perbandingan anggaran awal projek pada pelbagai … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07)...

80
PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA TENDER NURUL FAZREENA BINTI ZOL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Sep-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI

PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA TENDER

NURUL FAZREENA BINTI ZOL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : NURUL FAZREENA BINTI ZOL

Tarikh lahir : 31 JULAI 1995

Judul :

PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA

PELBAGAI PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA

TENDER

Sesi Akademik : 2017/2018

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan

sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA

(950731-13-6374) PM Sr. ABDUL WAHID KAMARULZAMAN

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

/

Page 3: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada saya/kami*

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”

Tandatangan : ...............................................................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Sr. Abdul Wahid bin Kamarulzaman

Tarikh : ...............................................................................

Tandatangan : ...............................................................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Sr. Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed

Tarikh : ...............................................................................

*Potong yang tidak berkenaan

Page 4: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI

PERINGKAT PRA-KONTRAK DENGAN HARGA TENDER

NURUL FAZREENA BINTI ZOL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2018

Page 5: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Perbandingan Anggaran Awal Projek Pada Pelbagai

Peringkat Pra-kontrak Dengan Harga Tender” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ......................................................................

Nama : NURUL FAZREENA BINTI ZOL

Tarikh : MEI 2018

Page 6: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

iii

DEDIKASI

Dedicated to;

My beloved parents and siblings;

Respected supervisor;

Norihaini Mamat;

Nuruljannah;

Nurhasyima;

Nor Idayu;

Nurin Adlina;

Friends of 4SBEC and 4SBEQ

Do what you love and don’t give up,

Mutter up your strength and give it all,

It’s in your blood.

(Z, 2018)

Page 7: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

iv

PENGHARGAAN

Terima kasih Allah, kerana dengan izin-Nya saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dengan sempurna;

Terima kasih kepada Penyelia, Prof. Madya Sr. Abdul Wahid bin Kamarulzaman,

atas nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses penyiapan penulisan kajian

ini;

Terima kasih buat responden, firma-firma juruukur bahan yang sudi memberikan

kerjasama dan membantu dalam pengumpulan data bagi kajian ini;

Terima kasih buat keluarga serta rakan-rakan, dengan doa, sokongan serta dorongan

kalian saya berjaya menyiapkan kajian ini;

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak untuk segalanya.

Page 8: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

v

ABSTRAK

Anggaran awal yang tepat penting di peringkat awal projek bagi memberikan

gambaran awal tentang harga kos pembinaan sebelum proses tender bermula.

Ketepatan anggaran awal dititikberatkan dalam pengurusan projek bagi mengelakkan

masalah seperti ketidakcukupan kos ataupun lebihan kos. Kajian ini dijalankan bagi

mengetahui perbezaan peratusan anggaran awal projek pada peringkat pra-kontrak

yang berbeza dengan harga tender serta pola ketepatan anggaran awal. Dokumen

anggaran awal kos, cabutan butir-butir permulaan dan cabutan butir-butir tender bagi

15 projek yang diperolehi daripada firma ukur bahan di sekitar Kuala Lumpur dan

Johor dianalisa. Data yang diperolehi dianalisa dengan mengira purata perbezaan

peratusan anggaran, sisihan piawaian dan variasi bagi mengukur perbezaan peratusan

dan mendapatkan ketepatan anggaran. Berdasarkan kepada pengiraan purata

perbezaan anggaran, terdapat perbezaan dalam anggaran awal daripada peringkat 9

bulan sebelum tarikh tender sehingga menghampiri tarikh tender sebenar. Perbezaan

pada setiap 3 bulan menunjukkan penurunan daripada 11.72% (9 bulan) kepada

11.10% (6 bulan) dan 8.65% (3 bulan) sebelum tarikh tender sebenar. Pengiraan

sisihan piawaian dan variasi juga menunjukkan penurunan dengan nilai diantara

8.25% ke 14.67% dan 0.68% ke 2.15%. Berdasarkan kepada perbezaan peratusan

anggaran dengan harga tender sebenar yang semakin berkurangan apabila

menghampiri tarikh tender dapat membuktikan bahawa ketepatan anggaran

meningkat apabila menghampiri tarikh tender.

