borang pengesahan status tesis - fp.utm.my norhaiza binti mat... · psz 19:16 (pind. 1/97)...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : IMPAK PROGRAM PELAN INTEGRITI ORGANISASI TERHADAP
GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI PROF. MADYA DR HAMDAN BIN SAID NO 81, LADANG PASIR PANJANG, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh: 30 MEI 2013 Tarikh: 30 MEI 2013
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran).”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HAMDAN BIN SAID
Tarikh : 30 MEI 2013
Impak Program Pelan Integriti Organisasi Terhadap Guru
Sekolah Rendah Di Daerah Kota Tinggi
SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ........................................................... Nama Penulis : SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI Tarikh :30 MEI 2013
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mencurahkan rasa
penghargaan dan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak memberi ihsan
dan bakti dalam pelbagai cara sepanjang saya bermujahadah diri untuk
menyelesaikan kajian ini. Dengan penuh kerendahan hati saya titipkan nama-nama
mereka di lembaran ini.
Pertamanya, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan,
kekuatan dan kesihatan untuk saya menyiapkan kajian ini walaupun pada hakikatnya
saya berhadapan dengan pelbagai kekangan.
Keduanya, terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hamdan Bin Said, seorang
penyelia yang amat saya hargai dan kagumi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
peluang untuk saya belajar sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Bantuan, dorongan
dan nasihat yang diberikan menjadi panduan untuk saya harungi masalah dengan
tenang dan sabar.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah tersayang yang
memberi semangat untuk saya teruskan usaha. Berkat doa dan nasihat mereka saya
berjaya sampai ke tahap sekarang. Buat suami, terima kasih atas pengorbanan dan
nasihat yang diberikan. Tidak lupa untuk anak-anak tersayang Haifa Mumtazah dan
Hafi Muqri, saya hargai dan kagumi kekuatan mental dan fizikal mereka sepanjang
saya berada dalam perjuangan ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya rakan-
rakan sekumpulan dibawah seliaan Prof Madya Dr. Hamdan Bin Said, sokongan
yang diberikan sepanjang perjuangan ini amatku hargai. Tidak lupa juga kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga ganjaran terbaik
diberikan oleh Allah kepada kalian semua.
ABSTRAK
Pelan Integriti Organisasi (PIO) dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman warga pendidik terhadap kefahaman integriti. Pengetahuan dan
kefahaman terhadap integriti dalam organisasi penting untuk memastikan semua guru
memahami akan kepentingan nilai-nilai integriti di dalam diri mereka. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah
mengadakan kursus-kursus berkaitan integriti dengan harapan dapat memupuk nilai
integriti dalam kalangan guru. Kajian ini bertujuan untuk menilai impak PIO
terhadap guru sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi, Johor yang pernah mengikuti
kursus PIO menggunakan persampelan rawak berkelompok dan rekabentuk
kuantitatif. Seramai 278 orang telah dipilih sebagai responden. Penyelidik juga akan
menggunakan model kajian impak latihan model penilaian empat tahap (Donald L.
Kirkpatrick) iaitu impak tentang reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil selepas
menghadiri kursus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan responden
berpendapat program PIO telah dapat memberi impak kepada reaksi, pembelajaran,
perlakuan dan hasil yang diperolehi oleh mereka melalui kursus yang dianjurkan oleh
KPM dengan kerjasama IIM. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa KPM dan IIM telah berjaya menganjurkan kursus PIO ini
dengan berkesan. Walaubagaimanapun terdapat penambahbaikan yang boleh dibuat
untuk memantapkan lagi pelaksanaan kursus PIO untuk guru. Secara
keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa KPM dan IIM telah
berjaya menganjurkan program PIO dengan berkesan.
Kata Kunci : integriti, kefahaman, impak,
ABSTRACK
Organizational Integrity Plan (PIO) is implemented aimed at increasing
understanding of educators to understand integrity. Knowledge and understanding of
the integrity of the organization is essential to ensure that all teachers understand the
importance of integrity values in them. Ministry of Education (MOE) in
collaboration with the Malaysian Institute of Integrity (IIM) held its integrity-related
courses in the hope of fostering the integrity of teachers. This study aims to evaluate
the impact of primary school teachers PIO in Kota Tinggi, Johor who have attended
courses PIO uses cluster sampling and quantitative design. A total of 278 people
were selected as respondents. The results showed that most respondents agreed that
the program attended PIO to provide awareness about the importance of integrity in
the practice of the teaching profession. They also agree with the PIO so that it can
push hard in its responsibilities to the students, school, peers and the teaching
profession. Filling available either in the form of course delivery by facilitators who
use the latest technology facilities such as computers, LCD and so on or the module
can be accepted and applied by a good teacher. Overall, the findings of this study
show that the MOE and IIM - PIO has successfully organized this course effectively.
Improvements need to be done from time to time to strengthen the implementation of
the PIO to educators. Overall, the findings of this study show that the MOE and IIM
has successfully organized a PIO effectively.
