psz 19:16 (pind - fp.utm.my file3. perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan...

26
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC-DIGITAL ELECTRONIC” SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya AZIZI BIN AZMAN __________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: ENCIK MAHYUDDIN BIN ARSAT No 21, Jalan Rahmat, Kampung Melayu Majidi, 81100 Johor Bahru (NAMA PENYELIA) Johor. Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010 /

Upload: nguyenkhanh

Post on 12-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK “BASIC OF ELECTRIC AND

ELECTRONIC-DIGITAL ELECTRONIC”

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya AZIZI BIN AZMAN __________________

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: ENCIK MAHYUDDIN BIN ARSAT No 21, Jalan Rahmat, Kampung Melayu Majidi, 81100 Johor Bahru (NAMA PENYELIA) Johor. Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010

/

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : ENCIK MAHYUDDIN BIN ARSAT

Tarikh : 20 APRIL 2010

i

PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK “BASIC OF ELECTRIC

AND ELECTRONIC-DIGITAL ELECTRONIC”

AZIZI BIN AZMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri tanpa

menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat sesetengah

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : AZIZI BIN AZMAN

Tarikh : 20 APRIL 20010

iii

DEDIKASI

Buat Ibu tercinta

Tiada apa yang dapat ku bicarakan

Hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini

Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.

Ditujukan Khas Buat

En Mahyuddin Bin Arsat

Ilmu yang dicurahkan akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang baik

Semoga Tuhan memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni mu

Dalam mendidik anak bangsa.

Terima kasih

Kekanda serta Adinda Tersayang

kerana sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang.

Buat Teman Seperjuangan Bersama mencipta kecemerlangan

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan zaman

Semoga Tuhan memberkati kejayaan kita semua.

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya

menyelesaikan dan menyempurnakan penyelidikan ini.

Setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Encik Mahyuddin Bin Arsat yang telah banyak memberi bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar tahun 1 SPH keran telah

memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam membantu saya menyempurnakan

penyelidikan ini. .

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

penyelidikan ini. Teguran-teguran yang bernas serta membina dalam usaha-usaha

memperbaiki dan menyempurnakan kertas projek sarjana muda ini amatlah dihargai.

Sekian.

Ikhlas dari,

Azizi Bin Azman

v

ABSTRAK

Modul merupakan bahan pembelajaran yang sesuai dan bertujuan untuk

membolehkan para pelajar belajar secara sendiri dan menggunakannya untuk

mengulangkaji dalam meningkatkan lagi pemahaman. Maka dengan itu, satu projek

telah dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric

and Electronic”. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan modul akademik

dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu, modul ini dibangunkan berdasarkan Model

Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan

mengandungi satu topik utama iaitu Digital Electronic dan mempunyai beberapa

bab. Setiap bab mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran

dan aktiviti yang dilengkapkan dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan

gambaran. Penilaian modul terbahagi kepada tiga iaitu kesahan, kebolehpercayaan,

dan penilaian keberkesanan. Seramai dua orang pakar bidang Electric and Electronic

menilai kesahan modul dan 15 orang pelajar 1 SPH terlibat dalam penilaian

kebolehpercayaan modul, dan 30 orang orang pelajar terlibat dalam penilaian

keberkesanan modul. Nilai kesahan kandungan modul yang diperolehi hasil penilaian

telah dilakukan ialah 90% daripada pakar bidang 1 manakala 80% daripada pakar

bidang 2. Nilai alpha kebolehpercayaan modul ialah 0.80 dan penilaian keberkesanan

pula menunjukkan skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min

kumpulan kawalan.

vi

ABSTRACT

A module is types of suitable learning material that helps and enables

students to improve their understanding by learn individually and also as revision.

Therefore, a project was carried out to produce a module entitled “Basic of Electric

and Electronic”. The purpose of this project was to produce this academic module in

English. Beside that, the module has been developing by “Model Pembangunan

Modul Sidek” and “Cognitive Load Theory”. There are one main topic in this

module which it Digital Electronic and consist of several chapter. Each chapter

contains a learning outcome (objective), introduction, content, and activities with

completes with labeled images as reference and examples. Module evaluation was in

divided in three parts which is validity, reliability and effective evaluation. Two

lecturers who expert in Electric and Electronic field were involved in the module

validity, 15 students from 1 SPH for evaluated the module reliability and 30 students

from 1 SPH for evaluated the module effectiveness. The result from the validity

module test is 90% from the specialist fields 1 while 80% from the specialist fields 2.

