psz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia · 2013-11-19 · psz 19:16(pind.1/97)...

21
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana CATATAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: KESAN PENGAMBILAN PHONEX DACTILYFERA KE ATAS KADAR PEMULIHAN DELAYED ONSET MUSCLE SORENESS (DOMS) DAN PETUNJUK KECEDERAAN SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: MOHD SYAZIMEE BIN CHE HASHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: LOT 1080 TAMAN GURU, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 18500 MACHANG, KELANTAN Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009 secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 01-Mar-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

CATATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KESAN PENGAMBILAN PHONEX DACTILYFERA KE ATAS KADAR PEMULIHAN DELAYED ONSET MUSCLE SORENESS (DOMS) DAN PETUNJUK KECEDERAAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHD SYAZIMEE BIN CHE HASHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: LOT 1080 TAMAN GURU, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 18500 MACHANG, KELANTAN Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : 29 APRIL 2009

KESAN PENGAMBILAN PHONEX DACTYLIFERA KE ATAS KADAR

PEMULIHAN DELAYED ONSET MUSCLE SORENESS (DOMS) DAN PETUNJUK

KECEDERAAN

MOHD SYAZIMEE BIN CHE HASHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

ii

“Saya akui bahawa karya ini yang berjudul ” KESAN PENGAMBILAN PHONEX

DACTYLIFERA KE ATAS KADAR PEMULIHAN DELAYED ONSET MUSCLE

SORENESS (DOMS) DAN PETUNJUK KECEDERAAN” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelidik : MOHD SYAZIMEE BIN CHE HASHIM

Tarikh : 29 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur saya ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan

kecekalan untuk menyempurnakan kajian ini.

Buat ibu dan bapa yang dikasihi dan dihormati:

Che Hashim b Che Pa

Mashitah bt Abdul Hamid

Juga kepada insan yang banyak membantu dan prihatin pada diri ini:

Mohd Syazwan b Che Hashim

Halimi b Ismail

Zulkhairi b Mohammad

Teman-teman seperjuangan dan seluruh warga SPS

Terima kasih di atas segala bantuan, dorongan, kesabaran dan sokongan yang diberikan.

Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur

saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

pensyarah pembimbing yang saya kasihi Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin di atas

segala bimbingan, nasihat, tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang

saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan rakan-rakan yang secara sukarela menjadi

peserta kajiandi atas kerjasama yang diberikan dalam menjalankan kajian ini. Terima

kasih juga kepada semua yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.

Terima kasih semua

v

ABSTRAK

Latihan esentrik adalah aktiviti dimana otot bekerja dalam keadaan memanjang

manakala latihan konsentrik pula merujuk kepada aktiviti pemendekan otot. Latihan

esentrik menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan kecederaan kepada otot apabila ia

dilakukan oleh subjek yang tidak melakukan latihan yang konsisten dan mengambil

masa yang lama untuk pulih kerana melibatkan gentian otot. “Phonex Dactylifera” atau

lebih dikenali sebagai buah kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) yang mempunyai

kandungan antioksida yang sangat tinggi. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah

untuk melihat kesan pengambilan kurma semasa pemulihan kecederaan otot terhadap 10

orang subjek lelaki (N=10) yang tidak pernah mengalami kecederaan pada otot biseps

dan tidak mengikuti latihan yang spesifik. Protokol ini melibatkan 6 set latihan di mana

setiap set mempunyai 10 kali ulangan pemanjangan elbow flexors dengan beratan

bebanan ‘dumbbell’ seberat 7.5 kg. Subjek diberikan rehat 1 minit di antara set.

