pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · soalan : 1. apakah aktiviti yang...

52
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Ulang Kaji I SR3A Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Ulang Kaji I

SR3A

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

A. Pemahaman

Pemahaman 1:

KUALA LUMPUR, Khamis – Untuk memeriahkan sambutan Minggu

Angkasa Sedunia (MAS) 2015 di Planetarium Negara, pelbagai

aktiviti menarik telah disediakan untuk orang awam yang berminat

meneroka bidang sains angkasa.

Menurut urus setia, sambutan Minggu Angkasa Sedunia

disambut pada tanggal 4 Oktober hingga 10 Oktober pada setiap

tahun. Tarikh ini dipilih sebagai memperingati kejayaan manusia

meneroka angkasa lepas. Namun, sambutan Minggu Angkasa Sedunia

pada tahun ini sangat istimewa kerana tahun ini merupakan ulang

tahun ke-50 penerokaan manusia ke angkasa. Tema sambutan pada

tahun ini ialah 50 Years of Human Spaceflight yang dilakar oleh Yuri

Gagarin yang mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang

mengorbit Bumi pada tahun 1961.

Untuk memeriahkan Minggu Angkasa Sedunia ini, sambutannya

melibatkan semua peringkat usia dan bangsa. Justeru, pelbagai

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

aktiviti menarik telah diatur untuk disertai oleh orang ramai sebagai

tanda sokongan kepada Minggu Angkasa Sedunia ini. Antara aktiviti

tersebut ialah tayangan percuma “Dawn of The Space Age”,

pertandingan menghias kek berkonsepkan angkasa dan pertandingan

melukis kapal angkasa Malaysia.

Untuk merancakkan lagi sambutan ini, pertandingan melancarkan

kapal terbang kertas turut dijalankan. Pertandingan yang terbuka

kepada murid sekolah rendah dan menengah ini menawarkan hamper

untuk para pemenang.

Dalam majlis yang sama, Agensi Angkasa Negara turut

mengedarkan bahan rujukan dan panduan guru untuk menjalankan

aktiviti tidak formal tentang sains angkasa di sekolah. Bahan

pengajaran yang dicetak dalam Bahasa Malaysia ini telah diberikan

kepada 400 buah sekolah terpilih di seluruh negara.

Malahan, untuk keriangan sekeluarga yang berpanjangan,

bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai program menaiki

kereta dengan plat nombor “WSW” atau “MAS” ke Planetarium

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Negara. Kemudian, sebut kata kunci “Minggu Angkasa Sedunia 50

Tahun Manusia ke Angkasa”. Jika bintang terang, sebanyak 50 buah

kenderaan terawal akan membawa pulang duit minyak setiap hari

sepanjang minggu ini.

Sambutan Minggu Angkasa Sedunia ini juga telah menjemput

angkawasan pertama Malaysia iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszhapar

Shukor untuk menyampaikan ucapan dan pengalamannya ketika berada

di angkasa lepas kepada lebih 1000 pengunjung yang hadir ke

Planetarium Negara.

Soalan :

1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara?

A. Minggu Agensi Angkasa Negara

B. Minggu Angkasa Kebangsaan

C. Sambutan Angkasa Sedunia

D. Minggu Angkasa Sedunia

2. Siapakah manusia pertama yang mengorbit Bumi pada tahun

1961?

A. Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. Dr. Faiz Mansor

C. Yuri Gagarin

D. Alex Stephen Law

3. Apakah maksud perkataan meneroka yang terdapat dalam

petikan?

A. menyusur

B. menjelajah

C. menawan

D. menakluk

4. Mengapakah sambutan Minggu Angkasa Sedunia pada tahun ini

sangat istimewa? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Apakah aktiviti menarik yang telah diatur untuk memeriahkan

Minggu Angkasa Sedunia? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

6. Apakah yang diedarkan oleh Agensi Angkasa Sedunia kepada

400 buah sekolah yang terpilih di seluruh negara? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

7. Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor telah melakar kejayaan

menjadi angkasawan pertama negara ke angkasa lepas.

