psz 19:16 (pind - fp.utm.my · pdf file4. **sila tandakan ( ) sulit ... kimia tingkatan empat...

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) KIMIA TINGKATAN EMPAT : ASID DAN BES SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NOOR HANIZAH BINTI ARIFFIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: SMD 52, KG SG MUDA DARAT, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH 83610 SEMERAH, Nama Penyelia BATU PAHAT, JOHOR Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

Upload: buinga

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI (MPK) KIMIA TINGKATAN EMPAT : ASID DAN BES

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NOOR HANIZAH BINTI ARIFFIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

SMD 52, KG SG MUDA DARAT, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

83610 SEMERAH, Nama Penyelia

BATU PAHAT,

JOHOR

Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : .....................................................................

Nama Penyelia : EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

Tarikh : 20 APRIL 2009

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

(MPK) KIMIA TINGKATAN EMPAT : ASID DAN BES

NOOR HANIZAH BINTI ARIFFIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………...

Nama Penulis : NOOR HANIZAH BINTI ARIFFIN

Tarikh : 20 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Sekalung Al-Fatihah buat Allahyarham Ariffin Bin Sujat @ Sujak.....

Walaupun dirimu tiada di sisi ini, tapi kasihmu ayah sentiasa di hati.

Istimewa buat ibunda tercinta Kalsom Bt Manap.......

segala pengorbananmu amat anakanda sanjungi dan hargai.

Doa restumu, nasihat juga bimbinganmu menjadi panduan dan azimatku

dalam menempuh ranjau perjalanan hidup ini.......

Buat abang-abang yang ku sayang, Abdul Rahim dan Abdul Azim.......

Sokongan dan nasihat kalian tersemadi di hati.....

Suka duka yang dikongsi bersama akan sentiasa kuingati.......

Buat pembimbing yang dikasihi.......

Tunjuk ajar dan jasamu tidak akan kulupakan....

Semoga Tuhan membalas dengan ganjaran yang baik disisiNya kelak....

Buat rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan yang kusayang.....

Segala jasa dan sokongan kalian amat kuhargai,

semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan buat selamanya

dan disulami dengan restu serta keberkatan dari Ilahi......

dan...

kepada semua yang terlibat ......

terima kasih kuucapkan di atas segala bantuan dan dorongan kalian........

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya,

dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana

Muda saya iaitu Encik Shaharuddin Bin Md. Salleh di atas segala dorongan, galakan

tunjuk ajar serta mencurahkan idea bagi menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta yang telah banyak

memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek ini

dijalankan. Sesungguhnya kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak

ternilai harganya.

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan memberi

bantuan. Tidak lupa kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama terlibat

sepanjang pembangunan tesis ini.

Akhir sekali, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih atas segalanya.

v

ABSTRAK

Dewasa ini, buku teks masih merupakan bahan yang penting dalam proses

P&P, namun kesan serta sumbangannya terhadap pelajar masih dipersoalkan.

Justeru, antara langkah penyelesaian yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini

adalah dengan menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) yang mengambil

kira perbezaan individu di kalangan pelajar (Shaharom dan Yap, 1991). Dengan itu,

modul Kimia bersaiz B5 yang ditulis dalam Bahasa Inggeris telah dibangunkan

berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini merangkumi

pembinaan serta penilaian kesesuaian (MPK) Asid dan Bes bagi mata pelajaran

Kimia Tingkatan Empat yang terdiri daripada empat submodul iaitu Submodul 1 :

Characteristics of Acids and Bases, Submodul 2 : The Strength of Acid and Base,

Submodul 3 : Concentrations of Acids and Alkali dan Submodul 4 : Neutralization.

