orientasi kepimpinan guru-guru di sekolah menengah … binti … · psz 19:16 (pind. 1/97)...

34
ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS NORSUHADA BINTI MAHMOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 20-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS

NORSUHADA BINTI MAHMOOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)."

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : DR. MOHD KHATA BIN JABOR

Tarikh : MEI 2013

Page 3: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS

NORSUHADA BINTI MAHMOOD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2013

Page 4: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL NEGERI JOHOR : SATU ANALISIS

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya NORSUHADA BINTI MAHMOOD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ________________________________ _____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 299 / LOT 4342,

JALAN PINTU AIR, DR. MOHD KHATA BIN JABOR KG. TOK MUDA, Nama Penyelia 42200 KAPAR, SELANGOR.

Tarikh: _____20 MEI 2013______________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 5: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………….

Nama Penulis : NORSUHADA BINTI MAHMOOD

Tarikh : 20 MEI 2013

Page 6: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

DEDIKASI

Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) ini ditujukan khas buat

insan-insan yang paling istimewa dalam hidupku;

Suamiku, Mohd Najihan Bin Mohamad Suhadah,

Anakanda Puteraku, Mohammad Hazim Najmuddin,

Kekandaku,

Noriah Binti Che Leh

Mohd Zaki Bin Mahmood

Zainuddin Bin Mahmood

Norhayati Binti Mahmood

Noraini Binti Mahmood

Mohd Zalmi Bin Mahmood

Adindaku

Norhidayah Binti Mahmood

Mohd Zikri Bin Mahmood

NurAtiqah Binti Mahmood

Muhammad Aiman Bin Mohamad Suhadah

Mustakim Bin Mohamad Suhadah

Mahzan Bin Mohamad Suhadah

Ayahanda dan Bonda Mertuaku, Mohamad Suhadah Bin Mohd Towhid &

Zahrah Binti Ismail

serta seisi keluarga yang dikasihi…

Semoga menjadi pencetus ilhamdan inspirasi buat kalian semua…

Page 7: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

PENGHARGAAN

ALHAMDULILIAH, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah

S.W.T. atas hidayah dan rahmat-Nya sehingga kajian ilmiah ini dapat diselesaikan

seperti yang dirancangkan, bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk

memperolehi ljazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional).

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Khata Bin Jabor selaku

penyelia utama kerana telah memberi nasihat, dorongan dan tunjuk ajar yang berharga

dalam proses menyiapkan tesis ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan Pengarah Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Kementerian Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Pengetua-

Pengetua sekolah menengah teknik dan Vokasional yang memberikan kebenaran untuk

menjalankan kajian ini. Begitu juga diucapakan ribuan terima kasih kepada para guru di

sekolah menengah teknik dan vokasional yang terlibat dalam kajian ini yang telah

memberikan kerjasama yang baik semasa mengisi borang soal selidik.

Akhir sekali penghargaan yang khusus dan istimewa ditujukan kepada suami,

anak, adik beradik dan ayahanda dan bonda mertuaku serta keluarga yang telah banyak

bersabar dan setia menunggu serta telah mendoakan kejayaan disepanjang pengajian

saya di Universiti Teknologi Malaysia dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan guru

yang memberikan sokongan dan dorongan dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas;

Norsuhada Binti Mahmood

Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Page 8: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

ABSTRAK

Cabaran era globalisasi menjadikan PTV sebagai prioriti di kebanyakan

negara membangun sebagai alternatif untuk mengadaptasi perubahan

globalisasi industri. Kepesatan teknologi turut memberikan impak yang besar

kepada sistem PTV di Malaysia. Justeru itu, para guru PTV berdepan dengan

cabaran yang besar untuk merealisasikan hasrat Negara dan menyediakan aset

yang berkualiti untuk menempatkan diri ke pasaran kerjaya dan membangunkan

Negara. Oleh itu, para guru perlu mengatur langkah dan perancangan serta

menguruskannya dengan gaya kepimpinan yang tepat. Kajian ini adalah

bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah

menengah teknik dan vokasional di Johor bahru. Kajian ini juga dilaksanakan

untuk mengenalpasti samada guru-guru di sekolah menengah teknik dan

vokasional mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan. Gaya

kepimpinan yang dominasi diamalkan turut dikaji oleh penyelidik. Selain itu

hubungan gaya kepimpinan ini dengan prestasi guru, jantina, tempoh

perkhidmatan dan etnik turut dikaji. Responden kajian terdiri daripada 196 guru

dari empat buah SMTV negeri johor. Reka bentuk kajian yang digunakan

adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai

instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 11 yang melibatkan

peratus, skor min, sisihan piawai dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa gaya kepimpinan demokratik, autentik, transformasi, karismatik dan

instruksional diamalkan pada tahap tinggi sementara gaya kepimpinan autokrati

diamalkan pada tahap sederhana. Guru-guru di sekolah menengah teknik dan

vokasional mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan dan gaya kepimpinan yang

dominan ialah gaya kepimpinan instruksional dan autentik.

