rancangan mengajar berpusatkan pelajar

10
RANCANGAN MENGAJAR Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas Kelantan Subjek: Lukisan Kejuruteraan Tarikh : 15 April 2013 Tingkatan: 4 Cekal Masa : 60 minit Kehadiran: 45/45 orang Topik: Lukisan Hamparan Hasil Pembelajaran : Di akhir topik ini, pelajar diharap dapat menerangkan definisi, aplikasi dan kaedah membina bentuk bongkah di dalam lukisan hamparan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat: i. Menghuraikan definisi mengenai lukisan hamparan serta dapat mengetahui serba sedikit gambaran berdasarkan topik yang akan di ajar. ii. Menentukan panjang sebenar satah dan garisan dengan menggunakan kaedah yang betul. iii. Menyenaraikan kaedah-kaedah hamparan dengan tepat. iv. Melukis hamparan bagi bongkah geometri dengan menggunakan kaedah yang betul. Pengetahuan Sedia Ada i. Pelajar telah mempelajari mengenai pengenalan terhadap lukisan kejuruteraan seperti unjuran ortografik, lukisan isometri dan pandangan tambahan. ii. Pelajar telah mengetahui teknik membina hamparan dan mempunyai pengalaman dalam lukisan hamparan ini. Strategi aktiviti : Berpusatkan pelajar i. Guru memberi penerangan kepada pelajar. ii. Pelajar mencatat nota-nota penting. 1

Upload: salma-ismail

Post on 27-Jun-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

RANCANGAN MENGAJAR

Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas KelantanSubjek: Lukisan Kejuruteraan Tarikh : 15 April 2013 Tingkatan: 4 CekalMasa : 60 minitKehadiran: 45/45 orangTopik: Lukisan Hamparan

Hasil Pembelajaran :Di akhir topik ini, pelajar diharap dapat menerangkan definisi, aplikasi dan kaedah membina bentuk bongkah di dalam lukisan hamparan.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat:

i. Menghuraikan definisi mengenai lukisan hamparan serta dapat mengetahui serba sedikit gambaran berdasarkan topik yang akan di ajar.

ii. Menentukan panjang sebenar satah dan garisan dengan menggunakan kaedah yang betul.

iii. Menyenaraikan kaedah-kaedah hamparan dengan tepat.iv. Melukis hamparan bagi bongkah geometri dengan menggunakan kaedah yang betul.

Pengetahuan Sedia Adai. Pelajar telah mempelajari mengenai pengenalan terhadap lukisan kejuruteraan

seperti unjuran ortografik, lukisan isometri dan pandangan tambahan.ii. Pelajar telah mengetahui teknik membina hamparan dan mempunyai pengalaman

dalam lukisan hamparan ini.

Strategi aktiviti : Berpusatkan pelajar

i. Guru memberi penerangan kepada pelajar.ii. Pelajar mencatat nota-nota penting.

iii. Kaedah penyoalan digunakan untuk menguji kefahaman pelajar.

Penerapan Nilai: Sabar, bekerjasama, kasih sayang, kekemasan kerja , bertanggunjawab, Keberanian, jujur, patuh pada arahan dan keyakinan.

Alai/Bahan Bantu Mengajar (ABM/BBM)

i. Projektorii. Skrin

iii. Set lukisan kejuruteraaniv. Buku rujukan

v. Persembahan Power Pointvi. Lembaran Kerja

vii. Klip videoviii. Gambar Rajah

1

Page 2: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

Langkah Pembelajaran

Langkah/

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sumber/Nilai

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set Induksi(5 minit)

(9.00-9.05)

Pada permulaan kelas, guru menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran..

Pengenalan serba sedikit mengenai lukisan hamparan.

Memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Guru memberi salam kepada pelajar.

Guru memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video.

Guru merangsang minda pelajar untuk meneka tajuk pelajaran.

Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah mengenai lukisan hamparan dimana pelajar perlu melakarkannya.

Oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah lukisan hamparan yang merupakan unit 8 dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 5.

Pelajar menjawab salam guru.

Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan.

Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi.

Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan mendengar penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran.

Strategi :Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan

Kaedah :Mendengar dan Soal jawab

BBM :Gambar lukisan-lukisan hamparan, paparan slaid powerpoint dan klip video

Nilai :Menghormati guru, patuh pada arahan, teliti dan berkeyakinan.

KBKK :Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran.

Langkah 1(10 minit)

(9:05-9:15)

Penerangan secara keseluruhan kepada pengenalan mengenai lukisan hamparan

Guru memulakan tajuk pengajaran dengan menyoal dan menjelaskan mengenai kandungan yang terdapat di dalam pengajaran pada hari ini iaitu lukisan hamparan.

Guru menyatakan

Pelajar mula memberikan perhatian kepada penyoalan guru dan akan menjawab sebaik yang mungkin.

Pelajar mendengar dengan penuh teliti bagi setiap penerangan guru

Strategi:Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan

Kaedah:Penerangan dan soal jawab

BBM:Peralatan lukisan

2

Page 3: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

contoh-contoh untuk menambahkan tahap kefahaman pelajar seperti binaan piramid dibentangkan di atas meja dan pelajar dapat mengetahui hasilnya.

Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang faham dengan penerangan guru tadi.

dan fokus kepada paparan slaid yang dipaparkan oleh guru.

Pelajar mula menunjukkan respon kepada guru dengan kemukakan contoh-contoh yang ada di fikiran mereka.

Pelajar begitu tertarik dengan paparan slaid tersebut sehinggakan mereka kelihatan memberi sepenuh perhatian.

Pelajar boleh bertanya sekiranya kurang faham dengan penerangan guru.

kejuruteraan, LCD projektor dan slaid powerpoint.

Nilai:Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan.

KBKK: Pelajar dapat

menjana minda dengan idea-idea dan pengetahuan baru dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada.

Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru

Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman.

Pelajar dapat berfikir dan membentuk kefahaman.

3

Page 4: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

Langkah 2 (20 minit)

(9:15-9:35)

Gerak kerja Penghasilan

bentuk dalam lukisan hamparan

Agihan kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8 Kumpulan 9

Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.

Guru memberikan bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan bentuk hamparan yang dikehendaki oleh soalan.

Guru memantau setiap aktiviti pelajar.

Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki melakukan aktiviti pembentangan hasil kerja.

Pelajar merekabentuk lukisan hamparan mengikut kehendak soalan dimana akan dibentangkan dan mengikut cara kreativiti kumpulan masing-masing.

Pelajar-pelajar menentukan sendiri bentuk hamparan dengan betul mengikut perbincangan mereka.

Pelajar-pelajar dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas.

Setiap jawapan yang diperolehi tadi ditulis dalam kertas yang disediakan dimana mengandungi elemen grafik.

Strategi:Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah:Perbincangan secara berkumpulan

BBM:Peralatan lukisan kejuruteraan.

Nilai:Patuh pada arahan, berkenyakinan, kerjasama, menghormati guru.

KBKK:Menguji kefahaman pelajar dalam aktiviti berkumpulan dan kreativiti pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan.

Langkah 3 (15 minit)

(9:35-9:50)

Aktiviti pengukuhan

Uji minda

Selesai sahaja perbentangan dan menjawab persoalan pelajar, guru terus kepada soalan kuiz bagi menguji tahap pemahaman pelajar.

Pada paparan slaid seterusnya, guru memaparkan kuiz uji minda dengan mempamerkan sebuah kotak berbentuk silinder dan apa hasilnya.

Guru bertanya pelajar sama ada mereka mengetahui atau

Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti.

Pelajar begitu bersemangat untuk memulakan soalan kuiz ini.

Pelajar mula bersuara apabila melihat paparan permulaan slaid uji minda ini dengan mempamerkan sebuah kotak silinder.

Pelajar menyatakan bahawa mereka mengetahui kaedah apa yang digunakan dalam

Strategi:Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah:Soal jawab dalam kumpulan.

BBM:LCD projektor dan slaid power point

Nilai:Patuh pada arahan, teliti, bekerjasama, bertanggungjawab, jujur dan yakin pada diri sendiri.

KBKK:Pelajar dapat lebih

4

Page 5: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

tidak kaedah yang digunakan dalam hamparan silinder tersebut.

Maknanya terdapat salah satu kaedah yang digunakan dalam pembukaan sesuatu bongkah dan mesti dijawab oleh pelajar.

Soalan yang dikemukakan itu adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam hamparan silinder dan ada perkaitan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.

Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui maklumat berkaitan dengan kaedah penggunaannya dan juga untuk memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang tajuk pengajaran.

hamparan silinder. Pelajar mulakan

soalan kuiz dengan memahami klu yang diberikan oleh guru.

Pelajar membaca semula soalan yang dipaparkan dan cuba menjawab soalan tersebut.

Pelajar menjawab dengan teliti dan berkeyakinan sekali memilih jawapan.

memahami dengan adanya soalan-soalan pengukuhan dan dapat menguji kekuatan minda pelajar.

Penutup (10 minit)

(9:50-10:00)

Sesi perumusan isi pelajaran /Kesimpulan Kaedah-

kaedah hamparan.

Hamparan bagi bongkah geometri dengan menggunakan kaedah-kaedah hamparan.

Guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid.

Pelajar disoalsecara rawak tentang 3 kaedah yang digunakan di dalam lukisan hamparan.

Pelajar juga disoal hamparan bongkah apakah yang

Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru.

Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus fokus.

Pelajar memberi

Strategi:Berpusatkan  guru dan pelajar.

Kaedah:Perbincangan, refleksi, kuiz dan penyoalan.

Nilai:Patuh pada arahan, jujur, berani, berkenyakinan dan menghormati guru.

KBKK:Menguji kefahaman

5

Page 6: Rancangan mengajar berpusatkan pelajar

digunakan bagi ketiga-tiga kaedah tersebut.

Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.

Guru memberikan nota ringkas dan soalan latihan serta meminta pelajar membuat ulangkaji di rumah.

Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar.

respon atau bertindak balas kepada penerangan guru.

Pelajar menjawab salam guru.

dan dapat membuat refleksi.

Refleksi :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------

6