Alpha value for the reliability module was 0.80 and the effectiveness of module

show the score min for experimental group is higher than the score min for control

group.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

viii

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 5

1.6.2 Pensyarah 6

1.6.3 Fakulti Pendidikan UTM 6

1.7 Skop Kajian 6

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Definisi Istilah 7

1.9.1 Modul Akademik 8

1.9.2 Electric 8

1.9.3 Electronic 8

1.10 Penutup 8

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pengajaran Secara Individu 9

2.3 Modul 11

2.3.1 Definisi Modul 12

2.3.2 Objektif Penggunaan Modul 13

2.3.3 Prinsip-prinsip Modul 13

2.3.4 Ciri-ciri Modul 14

2.3.5 Struktur Modul 17

2.3.6 Kegunaan dan Kebaikan Modul 20

2.4 Model Pembinaan Modul 21

2.4.1 Model Pembinaan Modul Russel 22

2.4.2 Model Pembinaan Modul Sharifah Alwiah

Alsagoff (1981) 24

ix

2.4.3 Model Pembinaan Modul Sidek 25

2.5 Teori Pembangunan Modul 26

2.5.1 Teori Konstruktivisme 27

2.5.2 Teori Behaviorisme 28

2.5.3 Teori Beban Kognitif 28

2.6 Penutup 31

BAB 3 REKABENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 32

3.2 Proses Pembinaan Modul 33

3.2.1 Rasional Pemilihan Model Pembinaan Modul Sidek 33

3.2.2 Rasional Pemilihan Teori Beban Kognitif 34

3.3 Peringkat I : Menyediakan Draf Modul 34

3.3.1 Pembinaan Matlamat 34

3.3.2 Mengenalpasti teori, rasional. Falsafah, Konsep,

Sasaran dan Tempoh Masa 35

3.3.3 Kajian Keperluan 35

3.3.4 Menetapkan Objektif 35

3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 36

3.3.6 Pemilihan Strategi 36

3.3.7 Pemilihan Logistik 36

3.3.8 Pemilihan Media 37

3.3.9 Menyatukan Draf Modul 37

3.4 Peringkat II: Mencubda dan Menilai Modul 37

3.4.1 Menguji Kesahan Modul 37

3.4.2 Menguji Kebolehpercayaan Modul 38

3.4.3 Menguji Keberkesanan Modul 40

x

3.5 Rekabentuk Kajian 42

3.6 Tempat Kajian 43

3.7 Populasi Kajian 43

3.8 Sampel Kajian 43

3.9 Instrumen Kajian 44

3.9.1 Ujian Bertulis 44

3.9.2 Soal Selidik 45

3.10 Analisis Data 45

3.10.1 Kesahan Modul 45

3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 46

3.10.3 Keberkesanan Modul 47

3.11 Andaian Kajian 48

3.12 Penutup 48

BAB 4 HASIL KAJIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Bahagian A : Pembinaan Modul Akademik 49

4.2.1 Struktur Pembinaan Modul Basic of Electric and

Electronic 50

4.2.1.1 Tajuk Modul 50

4.2.1.2 Grid Kurikulum 51

4.2.1.3 Objektif Umum 52

4.2.1.4 Aktiviti-aktiviti pengajaran

Tersusun 53

4.2.1.5 Stratedi Penilaian 55

4.2.1.6 Rujukan 57

xi

4.3 Analisis Bahagian B – Dapatan dan Analisis Kajian 58

4.3.1 Kesahan Kandungan Modul 58

4.3.2 Kebolehpercayaan Modul 59

4.3.2.1 Nilai Kebolehpercayaan 59

4.3.3 Keberkesanan Modul 60

4.4 Penutup 66

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Rumusan Kajian 67

5.3 Perbincangan Kajian 69

5.3.1 Penilaian Kesahan Kandungan 69

5.3.2 Penilaian Kebolehpercayaan Modul 74

5.3.3 Penilaian Keberkesanan Modul 75

5.3.4 Kesimpulan 78

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.5 Penutup 79

RUJUKAN 81

LAMPIRAN 86

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 45

3.2 Sistem gred permarkahan UTM 47

4.1 Nilai kebolehpercayaan modul 59

4.2 Keputusan ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen 60

4.3 Keputusan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan

kumpulan eksperimen 61

4.4 Peningkatan skor min antara kumpulan kawalan dan

eksperimen 64

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pengkelasan Pengajaran Individu 11