Page 9: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

vi

ABSTRACT

An accurate estimate is essential in the early stages of the project to give a big

picture on the construction cost before the tender process begins. The accuracy of

preliminary estimates is being emphasized in project management to avoid problems

such as cost overruns. This study is conducted to find out the difference between the

preliminary estimates of the project at the pre-contract stage with the tender price and

the accuracy pattern of preliminary estimates. Cost estimates, Preliminary Detailed

Abstract (PDA) and As Tendered Detailed Abstract (ATDA) for 15 projects were

obtained from Quantity Surveyor firms in Kuala Lumpur and Johor. The data

obtained were analyzed by calculating the estimate bias, standard deviation and

variation to measure the percentage difference and observe the pattern of accuracy

for estimates. Based on the calculation of estimate bias, there is a difference in the

preliminary estimates from the 9th month before the tender date to the actual tender

date. The difference in every 3 months showed a decrease from 11.72% (9th

months) to 11.10% (6th months) and 8.65% (3th months) before the actual tender

date. Computation of standard deviation and variation also showed a decrease of

value between 8.25% to 14.67% and 0.68% to 2.15%. Based on the values of

estimate bias, the decrease of values when approaching the tender date proves that

the accuracy of estimation increases when approaching the tender date.

Page 10: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Isu Kajian 2

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Struktur Laporan Penyelidikan 6

2 KAJIAN LITERATUR 8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Pelan Rangka Projek 8

Page 11: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

viii

2.2.1 Peringkat Pra-Kontrak 10

2.3 Anggaran Kos 12

2.3.1 Definisi Anggaran Kos 12

2.3.2 Tujuan Anggaran Kos 13

2.3.3 Jenis Anggaran Kos 14

2.3.4 Kaedah Anggaran Kos 16

2.4 Perancangan dan Kawalan Kos oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) 21

2.4.1 Prosedur Kawalan Kos 21

2.4.2 Jenis – Jenis Pelan Kos 23

2.4.3 Kaedah Anggaran Kos Awalan 26

2.5 Ketepatan 28

2.5.1 Mengukur Ketepatan Anggaran 28

2.5.2 Faktor Ketepatan Anggaran 32

3 METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Proses Kajian 39

3.3 Reka bentuk Kajian 41

3.4 Instrumen Kajian 41

3.5 Sampel Kajian 42

3.6 Penganalisaan Data 42

4 ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Data 46

4.2.1 Objektif Pertama 48

4.2.2 Objektif Kedua 50

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Kesimpulan dan Pencapaian Objektif 53

5.2.1 Objektif Pertama 54

5.2.2 Objektif Kedua 55

5.3 Masalah dan Kekangan yang Dihadapi Dalam Menjalankan Kajian 57

Page 12: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

ix

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 58

RUJUKAN 59

LAMPIRAN 62

Page 13: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

x

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

2. 1 Unit Bangunan mengikut Jenis Bangunan 18

2. 2 Ringkasan Kajian-kajian Lepas 29

2. 3 Pengkelasan Matrik Anggaran Kos 31

2. 4 Senarai Pendek Faktor-faktor Ketepatan Anggaran 33

4. 1 Ringkasan Perbezaan Peratusan Anggaran Awal denganHarga Tender 47

4. 2 Purata Perbezaan Peratusan Anggaran dengan Harga Tender 49

4. 3 Peratusan perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi 50

Page 14: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

xi

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA

RAJAH SURAT

2. 1 Pelan Rangka Projek Royal Institute of British Architects (RIBA) 9

2. 2 Perkembangan Kaedah Anggaran Kos 17

2. 3 Kaedah Anggaran Kos 18

2. 4 Elemen Bangunan 22

2. 5 Faktor dalam Menganggar Kos 23

2. 6 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Permulaan 24

2. 7 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Tender 25

2. 8 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir seperti yang Disiapkan 26

2. 9 Kaedah Anggaran Kos Awalan JKR 27

2. 10 Kategori Faktor Ketepatan Anggaran 32

3. 1 Carta Aliran Kajian 40

Page 15: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

xii

SENARAI SINGKATAN

CITP - Construction Industry Transformation Programme

JKR - Jabatan Kerja Raya

RIBA - Royal Institute of British Architects

CKUB - Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

ECA - Elemental Cost Analysis

PDA - Preliminary Detailed Abstract

ATDA - As Tendered Detailed Abstract

ACDA - As Completed Detailed Abstract

Page 16: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Pengumpulan Data 63

Page 17: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Menurut Yang Berhormat Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin,