Kecederaan diukur melalui petunjuk tidak langsung kecederaan otot termasuk ukur lilit

lengan, sudut pergerakan lengan (ROM), ‘delayed onset muscle soreness’ (DOMS) dan

kekuatan maksimum. Data diambil dari hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan

ketujuh. Selepas 2 minggu, proses kecederaan dijalankan sekali lagi tanpa pengambilan

kurma untuk proses pemulihan dan bacaan yang sama diambil. Rawak mudah digunakan

untuk menentukan tangan mana yang menjalani latihan dengan rawatan dan tangan yang

mana adalah kawalan. Hasil kajian perbandingan antara kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan mendapati bahawa hanya ukur lilit lengan menunjukkan nilai

signifikan (p≤0.05), dimana ukur lilit kumpulan kawalan adalah lebih tinggi. DOMS,

ROM dan kekuatan maksimum tidak menunjukkan bacaan yang signifikan terhadap

pemulihan kecederaan. Kesimpulannya, Phonex Dactylifera (Kurma) hanya berkesan

untuk mengurangkan bengkak (ukur lilit) sahaja tetapi tidak berkesan untuk

mengurangkan DOMS dan petunjuk kecederaan otot yang lain.

vi

ABSTRACT

Eccentric exercise is an activity where the muscle works in elongated condition

whereas concentric exercise shorten the muscle. Eccentric exercise causes pain,

uncomfortable feeling and muscle injury to individual underwent exercise without

consistent exercises and it takes a longer time to recover as it involves muscle fibres.

“Phonex Dactylifera” or commonly known as dates is a plant (Palm) which consists of

high antioxidant. The main purpose of this research is to observe the effect of dates

intake during the recovery process to 10 male respondents (N=10) with no history of

biceps muscle injury and not involved in specific exercises. The injury protocol involved

6 set of exercises consisting ten time contractions of elbow flexors with the dumbbell

(weighted 7.5 kg). Respondents were given one minute break during the gap for each

set. The injury existence was measured through the indirect indicator of muscle which

are upper arm circumference, range of motion (ROM), delayed onset muscle soreness

(DOMS) and maximum strength. The data was collected on day one followed by second,

third, fourth and seventh days. Two weeks rest was introduced to avoid effects of injury

to the contralateral arm. Another injury process was conducted without dates intake as a

control procedures. Simple random was utilized to determine arms to control and

research group. From the findings on the differences between the treatment and the

control group, it was found that the only upper arm circumference showed a significant

difference with p = 0.05, where the control group emerged higher. No significant

different were recorded on DOMS, ROM and maximum strength. As a conclusion,

Phonex Dactylifera (Dates) is only effective in reducing the diameter of the swelling but

not effective to lessen DOMS and other indicator of muscle damage.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

1

JUDUL

PERAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Hipotesis Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Batasan Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

x

xiii

xiv

1

1

3

4

4

5

6

viii

2

3

4

5

1.7 Definisi Operasional

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Kajian Berkaitan

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Lokasi

3.4 Subjek

3.5 Alatan Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Analisis Data

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Diskriptif

PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Range of Motion (ROM)

5.3 Delayed Onset Muscle Soreness

(DOMS)

5.4 Ukur Lilit Lengan

5.5 Kekuatan Maksimum

6

9

9

10

18

18

19

20

20

20

21

27

28

28

29

42

42

43

44

46

47

ix

5.6 Masalah Penyelidik

5.7 Cadangan

5.8 Ringkasan

RUJUKAN

LAMPIRAN

48

50

53

54

58

x

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1

2

3

4

5

6

7

8

Antioksida menghalang radikal bebas

daripada menyerang.

Antioksida meneutralkan radikal bebas.

Protokol latihan esentrik. Setiap kali

ulangan latihan esentrik bermula di posisi A

dan tamat di posisi B.

Pengukuran ukur lilit lengan pada siku

FANG (A), RANG (B), SANG (C) dan

posisi semasa pengukuran sudut pada sendi

siku

Pengukuran tahap kesakitan (DOMS)

Pengukuran Kekuatan Maksimum

Perubahan Range of Motion (ROM) dari

15

15

24

25

26

27

28

xi

9

10

11

12

13

14

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan tangan kawalan

Perubahan tahap kesakitan otot pada

palpation 1 (3cm) dari sebelum latihan,

serta merta selepas, dan hari 1-7 selepas

latihan bagi tangan rawatan dan kawalan

Perubahan tahap kesakitan otot pada

palpation 2 (5cm) dari sebelum latihan,

serta merta selepas, dan hari 1-7 selepas

latihan bagi tangan rawatan dan kawalan

Perubahan tahap kesakitan otot pada

palpation 3 (7cm) dari sebelum latihan,

serta merta selepas, dan hari 1-7 selepas

latihan bagi tangan rawatan dan kawalan

Perubahan tahap kesakitan otot pada

palpation 4 (9cm) dari sebelum latihan,

serta merta selepas, dan hari 1-7 selepas

latihan bagi tangan rawatan dan kawalan

Perubahan ukurlilit lengan (3cm) dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

