psz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah...

36
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). CATATAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Judul : PERSEPSI PEKERJA KANTIN SEKOLAH TERHADAP MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : KG. BATU 9 KEBUN BAHARU 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR. Tarikh : 15 MAC 2004 Tarikh : 15 MAC 2004 Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID RUZANA BINTI RUSDI SULIT

Upload: nguyentu

Post on 29-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦♦♦♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

CATATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦♦♦♦

Judul : PERSEPSI PEKERJA KANTIN SEKOLAH TERHADAP

MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH DALAM ZON

SKUDAI, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√ √ √ √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : KG. BATU 9 KEBUN BAHARU 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR.

Tarikh : 15 MAC 2004 Tarikh : 15 MAC 2004

Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

RUZANA BINTI RUSDI

SULIT

√√√√

Page 2: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya inidan pada pandangansaya

karyaini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :_____________________________________

Nama Penyelia :ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh :_____________________________________

Page 3: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

PERSEPSI PEKERJA KANTIN SEKOLAH TERHADAP MAKANAN

YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOH OR

BAHRU

RUZANA BINTI RUSDI

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2007

Page 4: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hasil nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : RUZANA BINTI RUSDI

Tarikh : _____________________

Page 5: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Haji Rusdi bin Haji Awi Hajah Juminam binti Haji Rukimin

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu telah ku tunaikan jua

dan buat saudara kandungku juga pasangan kalian, terima kasih atas segalanya.

Rohaimi & Sarinda Rahimah & Mokhsin

Ramlee & Zaleha Rasidah & Shaharudean

Rasid & Intan Meliza Rafiah & Shahrul Azwan

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan kalian tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.

Buat sahabat seperjuangan juga insan bernama Muhd Salleh bin Ramli

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita bersama.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 6: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Mohd Rizal

bin Mohd Said yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa

rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya

Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Kerjasama daripada pengusaha dan pekerja kantin sekolah dalam zon Skudai,

Johor Bahru di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.

Akhir sekali penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirajmati

Allah S.W.T.

Page 7: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah dijalankan bertujuan mengenalpasti persepsi pekerja kantin

terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Kajian

deskriptif ini dijalankan ke atas 175 orang pekerja kantin sekolah rendah dan sekolah

menengah. Penyelidik telah membina satu set soal selidik sebagai instrumen kajian

untuk mengumpul data daripada responden dan menggunakan statistik deskriptif

perbandingan kekerapan dan peratusan. Instrumen tersebut mempunyai dua bahagian

terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package For Social Sciences for Windows (SPSS) versi 15.0. Kajian

rintis memperoleh keputusan pekali alpha sebanyak 0.844. Hasil kajian mendapati

pekerja kantin sekolah rendah dan sekolah menengah bersetuju bahawa kaedah

penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin sekolah meyumbang kepada makanan

berkualiti yang dijual di kantin sekolah. Walau bagaimanapun, kepelbagaian nutrisi

dalam menu yang dipraktikkan dan dijual di kantin sekolah berada pada tahap

sederhana. Kajian juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu supaya makanan

berkualiti dari segi kaedah penyediaan dan kepelbagaian nutrisinya dapat didapati di

kantin sekolah.

Page 8: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

vi

ABSTRACT

This research is to identify the canteen workers perception’s towards food that

were sold at school canteen Skudai, Johor Bahru. There are 175 people canteen workers

in primary and high schools involved in this research. The researcher has built a set of

questionnaire as the research instrument to collect data with frequency and percentage

statistic descriptive comparison. The research instrument consists of two parts which are

part A and part B. The software used to analyze data is Statistical Package For Social

Sciences for Windows (SPSS) version 15.0. The value of reliability is 0.844. This

research indicates that the canteen workers in primary and high schools agree that food

preparation methods practice in the canteen contribute to the food qualities that were

sold at the school canteen. However the varieties of nutritions in the menu which are

practice and sold in the school canteen is at average level. This research also gives

suggestions to certain parties so that the quality food, methods of preparation and

varieties can be obtained in the school canteen.