Pada pandangan anda, apakah sifat yang perlu ada dalam diri

seseorang untuk mencapai kejayaan? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Pemahaman 2:

KUALA LUMPUR, 5 Mac-Institut Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menawarkan bantuan kepada

Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan kesedaran tentang

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah melalui

“Program OSH di Sekolah”.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, OSH perlu

diperkenalkan di sekolah berikutan berlaku kemalangan yang

melibatkan guru, murid dan petugas lain akibat runtuhan struktur

bangunan, kipas siling, tiang gol, tandas dan letupan yang berpunca

daripada bahan kimia.

“Keselamatan dan kesihatan amat penting di sekolah.

Kemalangan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi di

sekolah kerana ibu bapa amat mengharapkan anak mereka selamat di

situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah perlu

dititikberatkan bagi mencegah kecederaan mahupun masalah

kesihatan sama ada terhadap guru, kakitangan, murid atau sesiapa

sahaja yang memasuki kawasan sekolah. Kawasan sekolah juga

terdedah kepada situasi yang berpotensi membawa kemudaratan

sama ada kecederaan atau penyakit terhadap manusia atau kombinasi

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

keduanya. Antaranya, permukaan yang tidak rata, licin, curam atau

berlubang. Situasi lain seperti objek tajam yang berpotensi dilanggar

kenderaan terutamanya di luar kawasan pagar sekolah, pendedahan

bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan sebagainya.

Melalui program ini, NIOSH berharap dapat mengesyorkan

kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran

pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan

pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika

berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi

menangani risiko yang dihadapi.

“Di samping itu, menyemai kesedaran sejak peringkat awal amat

penting dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang selamat dan

sihat. Diharapkan, program ini akan memberi manfaat kepada murid,”

katanya lagi.

Soalan:

1. Apakah bantuan yang ditawarkan oleh NIOSH kepada

Kementerian Pendidikan?

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

A. Kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan

(OSH) di sekolah melalui “Program OSH di Sekolah”.

B. Kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti

penyebaran pendidikan.

C. Program untuk mewujudkan tempat yang selamat bagi murid

sahaja.

D. Mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.

2. Siapakah yang berisiko terlibat dalam kemalangan di sekolah?

A. Kakitangan sekolah C. Guru, murid, kakitangan dan

pelawat

B. Guru dan murid D. Para pelawat

3. Mengapakah program OSH perlu diadakan di sekolah?

A. Disebabkan berlaku kemalangan yang melibatkan guru, murid

dan petugas lain.

B. Bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka

yang sedang bekerja serta melindungi murid daripada

menerima kesan buruk dari segi kesihatan dan keselamatan

akibat kegiatan pekerja lain.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

C. Untuk mencegah kecederaan mahupun masalah kesihatan

sama ada terhadap guru, kakitangan, murid atau sesiapa

sahaja yang memasuki kawasan sekolah.

D. Untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat.

4. Mengapakah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di

sekolah perlu dititikberatkan? (KBAT)

5. Berikan situasi yang berpotensi membawa kemudaratan sama

ada kecederaan atau penyakit di kawasan sekolah? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Pada pandangan anda, bagaimanakah hendak menjamin

keselamatan diri semasa berada di sekolah? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

7. Nyatakan tiga (3) nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap

murid bagi mengelakkan berlaku kemalangan di sekolah. (KBAT)

i-Think

( %)

Pemahaman 3:

Kelab Doktor Muda,

Sekolah Kebangsaan Telok Janggus,

25200 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

___________________________________________________

Nilai Murni

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Pegawai Perhubungan Awam,

Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),

Kementerian Dalam Negeri,

Jalan Maktab Perguruan Islam,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan. 1 Mac 2016.

Tuan,

Undangan untuk Menyampaikan Ceramah Antidadah

Dengan hormatnya perkara di atas saya rujuk.

2. Untuk makluman tuan, saya mewakili Kelab Doktor Muda

Sekolah Kebangsaan Telok Janggus ingin mengundang tuan bagi

menyampaikan ceramah antidadah. Ini bersempena dengan Kempen

Antidadah 2016 yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Objektif Kempen Antidadah 2016 ini diadakan adalah untuk

menanam perasaan benci akan dadah dalam kalangan murid. Malahan,

kempen ini memberi penerangan kepada murid tentang implikasi

penagihan najis dadah kepada mereka. Kempen ini juga bertujuan

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

mendidik murid supaya bebas daripada aktiviti penyalahgunaan najis

dadah.