Perubahan ukur lilit lengan (5cm) dari

32

33

34

35

36

38

xii

15

16

17

18

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

Perubahan ukur lilit lengan (7cm) dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

Perubahan ukur lilit lengan (9cm) dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

Perubahan ukur lilit lengan (11cm) dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

Perubahan kekuatan maksimum dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan rawatan

dan kawalan

39

40

41

42

43

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1

2

Kandungan Antioksida dalam Barries,

Buah Kering dan Jus.

Perubahan tahap kesakitan otot pada

flexion, extension dan daily life dari

sebelum latihan, serta merta selepas, dan

hari 1-7 selepas latihan bagi tangan

rawatan dan tangan kawalan

17

37

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

Borang Kebenaran

Borang Skor Rom Dan Ukur Lilit Lengan (Arm Circumference) Borang Skor Delayed Onset Muscle Soreness (Doms) Borang Skor Kekuatan Maksimum Pada Sudut 150 Darjah

61

62

63

64

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap hari, masyarakat kita terdedah kepada risiko mengalami kecederaan, tidak

kira sama ada semasa melakukan aktiviti bersukan mahupun semasa melakukan aktiviti

harian. Berbagai-bagai kecederaan yang berlaku dan salah satunya adalah Delayed Onset

Muscle Soreness atau DOMS. DOMS bermaksud satu keadaan di mana ketidakselesaan

atau kesakitan pada otot skeletal yang berlaku akibat tekanan yang luar biasa pada otot

(Amstrong, 1984). Tekanan yang dimaksudkan adalah perubahan tahap pemanjangan

pada otot akibat seorang atlit itu baru memulakan latihan ataupun baru mencuba cara

latihan yang baru (Cheung et al., 2003). Kesakitan ini biasanya akan meningkat dalam

masa 24 jam yang pertama selepas latihan dan waktu kemuncaknya adalah di antara 24

jam hingga 72 jam (Armstrong, 1984) .

Gejala DOMS menunjukkan penurunan dalam kekuatan dan kuasa otot (Sargeant

& Dolan, 1987) dengan penurunan kekuatan maksimum sebanyak 50% (Armstrong,

1984; Miles & Clarkson, 1994), otot bengkak ( Franklin et al., 1991), dan penurunan

2

tahap kelenturan dan Range of Motion (ROM) (Saxton et al., 1995). Faktor penyebab

berlakunya DOMS adalah tidak jelas, tetapi latihan esentrik adalah salah satu daripada

puncanya ( Talaq, 1973 ).

Latihan esentrik adalah salah satu bentuk kontraksi melibatkan pemanjangan otot

aktif yang menghasilkan kecederaan yang lebih teruk berbanding dengan latihan

konsentrik dan isometrik. Kontraksi esentrik berlaku apabila bebanan luar melebihi

kekuatan atau daya otot ( Cleak & Eston, 1992). Kerosakan otot akibat latihan esentrik

ini dikatakan mampu diatasi dengan mengambil antioksida.

Antioksida pula merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk

meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal

bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas

dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan

menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat

menimbulkan tekanan oksidatif.

Antioksida dipercayai boleh mencegah penghasilan peroksida atau radikal bebas

semasa latihan dan kerana itu ia mungkin dapat mengelakkan DOMS (Zainuddin, 2005).

Apabila sel tubuh menggunakan oksigen, ia biasanya menghasilkan ‘radikal bebas’

dimana ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada sel-sel badan. Antioksida

bertindak sebagai ‘peneutral radikal bebas’ akan mencegah dan membaiki kerosakan

yang berpunca daripada radikal bebas tersebut.