Kata Kunci: Kepimpinan guru, gaya kepimpinan, autokratik, demokratik, autentik,

Transformasi, karismatik, instruksional.

Page 9: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

ABSTRACT

The challenges of globalization makes the PTV as a priority in the most

developing countries as an alternative to adapt the rapid changing of industrial

globalization. Technology also give the big impact to the TVE system in

Malaysia. Therefore, the TVE teachers face a big challenge for the realization

of the nation and prepare the asset quality of our developing nation. So, teachers

need to organize, plan and manage with the right leadership style. The aims of

this study are to investigate the leadership style practiced in vocational and

technical schools in Johor Bahru. This study was also conducted to determine

whether the teachers in vocational and technical schools to adopt one or a

variety of leadership styles. Leadership style practiced, which are dominant is

studied by researchers. Besides this leadership style relationship with teacher

performance, gender, tenure and ethnicity were also studied. Respondents

consisted of 196 teachers from four SMTV Johor. The research design was a

quantitative survey using a questionnaire as a research instrument. Data were

analyzed using SPSS version 11 involving percent, mean, standard deviation

and ANOVA. The results showed that the democratic, authentic,

transformational, charismatic and instructional leadership style were practice at

a high level while autocratic leadership style practiced at a moderate level.

Teachers in secondary technical and vocational schools adopt various

leadership styles and dominant leadership style is instructional leadership and

authentic style.

Keywords: Teacher leadership, leadership styles, autocratic, democratic, authentic,

transformation, charismatic, instructional.

Page 10: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI GRAF

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Skop dan Batasan Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Definisi Operasi 12

1.9 Kerangka Konsep Kajian 15

1.10 Kesimpulan 16

Page 11: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kepimpinan Guru 19

2.3 Ciri kepimpinan guru yang berkesan 22

2.4 Gaya kepimpinan Guru 24

2.4.1. Kepimpinan Autokratik 26

2.4.2. Kepimpinan Demokratik

2.4.3. Kepimpinan Autentik

29

33

2.4.4. Kepimpinan Karismatik 37

2.4.5. Kepimpinan Transformasi 41

2.4.6 Kepimpinan Instruksional 44

2.5 Jantina dan Gaya Kepimpinan 47

2.6 Tempoh Perkhidmatan dan Gaya Kepimpinan 49

2.7 Etnik dan Gaya Kepimpinan 49

2.8 Prestasi Guru dan Gaya Kepimpinan 50

2.9 Kesimpulan 51

III

METODOLOGI

3.0 Pengenalan 52

3.1 Rekabentuk Kajian 52

3.2 Populasi Dan Sampel kajian 53

3.3 Lokasi Kajian 55

3.4 Instrumentasi 55

3.5 Prosedur Mengendalikan Kajian 57

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian

58

3.7 Kajian Rintis 58

3.8 Penganalisisan Data Kajian 59

3.9 Jangkamasa Kajian 61

3.10 Kesimpulan 62

Page 12: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

IV

ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 63

4.1 Analisis Latar Belakang Responden 64

4.2 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 68

4.3 Ringkasan Keseluruhan Dapatan Kajian

89

V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 93

5.1 Perbincangan Hasil Kajian : Latar Belakang

Responden

93

5.2 Perbincangan Hasil Kajian Bahagian B

5.2.1. Gaya kepimpinan yang diamalkan di

sekolah menengah teknik dan vokasional

5.2.2. Amalan gaya kepimpinan oleh para guru

di sekolah menengah teknik dan

vokasional samaada satu atau pelbagai

gaya kepimpinan.

5.2.3. Gaya kepimpinan yang di dominasi oleh

para guru di sekolah menengah teknik

dan vokasional.

5.2.4. Hubungan antara gaya kepimpinan yang

diamalkan dengan prestasi guru.

5.2.5. Hubungan antara faktor jantina dengan

gaya kepimpinan yang diamalkan.

5.2.6. Hubungan antara faktor tempoh

perkhidmatan dengan gaya kepimpinan

yang diamalkan.

5.2.7. Hubungan antara faktor etnik dengan

gaya kepimpinan yang diamalkan.