Keywords: integrity, understanding, impact,
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 5
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Skop Kajian 13
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Kepentingan Kajian 14
1.9 Model Kajian 15
1.10 Kerangka Konsep Kajian 17
1.11 Definasi Istilah Dan Operasi 18
1.12 Penutup 19
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Definasi Integriti 20
2.3 Integriti Guru 22
2.4 Model Penilaian : 23
2.4.1 Model Penilaian Rasional 23
2.4.2 Model Penilaian Responsif 26
2.4.3 Model Penilaian Matlamat Bebas 27
2.4.4 Model Penilaian Penerangan (Illumative) 28
2.4.5 Model Penilaian Ketidaksamaan 28
2.4.6 Model Penilaian Individu 29
2.4.7 Model Penilaian Bertentangan 29
2.4.8 Model Model Penilaian KIPP 30
2.5 Pengurusan Program Pelan Integriti
Organisasi (PIO) 33
2.5.1 Objektif Pelan Integriti Organisasi (PIO) 34
2.6 Kajian-Kajian Penilaian Nilai Integriti Di Malaysia 35
2.7 Pembentukan Integriti 35
2.8 Elemen Yang Membentuk Integriti 37
2.9 Kaitan Integriti Dan Akauntabiliti : 38
2.9.1 Murid 38
2.9.2 Profesion 38
2.9.3 Komuniti 39
2.10 Pengajaran Integriti 40
2.11 Kepentingan Integriti : 41
2.11.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar 41
2.11.2 Tanggungjawab Terhadap Ibubapa 42
2.11.3 Tanggungjawab Terhadap Negara Dan
Masyarakat 42
2.11.4 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 43
2.12 Kehilangan Integriti : 43
2.12.1 Kelemahan Individu 43
2.12.2 Kepimpinan 44
2.12.3 Stuktur dan Institusi 44
2.12.4 Budaya 45
2.13 Penutup 45
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Lokasi Kajian 47
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47
3.5 Instrumen Kajian 49
3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 54
3.7 Kajian Rintis 54
3.8 Analisis Data Kajian 57
3.9 Prosuder Kajian 56
3.10 Penutup 60
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 61
4.2 Analisis Demografi 61
4.3 Reaksi Guru-Guru Terhadap Pelan Integriti
Organisasi 64
4.4 Pembelajaran Guru Terhadap Pelan Integriti
Organisasi 66
4.5 Perlakuan Guru Terhadap Program
Pelan Integriti Organisasi (PIO) 68
4.6 Hasil Amalan Pelan Integriti Organisasi
Terhadap Guru 73
4.7 Analisis Persoalan Kajian 77
4.7.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 77
4.7.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 78
4.7.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 78
4.7.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 78
4.7.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 79
4.7.6 Dapatan Persoalan Kajian Keenam 80
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Rumusan 81
5.3 Dapatan dan Perbincangan 82
5.3.1 Apakah Tahap Reaksi Guru Terhadap PIO? 83
5.3.2 Apakah Tahap Pembelajaran Guru Yang
Mengikuti Kursus PIO? 84
5.3.3 Apakah Tahap Perlakuan Guru Yang
Menghadiri PIO? 85
5.3.4 Apakah Tahap Hasil Kerja Guru yang
Mengikuti PIO? 86
5.3.5 Perbezaan Tahap Reaksi, Pembelajaran,
Perlakuan dan Hasil Kerja Guru yang
Mengikuti Program PIO Antara Lelaki
dan Perempuan. 87
5.3.6 Hubungan Yang Signifikan Antara Tahap
Pembelajaran Guru Dengan Hasil Kerja
Guru Yang Mengikuti Program PIO. 88
5.4 Cadangan 88
5.4.1 Cadangan Penambahbaikan Kursus Pelan
Integriti Terhadap Guru Sekolah Rendah
Di Daerah Kota Tinggi 89
5.4.2 Cadangan Penambahbaikan Kajian
Lanjutan 91
5.4 Penutup 99
Rujukan 92
Lampiran 98
SENARAI JADUAL
No. TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Krejcie and Morgan 49
3.2 Jadual Taburan Populasi Kajian 50
3.3 Faktor Demografi 55
3.4 Tahap Pemeringkatan Skor Di Dalam Skala
Likert 52
3.5 Taburan Item Impak (PIO) 53
3.6 Pekali Saiz Alpha Cronboach 56
3.7 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronboach
Setiap Aspek Kajian 56
3.8 Kajian Julat Pengkelasan Skor Min 57
3.9 Perancangan Kerja 59
4.1 Analisis Responden 62
4.2 Skor Min Reaksi Guru Terhadap Kursus PIO 64
4.3 Skor Min Impak Kursus PIO Terhadap
Pembelajaran Guru 67
4.4 Skor Min Impak Kursus PIO Terhadap
Aplikasi Guru 69
4.5 Skor Min Hasil Amalan PIO Terhadap Guru 73
4.6 Ujian-t tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan
dan hasil guru yang mengikuti PIO berdasarkan
jantina 80
4.7 Analisis hubungan antara pembelajaran guru
dengan hasil kerja guru yang mengikuti
program PIO. 81
4.8 Garis Panduan Guilford 81
SENARAI RAJAH
No. TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Penilaian Empat Tahap Oleh Kirkpatric 15
1.2 Kerangka Konseptual Kajian 17
2.3 Prosuder Penggunaan Model 28
2.4 Akauntabiliti Guru 40
SENARAI SINGKATAN
IIM INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
IPG INSTITUT PENDIDIKAN GURU
JPN PEJABAT PELAJARAN NEGERI
KPM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PIO PELAN INTEGRITI ORGANISASI
PdP PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN
PPD PEJABAT PELAJARAN DAERAH
UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKPM STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA
SIWP SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 98
B Keputusan Kajian Rintis 104
C Keputusan Kajian 112
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sebagai penjawat awam, integriti merupakan satu nilai yang perlu diamalkan
di dalam kehidupan umumnya dan di dalam profesion yang disandang khususnya.
