan.

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kesemua responden adalah

mirip antara satu lain membolehkan penemuan yang diperoleh diperumumkan

mewakili senerio masalah komunikasi yang berlaku antara kontraktor antarabangsa

dengan perunding tempatan. Perbezaan pendapat antara responden-responden

berlaku kepada huraian ke atas setiap maklumat yang dinyatakan yang digunapakai

Page 88: NORHAYATI BINTI ALIAS

72

untuk menjelaskan lagi penemuan yang diperoleh serta mewujudkan isu yang boleh

dibincangkan.

Untuk mencapai objektif pertama, memang terdapat masalah komunikasi

antaran kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan di Malaysia. Terdapat

empat jenis masalah komunikasi yang di kenal pasti.

Manakala untuk objektif kedua kajian, majoriti responden mengatakan

apabila berlaku permasalahan, maka terjadi kesan keatas masalah tersebut. Beberapa

kesan telah diterangkan pada sub-topik sebelum ini antaranya hubungan dengan

kumpulan projek terganggu, keputusan pihak perunding lewat, kelewatan kemajuan

tapak atua projek, pembaziran bahan dn waktu bekerja dan yang terakhir gangguan

kepada produktiviti. Jadual 4.4 menunjukkan rumusan bagi objektif yang di capai.

Page 89: NORHAYATI BINTI ALIAS

BAB 5

RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini meliputi rumusan ke atas keseluruhan kandungan kajian, kekangan

yang dihadapi dalam melaksanakan kajian mengenai masalah komunikasi antara

kontraktor antrabangsa dan perunding tempatan.

5.2 Rumusan Kajian

Semenjak kebelakangan ini, industri pembinaan di Malaysia kini berkembang

baik dan sangat memberangsangkan. Penglibatan kontraktor antarabangsa yang

menjalakan aktiviti pembinaan di Malaysia adalah tidak asing lagi. Pemilihan mereka

adalah berdasarkan kriteria -kriteria yang telah di tetapkan oleh pihak yang

mengeluarkan tender. Kehadiran mereka kerana mempunyai kepakaran dalam bidang

masing – masing.

Page 90: NORHAYATI BINTI ALIAS

74

Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan

dengan jelas bahawa, masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dengan

perunding tempatan menunjukkan adanya masalah tersebut dan memberi kesan

keatasnya. Namun begitu, tiada kajian akademik sedia ada yang memfokuskan ke

atas masalah komunikasi antarabangsa dengan perunding tempatan

Oleh itu, kajian ini mengkhususkan kepada kesan masalah komunikasi antara

kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan. Data kajian diperolehi

menerusi temubual bersama wakil – wakil daripada setiap kajian kes yang dijalankan

secara temubual terbuka dan separa terbuka. Perolehan data dianalisa secara analisa

kandungan di mana hasil temubual bersama kesemua responden dikategorikan

kepada beberapa jenis berdasarkan ke atas kedua-dua objektif kajian yang ditetapkan.

5.3 Pencapaian Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini berjaya mencapai matlamat untuk mengkaji

masalah komuniksi antara kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan.

Matlamat ini dapat dicapai menerusi objektif-objektif yang ditetapkan iaitu:

i) Mengenalpastimasalah komunikasi yang timbul antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan; dan

ii) Mengenalpastimasalah komunikasi yang timbul antara kontraktor

antarabangsa dengan perunding tempatan.

Page 91: NORHAYATI BINTI ALIAS

75

5.3.1 Pencapaian Objektif Pertama

Masalah komunikasi antara kontraktor antrabangsa dengan perunding

tempatan yang diperoleh menerusi temubual dan analisi secara kualitatif

mengandungi beberapa kata kunci seperti penyelarasan dokumen dan lukisan, gagal

mematuhi arahan perunding tempatan, perbezaan budaya dan bahasa dan maklumat

yang tidak tepat dan menyimpang.