94

95

97

98

101

103

105

107

5.3 Rumusan 109

Page 13: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

5.4 Cadangan 110

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111

5.6 Kesimpulan 113

BIBLIOGRAFI

114

LAMPIRAN A-D

Page 14: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan

Populasi Krejcie dan Morgan

53

3.2 Bilangan Item dalam Soal Selidik 56

3.3 Perincian Item Soal Selidik Mengikut

Pembolehubah

57

3.4 Kaedah Analisis Setiap Item Persoalan

Kajian

59

3.5 Julat dan Tahap Min bagi Gaya Kepimpinan 61

4.0 Taburan Gaya Kepimpinan Autokratik yang

diamalkan oleh Responden

68

4.1 Taburan Gaya Kepimpinan Demokratik

yang diamalkan oleh Responden

70

4.2 Taburan Gaya Kepimpinan Autentik yang

diamalkan oleh Responden

71

4.3 Taburan Gaya Kepimpinan Transformasi yang

diamalkan oleh Responden

72

4.4 Taburan Gaya Kepimpinan Karismatik yang

diamalkan oleh Responden

74

4.5 Taburan Gaya Kepimpinan Instruksional yang

diamalkan oleh Responden 75

4.6 Taburan Min Gaya Kepimpinan yang

diamalkan oleh Responden

77

4.7 Korelasi Markah SKT dengan Gaya

Kepimpinan

79

Page 15: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

4.8

Min dan Nilai Signifikan bagi Gaya

Kepimpinan yang diamalkan mengikut

jantina

81

4.9 Taburan Min Responden Yang

Mengamalkan setiap Gaya Kepimpinan

Mengikut Tempoh Perkhidmatan

83

4.10 Nilai Signifikan Responden Yang Mengamalkan setiap Gaya Kepimpinan Mengikut Tempoh Perkhidmatan

85

4.11 Taburan Min Responden yang mengamalkan setiap gaya Kepimpinan Mengikut Etnik

87

4.12 Gaya Kepimpinan yang di Dominasi

Mengikut Etnik

88

4.13 Nilai Signifikan dan Korelasi Pearson Gaya

Kepimpinan Mengikut Etnik

88

4.14 Ringkasan Dapatan Kajian 89

5.1 Min gaya kepimpinan yang signifikan

dengan tempoh perkhidmatan

106

5.2 Gaya kepimpinan yang didominasi oleh

setiap etnik

108

Page 16: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 Ciri-ciri kepimpinan demokrasi 31

2.2 Model Kepimpinan Karismatik 40

2.3 Model Kepimpinan Transformasi 42

5.1 Gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh

responden

Page 17: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.0 Taburan Responden Mengikut Jantina 64

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur 65

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Etnik 66

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Tempoh

Perkhidmatan

66

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pencapaian

Akademik

67

4.5 Taburan Min Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan

Oleh Responden

78

Page 18: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

SENARAI SIMBOL

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SMTV - Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

SKT - Sasaran Kerja Tahunan

SPSS - Statistical Packages for Social Science

Page 19: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Set Soal Selidik

B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan

C Senarai Dapatan Kajian

Page 20: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.1.Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) kini berhadapan dengan

cabaran yang cukup besar. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu

medan utama untuk melahirkan generasi-generasi berilmu yang mempunyai

kepakaran yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu untuk menerajui industri

pada masa kini dan akan datang. Halatuju pendidikan teknik dan vokasional

bagi melahirkan individu yang dapat memperolehi wang daripada pekerjaan

dilihat mampu menurunkan kadar pengangguran dalam negara. Harapan yang

tinggi dan tanggungjawab yang berat terpaksa ditanggung oleh pendidikan

teknik dan vokasional agar mampu melahirkan individu yang berilmu,

berkemahiran, menguasai teknologi maklumat dan kepakaran-kepakaran yang

lain bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat. Justeru itu, guru

sebagai pemimpin di sekolah berhadapan dengan cabaran yang besar untuk

merealisasikan kehendak dan keperluan industri ini. Gaya kepimpinan yang

tepat harus menjadi amalan guru-guru di institusi pendidikan teknik dan

vokasional agar tanggungjawab yang berat ini dapat diuruskan dengan baik.

Seorang pemimpin yang berkesan dan mampu membawa impak besar

dalam kepimpinannya tidak semestinya mengamalkan satu bentuk gaya

kepimpinan sahaja. Pemimpin yang berkesan mungkin menggunakan tiga,

Page 21: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

empat ataupun lebih gaya kepimpinan dalam masa yang berbeza bergantung

kepada situasi yang wujud dan juga sikap atau prilaku subordinat. Ini disokong

oleh Hersey dan Blanchard (1977) yang menyatakan bahawa situasi sesebuah

tempat dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang

ditetapkan oleh pemimpin. Subordinat yang berbeza mungkin memerlukan gaya

kepimpinan yang berbeza oleh pemimpin bagi memastikan isu atau masalah

yang timbul dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik.

