psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia ... filepembinaan dan penilaian kesesuaian...

104
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI DAYA DAN GERAKAN BAGI MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN:2009-2010 Saya NADIAH BINTI JAMALUDIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia 2531-1, Km 13 Kg Surau Batu, PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN Paya Dalam, 75460 Melaka Tarikh: 21.4.2010 Tarikh: 21.4.2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: doantruc

Post on 25-May-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL

PEMBELAJARAN KENDIRI DAYA DAN GERAKAN BAGI

MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN:2009-2010

Saya NADIAH BINTI JAMALUDIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia

2531-1, Km 13 Kg Surau Batu, PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN

Paya Dalam, 75460

Melaka

Tarikh: 21.4.2010 Tarikh: 21.4.2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Fizik)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 21.4.2010

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI DAYA DAN GERAKAN BAGI MATA PELAJARAN FIZIK KBSM

TINGKATAN EMPAT

NADIAH BINTI JAMALUDIN

Laporan projek ini dikemukan

sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

“Saya akui tesis ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NADIAH BINTI JAMALUDIN

Tarikh : 21.4.2010

DEDIKASI

Ibu and abah yang tersayang….

Jamaludin Bin Hassim

Badariah Binti Hj Ahmad

Adik-adikku yang selalu diingati…..

Nadrah Binti Jamaludin

Mohd Aizat Bin Jamaludin

Mohd Aniq Bin Jamaludin

Mohd Fathul Mubin Bin Jamaludin

Mohd Azri Bin Jamaludin

Mohd Ruzaini Bin Jamaludin

Penyelia yang yang amat di segani …

PM Aziz Bin Nordin

Kawan-kawan ku seperjuangan ……

4 SPF

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

PENGHARGAAN

Alhamdullilah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan projek

Sarjana Muda saya dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih ……

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan abah kerana limpah kasih sayang

mu yang mampu buat aku berdiri di sini sebagai seorang pelajar UTM.

Adik-adikku yang selalu menceriakan hidup aku dengan karenah mereka dan

membuat aku bersemangat untuk menjadi seorang akak yang menjadi teladan kepada

mereka.

PM Aziz Bin Nordin, yang membantu dan memberi panduan kepada aku sepanjang

kajian PSM dijalankan. Banyak pandangan serta sokongan yang beliau berikan.

Terima Kasih..

Rakan-rakan seperjuanganku, 4 SPF yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam kajian ini. Kenangan kita semua akan aku ingati selalu..

Bersama-sama kita tinggalkan UTM dengan kejayaan.

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini kekurangan bahan

pembelajaran yang bermutu dan berkesan menyebabkan penyelidikan dilakukan

untuk mengkaji mengenai pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) secara

lebih mendalam dan terperinci. Banyak kelebihan dan keberkesanan yang telah

ditonjolkan oleh MPK sebagai salah satu cara pembelajaran berkesan yang

menyebabkan pemilihan MPK sebagai bahan kajian adalah sangat tepat. Selain itu,

kajian ini juga telah menggunakan Model Teras-Cabang ( Shaharom, 1994) sebagai

pembinaan MPK. MPK ini dinilai melalui dua peringkat penilaian iaitu kajian rintis

dan penilaian formatif. Penilaian formatif pula dilakukan melalui dua fasa iaitu

Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK). Kedua-dua fasa penilaian formatif yang telah dijalankan adalah merentas

dua pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar dan jantina. Seramai empat orang

guru Fizik telah terlibat dalam PFSS dan enam orang guru Fizik yang lain telah

terlibat dalam PFKK. Alat kajian yang digunakan ialah satu set borang Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru) (Shaharom, 1994). Hasil

dapatan kajian ini diterangkan secara analisis statistik deskriptif dalam bentuk min,

dan sisihan min. Keputusan kajian menunjukkan bahawa MPK yang dibina adalah

sesuai pada fasa PFSS dan sesuai bagi fasa PFKK.

ABSTRACT

The lack of the quality learning materials in the teaching and learning process

was the main factor that initiated this study on the construction of a more in depth

Self Learning Module (SLM). The multiple benefits derived from the SLM as an

effective learning medium led to the decision in selecting the SLM as a tool

deserving further investigation. This study also utilized the Model Teras Cabang

(Shaharom, 1994) to built SLM. This learning module was assessed at two levels

which is the pilot study and the formative evaluation. The latter was conducted, i.e

One-to-One Formative Evaluation (OFE) and Small-Group Formative Evaluation

(SGFE). Both formative evaluation were carried out across two independent

variables which are teaching duration and gender. Four Physics teachers were

involved in the OFE and another six Physics teachers participated in the SGFE. The

research instrument utilized was a set of the Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994). The findings of the study

were analyzed using descriptive statistics and displayed the mean and mean

deviation. The research indicated that SLM design is very appropriate at both levels

of evaluations.

KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Penggunaan Buku Teks 4

1.2.2 Mutu Bahan 5

1.2.2.1 Teks 5

1.2.2.2 Gambarajah 6

1.2.2.3 Ringkasan Bab 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Rangka Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.7.1 Pelajar 10

1.7.2 Guru 10

1.7.3 Institusi Pendidikan 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Takrifan Istilah 12

1.10 Rumusan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Pembelajaran Individu 16

2.3 Modul Pembelajaran Kendiri 16

2.3.1 Objektif Penggunaan Modul 17

2.3.2 Ciri-ciri Asas MPK 18

2.3.3 Prinsip-prinsip Pedagogi MPK 19

2.3.4 Penulisan MPK 19

2.3.5 Penerapan Kontekstual dalam MPK 20

2.3.6 Rasional Penggunaan MPK 20

2.4 Model Berkaitan 21

2.4.1 Model Burns 21

2.4.2 Model Klingstedt 23

2.4.3 Model Eijil 24

2.4.4 Model De Vito 25

2.4.5 Model Meyer 27

2.5 Model Teras Cabang 28

2.5.1 Rasional Penggunaan Model Teras

Cabang 31

2.6 Kajian yang Berkaitan dengan Pembinaan dan

Penilaian MPK dalam Bidang Fizik 32

2.7 Kajian Permasalahan Proses Pembelajaran dalam

Mata Pelajaran Fizik 35

2.8 Rumusan 38

BAB III PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 39

3.2 Reka BentukKajian 40

3.3 Subjek Kajian 40

3.4 Alat Kajian 41

3.5 Tatacara Kajian 42

3.5.1 Peringkat Pertama : Pembinaan MPK 43

3.5.2 Peringkat Kedua : Kajian Rintis dan

Penilaian Formatif 45

3.5.3 Peringkat Ketiga : Analisis Data 46

3.6 Batasan Kajian 49

3.7 Rumusan 49

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Kajian Rintis 52

4.3 Penilaian Formatif terhadap Kesesuaian MPK 53

4.3.1 Persoalan Kajian 1 53

4.3.2 Persoalan Kajian 2 54

4.4 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 55

4.4.1 Persoalan Kajian 3 55

4.4.2 Persoalan Kajian 4 57

4.5 Penilaian Formatif Merentas Jantina 58

4.5.1 Persoalan Kajian 5 58

4.5.2 Persoalan Kajian 6 59

4.6 Rumusan 61

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Ringkasan dan Perbincangan 63

5.2.1 Penilaian MPK pada Fasa PFSS dan

PFKK sebagai bahan pembelajaran Fizik

Tingkatan Empat 63

5.2.2 Penilaian MPK Merentas Tempoh Mengajar

pada Fasa PFSS dan PFKK sebagai bahan

pembelajaran Fizik Tingkatan Empat 64

5.2.3 Penilaian MPK Merentas Jantina pada Fasa

PFSS dan PFKK sebagai bahan

Pembelajaran Fizik Tingkatan Empat 64

5.3 Kesimpulan 65

5.4 Implikasi 66

5.4.1 Pelajar 66

5.4.2 Guru 67

5.4.3 Penyelidik 67

5.4.4 Institusi Pendidikan 68

5.5 Cadangan 68

5.6 Cadangan Penyelidik Masa Hadapan 69

5.7 Rumusan 70

BIBLIOGRAFI 71

LAMPIRAN 75-86

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru 42

4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh Guru Fizik 53

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh Guru Fizik 54

4.3 Penilaian Formatif Satu dengan Satu Merentas Tempoh

Mengajar 56

4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentas Tempoh

Mengajar 57

4.5 Penilaian Formatif Satu dengan Satu Merentas Jantina 59

4.6 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentas Jantina 60

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kajian 9

2.1 Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) 31

3.1 Rangka Kerja Konsep Pembinaan Modul 43

3.2 Rangka Kerja Peringkat Satu 44

3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis 45

3.4 Rangka Kerja Pembinaan MPK 47

3.5 Rangka Kerja Keseluruhan 48

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

X Min atau purata

Xi Setiap markat subjek

n Bilangan markat

∑ Jumlah

≤ Kurang atau sama dengan

> Lebih

HSP Huraian Sukatan Pelajaran

JPK Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK (Guru)

KBSM Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

L Lelaki

MPK Modul Pembelajaran Kendiri

PFSS Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

P Perempuan

SENARAI LAMPIRAN

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian MPK (Pelajar) 75

B Soal Selidik Kesesuaian MPK (Guru) 78

C Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 83

MPK Untuk Guru

D Pengesahan MPK 84

E Pengesahan Guru Fizik 86

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya

dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi serta

termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan

pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (Pusat Perkembangan Kurikulum

(PPK), 2003:1)

Proses pembinaan bangsa yang berpendidikan tinggi adalah teras kepada

kemajuan negara. Ini kerana, sumber manusia yang diinginkan hanya dapat

dilahirkan serta dibangunkan melalui sistem pendidikan yang mantap, bermatlamat

dan dinamik yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran dengan aspek

latihan yang seiring dengan aspirasi negara sebagai negara maju dan penyumbang

kepada teknologi menjelang 2020 (Mardiana dan Hasnah, 2000).

Justeru itu, pelbagai usaha daripada pelbagai pihak atau khususnya

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan bagi

mencapai negara maju dalam membentuk sumber manusia. Maka, kewujudan buku

rujukan, buku latihan atau buku tambahan digunakan untuk menggantikan

penggunaan buku teks.

Ini kerana, pelbagai jenis bentuk bahan bantu pengajaran berkeupayaan dan

mampu dalam membantu para pelajar menguasai sesuatu konsep. Maka, pembinaan

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan salah satu kaedah yang berkesan

dalam membentuk pelajar berusaha belajar secara kendiri.

Menurut (Shaharom, 1994), MPK adalah pakej pengajaran-pembelajaran

kandungan kendiri yang direka bentuk dengan terancang, teratur dan sistematik,

menggunakan strategi pembelajaran penguasaan serta mengabungkan beberapa

komponen penting pendidikan berketrampilan (PBK) seperti objektif pembelajaran

yang jelas, bahan dan aktiviti pembelajaran, penilaian, maklum balas pencapaian,

rujukan, pilihan pembelajaran serta arahan yang jelas.

Ini untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan

kadar masing-masing. Ia biasanya berasaskan pada teknologi pendidikan dan boleh

dalam bentuk bahan bercetak atau gabungan kedua-duanya. Secara ringkas, MPK

adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar

sendiri.

Pembinaan MPK yang menerapkan pemerolehan pengetahuan, penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta penerapan nilai-nilai murni adalah

satu persoalan yang perlu diutamakan. Ini kerana, objektif pembelajaran di setiap

akhir proses pembelajaran perlulah dicapai oleh pelajar-pelajar yang terdiri daripada

pelbagai aras kognitif.

Menurut Salfarina (2003), bahan pembelajaran MPK juga perlu menerapkan

pembelajaran secara berfikrah dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang

bermutu. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menerapkan pembelajaran

berfikrah seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran

penguasaan dan pembelajaran bermakna. Ini dapat membantu guru dan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dari segi aspek kognitif, psikomotor

dan afektif. MPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat

meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

Namun begitu, pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

dengan kehidupan harian murid. Pendekatan konteksual digunakan di mana murid

belajar secara menyiasat, perkaitan antara bahan yang diajar dengan kehidupan

harian dieksplitsitkan. Dalam proses pembelajaran ini, murid dapat menghayati

kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka bukan sahaja belajar

secara teori sahaja (Abu Hassan, 2003).

Pengunaan situasi kehidupan sebenar berupaya merangsang sifat ingin tahu

manusia tentang bagaimana sesuatu benda berfungsi, memberi motivasi kepada

individu untuk memahami konsep fizik yang mendasari situasi tersebut dan memberi

keyakinan kepada pelajar mempelajari konsep fizik yang lebih abstrak (Griffith,

2001).

Konteks bagi pelajar-pelajar merangkumi seperti peristiwa dalam bilik darjah

dan sekolah, rumah, alat-alat yang digunakan dalam kehidupan seharian, kenderaan,

sukan, dan alam persekitarannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

MPK adalah salah satu bahan pembelajaran tambahan yang kebiasaannya

dikeluarkan oleh syarikat-syarikat penerbitan buku. Tujuan penerbitan MPK atau

buku rujukan tambahan ini adakala meragukan pelbagai pihak. Adakah untuk

meningkatkan kefahaman pelajar atau mencari keuntungan tanpa mempedulikan

proses dan hasil pembelajaran.

Guru mempunyai peranan penting untuk menggalak dan memastikan bahan

pembelajaran itu bermutu dan bersesuaian dalam mencapai tahap kefahaman pelajar.

Bahan pembelajaran ini haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar dan

menekankan perbezaan individu agar objektif pembelajaran dapat dicapai oleh para

pelajar (Salfarina, 2003).

Bidang mekanik dalam mata pelajaran Fizik, miskonsepsi pelajar adalah lebih

kerap dan kuat adalah dalam tajuk Daya dan Gerakan. Contoh miskonsepsi pelajar

tentang daya dan gerakan seperti objek dalam keadaan rehat tiada daya yang

bertindak dan objek yang bergerak mempunyai daya gerakan (Lilia et al. 2002).

Beberapa aspek ini adalah menekankan sebahagian permasalahan yang

menganggu proses pembelajaran menjadi kurang sempurna. Antaranya ialah

penggunaan buku teks yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan juga mutu bahan pembelajaran yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan.

1.2.1 Penggunaan Buku Teks

Buku teks merupakan buku yang diterbitkan oleh KPM dan wajib dimiliki

pada semua pelajar dan juga semua mata pelajaran yang mereka ambil untuk

dijadikan rujukan utama. Penerangan buku teks juga boleh mengundang

miskonsepsi pelajar dan menurut kajian ke atas 12 buku teks sains peringkat sekolah

menengah rendah yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh AAPT (2001), terdapat

banyak kesilapan seperti eksperimen yang tidak mungkin berjaya dan juga

gambarajah yang mengelirukan (Lilia et al. 2002)

Di antara bahan-bahan bercetak pengajaran dan pembelajaran seperti buku

teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, suratakhbar dan nota-nota tercetak, buku

teks masih merupakan bahan pergantungan bagi guru dan pelajar (Abdullah dan

Yunus, 1993). Oleh itu, guru seharusnya lebih peka dan kritikal terhadap isi

kandungan yang terdapat dalam buku teks kerana ia akan megundang pelbagai

masalah kelak termasuk prestasi pelajar terhadap mata pelajaran fizik.

