psz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja...

25
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o JUDUL: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP MASA DEPAN ANAK CEREBRAL PALSY. SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya AHMAD FAIRUS BIN MOHD ZAIN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF. MADYA DR. YEO KEE JIAR Nama Penyelia LOT 6346, KG BUKIT MERAH, 17500, TANAHA MERAH, KELANTAN. Tarikh: 8 Mei 2011 Tarikh: 8 Mei 2011 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: lamnguyet

Post on 08-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP MASA DEPAN ANAK

CEREBRAL PALSY.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya AHMAD FAIRUS BIN MOHD ZAIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PROF. MADYA DR. YEO KEE JIAR

Nama Penyelia

LOT 6346, KG BUKIT MERAH,

17500, TANAHA MERAH, KELANTAN.

Tarikh: 8 Mei 2011 Tarikh: 8 Mei 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 2: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Page 3: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

HARAPAN IBU BAPA TERHADAP MASA DEPAN ANAK CEREBRAL PALSY

AHMAD FAIRUS BIN MOHD ZAIN

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “.

Tandatangan :……………………………………………

Nama penuh : AHMAD FAIRUS BIN MOHD ZAIN

Tarikh : 9 MEI 2011

Page 5: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iii

Buat Ayah dan Emak...

Mohd Zain bin Che Long,

Fatimah binti Ahmad,

serta adik serta abang-abang yang tersayang

Ku hargai semua pengorbanan kalian membesarkanku.

Teristimewa buat tulang belakangku...

Prof. Madya Dr. Yeo Kee Jiar,

Jasamu kukenang ke akhir hayat.

Buat teman-teman seperjuangan...

Azizah, Elly Azie,

Azman, Izran,

Terima Kasih atas segala-galanya.

Jutaan terima kasih buat warga UTM

Di atas suka duka, pahit manis.

~SYUKRAN YA ALLAH~

Page 6: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat serta taufik

dan hidayah dari-Nya, penyelidik dapat menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda

yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan yang telah diberikan sama ada

berbentuk makalah atau secara lisan atau dalam apa jua bentuk maklumat yang

menyumbangkan kepada tugasan ini.

Di kesempatan ini juga pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Yeo Kee Jiar, yang telah

banyak membantu, mendorong, membimbing dan memberi teguran bernas kepada

pengkaji untuk menyiapkan projek ini. Terima kasih di atas segala bimbingan, dorongan

dan sokongan padu beliau.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ditujukan buat pihak Sekolah Spastik

Johor di atas kerjasama yang telah diberikan kepada pengkaji kerana melancarkan lagi

perjalanan penyiapan kajian ini.

Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam usaha pengkaji menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana

Muda ini.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

v

ABSTRAK

Setiap ibu bapa berharap agar anak mereka mempunyai masa depan yang cerah

termasuklah ibu bapa yang mempunyai anak Cerebral Palsy (CP). Harapan ibu bapa

sangat penting kerana harapan menjadi penggerak yang dapat mempengaruhi usaha ibu

bapa dalam membesarkan dan mendidik anak mereka. Kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak CP mereka dalam aspek

pendidikan, pengurusan kehidupan dan pekerjaan. Kajian dijalankan di Sekolah Spastik

Johor yang terletak di Johor Bahru. Seramai 30 orang ibu bapa terlibat dalam kajian ini.

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang set soal selidik yang dibina sendiri oleh

penyelidik, mengandungi 45 item yang diukur dengan menggunakan skala Likert dan

dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social

Sciences) versi 16.0. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah α = 0.93.