4. Berikut merupakan butiran lanjut tentang ceramah Kempen

Antidadah 2016 tersebut.

Tarikh : 7 April 2016

Hari : Khamis

Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Dewan Ilmu, Sekolah Kebangsaan Telok

Janggus

5. Pihak sekolah akan menyediakan segala kelengkapan untuk tuan

menyampaikan ceramah. Sebarang pertanyaan tentang ceramah ini

bolehlah menghubungi setiausaha Kempen Antidadah 2016, iaitu Puan

Junoria Sulung melalui talian 09-3558245 atau e-mel,

[email protected].

6. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan

dengan kadar segera. Semoga pihak tuan dapat melapangkan masa

untuk hadir ke majlis ini. Hal ini disebabkan banyak pengetahuan baru

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

yang bakal diperoleh murid daripada ceramah tuan kelak. Segala

kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

Ratna Liliani

(RATNA LILIANI BINTI OSMAN)

Setiausaha,

Kelab Doktor Muda,

Sekolah Kebangsaan Telok Janggus.

Soalan :

1. Apakah aktiviti yang bakal diadakan di Sekolah Kebangsaan

Telok Janggus?

A. Tayangan Amal Antidadah 2016

B. Kempen Antidadah 2016

C. Seminar Antidadah Kebangsaan 2016

D. Pameran Antidadah Kebangsaan 2016

2. Berapa lamakah ceramah itu dijangka berlangsung?

A. Tiga jam C. Dua jam setengah

B. Satu jam setengah D. Tiga jam setengah

3. Perkataan implikasi dalam petikan bermaksud

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

A. manfaat C. bentuk

B. kesan D. corak

4. Apakah tujuan utama surat ini ditulis? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Berikan tiga (3) objektif Kempen Antidadah 2016 ini diadakan.

(KBAT)

i. ___________________________________________

ii. ___________________________________________

iii. ___________________________________________

6. Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat membantu diri kita

mencegah daripada pengambilan dadah. (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

( %)

Pemahaman 4:

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan

teknologi maklumat. Kini, Internet merupakan salah satu saluran

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

rangkaian penghubung dunia yang lebih dikenali sebagai dunia tanpa

sempadan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna yang

tidak bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi Internet ini.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua

pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui

Internet yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan

maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru

juga dipermudah melalui penggunaan Internet yang membekalkan

pelbagai ilmu terkini. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu

canggih yang dipaparkan dalam Internet juga membantu dalam proses

penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, Internet adalah saluran komunikasi antarabangsa.

Sebagai contoh pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan

berinteraksi dengan adanya Internet. Pelbagai pembedahan dan

diagnosis dapat dijalankan melalui Internet. Komunikasi dalam aspek

ekonomi dan juga politik pula dapat dimungkinkan dengan tele-

persidangan. Hal ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping

itu, pendidikan jarak jauh (PJJ) juga dapat dijalankan dengan adanya

kemudahan Internet. Para siswa dan siswi berinteraksi dengan

pensyarah melalui Internet atau persidangan maya. Hal ini memberi

faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan

pengajian mereka tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah.

Perbincangan dan forum hanya dijalankan melalui atas talian mahupun

persidangan maya serta perbincangan melalui e-mel.

Internet juga menyenangkan urusan harian manusia di mana

pembayaran bil elektrik, air dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan

mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan

pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus

pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui Internet. Urusan

menerusi Internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga boleh

memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan

dengan mudah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Kesimpulannya, Internet mempunyai banyak kebaikan dan

memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia pada

zaman ledakan teknologi ini. Para pengguna perlu memahami kegunaan

Internet dan memastikan diguna untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan

pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda

dapat memanfaatkan Internet demi melahirkan masyarakat berilmu

di negara ini.

Soalan :

1. Internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung

dunia yang lebih dikenali sebagai?

A. Dunia sempadan

B. Dunia hujung jari

C. Dunia tanpa sempadan

D. Dunia tanpa wayar

2. Apakah yang dapat dijalankan oleh pakar-pakar perubatan

melalui Internet?

A. Tele-persidangan

B. Pendidikan jarak jauh

C. Persidangan maya

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

D. Pembedahan dan diagnosis

3. Padankan BETUL atau SALAH pada setiap pernyataan di bawah

berdasarkan petikan.