Pendekatan yang digunakan dalam modul ini adalah Pembelajaran Masteri dan

model yang digunakan ialah Model Teras-Cabang Shaharom berpandukan Model

Pembinaan Modul Sidek sebagai model reka bentuk. MPK yang dibina, dinilai

kesesuaiannya oleh guru mata pelajaran Kimia melalui Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) dengan menggunakan Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994) di mana kebolehpercayaan soal

selidik tersebut adalah 0.88 dengan min dan sisihan min masing-masing 94.10 dan

7.99. Seramai lima orang guru terlibat dalam PFSS untuk mengesahkan isi

kandungan dan seorang guru Bahasa Inggeris terlibat untuk menilai laras bahasa

yang digunakan dalam modul. Kajian rintis juga dilakukan terhadap pelajar

tingkatan empat yang mengambil subjek Kimia. Data yang diperolehi dianalisis

secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS dalam bentuk min, sisihan

min, maksimum dan minimum. Hasil kajian mendapati status MPK yang dibina

adalah sesuai pada peringkat PFSS dan juga kajian rintis.

vi

ABSTRACT

Nowadays, text books still as an important learning material in teaching and

learning process, however effect and contribution it to the students till arguing.

Thus, as a suit step to overcome this is by using self-learning module which is care

about the individual difference (Shaharom dan Yap, 1991). So that, a Chemistry

module with B5 size was developed in English based on syllabus of Ministry of

Education. This research consists of development and fitting evaluation of self-

learning module. This Acid and Bases module contains of 4 sub modules which are

Characteristics of Acids and Bases, The Strength of Acid and Base, Concentrations

of Acids and Alkali as well as Neutralization. Mastery learning approach was used

to develop this module based on Model Teras Cabang Shaharom and guided by

Model of Sidek Module Development. This module evaluated by five chemistry

teachers through One to One Formative Evaluation to affirm the contents of this

module by using Questionnaire of Applicable for Self-Learning Module

(Teacher)(Shaharom,1994). The reliability of the questionnaire is 0.88 with mean

and standard deviation 94.10 and 7.99 respectively. An English teacher also

evaluates the language used in this module. Pilot study was conducted to the form

four students that take Chemistry subject. Data collected were analyzed by

descriptive statistic using SPSS software in form of mean, standard deviation,

maximum and minimum. Outcome of this study find that the status of this module is

congruent or fitting in the One to One Formative Evaluation and also in the pilot

study.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI RAJAH xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rangka Kerja Konsep 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kepentingan Modul kepada Pelajar 7

