pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · pusat tuisyen didikan genius ....

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 30 5 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 18-Jun-2020

36 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 305

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama.

2. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

3. Terdapat juga kata sendi nama yang tergolong dalam jenis kata lain. Contoh: akan

(kata bantu), dalam (kata arah dan kata adjektif), sampai (kata kerja), antara (kata

arah).

Kata sendi

nama

Penggunaan

di Menunjukkan tempat (…di sekolah)

ke Menunjukkan tempat atau arah dituju… (…ke Indonesia)

Menunjukkan masa atau waktu (…dari petang ke malam)

dari Menunjukkan tempat atau arah (…dari arah barat)

Menunjukkan waktu atau masa (…dari zaman lampau)

daripada Menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan

unsur mujarad/abstrak (…cadangan daripada Perdana

Menteri)

Menunjukkan sumber/asal kejadian (…dibuat daripada

emas)

Menunjukkan perbandingan (…lebih banyak daripada…)

kepada Menunjukkan sasaran/tujuan (…kepada kucing)

Menunjukkan bahagian/pecahan sesuatu (…kepada dua

kumpulan)

Menunjukkan perubahan keadaan (…kepada paras

bahaya)

pada Menunjukkan objek yang ditujui oleh sesuatu perbuatan

(…tersangkut pada dahan pokok)

Menunjukkan orang yang terdapatnya sesuatu (…ada

pada saya)

Menunjukkan keterangan waktu (…bermula pada tengah

malam)

untuk Menunjukkan kegunaan sesuatu (…alat untuk menukul)

Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (…pelamin itu

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

untuk pengantin)

bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu (…bagi kegunaan

pejabat)

demi Menunjukkan tujuan (…demi negara)

Menunjukkan urutan (…satu demi satu)

Menegaskan sesuatu (…demi Tuhan)

tentang Menunjukkan rujukan (…tentang kejadian itu)

dengan Menunjukkan bersama-sama (…dengan rakan-rakan)

Menunjukkan keterangan cara (…dengan hati terbuka)

Menunjukkan penggunaan sesuatu sebagai alat (…dengan

pisau)

Menunjukkan bandingan setara (…sama dengan warna

seluarnya)

sejak, semenjak Menjadi penanda waktu atau masa (…sejak/semenjak

kematian ayah)

terhadap Menunjukkan rujukan yang tentu (…kasihan terhadap

haiwan)

oleh Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif (…dibeli

olehnya)

Menunjukkan sebab (…kalah oleh kecuaiannya)

akan Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif

yang bersifat emotif (…rindu akan anaknya)

hingga, sampai Menunjukkan had masa atau peringkat (…belajar

hingga/sampai tengah malam)

seperti, bagai,

umpama,

laksana, bak

Menunjukkan perbandingan (...keras seperti / bagai /

umpama / laksana / bak batu)

dalam/ antara Menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang

atau jarak / berunsur abstrak

(…dalam hal ini)

(…antara kedua-dua buah negara)

Latihan:

Soalan 1-3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

1. Mukhsin tidak sekali-kali lupa ____________ pesanan ibu bapanya.

A. pada

B. demi

C. bagi

D. akan

2. Kakak berasa gembira apabila menerima sepucuk surat ___________

rakannya yang berada di luar negara.

A. daripada

B. untuk

C. bagi

D. dari

3. Kedudukan rumah Alias terletak di antara rumah Abu ____________ rumah

Ahmad.

A. dari

B. hingga

C. dengan

D. daripada

Soalan 4-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

4. Hingga ke hari ini, Fazlina masih belum bersua muka dengan ibu

A B C

kandungnya. Tiada kesalahan.

D

5. Puan Siti Hajar memberikan kepada pelajarnya tugasan untuk disiapkan pada

A B C

masa cuti sekolah. Tiada kesalahan.

D

6. Senarai nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam

A B

peperiksaan pertengahan tahun akan ditampal di papan kenyataan. Tiada

C D

Kesalahan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Soalan 7-8

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan

D jika tiada kesalahan.

7. Peserta dalam pertandingan silat itu melompat sambil memusingkan

badannya ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan serangan lawan.