4. Bagaimanakah kemudahan Internet dapat membantu para

pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ)? (KBAT)

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

5. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara ibu bapa mengawal

penggunaan Internet terhadap anak-anak di rumah? (KBAT)

Terdapat segelintir pengguna yang tidak

bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi Internet

ini.

Tugas guru kini semakin sukar dengan adanya

kemudahan Internet.

Perbincangan dan forum hanya dijalankan melalui siding

maya dan perbincangan melalui e-mel.

Para pelajar dan generasi muda perlu diberi kebebasan

untuk menggunakan Internet.

BETUL

SALAH

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

6. Nyatakan urusan harian manusia yang boleh dibuat melalui

Internet dan kelebihannya berdasarkan petikan yang diberi. (i-

Think)

( %)

Urusan Harian

Manusia

1.

2.

Kelebihan

1.

2.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. Tatabahasa

1. Kata Ganti Nama Diri, Kata Ganti Nama Tunjuk & Kata Arah

A. Bulatkan jawapan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

1. Sebagai warga sekolah, _____ mestilah mematuhi peraturan

yang ditetapkan.

A. mereka C. kita

B. kami D. dia

2. Cikgu Ayuni sangat dihormati oleh murid-muridnya kerana

_____ telah mengajar di sekolah itu selama dua dekad.

A. dia C. beliau

B. awak D. mereka

3. “Mari _____ bawa _____ berjumpa dengan guru besar di bilik

guru,” kata Dania kepada ibu murid itu.

A. saya … puan C. kita … saudari

B. kami … kamu D. hamba … tuan hamba

4. “Jika _____ tidak keberatan, silalah datang ke rumah _____

nanti,” kata Panglima Kaduk kepada Arjuna Tapa.

A. kamu … beta C. tuan hamba … hamba

B. kalian … saya D. tuanku … patik

5. "Nah, ambil wang _____ !” kata emak sambil menghulurkan wang

kepada saya.

A. itu C. sini

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. ini D. situ

6. Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _____ .

A. itu C. sana

B. sini D. mana

7. "Jangan berkelakuan _____ , tidak elok," nasihat ibu kepada

Zarina.

A. begitu C. begini

B. itu D. ini

8. Adik duduk di _____ riba ibu selepas balik dari sekolah.

A. bawah C. sudut

B. penjuru D. atas

9. Salmi duduk di _____ Noni dan Fanny di dalam kelas.

A. pinggir C. selatan

B. antara D. kaki

10. Kambing peliharaan Pak Mat berlindung di _____ rumah

apabila hari hujan.

A. atas C. bawah

B. tepi D. samping

11. Di _____ rumah itu terdapat sebatang pokok mangga yang

berbuah lebat.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

A. kaki C. tengah

B. barat D. belakang

12. Zaki menyimpan nombor telefon ibunya ke _____ telefon

bimbitnya.

A. dalam C. luar

B. hadapan D. hilir

( %)

B. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul.

1. Hafiz Syahrin pelumba motor negara. __________ pernah

mendapat tempat kedua dalam kejohanan yang disertainya.

2. “__________ mengucapkan tahniah kerana kamu telah

mengharumkan nama negara,” titah Sultan Selangor kepada

Datuk Lee Chong Wei.

3. “__________ berbesar hati kerana tuanku sudi meraikan

kejayaan kami memenangi pertandingan pancaragam peringkat

antarabangsa,” ujar Cikgu Sharon kepada sultan.

baginda patik kalian beta tuanku beliau mereka

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

4. “__________ , inilah juadah yang didatangkan khas dari

China,” sembah bendahara kepada sultan.

5. __________ merupakan sultan yang disenangi oleh rakyat

jelata.

6. “Ayah mahu __________ melayari Internet ini untuk membuat

latihan di portal pendidikan,” ujar Encik Lukman kepada anak-

anaknya.

7. Farhan berasa sangat gembira kerana __________ sekeluarga

dapat pergi berkelah di pantai Teluk Cempedak.

( %)

C. Gariskan kata ganti nama tunjuk yang betul dalam ayat-ayat di

bawah.

1. " ( Demikian , Begini ) lah ucapan daripada Guru Besar," kata

juruacara majlis.

2. Puisi ( itu , ini ) saya tujukan untuk guru-guru sebagai

mengenang jasa mereka.

3. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ( sini , sana ) dihias

dengan cantik.

4. Perbuatan pemuda itu mencuri barang-barang surau akan

menimbulkan kemarahan penduduk di ( itu , situ )

5. ( Begini , Begitu ) lah cara yang betul untuk menyelasaikan

soalan Matematik ini.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

6. Kita tidak harus bersikap ( begini , demikian ) dengan haiwan

kerana haiwan juga ciptaan Tuhan.

( %)

D. Isi tempat kosong dengan kata arah yang betul dalam ayat-ayat di

bawah.

1. Banjir sering melanda di negeri sebelah pantai __________

pada setiap hujung tahun.

2. Almari buku itu diletakkan di __________ kelas 5 Mawar itu.

3. Puan Mona sentiasa berada di __________ suaminya yang

terlantar sakit di hospital.

4. Pengawas itu berdiri di __________ murid-murid semasa

perhimpunan.

5. Di __________ sungai itu ada sebuah pondok yang using dan

hampir roboh.

6. Zizan berdiri di __________ kuda yang hendak ditunggangnya.

7. Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak di __________

sungai.

8. Maya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice dari

__________ pagar rumah sahaja.

hadapan timur hulu luar hilir

penjuru pangkal seberang sisi samping

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

9. Wartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran sungai

yang berlaku di __________ sungai itu.

10. Dahi Low Zhen berdarah akibat terhantuk pada

__________ pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.

( %)

E. Garis kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk dan kata arah

yang terdapat dalam petikan di bawah kemudian lengkapkan peta

minda. (i-Think)

Raja Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu

untuk mendirikan penempatan baharu di sana. Baginda lari

meninggalkan ayahanda dan bondanya. Baginda membawa diri di

samping membawa beberapa orang pembesar yang begitu setia

dengannya. Di tengah jalannya, baginda singgah di Sening Ujung

sebelum tiba di sebuah hilir kampung nelayan di kawasan itu. Di

sinilah baginda mendirikan ibu kota baharu.

Semasa baginda sedang rehat di bawah sebatang pokok, tiba-

tiba baginda terlihat kancil menendang anjing yang agak besar

saiznya betul-betul di hadapannya. “Apakah yang beta nampak ini?

Sungguh menakjubkan,” titah Raja Parameswara. “Oh, patik pun

nampak!” jawab Bentara. “Beta rasa tempat ini sesuai dijadikan

negeri, kalau begitu beta namakan negeri ini sebagai Melaka sempena

nama pokok ini. Kalian semua menjadi saksi,” titahnya. Demikianlah

asal usul negeri Melaka tercipta.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

( %)

2. Kata Kerja & Kata Adjektif

A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan

Agong _____ di Istana Negara yang tersergam indah.

A. bersemayam C. berkumpul

B. bermesyuarat D. berkunjung

2. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus

_____ bakti dan taat setia kepada negara.

A. menerbitkan C. menyucikan

B. mencurahkan D. meluahkan

3. Pendaki itu sedang berusaha dengan gigih untuk _____ gunung

yang tinggi itu sehingga kemuncak.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Arah

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 26

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 29: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

A. menuruni C. memanjat

B. mendaki D. meredah

4. Baginda amat _____ apabila mengetahui bahawa terdapat

pengkhianat dalam kalangan pembesar istana.

A. melenting C. murka

B. menonjol D. menghormati

5. Kerajaan Malaysia telah _____ beberapa pasukan penyelamat

untuk membantu mangsa bencana Tsunami yang melanda Acheh.

A. menghantar C. mengharung

B. mengirim D. melepas

6. Nenek kebayan _____ seluruh anggota badan Tuan Puteri

Sukma Rindu dengan limau kasturi yang dicampur dengan air

mawar.

A. menyapu C. menggosok

B. melumuri D. memberus

7. Pokok rambutan yang _____ di hadapan rumah Johari sesuai

untuk dijadikan tempat berteduh.

A. lapang C. subur

B. merunduk D. rendang

8. Adik saya mempunyai beberapa ekor kucing yang sangat _____

dengannya.

A. 27aying C. periang

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 27

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 30: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. mesra D. manja

9. Wajah Mei Mei kelihatan _____ kerana dia mengalami demam

panas selama tiga hari.