1.6.2 Kepentingan Modul kepada Guru 8

viii

1.6.3 Kepentingan Modul kepada KPM 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Modul 9

1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri 10

1.8.3 Kimia 10

1.8.4 Pembelajaran Masteri 10

1.9 Penutup 11

2 TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pendekatan Pembelajaran Masteri 12

2.2.1 Aktiviti Pemulihan 14

2.2.2 Aktiviti Pengayaan 15

2.2.2.1 Aktiviti Pengukuhan 16

2.2.2.1 Aktiviti Pengembangan 16

2.3 Kaedah 17

2.3.1 Permainan 17

2.3.2 Mnemonic 19

2.4 Teknik Menyoal 20

2.5 Sejarah Modul 22

2.6 Jenis-jenis Modul 23

2.6.1 Modul Pengajaran 24

2.6.2 Modul Motivasi 24

2.6.3 Modul Latihan 25

2.6.4 Modul Akademik 26

2.7 Modul Pembelajaran Kendiri ( MPK ) 26

2.7.1 Ciri-ciri Modul Pembelajaran

Kendiri (MPK) 27

2.8 Model-model MPK 29

2.8.1 Model Burn 29

2.8.2 Model Klingstedt 31

2.8.3 Model Eijl 32

ix

2.8.4 Model Meyer 33

2.8.5 Model Teras Cabang Shaharom 34

2.9 Rasional Penggunaan Model 37

2.10 Kelebihan MPK 39

2.11 Penutup 41

3 MEREKA BENTUK MODUL

3.1 Pendahuluan 42

3.2 Reka Bentuk Projek 42

3.3 Subjek Kajian 48

3.4 Alat Kajian 48

3.5 Tajuk Modul 49

3.6 Menilai Kemajuan 49

3.7 Penutup 49

4 HASIL PROJEK

4.1 Pengenalan 51

4.2 Penghasilan Modul 52

4.3 Objektif Pembelajaran 54

4.4 Aktiviti Utama 55

4.5 Ujian 57

4.6 Pengukuhan 58

4.7 Menilai Kemajuan 61

4.8 Ujian Kesahan Modul 62

4.9 Penutup 66

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Ringkasan Modul 67

5.3 Perbincangan 70

5.3.1 Strategi Pembelajaran 70

x

5.3.2 Modul Pembelajaran Kendiri 71

5.3.3 Nilai Murni 72

5.3.4 Analisis Ujian Kesahan Modul 72

5.4 Rumusan 75

5.5 Cadangan 76

5.6 Penutup 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 83

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 Model-model Modul Pembelajaran Kendiri

39

Jadual 4.1

Analisis data daripada PFSS oleh guru 64

Jadual 4.2 Statistik deskriptif penilaian oleh pelajar

65

Jadual 5.1

Ringkasan modul 68

Jadual 5.2 Hasil penilaian oleh pelajar 75

xii

SENARAI SINGKATAN

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ABM - Alat Bantu Mengajar

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A SOAL SELIDIK KESESUAIAN MODUL

PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) KIMIA

TINGKATAN EMPAT : ASID DAN BES

(PENILAIAN PAKAR)

83

B SOAL SELIDIK PENILAIAN MODUL

PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) KIMIA

TINGKATAN EMPAT : ASID DAN BES

(PENILAIAN PELAJAR-Kajian Rintis)

87

C SURAT MEMOHON KEBENARAN

MENDAPATKAN MAKLUMAT

89

D AKUAN PENILAIAN PAKAR

(ISI KANDUNGAN)

90

E AKUAN PENILAIAN PAKAR

(BAHASA)

91

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 1.1

Rangka Kerja Konsep 6

Rajah 2.1

Model Teras Cabang Shaharom (1994) 35

Rajah 3.1 Model Pembinaan Modul Sidek (2001)

44

Rajah 4.1

Muka depan MPK Acid and Bases 54

Rajah 4.2

Objektif pembelajaran 55

Rajah 4.3

Ikon Julia dan Prof Dinzly yang berperanan

membetulkan kesilapan yang sering dilakukan

pelajar dalam topik ini.

56

Rajah 4.4 Ikon Didi memberikan kata-kata motivasi.

56

Rajah 4.5

Maklumat tambahan yang berlaku dalam kehidupan

seharian untuk menambahkan pengetahuan pelajar.

56

Rajah 4.6

Maklumat sampingan berkaitan kimia juga

disertakan.

57

xv

RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 4.7

Soalan menguji kefahaman pelajar bagi setiap sub

tajuk.

57

Rajah 4.8

Ujian diagnostik 58

Rajah 4.9

Papan markah ujian diagnostik 58

Rajah 4.10

Aktiviti pemulihan 59

Rajah 4.11

Aktiviti pengayaan 59

Rajah 4.12

Jawapan yang disediakan bagi setiap soalan yang

diajukan.

60

Rajah 4.13

Ruang nota disediakan untuk memudahkan pelajar

mencatat sebarang maklumat.

60

Rajah 4.14 Jadual Pencapaian pelajar mengikut submodul.

61

Rajah 4.15

Graf pencapaian pelajar mengikut submodul. 62

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Aspirasi negara untuk menjadi sebuah masyarakat perindustrian adalah

bergantung kepada sains dan teknologi dengan menjangkakan bahawa kejayaan

dalam menyediakan kualiti pendidikan sains kepada rakyat Malaysia sejak dari awal

usia akan menghasilkan peneraju negara yang berpengetahuan dan bersaing di dalam

arena global. Hal ini membuatkan sistem pendidikan Malaysia memberikan

penekanan yang tinggi terhadap Sains dan Matematik.

Kurikulum sains Malaysia terdiri daripada tiga subjek Sains Teras dan empat

subjek sains Elektif. Sains Teras adalah Sains di peringkat sekolah rendah, Sains di

peringkat sekolah menengah rendah dan Sains di peringkat sekolah menengah atas.