Menurut Rashimah (2006), analisis kuantitatif ke atas buku teks dan buku

rujukan yang telah dilakukan oleh Abu Ani (2001), Aziyah (2001), Hasralda (2000),

Nor Rahimah (2003), Nur Hanani (2001), Mazlienor (2000), Rosliza (2001),

Salfarina (2002) dan Hanafi (2002) menyatakan bahawa buku-buku teks mengalami

kekurangan sama ada dari segi aktiviti, teks, gambarajah dan sebagainya.

Muhamad Sam dan Shaharom (1999) turut menyatakan penelitian terhadap

mutu bahan-bahan P&P sama ada buku teks atau buku rujukan yang digunakan amat

penting kerana ia dapat memastikan proses P&P yang dijalankan memberi makna

kepada pelajar

1.2.2 Mutu Bahan

Menurut Salfarina (2003), mutu bahan haruslah ditekankan dalam memilih

bahan pembelajaran agar dapat memenuhi keperluan oleh Huraian Sukatan Pelajaran

(HSP) dan ditetapkan oleh KPM. Romey (1968) dalam Farihah (2006) juga

menyatakan kerja menganalisis sesebuah buku ini perlu merangkumi aspek menilai

teks, menilai gambarajah, menilai soalan di akhir bab, menilai ringkasan dan menilai

aktiviti.

1.2.2.1 Teks

Penerangan sesuatu bahan bacaan atau pun teks yang baik amat penting untuk

proses penyampaian maklumat yang berkesan agar proses pembelajaran dapat

dilakukan. Masalah yang timbul juga sering dikaitkan dengan miskonsepsi pelajar

kerana pelbagai takrifan yang berlainan dalam sesuatu konsep fizik. Ia berpunca

daripada penerbitan pelbagai buku rujukan di pasaran bagaikan air laut yang tiada

pasang surutnya.

Teks merupakan satu medium komunikasi antara pelajar dalam

menggalakkan pembinaan pemikiran kritis dan menimbulkan sifat ingin tahu pelajar

untuk memahami alam fizik ini. Penceritaan teks yang kreatif dan tidak

membosankan juga memupuk minat pelajar untuk mempelajari konsep fizik dengan

mendalam.

Bidang fizik merupakan subjek yang abstrak dan tidak semua konsep dapat

dijelaskan dengan menggunakan penerangan teks sahaja. Penekanan kepada

bahagian penerangan sahaja membuatkan para pelajar lebih bersifat menerima tanpa

perlu berfikir dengan lebih mendalam lagi dan ini menyebabkan proses pembelajaran

berasaskan penyiasatan tidak berlaku (Ch‟ng, 2000).

Maka, teks harus seimbang dalam pelbagai segi seperti fakta, kesimpulan,

takrifan, soalan dan arahan agar penerangan yang jelas dapat membina pelajar

berfikir sewaktu membacanya.

1.2.2.2 Gambarajah

Gambarajah juga digunakan sebagai alat penghantar maklumat yang berkesan

dan berkeupayaan sifat ingin tahu pelajar. Namun hasil analisis kajian yang

dilakukan oleh Razak (2001) mengatakan masih terdapat lagi kekurangan dalam

unsur gambarajah. Beliau mendapati kebanyakan gambarajah telah lengkap dilabel

tanpa melibatkan aktiviti pelajar melukis dan melabel gambarajah sendiri.

1.2.2.3 Ringkasan Bab

Ringkasan bab ialah ringkasan atau pun kesimpulan untuk menyorot semula

semua isi penting yang telah dipelajari di dalam bab sebelum itu. Kajian yang

dilakukan oleh Razak (2001) dan Kadir (2001) mendapati ringkasan bab tidak

melibatkan pelajar berfikir dengan menyiasat lebih mendalam tetapi hanya

mengulangi kesimpulan fakta.

Seharusnya, ringkasan bab bukan sahaja dapat menekankan konsep yang

penting malah dapat membina pemikiran yang konkrit dengan penambahan

maklumat baru di era teknologi pada masa kini.

Bahan bacaan yang baik juga dapat diselitkan dengan aktiviti-aktiviti atau

eksperimen yang mudah supaya pelajar dapat lakukan walaupun tanpa pemerhatian

guru. Aktiviti yang kreatif dapat meningkatkan lagi minat dan sifat ingin tahu

pelajar selain dapat menerapkan nilai-nilai murni atau saintifik dalam pembelajaran

yang bercorak penyiasatan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dibincangkan di atas,

kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana MPK Daya dan Gerakan

bagi mata pelajaran Fizik tingkatan empat aliran sains dibina sesuai digunakan di

sekolah-sekolah sebagai salah satu bahan pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1. Membina tiga Modul Pembelajaran Kendiri bagi mata pelajaran Fizik

Tingkatan Empat Daya dan Gerakan iaitu:

MPK 1 : Inersia

MPK 2: Kesan Daya

MPK 3: Daya Graviti

2. Membandingkan kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar Tingkatan

Empat oleh guru merentas tempoh mengajar.

3. Membandingkan kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar Tingkatan

Empat oleh guru merentas jantina.

1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai

digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat?

ii. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai

digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat?

iii. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina

merentas tempoh mengajar?

iv. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang

dibina merentas tempoh mengajar?

v. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina

merentas jantina?

vi. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Kecil

oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina merentas

jantina?

1.6 Rangka Kajian

Rajah 1.1 Rangka Kajian

Rangka kajian ini adalah urutan sebagai proses pembinaan MPK dalam

menyelesaikan permasalahan mutu bahan yang telah dibangkitkan oleh penulis

dalam latar belakang masalah tersebut. Kesesuaian MPK akan dinilai dari aspek

penilaian yang akan dijalankan iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (FPSS) dan

Penilaian Formatif Kelompok Kecil (FPKK). Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru) oleh Shaharom (1994) digunakan dalam menilai

tahap kesesuaian MPK.

Penilai akan menilai kesesuaian MPK yang telah dibina berdasarkan

merentasi tiga pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar, kelulusan akademik dan

jantina guru Fizik

Bahan

MPK 3 MPK 2 MPK 1

Mutu Bahan:

Kesesuaian MPK

Hasil

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan pembinaan MPK ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu

kepentingan terhadap pelajar, guru dan institusi pendidikan.

1.7.1 Pelajar

MPK merupakan sumber pembelajaran khusus dalam bentuk pembelajaran

kendiri yang membolehkan pelajar belajar mengikut kadar kebolehan mereka dan

dapat mengetahui kelemahan diri. Pelajar juga dapat membuat pembetulan dengan

mempelajari semula bahan pembelajaran utama dan menjawab soalan berkenaan.

Ini kerana MPK digunakan sebagai salah satu kaedah pembelajaran individu

di mana pelajar bebas belajar mengikut kehendak mereka dan dapat menganalisis

kelemahan mereka sendiri. Ini diakui juga oleh Sharifah Alwiah (1984) yang

mengatakan pengajaran terancang atau penggunaan modul membolehkan pelajar

maju mengikut kadar kebolehannya sendiri.

Pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza dan ini menyebabkan wujudnya

perbezaan individu antara mereka pada kognitif, afektif dan juga gaya pembelajaran

mereka. MPK dibina biasanya disesuaikan dengan perbezaan individu di kalangan

para pelajar dari segi format dan juga isi kandungan bahan pembelajaran.

1.7.2 Guru

Penghasilan modul ini sebagai salah satu alat pembelajaran untuk proses

pengajaran dapat meringankan beban guru daripada tindihan aktiviti-aktiviti

akademik, sekolah dan juga aktiviti harian mereka. Modul juga merupakan satu

garis panduan kepada guru untuk melakukan aktiviti di dalam kelas dan membina

soalan-soalan untuk menguji pemikiran para pelajar.

Ini kerana, guru sepatutnya mengambil kira perbezaan individu atau tahap

kognitif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain daripada

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Maka, MPK sebagai pembelajaran

individu yang berpusatkan pelajar dapat memudahkan guru mencapai objektif

pengajaran di samping meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif yang optimum.

Yang dipentingkan dalam pembelajaran secara individu ini ialah murid itu

sendiri melakukan perkara-perkara yang menghasilkan pembelajaran dan bukannya

guru melakukan perkara-perkara untuk mengajar murid (Sharifah Alwiah, 1984)

1.7.3 Institut Pendidikan

Penggunaan MPK sebagai bahan pengajaran dapat membantu meningkatkan

kurikulum pendidikan selain daripada mempelbagaikan kaedah atau teknik

pengajaran, mewujudkan bahan pengajaran dan alat mengajar yang memupuk minat

dan sifat ingin tahu pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.

MPK mengandungi objektif pembelajaran yang jelas, pemecahan kepada

unit-unit tertentu, diuji dan disemak melalui proses penilaian formatif kelompok

sasaran, pilihan aktiviti pembelajaran serta unsur penilaian di tempat yang strategi

(Abdul Razak, 1991)

Perubahan kurikulum adalah satu usaha yang berterusan untuk mengambil

kira pengembangan dalam ilmu sains yang terkini, serta mengemas kini pengetahuan

dalam bidang tersebut dan implikasi dapatan kajian tentang keberkesanan kurikulum

serta pengajaran dan pembelajaran Fizik.

1.8 Skop Kajian

MPK yang dibina akan dinilai oleh enam orang guru pakar Fizik di sekitar

Melaka dan juga Johor. Sebelum pembinaan modul, lima belas orang pelajar telah

dipilih untuk mengkaji permasalahan mengenai pembelajaran Fizik yang

menggunakan kandungan buku teks atau buku rujukan yang ada dipasaran.

1.9 Definisi Istilah

Bahagian ini membincangkan definisi istilah-istilah yang berkaitan dengan

konteks kajian ini bagi tujuan menjelaskan istilah yang digunakan dalam kajian.

1.9.1 Modul Pembelajaran Kendiri

MPK adalah pakej pengajaran-pembelajaran kandungan kendiri yang direka

bentuk dengan terancang, teratur dan sistematik. Ia mengandungi beberapa

komponen seperti objektif pembelajaran yang jelas, bahan dan aktiviti pembelajaran,

penilaian, maklum balas pencapaian, rujukan, pilihan pembelajaran serta arahan yang

jelas (Shaharom, 1994)

1.9.2 Guru Fizik

Ia merujuk kepada guru yang mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah

menengah mengikut pengkhususan atau tanpa mengikut pengkhususan.

1.9.3 Kesesuaian

Dalam konteks kajian ini, kesesuaian ialah isi kandungan MPK yang akan

dibina hendaklah bersesuaian atau memenuhi keperluan HSP.

1.9.4 Pembinaan

Maksud pembinaan yang merujuk kepada kajian ini ialah membina atau

mereka bentuk MPK dengan menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994).

1.9.5 Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ialah satu penilaian berterusan yang dilakukan dalam

kajian ini untuk menilai kesesuaian MPK. Seterusnya, terdapat dua jenis penilaian

dalam kajian ini iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian

Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.9.6 Tempoh Mengajar

Merujuk kepada kajian ini, tempoh mengajar ialah satu jangka masa

seseorang guru mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah menengah. Dalam konteks

kajian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kurang atau sama dengan lima tahun (≤

5) dan lebih dari lima tahun (> 5).

1.10 Rumusan

Melalui Bab 1 ini, perkara-perkara yang dibincangkan mengenai isu-isu

dalam proses pembelajaran menggunakan MPK serta pembinaannya. Punca

permasalahan dalam pembinaan MPK telah dirungkaikan di dalam latar belakang

masalah yang seringkali menjadi isu dalam proses pembelajaran kendiri pelajar.

Namun kekuatan dalam pembinaan MPK menjadikan salah satu kaedah terpenting

dalam proses pembelajaran dengan menekankan aspek-aspek kualiti yang perlu ada

dalam MPK.

Ketiga-tiga MPK yang akan dibina ini akan dinilai kesesuaian dari segi

kandungan sama ada ia memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran oleh guru-guru fizik

berdasarkan faktor tempoh mengajar serta jantina.

Penekanan elemen kognitif dan konsep kontekstual diterapkan di dalam

pembinaan MPK untuk memberi input yang berkesan kepada pelajar untuk

meningkatkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran Fizik. Selain itu,

kepentingan MPK sebagai bahan tambahan yang dapat memberi manafaat kepada

pelajar malah kepada guru dan juga institusi pendidikan.

Justeru itu, pembinaan MPK ini diharapkan dapat membina pemikiran pelajar

yang konkrit dalam bidang ilmu Fizik serta dapat menyumbangkan idea-idea mereka

yang baru pada masa akan datang.

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan secara ringkasan mengenai pembelajaran

individu atau pembelajaran kendiri yang berpusatkan kepada pelajar. Sorotan

penulisan ini juga akan mengetengahkan teori-teori yang berkaitan dalam pembinaan

MPK seperti ciri-ciri MPK, penulisan dalam MPK serta rasional pembinaan MPK

kepada pelajar dan juga guru.

Selain itu, bab ini akan membincangkan model-model MPK iaitu Model

Burns (1972), Model Klingsedt (1972), Model Eijl (1976), Model De Vito (1976),

Model Meyer (1988) dan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Namun begitu,

penyelidik menggunakan Model Teras Cabang Shaharom sebagai teras dan panduan

dalam pembinaan MPK dan dalam bab ini juga dibincangkan rasional penggunaan

model tersebut.

Seterusnya, penyelidik juga mengupas mengenai kajian-kajian tentang

permasalahan dalam mata pelajaran Fizik yang menjadi salah satu faktor

kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Kajian penyelidik-

penyelidik lain dalam penggunaan MPK dalam mata pelajaran Fizik juga

dibincangkan secara ringkas dalam bab ini.

2.2 Pembelajaran Individu

Menurut Esah Sulaiman (2004), pengajaran individu melibatkan pengajaran

terhadap seorang individu dan pembelajaran yang berdikari. Dalam proses

pembelajaran yang berpusatkan murid, pelajar terlibat secara aktif dan guru hanya

bertindak sebagai fasilitator.

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan bahan pengajaran dan

bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Pembelajaran berlaku bergantung

kesediaan pelajar kerana mereka mempunyai perbezaan kognitif dan gaya belajar.

Pelajar juga boleh menentukan objektif atau matlamat sesuatu aras pembelajaran

bergantung kebolehannya dan masa mereka.

Bahan yang digunakan merupakan pengajaran yang terancang, iaitu modul

atau bahan yang dipelajari telah disusun mengikut berturutan. Pengajaran yang

terancang dilaksanakan adalah dengan memberi pelajar bahan yang tersendiri

daripada suatu siri kerangka pengajaran yang tersusun (Esah Sulaiman, 2004).