Page 9: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.6.1 Kepada Individu

1.6.2 Pekerja Kantin Sekolah

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Operasional 13

1.8.1 Persepsi 13

Page 10: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8.2 Makanan 14

1.8.3 Nutrisi 14

1.8.4 Penyediaan 15

1.8.5 Zat Makanan 15

1.8.6 Makanan Seimbang 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kaedah penyediaan makanan 17

2.3 Kepelbagaian nutrisi dan keseimbangan 20

dalam menu

2.4 Pekerja kantin sekolah sebagai pengendali 25

makanan

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Populasi Kajian 33

3.5 Sampel Kajian 34

3.6 Instrumen kajian 38

3.6.1 Bahagian A: Latar Belakang 39

Responden

3.6.2 Bahagian B:Item Soal Selidik 40

Page 11: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Prosedur Kajian 44

3.8.1 Peringkat Pertama 44

3.8.2 Peringkat Kedua 45

3.8 Analisis Data 47

3.9 Penutup 48

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Data 50

4.2.1 Bahagian A 50

4.2.1.1 Taburan Responden 51

Berdasarkan Jantina

4.2.1.2 Taburan Responden 52

Berdasarkan Umur

4.2.1.3 Taburan Responden 53

Berdasarkan Bangsa

4.2.1.4 Taburan Responden 54

Berdasarkan Negara Asal

4.2.1.5 Taburan Responden 55

Berdasarkan Tahap Pendidikan

Tertinggi Pernah Dicapai

4.2.1.6 Pendapatan Keluarga Purata 57

Sebulan

4.2.2 Bahagian B 58

4.2.2.1 Analisa data soalan kajian 1 60

4.2.2.2 Analisa data soalan kajian 2 69

4.2.2.3 Analisa data soalan kajian 3 77

Page 12: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 83

4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 83

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 84

4.3.2.1 Dapatan keseluruhan 86

4.3.2.2 Perbandingan dapatan sekolah rendah dan 87

menengah (cross-tab)

4.3.3 Ringkasan 86

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Rumusan 87

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 88

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang 89

Dikemukakan

5.2.3 Rumusan Keseluruhan 101

5.3 Perbincangan 102

5.3.1 Apakah kaedah penyediaan 102

makanan yang dipraktikkan di kantin

sekolah?

5.3.2 Apakah kepelbagaian nutrisi dalam 104

menu yang dipraktikkan di kantin

sekolah?

5.3.3 Apakah pengetahuan pekerja terhadap 106

makanan berkualiti di kantin sekolah?

5.4 Cadangan

5.4.1 Kepada pengusaha kantin 107

Page 13: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

5.4.2 Kepada Persatuan Ibu Bapa dan 107

Guru (PIBG)

5.4.3 Kepada pihak berwajib 108

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109

5.6 Kesimpulan 109

RUJUKAN 111

LAMPIRAN A-D

Page 14: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Sekolah Rendah Kerajaan 35

dan Bantuan Kerajaan Negeri Johor

dan alamat seperti pada 31 Januari

2008

3.2 Senarai Sekolah Menengah Kerajaan 36

dan Bantuan Kerajaan Negeri Johor dan

alamat seperti pada 31 Januari 2008

3.3 Pembahagian Item Bahagian A − Latar 39

Belakang Responden

3.4 Peringkat Perskalaan Yang Digunakan 41

Bagi item-item Bahagian B

3.5 Taburan Soalan Mengikut Persoalan 41

Kajian

3.6 Pengelasan Kekuatan Korelasi 44

3.8 Skala Likert Dan Skor 47

3.9 Pemeringkatan Skala Likert 47

3.10 Skala Tiga Mata Dan Skor 48

4.1 Jantina responden dari kantin sekolah 51

rendah

4.2 Jantina responden dari kantin sekolah 51

menengah

4.3 Umur responden dari kantin sekolah 52

rendah

4.4 Umur responden dari kantin sekolah 53

menengah

4.5 Bangsa responden dari kantin sekolah 53

rendah

Page 15: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xiii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.6 Bangsa responden dari kantin sekolah 54

