pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ...€¦ · 12. adik memetik _____ bunga...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Ulang Kaji I Set C SR3B Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 06-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Ulang Kaji I

Set C

SR3B

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C
Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Kertas 1 (Pemahaman)

Bahagian A (20 Markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Perahu nelayan itu sedang _____ anak sungai yang semakin

cetek airnya akibat musim kemarau.

A. menyusuri C. meronda

B. melayari D. melintasi

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Beberapa orang _____ tentera laut yang baharu sahaja

menamatkan latihan berdiri dengan tertib untuk menerima sijil

tamat latihan.

A. angkatan C. peserta

B. persatuan D. anggota

3. "Diharap _____ tidak akan mengulangi lagi kesalahan sebegini,"

pinta Cikgu Sham kepada murid-muridnya.

A. mereka C. kalian

B. saya D. hamba

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

4. Puan Fatimah sedang _____ kotoran dan lumut yang

menyelimuti permukaan longkang di belakang rumahnya

menggunakan berus dawai.

A. mengelap C. menenyeh

B. menggosok D. menyental

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Ajmal dapat tidur dengan nyenyak di atas tilam _____ yang

baharu sahaja dibeli oleh bapanya bagi menggantikan tilam lama

yang sudah koyak.

A. empuk C. kenyal

B. lemau D. lembut

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

6. Semasa lawatan ke Pusat Meteorologi, murid-murid telah

berkesempatan menggunakan _____ untuk melihat objek-objek

yang berada di ruang angkasa.

A. mikroskop C. teleskop

B. stetoskop D. telegram

7. Mahaguru silat itu telah memberikan _____ tentang cara-cara

mempertahankan diri kepada semua pelatih silat itu.

A. tunjuk ajar C. gerak kaki

B. tunjuk langkah D. gerak geri

8. Pihak keselamatan negara ini telah berjaya mengesan jejak

_____ pengganas yang dipercayai bersembunyi di dalam gua itu.

A. sekumpulan C. sekawan

B. segerombolan D. sepasukan

9. "Saya akan terus menabur bakti _____ khidmat saya masih

diperlukan di kampung ini," kata wakil rakyat itu kepada

penduduk kampung.

A. sehingga C. kerana

B. sekalipun D. selagi

10. Pihak berkuasa tempatan sedang _____ tahap kebersihan

semua restoran dan premis makanan bersempena dengan Minggu

Kesedaran Kebersihan Premis Makanan.

A. memantau C. memandang

B. merentas D. meneropong

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

11. Sebagai seorang pelakon yang hebat, jangan jadikan rupa paras

sebagai _____ untuk mendapat tawaran berlakon sehingga

menjejaskan industri perfileman negara.

A. batu api C. anak emas

B. batu loncatan D. anak tunggal

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil

mendukung patung beruang di sebelah kirinya.

A. setangkai C. seikat

B. sejambak D. sekuntum

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Pasangan suami isteri itu tersenyum gembira kerana hajat

mereka untuk mendapat _____ telah dikabulkan Tuhcn setelah

sepuluh tahun berkahwin.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

A. cahaya permata C. cahaya mata

B. cahaya purnama D. cahaya hati

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Rakan-rakan sekelas Alisya amat tidak menyenangi

sikapnya yang suka meniru itu.

A. Alisya amat tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya yang

suka meniru itu.

B. Tabiat Alisya yang suka meniru itu amat tidak disenangi oleh

rakan-rakan sekelasnya.

C. Sikap Alisya kurang disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya

yang suka menirunya itu.

D. Alisya yang suka meniru rakan-rakan sekelasnya itu amat

tidak disenanginya.

15. "Diharap semua peserta dapat mengikuti arahan supaya

tidak berlaku sebarang kecelakaan," kata Encik Zamri.

A. Peserta-peserta mungkin tercedera sekiranya Encik Zamri

tidak menuruti arahan.

B. Peserta-peserta yang tercedera mungkin tidak mematuhi

arahan Encik Zamri

C. Encik Zamri meminta semua peserta menuruti arahan untuk

mengelakkan daripada berlakunya kecelakaan.

D. Kecelakaan mungkin berlaku sekiranya Encik Zamri gagal

memberi arahan kepada semua peserta.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Pilih ayat yang betul.

16. A. Taufan telah menjadikan pokok itu tumbang di tanah.

B. Banyak orang masih berminat untuk menonton filem

tempatan.