Analisis data dilakukan secara peratusan dan frekuensi. Secara keseluruhannya, dapatan

kajian menunjukkan ibu bapa menaruh harapan tinggi terhadap masa depan anak

istimewa mereka. Aspek pendidikan mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak

93.1%, aspek pengurusan kehidupan sebanyak 89.6% dan aspek pekerjaan sebanyak

73.3%. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai langkah untuk membantu ibu bapa

merealisasikan harapan mereka selain cadangan tentang penyelidikan selanjutnya untuk

meningkatkan kualiti kehidupan golongan CP.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vi

ABSTRACT

Every parent hopes their child has a bright future, including parents of children

with Cerebral Palsy (CP). Parental expectations are very important as a driving force in

the hope that it can affect the parents' efforts in raising and educating children. This

study was carried out to identify parents' expectations about the future of their CP

children in education, life management and career. The study was conducted in a non-

government organization called Johor Spastic School in Johor Bahru. A total of 30

parents participated in this study. The instrument used was a set questionnaire designed

by the researcher. The questionnaire consists of 45 items measured by using Likert scale

and analyzed using computer software SPSS (Statistical Package for the Social

Sciences) version 16.0. The value of the reliability of this instrument was α = 0.93. The

data were analyzed to find percentages and frequencies. Overall, this study showed that

parents take the positive outlook on the future of their special children. Aspects of

education had the highest percentage of 93.1%, management aspects of life of 89.6%

and 73.3% of the work aspect. Several recommendations were presented as measures to

help parents in realising their hopes for the future of child with CP. Recommendations

for future research were also discussed.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Skop kajian 10

Page 10: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

viii

1.9 Definisi Operasi 10

1.9.1 Harapan 10

1.9.2 Kerjaya 11

1.9.3 Kanak-Kanak Istimewa 11

1.9.4 Kanak-Kanak Cerebral Palsy 11

1.9.5 Pendidikan Khas 12

1.9.6 Pekerjaan 12

1.9.7 Masa depan 12

1.9.8 Pengurusan Kehidupan 13

1.9.9 Ibu Bapa 13

1.10 Rumusan 13

BAB II SOROTAN PENULIS 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kerjaya 14

2.3 Teori-teori yang berkaitan 15

2.4 Kanak-Kanak Cerebral Palsy 18

2.5 Pendidikan Khas 20

2.6 Transisi Pendidikan 23

2.7 Pengurusan Kehidupan 24

2.7.1 Komponen Pengurusan Diri 25

2.7.2 Komponen Kemahiran Manipulatif 25

2.7.3 Komponen Kemahiran Hidup 27

2.7.4 Komponen Pengurusan Tingkah Laku 27

2.8 Kajian Lepas 28

2.9 Penutup 32

Page 11: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Prosedur Kajian 34

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Kesahan Dan Kajian Rintis 40

3.7 Analisis Data 41

3.9 Andaian Kajian 42

3.9 Penutup 42

BAB 1V PENGANALISAAN DATA KAJIAN 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Bahagian A 44

4.2.1 Jantina Ibu Bapa 44

4.2.2 Bangsa 45

4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa 45

4.2.4 Pendapatan Ibu Bapa 46

4.2.5 Umur 47

4.2.6 Kelulusan Akademik Ibu Bapa 48

4.2.7 Kategori Cerebral Palsy 48

4.3 Analisis Bahagian B 49

4.3.1 Harapan Ibu Bapa Terhadap

Pendidikan Anak Cerebral Palsy 51

Page 12: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

x

4.3.2 Harapan Ibu Bapa Terhadap

Pekerjaan Anak Cerebral Palsy 54

4.3.3 Harapan Ibu Bapa Terhadap Pengurusan

Kehidupan Anak Cerebral Palsy 56

4.3.4 Harapan ibu bapa terhadap masa depan

anak CP mangikut kategori kecacatan 59

4.4 Analisis Keseluruhan 60

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 62

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Harapan Ibu Bapa Terhadap Masa