Dalam setiap kerangka mengandungi maklumat, soalan dan jawapan dalam sesuatu

mata pelajaran.

Esah Sulaiman juga mengatakan pembelajaran individu atau kendiri ini

membolehkan pelajar belajar mengikut kebolehan mereka dan dapat menguji diri

pelajar sendiri. Selain itu, dapat mengajar diri sendiri dengan membuat pembetulan

setelah pembelajaran.

2.3 Modul Pembelajaran Kendiri

Modul Pembelajaran Kendiri merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang dirancang dan dipertingkatkan mengikut kebolehan pelajar untuk berkeupayaan

secara kendiri.

MPK juga boleh dibentuk dalam pelbagai media seperti bahan bercetak,

bahan visual seperti slaid, filem, video dan gambar-gambar, bahan-bahan audio

seperti rakaman-rakaman. Maka, isi kandungan sesuatu MPK haruslah diutamakan

dalam pembelajaran. Manakala, media massa dan sumber lain hanya membantu dan

menyokong isi kandungan pembelajaran dalam sesuatu MPK.

Menurut Ee (1997) dalam Rashimah (2006), modul yang disediakan

membenarkan pelajar-pelajar maju dari senang kepada yang susah dan seseorang

yang maju dengan cepat atau lambat dengan modul yang disediakan.

2.3.1 Objektif Penggunaan Modul

Matlamat utama dalam penggunaan modul adalah untuk membolehkan

pelajar belajar secara individu atau berkumpulan dalam melaksanakan setiap aktiviti

bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran.

Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dilihat dapat mengatasi perbezaan setiap individu ini. Ini adalah

kerana sifat MPK tersebut yang berpusatkan pelajar dan seterusnya memberikan

peluang kepada pelajar untuk mengawal pembelajarannya sendiri mengikut

kebolehan dan kemampuan yang dimilikinya (Wan Mansor, 2008).

Maka, objektif yang perlu ada dalam setiap modul menurut Kamaruddin

(1990:70) ialah :

a) Pelajar dapat mempelajari dan mengikuti sesuatu pelajaran dengan lebih

mudah.

b) Pelajar dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mengenai sesuatu perkara.

c) Pelajar menjadikan modul sebagai bahan pengayaan dan juga bahan bacaan

tambahan.

d) Pelajar dapat menggunakan bahan ini pada masa terluang.

e) Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dengan menjawab soalan-soalan

yang berhubung dengan butiran-butiran baru.

f) Pelajar dapat mengatasi masalah kekurangan pembelajaran yang telah

dikesan dan ditentukan jenisnya.

2.3.2 Ciri-ciri Asas Modul Pembelajaran Kendiri

MPK adalah satu siri akiviti yang sebenarnya telah dirangka dan

diprogramkan selaras dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik

minat, memberikan motivasi dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran

Maka, menurut Shaharom Nordin (1994) ciri-ciri asas dalam MPK adalah

seperti berikut :

a) Kandungan kendiri atau pakej pengajaran kendiri

b) prihatin terhadap perbezaan individu

c) mempunyai objektif pembelajaran

d) isi kandungan dan aktiviti pembelajaran disediakan dan disusun dalam

turutan yang sistematik

e) kepelbagaian dalam penggunaan media

f) penglibatan aktif dari para pelajar

g) gerakbalas pengukuhan yang segera

h) strategi penilaian penguasaan

i) pilihan pembelajaran yang disediakan iaitu unsur pengajaran dan pemulihan

j) penilaian sumatif disediakan untuk mengenal pasti kesukaran pembelajaran

yang dihadapi oleh para pelajar

2.3.3 Prinsip-prinsip Pedagogi dalam MPK

Keberkesanaan penggunaan MPK yang maksimum dapat dilaksanakan jika

prinsip-prinsip pedagogi dapat diterapkan (Kamaruddin, 1988). Ini kerana :-

a) Seorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka dibenarkan

belajar mengikut kadar kefahamannya iaitu secara tidak terdesak.

b) Seorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya isi pelajaran disusun

secara logik dan bahagian-bahagiannya dikaitkan antara satu sama lain.

c) Seorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekirannya dia mengetahui

tindak balasnya (jawapan) betul atau salah dan membetulkannya dengan

segera.

d) Seorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya motivasinya cukup

tinggi.

2.3.4 Penulisan Modul Pembelajaran Kendiri

Penulisan yang berkesan amat penting dalam setiap isi kandungan modul

supaya segala maklumat dapat difahami oleh pelajar dengan mudah. Menurut Nigel

(1991), ciri-ciri penulisan yang berkesan antaranya ialah :

i. penulisan adalah berdasarkan kumpulan sasaran

ii. gunakan pendekatan yang aktif seperti perkara, perbuatan atau objek untuk

menarik perhatian pelajar.

iii. pembinaan pembelajaran adalah untuk individu

iv. penulisan hendaklah ringkas, jelas dan mudah difahami oleh pelajar

v. sesuaikan penulisan dengan ilustrasi

vi. dapatkan seseorang untuk memberi komen terhadap penulisan tersebut

vii. gunakan tajuk yang sesuai.

2.3.5 Penerapan Konsep Kontekstual Dalam Modul Pembelajaran Kendiri

Melalui pengajaran kontekstual, pelajar dapat membina pengetahuan yang

sedia ada menerusi konteks kehidupan sebenar yang dimasukan dalam pengajaran.

Pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang

menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan

alam pekerjaan.

Pembelajaran secara kontekstual dipilih dalam pembinaan isi kandungan

modul khususnya dalam bahagian pengayaan kerana ialah mengaitkan ilmu sains

yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia

pekerjaan. Selain itu, juga dapat memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan

menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

Menurut Wan Absah (1997), perkara ini akan membolehkan pelajar

mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan

penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan

serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

2.3.6 Rasional Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri

a) Pelajar dapat mengikut pembelajaran dengan kadar kemampuan sendiri

berdasarkan perbezaan kognitif dan gaya belajar.

b) Pelajar kurang menghadapi tekanan kerana boleh digunakan pada bila-bila

masa dan tempat samada di dalam kelas, sekolah atau rumah.

c) Pelajar boleh menggunakan MPK sebagai bahan pembelajaran secara

individu, kumpulan kecil atau besar mengikut keperluan.

d) Pelajar dapat maklum balas yang cepat dan tepat dalam sesuatu topik.dan

dapat meningkatkan motivasi diri dengan menilai jawapan yang diberi.

e) Guru juga boleh menggunakan modul sebagai salah satu bahan pengajaran di

dalam kelas atau sebagai tugasan pelajar.

2.4 Model Berkaitan

Terdapat beberapa model MPK yang telah dihasilkan yang menjadi asas

dalam pembinaan MPK. Setiap model mempunyai elemen-elemen atau komponen

yang berbeza antara satu sama lain. Antara model-model tersebut ialah Burns

(1972), Klingstedt (1972), Eijl (1976), De Vito (1976), Meyer (1988) dan Shaharom

(1994).

2.4.1 Model Burns

Model Burns (1972), model ini mempunyai unit pembelajaran yang

berstruktur bagi memenuhi keperluan pelajar. Objektif pembelajaran yang

menekankan aspek-aspek pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif

diterapkan dalam proses pembinaan MPK.

Terdapat lapan komponen di dalam model ini iaitu tajuk, objektif, „overview‟,

praujian, rasional, pilihan pengajaran, ujian selepas dan sumber.

i. Tajuk

Bahagian ini mengandungi tarikh, tajuk, nombor kod IM (Instructional

Modules) dan sumber yang boleh dipercayai bagi MPK yang telah dibina.

ii. Objektif

Objektif pembelajaran yang jelas perlu dicapai oleh para pelajar di akhir

proses pembelajaran.

iii. Overview

Bahagian ini mempunyai persamaan seperti ringkasan bab yang bertujuan

memberi penerangan ringkas bagi keseluruhan isi kandungan MPK. Ia juga boleh

dijadikan rujukan pelajar yang lemah bagi memberi gambaran awal dalam membina

kefahaman pelajar.

iv. Praujian

Praujian ini merupakan satu penilaian bagi mengukur tahap kefahaman para

pelajar terhadap topik pembelajaran yang bakal diikuti. Ia juga dapat memberikan

maklumat kepada guru mengenai kelemahan yang pelajar hadapi untuk memberi

bimbingan yang sewajarnya kepada para pelajar. Praujian ini akan menilai sama ada

pelajar boleh beralih ke bahan seterusnya tanpa perlu mengikuti bahan pembelajaran

yang telah disediakan atau sebaliknya.

v. Rasional

Bahagian ini berfungsi bagi menyatakan kepentingan kepada pelajar apabila

mereka perlu menguasai objektif pembelajaran di akhir proses pembelajaran. Selain

itu, berperanan dalam menyatakan kepentingan pembinaan MPK bagi memenuhi

keperluan pelajar dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.

vi. Pilihan Pengajaran

Pelajar diberikan kebebasan dalam memilih kaedah pembelajaran yang

diminati untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar. Ia merupakan satu kaedah

pembelajaran yang berbentuk kendiri seperti ceramah secara audio, video dan visual

bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran selain dapat meningkatkan

kefahaman pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Pemilihan kaedah pengajaran ini

berbentuk satu pilihan atau gabungan beberapa teknik pengajaran yang bergantung

kepada pembina MPK.

vii. Ujian Selepas

Ia adalah bahagian yang akan menilai pencapaian pelajar berdasarkan objektif

pembelajaran yang telah ditetapkan. Pelajar perlu menguasainya untuk dibenarkan

beralih kepada MPK seterusnya. Jika sebaliknya, pelajar tersebut perlu mengikuti

MPK yang sama semula.

viii. Sumber

Menyenaraikan bahan pembelajaran atau bahan media yang digunakan untuk

membantu proses pembelajaran pelajar seperti buku, gambarajah, video dan

sebagainya.

2.4.2 Model Klingstedt

Model ini mengandungi enam komponen utama iaitu objektif, praujian,

rasional, pilihan pembelajaran, ujian selepas dan sumber. Model ini menekankan

objektif pembelajaran sebagai satu komponen penting untuk mencapai penguasaan

pelajar.

i. Objektif

Ia diletakkan di bahagian permulaan sesebuah MPK yang bertujuan supaya

pelajar dapat mengenal pasti tahap penguasaan yang perlu pelajar kuasai. Objektif

pembelajaran ini berbentuk tingkah laku agar pelajar boleh menghasilkan sesuatu di

akhir proses pembelajaran.

ii. Praujian

Bahagian ini dapat membantu pelajar menilai sama ada pembelajaran boleh

diteruskan ke bahagian lain. Jika seseorang pelajar itu mencapai tahap yang baik,

pelajar boleh ke bahagian penggayaan yang bertujuan untuk menambah pengetahuan.

iii. Rasional

Kepentingan atau kelebihan penggunaan MPK ini diterangkan kepada pelajar

sebagai panduan.

iv. Pilihan Pembelajaran

Bahagian ini dimuatkan dengan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran seperti seminar, slaid pita atau bahan bacaan tambahan sebagai

rujukan. Selain itu, dapat membantu pelajar memilih kesesuaian kaedah pengajaran

agar proses pembelajaran lebih berkesan.

v. Ujian Selepas

Ia berfungsi untuk mengukur tahap pencapaian kefahaman pelajar

berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar tidak

mencapai markah yang dapat memenuhi objektif, pelajar perlu mengulang

pembelajaran dengan menggunakan pilihan pembelajaran yang sama atau berbeza

dengan sebelumnya.

vi. Sumber

Bahagian ini akan menyenaraikan semua rujukan atau bahan pengajaran yang

digunakan dalam pembinaan MPK ini.

2.4.3 Model Eijil

Pembinaan MPK yang menggunakan Model Eijil ini dalam mementingkan

panduan pelajar dan buku kerja yang menjadi asas utama bagi menjalankan proses

P&P dengan berkesan. Ia mengandungi tiga bahagian utama iaitu pengenalan,

aktiviti pembelajaran dan maklum balas.

i. Pengenalan

Bahagian ini memberikan penekanan mengenai matlamat, struktur dan

prasyarat yang harus diikuti semasa menggunakan MPK. Ia juga memberikan

maklumat seperti kaedah pembelajaran yang digunakan dalam MPK ini dan

kebiasaannya dipersembahkan dalam bentuk carta alir.

ii. Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran ini disusun mengikut tema, proses, tatacara, masalah

dan sebagainya. Guru berperanan untuk memilih corak pembelajaran atau aktiviti

menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan lebih berkesan.

Dalam bahagian aktiviti, mengandungi beberapa komponen seperti tinjauan,

tugasan kriteria untuk maklum balas dan pemulihan. Bahagian tinjauan

membolehkan pelajar mendapat gambaran kasar mengenai aktiviti yang disediakan

serta hubungan antara aktiviti dengan aktiviti lain. Bahagian tugasan merujuk

kepada proses latihan penyelesaian masalah, kerja eksperimen, perbincangan dan

sebagainya.

Manakala, bahagian maklum balas ialah kriteria, model, jawapan kepada

soalan-soalan seperti prbincangan, ujian, perbincangan atau tinjauan. Seterusnya,

bahagian pemulihan yang menyediakan aktiviti tambahan dan bahan-bahan rujukan

yang lain.

iii. Maklum Balas

Bahagian ini akan memberi arahan kepada pelajar untuk menjawab soalan di

dalam ujian terakhir. Bentuk-bentuk soalan terdiri daripada soalan-soalan aneka

pilihan, laporan atau soalan lisan. Keberkesanan model ini bedasarkan siri aktiviti

pembelajaran yang tersusun yang mengandungi bahagian tinjauan. Selain itu, P&P

berkesan apabila menunjukkan kekerapan pelajar memberi maklum balas sama ada

daripada guru atau MPK itu.

2.4.4 Model De Vito

Model ini direka untuk membantu pelajar untuk mencapai objektif yang

spesifik atau yang telah ditetapkan. Bahan pembelajaran dan aktiviti diperlukan

sebagai sokongan dan pemangkin bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Terdapat tujuh komponen yang terkandung dalam model ini iaitu tajuk,

objektif, pra-penilaian, senarai bahan, arahan, pengalaman umum dan penilaian.

i. Tajuk

Bahagian ini terdiri daripada tajuk bahan dan maklumat mengenai latar

belakang bahan pengajaran.

ii. Objektif

Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif yang tertentu dan khusus

yang berbentuk tingkah laku untuk penguasaan pelajar.

iii. Pra-penilaian

Dalam bahagian ini dapat mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar dan

bukan bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian yang perlu dicapai oleh pelajar.

iv. Senarai Bahan

Langkah-langkah untuk pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti

pembacaan, aktiviti ujikaji dan inkuiri diterangkan pada bahagian ini.

v. Pengalaman Umum

Bahagian ini bertujuan memberikan hubungan antara bahan yang dibina

boleh digunakan untuk tajuk yang lain.

vi. Penilaian

Pengalaman sedia ada pelajar digunakan dan digabungkan dengan

pengetahuan yang diperolehi semasa penggunaan MPK serta dijadikan asas bagi

penilaian selepas. Namun begitu, ujian selepas pengajaran berdasarkan isi

kandungan pengajaran juga boleh digunakan.