menengah

4.7 Negara asal responden dari kantin 54

ekolah rendah

4.8 Negara asal responden dari kantin 55

sekolah menengah

4.9 Tahap pendidikan tertinggi pernah 55

dicapai responden dari kantin

sekolah rendah

4.10 Tahap pendidikan tertinggi pernah 56

dicapai responden dari kantin sekolah

menengah

4.11 Pendapatan keluarga purata sebulan 57

responden dari kantin sekolah rendah

4.12 Pendapatan keluarga purata sebulan 57

responden dari kantin sekolah menengah

4.13 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 59

4.14 Taburan responden dari kantin sekolah 60

rendah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi kaedah penyediaan makanan

yang dipraktikkan di kantin sekolah

4.15 Taburan responden dari kantin sekolah 65

menengah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi kaedah penyediaan makanan

yang dipraktikkan di kantin sekolah

4.16 Taburan responden dari kantin sekolah 69

rendah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi kepelbagaian nutrisi

Page 16: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xiv

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

dalam menu yang dipraktikkan di kantin

sekolah

4.17 Taburan responden dari kantin sekolah 73

menengah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi kepelbagaian nutrisi dalam

menu yang dipraktikkan di kantin sekolah

4.18 Taburan responden dari kantin sekolah 77

rendah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi pengetahuan pekerja terhadap

pemilihan makanan di kantin

sekolah

4.19 Taburan responden dari kantin sekolah 80

menengah mengikut frekuensi, peratusan

dan min bagi pengetahuan pekerja terhadap

makanan di kantin sekolah

4.20 Purata min keseluruhan bagi persoalan 84

kajian persepsi pekerja kantin sekolah

terhadap makanan yang dijual

di kantin sekolah rendah

5.1 Purata min keseluruhan bagi persoalan 89

kajian persepsi pekerja kantin sekolah

terhadap makanan yang dijual

di kantin sekolah rendah

5.2 Maklum balas persepsi pekerja kantin 91

sekolah terhadap makanan yang

dijual di kantin sekolah rendah

5.3 Purata min keseluruhan bagi persoalan 93

kajian persepsi pekerja kantin sekolah

terhadap makanan yang dijual

Page 17: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xv

di kantin sekolah menengah

5.4 Maklum balas persepsi pekerja kantin 95

sekolah terhadap makanan berkualiti

yang dijual di kantin sekolah menengah

Page 18: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.7 Prosedur kajian 46

4.1 Perbandingan Dapatan Sekolah Rendah

Dan Sekolah Menengah 87

5.1 Peratusan Responden Bersetuju Berdasarkan 101

Soalan Kajian

Page 19: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xvii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran

Hidup

SPSS Statistical Package for Social Sciences

SR Sekolah rendah

SM Sekolah menengah

Page 20: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah, daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah, daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

C Surat Pengesahan Soal Selidik

D Borang Soal Selidik

Page 21: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kantin sekolah tidak dapat dinafikan lagi memainkan peranan yang penting

dalam membekalkan makanan kepada warga sekolah. Kewujudan kantin sebagai

sebuah entiti di setiap sekolah merupakan pelengkap kepada fungsi sesebuah sekolah itu.

Kewujudan kantin sekolah berperanan untuk memudahkan pelajar sekolah mendapatkan

makanan semasa waktu rehat memandangkan kebanyakkan penjaga tidak dapat

menyediakan bekalan makanan ke sekolah kepada anak-anak mereka disebabkan

kekangan masa dan kesibukan harian. Tambahan lagi kewujudan kantin sekolah juga

dapat menyediakan kawasan untuk pelajar untuk menikmati hidangan. Maka tujuan

kantin sekolah adalah untuk memudahkan penjaga dan pelajar. Walaubagaimanapun

kualiti makanan yang ditawarkan di kantin sekolah seharusnya tidak dibiar remeh. (A.H.

Subratty et al., 2003).

Page 22: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

2

Lanjutan daripada itu, sistem pendidikan hanya akan dapat berjalan secara lancar

dan efektif dengan memastikan pelajar sihat dan dapat belajar dengan baik melalui

kualiti dan amalan pemakanan. Hal ini adalah kerana kesihatan yang baik dapat

memperbaiki penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam mahupun luar kelas,

mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan pencapaian akademik. (A.H. Subratty

et al., 2003). Maka, kantin sekolah merupakan sebuah entiti yang memegang peranan

dalam memastikan objektif keberkesanan sistem pendidikan dapat dicapai.