2.2 Proses Pembinaan Modul Russell 23

2.3 Proses pembinaan modul

(sumber : Syarifah Alwiah Alsagoff, 1981) 25

2.4 Model Pembinaan Modul Sidek 26

2.5 Skematik Komponen Pemprosesan Maklumat 29

3.1 Proses Menghasilkan Modul 33

3.2 Proses mendapatkan nilai kebolehpercayaan

menggunakan model sesiri 40

3.3 Proses penilaian keberkesanan 42

3.4 Sampel dan Populasi Kajian 44

3.5 Kaedah Pengiraan Kesahan Kandungan Modul 46

4.1 Tajuk dan Muka Hadapan Modul 49

4.2 Contoh paparan isi kandungan 50

4.3 Objektif bagi bab 1, Introduction to Digital 51

4.4 Contoh kandungan yang terdapat dalam modul 52

4.5 Antara contoh yang terkandung dalam modul 53

4.6 Contoh penilaian dan latihan 54

4.7 Contoh jawapan bagi setiap penilaian dan latihan 55

4.8 Senarai rujukan 56

4.9 Nilai kesahan dari pakar bidang 1 57

4.10 Nilai kesahan dari pakar bidang 2 57

xiv

4.11 Pengiraan kebolehpercayaan keseluruhan mengikut

Model Sesiri Vale (1998) 59

4.12 Graf gred melawan peratus kekerapan (%)

- ujian pra bagi kumpulan kawalan 62

4.13 Graf gred melawan peratus kekerapan (%)

- ujian pasca bagi kumpulan kawalan 62

4.14 Graf gred melawan peratus kekerapan (%)

– ujian pra bagi kumpulan eksperimen 63

4.15 Graf gred melawan peratus kekerapan (%)

– ujian pasca bagi kumpulan eksperimen 63

5.1 Penggunaan peta minda dalam modul 70

5.2 Kesimpulan dan tips-tips di penghujung setiap bab 71

5.3 Kesalahan pada contoh sebelum dibetulkan 71

5.4 Kesalahan pada contoh selepas dibetulkan 71

5.5 Kesalahan ejaan sebelum dibetulkan 72

5.6 Kesalahan ejaan selepas dibetulkan 72

5.7 Melabelkan pada setiap gambarajah dan jadual 73

5.8 Melabelkan nombor pada setiap persamaan

Matematik 73

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

S & T - Sains dan Teknologi

% - Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT

A Borang soal selidik kesahan kandungan modul 86

B Soalselidik kebolehpercayaan modul 88

C Penilaian keberkesanan modul-Ujian Pra dan

Pasca 92

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains dan teknologi (S&T) adalah tunggak asas dalam pembangunan dan

kemajuan sesebuah negara dan secara tidak langsung membolehkan Malaysia membina

kekuatan untuk berdaya saing dengan negara-negara maju. Malah dalam era ledakan

maklumat, kehidupan yang serba mencabar dan dilimpahi dengan idea dunia tanpa

sempadan ini, penguasaaan di dalam S&T seringkali menjadi kayu ukur ketinggian

martabat sesuatu negara bangsa (Azmi, 1999)

Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di pandang berat

oleh negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berdaya saing untuk

berdepan dengan cabaran globalisasi. Sesi pembelajaran dan pengajaran dengan

menggunakan modul dilihat lebih efektif dan berkesan dan memberi manfaat kepada

pelajar universiti dan kolej khususnya, pensyarah dan para guru. Terdapat beberapa

kebaikan jika sesi pembelajaran berjalan dengan menggunakan modul, malah ia lebih

mudah untuk disediakan.(Sharifah Alwiah, 1984)

Pembelajaran melalui modul dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk

belajar walaupun pengajaran bermodul bukanlah pelengkap sebenar yang boleh

menjamin kepada kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran (Klingstedt, 1973). Sidek

2

(2005) pula mengatakan pelajar dapat membuat ulangkaji dan belajar sendiri tanpa

bantuan pensyarah dengan berpandukan modul akademik yang disediakan oleh pihak

universiti, kolej atau pusat pengajian tinggi.

Modul akademik adalah modul yang sangat lengkap dan mengandungi semua

bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk nota yang telah disediakan

oleh pensyarah (Sidek dan Jamaluddin, 2005). Modul ini amat sesuai dalam membantu

mengukuhkan pemahaman dan menambahkan pengetahuan kepada pelajar dan sebagai

bahan rujukan tambahan kepada pensyarah.