Daripada temubual yang diperolehi, ternyata memang tidak dinafikan

terdapat masalah komunikasi antara kontraktor antrabangsa dengan perunding

tempatan. Kesemua jenis masalah ini yang telah di nyatakan pernah berlaku, sedang

berlaku dan akan berterusan berlaku sekiranya tidak diambil tindakan atau di kaji

dari peringkat awal.

5.3.2 Pencapaian Objektif Kedua

Objektif kedua kajian adalah untuk mengenalpasti kesan daripada masalah

komunikasi yang timbul antara kontraktor luar dengan pasukan perunding tempatan.

Sememangnya tidak boleh dielakkan sekiranya berlaku masalah komunikasi diantara

kedua- dua belah pihak akan memberi kesan kepada pihak yang terlibat samada

secara langsung atau tidak dan juga memberi impak yang amat besar kepada projek

berkenaan.

Antara kesan - kesan yang telah dinyatakan pada sub topik sebelum ini adalah

hubungan dengan kumpulan projek terganggu, keputusan pihak perunding lewat,

kelewatan kemajuan tapak atau projek, pembaziran bahan dan waktu bekerja dan

kesan terakhir ialah gangguan kepada produktiviti. Kesemua kesan – kesan yang

Page 92: NORHAYATI BINTI ALIAS

76

dapat disenaraikan ternyata sememangnya memberi akan imej yang tidak baik sama

ada kontraktor antrabangsa sendiri mahupun pihak perunding tempatan.

5.4 Kekangan Kajian

Sepanjang melaksanakan kajian, terdapat beberapa perkara yang menghadkan

kajian seperti:

i) Tidak ramai responden yang sudi mengambil bahagian dalam

temubual disebabkan oleh ramai yang berpendapat masalah

komunikasi antara kontraktor antrabangsa dengan perunding

tempatan adalah agak sensitif untuk di bincangkan. Terdapat juga

responden yang dihubungi tidak sudi ditemubual atas alasan tiada

masa untuk ditemubual.

ii) Sukar mendapat kerjasama dari pihak kontraktor antarabangsa,

mereka memberi pendapat apa sahaja yang berkaitan dengan projek

adalah sulit. Walau bagaimanapun, keenam – enam responden

memberi input yang menghampiri antara satu sama lain.

5.5 Cadangan

Merujuk kepada jenis-jenis serta kesan – kesan yang menyumbang kepada

masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa dengan perunding tempatan,

terdapat beberapa isu yang boleh di kembangkan untuk kajian selanjutnya. Ini

Page 93: NORHAYATI BINTI ALIAS

77

bertujuan untuk memperbaiki masalah komunikasi antara kontraktor antarabangsa

dengan perunding tempatan di samping memperbaiki perhubungan antara kedua –

dua belah pihak.

Cadangan kajian akan datang yang boleh dilakukan adalah:

i) Kaedah komunikasi yang lebih efektif berdasarkan jenis – jenis

masalah yang disebutkan oleh para responden;

ii) Kajian berkenaan kepentingan komunikasi yang baik antara

kontraktor antrabangsa dengan perunding tempatan.

Page 94: NORHAYATI BINTI ALIAS

RUJUKAN

Abdul Hakim Mohammed (1990). Perancangan Projek Binaan. Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Anon (2009). Collaborative Communication Processes and Decision Making in

Organization. Business Science Referance.

Anthony Walker (1989).Project Management In Construction Willey Blackwell.

Ashworth (1985). Construction Procedure In Construction Industry (1st ed) .

Pearson Education Limited.

Aslila Bt. Abd Kadir (2004). Risiko dan Pengurusannya Dalam Pembinaan

Perspektif Kontraktor. Universiti Teknologi Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Fatma Wardy Lubis (2008) Peranan Komunikasi Dalam organisasi. Universiti

Sumatera Utara.

Joseph A. De Vito (1976). Essentials of Human Communication. Business Science

Referance.