A. longlai C. cengkung

B. surut D. letih

10. Pisang muda tidak sesuai digoreng kerana rasanya _____ .

A. kelat C. lemak

B. payau D. masam

11. Pengantin lelaki itu sungguh _____ apabila lengkap berbaju

Melayu dan bersongkok hitam.

A. lawa C. anggun

B. molek D. tampan

12. Bunga di taman mulai _____ apabila tiba musim kemarau.

A. layu C. kembang

B. kecut D. kuncup

( %)

B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai dengan ayat-ayat

di bawah.

membaca bermain menyapu memasak

mengemas berlari membantu memandu

membaca memancing menjual

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 28

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 31: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

1. Adik __________ ke arah ayah kerana takut akan bunyi

letupan mercun.

2. Balkish __________ ruang tamu rumahnya pada setiap hujung

minggu.

3. Penduduk Taman Sri Inai bergotong-royong __________ lauk-

pauk di dewan untuk Majlis Beramah Mesra Penduduk.

4. Datuk Halim tekun __________ surat khabar di anjung

rumahnya.

5. Nazafee __________ adiknya menyiapkan latihan Matematik

yang diberikan oleh gurunya untuk dihantar pada hari esok.

6. Setiap petang, Ramu dan Chen Hua __________ basikal

bersama-sama.

7. Disebabkan keadaan jalan raya yang licin selepas hujan, Hakim

__________ keretanya dengan perlahan dan berhati-hati.

8. Abang Ngah sedang __________ ikan di tepi sungai bersama

kawan-kawannya.

( %)

C. Gariskan kata adjektif yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Michael Lim mengalirkan air mata kerana terlalu ( sedih , hairan

) mendengar berita tentang kemalangan itu.

2. “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan ( lazat , busuk )

pula rasanya,” kata Ghani kepada datuknya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 29

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 32: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

3. Budak lelaki itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang

sangat ( pantas , deras )

4. Bangunan yang ( runtuh , retak ) itu akan dirobohkan oleh Majlis

Perbandaran Shah Alam pada bulan depan.

5. Keadaan dan suasana di Kampung Kemuning sungguh ( damai ,

sibuk ) dan tenang.

6. Kakak tidak suka akan daging lembu kerana baunya yang ( hamis

, tengik ).

( %)

D. Lengkapkan peta dakap di bawah dan kemudian tulis ayat

berdasarkan kata adjektif tersebut. (i-Think)

Kata

Adjektif

Perasaan

Bentuk

Ukuran

Sifat/

Keadaan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 30

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 33: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

( %)

E. Gariskan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif yang

terdapat dalam ayat-ayat di bawah kemudian tulis semula di ruangan

yang betul. (i-Think)

Ayat Kata Kerja

Transitif

Kata Kerja Tak

Transitif

1. Perpaduan kaum amat penting

dalam menyumbang ke arah

Malaysia sebagai sebuah negara

maju.

2. Amin dan abangnya tidur di

atas sofa kerana keletihan

bermain bola di padang.

3. Internet memberi ruang

kepada masyarakat untuk

membina jaringan komunikasi.

4. Kapal terbang itu telah

berlepas ke Kota Kinabalu pada

pukul 10.30 pagi tadi.

5. Apabila dunia kini seolah wujud

tanpa sempadan, pelbagai anasir

boleh meracuni pemikiran kita.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 31

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 34: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

3. Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah & Kata Pemeri

A. Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. _____, banyaknya barang yang kamu beli! kata Lina kepada

Asmah.

A. Cis C. Aduhai

B. Wah D. Amboi

2. “_____, sungguh malang nasib kita hari ini! Sudah berjam-jam

kita memancing tetapi seekor ikan pun masih belum dapat,” kata

William kepada James.

A. Amboi C. Wahai

B. Aduhai D. Syabas

3. _____, barulah saya faham! Rupa-rupanya nenek keracunan

makanan.

A. Nah C. Oh

B. Eh D. Aduh

4. _____ yang melakukan acara penutupan dan penyampaian

hadiah tersebut?

A. Apakah C. Bagaimanakah

B. Di manakah D. Siapakah

5. Pameran Seni Tulisan Kaligrafi itu akan diadakan pada pukul

_____ ?

A. bila C. berapa

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 32

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 35: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. apa D. mengapa

6. “Tepak sirih itu diperbuat daripada _____ ?” tanya Kamarul

kepada ibunya.

