psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia ... fileii kajian sarjana muda pendidikan...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESEEDARAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN MESIN DI KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI KEJUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN SESI PENGAJIAN : 2004/2005 Saya : MOHD RUHAIDI IKHWAN BIN MOHD RUAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 117 JALAN BAIDURI 2, ENCIK.MD. YUSUP BIN KAYAT TAMAN BAIDURI, 42700 BANTING, SELANGOR Tarikh : 07/10/2004 Tarikh : 07/10/2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeledikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) (NAMA PENYELIA)

Upload: dangnhu

Post on 22-Aug-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KESEEDARAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN MESIN DI KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI KEJUTERAAN DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya : MOHD RUHAIDI IKHWAN BIN MOHD RUAH (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 117 JALAN BAIDURI 2, ENCIK.MD. YUSUP BIN KAYAT TAMAN BAIDURI, 42700 BANTING, SELANGOR Tarikh : 07/10/2004 Tarikh : 07/10/2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeledikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

(NAMA PENYELIA)

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)

Tanda tangan :

Nama Penyelia : Encik Md Yusup Bin Kayat

Tarikh : 7 Oktober 2004

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

ii

KAJIAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN

KESEDARAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN

MESIN DI KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT,

SELANGOR DARUL EHSAN

MOHD RUHAIDI IKHWAN BIN MOHD RUAH

NO MATRIK : AP000294

KURSUS SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEJURUTERAAN ELEKTRIK)

NO. KAD PENGENALAN :

820725-05-5003

2004

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha penyayang, Aku

bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi idea-idea bernas,

kekuatan, ketabahan dan keazaman serta kesihatan dalam menyempurnakan laporan

kajian ini dengan jayanya.

Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:

Mohd Ruah Bin Mohd Dali dan Khairiah Bte Sulaiman

Ahli-Ahli keluargaku:

Mas Ruhaiza Hani, Mas Ezatul Nadia dan Fatin Nabilah

Serta:

Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.

Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah amat

bermakna buat diriku.

Istimewa Buat:

Noor Syaza Khairina

Semoga Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui memberkati dan

membalas budi dan jasa baik kalian.

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

iv

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia rahmat

dan keizinannya maka kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna.

Di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Encik Md Yusup bin Kayat, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar serta dorongan disamping mengorbankan masa beliau

kepada saya dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dari pihak beliau amat saya hargai

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan

masa mereka bagi memberikan kerjasama, membantu dalam memberi idea-idea yang

bernas dalam menyempurnakan kajian ini. Segala sokongan dari sahabat-sahabat amat

saya hargai. Ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih

semua.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan membuat tinjauan bagi mengetahui

kesedaran amalan keselamatan terhadap penggunaan alatan dan mesin semasa

menjalankan kerja amali di bengkel. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti persepsi

pelajar berdasarkan 6 aspek iaitu, aspek pengetahuan, aspek persekitaran, aspek

senggaraan, aspek sikap, aspek pengalaman dan kemahiran. Sampel kajian terdiri

daripada 37 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor

Darul Ehsan. Soal selidik telah digunakan sebagai intrumen kajian dan diedarkan kepada

responden untuk mendapatkan data. Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS

versi 10.0 (Statistical Package For Social Science). Analisis dinyatakan adalah dalam

bentuk frekuensi dan peratus. Dari 6 aspek yang dikaji, aspek pengetahuan, persekitaran,

senggaraan, sikap dan kemahiran berada pada tahap sederhana. Manakala aspek

pengalaman berada pada tahap yang rendah.Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa

cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki tahap kesedaran pelajar dalam

penggunaan peralatan dan mesin di bengkel Teknologi Kejuruteraan.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

vi

ABSTRACT

This study is conducted in descriptive way to identify perception of student about

existing safety at work .The objective of this study is to identify the student’s perception

of safety at work based on 6 aspects, that is aspects of knowledge, environment,

maintenance, attitude, experience and skills. This study based on 37 sample of form 5

student at Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor Darul Ehsan.