Berdasarkan Garis Panduan Kantin Sekolah yang telah digubal pada 1989, selain

berperanan sebagai sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan makanan,

kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai

pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tambahan lagi di sinilah

para pelajar membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan,

kebersihan dan keselamatan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberikan

layanan, bersopan-santun dan amalan-amalan disiplin yang lain.

Van Egmond (1985) menyatakan bahawa objektif utama dalam perkhidmatan

makanan di sekolah adalah menyediakan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk

dimakan. Tanggung jawab dalam menyediakan makanan yang selamat bergantung

kepada penyedia makanan sehingga kepada orang yang menghidang makanan yang telah

siap dimasak. Beliau turut menjelaskan bahawa makanan yang selamat adalah makanan

yang bebas mikroorganisma merbahaya, bahan kimia dan bendasing. Perkhidmatan

makanan di sekolah tidak sepatutnya menyediakan makanan yang tidak berkhasiat

seperti makanan ringan dan sebagainya kerana banyak mengandungi bahan kimia,

perasa dan pewarna. Menurut William Huee (1997) yang menyatakan bahawa bahan

pewarna yang digunakan dalam makanan boleh menarik perhatian pelajar untuk

membeli makanan tersebut kerana makanan itu kelihatan menarik dan menyelerakan.

Penjualan makanan yang tidak berkhasiat seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya

boleh memudaratkan kesihatan.

Page 23: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

3

Dari segi konteks yang lain Burton (1965) menyatakan bahawa pendidikan

makanan sepatutnya dijadikan sebagai program umum dalam memastikan dan

memperbaiki taraf pemakanan individu. Selain daripada pengetahuan tentang zat-zat

makanan, individu juga perlu memahami keperluan zat untuk setiap pembesaran.

Sepatutnya manusia mesti mengambil berat tentang faktor-faktor yang boleh memberi

kesan ke atas makanan yang diambil. Dalam konteks ini, pihak-pihak seperti guru-guru,

orang awam dan ibu bapa ataupun jawatan kuasa kantin yang tertentu sepatutnya

mengambil peduli akan institusi makanan yang telah diwujudkan di sekolah bagi

mengelakkan kesan negatif ke atas makanan yang diambil oleh para pelajar di sekolah.

Hal ini adalah kerana fungsi fizikal dan mental tubuh yang optimum bergantung kepada

mutu pemakanan (Nickerson dan Ronsivalli, 1989).

Dalam aliran yang sama, Norimah A.Karim menyatakan bahawa pemakanan

seimbang adalah sangat penting untuk pelajar dalam menentukan perkembangan mental

dan fizikal mereka. Pada peringkat ini mereka mula membesar dan memerlukan

pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan kepada

tubuh mereka.

Dari perspektif Islam sendiri, telah tersebut bahawa corak pemakanan yang betul

bermula daripada punca sumber makanan, kebersihan makanan, cara memasak, cara

menghidang dan cara memakan makanan tersebut. Firman Allah S.W.T yang

bermaksud, “..dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah

telah rezekikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman

kepadaNya.” (Surah al-Ma’idah, ayat 88).

Menurut Bunker and Burgess (2002), DoH (1989), MAFF (1996), Noble and

Kipps (1994) Eves et al. (1997) menegaskan dalam satu kajian yang telah dijalankan

mendapati bahawa hampir kebanyakkan kandungan nutrisi dalam makanan yang

disediakan di kantin sekolah mengandungi zat makanan yang tidak seimbang dan

Page 24: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

4

mengandungi lemak, gula dan garam yang berlebihan. Reilly (2002) menyatakan

bahawa fenomena ini telah menyebabkan di Britain seorang daripada lima orang kanak-

kanak dianggarkan telah mengalami berat badan berlebihan dan 2.5 peratus dikelaskan

mengalami obesiti. Tambahan lagi dalam satu kajian yang melibatkan kanak-kanak

berumur antara 11 dan 12 tahun mendapati bahawa mereka mengalami kekeliruan

terhadap apakah sebenarnya corak pemakanan yang sihat (Health Pro, 2004). Seperti