2.4.5 Model Meyer

Model ini mengandungi lapan bahagian utama iaitu arahan, tujuan, matlamat,

senarai kemahiran dan pengetahuan sedia ada, objektif, praujian, senarai peralatan

dan sumber, aktiviti serta ujian.

i. Arahan

Bahagian ini menyatakan struktur yang digunakan di dalam MPK seperti kod

warna atau simbol yang mewakilkan perkataan tertentu. Selain itu, perkara yang

perlu dilakukan oleh pelajar semasa menggunakan MPK juga dijelaskan secara

ringkas.

ii. Tujuan dan Matlamat

Ia merujuk kepada sasaran bahan yang dibina dan turut memuatkan matlamat

P&P kepada pelajar. Selain itu, juga dapat memberikan gambaran penting mengenai

skop isi kandungan yang terdapat dalam MPK tesebut.

iii. Senarai Kemahiran dan Pengetahuan Sedia Ada

Bahagian ini akan menyenaraikan pengetahuan atau kemahiran yang perlu

ada oleh pelajar di awal bahagian MPK. Ia membolehkan pelajar bersedia sebelum

dan semasa mengikuti proses pembelajaran itu.

iv. Objektif

Objektif yang ingin dicapai diterangkan dalam bentuk tingkah laku supaya

prestasi itu boleh dilihat dan dinilai.

v. Praujian

Ujian dalam bahagian ini adalah untuk menilai tahap pemahaman dan

pengetahuan sedia ada pelajar sebelum menggunakan MPK. Sekirannya pelajar

masih lagi gagal, pelajar perlu mempelajari kemahiran asas yang diperlukan.

vi. Senarai Alatan dan Sumber

Ia merujuk kepada senarai bahan yang pelajar telah gunakan di dalam MPK

ini seperti bahan audio visual dan peralatan makmal.

vii. Aktiviti

Bahagian ini adalah penting kerana mengandungi aktiviti yang bercorak

input-process-output dan latihan seperti soalan-soalan secara penilaian.

viii. Ujian Pengukuhan

Kesemua objektif pengajaran akan diukur di akhir pembelajaran semasa

pelajar menggunakan MPK. Selain itu, merupakan penilaian untuk mengukur

keberkesanan sesebuah MPK.

2.5 Model Teras-Cabang

Pada tahun 1938, Model Jenis Bercabang yang diasaskan oleh Skinner direka

bentuk dan diubahsuai oleh Shaharom (1991). Model Shaharom (1994) atau dikenali

sebagai enam komponen utama iaitu pengenalan, isi kandungan, penilaian kendiri,

pengukuhan, maklum balas dan rujukan.

a) Bahagian Teras

Ia merupakan bahagian isi kandungan model modul yang dibina.

i) Pengenalan – mengandungi tiga komponen kecil

Rasional

Bahagian yang dapat memberi maklumat kepada pelajar mengenai

kepentingan penggunaan MPK serta kepentingan pelajar untuk mencapai objektif

pembelajaran

Aktiviti

Bahagian ini menghuraikan tatacara P&P serta cara perlaksanaan proses

dalam MPK. Ia juga menyatakan kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai

tahap pencapaian pelajar.

Praujian

Bahagian ini untuk nilai tahap pengetahuan pelajar dalam tajuk MPK serta

membantu guru dan pelajar untuk menentukan samada perlu atau tidak pelajar

meneruskan MPK seterusnya.

Aras penguasaan yang ditetapkan adalah 70%. Jika lebih atau sama 70%

pelajar boleh terus ke bahagian Pengayaan dan jika kurang 70% pelajar ke bahagian

Pemulihan.

ii) Isi kandungan - mengandungi dua komponen kecil

Objektif pembelajaran

Pernyataan yang dinyatakan dalam bentuk tingkah laku secara khusus tentang

apa yang perlu dicapai oleh pelajar

Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran teras

Mengandungi bahan-bahan dan aktiviti pembelajaran yang disediakan

mengikut KBSM. Pelajar juga digalakkan menyelesaikan aktiviti yang dicadangkan

untuk memenuhi objektif pembelajaran.

iii) Penilaian kendiri – mengandungi satu komponen kecil

Ujian diagnostik (ujian selepas)

Bahagian ini untuk mengenal pasti kesukaran pembelajaran pelajar terhadap

isi kandungan MPK dan pencapaian pelajar terhadap objektif tertentu. Aras

penguasaan yang ditetapkan adalah 70%, jika lebih atau sama dengan 70% pelajar

boleh terus ke bahagian pengayaan tetapi jika kurang 70% pelajar perlu ke bahagian

pemulihan untuk mengukuhkan pengetahuan mereka.

b) Bahagian Cabang

Ia adalah satu komponen pengukuhan kepada aktiviti pembelajaran di

bahagian teras.

i) Pengukuhan – terdiri daripada dua komponen kecil atau pilihan pembelajaran

iaitu:

Bahagian pemulihan

Menyediakan bahan asas atau isi yang dipermudah rujukan, latihan khusus

atau aktiviti tambahan bagi membantu pelajar memahami isi kandungan MPK

dan mengukuhkan pengetahuan mereka.

Bahagian pengayaan

Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar dengan rujukan

khusus dan aktiviti tambahan bagi memperkayakan dan meluaskan

pengetahuan pelajar.

c) Bahagian Maklum Balas dan Rujukan

i) Maklum balas

Bahagian ini menyediakan semua jawapan masalah yang diberikan di dalam

MPK. Selain itu, panduan, perbincangan dan cadangan dilampirkan supaya pelajar

memahami dengan lebih berkesan.

ii) Rujukan

Bahagian ini menyenaraikan bahan-bahan rujukan yang bertujuan untuk

membantu pelajar mendapatkan bahan-bahan bercetak atau tidak bercetak seperti alat

media demi memenuhi aktiviti pembelajaran MPK.

Rajah 2.1 : Model Teras Cabang (Shaharom, 1994)

2.5.1 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang Shaharom

a. Model ini mengandungi urutan yang dapat difahami oleh pelajar dengan

permulaan pembelajaran iaitu objektif pembelajaran, isi kandungan, aktiviti

dan akhirnya penilaian.

b. Objektif pembelajaran boleh memberi maklumat kepada pelajar apa tujuan

pembelajaran dalam setiap subtopik dan ia dapat mendorong sifat ingin tahu

seseorang pelajar itu.

c. Isi kandung dalam setiap unit modul itu adalah sesuai dan mengikut Huraian

Sukatan Pelajaran Fizik Kurikulum Tingkatan Empat.

BAHAGIAN

PENGAYAAN

BAHAGIAN

PENGAYAAN

TERAS ATAU BAHAN UTAMA

MPK

1 MPK 1

MPK

2

MPK

2

BAHAGIAN

PENGAYAAN

BAHAGIAN

PENGAYAAN

d. Setiap subtopik pembelajaran mengandungi aktiviti-aktiviti seperti ekperimen

mudah yang dapat menarik minat serta kebolehan pelajar dalam mereka cipta

berdasarkan konsep-konsep fizik.

e. Aktiviti ini disusun mengikut subtopik dan dicadangkan kepada pelajar untuk

melakukannya agar dapat mengukuhkan kefahaman pelajar.

f. Model ini juga mengandungi penilaian sumatif dan penilaian formatif serta

jawapan untuk pelajar menilai kefahaman atau tahap pencapaian mereka

dalam sesuatu subtopik. Pelajar perlu menguasai sesuatu topik sebelum

meneruskan ke subtopik yang lain.

g. Dalam setiap subtopik mengandungi rujukan sebagai maklumat tambahan

kepada pelajar seperti laman web yang berkaitan, maklumat ringkas atau

sejarah ringkas.

h. Model ini sesuai untuk pelajar yang cemerlang dan juga pelajar yang lemah

kerana ia mementingkan perbezaan kognitif individu.

2.6 Kajian-kajian yang Berkaitan dengan Pembinaan dan Penilaian MPK

Dalam Bidang Fizik

Norhafiza Nasiron (2003) telah membina MPK Daya dan Gerakan iaitu MPK

1: Momentum dan Keabadian Momentum, MPK 2: Kesan Daya dan MPK 3: Implus.

Kajian rintis yang telah dijalankan dengan dinilai oleh 6 orang guru fizik di sekitar

Johor dan Pontian. Seterusnya, MPK telah dinilai oleh status kesesuaiannya dengan

melibatkan 4 orang guru melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan

10 orang guru dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

Pemboleh ubah bebas semasa menjalankan kajian ini ialah kedudukan

sekolah sama ada di bandar atau luar bandar dan tempoh mengajar lebih atau kurang

daripada 10 tahun. Penyelidik menggunakan Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran (MPK)(Guru). Hasil dapatan kajian yang telah dinilai status kesesuaian

MPK ini ialah amat sesuai. Seterusnya, perbezaan status kesesuaian dalam PFSS

bagi merentas kedudukan sekolah manakala PFKK pula menunjukkan status sesuai.

Manakala, bagi pemboleh ubah merentas tempoh mengajar menunjukkan beza status

kesesuaian di PFSS.

Chong (2004) telah membina dan menilai tiga buah MPK Haba dan Tenaga

iaitu MPK 1: Sifat Termometri, MPK 2: Muatan Haba dan MPK 3: Haba Pendam

yang menggunakan Model Teras Cabang. Tujuan kajian rintis dilakukan untuk

menyemak kesalahan-kesalahan dalam MPK untuk diperbaiki dan melibatkan 6

orang guru. Penilaian formatif juga telah dilakukan dengan PFSS dan PFKK dengan

melibatkan seramai 4 dan 10 orang guru Fizik. Pemboleh ubah bebas dalam kajian

ini ialah merentas kedudukan sekolah.

Keputusan kajian mendapati status amat sesuai dalam PFSS dan PFKK

dengan menggunakan Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran (MPK)(Guru).

Namun begitu, dalam PFSS menunjukkan perbezaan status kesesuaian merentas

kedudukan sekolah. Hasil penilaian mendapati status kesesuaian sekolah luar bandar

ialah sesuai dan di sekolah bandar adalah amat sesuai. Bagi PFKK, perbezaan status

iaitu guru Fizik di sekolah bandar memberikan status sesuai dan sekolah di luar

bandar adalah amat sesuai.

Sarimah Abu (2006) telah membina MPK Elektronik yang berteraskan Model

Teras Cabang (Shaharom, 1994). Semasa pembinaan MPK, kajian rintis dijalankan

dengan melibakan 2 orang guru. Seterusnya, MPK telah dinilai melalui dua

penilaian formatif iaitu PFSS dan PFKK dengan 4 dan 8 orang guru.

Dapatan kajian telah dianalisis dengan statistik deskriptif dalam bentuk min,

sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian di PFKK ialah amat sesuai

dengan min keseluruhan dan purata sisihan min ialah 103.63 dan 8.41. Bagi

pemboleh ubah merentas tempoh mengajar kurang atau lebih 10 tahun dalam PFSS

ialah sesuai dengan min keseluruhan 95.37. Min purata bagi tempoh mengajar lebih

10 tahun adalah amat sesuai dengan min purata ialah 99.00.

Farihah Binti Mohd Jamel (2006) telah membina dan menilai MPK

Gelombang bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima dengan menggunakan

Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Kajian yang dilakukan merangkumi tiga

buah modul Gelombang iaitu MPK 1: Gelombang Cahaya, MPK 2: Gelombang

Elektromagnet dan MPK 3: Gelombang dalam telekomunikasi. Alat kajian yang

digunakan dalam kajian ini untuk menilai kesesuaian MPK ialah Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran (MPK)(Guru).

MPK yang dibina dinilai status kesesuaiannya melalui dua peringkat

Penilaian Formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian

Formatif Kelompok Kecil (PFKK). PFSS melibatkan empat orang guru Fizik dan

seramai 10 orang yang terlibat dalam PFKK. Keputusan kajian setelah dianalisis

didapati tidak terdapat perbezaan status kesesuaian antara ketiga-tiga MPK yang

diberikan oleh guru-guru Fizik dalam PFKK. Maka, MPK Gelombang yang dibina

adalah amat sesuai dan memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM

Tingkatan Lima.

Rashimah Abu Kassim (2006) telah membina dan menilai tiga buah MPK

Elektrik dan Kelektromagnetan iaitu MPK 1: Medan Elektrik dan Pengaliran Cas,

MPK 2: Hubungan Arus dan Beza Keupayaan dan MPK 3: Litar Bersiri dan Litar

Selari. Kesesuaian MPK telah dinilai dengan PFSS dan PFKK yang masing-masing

melibatkan peserta kajian seramai 4 dan 10 orang guru Fizik di sekitar Johor Bharu

dan Kluang. MPK ini menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) dan

Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran (MPK)(Guru) untuk menilai status

kesesuaian MPK.

Hasil kajian mendapati status bagi MPK 1 adalah amat sesuai, manakala

MPK 2 dan 3 adalah sesuai. Min keseluruhan bagi PFSS ialah 95.17 dan purata

sisihan piawai min ialah 2.00. Seterusnya, keputusan analisis deskriptif PFKK di

kalangan guru Fizik terhadap ketiga-tiga MPK iaitu MPK 1 menunjukkan status amat

sesuai, MPK 2 dan MPK 3 ialah sesuai dengan merujuk kepada Jadual

Pemeringkatan Kesesuaian (JPK) MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994).

2.7 Kajian Permasalahan Proses Pembelajaran dalam Mata Pelajaran Fizik

Jamil Ahmad (1993) telah melakukan satu kajian untuk mengenal pasti

masalah yang wujud dalam pelaksanaan Sains KBSM di sekolah-sekolah menengah

di negeri Kedah Darul Aman. Seramai 300 responden yang terdiri daripada guru-

guru sains KBSM dan 63 pentadbir sekolah daripada 71 buah sekolah menengah di

seluruh negeri Kedah Darul Aman sebagai sampel dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan terdapat dua borang soal

selidik. Satu set borang soal selidik untuk guru-guru Sains KBSM manakala borang

soal selidik yang kedua untuk pentadbir sekolah. Penganalisisan data dibuat

menggunakan program SPSS-X. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik

deskriptif untuk melihat min dan sisihan lazim dan statistik inferensi menggunakan

ujian-t untuk menguji hipotesis pada paras signifikan p<0.05.