Seluruh kehidupan guru menjadi tontonan umum untuk diteladani. Lantaran itu
integriti menjadi nadi di dalam tugasan guru agar mereka lebih bertanggingjawab di
dalam setiap amanah yang dilaksanakan. Mempamerkan sikap berintegriti tidak
boleh dipaksa, tetapi integriti bermula dengan wujudnya kesedaran di dalam diri
individu itu sendiri. Mereka yang terbabit dalam pendidikan perlu memahami
matlamat sebenar Pelan Integriti Nasional (PIN) yang bertujuan antaranya untuk
membentuk masyarakat yang kukuh dengan moral (Abdul Rahim Abdul Rashid
et al, 2007).
Lantaran atas kesedaran akan kepentingan guru memiliki integriti tinggi,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program
gerakan pemantapan integriti secara berterusan berdasarkan kepada Sasaran
Keutamaan – Tekad 2008 yang telah digariskan oleh Pelan Integriti Nasional (PIN).
Ini termasuklah:
(i) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara
berkesan;
(ii) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
dan mengatasi kerenah birokrasi;
(iii) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
(iv) Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
(v) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Berdasarkan lima sasaran keutamaan yang telah digariskan bagi fasa pertama
pelaksanaan PIN dan dilaksanakan pada tahun 2004 – 2008, program gerakan
pemantapan integriti di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
dilaksanakan secara serius, terancang dan meluas bagi meningkatkan tahap amalan
integriti dalam kalangan guru.
Keseriusan dan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan usaha-usaha gerakan pemantapan integriti secara meluas di peringkat
kementerian dapat dilihat melalui penubuhan Unit Pelan Integriti Nasional di bawah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 1 Januari 2007. Penubuhan unit ini
telah membolehkan pelbagai program gerakan pemantapan integriti di peringkat
kementerian khususnya kepada warga pendidik dilaksanakan. Dalam usaha
melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling
berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang. Konsep integriti ini bukan
hanya dilihat sebagai usaha untuk mencegah rasuah dan sebagainya, sebaliknya
dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada
warga (Hassan Malek, 2010).
Selain daripada mengajar, guru berperanan sebagai penyebar maklumat dan
agen perubahan yang berkesan. Dengan populasi guru yang mencakupi hampir 1/3
daripada populasi penjawat awam, guru diakui sebagai kategori perkhidmatan yang
mendapat kepercayaan tinggi orang ramai (BEIM, 2005). Dengan ini, guru diberikan
kepercayaan untuk menjadi penyebar integriti dalam masyarakat dengan memberikan
pendidikan kepada pelajar.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang antara lain menitikberatkan agenda
memperkukuhkan modal insan. Usaha memantapkan integriti secara menyeluruh di
peringkat Kementerian telah dilaksanakan pada tahun 2007 melalui program Seminar
Integriti Warga Pendidik (SIWP) peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dengan
kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM). Program SIWP ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik
mengenai PIN;
(ii) Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan mereka
dalam memperkukuhkan integriti keluarga, masyarakat dan komuniti;
dan
(iii) Memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan dan
kehidupan seharian.
Pada tahun 2008, program SIWP ini telah diperluaskan ke peringkat Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) terpilih dan semua Institut Pendidikan Guru (IPG).
Berdasarkan kepada kejayaan pelaksanaan program ini pada tahun-tahun
sebelumnya, program SIWP telah diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2009 ke 21
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) terpilih, 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 9
Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Sebanyak 58 SIWP yang meliputi 69 institusi
pendidikan (36 PPD, 28 IPG, 3 Kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA) dilaksanakan
pada tahun 2010 dengan peruntukan dibiayai sepenuhnya oleh pihak IIM disebabkan
masalah kekangan peruntukan di peringkat Kementerian.
Menyentuh mengenai penilaian, fasa pertama pelaksanaan PIN yang telah
dilaksanakan pada tahun 2004-2008 telah dinilai keberkesanannya oleh pihak IIM.
Laporan TEKAD 2008 telah dibentangkan kepada umum bagi meneliti kejayaan
usaha kerajaan untuk mempertingkatkan nilai, etika dan integriti masyarakat di
Malaysia. Berdasarkan laporan Tekad 2008 tersebut, kerajaan telah memutuskan
bahawa ketetapan lima sasaran Tekad 2008 tersebut akan diteruskan pada fasa kedua
(2009-2013) dan dikenali sebagai Tekad Integriti dengan sasaran ketetapan seperti
berikut:
(i) memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, secara
menyeluruh dan berkesan;
(ii) meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam
dan mengatasi kerenah birokrasi;
(iii) meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab
sosial korporat;
(iv) memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
(v) meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Selaras dengan pelaksanaan Tekad Integriti tersebut, pihak KPM telah
memutuskan supaya satu Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM digubal khas untuk
kegunaan kementerian dengan mengambil kira semangat dan aspirasi PIN yang telah
digubal oleh kerajaan dan disesuaikan pelaksanaannya di peringkat Kementerian.
Mengambil kira bahawa kumpulan sasaran di KPM terdiri daripada tiga kumpulan
utama iaitu pelajar, warga pendidik dan bukan guru, maka sasaran keutamaan,
strategi pelaksanaan dan pelan tindakan yang digubal dengan mengambil kira
kepentingan ketiga-tiga kumpulan sasaran tersebut. Pelan Integriti Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibina ini penting di dalam memastikan
gerakan pemantapan integriti di peringkat KPM berjalan lancar, mencapai
matlamatnya dan memenuhi keperluan ketiga-tiga kumpulan sasaran.