Kesimpulannya, pengunaan modul dapat memberikan banyak manfaat di

samping dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai cemerlang, gemilang dan

terbilang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Bukan sahaja tertumpu

kepada pendidikan, malah dapat juga menyumbang kepada pembangunan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Modul adalah sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar

sendiri yang lengkap dengan arahan dan tatacara yang sistematik tentang komponen-

komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran

serta aktiviti penilaian. Matlamat utama pemnelajaran menggunakan modul adalah

untuk membolehkan pelajar, sama ada secara individu atau berkumpulan, mengikuti atau

melaksanakan setiap aktiviti atau langkah bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran

(Kamdi Kamil, 1990).

Modul akademik adalah modul yang mempunyai isi yang sangat lengkap dan

mengandungi semua bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang selaras

dengan sukatan yang ditetapkan oleh pihak kolej atau universiti. Modul yang

3

dibangunkan ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah dalam

mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan sedia ada. Tetapi apa yang dapat dilihat

pada masa kini, modul akademik dihasilkan dalam Bahasa Malaysia walhal, pengajaran

dan pembelajaran dalam bidang teknikal telahpun di ubah sepenuhnya dalam bahasa

Inggeris malahan kertas peperiksaan juga telah diwujudkan dalam dwibahasa iaitu

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Bagi memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dan tercicir serta mendapat

pencapaian akademik yang membanggakan, modul-modul yang dihasilkan perlulah

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kebanyakkannya, bahan rujukan

yang disyorkan oleh pensyarah penulisannya didalam bahasa Inggeris, malah bahan

rujukan yang diperolehi daripada internet juga didalam bahasa Inggeris. Selain itu,

terdapat terminologi-terminologi yang mengelirukan pelajar jika diterjemahkan ke

dalam Bahasa Malaysia..

Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum menghasilkan

sesuatu modul antaranya pemilihan teori pembelajaran untuk digunakan dalam

pembangunan modul. Antara asas teori pembelajaran yang digunakan dalam

pembangunan modul ialah teori behaviorisme, teori konstruktivisme dan teori beban

kognitif. Modul yang berkesan bergantung kepada dari segi penyampaian isi yang padat,

ringkas dan tepat serta mudah difahami. Terdapat beberapa kaedah proses pembinaan

modul iaitu dengan menggunakan model yang diperkenalkan oleh Russell (1974), Sidek

Mohd Noah (2001) dan Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984). Pemilihan teori dan model

yang bersesuaian akan dijelaskan dalam bab yang seterusya.

Kesimpulannya, penghasilan modul berkenaan Asas Elektrik dan Elektronik di

dalam bahasa Inggeris djangkakan akan memberikan manfaat kepada pelajar universiti

dan kolej khususnya serta kepada pensyarah-pensyarah dalam mengukuhkan lagi

pemahaman dan konsep berkaitan dengan Elektrik dan Elektronik. Modul yang

dihasilkan juga boleh digunakan oleh pelajar sekolah teknik dan vokasional sebagai

4

persediaan untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi dan berguna kepada guru-guru

sebagai rujukan tambahan..

1.3 Penyataan Masalah

Kebanyakan modul yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran serta

disediakan oleh pihak fakulti hanya dalam penulisan Bahasa Melayu walaupun bahasa

Inggeris telah diaplikasikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

IPTA dan IPTS khasnya di Universiti Teknologi Malaysia. Ini amat menyukarkan dan

membebankan pelajar untuk memahami sesuatu konsep khasnya subjek teknikal kerana

menggunakan modul dalam Bahasa Melayu sedangkan diajar di dalam kuliah

menggunakan Bahasa Inggeris. Disamping itu,masih belum terdapat modul subjek Basic

of Electric and Electronic-Digital Electronics dihasilkan dalam bahasa Inggeris di

fakulti pendidikan UTM. Pemilihan teori dan model yang bersesuaian dalam

membangunkan modul juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan modul yang mudah

difahami, ringkas serta padat dengan pengetahuan

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah untuk

membangunkan sebuah modul pengajaran bagi mata pelajaran “Basic of Electric and

Electronic-Digital Electronics”. Secara khususnya kajian bertujuan untuk:

i. Membangunkan satu modul mengikut Model Pembinaan Modul Sidek.

ii. Membangunkan satu modul berlandaskan Teori Beban Kognitif.

iii. Membina satu modul akademik bertajuk “Basic of Electric and Electronic-

Digital Electronic” dalam bahasa Inggeris

5

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai, di antaranya ialah:

i. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengikut Model Pembinaan Modul

Sidek?

ii. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengaplikasikan Teori Beban Kognitif?

iii. Adakah modul akademik yang bertajuk “Basic of Electric and Electronic-Digital

Electronic” dalam bahasa Inggeris dapat dibangunkan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada beberapa pihak khasnya kepada

pelajar Fakulti Pendidikan, pensyarah dan umumnya kepada Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia.