Timbalan Menteri Kerja Jaya dalam ucapan perasmian beliau sempena Seminar

Construction Industry Transformation Programme (CITP) Negeri Kelantan pada 9

Mei 2017, industri pembinaan merupakan salah satu penyumbang utama dalam

pembangunan ekonomi Malaysia (Sempena Seminar CITP, 2017). Pertumbuhan

industri pembinaan pada tahun 2017 dijangka berkembang lapan peratus kepada

RM170 bilion disebabkan faktor pembinaan projek-projek mega sedia ada dan

jangkaan pertumbuhan ekonomi yang positif (“Sektor Pembinaan dijangka

Berkembang 8 Peratus”, 2017).

Pertumbuhan dalam industri pembinaan ini juga dapat dipertingkatkan

dengan mengambil kira aspek pengurusan projek dari peringkat awal perancangan

projek iaitu di peringkat pra-kontrak sehingga peringkat penyiapan projek.

Alumbugu et. al. (2014) menyatakan kadar kejayaan sesuatu projek bergantung

kepada tahap ketepatan sesuatu anggaran yang dibuat. Kejayaan atau kegagalan

Page 18: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

2

sesuatu projek bergantung kepada ketepatan beberapa anggaran yang telah dilakukan

sepanjang projek tersebut dijalankan (Ahuja, Dozzi dan Abou Rizk, 1994 ; Enshassi,

Mohamed dan Abdel-Hadi,2013).

Anggaran yang dilakukan pada peringkat awal boleh memberikan gambaran

awal tentang harga kos pembinaan semasa proses tender sehingga proses memeterai

kontrak yang akan menghasilkan harga kontrak yang ditetapkan dan dipersetujui oleh

klien dan kontraktor. Kegagalan untuk membuat anggaran kos awalan dengan tepat

menyebabkan masalah berkaitan dengan kelewatan kerja dari tarikh yang ditetapkan

dan lebihan kos meningkat (Alumbugu et. al., 2014). Menurut Jumas, Mohd-Rahim

dan Zainon (2016) isu berkaitan dengan kos akan timbul sekiranya anggaran awal di

peringkat pra-kontrak berada pada tahap kualiti yang rendah.

1.2 Penyataan Isu Kajian

Kepentingan dalam membuat anggaran yang tepat di peringkat awal sesuatu

projek tidak dapat dinafikan. Ketepatan anggaran awal kos merupakan salah satu

kebimbangan yang paling dititikberatkan dalam pengurusan projek diperingkat awal

dan merupakan perkara yang diberikan perhatian secara teliti sejak 35 tahun yang

lalu (Trost & Oberlender, 2003).

Analisa berkaitan dengan hubungan antara anggaran awalan dengan harga

kontrak asal dalam industri pembinaan merupakan isu yang sudah lama

dibincangkan. Oseghale dan Wahab (2014) telah menggunakan kaedah analisa

hubungan antara anggaran awalan, harga tender dan akaun muktamad dalam

meramal ketepatan kos pada peringkat akaun muktamad. Kajian ini telah

membuktikan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara anggaran awalan, harga

Page 19: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

3

tender dan akaun muktamad dalam sesebuah projek dengan purata peratusan antara

kos di peringkat akaun muktamad dengan harga tender sebanyak 21.08% manakala

purata peratusan bagi harga tender ialah 109.87% lebih tinggi berbanding anggaran

awal.

Di Malaysia, kajian mengenai anggaran kos awalan kurang popular jika

dibandingkan dengan negara luar yang sedang membangun. Antara kajian yang

berkaitan dengan anggaran kos awalan oleh Kiew (2009) berkenaan dengan

ketepatan anggaran kos pra-tender bangunan yang skopnya telah tertumpu kepada

projek bangunan yang terdapat di negeri Sarawak. Selain itu, kajian yang melibatkan

Jabatan Kerja Raya (JKR) tertumpu kepada faktor yang mempengaruhi ketepatan

anggaran (Azman, 2012).