Berjaya atau gagalnya sesuatu organisasi bergantung kepada pemimpin

dan kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut. Menurut Ismail Noor

(2000) menyatakan bahawa kepimpinan merupakan faktor kritikal yang

membezakan antara kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan,

keceriaan dan kesedihan di kalangan orang-orang dalam kumpulan, organisasi

atau negara. Tanpa kepimpinan yang tepat, matlamat, visi dan misi organisasi

tidak akan tercapai. Justeru itu, pemimpin perlu kreatif, kritis dan inovatif

dalam pelbagai bidang seperti merancang, menyusun atur, membuat keputusan,

berkomunikasi, mengawal, menguruskan perselisihan, menyelesaikan masalah,

mewujudkan ruang dan peluang kepada organisasi meneroka dan mencapai

kejayaan.

Kepimpinan yang berkesan akan memberi kejayaan kepada organisasi.

Pengukuran keberkesanan kepimpinan dapat dilakukan dengan mengukur

keberkesanan pemimpin dalam menetapkan halatuju, visi dan misi organisasi

dan keupayaannya mempengaruhi dan mengawal pengikutnya untuk sama-sama

bertindak untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam konteks

pendidikan teknik dan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional,

guru-guru pendidikan teknik dan vokasional berfungsi sebagai seorang

pemimpin dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan oleh pengetua

sekolah dalam melahirkan individu yang berkemahiran dan berpotensi serta

dapat bersaing di sektor pekerjaan dalam membangun dan mempertingkatkan

ekonomi Negara. Keberkesanannya dinilai menerusi produk yang dihasilkan

iaitu pelajarnya dan tentunya markah prestasi turut menjelaskan keberkesanan

guru tersebut sebagi seorang pemimpin.

Page 22: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

1.2.Latar Belakang Kajian

Kajian tentang kepimpinan adalah satu kajian yang sangat menarik dan

berfaedah kepada manusia kerana fitrah manusia memang tercipta dengan

tujuan untuk menjadi pemimpin. Sebagaimana yang terdapat dalam surah al-

israk ayat 36 yang bermaksud “janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada

pengetahuan engkau tentang keadaannya. Sesungguhnya pendengaran,

penglihatan dan hati masing-masing akan diperiksa”. Keterangan ayat ini

menyatakan, Allah s.w.t melarang manusia melakukan sesuatu urusan tanpa

ilmu pengetahuan dan menjadi pak turut semata-mata. Justeru itu, jelas disini

bahawa manusia diciptakan sebagai pemimpin dan bukannya menjadi pengikut

semata-mata Oleh itu, untuk membangunkan potensi kepimpinan dalam diri

manusia maka manusia memerlukan hubungan sosial dengan masyarakat.

Dalam masyarakat pula tidak boleh tidak akan wujudnya beberapa organisasi

untuk kepentingan bersama.

Persoalan kepimpinan diperkatakan secara meluas dan merangkumi

keseluruhan aspek kehidupan manusia di muka bumi tidak kira dalam politik,

ekonomi, sosial dan aktiviti kerohanian. Semua individu mampu menjadi

pemimpin dan pemimpin di dunia ini terlalu ramai, Namun menurut Ismail

Noor (2000), pemimpin yang membawa perubahan baik kepada kehidupan

manusia di dunia ini amat wajar untuk dikaji dan dicontohi.

Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan. Tentunya institusi

pendidikan merupakan satu organisasi yang sangat besar dan memerlukan

kepimpinan yang berkesan agar produk dihasilkan nanti benar-benar menepati

sepertimana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan disamping

mampu bersaing dialam kerjaya untuk memajukan Negara. Sekolah menengah

teknik dan vokasional merupakan platform kedua yang lebih memfokuskan

kepada kemahiran selepas mempelajari matapelajaran kemahiran hidup di

sekolah rendah. Terdapat pelbagai aliran dan bidang di sekolah menengah

teknik dan vokasional seperti aliran teknikal, aliran vokasional, aliran

kemahiran dan kolej vokasional. Sasaran setiap aliran ini adalah berbeza

Page 23: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

bergantung kepada kualiti dan potensi pelajar yang memohon ke aliran tersebut.

Antara bidang kursus di aliran teknikal adalah kejuruteraan awam, kejuruteraan

elektrik, perdagangan, sains pertanian dan agro teknologi. Bidang aliran

vokasional pula adalah seperti automotif, penyejukan dan penyamanan udara,

kimpalan, elektrik dan elektronik, fesyen, katering, seni kecantikan, landskap

dan macam-macam lagi.