A. ke kiri kanan

B. kiri dan ke kanan

C. ke kiri dan kepada kanan

D. ke kid dan ke kanan

8. Fatin Nabilah jarang-jarang pulang ke kampung setelah berhijrah ke kota.

A. jarang-jarang pulang dari kampung

B. jarang-jarang pulang di kampung

C. jarang-jarang pulang kampung

D. jarang-jarang pulang ke kampung

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Tidak ada sebuah kereta pun yang dapat saya potong kerana semuanya

dipandu dengan laju. II Encik Mazlan membelikan anak tunggalnya tiga potong baju. III Peragawati itu sering dipilih memperagakan pakaian kerana memiliki potong badan yang cantik. IV Semua buluh lemang yang kami potong kami serahkan kepada datuk.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan IV

D. I, III, dan IV

2. I Tempayan yang sudah lama kosong itu telah dipenuhi air hujan. II Oleh sebab hasratku tidak dapat dipenuhi, beliau meminta maaf daripadaku. III Botol yang sedang dipenuhi oleh Balan dengan air itu tidak selamat digunakan kerana kotor dan berkeladak. IV Jawatan kosong yang tersiar di akhbar itu masih belum dipenuhi.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

A. I, II, dan III

B. I, II, dan IV

C. II, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Encik Mahat hanya bersedia untuk menjalani operasi jantung jika yang

melakukannya ialah Doktor Zainal. II Pihak polis dan Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi bersama bagi menangkap pendatang tanpa izin. III Encik Takayuki sedang menerangkan caracara jentera itu operasi kepada semua juruteknik pelatih itu. IV Sehingga kini, tiga buah syarikat percetakan telah menghentikan operasi mereka.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II, dan IV

D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

1. Buku-buku yang tersusun di dalam almari itu tebal-tebal belaka.

A. Buku yang tersusun di almari itu

B. Buku yang tersusun di dalam almari itu

C. Buku-buku yang tersusun di almari itu

D. Buku-buku yang tersusun di dalam almari itu

2. Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah.

A. berisi parut kelapa

B. berinti parut kelapa

C. berintikan parut kelapa

D. berintikan kelapa parut

3. Selain kopi ais, minuman yang kami_paling gemari ialah jus buah-buahan

tropika.

A. kami paling gemar

B. paling kami gemari

C. paling digemari oleh kami

D. saya paling gemari

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Berdasarkan kepada kenyataan pengawas yang bertugas, terbukti bahawa

pelajar itu tidak bersalah.

II Semua jawaban untuk latihan itu saya peroleh dengan merujuk kepada halaman

122. III Lebai Pa menasihati anak-anak muridnya sup aya menjauhi perlakuan yang mencolok mata. IV Pertemuan ahli-ahli Pertubuhan Pengakap sekolah itu diadakan pada setiap hari Sabtu.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. I, III, dan IV

2. I Bagi penggemar sukan pingpong bolehlah bermain di dewan ini pada setiap

hari Selasa dan Jumaat. II Puan Hartina sering menangis apabila teringat akan anak-anaknya yang kini jarang-jarang balik ke kampung. III Beliau menafikan tuduhan sebilangan ahli partinya yang mengatakan yang surat layang itu ditulis atas arahannya. IV Zaharah menghidangi rakan-rakan yang menjadi tetamunya itu makanan yang dimasaknya sendiri.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

3. I Guru yang mengajarkan subjek Bahasa Melayu kepada kami ialah Cikgu

Zain.

II Letaknya pekan Sungai Besar di Selangor adalah di antara pekan Pasir

Panjang dengan Pekan Sabak Bernam.

III Pendekar itu melompat ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan tikaman

yang bertali arus daripada musuhnya.

IV "Jangan sesekali kamu berbohong dalam percakapan kamu," kata bapa kepada

saya.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud

yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Ikram menenangkan lelaki itu dengan mengatakan bahawa anaknya itu

akan selamat dalam pembedahan itu.

A. "Sabarlah, bang. Insya-Allah, Dia akan melindungi anak abang dalam

pembedahan itu," kata Ikram.

B. "Sabarlah, bang. Abang berdoalah supaya anak abang selamat dalam

pembedahan itu," kata Ikram.

C. "Abang bersabarlah apabila anak abang dibedah dengan selamat nanti," kata

Ikram.

D. "Bertenanglah, bang. Anak abang pasti dapat diselamatkan dalam pembedahan

itu," kata Ikram.

2. Pejabat Pertahanan Awam Negara China bersiap sedia untuk

menghadapi sebarang kemungkinan apabila Taufan Utor mula bergerak

ke negara itu.

A. Taufan Utor mungkin bergerak ke Negara China semasa pihak Pejabat

Pertahanan Awam negara itu mula bersiap sedia.