Beberapa kajian lepas telah mengkaji faktor yang mempengaruhi ketepatan

anggaran awal kos. Menurut Oladokun et. al. (2011) perbandingan anggaran awal

kos dengan harga kontrak menunjukkan bahawa ketepatan anggaran awal kos yang

disediakan oleh firma juruukur bahan dipengaruhi oleh saiz projek dan sektor yang

terlibat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Aibinu dan Pasco (2008) dan

Azman (2012), terdapat beberapa persamaan faktor ketepatan yang dibahaskan.

Antaranya ialah nilai projek, jenis projek, intensiti harga dan lokasi projek.

Enshassi et. al. (2013) membuat kajian perintis berkaitan dengan faktor yang

mempengaruhi ketepatan anggaran dengan menganalisa 85 faktor ketepatan

berdasarkan dua belas (12) kajian yang terdahulu. Daripada 85 faktor yang dianalisa,

hanya 64 faktor ketepatan yang diambil kira dan dikategorikan dalam lima (5)

kumpulan faktor yang utama. Faktor-faktor yang utama ini adalah pihak klien, pihak

firma, ciri-projek, keperluan kontrak dan perolehan, faktor luaran serta keadaan

pasaran. Dengan mengetahui faktor-faktor yang sering mempengaruhi ketepatan

anggaran, pihak juruukur bahan dapat meningkatkan ketepatan dalam anggaran awal

dan mengelakkan berlakunya kesilapan dalam anggaran.

Page 20: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

4

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas hanya tertumpu kepada ketepatan

anggaran kos pra-tender dengan harga tender dan faktor ketepatan anggaran awal

projek. Namun, pada peringkat pra-kontrak iaitu sebelum proses tender, beberapa

anggaran kos akan dibuat. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap ketepatan

anggaran awal projek pada peringkat yang berbeza berbanding dengan harga kontrak

asal. Hipotesis bagi kajian ini adalah ketepatan anggaran awal projek meningkat

apabila anggaran dibuat menghampiri tarikh tender.

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah; -

1. Berapakah peratusan perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-

kontrak yang berbeza berbanding dengan harga kontrak asal?

2. Apakah pola ketepatan anggaran awal projek?

Page 21: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

5

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk: -

1. Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-

kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender;

2. Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek.

1.5 Skop Kajian

Bagi kajian ini, skop ditumpukan kepada projek-projek pembinaan bangunan

yang diuruskan oleh firma perunding ukur bahan berdaftar. Firma yang dipilih

merupakan firma di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perbezaan peratusan anggaran awal

pada peringkat pra-kontrak serta sejauh mana ketepatan anggaran awal tersebut

dilakukan. Kajian ini juga dapat membantu juruukur bahan dalam memperluas

pengetahuan asas tentang anggaran awal kos pada peringkat pra-kontrak.

Page 22: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

6

Dengan meneliti perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender

sebenar serta faktor-faktor yang mempengaruhi anggaran awal dengan lebih

terperinci, pihak juruukur bahan dapat membuat perancangan awal dalam merancang

dan mengawal kos sesuatu projek dengan ketepatan harga kontrak yang bersesuaian.

1.7 Struktur Laporan Penyelidikan

i. BAB 1 – Pengenalan

Mengandungi pengenalan mengenai kajian yang dijalankan, persoalan

kajian, objektif kajian, skop kajian dan metodologi kajian.

ii. BAB 2 – Kajian Literatur

Merangkumi kajian literatur mengenai pelan rangka projek yang

bertumpu kepada peringkat pra-kontrak, anggaran awal dan ketepatan

anggaran awal.

iii. BAB 3 – Metodologi Kajian

Meliputi kaedah metodologi yang digunakan bagi mencapai objektif

kajian. Proses pengumpulan data serta pendekatan kajian yang digunakan

bagi menepati kehendak objektif dinyatakan.

Page 23: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

7

iv. BAB 4 – Analisis Kajian

Perbincangan mengenai hasil dapatan kajian yang telah dianalisa dan

diproses menjadi maklumat yang boleh dihubungkaitkan dengan objektif

kajian. Analisis bagi kajian ini dibuat dengan menggunakan Microsoft

Excel dan diterjemahkan dalam bentuk jadual. Berdasarkan kepada

jadual yang dibuat, analisa dilakukan bagi mengetahui objektif kajian

tercapai ataupun tidak.

v. BAB 5 – Kesimpulan dan Cadangan

Rumusan kajian berdasarkan analisis kajian dari bab sebelumnya.