Hasil kajian menunjukkan masalah pelaksanaan sains KBSM secara

keseluruhannya merupakan masalah biasa (min 3.024). Dari segi dimensi, didapati

faktor ibu bapa merupakan masalah utama dalam pelaksanaan sains KBSM (min

3.808). Faktor-faktor lain merupakan masalah biasa iaitu faktor pelajar (min 3.532),

bahan rujukan (min 3.407), bahan bantu mengajar (min 3.292), pembantu makmal

(min 2.987), makmal sains (min 2.856), guru sains (min 2.838), alat radas dan bahan

kimia (min 2.782) dan pentadbir sekolah (min 2.603).

Dapatan kajian menunjukkan pelajar kurang membuat rujukan tambahan dan

hanya bergantung kepada buku teks sahaja. Pelajar juga tidak membuat persediaan

awal sebelum mengikuti pelajaran sains ini menyebabkan mereka kurang aktif dalam

kelas. Pelajar juga tidak diberi penekanan mengenai matlamat dan objektif dalam

mata pelajaran sains. Masalah utama bagi guru-guru sains ialah dari segi kursus

orientasi atau kurang pendedahan terhadap sains KBSM. Guru juga menghadapi

masalah dalam melaksanakan pengajaran secara inkuiri kerana bilangan pelajar

terlalu ramai dalam sebuah kelas.

Khairul Anuar Abd Muluk telah melakukan satu kajian tinjauan berbentuk ex

post facto yang bertujuan untuk melihat taburan paras pemahaman konsep Fizik di

kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di MRSM Jasin secara keadaan semulajadi

(natural setting). Kajian ini cuba melihat sama ada terdapat perbezaan antara skor

pemahaman konsep Fizik dengan jantina. Tambahan pada kajian ini juga adalah

cuba meninjau sama ada terdapat hubungan antara skor pemahaman konsep Fizik

dengan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik.

Sampel kajian terdiri daripada 65 orang pelajar iaitu 24 orang pelajar lelaki

dan 41 orang pelajar perempuan. Sampel kajian dipilih secara persampelan

kumpulan mengikut kelas di mana tiga kelas dipilih secara rawak. Satu instrumen

yang dibina sendiri oleh pengkaji berasaskan kepada teori pembangunan kognitif

Piaget yang telah disesuaikan dengan program pendidikan sains dipanggil Cognitive

Acceleration through Science Education (CASE). Instrumen ini digunakan untuk

menentukan paras pemahaman konsep Fizik.

Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya hanya 30.8% daripada

sampel pelajar-pelajar Tingkatan Empat di MRSM Jasin Melaka dapat memahami

konsep Fizik berada paras formal akhir (3B). Paras pemahaman konsep Fizik tidak

menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Hasil dapatan kajian juga menggambarkan terdapat hubungan yang positif antara

skor pemahaman konsep Fizik dengan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik dengan

koefisien korelasi, r = 0.561. Implikasi daripada kajian ini ialah guru dapat membuat

profil tentang paras pemahaman konsep Fizik bagi setiap pelajar dalam proses

pengajaran yang terdiri daripada pelbagai perbezaan kognitif.

Kajian yang dijalankan oleh Zaipah Binti Ismail (2003) adalah untuk

mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Empat

dalam menerangkan konsep Daya dan Gerakan bagi kelajuan jasad dalam cecair.

Maka, sebuah sekolah di Skudai Johor telah dipilih dalam melaksanakan tujuan

kajian ini.

Sampel sejumlah 80 orang pelajar yang terdiri daripada berbagai kaum dan

jantina yang dipilih daripada satu kelas Tingkatan Dua dan satu kelas Tingkatan

Empat aliran sains. Kajian ini merupakan suatu penyelidikan yang berbentuk

deskriptif. Penyelidikan telah menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah soal

selidik bagi menentukan sikap pelajar dalam mempelajari sains dan aktiviti POE

(Predict-Observe-Explain) untuk mengesan pemahaman dan menyiasat idea

alternatif pelajar.

Data-data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan Concept Profile

Inventory (CPI). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah pembelajaran

dalam tajuk Daya dan Gerakan bagi faktor-faktor kelajuan jasad dalam cecair

walaupun mereka minat dalam mata pelajaran Sains. Idea pelajar yang sedia ada

tidak selari dengan teori sains masih kekal walaupun pelajar tersebut telah

didedahkan dengan pengajaran daya dan gerakan secara formal. Idea sedia ada ini

mengganggu pelajar memahami konsep yang diajar oleh guru di sekolah kerana

timbulnya miskonsepsi.

2.8 Rumusan

Sorotan penulisan dalam Bab 2 ini telah membincangkan teori-teori yang

berkaitan seperti objektif dan penulisan yang baik semasa membina MPK. Selain

itu, model-model MPK yang berkaitan seperti Model Burns (1972), Model

Klingstedt (1972), Model Eijl (1976), Model De Vito (1976), Model Meyer (1988)

dan Model Shaharom (1994) turut dibincangkan.

Namun begitu, Model Teras Cabang Shaharom menjadi asas atau panduan

dalam pembinaan ketiga-tiga modul iaitu MPK 1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya dan

MPK 3: Graviti. Penyelidik juga telah membincangkan secara rasional penggunaan

teori Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) yang menjadi teras dan panduan dalam

pembinaan MPK.

Kajian-kajian lepas seperti penggunaan MPK dalam mata pelajaran Fizik juga

dibincangkan untuk mengenal pasti kesesuaian MPK sebagai bahan pembelajaran

pelajar-pelajar. Kebanyakkan hasil kajian menunjukkan penggunaan MPK yang

terlibat sesuai dalam P&P. Seterusnya, kajian mengenai permasalahan dalam mata

pelajaran Fizik juga dibincangkan bagi mengenal pasti punca kelemahan pelajar.

BAB 3

PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini merupakan proses perancangan yang membincangkan mengenai reka

bentuk kajian, subjek kajian, alat kajian, tatacara kajian, analisis data dan batasan

kajian. Perancangan kajian dirancang dengan teliti untuk pembangunan MPK yang

bermutu dan memberi kepentingan kepada semua pihak yang terlibat.

Rangka kerja dalam pembinaan MPK ini dapat menunjukkan proses keseluruhan

untuk membangunkan siri MPK yang dapat membantu pelajar belajar secara kendiri

dan sebagai salah satu bahan pengajaran yang dapat digunakan oleh guru. Aspek-

aspek nilai-nilai murni akan diterapkan di dalam proses MPK ini dan dapat memberi

kesedaran sebagai seorang pelajar Fizik.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dilakukan adalah berbentuk tinjauan sahaja. Kaedah soal selidik

yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data ialah Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru)(Shahrom, 1994). Pembinaan

ini berdasarkan kepada tiga sub topik utama dalam Bab Daya dan Gerakan:

i. MPK 1: Inersia

Modul Pembelajaran Kendiri ini menerangkan konsep inersia dan aplikasinya

dalam kehidupan seharian. Aktivit-aktiviti seperti perbincangan, contoh dan

penyelesaian masalah dibincangkan untuk kefahaman pelajar. Selain itu, eksperimen

dan aktiviti mudah turut diselitkan untuk menjana pemikiran pelajar.

ii. MPK 2: Kesan Daya

Modul Pembelajaran Kendiri ini menerangkan implikasi dalam kehidupan

seharian akibat kesan daya. Selain itu, MPK ini juga menekankan daya-daya yang

terlibat apabila sesuatu objek dalam keadaan rehat atau apabila halaju seragam.

Penggunaan gambarajah digunakan utuk membantu pelajar memahami dengan

mudah.

iii. MPK 3: Daya Graviti.

Modul Pembelajaran Kendiri menerangkan mengenai jatuh bebas dan

pecutan graviti. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai konsep berat yang

memberi hubungkait dengan pecutan graviti. Aspek-aspek seperti menjana idea

pelajar melalui contoh-contoh, aplikasi dan penyelesaian masalah turut diselitkan.

3.3 Subjek Kajian

Seramai enam orang guru terlibat dalam penilaian ketiga-tiga MPK ini iaitu

MPK 1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya dan MPK 3: Daya Graviti. Dalam kajian ini

seramai dua orang guru Fizik akan terlibat dalam kajian rintis bagi menilai dan

mengesahkan draf MPK ini.

Subjek kajian dipilih ialah guru-guru Fizik yang berkhidmat di sekitar

Melaka dan Johor Bharu. Guru-guru dipilih berdasarkan tempoh mengajar dan jenis

jantina.

3.4 Alat Kajian

Dalam kajian ini, Soal Selidik Kesesuain Modul Pengajaran (MPK)

(Shaharom, 1994) digunakan untuk menilai MPK 1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya

dan MPK 3: Daya Graviti. Pembinaan MPK dalam soal selidik ini telah menekankan

lima komponen utama iaitu format pengajaran, bahan pembelajaran, objektif

pembelajaran serta soalan penilaian.

Soal selidik ini terdapat dua bahagian, Bahagian A yang mengandungi 24

item dalam bentuk Skala Likert yang mempunyai lima pilihan iaitu:-

i. Amat Setuju (5)

ii. Setuju (4)

iii. Neutral/Tiada Perbezaan (3)

iv. Tidak Setuju (2)

v. Amat Tidak Setuju (1)

Penilai boleh memberi ulasan dan cadangan dalam pembinaan MPK di

Bahagian B untuk meningkatkan kesahan MPK.

Status kesesuaian MPK yang dibina adalah berdasarkan pada nilai min.

Markat maksimum yang boleh dicapai ialah 120 (24х 5) manakala markat minimum

ialah 24 (1x 24). Status kesesuaian dibahagikan kepada lima peringkat. Peringkat-

peringkat tersebut ialah amat sesuai, sesuai, tiada perbezaan, tidak sesuai dan amat

tidak sesuai.

Jadual 3.1: Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk Guru

Bil Pemeringkatan Julat Peratusan Status

1. Amat Tidak Setuju 1-24 0-20% Amat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju 25-48 25-48% Tidak Setuju

3. Neutral/Tiada Perbezaan 49-72 49-72% Tiada Perbezaan

4. Setuju 73-96 73-96% Setuju

5. Amat Setuju 97-120 97-120% Amat Setuju

(Shaharom, 1994)

Kebolehpercayaan Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri

(MPK)(Guru) (Shaharom, 1994) yang digunakan dalam kajian ini telah ditentukan

dengan menggunakan alfa Cronbach yang telah dibina oleh Shaharom Nordin

(1994). Nilai yang diperolehi ialah .88 dengan nilai min dan nilai sisihan piawai soal

selidik ialah 94.10 dan 7.99.

3.5 Tatacara Kajian

Beberapa peringkat yang perlu dilakukan dalam pembinaan MPK. Maka,

keseluruhan proses pembinaan dan penilaian MPK ini ialah :

i. Pembinaan MPK

ii. Kajian Rintis dan Penilaian Formatif

iii. Analisis Data

3.5.1 Peringkat Pertama: Pembinaan MPK

Konsep-konsep dan teori-teori pembelajaran diterapkan dalam isi kandungan

dan aktiviti di dalam pembinaan MPK. Setiap MPK ditentukan objektif

pembelajaran dan pembinaan MPK ini mementingkan perbezaan kognitif pelajar.

Rajah 3.1 : Rangka Konsep Pembinaan Modul

(Ubahsuai: Sarimah, 2006)

Bahan P&P

MPK 1 MPK 2 MPK 3

Mutu

Bahan P&P

Kesesuaian

MPK

HASIL

Rajah 3.2 Rangka Kerja Peringkat Satu

(Ubahsuai: Salfarina, 2003)

Pembinaan Modul

Pembelajaran Kendiri

Daya dan Gerakan

Menentukan Objektif

Pembelajaran

Isi Kandungan,

Aktiviti dan Penilaian

Huraian Sukatan

Pelajaran Fizik

Tingkatan Empat

3.5.2 Peringkat Kedua: Kajian Rintis dan Penilaian Formatif

Kajian rintis dijalankan dengan menyerahkan draf kepada dua orang guru

Fizik untuk semakan. Tujuan kajian rintis dilakukan untuk penyemakan objektif

pembelajaran, isi kandungan, aktiviti dan penilaian ke atas pelajar. Selain itu,

format, gaya bahasa atau penulisan MPK, saiz tulisan dan aspek-aspek lain yang

mempengaruhi pembinaan MPK.

Penyerahan isi kandungan dilakukan dengan menggunakan borang

Pengesahan Modul Kendiri (MPK) dan Pengesahan Pakar Bidang yang bertujuan

untuk mengesahkan isi kandungan MPK yang dibina sama ada memenuhi Huraian

Sukatan Pelajaran. Segala maklum balas akan diterima untuk disemak, dibaiki dan

diubah suai untuk memperbetulkan kesalahan yang terdapat dalam MPK tersebut.

Rajah 3.3 : Rangka Kerja Kajian Rintis

(Ubahsuai: Salfarina, 2003)

KAJIAN RINTIS

Penilaian terhadap

MPK

(objektif, isi

kandungan, format,

gaya bahasa, tulisan)

GURU FIZIK

SEMAKAN DAN

MEMPERBAIKI

MPK

3.5.3 Peringkat Ketiga: Analisis Data

Data-data yang diperolehi daripada Penilaian Formatif dianalisis dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual analisis statistik deskriptif iaitu min dan sisihan

min. Kesesuaian MPK yang dibina ini akan ditentukan oleh markat yang telah

dianalisis. Status kesesuaian MPK ini berdasarkan Jadual Pemeringkatan Kesesuaian

(JPK) MPK untuk Guru seperti Jadual 1.

Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan perisian pangkalan

data iaitu 'Microsoft Excel' . Data dianalisis seperti berikut :

i. Min ( X ) = X1 + X2 + X3....

n

di mana X = markat

n = bilangan markat

ii. Maksimum = markat tertinggi

iii. Minimum = markat terendah

iv. Sisihan min (SM) = ∑ (X1 – X) + (X2 – X) +..... + (Xn - X)

n

Markat-markat yang diperolehi akan menentukan kesesuaian pembinaan

MPK berdasarkan Skala Pemeringkatan Kesesuaian Untuk Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (Shaharom, 1994)

Rajah 3.4 : Rangka Kerja Pembinaan MPK

(Ubahsuai Shaharom, 1994)

TAJUK MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

MPK 1 : Inersia

MPK 2 : Kesan Daya

MPK 3 : Daya Graviti

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Dalam bentuk tingkah laku

Pelbagai aras

Aspek kognitif

Aspek kemahiran proses sains dan manipulatif

ISI KANDUNGAN DAN AKTIVITI

Menjurus kepada aktiviti pembelajaran

Memenuhi keperluan sukatan pelajaran

Menyediakan situasi menyelesaikan masalah

Mempunyai contoh penyelesaian masalah

Menggalakkan pemikiran

Aplikasi dalam kehidupan seharian

Ada bahagian pemulihan

Ada bahagian pengayaan

Menerapkan nilai-nilai murni

UJIAN

Format teratur

Soalan pelbagai aras

Mengukur penguasaan konsep

Berkaitan dengan objektif pembelajaran

ARAHAN

Jelas dan tepat

Ada untuk semua bahagian

Ada untuk semua bahan dan aktiviti pembelajaran.