C. Kawasan pedalaman Sarawak masih boleh dilalui

dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

D. Penduduk kampung berterima kasih atas pertolongan

yang diberikan oleh wakil rakyat itu.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hutan merupakan anugerah semula jadi yang tidak ternilai.

Namun begitu, hutan sering kali digondolkan kerana pembangunan

yang kian rancak. Keadaan ini membawa pelbagai masalah seperti

banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global. Sesungguhnya, hutan

menawarkan berbagai-bagai manfaat kepada kehidupan di muka bumi.

Hutan ialah habitat flora dan fauna. Kepelbagaian spesis flora

dan fauna di dalam hutan menjadikan ekosistem lebih terkawal. Di

dalam hutan, terdapat pelbagai jenis unggas, serangga, haiwan liar

dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, Hutan Simpan Belum, Perak

merupakan satu-satunya hutan simpan di Semenanjung Malaysia yang

mempunyai bunga Pakma atau Rafflesia.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Di samping itu, hutan juga membekalkan sumber kayu balak. Di

dalam hutan, terdapat pelbagai jenis kayu yang berguna, misalnya

kayu jati, cengal, jelutung dan sebagainya. Kesemua jenis kayu ini

mengembangkan industri pemprosesan kayu untuk dibuat perabot dan

kertas. Hutan paya bakau pula memberikan sumbangan terhadap

penghasilan kayu arang dan cerucuk bagi tujuan pembinaan.

Selain itu, hutan juga mampu menyediakan sumber untuk

perubatan. Tahukah anda apa itu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah? Dua

tumbuhan herba itu adalah antara beribu-ribu jenis tumbuhan yang

dapat merawat penyakit melalui perubatan tradisional. Oleh sebab

khasiatnya yang tinggi, pokok jenis ini mendapat permintaan yang

menggalakkan. Umpamanya, orang Asli di Pahang menjadikan kerja

mencari tumbuhan jenis itu sebagai sumber ekonomi mereka,

seterusnya memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka.

Tambahan pula, pokok ini dijamin selamat digunakan kerana tiada

bahan kimia yang berbahaya.

Sesungguhnya, hutan amat bernilai kepada kehidupan di muka

bumi. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak proaktif dengan mewartakan

lebih banyak lagi hutan sebagai hutan simpan dan mengelakkan

pencerobohan. Pendidikan kesedaran dan kempen 'Cintai Hutan' perlu

dipergiat sejak di bangku sekolah kerana 'melentur buluh biarlah dari

rebungnya'.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

17. Apakah masalah yang berlaku jika hutan digondolkan

secara berleluasa?

A. Berlakunya banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global.

B. Suhu bumi semakin rendah

C. Hidupan di hutan semakin membiak

D. Pembangunan semakin rancak

18. Di manakah para pencinta alam sekitar dapat menemui

bunga Pakma atau Rafflesia?

A. Hutan Simpan Sungai Lembing

B. Hutan Simpan Belum

C. Gua Tempurung

D. Kawasan Orang Asli di Pahang

19. Mengapakah Tongkat Ali dan Kacip Fatimah selamat

digunakan?

A. Rasanya yang pahit

B. Harganya berpatutan

C. Bebas dari sebarang bahan kimia

D. Hasil usaha Orang Asli

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Hutan tidak begitu penting kepada hidupan

B. Penebangan hutan secara berleluasa perlu ditingkatkan

C. Sumber ubatan tradisional tidak terdapat dalam hutan

D. Kesedaran pentingnya hutan perlu dipupuk sejak di bangku

sekolah

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Bahagian B (30 Markah)

Soalan 21 (4 markah)

Isikan kata hubung yang paling sesuai pada tempat kosong dalam

petikan di bawah.

Pada minggu yang __________, penduduk Taman Seri Lancang

telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Encik Fatah selaku

pengerusi jawatankuasa gotong-royong telah memberikan sedikit

taklimat tentang perjalanan gotong-royong tersebut. Pak Ahmad

ditugaskan __________ memotong rumput di tepi surau. Sekumpulan

kanak-kanak membantunya mencakar rumput yang dipotong itu

dengan pencakar besi. __________ itu, kaum wanita sedang sibuk

memasak untuk makan tengah hari. Tidak lama __________, sebuah

lori majlis bandaran tiba untuk mengangkut semua sampah-sarap ke

tapak pelupusan. Sekarang kawasan perumahan tampak begitu bersih

dan ceria.

sementara lalu untuk kemudian

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuoi bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_________________________________________________

_________________________________________________

Jawapan: Encik Ramesh telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang

sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam

gambar di bawah.