Questionnaires are used as an instrument for this study and are distributed to all

respondent for obtaining the data. Data was analyzed using SPSS Version 10.0

(Statistical Package For Social Science), to obtained a percentage and frequency. Based

on six aspect as studied, the respondent knowledge, environment, maintenance, attitude

and skill is at an average level. The student’s experience is the lowest level. Based on

this study, a few proposals are being forwarded to improve the safety at work.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Graf xii

Senarai Singkatan xiii

BAB PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah dan Perkataan 8

1.8 Penutup 13

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

viii

BAB SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 15

2.2 Teori Maslow 18

2.3 Pengetahuan Asas Pelajar Mengenai

Alatan dan Mesin 21

2.4 Persekitaran Dari Aspek Keselamatan

Di Bengkel 23

2.5 Kaedah Senggaraan Peralatan dan Mesin

Di Bengkel 24

2.6 Kemahiran Penggunaan Alatan Dan Mesin

Di Kalangan Pelajar 25

2.7 Pengalaman Pelajar Dalam Penggunaan

Peralatan Dan Mesin Di Bengkel 26

2.8 Sikap Pelajar Semasa Menjalankan Amali Di

Bengkel Teknologi Kejuruteraan 27

2.9 Pengetahuan Pelajar Dalam Penggunaan

Peralatan Dan Mesin 29

2.10 Pengetahuan Senggaraan Alatan Dan Mesin

Di Bengkel 30

BAB METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

3.0 Pengenalan 31

3.1 Reka Bentuk Kajian 31

3.2 Sampel Dan Tempat Kajian 32

3.3 Instrumen Kajian 33

3.4 Prosedur Kajian 34

3.5 Analisis Data 35

3.6 Penutup 39

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

ix

BAB ANALISIS DATA MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A: Latar

Belakang Responden 41

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan

PMR ( Kemahiran Hidup) 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Keluarga 43

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Aspek Pengetahuan 44

4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Aspek Persekitaran 48

4.3.4 Persoalan Kajian 3 : Aspek Senggaraan 52

4.3.5 Persoalan Kajian 4 : Aspek Sikap 55

4.3.6 Persoalan Kajian 5 : Aspek Pengalaman 58

4.3.7 Persoalan Kajian 6 : Aspek Kemahiran 61

BAB RUMUSAN, PERBINCANGAN MUKA SURAT

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan 65

5.3 Perbincangan 67

5.3.1 Aspek Pengetahuan 67

5.3.2 Aspek Persekitaran 70

5.3.3 Aspek Senggaraan 72

5.3.4 Aspek Sikap 73

5.3.5 Aspek Pengalaman 74

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

x

5.3.6 Aspek Kemahiran 76

5.4 Cadangan 77

5.4.1 Pelajar 77

5.4.2 Guru 78

5.4.3 Pihak Sekolah 78

5.4.4 Jabatan Pendidikan Negeri 79

5.4.5 Kementerian Pendidikan Malaysia 79

5.4.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN A-D

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sekolah Yang Terlibat Dalam Soal Selidik 33

3.2 Pemeringkatan Skala 5 ( Lima ) Mata Kepada 3 (Tiga) Mata 37

3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 43

4.2 Berdasarkan Pendapatan Keluarga Pelajar 43

4.3 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Pengetahuan 45

4.4 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Persekitaran 49

4.5 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Senggaraan 53

4.6 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Sikap 56

4.7 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Pengalaman 59

4.8 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi

Aspek Kemahiran 62

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

xii

SENARAI GRAF

NO GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratusan Responden Terhadap Aspek Pengetahuan

Penggunaan Peralatan dan Mesin 47

4.2 Peratusan Responden Terhadap Aspek Persekitaran Dibengkel

Kejuruteraan 51

4.3 Peratusan Responden Terhadap Aspek Senggaraan 54

4.4 Peratusan Responden Terhadap Aspek Sikap 57

4.5 Peratusan Responden Terhadap Aspek Pengalaman 60

4.6 Peratusan Responden Terhadap Aspek Kemahiran Pelajar 63

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

xiii

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PSM - Projek Sarjana Muda

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa

NSP Sistem Pasport Keselamatan

OSHA Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

NIOSH Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Negara.

IPA Induksi Akses Kilang

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang paling pesat berkembang

maju di Asia Tenggara dan ini merupakan impak daripada kesungguhan kerajaan dalam

pembangunan pelbagai industri di negara ini. Negara kini juga telah mencapai tahap

negara perindustrian dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Ini

adalah penting bagi merealisasikan wawasan 2020 negara iaitu menjadi sebuah negara

maju menjelang tahun 2020 kelak. Kini telah menampakkan banyak industri-industri

berkembang dengan pesatnya di negara kita, hasil daripada daya usaha mempromosikan

negara dan segala keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat

luar.