Rajah 3.5 : Rangka Kerja Keseluruhan

(Ubahsuai Shaharom, 1994)

TAHAP 2

Kajian Rintis

Kurang Sesuai Pembetulan dan

Ubahsuai

Sesuai Penilaian Formatif

Satu dengan Satu

oleh Guru Fizik

Sesuai

Kurang Sesuai

Penilaian Formatif

Kelompok Kecil oleh

Guru Fizik

Semakan dan

Ubahsuai Kesesuaian

MPK Peringkat 1

Sesuai

TAHAP 3

Analisis data dan

maklumat

Semakan dan

Ubahsuai Kesesuaian

MPK Peringkat 2

Kesesuaian

MPK

TAHAP 1

Pembinaan MPK

Inersia, Kesan Daya,

dan Daya Graviti.

3.6 Batasan Kajian

MPK ini hanya mengandungi Daya dan Gerakan iaitu Bab Dua Fizik KBSM

Tingkatan Empat. Penilaian setiap MPK ini dilakukan oleh guru yang mempunyai

pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Fizik sekurang-kurangnya selama

setahun.

Pada peringkat penilaian, penyelidik seharusnya bersama subjek kajian

semasa memberi gerak balas kesesuaian MPK Daya dan Gerakan. Oleh kerana

kakangan masa, hampir separuh daripada subjek kajian menilai kesesuaian MPK ini

tanpa penyelidik bersemuka dengannya. Selain itu, terdapat perbezaan peruntukan

masa antara subjek kajian semasa melakukan penilaian terhadap siri MPK ini.

3.7 Rumusan

Bab 3 ini menerangkan kandungan MPK Daya dan Gerakan yang

menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan

untuk mengesahkan sesuatu kandungan MPK tersebut dengan menggunakan Soal

Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru) (Shaharom, 1994).

Subjek kajian dipilih berdasarkan jantina, tempoh mengajar dan berkhimat di sekitar

Melaka dan Johor Bharu.

Tatacara kajian dijelaskan dengan panduan rajah-rajah yang menunjukkan

proses pembangunan MPK. Analisis data yang dipersembahkan dalam bentuk jadual

analisis statistik deskriptif iaitu min dan sisihan min. Dapatan kajian adalah nilai

kesesuaian MPK sebelum digunakan dalam kumpulan sasaran sebenar (Salfarina,

2003).

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Di dalam bab ini akan membincangkan hasil kajian yang telah dianalisis

daripada dapatan kajian untuk menilai kesesuaian isi kandungan MPK yang telah

dibina pada peringkat Tingkatan Empat bagi mata pelajaran Fizik. MPK yang dibina

dan seterusnya telah dinilai ialah MPK 1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya dan MPK 3:

Daya Graviti.

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan tiga peringkat iaitu melalui kajian

rintis dan dua peringkat melalui penilaian formatif iaitu PFSS dan PFKK. Penilaian

ini dilakukan untuk mendapatkan keesahan isi kandungan MPK yang dibina agar ia

memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. Kajian yang

dilakukan juga untuk menentukan tahap kesesuaian isi kandungan MPK. Selain itu,

pemboleh ubah bebas seperti jantina dan tempoh mengajar yang mempengaruhi

tahap kesesuaian MPK yang telah dibina.

Bagi menentukan kesesuaian MPK, data-data dan maklumat dianalisis menggunakan

statistik deskriptif seperti markat min dikira bagi menentukan kesesuaian ketiga-tiga

MPK. Selain itu, sisihan min dianalisis untuk menunjukkan sama ada terdapat

perbezaan tahap kesesuaian dalam PFSS dan PFKK. Berdasarkan skala JPK

(Shaharom, 1994) seperti dalam Lampiran C digunakan bagi menentukan status

kesesuaian.

Dapatan kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama

merupakan hasil kajian rintis manakala bahagian kedua merupakan hasil penilaian

formatif yang merangkumi dua peringkat iaitu PFSS dan PFKK. Dapatan kajian bagi

pemboleh ubah bebas iaitu jantina dan tempoh mengajar yang mempengaruhi hasil

kajian terhadap tahap kesesuaian MPK.

Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan kajian seperti berikut telah

dipertimbangkan :

1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai

digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai

digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat?

3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina

merentas tempoh mengajar?

4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang

dibina merentas tempoh mengajar?

5. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina

merentas jantina?

6. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif

Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang

dibina merentas jantina?

4.2 Kajian Rintis

Ketiga-tiga draf MPK iaitu MPK 1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya dan MPK

3: Daya Graviti kepada tiga orang guru Fizik di sekitar daerah Melaka dan Muar,

Johor. Kajian ini dijalankan untuk menilai keesahan isi kandungan MPK yang telah

dibina berdasarkan aspek-aspek yang akan mempengaruhi isi kandungan MPK iaitu

format MPK, bahasa, gambarajah, arahan, objektif pembelajaran dan sumber

rujukan.

Melalui dapatan kajian rintis yang telah dijalankan, pengubahsuaian terhadap

MPK perlu dilakukan dari segi arahan, format MPK dan sumber rujukan tambahan.

Pengubahsuaian aspek berbentuk arahan dilakukan kerana hasil kajian rintis

mendapati bahawa bahasa yang digunakan adalah kurang sesuai kerana cara

pesembahan kurang menarik perhatian pelajar-pelajar. Contohnya, penggunaan

istilah „activity‟ digantikan dengan „test your mind‟ bagi membina pemikiran kreatif

pelajar-pelajar.

Seterusnya, penggunaan bahasa juga kurang sesuai pada objektif

pembelajaran kerana akan menimbulkan kekeliruan para pelajar. Contohnya,

penggunaan tatabahasa „By the end of the module, students should be able to:‟

diubahsuai kepada ayat yang lebih ringkas iaitu „Students should be able to:‟

Selain itu, format MPK yang dibina juga turut memerlukan pengubahsuaian

agar isi kandungan MPK dipersembahkan secara teratur dan jelas. Pengubahsuian

yang perlu dilakukan dengan mengubahsuai bahagian „test your mind‟ pada bahagian

atas isi kandungan MPK diletakkan di bawah isi kandungan MPK bersama bahagian

rujukan tambahan. Setiap isi kandungan MPK diasingkan dengan tajuk-tajuk kecil

dan disusun secara pernomboran bagi mencapai kefahaman pelajar.

Penilai turut mencadangkan sumber rujukan tambahan seperti laman web

internet disediakan untuk rujukan pelajar. Ini kerana, dapat memudahkan para

pelajar mencari rujukan tambahan bagi mengembangkan pengetahuan dan

mengukuhkan konsep yang telah mereka pelajari.

4.3 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK oleh Guru Fizik

Hasil keputusan kajian bagi penilaian formatif terhadap kesesuaian MPK oleh

guru Fizik dipersembahkan secara ringkas dalam bentuk jadual dengan menggunakan

analisis statistik deskriptif. Hasil analisis untuk memperolehi min bagi menentukan

tahap kesesuaian ketiga-tiga MPK dan sisihan min juga dinyatakan untuk

menunjukkan perbezaan hasil kajian di kalangan guru Fizik yang dipengaruhi oleh

pemboleh ubah seperti jantina dan tempoh mengajar.

4.3.1 Persoalan Kajian 1

Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat?

Jadual 4.1 : Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh Guru Fizik

MPK MIN SISIHAN MIN STATUS MPK

MPK 1

Inersia

(n = 4)

96.50 2.69 Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n = 4)

93.50 5.41 Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n = 4)

92.50 5.17 Sesuai

Jadual 4.1 ialah hasil kajian berbentuk analisis statistik deskriptif pada fasa

PFSS terhadap kesesuaian MPK Daya dan Gerakan. Berdasarkan jadual di atas,

status menunjukkan ketiga-tiga MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai

bahan pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Empat.

Min keseluruhan bagi PFSS terhadap kesesuaian MPK adalah 94.17 dan

menepati tahap sesuai berdasarkan Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK)

MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994). Purata sisihan min bagi ketiga-tiga MPK

adalah 4.42 dan peratus sebaran bagi ketiga-tiga MPK ialah MPK 1 = 2.79 %, MPK

2 = 5.79 % dan MPK 3 = 5.59%.

4.3.2 Persoalan Kajian 2

Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat?

Jadual 4.2 : Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh Guru Fizik

MPK

(n) MIN SISIHAN MIN STATUS MPK

MPK 1

Inersia

(n = 6)

96.80 3.44 Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n = 6)

95.35 4.75 Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n = 6)

95.83 2.03 Sesuai

Jadual 4.2 merupakan hasil kajian berbentuk analisis statistik deskriptif pada fasa

PFKK yang dilakukan oleh guru Fizik untuk mengukur status kesesuaian MPK Daya

dan Gerakan. Berdasarkan Jadual 4.2, dapatan kajian menunjukkan status ketiga-tiga

MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran

Fizik. Seterusnya, min keseluruhan kesesuaian MPK pada fasa PFKK 95.99 dan

Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994)

menunjukkan kedudukan min pada status sesuai. Purata sisihan min bagi ketiga-tiga

MPK adalah 3.41 dengan peratus purata sebaran ialah 3.55%.

4.4 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar

Bagi menentukan status kesesuaian ketiga-tiga MPK merentas tempoh

mengajar, analisis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min. Dalam

persoalan ini, tempoh mengajar seseorang guru terbahagi kepada dua iaitu kurang

atau sama dengan lima tahun (≤ 5) dan lebih dari lima tahun (> 5). Jadual 4.3 dan

4.4 menunjukkan hasil analisis bagi menjawab persoalan kajian.

4.4.1 Persoalan Kajian 3

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina merentas

tempoh mengajar?

Jadual 4.3 : Penilaian Formatif Satu dengan Satu Merentas Tempoh Mengajar

MPK

(n)

Tempoh

Mengajar Min Sisihan Min Status MPK

MPK 1

Inersia

(n= 4)

≤ 5 tahun

(n=2) 98.00 3.00 Amat Sesuai

> 5 tahun

(n=2) 89.00 3.00 Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n=4)

≤ 5 tahun

(n=2) 97.50 1.50 Amat Sesuai

> 5 tahun

(n=2) 92.50 3.50 Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n=4)

≤ 5 tahun

(n=2) 96.50 0.50 Sesuai

> 5 tahun

(n=2) 93.00 2.00 Sesuai

Berdasarkan Jadual 4.3, didapati terdapat perbezaan terhadap status

kesesuaian ketiga-tiga MPK yang telah dibina merentas tempoh mengajar pada fasa

PFSS. Ini kerana, dapatan kajian menunjukkan status kesesuaian MPK yang dibina

merentas tempoh mengajar kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun) berada

pada status amat sesuai. Manakala, status kesesuaian MPK Daya dan Gerakan

merentas tempoh mengajar lebih dari lima tahun (> 5 tahun) menunjukkan ia berada

pada tahap sesuai berdasarkan Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK) MPK

Untuk Guru (Shaharom, 1994).

Seterusnya, markat min keseluruhan bagi ketiga-tiga MPK Daya dan Gerakan

pada PFSS bagi guru yang mengajar kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun)

adalah 97.30 dengan purata sisihan min ialah 1.67. Manakala, bagi tempoh guru

yang mengajar lebih dari lima tahun (>5 tahun) adalah 91.50 dengan purata sisihan

min ialah 2.83. Pada keseluruhannya, peratus sebaran bagi guru yang mengajar

kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun) ialah 1.72% dan bagi guru yang

mengajar lebih dari lima tahun (>5 tahun) ialah 3.09%

4.4.2 Persoalan Kajian 4

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina

merentas tempoh mengajar?

Jadual 4.4 : Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentas Tempoh Mengajar

MPK

(n)

Tempoh

Mengajar Min Sisihan Min Status MPK

MPK 1

Inersia

(n= 6)

≤ 5 tahun

(n=3) 101.20 3.00 Amat Sesuai

> 5 tahun

(n=3) 96.70 3.00 Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n=6)

≤ 5 tahun

(n=3) 97.80 1.50 Amat Sesuai

> 5 tahun

(n=3) 93.80 3.50 Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n=6)

≤ 5 tahun

(n=3) 97.00 7.20 Amat Sesuai

> 5 tahun

(n=3) 93.60 8.32 Sesuai

Berdasarkan Jadual 4.4, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan

terhadap status kesesuaian ketiga-tiga MPK yang dibina merentas tempoh mengajar

pada fasa PFKK. Merujuk kepada Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK)

MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994), status kesesuaian merentas tempoh mengajar

kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun) ialah amat sesuai digunakan oleh

pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan min keseluruhannya 98.67. Sebaliknya,

status kesesuaian merentas tempoh mengajar lebih dari lima tahun (>5 tahun) pada

tahap sesuai dengan min keseluruhan ialah 94.7.

Purata sisihan min bagi guru yang mengajar kurang atau sama dengan lima

tahun (≤ 5 tahun) ialah 3.9 dengan peratus sebaran 3.95%. Manakala, purata sisihan

min bagi guru mengajar tempoh lebih dari lima tahun (>5 tahun) ialah 4.94 dengan

peratus sebaran 5.22%.

4.5 Penilaian Formatif Merentas Jantina

Kesesuaian ketiga-tiga MPK ditentukan dengan penilaian formatif merentas

jantina dengan statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min. Hasil analisis

ditunjukkan dalam Jadual 4.5 dan jadual 4.6 untuk menjawab persoalan kajian 5 dan

6.

4.5.1 Persoalan Kajian 5

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu

dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina merentas

jantina?

Jadual 4.5 : Penilaian Formatif Satu dengan Satu Merentas Jantina

MPK

(n) Jantina Min Sisihan Min Status MPK

MPK 1

Inersia

(n= 4)

Lelaki

(n=2) 93.50 7.50 Sesuai

Perempuan

(n=2) 97.50 1.50 Amat Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n=4)

Lelaki

(n=2) 96.00 7.00 Sesuai

Perempuan

(n=2) 98.50 1.50 Amat Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n=4)

Lelaki

(n=2) 92.50 8.50 Sesuai

Perempuan

(n=2) 97.00 1.58 Amat Sesuai

Jadual 4.5 menunjukkan terdapat perbezaan tahap status kesesuaian ketiga-

tiga MPK yang dibina merentas jantina. Hasil kajian dalam PFSS dengan merujuk

Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK) MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994)

bagi guru lelaki berada pada status sesuai dengan min keseluruhan 94. Tetapi, status

ini berbeza dengan dapatan kajian bagi guru perempuan dengan min keseluruhan

97.67 pada status amat sesuai.

Purata sisihan min bagi guru lelaki ialah 7.67 dengan peratus sebaran 7.67%.

Manakala bagi purata sisihan min bagi guru perempuan pula ialah 1.53 dengan

peratus sebaran 1.57%.