_________________________________________________

_________________________________________________

(2 markah)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Berdasarkan gambar di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai

untuk ditulis.

_________________________________________________

_________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

terutamanya di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia

seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,

gasing telor, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing

buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan

gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu secara gasing pangkah

atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya

supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk

menguji ketahanannya berpusing. Sementara itu terdapat juga gasing

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda

dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan

bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya

menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan

gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan

pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian

gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali

yang melilit gasing direnggut. Renggutan yang kuat akan menjadikan

gasing berputar dengan ligat dan mengambil masa yang agak lama

untuk mati atau berhenti berputar.

a. Gasing dikatakan terkenal di Pantai Timur khususnya

___________________ . (1 markah)

b. Mengapa kanak-kanak gemar akan gasing Melayu dan Cina?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

c. Suaikan penyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu contoh

telah diberikan.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

(2 markah)

Soalan 24

Baca sajak di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

Ketika aku masih kecil

Ayah dan ibu memelukku penuh kasih

Aku merengek kerana lapar dan sakit

Lantas ayah dan ibu segera meredakan

Ayah mendukung aku

Ibu memberiku susu

Ah....

Alangkah indahnya duniaku ketika itu

Namun benar kata orang

Gasing amat popular di Pantai Barat Semenanjung

Malaysia.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu gasing

pangkah atau gasing uri.

Gasing uri dipertandingkan untuk menguji

ketahanannya berpusing.

Renggutan yang kuat akan menjadikan putaran

gasing cepat lemah dan mati.

BETUL

SALAH

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Manusia hanya meranwng

Tuhan jua penentu segala

Kini…

Semua itu nostalgia segala

Ayah dan ibu pergi selamanya

Menyahut panggilan Yang Maha Esa

Tinggallah aku merenung alam maya

Saban hari menghitung masa

Bila agaknya aku ikut jejak mereka

a. Perkataan merengek dalam petikan boleh digantikan dengan

perkataan _______________________ . (1 markah)

b. Bagaimanakah cara ayah dan ibu meredakan rengekkan aku?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

c. Apakah nilai murni yang boleh didapati daripada rangkap

pertama sajak di atas?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

d. Pada pendapat kamu, mengapa 'aku' mengatakan segalanya kini

tinggal nostalgia?

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

(3 markah)

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu ialah sejenis

tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam keluarga 'Hibiscus' yang

sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunqa raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai

kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk

mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipillh sebagai bunga

kebangsaan. Akhirnya pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah

mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga

Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Bunga Kenanga, Bunga

Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan

Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya

telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah

Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah

dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna

sebagai Bunga Kebangsaan.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh

kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras

tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, jenis dan hibrid telah

dihasilkan dengan warna dari putih kepada kuning dan kuning bata

kepada merah jambu lembut dengan kelopak tunggal dan berganda.

a. Selain Bunga Raya, apakah jenis bunga yang dicadangkan sebagai

bunga kebangsaan Malaysia?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

b. Bunga Raya ialah _________________________ . (1 markah)

c. Tandakan (√) bogi penyataan yang betul dan (x) bagi penyataan

yang salah berdasarkan sajak di atas.

(1 markah)

d. Nyatakan bagaimanakah Bunga Raya dipilih sebagai Bunga

Kebangsaan negara kita?

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

(3 markah)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Kertas 2 (Penulisan)

Bahagian A (10 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan poster sempena kempen alam sekitar.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Bahagian B (15 Markah)

Lihat pada tulisan kata hikmat sempena Hari Guru yang disambut

pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Berdasarkan tulisan kata hikmat

tersebut, buat satu ulasan yang lengkap dalam perenggan. Panjangnya

ulasan kumu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Bahagian C (25 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan

sahaja. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120

patah perkataan.

Soalan 1

Kamu telah berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak

di sekolah kamu. Sebagoi setiausaha kelab bola sepak, kamu diminta

menulis berita tentang kejohonan tersebut. Tulis satu berita tentang

kejohanan tersebut dengan lengkap.

ATAU

Soalan 2

Perpustakaan adalah gedung ilmu. Sebagai pelajar, kita boleh

memanfaatkan perpustakaan sekiranya kita mahu cemerlang.

Berdasarkan pernyataan di atas, tuliskan sebuah karangan tentang

kepentingan perpustakaan dalam kehidupan seorang pelajar.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil mendukung patung beruang di sebelah kirinya. A. setangkai C

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my