Sehubungan dengan ini, Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM telah disusun
berdasarkan empat sasaran keutamaan yang dikenali sebagai TEKAD Integriti
KPM meliputi sasaran seperti berikut:
(i) Memupuk keterampilan dan keperibadian mulia murid;
(ii) Melahirkan warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik
anak bangsa;
(iii) Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara
berkesan di semua peringkat Kementerian, JPN, PPD dan sekolah; dan
(iv) Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Berdasarkan sasaran kedua di dalam PIO ini, pengkaji telah memilih untuk
menilai impak program PIO tersebut terhadap guru yang mengikuti kursus tersebut.
Kajian impak ini dilakukan menerusi impak kepada reaksi, perlakuan, pembelajaran
dan hasil yang memberi natijah kepada guru.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sidek Baba (2011) berpendapat bahawa ilmu dan pendidikan berkait rapat
dengan isu integriti. Dalam islam, integriti dikaitkan dengan autoriti. Al- Quran
umpamanya adalah sumber yang memiliki autoriti untuk memberi pedoman dan
panduan tentang bagaimana urusan dunia itu berlaku. Pendidik merupakan satu
bidang yang amat mulia dan amat dihormati serta disegani. Masyarakat begitu
menghormati guru tidak mengira bangsa, keturunan dan umur mahupun jantina.
Untuk memastikan masyarakat terus menyanjungi kerjaya keguruan, guru mesti
mempunyai integriti yang kukuh.
Institut Perniagaan Beretika Malaysia (Business Ethics Institute of Malaysia)
telah menjalankan kajian mengenai siapa yang paling dipercayai oleh rakyat
Malaysia‟ (Who do Malaysians Trust Most) pada tahun 2005 ke atas 2,074
responden. Kajian ini menunjukkan bahawa daripada lima belas jenis pekerjaan yang
disenaraikan, warga guru menduduki tangga kedua teratas sebagai pekerjaan yang
paling dipercayai oleh rakyat Malaysia (Institut Integriti Malaysia, 2004). Sebagai
antara profesion yang paling dipercayai, maka adalah penting bagi Kementerian
KPM memastikan bahawa kepercayaan yang diberikan itu tidak digugat oleh
perlakuan-perlakuan yang tidak berintegriti oleh warga pendidik. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi warga KPM memastikan usaha-usaha yang bersepadu
dan terancang dilaksanakan bagi memastikan warga pendidik di Malaysia merupakan
warga pendidik yang berintegriti dan berupaya mendidik anak bangsa.
Kerjaya perguruan berbeza dengan kerjaya profesional yang lain di mana
guru merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk menginsankan individu dan
mewujudkan masyarakat bertamadun. Dalam hubungan ini, PIN telah mensasarkan
warga pendidik sebagai duta integriti iaitu kelompok yang dilihat berupaya untuk
menyebar luaskan integriti kepada masyarakat secara umumnya. Selain itu, profesion
perguruan yang dilihat oleh masyarakat sebagai profesion yang berintegriti tinggi
dan menjadi role model kepada murid juga merupakan antara sebab utama pemilihan
warga pendidik sebagai duta integriti oleh IIM. Sebagai professional, guru dianggap
golongan yang cekap dan tepat dalam menangani pelbagai isu dan cabaran dalam
dunia pendidikan (Wilson, 2009).
Pelbagai program pemantapan integriti telah dilaksanakan kepada warga
pendidik, antaranya program SIWP yang dijalankan mulai tahun 2007 oleh IIM
dengan kerjasama KPM di peringkat JPN, PPD, IPG, dan Kolej Matrikulasi di
seluruh Malaysia. Program yang diadakan secara berterusan dan meluas ini
diharapkan berupaya membentuk warga pendidik yang berintegriti. Adalah menjadi
hasrat KPM agar warga pendidik yang terlibat secara langsung dalam program
berkenaan dapat menyebar luaskan mesej integriti kepada rakan sejawat dan
muridnya. Apakah warga pendidikan telah dapat melaksanakan tanggungjawab
berasaskan kursus PIO yang telah mereka hadiri? Kajian perlu dilakukan untuk
mengenal pasti perkara ini.
Umumnya tujuan utama PIO KPM dilaksanakan adalah untuk meningkatkan
kefahaman warga pendidik terhadapa integriti. Pengetahuan dan kefahaman yang
tinggi amat penting untuk memastikan semua guru memahami akan keperluan nilai
integriti di dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, pihak KPM dengan kerjasama
IIM telah mengadakan pelbagai kursus berkaitan integriti kepada warga pendidik.
Kursus yang diadakan termasuklah kursus yang dikendalikan dalam bentuk seminar
dan bengkel. Ini termasuklah Bengkel Pembangunan Individu dan Organisasi
Berintegriti dan Bengkel Pengurusan Integriti dengan kerjasama SPRM (Institut
Integriti Malaysia, 2004).
Pihak KPM juga telah mengadakan PIO yang ditujukan khas untuk kelompok
guru tertentu. Misalnya kursus Khas Guru Pendidikan Islam untuk menampung
keperluan guru pendidikan Islam. Modul dan pelaksanaan kursus ini dibina dengan
memberi fokus kepada guru pendidikan islam sahaja. Tindakan ini untuk mematikan
agar semua sekolah guru pendidikan Islam yang menjadi pendokong agama adalah
kumpulan yang disegani dan menjadi tempat rujukan dan nasihat oleh semua warga
sekolah. Atas kesedaran itulah, pihak KPM telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan Kursus khas agar peribadi warga pendidik selalu dihiasi dengan nilai-
nilai integriti. Apakah kursus ini memberikan impak kepada guru seperti mana yang
diharapkan? Kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti perkara ini.