4.5.2 Persoalan Kajian 6

Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Kecil

oleh guru Fizik terhadap MPK Daya dan Gerakan yang dibina merentas jantina?

Jadual 4.6 : Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentas Jantina

MPK

(n) Jantina Min Sisihan Min Status MPK

MPK 1

Inersia

(n= 6)

Lelaki

(n=3) 95.60 4.84 Sesuai

Perempuan

(n=3) 97.80 3.76 Amat Sesuai

MPK 2

Kesan Daya

(n=6)

Lelaki

(n=3) 96.00 3.74 Sesuai

Perempuan

(n=3) 100.77 3.32 Amat Sesuai

MPK 3

Daya Graviti

(n=6)

Lelaki

(n=3) 95.00 4.24 Sesuai

Perempuan

(n=3) 96.67 3.30 Amat Sesuai

Jadual 4.6 menunjukkan terdapat perbezaan tahap status kesesuaian ketiga-

tiga MPK yang dibina merentas jantina. Hasil kajian dalam PFSS dengan merujuk

Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK) MPK Untuk Guru (Shaharom, 1994)

bagi guru lelaki berada pada status sesuai dengan min keseluruhan 95.53. Tetapi,

status ini berbeza dengan dapatan kajian bagi guru perempuan dengan min

keseluruhan 98.41 pada status amat sesuai.

Purata sisihan min bagi guru lelaki ialah 4.27 dengan peratus sebaran 4.47%.

Manakala bagi purata sisihan min bagi guru perempuan pula ialah 3.46 dengan

peratus sebaran 3.52%.

4.6 Rumusan

Dua peringkat penilaian dijalankan untuk menilai ketiga-tiga MPK iaitu MPK

1: Inersia, MPK 2: Kesan Daya, MPK 3: Daya Graviti melalui kajian rintis dan

penilaian formatif. Kajian rintis dijalankan di daerah Melaka dan sekitar daerah

Muar untuk menilai kesesuaian MPK serta memberi penekanan tehadap isi

kandungan dan format MPK.

Penilaian formatif melibatkan dua fasa iaitu PFSS dan PFKK untuk menilai

tahap kesesuaian MPK untuk mengesahkan dan menilai isi kandungan MPK agar

memenuhi keperluan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

Seramai sepuluh orang guru Fizik terlibat dalam penilaian formatif ini dan perbezaan

status dikaji bagi dua pemboleh ubah bebas iaitu jantina dan tempoh mengajar.

Secara keseluruhannya, MPK adalah satu bentuk bahan pembelajaran yang

berkeupayaan digunakan dalam proses P&P yang dapat membantu para pelajar dan

juga guru-guru. Hasil kajian yang menunjukkan status sesuai membuktikan MPK

mempunyai kelebihan atau kekuatan tersendiri

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini bertujuan untuk membincangkan secara ringkas kajian yang telah

dijalankan dan segala hasil kajian yang telah dianalisis. Penggunaan MPK yang

masih lagi kurang dan tidak diberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai

kepentingan MPK. Isi kandungan MPK yang telah disusun dan dibahagikan dengan

beberapa komponen bagi membantu pelajar memahami mata pelajaran Fizik.

Selain itu, perbincangan bab dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

Ringkasan dan Perbincangan, Kesimpulan, Implikasi, Cadangan dan Cadangan

Penyelidikan Masa Hadapan. Bahagian ini berfungsi untuk mengenal pasti

kelemahan dalam pembangunan MPK dan memperbaiki pembinaan MPK ini pada

masa akan datang.

Ini kerana, banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan MPK bagi

menghasilkan MPK yang bermutu. Namun begitu, kepentingan MPK tidak perlu

lagi dipertikaikan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kefahaman para pelajar

tetapi menerapkan nilai-nilai murni. Justeru itu, pelbagai pihak haruslah diberi

kesedaran dalam membina bahan pembelajaran seperti MPK yang dapat membantu

pelajar berusaha belajar secara kendiri.

5.2 Ringkasan dan Perbincangan

5.2.1 Penilaian MPK pada fasa PFSS dan PFKK sebagai bahan pembelajaran

Fizik Tingkatan Empat

Pada fasa PFSS dan PFKK, hasil penilaian menunjukkan pembinaan MPK

adalah sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran oleh pelajar-pelajar Fizik

Tingkatan Empat. Penyelidik lain seperti Farihah (2006) menunjukkan status amat

sesuai pada fasa PFSS dan juga PFKK. Seterusnya, pembinaan MPK oleh Rashimah

(2006) memberikan status sesuai pada kedua-dua fasa tetapi dapatan kajian oleh

Salfarina (2003) menunjukkan status amat sesuai pada fasa PFSS dan sesuai pada

PFKK.

Pembinaan MPK yang bersifat sebagai proses pembelajaran secara kendiri

kerana menurut Farihah (2006), keupayaan seseorang pelajar dalam menguasai

sesuatu isi pelajaran adalah berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Model

Teras Cabang (Shaharom, 1994) yang menjadi teras dalam pembinaan MPK ini

mengandungi dua bahagian iaitu pemulihan dan pengayaan. Bahagian-bahagian ini

membantu pelajar dalam menguasai konsep fizik dan juga membina pemikiran yang

kreatif.

Pelbagai faktor yang yang boleh mempengaruhi dapatan kajian bagi

pembinaan MPK Daya dan Gerakan yang memperolehi status sesuai. Menurut

Salfarina (2003), perbezaan hasil kajian adalah disebabkan beberapa faktor seperti

kekangan masa, keadaan guru Fizik membuat penilaian dan pendedahan guru Fizik

terhadap pembinaan MPK.

Kekangan masa ini berlaku kerana guru-guru Fizik mempunyai aktiviti harian

mereka yang sangat sibuk sama ada aktiviti di sekolah, luar sekolah atau di rumah.

Maka, guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian teliti dalam menilai

pembinaan MPK. Selain itu, emosi seseorang responden juga dapat mempengaruhi

hasil dapatan kajian dan ada di antara mereka kurang diberi pendedahan terhadap

pembangunan MPK ini.

5.2.2 Penilaian pembinaan MPK merentas tempoh mengajar pada fasa PFSS

dan PFKK.

Hasil kajian pada fasa PFSS oleh guru Fizik bagi kedua-dua tempoh mengajar

iaitu kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun) dan lebih dari lima tahun (> 5

tahun) menunjukkan status amat sesuai dan sesuai. Status amat sesuai pada fasa

PFSS ini disokong oleh penyelidik Salfarina (2003) dan Nor Rahimah (2003) dalam

tempoh mengajar iaitu kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5 tahun). Manakala,

dalam PFKK memberikan status sangat sesuai oleh Salfarina (2003) dan Nor

Rahimah (2003) menunjukkan status sesuai dalam tempoh mengajar lebih dari lima

tahun (> 5 tahun).

Perbezaan status pada pembinaan MPK ini adalah berdasarkan pemboleh

ubah merentas tempoh mengajar. Ini berlaku kerana guru Fizik yang mengajar lebih

dari lima tahun mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan.

Mereka juga dapat mengenal pasti mutu sesebuah buku yang baik sama ada dari segi

isi kandungan, format, penilaian dan cara isi kandungan buku itu dipersembahkan

berbanding guru yang kurang berpengalaman.

5.2.3 Penilaian pembinaan MPK merentas tempoh jantina pada fasa PFSS

dan PFKK.

Hasil kajian pada fasa PFSS dan PFKK oleh guru Fizik bagi merentas jantina

menunjukkan status sesuai bagi guru lelaki dan amat sesuai bagi guru perempuan.

Status amat sesuai pada fasa PFSS oleh penyelidik Salfarina (2003) dan Nor

Rahimah (2003) bagi guru lelaki. Seterusnya, bagi guru perempuan memberikan

status sesuai terhadap pembinaan MPK oleh Salfarina (2003) dan amat sesuai bagi

Nor Rahimah (2003).

Pada fasa PFKK, dapatan kajian dari Salfarina (2003) status sangat sesuai

bagi guru lelaki dan status setuju bagi guru perempuan. Hasil kajian Nor Rahimah

menunjukkan status sesuai bagi guru lelaki dan guru perempuan memberikan status

sangat sesuai.

Perbezaan antara status wujud merentas jantina dalam memberikan penilaian

terhadap pembinaan MPK. Menurut Atan (1979) dalam Salfarina (2003), aktiviti

seorang guru tidak terhad dalam institusi pendidikan sahaja sebaliknya turut

menghabiskan sebahagian besar daripada rutin harian dengan pelbagai aktiviti lain

seperti aktiviti kemasyarakatan dan kepimpinan selain memikirkan pelbagai ragam

pelajar di dalam kelas. Justeru itu, emosi dan pemikiran guru-guru merentas jantina

turut memberikan kesan dalam penilaian ini.

5.3 Kesimpulan

Kesimpulan bagi keseluruhan kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan-

persoalan kajian seperti Bab 1. Hasil penilaian dianalisis dan seterusnya, dapatan

kajian dikemukan bagi mengesahkan status kesesuaian MPK bagi memenuhi

keperluan HSP berdasarkan pemboleh ubah.

Pemboleh ubah bebas yang turut mempengaruhi dapatan kajian ialah jantina

dan tempoh mengajar. Hasil kajian dirumuskan seperti berikut:

1. MPK yang dibina mempunyai status sesuai pada fasa pertama iaitu PFSS dan

pada fasa PFKK.

2. Bagi pemboleh ubah merentas tempoh mengajar pada fasa PFSS dan PFKK,

status kesesuaian MPK yang dibina berada pada status amat sesuai bagi

tempoh mengajar iaitu kurang atau sama dengan lima tahun (≤ 5) dan sesuai

lebih dari lima tahun (> 5).

3. Pada fasa PFSS dan juga PFKK, diperolehi dapatan kajian bagi status

kesesuaian MPK yang dibina merentas jantina bahawa MPK yang dibina

berstatus sesuai oleh guru lelaki dan amat sesuai bagi guru perempuan.

5.4 Implikasi

Beberapa implikasi yang boleh dilihat dari pelbagai aspek apabila dapatan

kajian menunjukkan status kesesuaian yang positif dalam penggunaan MPK.

5.4.1 Pelajar

Hasil soal selidik pelajar-pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah

menunjukkan hampir kesemua pelajar memiliki buku rujukan tambahan. Namun

begitu, penggunaan MPK di sekolah-sekolah masih belum meluas. Ini kerana,

pelajar kurang diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingannya.

Pembinaan MPK yang sangat sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar kerana

sifat fizikalnya yang mudah di bawa kemana-mana. Maka, pelajar tiada batasan atau

kakangan masa untuk mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan MPK kerana

boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Isi kandungan MPK yang disusun secara sistematik dan mengandungi bahan

pembelajaran tambahan bagi mendedahkan pelajar dengan aplikasi konsep Fizik

dalam kehidupan seharian. Penilaian yang berterusan juga ditekankan dalam

pembinaan MPK ini untuk mengukur kefahaman pelajar. Sumber rujukan juga

disertakan bagi memudahkan pelajar mencari rujukan tambahan dalam

mengembangkan pengetahuan yang sedia ada.

Penggunaan MPK juga secara tidak langsung meningkatkan motivasi pelajar

dengan menyediakan jawapan atau maklum balas dalam setiap penilaian. Di

samping itu, dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam melahirkan pelajar yang

seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru itu,

diharapkan penggunaan MPK ini dapat membantu pelajar mencapai tahap kefahaman

pelajar dalam memahami konsep serta aplikasi Fizik.

5.4.2 Guru

Peranan guru yang memastikan para pelajar menerima bahan pembelajaran

yang memenuhi keperluan HSP dan bermutu dalam mencapai kefahaman pelajar.

Guru juga berperanan dalam mengesan kelemahan pelajar terhadap tajuk yang

dipelajari. Hal ini membolehkan guru memberikan perhatian yang lebih kepada

pelajar tersebut dengan cara membimbing mereka menguasai tajuk yang dipelajari

(Salfarina, 2003).

MPK merupakan bahan pembelajaran dan salah satu kaedah pengajaran

kerana pelajar berupaya belajar secara kendiri walaupun tanpa kehadiran guru. Ini

dapat memastikan para pelajar akan melalui proses P&P yang berterusan dalam

mencapai objektif pembelajaran. Maka, jelaslah bahawa MPK juga dapat membantu

guru menambahkan bahan pengajaran di samping memberi implikasi positif kepada

guru dalam proses P&P.

5.4.3 Penyelidik

Kajian pembinaan MPK juga memberikan implikasi kepada penyelidik. Ini

kerana, penyelidik dapat mengenal pasti tahap kesesuaian MPK untuk menghasilkan

bahan pembelajaran yang bermutu supaya pelajar dapat mencapai setiap objektif

pembelajaran. Penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan kekurangan yang

wujud pada pembinaan MPK dan seterusnya berusaha memperbaiki mutu MPK.

5.4.4 Institusi Pendidikan

Pembinaan MPK adalah sesuai dan sejajar dengan rancangan PPK, iaitu

menuju ke arah pembelajaran yang bercorak terarah kendiri, mngikut kadar individu,

mempunyai kesinambungan dan reflektif (Salfarina, 2003).

Ia juga membantu meningkatkan taraf pendidikan yang berkembang pesat

dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang akan menjadi kebanggaan Malaysia.

Selain itu, pembinaan MPK adalah wajar kerana mampu meningkatkan penguasaan

pelajar dan menangani masalah kekurangan bahan pembelajaran yang bermutu.

5.5 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak

dalam memberi pendedahan terhadap penggunaan MPK iaitu:

1. Para pelajar haruslah diberi kesedaran dan pendedahan terhadap penggunaan

MPK sebagai salah satu bahan pembelajaran secara kendiri. Ini kerana,

proses pembelajaran akan menjadi bermakna berdasarkan keupayaan mereka

sendiri.

2. Guru haruslah menjadikan MPK yang bermutu sebagai bahan pembelajaran

sekunder yang harus dimiliki oleh semua pelajar. Rujukan tambahan

diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar di samping dapat

mempelbagaikan kaedah pengajaran.

3. Guru juga haruslah berperanan dalam memastikan pencapaian para pelajar

semasa pelajar mengikuti proses pembelajaran secara MPK.

4. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hendaklah menubuhkan satu

jawatankuasa untuk menilai kualiti atau mutu isi kandungan MPK yang akan

diterbitkan oleh syarikat-syarikat penerbitan bagi memenuhi keperluan HSP

dan juga tahap kognitif pelajar.

5. Selain itu, KPM seharusnya menyediakan peruntukan dalam membina MPK

yang bermutu sebagai menambahkan bahan proses P&P. Seterusnya

memberikan pengiktirafan kepada guru yang dapat menghasilkan MPK yang

bermutu tinggi supaya dapat memberikan galakan dan menjadi contoh kepada

guru-guru yang lain.