yang dilaporkan oleh Department of Education and Skills, Britain (2004) menu yang

disediakan di kantin sekolah merupakan antara penyumbang utama yang menyebabkan

generasi kini di kawasan tersebut mengalami masalah sedemikian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan telah dinyatakan

bahawa kantin-kantin sekolah mesti sentiasa berada dalam keadaaan bersih dan tempat

makan di kantin hendaklah dilengkapi dengan kemudahan mencuci. Makanan yang

disediakan pula mestilah terdiri daripada makanan yang megandungi nilai-nilai nutrisi

yang sihat dan dapat menyokong tumbesaran pelajar selain hendaklah disediakan dan

dihidang dengan cara yang bersih.

Sehubungan dengan ini, kantin sekolah haruslah mematuhi beberapa kriteria bagi

menjadi satu-satunya organisasi yang menyediakan bekalan makanan kepada para

pelajar semasa dalam sesi persekolahan. Menurut A.H. Subratty et al (2003), kantin

sekolah haruslah menyediakan menjual makanan yang sihat kepada pelajar sekolah juga

seharusnya menawarkan makanan yang berkhasiat dan bersih pada harga yang

kompetitif, menyediakan pelbagai jenis makanan dan menawarkan persekitaran yang

bersih kepada pelajar untuk menikmati makanan. Tambahan lagi kantin turut

Page 25: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

5

berperanan dalam sistem kawalan pelajar dengan cara menyediakan atmosfera kantin

yang membenarkan pelajar kekal berada di dalam kawasan sekolah semasa makan

tengah hari untuk keselamatan diri pelajar. Makanan yang disediakan dikantin sekolah

seharusnya menyokong kemahiran dan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan

seterusnya kantin sekolah juga perlulah menyokong penglibatan pelajar dalam membuat

keputusan tentang kantin sekolah mereka kerana mereka merupakan pengguna kantin.

Menurut Persatuan Pengguna Standard Malaysia (2007), hampir kesemua kes

keracunan makanan yang direkodkan berlaku selepas mangsa makan di luar rumah dan

makanan berkenaan disediakan secara komersial dan dimasak dalam kuantiti yang besar.

Kantin sekolah turut merupakan entiti yang terlibat sama dimana ianya menyediakan

makanan dalam jumlah yang besar mengikut keperluan sekolah. Sekolah yang agak

besar mempunyai jumlah pelajar yang besar dan adakalanya mempunyai dua sesi

persekolahan. Keperluan yang besar ini telah menyebabkan kantin sekolah terpaksa

menyediakan makanan secara besar-besaran seterusnya menyumbang kepada kes

keracunan makanan di sekolah.

Abdul Jabar Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian

Kesihatan berkata, kes keracunan makanan di sekolah yang paling tinggi dilaporkan

berlaku di Selangor, diikuti Kedah, Perak dan Kelantan. Sebanyak 11,226 kes

keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15

September 2007 berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2006,

iaitu peningkatan lebih 100 peratus. (Sumber Maklumat : Utusan Malaysia 29 Oktober,

2007). Berdasarkan statistik ini dapat diandaikan bahawasanya keperluan kantin yang

selamat tidak dipatuhi oleh pekerja juga para pengusaha.

Page 26: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

6

Menurut Dr. Abd. Rahim, Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan,

Kementerian Kesihatan, pencemaran makanan utama terbahagi kepada tiga jenis iaitu

biologi; bakteria, virus, fungus, kulat dan yis; fizikal; benda atau bahan asing seperti

rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain; dan kimia; racun serangga, racun rumpai,

bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan. Beliau berkata,

memakan makanan atau meminum minuman yang mengandungi toksin atau racun

semula jadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya

merupakan antara beberapa punca utama berlakunya keracunan makanan. Gejala yang

dialami adalah berbeza bagi setiap orang bergantung kepada jenis racun atau bakteria,

jumlah racun atau bakteria yang termakan, umur dan daya ketahanan tubuh seseorang.