Menghayati setiap yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan
kesempurnaan sesuatu pekerjaan. Sebahagian daripada guru didapati tidak
mempunyai watak sebagai pendidik. Mereka didapati tidak menghayati profesion
yang disandang dan tidak mengamalkan nilai integriti di dalam tugasan. Menyedari
akan kekurangan ini maka PIO dijalankan dalam kalangan guru yang bertujuan untuk
menerapkan integriti dalam kalangan guru. Apakah selama dilantik di dalam
profesion perguruan golongan ini semakin kurang integriti atau tidak mengamalkan
integriti terutama sewaktu menjalankan tugas? Kajian perlu dilakukan untuk
mengenalpasti tahap integriti dalam kalangan guru.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah dilaksanakan
diperingkat sekolah kepada semua guru. Standard ini telah dibina dengan
memasukkan kriteria integriti dan tahap integriti di dalam instrumen yang telah
dibina dan penilaian ini dilaksanakan secara berkala (Institut Integriti Malaysia,
2004). Apakah langkah ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan integriti
dalam kalangan guru? Kajian perlu dilakukan untuk memastikan integriti dalam
kalangan guru dapat dipertahankan.
Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPM juga telah menetapkan syarat untuk
dalam pengambilan guru baru. Calon yang memohon untuk menabur bakti di dalam
profesion perguruan peringkat sekolah rendah perlu menjalani beberapa proses
tapisan. Pada peringkat pertama calon perlu melalui ujian MTest. Sekiranya mereka
lulus dalam ujian tersebut baru merekaakan dipanggil untuk menjalani temuduga.
Dalam sesi temuduga ini panel penilai akan menilai seterusnya memilih calon yang
benar-benar mempunyai kelayakan sahaja untuk mendaftar sebagai calon guru.
Setiap proses dikendalikan oleh panel dan jawatankuasa yang dilantik dan
dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Selain itu juga,
mereka yang mengikuti Program Ijazah Pertama di IPTA akan diberikan biasiswa
Perguruan Program Ijazah Pertama. Tawaran ini diberikan kepada calon yang
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mendapat PNGK 2.75 ke atas.
Sebelum semua calon guru ini menamatkan pengajian, mereka dihendaki mengikuti
program PIO yang dikendalikan menerusi institusi pengajian masing-masing.
Apakah impak program PIO ini kepada guru? Kajian perlu dilakukan untuk menilai
impak program PIO ini kepada integriti guru.
Profesionalisme merupakan aspek yang penting di dalam semua
perkhidmatan. Memahami dan menghayati pekerjaan yang dilakukan akan
membantu meningkatkan profesionalisme kerjaya. Guru juga perlu mempunyai tahap
profesionalisme yang tinggi dengan tugas mereka. Seseorang yang profesional harus
selalu melakukan inovasi serta mengembangkan kemampuan yang dimiliki supaya
dapat bersaing dan menjadi yang terbaik dalam kalangan rakan sejawat. Menyedari
keperluan tersebut pihak Kementerian Pendidikan melalui program PIO telah
mengadakan pelbagai kursus yang mempunyai pengisian tentang profesionalisme.
Antara kursus yang dijalankan adalah seperti Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Jurulatih.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahukan semua guru dapat
membudayakan etika dan integriti dalam semua aspek ketika menjalankan tugas dan
tanggungjawab di dalam organisasi. Bagi memastikan nilai tersebut tidak diabai oleh
guru, pihak KPM telah melaksanakan Kurikulum Bina Insan Guru selama 6 semester
di peringkat Institut Pendidikan Guru iaitu untuk guru pelatih dengan berpandukan
modul (Buku Panduan Perlaksanaan Bina Insan Guru) tertentu bagi setiap semester.
Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti perkhemahan, aktiviti gotong royong
atau khidmat masyarakat, aktiviti ceramah dan aktiviti lawatan penanda aras.
Selain itu juga, mereka diberi pendedahan dalam bidang Ilmu Pendidikan
Program Kursus Lepas Ijazah (KPLI) yang memasukkan tajuk-tajuk seperti berikut:
Guru Sebagai Satu Profesion (4 jam) yang mengandungi subtajuk:
i. Konsep Profesional dan Bukan Profesional
ii. Kod Etika Profesionalisma Perguruan Malaysia
iii. Akauntabiliti terhadap sekolah, tingkahlaku murid, profesion dan komuniti
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang antara lain menitikberatkan agenda
bagi memperkukuhkan modal insan, usaha pemantapan integriti secara menyeluruh
di peringkat Kementerian telah dilaksanakan pada tahun 2007 melalui program
Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dengan kerjasama IInstitut Integriti Malaysia (IIM). Program Seminar Integriti
Warga Pendidik (SIWP) ini dilaksanakan bertujuan bagi mencapai objektif-objektif
berikut:
(i) Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik
mengenai PIN;
(ii) Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan mereka
dalam memperkukuhkan integriti keluarga, masyarakat dan komuniti;
dan
(iii) Memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan dan
kehidupan seharian.