Kepimpinan baru oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi berkata:

“ ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi matlamat negara memerlukan

pembangunan industri berasaskan ilmu seperti sains, bio-teknologi, teknologi maklumat

dan komunikasi(ICT) serta berlandaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

65

sejajar trend ini, corak permintaan untuk tenaga manusia berubah ke arah pekerja

berpendidikan tinggi yang mahir dalam bidang sains dan teknologi, serta mempunyai

kemahiran teknikan tanpa mengabaikan aspek keselamatan pekerja” ( Berita Harian, 23

Dis 2003)

Wawasan 2020 telah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri kita , YAB Tun Dr

Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 di persidangan Pertama Majlis Perdagangan

Malaysia. Dalam teks ucapannya, beliau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020.

Menurut pernyataan Abd Halim Hussin (2004) negara kita sedang menuju ke

arah negara perindustrian, maka sumber tenaga manusia merupakan unsur penting dalam

merealisasikan Wawasan 2020. Hanya dengan melalui kebolehan, kemahiran dan daya

usaha rakyatnya sahaja dapat membawa kepada kemajuan negara.

Bagi menjayakan wawasan dan visi negara, Kementerian Pendidikan memainkan

peranan penting dalam melahirkan pelajar dan pelatih mahupun graduan-graduan mahir

dalam kerjaya di sektor perindustrian di Malaysia. Justeru itu, penubuhan Jabatan

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pendidikan adalah bertepatan

dengan inspirasi visi negara. Penubuhan jabatan ini adalah bertujuan memberi latihan

kepada pelajar-pelajar serta mendedahkan mereka dengan suasana perindustrian. Pihak

sekolah memberi latihan kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan merangkumi

matapelajaran Awam, Mekanikal dan Elektrik. Aspek keselamatan perlulah diberikan

keutamaan dalam menghadapi risiko-risiko kemalangan di industri. Ini bagi menjamin

keselamatan pelajar dan juga memupuk sikap bertangungjawab pelajar terutama setelah

bekerja di sektor industri kelak. Di samping itu, ia dapat juga menerapkan nilai-nilai

murni kepada pelajar dan dapat digunakan apabila bekerja di sektor industri kelak.

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM 4 ribu juta setahun akibat

daripada kemalangan industri (ILO 1994). Anggaran ini telah dibuat oleh Pertubuhan

Buruh Antarabangsa berdasarkan formula pengiraan yang meliputi semua kos langsung

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

66

dan tidak langsung. Kemalangan industri amat serius di mana lebih 89,049 kemalangan

dilaporkan dan melibatkan kehilangan 1402 nyawa pada tahun 1997. Ia melibatkan

bayaran sebanyak RM 313.3 juta oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pada tahun 1998 pula terdapat 88,398 kemalangan telah dilaporkan dan sebanyak 1046

nyawa telah terkorban dan bayaran pampasan sebanyak RM 381.7 juta (SOCSO and

Labour Department Dec 2002).

Lantaran itu, kerajaan telah mewartakan Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (514) 1994 (OSHA 94) menyatakan rangka kerja untuk memperkenalkan

kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan :

“Pendedahan dan pengenalan kepada keselamatan, kesedaran,

merangsang dan memantapkan keberkesanan pengurusan keselamatan dan

oraganisasi”

(OSHA presentation by En Abdul Rahman Dalip, Presiden Persatuan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 8 Feb 2003).

Lantaran itu, aspek keselamatan haruslah diberi perhatian yang serius oleh semua

pihak dalam menghadapi risiko kemalangan. Dengan itu, kita haruslah memupuk budaya

menitikberatkan keselamatan kepada individu bermula dari alam persekolahan lagi.

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan

para pelajarnya terutamanya semasa menggunakan bengkel-bengkel di sekolah.

Penerapan amalan ini harus dimulakan pada alam persekolahan lagi kerana bak kata

pepatah “jika melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.

Pada dasarnya keselamatan dapat diawasi sekiranya pencegahan terhadap

kemalangan atau keadaan merbahaya dapat dikawal. Ir Daud Sulaiman telah menyatakan

bahawa :

“Pembelajaran dari kesilapan seseorang mudah dipelajari tetapi elakkan

pembelajaran daripada berlakunya kecelakaan.”

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

67

(Accident at work, Depatment of Occupational Safety and Health, Johor. Dec 2002)

1.2 Latarbelakang kajian

Sejak akhir-akhir ini, telah banyak kejadian kemalangan industri berlaku.

Kejadian ini amatlah merugikan negara. Hampir RM 4 ribu juta setahun dibayar sebagai

pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa akibat daripada kemalangan industri ini,

(SOCSO and Labour Department, 2002).