Justeru, bagi mengurangkan jumlah kes yang kian meningkat dari tahun ke tahun

kantin sekolah haruslah mengekalkan piawai yang baik terhadap kebersihan atau sanitasi

dalam mengendalikan, menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan sejajar

dengan Akta Makanan. Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelanggan dapat

menerima makanan yang berkualiti tinggi, tidak menerima makanan yang kurang nutrisi

dan mengelakkan berlakunya insiden keracunan makanan. (A.H. Subratty et al., 2003).

Selain daripada itu, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan yang meliputi

semua negeri di Malaysia telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bertujuan melindungi

orang ramai daripada tindakan yang membahayakan kesihatan dan penipuan di dalam

penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Mohd Hamdan (1990) menjelaskan

dengan wujudnya akta tersebut pengguna kantin sekolah khususnya pelajar dan guru

malah ibu bapa mempunyai hak untuk melaporkan sebarang aduan terhadap

perkhidmatan makanan yang disediakan di kantin sekolah mengikut prosedur yang

betul.

Page 27: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

7

Dipetik daripada HEA (1999), peringkat awal remaja yang merupakan tahap

perkembangan sosio-biologi pelajar adalah peringkat dimana pelajar membina identiti

mereka melalui penjelajahan dan penemuan tanggungjawab, keadaan dan perkara-

perkara yang baru. Dari itu, pelajar sekolah yang merupakan remaja adalah golongan

yang mudah berpotensi terjebak dalam gejala tidak sihat seperti merokok, penggunaan

dadah dan alkohol serta paten diet yang tidak seimbang (Tedstone et al., 1998). Masa

yang panjang yang dihabiskan di sekolah mendorong pelajar sekolah tersebut iaitu

remaja menerapkan segala pengaruh dan kelakuan di sekolah dalam diri mereka sendiri

dan salah satunya merupakan kantin sekolah dimana mereka mendapatkan makanan

justeru mengamalkan diet yang tidak seimbang.

Menu dengan diet yang tidak seimbang yang disediakan di kantin sekolah seperti

makanan berminyak, minuman ringan dan macam-macam lagi akan menyebabkan

pengambilan gula dan lemak yang tinggi, kurang pengambilan protein, kalsium, mineral

dan fibre. (A.H. Subratty et al., 2003). Joshipura et al., (1999) turut berpendapat

bahawa diet yang betul dan seimbang memainkan peranan asas yang penting dalam

mencegah penyakit seperti penyakit jantung koronari dan kencing manis (diabetes

mellitus). Tambahan lagi, jenis dan jumlah lemak serta hubungan keduanya dengan

tahap kolesterol dalam darah telah dikenal pasti sebagai faktor yang sangat

menyumbang dalam penyakit jantung koronari dan kencing manis. Akan tetapi

pengambilan yang bertambah terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran telah dikenal

pasti sebagai faktor yang penting dalam mengurangkan kedua-dua penyakit jantung

yang tersebut dan beberapa jenis kanser (DH, 1994, 1998). Maka, paten pemakanan

yang sihat hendaklah dipupuk sejak dari awal lagi bagi mengurangkan risiko diabetes

mellitus, obesiti dan penyakit kanser yang berkaitan dengan paten diet. (NHF, 1997).

Page 28: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

8

Pekerja kantin merupakan golongan yang berkait rapat dengan penyediaan

makanan di kantin sekolah. Walaupun terdapat kebanyakkan kantin sekolah hanya

melanggan katerer-katerer kecil yang menjalankan penyediaan makanan di rumah

masing-masing, makanan yang telah disediakan tersebut masih dikendalikan oleh

pekerja kantin khususnya semasa proses jual beli di premis kantin sekolah. Sehubungan

dengan ini aspek seperti latihan kesedaran kebersihan bagi pekerja yang berterusan iaitu

kebersihan pekerja, pemakaian topi, apron dan kuku tangan sentiasa pendek tanpa cincin

haruslah diterap dan diamalkan. Tambahan lagi pekerja yang menyediakan makanan

tidak sepatutnya mengendalikan makanan dan pada masa yang sama membersihkan

kawasan kerja dengan penyapu dan mop. Penggunaan ubat-ubatan, bahan pencuci yang

tidak berbahaya kepada makanan seperti peluntur seperti klorin hendaklah sentiasa

dalam keadaan terkawal. Manakala tempat penyimpanan makanan bagi makanan yang

sedia untuk dimakan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. (Prinsip Am

Kebersihan Makanan, Jabatan Standard Malaysia).