Proses untuk memantapkan nilai integriti dalam kalangan warga pendidik
termasuk penilaian secara berkala memerlukan penglibatan serta usaha bersunguh-
sungguh dari semua peringkat pengurusan pendidikan. Justeru itu, strategi serta pelan
tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk
memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja tinggi tetapi dapat
dipertingkatkan lagi.Ini kerana sebagai pendidik, guru mempunyai tanggungjawab
besar untuk membentuk sahsiah pelajar. Ia menjadi prasyarat utama kepada kejayaan
guru melahirkan generasi yang berintegriti. Bagi menjayakan hasrat itu, kepimpinan
organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman yang jelas mengenai aspek
integriti supaya pembudayaan itu dapat disuburkan dalam organisasi (Muhyiddin
Yasin, 2012)
Sebagai duta yang dilantik oleh KPM untuk menyebarkan mesej integriti,
guru seharusnya mengamalkan nilai-nilai integiriti. Hari ini, terdapat segelintir guru
yang tidak menepati masa seperti datang lewat ke sekolah. Perkara ini sudah menjadi
amalan mereka menyebabkan mereka tidak merasa bersalah dengan diri sendiri dan
murid-murid. Selain daripada itu, sikap guru yang suka melengah-lengahkan masa
berada di kantin hingga mengorbankan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP)
juga membuktikan mereka kurang mengamalkan nilai-nilai integriti di sekolah.
Terdapat juga tingkah laku negatif seperti mencuri, vandalisme, memanjangkan
waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George, 2001). Apakah
kursus PIO yang dijalankan ke atas guru efektif dalam meningkatkan integriti dalam
kalangan guru? Kajian perlu dilakukan untuk menilai tahap kefahaman dan hasil
menghadiri program PIO terhadap kalangan guru?
1.3 Pernyataan Masalah
Integriti merupakan satu perkara yang amat penting dalam menentukan
pengurusan dan corak kerja di sekolah. Amalan integriti yang telus dan tulus dapat
membantu kepada keupayaan merealisasikan visi dan misi sekolah. Guru yang
mempunyai tahap kesedaran yang amat baik mengenai integriti dan selalu
mengamalkannya akan memberi impak yang positif kepada motivasi diri seterusnya
kepada insititusi pendidikan itu sendiri.Ketua guru disiplin di sebuah sekolah
menengah di Pandan Indah, Ampang dihadapkan di mahkamah Majistret, atas
pertuduhan mencabul 12 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun. Dia didakwa
mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukum penjara
maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan
jika disabit kesalahan (Akhbar Harian Metro 4 Mac 2011). Adakah ini menandakan
kursus PIO yang dijalankan tidak memberikan sebarang reaksi kepada guru? Kajian
perlu dilakukan untuk mengenal pasti reaksi guru terhadap program PIO.
Kementerian Pelajaran Malaysia dan IIM adalah pihak yang terlibat secara
langsung dalam mengatur program PIO yang dirancang dalam melaksanakan
perubahan dan penambahbaikan pengurusan dan gerak kerja yang mementingkan
integriti. Kerjaya perguruan adalah berbeza berbanding kerjaya profesional yang lain
di mana guru merupakan ejen sosialisasi masyarakat untuk menginsankan individu
dan mewujudkan masyarakat bertamadun. Sikap guru merupakan salah satu faktor
yang memberi kejayaan kepada murid. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa
terdapat tiga unsur penting dalam menentukan apa juga bentuk kejayaan. Tiga unsur
ini berkait rapat antara satu sama lain dan dikenali sebagai “Triangle of Success”.
Istilah ini merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ketiga-tiga elemen
tersebut amat penting untuk meningkatkan kefahaman guru mengenai kepentingan
integriti. Apakah program PIO yang dihadiri guru boleh meningkatkan pembelajaran
guru terhadap integriti? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti pembelajaran
yang dilalui oleh guru untuk meningkatkan integriti.
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu
kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai “soundness of
moral principal” yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nelson, 2004).
Guru perlu sentiasa mementingkan kesempurnaan diri untuk mengekal dan
memartabatkan maruah dan profesion mereka sendiri. Mementingkan keikhlasan dan
kejujuran di dalam setiap pelaksanaan dapat membantu guru menjadi insan yang
dihormati dan disanjungi seterusnya menjadi ‘role model’ bukan sahaja murid-murid
malah masyarakat sekeliling. Guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah
dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya pengajaran
guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi
objektif sesuatu pengajaran. Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah
mendisiplinkan diri mereka sendiri dan dalam masa yang sama juga perlu
mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para
pelajar (Mohd Faisal Mustaffa, 2008).Dengan adanya sifat-sifat positif dalam
kalangan guru ia mampu meningkatkan kualiti di dalam diri masing-masing. Sejauh
manakah guru dapat memperlihatkan perlakuan guru hasil daripada program PIO?
Kajian perlu dilakukan untuk menilai tahap perlakuan guru yang telah menghadiri
program PIO.
Sejak pelancaran PIN dan penubuhan IIM oleh YAB Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pada 23 April 2004 telah banyak berlaku perubahan positif terhadap
integriti rakyat Malaysia. Sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini oleh
Transparency International (TI) bahawa pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi
Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 menunjukkan peningkatan dengan kedudukan di
tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun 2011.
Kes-kes berkaitan salah laku integriti guru akan memberi kesan yang besar kepada
produktiviti murid yang akhirnya akan menyebabkan prestasi sekolah merosot.
Aduan berkaitan dengan perselisihan faham, gagal menyesuaikan diri di tempat baru
dan memukul murid yang agak keterlaluan menjadi tanda kelemahan integriti.
Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan
sesuatu profesion pekerjaan (Hardingham, 2004). Namun begitu banyak lagi
rungutan yang diperolehi tentang impak PIO terhadap warga pendidik. Apakah hasil
guru menghadiri program PIO boleh memberi input yang terbaik kepada pengurusan
sekolah? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti pengisian yang di perolehi
oleh guru mampu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.