6. Pihak KPM juga harus memantau isi kandungan buku teks supaya dapat

memberikan maklumat atau pengetahuan yang terkini sejajar dengan

pembangunan negara.

7. Pembinaan MPK juga boleh disertakan dengan CD-ROM yang mengandungi

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar seperti

video yang memaparkan aplikasi fizik, eksperimen secara simulasi dan

sebagainya.

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan

Berikut beberapa cadangan yang difikirkan oleh penyelidik untuk kajian pada

masa hadapan kelak:

1. Pembinaan MPK hendaklah dilakukan semasa cuti semester satu tahun empat

bagi mengelakkan kakangan masa yang akan dihadapi oleh penyelidik. Hal

ini kerana kesuntukan masa yang dihadapi oleh penyelidik dan responden

dalam menilai status kesesuaian MPK akan menyebabkan ralat pada dapatan

kajian.

2. Penilaian status kesesuaian MPK haruslah dilakukan secara keseluruhan

dengan melibatkan pelbagai pihak sehingga fasa Penilaian Lapangan (PL)

yang melibatkan pelajar sebagai responden.

3. Pemboleh ubah merentas kawasan sekolah bandar dan kawasan luar bandar

juga boleh mempengaruhi status kesesuaian MPK yang dibina. Ini kerana

kawasan sekolah juga mempengaruhi tahap pengetahuan dan kognitif pelajar

dalam membina kefahaman terhadap mata pelajaran Fizik.

4. Selain itu, pemboleh ubah merentas jenis-jenis sekolah juga boleh

mempengaruhi tahap kesesuaian isi kandungan MPK dan dapat menangani

masalah perbezaan individu.

5. Penyelidik seharusnya bersemuka dengan responden kajian semasa penilaian

dilakukan bagi mendapatkan maklum balas yang segera. Selain itu,

penyelidik boleh mengutarakan persoalan atau masalah yang dihadapi semasa

membina MPK.

6. Pembinaan CD-ROM sebagai alat bahan bantu pengajaran juga boleh

disertakan dengan MPK bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

menyesuaikan arus teknologi masa kini. Penyelidik boleh menyelitkan

video-video yang memaparkan konsep fizik yang digunakan dalam

kehidupan seharian atau dunia pekerjaan.

5.7 Rumusan

Kesimpulannya dari hasil kajian menunjukkan MPK yang dibina dan boleh

digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran yang bukan sahaja dapat membantu

para pelajar dalam membina kefahaman pelajar. Bahan P&P yang dibina dalam

bentuk MPK juga mengandungi isi kandungan disusun secara sistematik membantu

pelajar menguasai konsep dan meningkatkan motivasi pelajar secara kendiri.

. Bab ini juga membincangkan hasil kajian, kesimpulan, implikasi serta

cadangan khususnya bagi MPK Daya dan Gerakan. Malah, MPK juga memberikan

kesan yang positif kepada pelbagai pihak teruamannya guru dan institusi pendidikan.

71

Rujukan

Abu Hassan bin Kassim (2003). Pendidikan Amali Sains : Kemahiran Saintifik. Skudai:

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.

Abdul Shukur Abdullah dan Yunus Bin Muhammad (1993). Ke arah Penghasilan Buku

Teks yang Bermutu: Jurnal Kementeriaan Pelajaran Malaysia.m.s 12-19

Atan Long (1979).”Fikiran-fikiran Tentang Pendidikan”. dlm. Rashimah Abu Kassim

(2006).Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Elektrik dan

Kelektromagnetan Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 5.Universiti Teknologi

Malaysia.Projek Sarjana Muda

Burns, R.W. (1972).”An Instructional Module Design.”Educational Technology.

12 (9).27-29

Chong, Yee Ling (2004). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Haba dan

Tenaga Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4. Universiti Teknologi Malaysia.

Projek Sarjana Muda

De Vito, A & Krockover, G.H.”Alernative Skills and Technique”.Boston:Litte, Brown

and Company.108-110

Ee, Ah Meng (1997). Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran.dlm. Rashimah Abu

Kassim (2006).Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Elektrik dan

Kelektromagnetan Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 5.Universiti Teknologi

Malaysia.Projek Sarjana Muda

Eijil, P.V (1976).”A Concise Building Schema for Instructional Modules.”Educational

Technology. 16 (2). 33-34

72

Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi: Universiti Teknologi Malaysia

Farihah Binti Mohd Jamel (2006). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul

Gelombang Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 5. Universiti Teknologi

Malaysia. Projek Sarjana Muda

Griffith, W. T. (2001). The physics of everyday phenomena: A conceptual introduction

to Physics (ed. ke-3). New York: McGraw-Hill.

Meyer, G.R. (1984).”Modules From Design to Implemenation.”Colombo Plan Staff

College For Technician Education. 1, 46-48

Jamil Ahmad (1993). Tinjauan Mengenai Kekangan-kekangan dalam Pelaksanan Sains

KBSM di Sekolah-sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Khairul Anuar Abd Muluk (2003). Paras Pemahaman Konsep Fizik Bagi Pelajar-

Pelajar Tingkatan 4 di MRSM Jasin Melaka

Kligstedt, J.L.(1972).”Learning Modules For Competency-Based Education”.

Educational Technology. 12 (11). 29-31

Lilia Halim, T.Subahan M.Meerah dan Zolkepli Haron (2002). Strategi Pengajaran

Fizik untuk Guru Sains. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mardiana binti Nordin dan Hasnah binti Hussin (2000). Pengajian Malaysia. Shah

Alam: Fajar Bakti.

Muhammad Sam b. Nordin & Shaharom Nordin (199). Pembinaan dan Penilaian

Modul Pengajaran Kendiri Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

Buletin Persatuan Pendidikan Sains & Matematik Johor.

73

Nigel Harrison (1991).How to Design Effective Text Based Open Learning. London: Mc

Graw Hill Int. UK Ltd

Norhafiza Nasiron (2003). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Daya dan

Gerakan Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4.Universiti Teknologi

Malaysia.Projek Sarjana Muda

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM

Tingkatan Lima. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rashimah Abu Kassim (2006).Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Elektrik

dan Kelektromagnetan Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 5.Universiti

Teknologi Malaysia.Projek Sarjana Muda

Romey, W.D (1968).Inquiry Technique for Teaching Sciene. dlm. Farihah Binti Mohd

Jamel (2006). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Gelombang Bagi Mata

Pelajaran Fizik Tingkatan 5. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

Salfarina Sani (2003). Pembinaan da Penilaian Kesesusaian Modul Pembelajaran

Kendiri Daya dan Gerakan Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

Sarimah Binti Abu (2006). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Elektronik

Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 5. Universiti Teknologi Malaysia. Projek

Sarjana Muda

Shaharom Nordin (1994). Penghasilan dan Penilaian Keberkesanan Pengajaran

Kendiri Fizik di Kalangan Pelajar Berbeza Kebolehan dan Jantina Pada

Peringkat Tingkatan 4: Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Doktor Falsafah.

74

Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Tan, Ah Ling (2003). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Secara Kontekstual

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Fizik di Sek. Men.

Teknik Seluruh Negeri Johor.Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda

Wan Absah Bt Wan Kadir (1997). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Secara

Kontekstual di Sekolah Menengah Teknik.Persidangan Kebangsaan Tech Prep 18-

20 September 1997

Wan Mansor Bin Wan Abdul Rahman (2008). Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

Bagi AutoCAD 2D. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

Zaipah Binti Ismail (2003). Masalah Pembelajaran Dalam Memahami Konsep Daya

Dan Gerakan Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Dan Empat. Universiti

Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

75

Lampiran A

SOALAN SOAL SELIDIK

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI DAYA DAN GERAKAN BAGI MATA PELAJARAN FIZIK KBSM

TINGKATAN EMPAT

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar-pelajar

Fizik mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam memahami mata

pelajaran Fizik.

Soal selidik ini bertujuan sebagai latihan ilmiah bagi memenuhi keperluan

akademik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

ARAHAN

1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu:

Bahagian A : Maklumat diri pelajar

Bahagian B : Soal selidik berkenaan pemahaman pelajar dalam mata pelajar

Fizik

Kerjasama yang saudara/i berikan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Penyelidik,

NADIAH BINTI JAMALUDIN

4 SPF – IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK)

76

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Arahan : Sila tandakan (/) pada butir-butir pada ruangan yang disediakan dan

menulis jawapan dengan jelas bagi soalan yang memerlukan jawapan bertulis.

1. Jantina :

Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Bangsa :

Melayu ( ) Cina ( )

India ( ) Lain-lain (sila nyatakan) : ______________

3. Gred Sains PMR :

A ( ) C ( )

B ( ) D ( )

BAHAGIAN B

Arahan : Sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan.

1. Adakah anda memahami konsep fizik semasa guru mengajar?Terangkan

mengapa/sebab

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

2. Apakah cara yang pelajar yang paling mudah untuk mempelajari fizik/tajuk

yang berkaitan

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

77

3. Bagaimana anda mengaplikasikan konsep fizik dalam kehidupan

seharian?Berikan satu contoh.

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

4. Adakah buku teks dapat membantu anda dalam memahami fizik?Jelaskan

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

5. Apakah sumber lain yang dapat mengukuhkan kefahaman anda dalam mata

pelajaran fizik?Berikan sebab

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

78

Lampiran B

SOAL SELIDIK KSESUAIAN

MODUL PNGAJARAN KENDIRI (MPK)

(GURU)

Tajuk Modul Pengajaran Kendiri

………………………………………………………………………………………….

Tarikh : …………………………….

OBJEKTIF :

Soal selidik ini ialah mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian modul

pengajaran kendiri yang disediakan. Maklum balas yang anda berikan itu akan

membantu kami menghasilkan modul pembelajaran kendiri yang lebih baik dan

berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

MAKLUMAT LATAR BELAKANG

Sila tandakan (√) pada ruang yang berkenaan.

1. No. Kad Pengenalan : ……………………………………………

2. Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan

3. Jenis sekolah ( ) Biasa ( ) Asrama Penuh

4. Kelayakan Ikhtisas Tertinggi : ( ) Maktab Perguruan ( ) Diploma

( ) Ijazah ( ) Sarjana

5. Kelayakan mengajar ( ) 1 hingga 5 tahun

( ) 6 tahun ke atas

6. Nama dan alamat sekolah :

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

79

Arahan

Sila tandakan (√) pilihan yang paling sesuai mewakili pendapat anda mengenai

kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) ini untuk dijadikan bahan pengajaran

dan pembelajaran.

Petunjuk:

5 = Amat Setuju

4 = Setuju

3 = Neutral

2 = Tidak Setuju

1 = Amat Tidak Setuju

Bahagian A

1. Formatnya menarik perhatian

dan menimbulkan keinginan

belajar para pelajar

2. Arahan yang terdapat dalam

modul pengajaran kendiri jelas

dan mencukupi

3. Skopnya memenuhi keperluan

sukatan, sesuai dan merangsang

4. Istilah yang sukar ada

diterangkan

5. Berbagai komponen (pilihan

pembelajaran) ada disediakan

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

80

6. Aras isinya sesuai untuk pelajar

tingkatan empat

7. Unsur afektif (nilai murni) ada

disertakan di dalamnya.

8. Bahagian Pemulihan membantu

mengukuhkan pengetahuan

asas para pelajar

9. Bahagian Pemulihan membantu

memudahkan para pelajar

memahami konsep dan isi

kandungan pelajaran.

10. Bahagian Penggayaan boleh

meningkatkan lagi pengetahuan

para pelajar.

11. Ia mempunyai imbangan yang

baik anatara isi pelajaran dan

proses

12. Ia menggunakan kaedah inkuiri

13. Ia mengambil kira perbezaan

individu

14. Bahasa yang digunakan jelas

dan mudah difahami

15. Ia lebih menekankan pada

pemahaman.

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

81

16. Langkah (pace)nya sesuai dan

berturutan.

17. Isi dan gaya persembahannya

boleh menarik minat para

pelajar.

18. Ilutrasi dan penerangan yang

diberi jelas dan mudah

difahami.

19. Objektif pembelajarannya

adalah realistik dan boleh

dicapai.

20. Objektif pembelajarannya

pelbagai aras

21. Pernyataan objektif

pembelajarannya jelas dan

mudah difahami.

22. Ia menyediakan banyak situasi

menyelesaikan masalah.

23. Praujian dan ujian diagnostik

megukur objektif pembelajaran

yang hendak dicapai.

24. Contoh soalan yang diberi

boleh membantu para pelajar

menguasai konsep atau isi

kandungan pelajaran.

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

5 4 3 2 1

82

Bahagian B

Sila berikan ulasan am dan cadangan tentang modul pengajaran kendiri ini, jika ada.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

Diucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama anda.

83

Lampiran C

Skala Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk Guru

Bil Pemeringkatan Julat Peratusan Status

1. Amat Tidak Setuju 1-24 0-20% Amat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju 25-48 25-48% Tidak Setuju

3. Neutral/Tiada Perbezaan 49-72 49-72% Tiada Perbezaan

4. Setuju 73-96 73-96% Setuju

5. Amat Setuju 97-120 97-120% Amat Setuju

84

Lampiran D

PENGESAHAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

(MPK)

Adalah disahkan bahawa MPK di atas yang telah dibina oleh Saudari Nadiah Binti

Jamaludin dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah disemak dan hasilnya

adalah seperti berikut.

(Sila bulatkan jawapan anda)

1. Format bahan kajian sesuai dan

menarik

2. Maksud setiap item jelas

3. Bahasa yang digunakan mudah

difahami

4. Saiz tulisan sesuai dan mudah

dibaca

5. Arahan yang diberi jelas

6. Jarak tulisan sesuai

7. Petunjuk jelas

8. Ejaan betul

9. Objektif Jelas

Ulasan Am:

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

85

Tanda Tangan : …………………………………………………

Nama Penuh : ………………………………………………………………………

Pengalaman Mengajar : ………………tahun

Tugas Khas :

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

Kelulusan : …………………………………………………………………………….

Nama dan Alamat Sekolah:

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

Cop Sekolah: …………………………. Tarikh : ……………………..

86

Lampiran E

PENGESAHAN GURU FIZIK

Adalah disahkan bahawa isi kandungan kesemua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

untuk tajuk Daya dan Gerakan, Bab Dua, FIZIK KBSM Tingkatan Empat (4)

yang dihasilkan oleh Saudari Nadiah Binti Jamaludin dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai adalah sesuai untuk digunakan oleh para

pelajar Tingkatan Empat (4) dan telah memenenuhi keperluan Sukatan Pelajaran

Sekolah Menengah Fizik KBSM 2000 seperti yang terkandung di dalam Huraian

Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan IV 2001

Sekian, terima kasih

Tanda Tangan : ………………………………………………………………………..

Nama Penuh : ………………………………………………………………………….

Pengalaman Mengajar : ………………………tahun

Kelulusan : ……………………………………………………………………………...

Nama dan Alamat Sekolah :

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

Cop Sekolah : ………………………………. Tarikh : …………………….