Depan Pendidikan Anak Cerebral Palsy 64

5.3.2 Harapan Ibu Bapa Terhadap Masa Depan

Pengurusan Kehidupan Anak Cerebral

Palsy 66

5.3.3 Harapan Ibu Bapa Terhadap Masa Depan

Pekerjaan Anak Cerebral Palsy 68

5.3.4 Harapan Ibu Bapa Terhadap Masa Depan

Anak Cerebral Palsy Mangikut Kategori

Kecacatan 70

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Sekolah 71

5.4.2 Ibu Bapa 72

5.4.3 Masyarakat 74

5.4.4 Kerajaan 74

5.4.5 Kerjasama 75

Page 13: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.6 Kesimpulan 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN 83

Page 14: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Bahagian A yang mengandungi

demografi responden 38

Jadual 3.2 Item-item soal selidik mengikut

persoalan kajian 39

Jadual 3.3 Skala Likert 39

Jadual 3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan

peratus, Mohd Najib (1999) 41

Jadual 4.1 Jadual taburan responden mengikut jantina 44

Jadual 4.2 Jadual taburan responden mengikut bangsa 45

Jadual 4.3 Jadual taburan responden mengikut

pekerjaan ibu bapa 45

Jadual 4.4 Jadual taburan responden mengikut

pendapatan ibu bapa 46

Jadual 4.5 Jadual taburan responden mengikut umur anak 47

Jadual 4.6 Jadual taburan responden mengikut kelulusan

akademik ibu bapa 48

Jadual 4.7 Jadual taburan responden mengikut jenis

Cerebral Palsy anak 49

Jadual 4.8 Skala Likert 50

Jadual 4.9 Taburan responden mengikut peratusan bagi

aspek pendidikan 51

Jadual 4.10 Taburan responden mengikut peratusan bagi

Page 15: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xiii

aspek pekerjaan 54

Jadual 4.11 Taburan responden mengikut peratusan bagi

aspek pengurusan kehidupan 57

Jadual 4.12 Taburan responden mengikut peratusan bagi

harapan ibu bapa terhadap masa depan anak

CP mangikut kategori kecacatan 59

Jadual 4.13 Taburan purata peratusan keseluruhan bagi

harapan ibu bapa terhadap masa depan anak CP

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Kerangka Operasi 36

Page 16: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xiv

SENARAI SINGKATAN

CP Cerebral Palsy

ADHD Attention Deficit Hyperactive Disorder

JPK Jabatan Pendidikan Khas

IDEA Individual with Disabilities EducationAct

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 84

B Surat pengesahan pelajar 92

C Surat kebenaran fakulti 93

D Surat permohonan individu 94

E Kesahan borang soal selidik 96

Page 17: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

15

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap kanak-kanak berhak untuk belajar dan ini bertepatan dengan falasafahnya

iaitu pendidikan adalah hak asasi semua manusia (Lokman, 2007). Setiap insan istimewa

tidak pernah minta dilahirkan ke dunia dalam serba kekurangan. Apabila berbicara

tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga

mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka

juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya

mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan kurang upaya bermakna

seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya

ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup

bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi

fizikal ataupun mental dan sama ada keadaan ini berlaku semenjak lahir ataupun

kemudiannya. (Zinaida Ariffin, 2006).

Antara kategori individu kurang upaya, Cerebral Palsy (CP) merupakan kategori

yang perlu diberikan perhatian serius untuk membantu mereka menjalani kehidupan

yang bermakna. CP merupakan kecacatan yang disebabkan oleh kerosakan pada otak

atau saraf. CP boleh terjadi sama ada semasa kahamilan, proses melahirkan atau selepas

kelahiran. Ianya mengakibatkan kanak-kanak gagal mengawal pergerakan dan posisi

Page 18: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

16

tubuh badan mereka (Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor; The Spastic Centre of New

South Wales, 1997). Cerebral merujuk pada otak, manakala Palsy pula bermaksud lemah

pada otot-otot, lumpuh atau kurang kawalan terhadap otot (The Spastic Centre of New

South Wales, 1997). Lemah pada otot menyebabkan kanak-kanak terbabit hilang

keupayaan untuk membuat pergerakan sendiri.