Kajian perlu dilakuan untuk memastikan reaksi, pembelajaran, perlakuan dan
hasil program PIO mampu memberi impak yang positif terhadap guru. Ini penting
bagi memastikan pelaksanaan program yang dianjurkan oleh KPM dan IIM dapat
memberi manfaat bukan sahaja kepada guru malah untuk murid dan pengurusan
sekolah.
1.4 Objektif
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak program Pelan Integriti
Organisasi (PIO) KPM terhadap guru. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk
i. Menilai impak reaksi guru yang mengikuti PIO.
ii. Menilai impak pembelajaran guru yang mengikuti PIO.
iii. Menilai impak perlakuan guru yang mengikuti PIO.
iv. Menilai impak hasil kerja guru yang mengikuti PIO.
v. Menilai tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan, dan hasil kerja guru yang
mengikuti program PIO berdasarkan jantina.
vi. Menilai sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pembelajaran guru dengan hasil kerja guru yang mengikuti program PIO.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan berikut:
i. Apakah tahap reaksi guru yang mengikuti PIO?
ii. Apakah tahap pembelajaran guru yang mengikuti PIO?
iii. Apakah tahap perlakuan guru yang mengikuti PIO?
iv. Apakah tahap hasil kerja guru yang mengikuti PIO?
v. Apakah terdapat perbezaan tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan, dan
hasil kerja guru yang mengikuti program PIO berdasarkan jantina?
vi. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pembelajaran
guru dengan hasil kerja guru yang mengikuti program PIO?
1.6 Skop Kajian
Skop kajian yang dikaji mengikut aspek berikut. Impak reaksi guru yang
mengikuti PIO dikaji daripada tiga aspek iaitu aspek pengetahuan, kefahaman, dan
kesesuaian bahan sokongan dan masa perlaksanaan kursus. Sementara itu impak
pembelajaran guru akan dikaji daripada dua aspek: ilmu yang dipelajari dan
kepentingan ilmu kepada diri. Bagi impak perlakuan guru pula akan dikaji daripada
tiga aspek: amalan ilmu kepada diri individu guru dan juga amalan ilmu guru kepada
organisasi. Akhirnya impak hasil guru akan dikaji daripada dua aspek: pembangunan
professional guru dan komitmen guru kepada organisasi.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada perkara-perkara berikut:
1.7.1 Kajian ini terbatas kepada guru sekolah rendah yang bertugas di Kota
Tinggi Johor dan telah disahkan dalam jawatan sahaja.
1.7.2. Kajian ini terbatas penggunaan soal selidik dalam pengumpulan data.
1.7.3 Dapatan kajian ini terbatas kepada kejujuran responden dalam membuat
pemilihan jawapan sepenuhnya.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada guru, pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah,
KPM, IIM.
1.8.1 Guru
Diharapkan hasil kajian ini mampu membantu para guru untuk lebih
memahami integriti dan seterusnya program PIO yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Dapatan kajian ini juga diharap dapat melihat kesedaran
guru terhadap integriti dan kepentingan kursus yang dianjurkan oleh KPM. Selain itu
juga, ia dapat mendorong guru agar lebih berminat mengikuti kursus berkaitan
integriti bagi membantu mereka untuk lebih bertindak secara profesional semasa
melaksanakan tugas.
1.8.2 Pentadbir sekolah
Pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberi panduan untuk semua
pentadbir mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran guru yang mengikuti kursus PIO
untuk penambaikan pengurusan sekolah. Selain itu, pentadbir juga memainkan
peranan dengan memberi dorongan kepada guru untuk mengikuti kursus berkaitan
integriti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
1.8.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada PPD dan
JPN. Melalui hasil kajian ini, diharapkan PPD dan JPN akan dapat mengetahui kesan
penglibatan guru dalam kursus PIO. Mereka juga akan dapat melihat hasil guru yang
menghadiri kursus PIO untuk membantu pengurusan PPD dan JPN sendiri.
1.8.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Pengkaji juga mengharapkan hasil kajian ini dapat memberi sedikit panduan
kepada KPM terhadap keberkesanan kursus PIO yang dikendalikan dan diikuti oleh
guru. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu KPM meningkatkan lagi kualiti
kandungan kursus demi kepentingan guru.
1.8.5 Institut Integriti Malaysia (IIM)
Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu pihak IIM untuk melihat
keberkesanan kursus yang dianjurkan. Dengan ini pihak IIM akan dapat membuat
perubahan atau mengemaskini semua kursus PIO yang dikendalikan bersama KPM.
1.9 Model Kajian
Terdapat pelbagai model penilaian dalam literatur yang boleh dijadikan asas
kepada penilaian latihan. Antara model yang paling popular dan sering digunakan
oleh pengkaji ialah Model Penilaian EmpatTahap yang dikemukakan oleh Donald L.
Kirkpatrick (1983, 1987). Melalui model di Rajah 1, Kirkpatrick (1983; 1987)
mencadangkan penilaian sesuatu program latihan seharusnya berdasarkan empat
peringkat iaitu reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil (outcome).