Kejadian letupan gas di Terengganu berlaku pada tahun 2002 disebabkan

kesilapan kemanusian, di mana kontraktor telah membuka saluran paip yang salah ketika

pembersihan logi. Kejadian ini telah mengakibatkan kematian 3 orang pekerja terbakar

akibat letupan itu. Setelah dianalisis oleh pihak yang berkuasa, didapati kemalangan ini

adalah merupakan kesilapan pengurusan yang mengabaikan sistem keselamatan di

tempat kerja (MSOSH 2002).

Impak daripada kemalangan tersebut, telah mengakibatkan kerugian bagi pihak

industri dari aspek kehilangan harta benda, pengeluaran, kehilangan nyawa dan juga

mencemarkan alam sekitar. Lantaran itu, penerapan pengetahuan di kalangan pekerja

amat penting bagi mempastikan pekerja bekerja dengan situasi yang selamat. Pekerja

juga harus mempunyai kemahiran asas terutamanya bagi mengelakkan berlakunya

kemalangan-kemalangan yang serius. Pihak pengurusan industri perlu memikirkan

langkah-langkah mengutamakan bekerja yang selamat termasuk melakukan

penyenggaraan peralatan dan mesin secara berjadual bagi menghidarkan risiko yang

tidak di ingini.

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

68

Kecuaian merupakan salah satu faktor utama berlakunya kejadian kemalangan.

Kecuaian seorang guru dari segi keselamatan semasa membaik-pulih kipas di sekolah

Menengah Teknik Melaka telah menyebabkan kemalangan pada dirinya sendiri di mana

seorang pelajar telah membuka suis. Menyebabkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Guru tersebut mendapat renjatan elektrik dan dalam keadaan lumpuh (Utusan Malaysia,

2000).

1.3 Pernyataan Masalah

Amalan keselamatan semasa menggunakan peralatan-peralatan di bengkel perlu

diberi perhatian yang serius dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan

risiko kemalangan. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam

menjalankan kerja-kerja amali yang menyebabkan berlakunya risiko kemalangan.

Dengan itu, pengkaji ingin mengkaji kesedaran amalan keselamatan penggunaan

peralatan dan mesin di kalangan pelajar yang menjalankan kerja-kerja amali Teknologi

Kejuruteraan di Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat. Kajian ini merangkumi

pengetahuan asas pelajar, tahap persekitaran bengkel, kaedah senggaraan peralatan dan

mesin, asas kemahiran penggunaan alatan dan mesin, pengalaman pelajar dan sikap

pelajar semasa menjalankan amali di bengkel

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

69

1.4 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai

kesedaran amalan keselamatan pelajar terhadap penggunaan peralatan dan mesin di

bengkel Teknologi Kejuruteraan. Persoalan yang dikaitkan dalam kajian ini adalah:

1. Adakah para pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan

peralatan dan mesin di bengkel Teknologi Kejuruteraan ?

2. Adakah tahap persekitaran di bengkel Teknologi Kejuruteraan

membolehkan pelajar menjalankan kerja-kerja amali dengan selamat ?

3. Adakah kaedah senggaraan peralatan dan mesin dilakukan oleh pelajar

sebelum dan selepas menggunakannya ?

4. Adakah pelajar mengamalkan sikap yang positif semasa menjalankan

kerja-kerja amali ?

5. Adakah para pelajar mempunyai pengalaman dalam menggunakan

peralatan dan mesin ?

6. Adakah para pelajar mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan mesin

dan peralatan di bengkel Teknologi Kejuruteraan ?

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi

70

1.5 Objektif Kajian

Bilangan kemalangan di sektor industri makin bertambah dari tahun ke

setahun, kejadian ini seolah-olah menggambarkan amat kurangnya amalan

keselamatan yang dijalankan di tempat kerja. Pihak PERKESO telah membayar

pampasan berjuta ringgit setahun bagi menanggung segala kos kemalangan yang

terjadi. Lantas daripada itu, penerapan nilai-nilai yang menitik beratkan

keselamatan haruslah diberikan kepada individu semasa mereka masih

bersekolah lagi. Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenalpasti pengetahuan asas pelajar dalam menggunakan peralatan

dan mesin di bengkel

2. Mengenalpasti tahap persekitaran dari aspek keselamatan yang di adakan

di bengkel teknologi kejuruteraan.

3. Mengenalpasti kaedah senggaraan peralatan dan mesin yang dijalankan

oleh pelajar.

4. Menenalpasti sikap pelajar semasa menjalankan amali di bengkel

teknologi kejuruteraan (TK).

5. Mengenalpasti pengalaman pelajar dalam menggunakan peralatan dan

mesin di bengkel

6. Mengenalpasti asas kemahiran penggunaan mesin dan peralatan di

bengkel di kalangan para pelajar.