Rumusan dan kesimpulan akhir bagi kajian ini dilakukan berdasarkan

kepada analisis yang telah dilakukan. Kesimpulan akan menyatakan

objektif kajian ini tercapai ataupun tidak. Malah, cadangan lanjutan bagi

kajian ini dan kekangan dalam membuat kajian ini turut dinyatakan dalam

bab ini.

Page 24: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang pelan rangka projek pada peringkat pra-

kontrak, definisi dan istilah anggaran, tujuan anggaran awal dilakukan, kaedah atau

teknik dalam membuat anggaran awal serta faktor pemilihan kaedah anggaran awal.

Perlaksanaan anggaran yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan ketepatan

anggaran turut dijelaskan dalam bab ini.

2.2 Pelan Rangka Projek

Pelan rangka projek yang digariskan oleh Royal Institute of British Architects

(RIBA) merupakan piawaian yang diguna pakai bukan sahaja di negara Britain

malah model pelan rangka kerja RIBA ini dijadikan rujukan di serata dunia sebagai

garis panduan bagi proses perlaksanaan reka bentuk bangunan serta pembangunan

Page 25: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

9

projek. Pelan rangka projek RIBA menurut Brian Greenhalgh (2013) pada asalnya

diolah berdasarkan kepada kaedah perolehan tradisional.

Bagi pelan rangka projek RIBA 2013, terdapat lapan (8) peringkat yang

dikategorikan dengan menggunakan kaedah nombor bagi mengelakkan berlakunya

kekeliruan dan salah faham dengan pelan rangka projek RIBA 2007. Pelan rangka

projek ini terdiri daripada Peringkat 0 sehingga Peringkat 7 seperti dalam Rajah 2.1.

Rajah 2. 1 Pelan Rangka Projek Royal Institute of British Architects (RIBA) 2013

(Sumber: RIBA. 2013)

0

Definisi Strategik

1

Penyediaan dan Ringkasan

2

Reka Bentuk Konsep

3

Reka Bentuk Pembangunan

4

Reka Bentuk Teknikal

5

Pembinaan

6

Penyerahan dan Penutupan

7

Penggunaan

PERINGKAT

PRA - KONTRAK

PERINGKAT

POS - KONTRAK

Page 26: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

10

2.2.1 Peringkat Pra-Kontrak

Untuk tujuan kajian ini, penjelasan difokuskan kepada peringkat pra-kontrak.

Peringkat pra-kontrak merangkumi peringkat sebelum pembinaan sesuatu projek

dijalankan. Huraian untuk setiap peringkat pra-kontrak dinyatakan dalam sub-topik

yang seterusnya.

2.2.1.1 Definisi Strategik

Definisi strategik (Strategic Definition) merupakan peringkat 0 dalam RIBA

2013. Peringkat ini merupakan peringkat yang baru diperkenalkan dalam pelan

rangka projek yang dihasilkan oleh RIBA. Walaubagaimanapun, peringkat ini tidak

asing lagi dalam industri pembinaan kerana peringkat ini diekstrak daripada pelan

rangka projek sebelumnya iaitu RIBA 2007 pada peringkat A iaitu peringkat

penilaian.

Pada peringkat ini, projek yang bakal dijalankan akan dinilai terlebih dahulu

sebelum kerangka projek yang lebih tersusun dihasilkan. Penganalisaan strategi akan

dilakukan bagi perlaksanaan pembangunan dengan meneliti maklumbalas daripada

projek-projek terdahulu. Penubuhan pasukan projek (project team) yang

merangkumi pihak-pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek juga

dipertimbangkan pada peringkat ini.

2.2.1.2 Penyediaan dan Ringkasan

Pada peringkat penyediaan dan ringkasan (Preparation and Brief), pihak-

pihak yang terlibat dengan projek perlu mengenal pasti matlamat, tujuan serta

Page 27: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

11

outcome bagi pembangunan sesuatu projek. Projek yang dirangka mestilah mencapai

objektif yang telah ditentukan di peringkat awal perancangan projek. Kajian

kemungkinan dan ulasan tentang maklumat tapak dijalankan di peringkat ini bagi

membuat perancangan dan menentukan projek tersebut bakal memberikan pulangan

yang terbaik kepada klien. Analisa bajet bagi projek yang bakal dilaksanakan juga

dilaksanakan di peringkat ini.