TAHAP PENILAIAN
1. Reaksi Penilaian Peserta Terhadap Program Latihan
2. Pembelajaran Penilaian Perolehan Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap oleh Peserta
3.Perlakuan Penilaian Terhadap Aplikasi Apa Yang DiPelajari Terhadap Kerjaya
4. Hasil Penilaian Hasil Latihan Terhadap Output Organisasi
Rajah 1.1: Model Penilaian Empat Tahap oleh Kirkpatrick
1.9.1 Pada tahap pertama, latihan dinilai di akhir kursus berdasarkan
kepuasan peserta terhadap kandungan kursus, persembahan dan
relevannya dengan tugas pekerja. Perkara ini berkait rapat dengan
pengisian atau model latihan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Kesesuaian modul dengan peserta akan memberi impak yang positif
kepada mereka.
1.9.2 Menerusi tahap kedua, fokus impak adalah ke atas perolehan
pengetahuan, kemahiran dan sikap hasil daripada mengikuti latihan. Ini
boleh diertikan bahawa setelah selesai mengikuti kursus tersebut,
peserta mempunyai pengetahuan, kemahiran yang baharu. Seterusnya ia
akan membawa kepada perubahan sikap peserta agar lebih
bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang dilaksanakan.
1.9.3 Pada tahap ketiga, perlakuan adalah merujuk kepada kebolehan peserta
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap ke atas
kerjanya. Sejauhmana peserta mampu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka setelah selesai menghadiri kursus. Aspek ini dapat
dinilai melalui sikap mereka sewaktu menjalankan tugas samada
semakin bertanggungjawab dan berkualiti atau sebaliknya.
1.9.4 Tahap keempat, penilaian dilakukan keatas output organisasi hasil
aplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap tersebut. Pihak atasan dapat
mengenal pasti impak terhadap orang bawahan mereka yang menghadiri
sesuatu kursus melalui hasil kerja yang dilakukan oleh pekerja.
Sekiranya hasil kerja tersebut mempunyai peningkatan, ini bermakna
kursus yang dihadiri oleh perserta tersebut adalah sesuai dan mampu
membawa perubahan yang baik kepada mereka dan organisasi.
Pengkaji memilih model Kirckpatrick berdasarkan faktor berikut:
i. Langkah kerja model Kirkpatrick lebih fleksibel dan mudah
ii. Merupakan model penilaian yang lengkap dari segi penilaian sesuatu program
iaitu menepati dimensi reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil Kerja.
iii. Model ini berpotensi sebagai penilaian formatif dan sumatif serta dapat
membentuk perubahan
iv. Memberi peluang kepada pengkaji mengkaji setiap dimensi dalam penilaian
iaitu dimensi reaksi, dimensi pembelajaran, dimensi perlakuan dan dimensi
hasil serta melakukan analisis ke atas masalah yang dihadapi dalam setiap
dimensi.
1.10 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1.2: Kerangka Konseptual Kajian
1.11 Definisi Istilah dan Operasional
Definasi yang dikemukakan di sini bertujuan untuk memberi gambaran yang
lebih jelas kepada istilah dan operasional untuk mengelakkan kekeliruan. Ini kerana
istilah yang didefinasikan itu membawa maksud yang sangat khusus bagi konteks
kajian ini.
MODEL
KIRCKPATRICK
TAHAP 1 Peringkat Reaksi
TAHAP 3 Peringkat Perlakuan
TAHAP 4 Peringkat Hasil
TAHAP 2 Peringkat
Pembelajaran
Impak PIO terhadap peserta dari aspek reaksi, pembelajaran, perlakuan dan hasil kerja
terhadap terhadap kerjaya
Pelan Integriti Organisasi KPM (Modul, Pengisian, Kemudahan, Masa, Tempat)
1.11.1 Impak
Dalam kajian ini, impak merujuk kepada kesan mengikuti kursus atau kursus-
kursus berkaitan dengan integriti yang dikendalikan oleh IIM dengan kerjasama
KPM.
1.11.2 Program Pelan Integriti Organisasi
Program Pelan Integriti Organisasi (PIO) merujuk kepada pelan yang
dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia bersama dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bertujuan untuk membentuk dan melahirkan guru yang berintegriti
dalam melaksanakan tugas untuk diri dan organisasi. Progam PIO ini dikendalikan
dalam pelbagai bentuk kursus dan dilaksanakan sama ada semasa bakal guru masih
dalam pengajian diperingkat ijazah pertama atau semasa bekerja setelah guru
menjawat pekerjaan.
1.11.3 Integriti
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti
keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke
arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa Dewan
Bahasa Dan Pustaka (1985) ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan
keutuhan. Dalam kajian ini integriti bermaksud mengamalkan sifat dan nilai positif
yang wujud dalam hati, minda dan diri guru dan menjalankan tugas dengan penuh
amanah, betul dan ikhlas, tidak terjejas kepada sebarang ancaman negatif ke arah
kebahagiaan dan kecemerlangan diri dan organisasi. Integriti adalah sifat jati diri
yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya dan sebagainya.
1.12 Penutup
Integriti merupakan kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong
nilai moral yang tinggi atau mencapai tahap profesionalisme. Integriti perlu dibudaya
dan diperluaskan secara bersungguh-sungguh dan berterusan dalam kalangan guru.
Secara ringkasnya, integriti adalah suatu proses yang perlu dilakukan secara
konsisten agar ia tidak dilaksanakan hanya secara bermusim. Dengan adanya integriti
di dalam setiap diri warga pendidik ia akan membantu mereka melaksanakan kerja
dengan baik seterusnya mencapai tahap pengurusan kerja yang berkualiti.
Pengetahuan, kesedaran dan pelaksanaan yang baik berkaitan kursus PIO yang
dianjurkan oleh IIM dan KPM akan membantu guru mencapai tahap integriti yang
baik seperti yang telah disasarkan oleh KPM.