A. bila C. siapa

B. mana D. apa

7. “_____ siram pokok bunga ibu petang nanti,” pesan Puan Ho

kepada anaknya.

A. Jangan C. Tolong

B. Jemput D. Harap

8. _____ semua ahli Kelab Pertanian pergi ke Taman Sains

sekarang juga.

A. Tolong C. Usah

B. Minta D. Sila

9. _____ kamu bersedih lagi kerana tidak terpilih menjadi

sukarelawan pada temasya sukan itu.

A. Sila C. Harap

B. Usah D. Minta

10. _____ beratur di sini untuk mengambil makanan tambahan

yang disediakan oleh pihak sekolah.

A. Usah C. Harap

B. Minta D. Sila

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 33

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 36: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

B. Isi tempat kosong dengan kata pemeri (ialah , adalah) yang betul.

1. Cincin berlian ini __________ untuk ibu sempena hari jadi

beliau.

2. Mendaki gunung __________ aktiviti yang sangat digemari

oleh golongan muda.

3. Encik Osman __________ seorang polis yang sangat

bertanggungjawab.

4. Kekalahan Ali dalam pertandingan badminton __________ di

luar jangkaan kami.

5. Bangunan yang terletak di pusat bandar itu __________

sangat tinggi.

6. Warna kegemaran kebanyakan remaja pada zaman ini

__________ hitam.

7. Salah satu faktor yang menyebabkan penyakit gusi

__________ kesihatan mulut yang tidak dipelihara.

8. Suri Mahyuni __________ pelajar cemerlang di sekolah itu.

9. Bantuan makanan dan pakaian itu __________ daripada

penduduk kampung.

10. Cadangan yang dikemukakan oleh Encik Muthu semasa

mesyuarat itu __________ kurang jelas.

( %)

C. Betulkan penggunaan kata seru yang salah dalam ayat-ayat di

bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 34

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 37: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

1. Aduh, cantik sungguh pokok bunga yang ditanam oleh Cikgu

Nasir itu!

2. Wah, rupa-rupanya kamu yang mengoyakkan buku latihan saya!

3. Syabas, besar sungguh rumah Datuk Zainal ini bagaikan istana

raja!

4. Nah, dasar tidak tahu malu hidung tak mancung pipi tersorong-

sorong!

5. Wahai, tidak sangka Brian juga turut serta dalam pertandingan

badminton ini!

6. Aduhai, bingitnya telingaku mendengar muzik yang keluar dari

pembesar suara itu!

7. Eh, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk

kegunaan mereka!

8. Cis, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa

ini!

9. Ah, terimalah bayaran wang yang kamu pinta pada tempoh hari!

10. Amboi, atas kejayaan kalian merebut Piala Malaysia buat

kali ketiga tahun ini!

( %)

D. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi setiap jawapan yang diberi.

1. Ah Meng berasa bangga kerana lukisannya dipuji oleh Puan

Rosnah.

_______________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 35

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 38: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

2. Makanan organik ialah makanan yang dihasilkan tanpa

penggunaan baja asli.

_______________________________________________

3. Tun Syed Jalil dilahirkan pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor.

_______________________________________________

4. Kumpulan semut berhimpun di dalam hutan pada setiap petang.

_______________________________________________

5. Ibu yang telah memaklumkan kepada Zizi bahawa neneknya

sakit.

_______________________________________________

( %)

E. Masukkan kata perintah yang betul dalam ayat-ayat di bawah.

1. “__________ malu untuk bertanya,” kata Cikgu Jenny kepada

murid-murid.

2. “__________ simpankan kunci ini ke dalam laci itu,” kata ibu

kepada adik.

3. __________ maaf kerana pertandingan ini terpaksa

diberhentikan kerana hujan yang sangat lebat.

4. Sesiapa yang ingin menyertai pertandingan ini, __________

angkat tangan.

5. “Lina, __________ ambilkan ayah secawan air,” kata Encik

Rosdi.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 36

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 39: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

6. “__________ semua penumpang memakai tali pinggang

keledar,” kata pramugari yang sedang bertugas itu.

7. “__________ makan kuih-kuih itu kawan-kawan,” kata Ayuni.

8. __________ kita akan dapat berjumpa lagi pada masa akan

datang.