Bidang aliran kemahiran pula adalah seperti pemesinan, jurukimpal,

pelukis pelan kejuruteraan mekanikal, juruteknik automotif, jurupemprosesan

makanan dan lain-lain sementara kolej vokasional menawarkan bidang

pemesinan industri, teknologi kimpalan, teknologi automotif, agroindustri

tanaman, agroindustri ternakan ruminan dan lain-lain.

Era globalisasi menuntut perubahan dan anjakan drastik dari pendidikan

teknik dan vokasional bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang

mempunyai kepakaran, kemahiran serta jati diri yang tinggi bagi memberi

sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Apatah lagi penurunan

kadar pengangguran di Malaysia belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Masih ada dua tahun sahaja lagi untuk kadar pengangguran menjadi sifar jika

menurut sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Apatah lagi bumi

Malaysia kini semakin dibanjiri oleh tenaga pekerja asing. Kebergantungan

terhadap tenaga pekerja asing harus dikurangkan kerana ini merupakan

pekembangan yang tidak sihat untuk ekonomi Malaysia.

Kepimpinan dilihat sebagai satu alternatif untuk mempercepatkan

penghasilan tenaga pakar ini sebagaimana yang di kehendaki. Kepimpinan yang

dimaksudkan tentunya adalah kepimpinan yang berkesan.

Kepimpinan yang berkesan dan tepat perlu diaplikasikan dalam

pendidikan teknik dan vokasional bagi memastikan misi dan visi yang telah di

sasarkan dapat dicapai dengan jayanya. Disini, pemimpin perlu berani

menanggung risiko dan membuat keputusan dalam melakukan perubahan.

Menurut Abd Aziz (2000), pemimpin yang melakukan perubahan akan

berhadapan dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflik

Page 24: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

serta mewujudkan ketidakselesaan. Perubahan yang dimaksudkan ini tentunya

perubahan yang positif iaitu bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu

bersaing di alam kerjaya sekaligus mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru itu, dalam melakukan perubahan ini, pemimpin perlu mempunyai

kekuatan intelek dan ketajaman daya analisis bagi membina wawasan dan

mampu menggariskan matlamat dan visi dengan jelas. Pemimpin melihat

kepimpinan sebagai satu tanggungjawab bukan sebagai satu keistimewaan yang

melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki organisasi.

Kepimpinan yang tepat juga sangat penting dalam memastikan semua

individu dalam organisasi dapat memberi sumbangan yang optimum. Menurut

Ismail Noor (2000) mendefinisikan kepimpinan sebagai "setiap tindakan yang

menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.".

Pemimpin perlu bertindak dalam menguruskan konflik yang dapat menjejaskan

pencapaian organisasi, membuat keputusan yang tepat dalam menangani situasi

yang tiba-tiba, merancang, menyusun atur tugasan dan pelbagai lagi demi

mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Pemimpin perlu bergerak secara proaktif bagi menggerakkan dan

merangsang orang lain untuk bertindak. Pemimpin mungkin memiliki segala

idea besar atau wawasan agung, tetapi jika tindakan tidak diambil atau

dilaksanakan, tiada hasil yang akan diperoleh. Seseorang ketua tidak akan

menjadi pemimpin yang berkesan jika membiarkan perkara tersebut berlarutan.

Dengan erti kata lain, pemimpin perlu berfikir panjang dan bertindak secara

wajar dan cepat untuk merebut peluang yang ada di hadapannya. Antara

kepimpinan moden dan kepimpinan dahulu sebagaimana yang termaktub dalam

sejarah silam, kedua-duanya mempunyai petunjuk yang tidak jauh berbeza.

Pemimpin perlu mengaplikasikan gaya kepimpinan yang tepat untuk

berhadapan dengan segala cabaran yang wujud. Gaya kepimpinan ini perlu

berkesan dalam melahirkan generasi yang diingini. Kepelbagaian bidang dalam

pendidikan teknik dan vokasional tentunya memerlukan gaya kepimpinan yang

pelbagai kerana setiap situasi dalam setiap bidang tentunya berbeza. Guru-guru

di sekolah menengah teknik dan vokasional ini merupakan guru-guru yang

Page 25: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

professional. Guru-guru ini menghadapi kerenah pelajarnya tahun demi tahun.

Sudah tentu guru-guru ini memiliki amalan gaya kepimpinan yang tertentu

dalam mendidik pelajarnya agar mendapat tempat di alam kerjaya.

Gaya kepimpinan yang dipilih oleh guru untuk memimpin pelajarnya

akan menentukan identitinya di mata pelajarnya. Hubungan emosi, kepercayaan

dan kepatuhan akan wujud diantara guru dan pelajar. Hubungan ini akan

menentukan keberkesanan kepimpinan dan ia dipengaruhi oleh gaya

kepimpinan yang diamalkan.