B. Taufan Utor yang bersiap sedia untuk bertiup mungkin diarahkan oleh pihak

Pejabat Pertahanan Awam bergerak ke Negara China.

C. Apabila mengetahui Taufan Utor mula bergerak ke negara mereka, pihak

Pejabat Pertahanan Awam negara China bersiap siaga menghadapi sebarang

kemungkinan.

D. Pelbagai kemungkinan akan sedia dihadapi oleh Taufan Utor apabila pihak

Pejabat Pertahanan Awam China mula bergerak ke sana.

3. Sedangkan semasa muda pun wanita itu tidak gemar beriadah apatah

lagi semasa dia sudah tua dan uzur.

A. Baik pada masa muda mahupun pada masa tua ini, wanita uzur itu memang

tidak suka berekreasi.

B. Wanita itu memang tidak suka berekreasi, lebih-lebih lagi setelah tua dan uzur

Mi.

C. Jangankan sewaktu tua dan uzur ini, sewaktu muda dulu pun wanita itu memang

tidak suka berekreasi.

D. Dia memang tidak suka semasa wanita muda berekreasi, lebih-lebih lagi wanita

yang tua dan uzur.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. "Janganlah awak bimbang. Kalau dirinya bertuah, di mana-mana pun anak

kita itu berada, dia akan beroleh kesenangan," kata Pak Dani kepada Mak

Nah.

Peribahasa yang bertepatan dengan nasib yang diperihalkan oleh Pak Dali

dan Mak Nah itu ialah __________.

A. yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

B. yang dulu mendapat, yang kemudian tertinggal

C. yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

D. yang teguh disokong, yang rebah ditindih

2. Malaysia negara yang makmur. Oleh itu, negara ini menjadi tumpuan rakyat

pelbagai negara, seperti Indonesia, India, Pakistan, dan Bangladesh, untuk

mencari rezeki. Keadaan ini menepati peribahasa ___________.

A. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

C. di mana buah masak, di situ burung banyak tampil

D. bumi mana yang tidak kena hujan

“Bagai lebah menghimpun madu:

3. Peribahasa di atas memerihalkan masyarakat yang hidupnya _____________.

A. sangat sibuk

B. sangat miskin

C. sangat malas

D. sangat rajin

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Pemandangan di pantai itu sangat indah nian.

(ii) Semua penduduk-penduduk Kampung Harmoni

berganding bahu untuk menceriakan taman permainan.

(iii) Zaidi hanya mendiamkan diri bila dimarahi oleh

ayahnya.

(iv) Kami dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.

( /8)

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Kain songket merupakan kraftangan yang terkenal di

Terengganu.

(ii) Kebanyakan rumah di Taman Midah telah diubahsuai

demi keselesaan pemilik sekeluarga.

(iii) Setiap kali perlawanan bola sepak diadakan di Stadium

Bukut Jalil, kesesakan lalulintas pasti berlaku.

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

3 Nyatakan pola ayat di bawah.

Pola ayat :

FN + FN

FN + FK

FN + FS

FN + FA

(i) Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat tahun ini.

__________________________________________________________________

(ii) Suara penyanyi undangan itu sangat merdu.

__________________________________________________________________

(iii) Gadis yang berkulit cerah itu kakak Joe.

__________________________________________________________________

(iv) Hadiah ini daripada kakak sepupu saya.

__________________________________________________________________

(v) Ikan pedas yang dimasak oleh nenek sangat sedap.

__________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang

sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Penulisan :

A. Ulasan (15%)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar, tulis sebuah ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah

perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan notisyang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

kepentingan etika ketika bersukan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Cereka

Panduan Menulis Karangan Cereka

Karangan jenis cereka bermaksud karangan berbentuk cerita rekaan seperti

cerpen atau cerita pendek, imaginasi atau khayalan, dan cerita jenaka.

Mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu peristiwa, watak, latar cerita, sebab dan

akibat kejadian, serta plot atau jalan cerita.

Aspek-aspek yang dikemukan untuk dijadikan karangan termasuklah:

menceritakan sesuatu peristiwa suka duka, atau lucu atau mengerikan :

menceritakan pengalaman: melengkapkan cerita

Gunakanlah unsur-unsur yang kreatif seperti kiasan, peribahasa, dialog, dan

sebagainya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan

isi cerita.

Boleh mempelbagaikan penggunaan ayat dalam karangan anda untuk

menjadikan cerita anda lebih menarik dan berkesan.

Tentukan bahawa cerita yang hendak anda tulis itu seharusnya cerita yang

menarik, mencabar, dan menunjukkan daya kreatif anda.