Menurut Baharam Husin, L.L.Guoy, Safiah Yusuf , B.H. Tay (1996), kes

keracunan kerap berlaku berpunca daripada makanan yang dicemari bakteria. Antara

sebab makanan mudah dicemari bakteria adalah amalan tidak bersih pengendali atau

penyedia makanan seperti mengorek hidung atau telinga semasa memasak,

menggunakan kain pengelap yang sama untuk mengelap meja dan pinggan mangkuk,

menggunakan alatan yang kotor, merokok, sanitasi diri, bersin, mededahkan makanan

kepada haiwan yang membawa bakteria seperti lalat, kucing, tikus dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Rahim Mohamad yang menyatakan bahawa

selain sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika

menyedia, menghidang mahupun menjual makanan, tidak mengendahkan kebersihan

persekitaran luar dan dalam premis makanan, membiarkan sahaja makanan terdedah

kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal terdapat juga segelintir

Page 29: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

9

pekerja yang menggalakkan amalan dimana pelajar mengambil sendiri makanan tanpa

kawalan atau konsep layan diri yang menyumbang kepada risiko keracunan makanan.

Konsep ini didapati cenderung kepada penambah biakkan bacteria dalam makanan yang

dijual kerana makanan yang ditawarkan telah dicemari oleh bakteria yang dibawa oleh

setiap pelanggan yang mengambil makanan tersebut. Maka, setiap kali pelanggan

mengambil makanan, bakteria dalam makanan tersebut akan menjadi semakin

bertambah.

Justeru kantin sekolah turut mempunyai peranan penting dalam memastikan

keberkesanan sebuah pendidikan, kesihatan pelajar dan komuniti sekolah seterusnya

haruslah dijana dengan baik dari segi dua komponen iaitu menu yang seimbang dan

sanitasi. Dalam entiti ini pekerja kantin merupakan antara faktor utama dalam kejayaan

sebuah kantin juga merupakan individu-individu yang sentiasa berkaitan dengan

perjalanan seharian kantin. Oleh itu kajian ini perlu dijalankan untuk mengetahui

persepsi pekerja kantin sekolah terhadap kepentingan makanan berkualiti yang dijual di

kantin sekolah berikutan masalah bukan sahaja tertumpu kepada masalah keracunan

malah masalah pemakanan atau masalah diet dan gizi yang tidak seimbang di kalangan

generasi pada masa kini.

Page 30: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

10

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan penyelidik

ingin melakukan penyelidikan tentang persepsi pekerja kantin sekolah ke atas makanan

yang dijual di kantin sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pekerja kantin sekolah terhadap

makanan berkualiti yang dijual di kantin sekolah. Objektif yang ditetapkan bagi kajian

ini adalah untuk:

I. Mengenalpasti kaedah penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin sekolah.

II. Mengenalpasti kepelbagaian nutrisi dalam menu yang dipraktikkan di kantin

sekolah.

III. Mengenalpasti pengetahuan pekerja terhadap makanan di kantin sekolah.

Page 31: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

11

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:

1.5.1 Apakah kepelbagaian kaedah penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin

sekolah?

1.5.2 Apakah kepelbagaian nutrisi yang disediakan dalam menu yang dipraktikkan di

kantin sekolah?

1.5.3 Apakah pengetahuan pekerja terhadap makanan di kantin sekolah?

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji berharap agar hasil kajian yang akan dijalankan ini dapat memberi

manfaat kepada pihak berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah:

1.6.1 Kepada Individu

Maklumat yang diperolehi daripada kajian yang akan dijalankan dapat memberi

pengetahuan kepada indiuvidu tentang makanan berkualiti yang dijual di kantin sekolah.

Page 32: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

12

Tambahan lagi ia bertujuan untuk memberikan kesedaran individu berhubung pemilihan

makanan yang berkualiti dan sesuai untuk pertumbuhan pelajar.