1.3. Pernyataan Masalah

Hari ini, pendidikan teknik dan vokasional mula mendapat tempat

dihati masyarakat. Pendidikan teknik dan vokasional ini mula dianggap penting

dan bukan lagi menjadi pilihan terakhir masyarakat untuk menempatkan anak-

anaknya dalam menimba ilmu. Kesedaran kepentingan kemahiran dalam

mendapat tempat di pasaran kerjaya menjadikan sekolah menengah teknik dan

vokasional sebagai sekolah pilihan di mata masyarakat. Walaupun masih ada

yang beranggapan sekolah menengah teknik dan vokasional adalah tempat

pelajar kurang pintar namun persepsi ini semakin pudar dari hari ke hari.

Sekolah menengah teknik dan vokasional ini bersasarkan kepada

melahirkan individu yang berkemahiran untuk memasuki alam pekerjaan untuk

mendapatkan pendapatan. Namun mengikut portal rasmi Jabatan Perangkaan

Malaysia kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2011 adalah 3.1 peratus

yang melibatkan 391 4000 orang penduduk Malaysia. Angka ini agak besar

memandangkan mengikut sasaran yang dibuat oleh jabatan perangkaan, kadar

pengangguran adalah sifar menjelang 2015. Beban ini sedikit sebanyak digalas

oleh pendidikan teknik dan vokasional. Lantas satu persoalan timbul apakah

kepimpinan yang diguna atau diamalkan oleh guru-guru di sekolah menengah

teknik dan vokasional bagi memastikan angka kadar pengangguran ini dapat

dikurangkan menjadi sifar pada tahun 2015. Ini kerana gaya kepimpinan

berfungsi sebagai pemacu dan menentukan samaada lambat atau cepat visi dan

Page 26: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

misi pendidikan teknik dan vokasional tercupai. Jesteru itu, penyelidik ingin

mengkaji apakah gaya kepimpinan yang diamalkan dan sejauh manakah

keberkesanan amalan gaya kepimpinan tersebut. Ukuran keberkesanan akan

dianalisis berdasarkan markah sasaran kerja tahunan yang diperolehi dari proses

penyeliaan yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah.

Semasa memimpin para guru dituntut untuk mengamalkan gaya

kepemimpinan yang pelbagai kerana setiap gaya kepimpinan didapati

mempunyai kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata ialah tidak

semua gaya kepimpinan mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi

(Ross, 2006). Jesteru itu, para guru perlu cekap menyesuaikan gaya

kepemimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan ketika

melaksanakan kepemimpinan. Guru yang bijak memimpin mampu

mengamalkan kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang

kepada satu stail kepemimpinan sahaja (Dunford et al., 2000). Dalam konteks

ini, Bolman et al. (1999), Abdul Shukor (2004), Abdul Rafie (2002)

berpendapat bahawa amalan kepemimpinan yang pelbagai dan luas lebih

berupaya menjurus kepada keberkesanan kepemimpinan berbanding amalan

satu gaya kepemimpinan sahaja. Persoalannya adalah guru-guru di sekolah

menengah teknik dan vokasional mengamalkan satu ataupun pelbagai gaya

kepimpinan untuk memastikan visi dan misi yang telah digariskan dapat

dicapai.

Oleh itu kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan yang

diamalkan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Kajian ini juga turut

mengenalpasti samaada guru di sekolah menengah teknik dan vokasional

mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan. Kajian ini juga mengkaji

gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah menengah teknik

dan vokasional dan kesan amalan gaya kepimpinan ini terhadap pencapaian

prestasi guru serta pengaruh jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan guru

kterhadap amalan gaya kepimpinan.

Page 27: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

1.4. Objektif Kajian

Objektif penyelidikan yang penyelidik gariskan untuk kajian ini adalah

seperti berikut:

1. Mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah

menengah teknik dan vokasional.

2. Mengenalpasti samaada para guru di sekolah menengah teknik dan

vokasional mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan?

3. Mengenalpasti gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah

menengah teknik dan vokasional?

4. Mengkaji hubungan gaya kepimpinan yang diamalkan dengan prestasi

pencapaian guru.

5. Mengkaji faktor jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan dengan gaya

kepimpinan yang diamalkan.

1.5. Persoalan Kajian

Penyelidikan ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah menengah teknik

dan vokasional?

ii. Adakah para guru di sekolah menengah teknik dan vokasional

mengamalkan satu atau pelbagai gaya kepimpinan?

iii. Apakah gaya kepimpinan yang di dominasi oleh para guru di sekolah

menengah teknik dan vokasional?

Page 28: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

iv. Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan yang diamalkan

dengan prestasi guru?