Kanak-kanak CP menunjukkan pelbagai simpton seperti tindakbalas otot yang

tidak diingini seperti kekejangan otot, masalah meyuap, menguyah dan menelan, tidak

dapat mengawal perasaan diri, kesukaran bertutur, masalah untuk memberi tumpuan,

kurang keupayaan untuk mengesan sesuatu melalui deria sentuhan, dan masalah

pendengaran dan penglihatan (Hot Spring Medical Award, 1999)

Jika diberi peluang semua golongan kurang upaya termasuk CP juga ingin

menikmati kehidupan normal seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar

berkomunikasi dan pantas berfikir. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama

dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus

pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan

kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi

pencapaian pelajar yang normal (Ali, 2007).

Sebagai manusia biasa, mungkin mereka tidak dapat berasa rendah diri kerana

kebanyakan mereka dilahirkan sempurna. Biasanya, insan yang dilahirkan yang lebih

bernasib baik mudah alpa terhadap kurniaan Tuhan sehingga ada segelintirnya sanggup

menghina atau mengetepikan mereka yang dilahirkan cacat. Pelajar kurang upaya

sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan

mereka mempunyai kecerdasan setanding pelajar sempurna.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk

murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah

penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak

Page 19: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

17

bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia

adalah seperti Sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder

(ADHD), terencat akal minimum termasuk masalah mental Carebral Palsy (CP),

bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan

kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang di berikan setaraf dengan

kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).

Kanak-kanak dan remaja golongan istimewa dan kurang upaya tidak pernah

dipinggirkan dari arus perdana dalam sistem pendidikan negara. Malah mereka tetap

dianggap sebagai aset negara yang memberi sumbangan dalam pembagunan negara.

Usaha-usaha secara berterusan oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dan badan bukan

kerajaan serta masyarakat dilakukan bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan

untuk pelajar istimewa ini.

Dasar pendidikan yang menghormati harga kebolehan-kebolehan dan bakat-

bakat manusia sahaja yang dapat menyelamatkan nasib kanak-kanak istimewa ini.

Justeru itu, harapan ibu bapa janganlah terlalu berharap sehingga mustahil untuk dicapai

oleh anak-anak ini.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan utama dalam membimbing dan

mengukuhkan bakat serta kebolehan anak CP mereka dalam membantu mereka

melakukan pelbagai tugas mengikut kemampuan. Sekiranya jangkaan atau harapan ibu

bapa terhadap anak CP mereka terlalu rendah atau sebaliknya, maka hal ini sedikit

sebanyak akan menjejaskan pencapaian anak, justeru menjejaskan peluang mereka

menikmati kehidupan berkualiti pada masa depan. Sejajar dengan itu, kajian perlu

dijalankan untuk mengenal pasti harapan atau jangkaan ibu bapa dalam pelbagai aspek

agar perancangan pengajaran dan latihan kemahiran yang efektif dapat dijalankan.

Page 20: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

18

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak semua golongan kurang upaya dapat menjalankan kerja seperti orang lain.

Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman antara alasan yang menyebabkan

golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan. Sistem

penempatan golongan kurang upaya diwujudkan untuk menyimpan maklumat tentang

ini. Para majikan boleh mendaftarkan jawatan kosong yang dikhaskan untuk pekerja

golongan kurang upaya. Sehingga Mac 2007, sistem ini sudah mendaftarkan seramai

9,070 dan telah berjaya menempatkan seramai 6,799 orang dalam sektor pekerjaan

(Rosmawati, 2008).

Menurut The Spastic Centre of New South Wales (1997), seorang bayi daripada

400 bayi yang baru lahir akan mengalami CP. Kanak-kanak CP sering kali menghadapi

kesukaran mengawal pergerakan dan keadaan posisi tubuh yang tidak normal. Ini secara

langsung mengakibatkan kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk belajar di

samping masalah-masalah lain seperti masalah pendengaran, penglihatan, dan

komunikasi. Kesan buruk yang paling ketara adalah masalah pembelajaran.