Kurma atau nama saintifiknya ‘Phonex Dactylifera’ dikatakan sejenis buah

kering yang mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi. Harold, Fred,

Leonard, Aruna, Mitch, 2000 dalam kajian mereka menyatakan bahawa kurma

mengandungi sebanyak 6600 TE/100 grams antioksida dan merupakan ranking pertama

berbanding beberapa buah yang lain seperti blackberry 5500 TE/100 grams dan kismis

6400 TE/100 grams.

3

Jadi, kajian ini diharap dapat membantu untuk memberikan petunjuk dan

seterusnya memberikan satu cara rawatan baru kepada masalah DOMS yang sehingga

kini masih belum ada cara penyelesaian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penglibatan masyarakat kita dalam bidang sukan pada masa sekarang telah

meningkat dengan pesatnya. Selain daripada mendapat kesihatan yang baik, mereka juga

tidak terlepas dari mendapat kecederaan ataupun DOMS. Kecederaan-kecederaan yang

biasa berlaku adalah kecederaan otot, kemusnahan sel-sel otot, kecederaan pada

ligament otot dan lain-lain. DOMS ini biasanya berlaku ketika kontraksi esentrik yang

kuat kerana pada ketika itu, otot dalam keadaan terlampau tegang.

Otot skeletal yang mengalami over-exerted boleh mengalami DOMS. Contohnya

aktiviti berlari menuruni bukit yang berterusan, pelari akan mengalami atau merasai

kesakitan pada kesemua otot major yang mengalami fleksi dan ekstensi seperti otot

pinggul, paha dan kaki (Schwane et al., 1983) . Berbagai-bagai cara yang telah

digunakan untuk merawat kesan DOMS, antaranya penggunaan nonstreroidal anti-

inflammatory drugs (NSAIDs), cryotherapy, sport massage (Gulick & Kimura , 1996)

dan penggunaan herba seperti tongkat ali (Tarveen, 2006). Namun, secara sahnya masih

tiada penawar yang berkesan yang mampu merawat kesan DOMS.

4

1.3 Pernyataan Masalah

DOMS adalah salah satu masalah biasa yang sering dialami oleh para atlit.

Langkah-langkah keselamatan seperti melakukan regangan dan pemanasan sebelum

melakukan aktiviti dan latihan sering diabaikan dan dipandang remeh menjadi salah satu

sebab berlakunya DOMS. Ini telah dibukti dimana kombinasi melakukan regangan dan

pemanasan sebelum dan selepas aktiviti memberikan kesan yang positif dalam

mengelakkan DOMS (Rodenburg et al., 1994). Lebih-lebih lagi ketika melakukan

aktiviti seperti angkat berat dan latihan anaerobik yang melibatkan latihan esentrik.

DOMS adalah satu perkara biasa yang dihadapi oleh atlit, namun ia dijadikan punca oleh

orang ramai untuk tidak terlibat dalam aktiviti fizikal ataupun sukan kerana takut cedera.

DOMS memberikan kesakitan kepada mereka selepas menjalani aktiviti sama ada secara

tiba-tiba ataupun selepas beberapa hari bergantung kepada individu (Gulick & Kimura

1996). Terdapat banyak cara alternatif untuk merawat masalah DOMS ini tetapi ia

belum menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi. Jadi melalui kajian kesan

pengambilan Phonex Dactylifera ke atas pemulihan DOMS yang akan dijalankan ini,

diharap mampu untuk memberikan petunjuk kepada masalah DOMS.

1.4 Hipotesis Kajian

Ho 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

tahap DOMS selepas pengambilan Phonex Dactylifera

Ha 1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

DOMS selepas pengambilan Phonex Dactylifera

5

Ho 2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

keadaan ROM selepas pengambilan Phonex

Dactylifera

Ha 2 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keadaan

ROM selepas pengambilan Phonex Dactylifera

Ho 3 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

ukur lilir lengan selepas pengambilan Phonex

Dactylifera

Ha 3 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ukur lilit

lengan selepas pengambilan Phonex Dactylifera

Ho 4 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

kekuatan maksimum selepas pengambilan Phonex

Dactylifera

Ha 4 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan

maksimum selepas pengambilan Phonex Dactylifera

1.5 Objektif Kajian

DOMS adalah satu masalah utama yang dihadapi bagi setiap atlit, dan sehingga

kini masih belum ada ubat atau penawar untuk menyembuhkannya. Jadi, kajian ini

bertujuan untuk menguji keberkesanan bahan antioksida (Phonex Dactylifera) sebagai

pemulihan DOMS dan petunjuk kecederaan yang lain.