Hipotesis untuk persoalan kajian ini adalah:

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

1. kepimpinan dengan prestasi guru.

v. Adakah terdapat perbezaan antara faktor jantina, etnik dan tempoh

perkhidmatan dengan gaya kepimpinan yang diamalkan?

Hipotesis untuk persoalan kajian ini adalah:

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

jantina dengan gaya kepimpinan yang diamalkan

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

tempoh perkhidmatan dengan gaya kepimpinan yang

diamalkan.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara etnik

dengan gaya kepimpinan yang diamalkan

1.6. Skop Kajian dan Batasan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik hanya mengkaji enam jenis gaya

kepimpinan sahaja iaitu kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik,

kepimpinan autentik, kepimpinan transformasi, kepimpinan karismatik dan

kepimpinan instruksional. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat

buah sekolah menengah teknik dan vokasional yang berada dalam negeri johor

sahaja sebagai mewakili guru-guru pendidikan teknik dan vokasional seluruh

Malaysia.

Responden dalam kajian terdiri daripada guru-guru pendidikan teknik

dan vokasional dalam pelbagai bidang bergantung kepada bidang yang di

tawarkan di sekolah berkenaan tidak kira mereka sebagai guru matapelajaran

Page 29: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

semata-mata atau ketua bidang atau pentadbir kerana konsep kajian ini guru

sendiri sebenarnya sebagai pemimpin. Kajian ini tidak melibatkan guru-guru di

Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah

Swasta, Sekolah Kluster dan Sekolah Harian Biasa.

Kajian ini hanya memfokuskan organisasi sekolah yang melibatkan

guru-guru dan tidak melibatkan pekerja dalam organisasi lain. Prestasi guru

yang dikaji menerusi kajian ini hanya terhad kepada markah sasaran kerja

tahunan dan tidak termasuk penglibatan guru yang lain. Kajian yang dijalankan

ini adalah terhad kepada Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sahaja. Ia

tidak merangkumi institusi pendidikan tenik dan vokasional yang lain seperti

pendidikan di politeknik, kolej MARA, kolej komuniti, MRSM dan juga

pendidikan tinggi.

1.7.Kepentingan Kajian

1.7.1. Guru-guru Teknik dan Vokasional

Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dan maklumat kepada

guru-guru pendidikan teknik dan vokasional kerana adakalanya guru

tersebut sendiri tidak mengetahui gaya kepimpinan yang sedang

diamalkannya dan adakah gaya kepimpinan yang diamalkan itu

berkesan. Dapatan kajian ini akan membantu para guru tersebut untuk

mengamalkan gaya kepimpinan yang tepat dan sesuai untuk menghadapi

cabaran tugasan harian dan meningkatkan prestasi mereka di sekolah.

1.7.2. Pihak pentadbiran sekolah

Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk

menilai kualiti kepimpinan guru kini beserta gaya kepimpinan guru yang

dimiliki oleh para guru untuk membantu pihak pentadbir melancarkan

perjalanan pengurusan sekolah

1.7.3. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM)

Page 30: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak kementerian untuk

memantau gaya kepimpinan guru yang diamalkan. Pihak KPM juga

dapat menilai adakah transformasi dalam pendidikan yang dilaksanakan

mempengaruhi gaya kepimpinan guru yang sedia wujud. Pihak KPM

juga dapat menentukan samaada gaya autokratik yang digunakan sejak

dahulu masih sesuai digunakan pada masa kini atau tidak. Hasil

penyelidikan ini dapat membantu pihak KPM dalam merancang sistem

pendidikan seterusnya supaya selari dengan kualiti kepimpinan guru.

1.8. Definisi Operasi

1.8.1. Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (2002), kepimpinan ialah keupayaan dan daya

pemimpin. Cubaan (1984) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai usaha atau

tindakan mempengaruhi pihak lain dengan secara informal atau tidak formal

bagi bertujuan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Sementara menurut

Ralph M. Stoghill (1996), beliau menyatakan bahawa kepimpinan dalam

pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti

para anggota yang berkaitan dengan tugas. Jesteru itu dalam kajian ini

kepimpinan merujuk kepada keupayaan dan daya pemimpin sama ada secara

formal atau tidak formal untuk mengarah dan mempengaruhi subordinat untuk

bertindak bagi mencapai matlamat organisasi.

1.8.2. Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan

kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi subordinatnya supaya

bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Menurut Nasution (2004)

Gaya kepimpinan adalah suatu cara yang digunakan pemimpin dalam

berinteraksi dengan bawahannya.