Walaubagaimanapun, CP tidak memberi kesan terhadap kecerdasan. Namun

begitu, masalah pergerakan tubuh yang tidak menentu sering disalah ertikan sebagai

kecacatan mental. Bagi kes-kes yang serius, CP mengakibatkan perkembangan kanak-

kanak menjadi lembap kerana mereka tidak mampu meneliti dan memahami sesuatu

kajadian dan persekitaran kanak-kanak normal yang lain.

Peluang masa depan untuk golongan kurang upaya ini nampak terbatas dari segi

peluang kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Sehingga kini, golongan

kurang upaya masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara

terbuka. Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka

juga sama seperti manusia biasa. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka

Page 21: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

19

juga dapat melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan

tekun (Zinaida, 2006).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan

Pelancaran Sambutan Hari Kurang Upaya Kebangsaan Ke-9, menekankan sebarang

bentuk diskriminasi terhadap golongan ini hendaklah dihapuskan. Tidaklah wajar

membataskan peluang dan pembabitan golongan ini, sebaliknya mesti menggunakan

garis pengukur keupayaan dan kebolehan mereka dalam menentukan sejauh mana

peluang dan pembabitan mereka dalam sesuatu bidang (Adam Salleh, 2003).

Pendidikan bagi golongan kurang upaya masih lagi rendah dan tidak lagi relevan

dengan pasaran kerja semasa (Ramlee & Norani. 2007). Pendidikan negara kita

nampaknya seperti hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Dalam arus

perdana sistem pendidikan, manusia normal boleh bersaing dengan sesiapa sahaja tetapi

bagaimana dengan kanak-kanak istimewa yang mempunyai keupayaan tertentu yang

terhad terutamanya kanak-kanak yang mengalami CP. Keadaan ini menyebabkan bukan

hanya kanak-kanak CP malah ramai golongan kurang upaya yang lain tidak dapat

diserapkan ke dalam pasaran kerja. Lantaran tahap pengangguran semasa dalam

golongan ini yang masih tinggi mendorong agar sistem pendidikan bagi golongan

tersebut dikaji semula (Kementerian Sumber Manusia 2007).

Malah dalam menghadapi senario persaingan dalam pasaran kerja yang semakin

mencabar, golongan kurang upaya seharusnya dilatih dengan kemahiran yang

bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Namun, kurikulum sedia ada bagi

pelajar kurang upaya di Malaysia lebih cenderung kepada pendidikan yang bercorak

akademik dan sebaliknya aspek kemahiran terutamanya kemahiran vokasional hanya

merupakan aspek kecil sahaja yang diselitkan dalam mata pelajar kemahiran hidup

(Juairiyah 1996).

Page 22: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

20

Persepsi masyarakat terhadap anak CP masih berada pada tahap yang kurang

memuaskan. Kanak-kanak CP dilihat sebagai beban dan bukan sebagai asset. Ada

sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan golongan ini tidak perlu dibantu atau

berbuat apa-apa kerana mereka 'cacat' (Zainudin, 2007). Malah ada yang menganggap

terlalu mahal untuk membuat sebarang perubahan bagi membantu mereka, apatah lagi

untuk menubuhkan tempat pendidikan khas, infrastruktur fizikal, tempat-tempat khusus

dan pengangkutan awam untuk memenuhi keperluan mereka dan golongan kurang

upaya lain. Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa

mestilah memberikan kepercayaan dan galakan kepada anak mereka dalam apa jua

bidang yang diceburi.

Apabila anak CP meniti remaja, ibu bapa perlu merancang kerjaya mereka pada

masa depan. Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu.

Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup

seseorang. Golongan ini juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan

sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun

begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan

golongan kurang upaya seperti CP menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas

kedua atau golongan minoriti.

Menurut Zuria dan Norshidah (2007), terdapat banyak cabaran yang perlu

ditempuhi oleh ibu bapa dalam mencapai apa yang ibu bapa harapkan terhadap anak

mereka. Ibu bapa terpaksa menghadapi cabaran apabila tidak tahu berbahasa isyarat,

tidak mempunyai maklumat tentang hala tuju masa depan serta kurang kemahiran dalam

menangani masalah emosi, tingkah laku dan pemikiran anak tersebut dan kemampuan

mereka sendiri dari aspek kewangan.

Sama seperti mana-mana pelajar normal, pelajar keperluan khas serta ibu bapa

juga mempunyai harapan terhadap kejayaan dalam hidup. Akan tetapi, harapan ibu bapa

bagi anak-anak Cerebral Palsy mestilah tidak terlalu tinggi dan mempunyai kesesuaian

Page 23: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

21

dengan tahap pencapaian anak-anak mereka. Harapan yang terlalu tinggi sehingga

mustahil untuk dicapai oleh anak-anak ini boleh menyebabkan mereka mengalami

tekanan.

1.3 Penyataan Masalah

Setiap ibu bapa menaruh harapan terhadap masa depan anak istimewa mereka,

ada yang hanya mengharapkan anak mereka sihat, selamat dan duduk bersama keluarga,

tetapi ada pula mengharapkan anak mereka mampu menempatkan diri dalam sektor

pekerjaan.

Jika dibandingkan kebolehan kognitif anak-anak CP dengan kategori orang

kurang upaya (OKU) lain seperti golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan,

didapati anak-anak CP memiliki kebolehan kognitif yang lebih rendah. Golongan CP

mempunyai daya pencapaian akademik yang lemah dan menghadapi masalah dalam

aspek lain seperti berkomunikasi. Walaupun anak istimewa mempunyai masalah dalam

pembelajaran, mereka perlu diberikan peluang saksama untuk diintegrasikan ke dalam

masyarkat. Malah anak istimewa ini haruslah diberi kepercayaan untuk menempatkan

diri mereka dalam sektor pekerjaan seperti insan normal yang lain. Walaupun golongan

CP mempunyai banyak kelemahan, namun jika diberikan pendedahan lebih awal,

mereka mampu melakukan banyak tugas sendiri dan berjaya seperti insan normal yang

lain.

Sebagai individu yang paling rapat dengan anak CP, ibu bapa hendaklah menaruh

harapan yang realistik terhadap anak mereka. Jangkaan ibu bapa hendaklah setimpal

dengan kebolehan anak mereka dari segi kognitif, fizikal dan afektif. Jangkaan yang

rendah akan menjejaskan masa depan anak, manakala harapan yang terlalu tinggi pula

akan menghampakan ibu bapa kelak.

Page 24: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

22

Sejajar dengan penjelasan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengetahui

harapan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak CP dari aspek pendidikan, pengurusan

kehidupan dan pekerjaan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

1. Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan pendidikan anak

Cerebral Palsy.

2. Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan pengurusan kehidupan

anak Cerebral Palsy.

3. Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan pekerjaan anak

Cerebral Palsy.

4. Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak Cerebral Palsy

mangikut jenis kecacatan.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi

persoalan-persoalan berikut untuk memenuhi dan menepati objektif kajian iaitu

1. Apakah tahap harapan ibu bapa terhadap masa depan pendidikan anak

Cerebral Palsy?

2. Apakah tahap harapan ibu bapa terhadap masa depan pengurusan kehidupan

anak Cerebral Palsy?

3. Apakah tahap harapan ibu bapa terhadap masa depan pekerjaan anak

Cerebral Palsy?

Page 25: PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

23

4. Apakah tahap harapan ibu bapa terhadap anak Cerebral Palsy mangikut jenis

kecacatan?