1.6.2 Pekerja Kantin Sekolah

Sebagai pekerja kantin sememangnya menggendong tangungjawab yang tinggi

dalam menyediakan makanan yang berkualiti kepada para pelajar. Sebarang kesilapan

berkemungkinan besar boleh dipertanggungjawab dan ditanggung oleh pekerja kantin

kerana keterlibatan mereka secara langsung dalam menyediakan hampir kesemua jenis

makanan yang dijual di kantin sekolah. Justeru kesedaran terhadap makanan yang

berkualiti merupakan suatu kewajipan.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian ini responden adalah pekerja kantin sekolah daripada zon sekitar

Skudai, Johor Bahru. Kajian ini adalah terbatas kepada sampel pekerja kantin sekolah

sahaja seramai 175 orang pekerja daripada 20 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah

menengah terlibat. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pekerja kantin

sekolah zon Skudai terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah. Alat kajian yang

digunakan adalah berbentuk Kajian Soal Selidik. Pekerja kantin sekolah daripada zon

sekitar Skudai, Johor Bahru ini dipilih untuk dijadikan responden kerana

menganggapkan pekerja kantin daripada kawasan tersebut mewakili pekerja kantin

daripada seluruh Malaysia. Justeru responden dari daerah tersebut digeneralisasikan

mewakili pekerja-pekerja kantin seluruh Malaysia.

Page 33: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

13

1.8 Definisi Operasional

Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam ini perlu dijelaskan. Berikut ialah

definisi istilah atau konsep yang berkaitan.

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2002), gambaran atau bayangan

dalam hati atau fikiran pekerja kantin sekolah tentang makanan berkualiti, pandangan

dan tanggapan menerusi pancaindera. Dalam kajian yang akan dijalankan, persepsi

merujuk kepada gambaran dan bayangan hati atau fikiran pekerja kantin sekolah

terhadap makanan yang berkualiti yang dijual di kantin sekolah.

1.8.2 Makanan

Makanan adalah set yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi

warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa (Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, 2000).

Makanan merupakan satu bahan pepejal atau cecair yang boleh dimakan. (Asra

et al.,1995).

Page 34: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

14

1.8.3 Nutrisi

Menurut Kasmu Za’ba edaran Pustaka Antara Books Sdn Bhd, nutrisi

diinterpretasikan sebagai komponen berkhasiat yang terkandung dalam sesetengah

makanan atau bahan makanan yang mengandungi khasiat.

1.8.4 Penyediaan

Menurut K.D (1998), penyediaan adalah persiapan. Dalam konteks kajian ini

penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses memasak makanan.

Page 35: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

15

1.8.5 Zat Makanan

Zat makanan di dalam konteks kajian ini adalah merujuk kepada 7 kumpulan zat

makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, serat dan air.

1.8.6 Makanan Seimbang

Makanan seimbang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar

yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan teratur (Aishah Hamzah

1991).

Makanan seimbang bermaksud makanan yang kita makan dapat membekalkan

zat yang betul kepada keperluan tubuh. (Mohd Azhar Zakaria, 1985).

Makanan dikatakan seimbang apabila makanan yang dihidangkan itu

mengandungi kesemua jenis zat makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin,

mineral dan air pada kadar dan gabungan yang betul. (Abdul Latif Mohamad dan Suriah

Abdul Rahman, 1985)

Page 36: PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … fileringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ... dan membalasnya serta maafkanlah segala

16

Ringkasan

Di dalam bab satu ini, telah dinyatakan pengenalan, latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian

dan definisi operasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Tujuan kajian ini,

pengkaji dapat melihat aspek-aspek utama yang perlu diberi perhatian dalam proses

kajian supaya dapat menghasilkan maklumat yang dikehendaki bagi memastikan

matlamat kajian tercapai. Hasil daripada kajian ini, data-data yang diperolehi akan

digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini. Pemilihan sampel tertumpu kepada

pekerja kantin sekolah daripada zon Skudai, Johor Bahru tentang apakah persepsi

mereka terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah. Selain daripada itu, hasil

kajian ini adalah sebagai bimbingan untuk mencapai kualiti makanan yang baik yang

dijual di kantin sekolah.