Page 31: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

1.8.3. Kepimpinan guru

Kepimpinan guru merujuk kepada keupayaan guru untuk memimpin,

mendorong dan memotivasikan pelajar bagi melahirkan pelajar sebagaimana

yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lashway (2002)

menyatakan bahawa kepimpinan guru merujuk kepada kebolehan guru untuk

menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan mendorong

murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar, menentukan harapan pada

pencapaian yang tinggi, menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran

ke arah piawaian yang standard, menggunakan pelbagai sumber data untuk

menilai pembelajaran dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang

berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah

1.8.4. Autokratik

Perkataan Autokratik membawa maksud corak pemerintahan yang

mempunyai kuasa mutlak. Kepimpinan autokratik adalah kepimpinan searah

dimana pemimpin menentukan segalanya dalam pentadbirannya. Subordinat

hanya melaksanakan tindakan sebagaimana yang diarahkan oleh pemimpinnya.

1.8.5. Demokratik

Demokratik sejenis kepimpinan berasaskan suara majoriti dalam

membuat keputusan atas perundingan bersama. Dalam kepimpinan ini

pemimpin cenderung untuk mendengar suara subordinat untuk membuat

keputusan atas kepentingan bersama. Menurut Ahmad Redzuwan (2001),

demokrasi merupakan satu bentuk kerajaan yang mana kedaulatan

pemerintahan itu terletak di tangan rakyat dan ditadbir oleh rakyat

1.8.6. Autentik

Page 32: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

Autentik bermaksud semulajadi dan asli. Dalam kajian ini kepimpinan

autentik yang dikaji. Kepimpinan autentik ialah satu kepimpinan yang

mengutamakan etika dan moral dimana kepimpinan boleh menentukan apa

yang baik dan berfaedah untuk semua. Menurut Shamir & Eilam (2005),

autentik bermaksud semulajadi, asli dan bukan sesuatu yang ditiru.

1.8.7. Karismatik

Karismatik adalah berasaskan perkataan karisma. Menurut Max weber

karisma ialah kualiti-kualiti personaliti yang ada pada seseorang individu yang

menyebabkan dia berbeza daripada orang lain. Kepimpinan karismatik adalah

kepimpinan berasakan kepada sifat peribadi manusia yang menarik, yang ada

pada seseorang pemimpin.

1.8.8. Tranformasi

Transformasi bermaksud perubahan. Menurut Bryman (1992), kepimpinan

trasformasi merupakan proses berlakunya perubahan dan transformasi dalam

setiap individu yang melibatkan nilai, etika, piawaian dan matlamat jangka

panjang bagi setiap individu.

1.8.9. Instruksional

Instruksional membawa erti’pengajaran’ atau’ proses mengajar sesuatu’.

Ia merujuk kepada proses, bentuk atau cara penyampaian maklumat oleh

seseorang kepada orang lain. Pengajaran boleh dalam bentuk arahan, tunjuk

cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain dengan tujuan

membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu

aktiviti, tindakan atau tugas.

1.9.Kerangka Konsep Kajian

Page 33: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

Dalam kajian ini, Pembolehubah tidak bersandar ialah jenis gaya kepimpinan

yang dipilih iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik,

gaya kepimpinan autentik, gaya kepimpinan karismatik, gaya kepimpinan

tranformasi dan gaya kepimpinan instruksional. Pembolehubah demografi yang

dipilih dalam kajian ini adalah jantina, etnik dan tempoh perkhidmatan. Kesan

faktor demografi ini keatas amalan gaya kepimpinan dikaji. Ia dapat

diterangkan melalui kerangka konsep kajian dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

V S

Gaya Kepimpinan

Guru

1. Kepimpinan Autokratik

2. Kepimpinan Demokratik

3. Kepimpinan Autentik

4. Kepimpinan Karismatik

5. Kepimpinan Transformasi

6. Kepimpinan Instruksional

Prestasi Guru

1. Jantina 2. Tempoh

Perkhidmatan 3. Etnik

Pembolehubah Tidak Bersandar

Pembolehubah Demografi

Page 34: ORIENTASI KEPIMPINAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH … Binti … · PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : ORIENTASI KEPIMPINAN

1.10. Kesimpulan

Penyelidik menyedari gaya kepimpinan satu komponen yang penting

dalam memimpin organisasi. Peranan guru sebagai pemimpin adalah besar bagi

melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual

dan sosial sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Pelajar atau individu yang dihasilkan ini akan bekerja dan

menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Keupayaan diri pelajar yang dihasilkan ini menempatkan diri dalam

pasaran kerja akan mengurangkan kadar pengangguran dimalaysia dan

diharapkan agar individu ini juga membekalkan pekerjaan kepada individu lain

bagi memastikan kadar pengangguran Malaysia adalah sifar menjelang 2015.