Cerita rekaan anda hendaklah berisi unsur nasihat atau pengajaran yang

berfaedah kepada pembaca.

Contoh Karangan:

Anda telah berjanji dengan rakan anda untuk menangkap ayam hutan di pinggir

hutan itu pada hari esok. Sebelum tidur, kamu membayangkan keadaan di dalam

hutan itu nanti.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Rangka Karangan

1. Pendahuluan

Mengejar ayam hutan yang cedera

2. Isi-isi

(a) Telah masuk jauh ke dalam hutan

(b) Keadaan hutan ganjil-pokok-pokok seperti keadaan pokok-pokok yang

tumbuh beribu tahun dahulu

(c) Tidak menemui jalan pulang

(d) Membuat asap untuk meminta bantuan

(e) Sekumpulan Orang Asli cuba menangkap anda dan rakan-rakan

(f) Menyelamatkan diri-ternampak ibu

Penutup

(a) Rupa-rupanya bermimpi

Karangan Lengkap

Aku dan rakan-rakanku terus mengejar ayam hutan yang terjengkot-jengkot

berlari. Namun, kami berasa pelik kerana semakin lama semakin laju ayam itu

melarikan diri. Biasanya ayam hutan yang sudah cedera tidak mungkin dapat berlari

sepantas itu.

Aku dan rakan-rakanku berhenti kerana keletihan. Masing-masing kelihatan

tercungap-cungap.

“Pelik sungguhkan, ayam yang cedera dapat berlari pantas. Aku rasa tentu ayam

itu bekas olahraga dalam kalangan ayam hutan,” kata Azim cuba membuat lawak. Aku

dan rakan-rakan yang lain tersenyum mendengar kata-kata Azim itu.

“Eh! Kamu perasan tak di mana kita berada sekarang?” tanya Tat Leong.

“Di hutanlah!” kata Razmi.

“ Memanglah di hutan, tapi aku rasa tempat ini kita belum pernah sampai,” jelas

Tat Leong.

Razmi memandang sekelilingnya, begitu juga aku dan rakan-rakan yang lain.

Ternyata, apa yang dikatakan oleh Tat Leong adalah benar. Aku dan rakan-rakan kini

berada di kawasan hutan yang agak ganjil. Pokok-pokok hutan yang tumbuh di situ

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

kelihatan seolah-olah pokok-pokok hutan yang hidup beribu-ribu tahun yang lalu.

Marilah kita pulang,” ajak Zulfa. Mukanya kelihatan cemas.

Aku bersetuju dengan cadangannya itu. Begitu juga dengan rakan-rakan yang

lain. Hampir sejam aku dan rakan-rakanku meredah hutan, namun jalan keluar masih

belum ditemui.

“Eh, aku rasa jalan ini kita sudah lalu sebentar tadi!” kataku kepada rakan-rakan.

“Betullah kata kamu itu!” sokong rakan-rakanku.

“Habis, apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Razmi.

“Kita buat asap. Mana tahu kalau-kalau ada orang yang nampak. Untung-untung

dia boleh selamatkan kita,” kata Ravi.

“”Prak!” Kedengaran bunyi ranting patah seperti dipijak.

Tiba-tiba kelihatan sekumpulan Orang Asli keluar sambil memandang ke arah kami.

Kemudian, dia mengarahkan anak buahnya menangkap buahnya menangkap kami.

“ Lari! Jeritku mengarahkan rakan-rakan untuk menyelamatkan diri. Sambil itu,

kami menjerit meminta tolong.

Tiba-tiba kedengaran namaku dipanggil.

“Eh, ibu! Bagaimana ibu boleh berada di sini?” tanyaku kehairanan.

“Apa yang kamu merepek ni? Sudah! Pergi basuh muka! Suka sangat tidur

waktu petang, inilah jadinya,” kata ibu.

Aku tersenyum sambil berjalan menuju ke bilik air. Aku bermimpi rupa-

rupanya.

Latihan :

1. Anda sedang berada di dalam sebuah kedai emas. Tiba-tiba sekumpulan perompak

masuk untuk merompak kedai emas tersebut. Ceritakan pengalaman dan perasaan

anda ketika itu.

2. Ketika ujian sedang berlangsung, tiba-tiba guru pengawas ternampak seorang

pelajar mengeluarkan sehelai kertas dari sakunya untuk dirujuk. Ceritakan kejadian

tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SM305_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 305. Nama : _____

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my