Subjek Sains Elektif pula ditawarkan pada peringkat sekolah menengah atas dan ia

terdiri daripada Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Tambahan (Pusat Pembangunan

Kurikulum, 2004)

Dewasa ini, dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan beserta

usaha untuk mencapai Wawasan 2020, sistem pendidikan negara turut mendapat

kesannya dan terus berkembang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

2

emosi, rohani dan intelek (JERI). Maka dengan ini adalah sepatutnya sistem

pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, untuk mencapai hasrat yang dicitakan, terdapat pelbagai

aspek dalam bidang pendidikan yang perlu dirombak secara berperingkat dan di

antaranya ialah pembaharuan di dalam bidang kurikulum. Ini memberi kesan

terhadap mata pelajaran Kimia Tingkatan Empat dan seterusnya turut mendatangkan

kesan terhadap penulisan buku teks.

Buku teks masih merupakan bahan yang penting dan luas digunakan oleh

para pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Namun

begitu, fungsi buku teks masih lagi menimbulkan banyak persoalan terutamanya

mengenai keberkesanannya terhadap proses pembelajaran para pelajar (Norliana

Hashim dan Shaharom Noordin, 2005). Oleh yang demikian, persoalannya, sejauh

manakah keberkesanan bahan-bahan P&P yang digunakan oleh para guru dan para

pelajar itu bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan menekankan penglibatan serta

membina pemikiran pelajar?

Buku teks adalah penting dari segi proses P&P, namun kesan serta

sumbangannya terhadap pencapaian para pelajar masih dipersoalkan. Maka langkah

bijak haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Antara langkah penyelesaian

yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan ini adalah dengan

menggunakan modul pengajaran kendiri (MPK) yang mengambil kira perbezaan

individu di kalangan para pelajar di mana mereka boleh belajar mengikut tahap

kebolehan masing-masing yang tersendiri serta memilih cara pembelajaran yang

paling sesuai untuk diri mereka (Shaharom dan Yap, 1991).

Hal ini disokong oleh Syuhada Choo Abdullah (1995) dengan cadangannya

dalam Seminar Kurikulum Kebangsaan 1995 supaya kurikulum di peringkat

menengah atas sepatutnya bercorak modular supaya Kurikulum Sains dapat

dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi pesat.

Selain itu, pelajar juga mengakui faktor-faktor selain daripada buku teks turut

memberi sumbangan terhadap prestasi akademik mereka (Abdul Shukor Abdullah

dan Yunus Muhamad, 1990 dalam Salfarina Sani, 2004). Ini termasuklah

3

penggunaan bahan-bahan pembelajaran lain seperti Modul Pembelajaran Kendiri

(MPK).

Tambahan pula, pentadbiran sekolah tidak menyekat guru-guru daripada

melakukan percubaan dalam pelaksanaan kurikulum. Latihan dalaman diadakan,

misalnya dalam bidang penulisan modul “self-instructional” (Pukal Latihan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 1990). Berdasarkan kenyataan-kenyataan

tersebut, jelas menunjukkan bahawa banyak pihak yang menyokong pembinaan dan

penggunaan modul dalam proses P&P atau lebih dikenali sebagai MPK.

1.2 Latar Belakang Masalah

Subjek Kimia merupakan salah satu subjek Sains Elektif dalam peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi menghadapi peperiksaan awam yang besar dan

peperiksaan yang boleh dikatakan peperiksaan yang menentukan masa hadapan

seseorang, pelajar seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental. Segala persiapan

perlu dilakukan dari awal. Mengetahui topik-topik penting dalam satu-satu mata

pelajaran, membaca, membuat latihan dan melakukan aktiviti amali adalah antara

persiapan yang perlu diatur dan dirapi oleh pelajar.