Page 95: NORHAYATI BINTI ALIAS

79

Rozana Zakaria. (2001). Masalah Komunikasi dalam Pengurusan Projek

Pembinaan. Universiti Teknologi Malaysia. Pt Grasindo

Sunarto (2006). Teknologi Informasi Dan Komunikasi.

Page 96: NORHAYATI BINTI ALIAS

JABATAN UKUR BAHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEMU BUAL

Tajuk Kajian : MENGENALPASTI MASALAH KOMUNIKASI YANG

TIMBUL ANTARA KONTRAKTOR ANTARABANGSA

DENGAN PERUNDING

Objektif : i) Mengenal pasti masalah komunikasi yang timbul

antara kontraktor antarabangsa dengan perunding

: ii) Mengenalpasti kesan daripada masalah komunikasi

yang timbul antara kontraktor antarabangsa dengan pasukan

perunding tempatan

Penyelidik : Norharyati Binti Alias

No. K/P : 830824-05-5112

Kursus : Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Penyelia : Dr Nurshikin Binti Mohamad Shukery

Page 97: NORHAYATI BINTI ALIAS

1

1. Maklumat Responden / Kajian Kes

- Nama Syarikat :

- Nama Responden :

- Jawatan :

- Tahun pengalaman responden :

- Tahun penubuhan syarikat :

- Jenis Syarikat (Kontraktor, Pemaju, Konsultan) :

- No. Telefon :

2. Boleh tuan ceritakan sudah berapa banyak projek – projek tuan yang

dilaksanakan melibatkan kontraktor antarabangsa?

3. Berapakah jumlah kos dan tempoh penyiapan projek – projek tersebut (minta

responden terangkan satu projek jika lebih daripada dua projek)

4. Adakah projek-projek tersebut pernah mengalami kelewatan dalam tempoh

penyiapannya? Berapa lama lewat? Berapa anggaran kos yang meningkat atas

sebab - sebab kelewatan tersebut? (minta responden terangkan satu projek

jika lebih daripada dua projek)

5. Apakah kaedah komunikasi yang digunakan oleh pihak tuan?

6. Adakah tuan pernah menghadapi masalah komunikasi dengan pihak

perunding tempatan?

7. Boleh tuan senaraikan antara masalah komunikasi dengan perunding

tempatan yang pernah berlaku / sedang berlaku?

8. Apakah faktor- faktor yang menyebabkan masalah komunikasi berlaku?

(minta responden terangkan satu projek jika lebih daripada dua projek)

9. Bagaimanakah anda / syarikat / projek mengenalpasti masalah komunikasi

sedang berlaku dengan pihak perunding tempatan?

Page 98: NORHAYATI BINTI ALIAS

2

10. Apakah harapan kepada pelaksanaan subsidi silang untuk masa akan datang?

11. Boleh tuan senaraikan kesan daripada masalah komunikasi yang timbul

antara kontraktor antarabangsa dengan pasukan pasukan perunding tempatan?

(jika boleh, dari soalan masalah-masalah tadi, nyatakan setiap kesan –

kesannya bagi setiap masalah tersebut. Contohnya jika masalah A, apa kesan-

kesannya, jika masalah B: apa kesan-kesannya… etc. Kecuali semua masalah

tersebut memberi kesan yang sama)

12. Siapakah lain – lain pihak yang akan terkesan dengan masalah komunikasi

ini? Apakah kesan – kesan yang mereka hadapi?

13. Apakah strategi atau langkah – langkah yang di ambil oleh pihak tuan untuk

mengatasi masalah ini?

14. Selain itu, apakah langkah – langkah awal yang tuan ambil bagi mencengah

perkara ini dari berlaku pada masa akan datang?

Sebagai kesimpulan apakah pendapat tuan tentang perlaksaan projek – projek yang

melibatkan kontaktor – kontraktor antarabangsa ini dengan perunding tempatan?