9. “__________ semua calon UPSR membaca soalan dengan

teliti,” kata Ketua Pengawas di dalam dewan peperiksaan.

10. “__________ lengkapkan borang ini dengan butir-butir

peribadi anda,” kata kerani itu kepada Kwang Ja.

( %)

F. Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, kelaskan

perkataan mengikut kategori yang diberikan berdasarkan dialog di

bawah. (i-Think)

Zali : Hai, Kavi! Kamu dari mana?

Kavi : Eh, Zali rupanya! Saya baru pulang dari perpustakaan!

Zali : Mengapakah hampir setiap hari kamu ke perpustakaan?

Kavi : Sebenarnya, Cikgu Mona minta kami menyiapkan karangan

tentang salah

seorang pejuang tanah air kita. Saya mencari maklumat

tentang beliau di

sana.

sila jemput tolong usah harap minta

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 37

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 40: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Zali : Oh, begitu rupanya! Siapakah pejuang yang kamu maksudkan

itu, Kavi?

Kavi : Dato’ Maharaja Lela. Beliau ialah seorang penghulu di Pasir

Salak, Perak.

Saya memilih beliau adalah kerana sifat keberaniannya.

Zali : Wah, hebat juga beliau! Tolong beritahu saya jika kamu sudah

siapkan

karangan ini. Saya tidak sabar untuk membacanya.

Kavi : Baiklah, Zali. Jemputlah ke rumah saya nanti. Saya akan

menghubungi kamu.

( %)

Kata Tanya

-

-

-

Kata Pemeri

-

-

Kata Seru

-

-

-

-

Kata Perintah

-

-

-

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 38

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 41: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

C. Penulisan

1. Bina Ayat

Latihan 1: Ayat Lengkap

kosa kata

waktu rehat

bergegas

terlanggar

menatang semangkuk mi

tertumpah

menangis teresak-esak

meminta maaf

terkejut dengan insiden

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 39

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 42: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Latihan 2 : Cara-cara Membuat Panggilan Telefon

Latihan 3 : Ayat Lengkap

kosa kata

membuat panggilan

angkat gagang telefon

masukkan

tekan nombor

tunggu jawapan

bercakap

kosa kata

beratur untuk membeli

penjaja melayan

menyediakan pesanan

memakai apron dan topi

demi kebersihan

makan di ..............yang

disediakan

membuangkan

menatang makanan.....

bersembang

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 40

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 43: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Latihan 4 : Ayat Lengkap

kosa kata

mengunjungi

dipamerkan di

memudahkan

memilih

tawar-menawar

menemani / ditemani

menimbang

berborak-borak

menyiang ikan

memakai apron

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 41

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 44: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

2. Ulasan

Ulasan 1 :

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 42

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 45: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Ulasan 2 :

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 43

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

tbeysy
Sticky Note
Pengenalan : Hari Sukan diadakan di....pada... Isi tersurat : 1. Atelet bertungkus-lumus .....memenangi perlumbaan 2. Pengadil akan .......tugas ....menentukan......adil 3. Pemenang ...menerima......selepas acara... 4. Tetamu jemputan di.....bersorak .....sokongan kepada... Isi tersirat : 1. H S penting...mencungkil bakat sukan di... 2. Para atelet perlu berlatih .......memenangi.... 3. Semua ahli sukan.....mengamalkan semangat kesukanan Penutup : Kesimpulannya, sukan perlu diutamakan demi kesihatan....
Page 46: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Ulasan 3 :

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 44

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 47: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Ulasan 4 :

Rangka Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 45

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 48: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

3. Karangan

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Soalan 1 : Melengkapkan Cerita

Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :

Kejadian itu telah menyedarkan aku agar tidak mengingkari

perintah ibu. Aku berazam untuk menjadi seorang budak yang baik.

Soalan 2: Autobiografi

Aku Sebuah Telefon Bimbit

Soalan 3 : Syarahan

Cara-cara Menjaga Kesihatan

Soalan 4 : Fakta

Faedah Mengunjungi Perpustakaan

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3A 46

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 49: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa
Page 50: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa
Page 51: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa
Page 52: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Soalan : 1. Apakah aktiviti yang diadakan di Planetarium Negara? A. Minggu Agensi Angkasa Negara B. Minggu Angkasa

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my