Walaupun subjek Kimia KBSM tingkatan empat mempunyai buku teks yang

disediakan oleh pihak KPM, tetapi pelajar dan guru seharusnya menggunakan

sumber lain untuk dijadikan sebagai rujukan dan bahan untuk proses P&P. Memang

benar saban hari kewujudan buku rujukan yang berada di pasaran semakin

bertambah. Namun, adakah isi kandungannya menepati piawaian yang telah

ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan memenuhi

sukatan pelajaran? Kewujudan buku-buku rujukan yang berbentuk nota padat yang

diterbitkan oleh beberapa penerbit hanya menekankan aspek pengetahuan semata-

mata dan amat kurang menekankan konsep berfikir dan strategi berfikir serta nilai

murni dalam persembahan isi pembelajarannya (Abdul Razak Mohd Zain, 2001

dalam Salfarina Sani, 2004). Oleh itu, ia memberi kesan yang tidak optimum dalam

proses pembelajaran pelajar

4

Menurut Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005), para pelajar

mempunyai tahap keupayaan dan kebolehan yang berbeza terutama dari segi

pembelajaran dengan pelajar lain. Aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan

misalnya jarang sekali terdapat dalam buku-buku rujukan di pasaran (Salfarina Sani,

2004). Ini membuktikan unsur ini tidak dititikberatkan sedangkan ia merupakan

aspek penting yang harus diambil kira dalam proses pembelajaran para pelajar.

Jika dilihat dari segi format peperiksaan pula, pelajar akan menjawab soalan

objektif dan bertulis. Ini bermakna pelajar memerlukan pembacaan yang lebih.

Situasi yang sering berlaku di sekolah ialah guru akan mengajar berdasarkan CD

Courseware dari KPM (Asmalinda, 2008). Nota dan juga latihan dari sumber yang

sama. Pelajar pula bergantung kepada guru untuk nota. Ini adalah satu pembaziran

masa kerana subjek ini hanya mengambil masa 4 masa seminggu. Hasrat KPM

adalah untuk melahirkan pelajar yang boleh menjadi tenaga kerja bagi menghadapi

cabaran ekonomi global masa kini. Namun dengan situasi ini mungkin hasrat

tersebut sukar untuk dicapai.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauhmana Penilaian

Formatif guru ke atas MPK yang dibina bagi topik Acid and Bases dalam subjek

Kimia KBSM Tingkatan Empat sesuai digunakan sebagai bahan P&P di sekolah

menengah pada peringkat Tingkatan Empat.

Jumlah pelajar yang ramai menjadikan guru sukar untuk menilai pencapaian

setiap pelajar. Hal ini memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan untuk

setiap pelajar mampu mengikuti proses P&P dengan baik. Seperti yang diketahui,

kecerdasan dan kebolehan setiap pelajar adalah berbeza. Salah satu cara untuk

mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan modul sebagai bahan

pembelajaran (Asmalinda, 2008). Oleh yang demikian, diharap dengan penggunaan

modul ini akan meningkatkan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar kerana

5

pelajar bebas belajar mengikut kemampuan mereka. Selain dari itu, secara tidak

langsung motivasi pelajar juga akan turut meningkat.

Justeru itu, idea membangunkan MPK ini diharap dapat membantu guru

mempelbagaikan kaedah P&P serta memudahkan guru ketika proses P&P. Ini

kerana setiap pelajar mempunyai MPK ini dan dengan itu proses P&P dapat berjalan

dengan lancar dan tidak membazir masa. Selain itu, dengan menggunakan MPK

akan dapat meningkatkan pembelajaran kendiri pelajar. Tambahan pula, MPK ini

boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa batasan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :-

i) membangunkan MPK bagi tajuk ”Acid and Bases” yang terdiri

daripada empat submodul iaitu (Submodul 1 : Characteristic Acid and

Bases, Submodul 2 : The Strength of Acid and Alkalis , Submodul 3 :

Concentrations of Acids and Alkalis, Submodul 4 : Neutralisation)

dalam subjek Kimia tingkatan Empat mengikut Huraian Sukatan

Pelajaran Kimia (HSP) KBSM Tingkatan Empat dengan

menggunakan pendekatan Pembelajaran Masteri.

ii) menilai kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar Tingkatan Empat

sama ada ia memenuhi keperluan HSP Kimia Tingkatan Empat

melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).