1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

Modul ini dapat menggantikan modul lama yang digunakan oleh pelajar Fakulti

Pendidikan. Modul yang akan dihasilkan akan ditulis di dalam bahasa Inggeris dan akan

memudahkan pelajar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah memandangkan

bahasa Inggeris digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kuliah. Dengan

adanya modul ini, ia dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan pemahaman dari segi

teori dan pengetahuan sedia ada.

6

1.6.2 Pensyarah

Modul ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan serta bahan bantu

mengajar bagi pensyarah yang mengajar subjek Basic of Electric and Electronic. Modul

ini juga lengkap dengan latihan dan aktiviti yang dapat membantu pensyarah untuk

memantau sejauh mana tahap pemahaman pelajar disamping boleh djadikan sebagai

latihan semasa kelas tutorial

1.6.3 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Dengan terhasilnya modul ini, pelajar-pelajar dairipada Fakulti Pendidikan

khususnya dapat meningkatkan pengetahuan dan mengukuhkan lagi pemahaman dalam

subjek ini. Secara tidak langsung, fakulti Pendidikan dapat melahiran lebih ramai lagi

graduan dan bakal pendidik yang bersedia pada masa hadapan dalam membangunkan

negara dan mendidik anak bangsa

1.7 Skop Kajian

Modul ini akan dibangunkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya

menggantikan modul yang sebelumnya dimana penulisannya di dalam Bahasa Malaysia.

Modul akademik yang dibangunkan iaitu modul “Basic of Electric and Electronic

Electronic-Digital Electronic” lebih padat dan ringkas dari segi pengisian dan

merangkumi definisi, teori serta dibantu oleh gambar-gambar untuk gambaran yang

lebih jelas. Model pembangunan modul serta teori yang bersesuaian akan dijadikan

panduan dalam pembinaan modul “Basic of Electric and Electronic – Digital

Electronic”

7

1.8 Batasan Kajian

Tumpuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul akademik bagi mata

pelajaran “Basic of Electric and Electronic-Digital Electronic”. Terdapat satu tajuk

yang utama yang akan dimuatkan dalam pembangunan modul ini iaitu Digital

Electronic. Di bawah tajuk utama terdapat beberapa subtopik yang merangkumi

definisi, teori, aplikasi dan dibantu dengan gambar-gambar bagi pemahaman yang lebih

mantap. Modul ini akan di uji keatas pelajar tahun satu Sarjana Muda Pendidikan

Kemahiran Hidup. Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan untuk menguji

keberkesanan modul iaitu Kesahan Modul, Kebolehpercayaan Modul dan Penilaian

Keberkesanan Modul

1.9 Definisi Istilah

Terdapat istilah-istilah yang perlu di beri perjelasan bagi memastikan ketetapan

maksud yang digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian

ini :

1.9.1 Modul akademik

Modul akademik ialah modul yang mengandungi bahan nota lengkap yang telah

disediakan oleh pensyarah diberikan kepada pelajar. Menurut Jamaludin Ahmad (2002),

modul akademik merupakan modul yang berkonsep memberi kemudahan khususnya

kepada pelajar-pelajar universiti bagi mengikuti pengajian mereka di IPTA/IPTS.

8

1.9.2 Electric

Menurut The Oxford Dictionary of Current English for Malaysian Students

(2005), electric bermaksud sesuatu benda yang boleh menghasilkan dan mengalirkan

tenaga atau kuasa.

1.9.3 Electronic

Menurut The Oxford Dictionary of Current English for Malaysian students

(2005), electronics bermaksud pembelajaran saintifik, teknologi seta industri yang

berkaitan dengan alat-alat atau perkakas seperti radio, televisiyen, komputer dan lain-

lain lagi

1.10 Penutup Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan

definisi terminologi. Dalam bab ini juga ada menjelaskan dengan teliti tentang hal-hal

yang berkaitan dan mengapa pembinaan modul dilakukan. Bab seterusnya akan

membincangkan tentang sorotan penulisan secara terperinci tentang kajian.