2.2.1.3 Reka Bentuk Konsep

Di peringkat reka bentuk konsep (Concept Design), cadangan lakaran akan

dikeluarkan oleh arkitek. Cadangan lakaran ini merangkumi reka bentuk struktur

bangunan, sistem servis bangunan dan spesifikasi umum yang ditetapkan dalam

projek yang bakal dilaksanakan. Cadangan alternatif turut dipertimbangkan ketika

berada diperingkat ini, bergantung kepada kesesuaian projek bagi memastikan projek

dapat diteruskan. Bahkan, maklumat mengenai anggaran kos awal bagi projek ini

disediakan pada peringkat ini.

2.2.1.4 Reka Bentuk Lengkap

Reka bentuk lengkap (Developed Design) merupakan peringkat 3 dalam

pelan rangka kerja RIBA 2017. Perancangan yang lebih teliti akan dilaksanakan di

peringkat ini bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak klien. Perancangan ini

melibatkan penentuan susun atur, reka bentuk dan kaedah pembinaan yang bakal

dilaksanakan.

Lukisan, pelan dan spesifikasi telah diperincikan di peringkat ini setelah

kelulusan diberikan oleh pihak klien. Perincian yang dilaksanakan merangkumi

susun atur bangunan dan reka bentuk bangunan serta pengiraan kos yang berkaitan.

Page 28: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

12

Anggaran kos akhir juga dikenal pasti pada peringkat ini dan sebarang perubahan

atau pindaan yang dilakukan pada peringkat ini akan menyebabkan pertambahan kos

keseluruhan projek.

2.2.1.5 Reka Bentuk Teknikal

Reka bentuk teknikal (Technical Design) merupakan peringkat 4 dan yang

terakhir bagi peringkat pra-kontrak. Pada peringkat ini, penyediaan maklumat yang

terperinci, lengkap dan tepat dihasilkan. Maklumat yang disediakan akan menjadi

garis panduan kepada pihak kontraktor bagi melaksanakan pembinaan projek

berkenaan.

2.3 Anggaran Kos

2.3.1 Definisi Anggaran Kos

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat (2005),

anggaran bermaksud perkiraan secara kasar. Anggaran didefinisikan sebagai

penilaian secara kuantitatif yang mengaplikasikan ramalan dalam memberi sesuatu

pendapat berkenaan dengan sesuatu perkara (Stewart, 1892; Zafira Nadia M., 2015).

Page 29: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

13

Definisi kos dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat

(2005) merujuk kepada harga yang perlu dibayar bagi menyenggara atau

memperoleh sesuatu. Dalam konteks pembinaan, anggaran kos merujuk kepada

pengiraan perbelanjaan bagi pembinaan sesuatu projek yang bakal dilaksanakan.

Anggaran kos merupakan proses teknikal untuk mengira kos pembinaan menurut

Ahamad Abdullah (2006). Proses teknikal ini dilakukan untuk membuat ramalan kos

pembinaan bagi keseluruhan bangunan atau setiap komponen atau item dalam

sesebuah bangunan atau projek yang bakal dibina.

2.3.2 Tujuan Anggaran Kos

Sepanjang proses reka bentuk dan pembinaan projek, anggaran kos dihasilkan

mengikut peringkat dalam pelan rangka projek. Tujuan anggaran kos berbeza

mengikut peringkat. Perbezaan dalam tujuan untuk menganggar menyebabkan

terdapat perbezaan dalam jenis anggaran dan kaedah anggaran yang digunakan.

Berdasarkan buku Introduction to Estimating for Construction (2013) karya

Brian Greenhalgh, beliau menyatakan secara umum anggaran kos digunakan bagi

tujuan berikut:

a) untuk menghasilkan jangkaan atau target kos projek (anggaran

awalan)

b) untuk dijadikan semakan bagi mengetahui sejauh mana pembangunan

reka bentuk pada peringkat yang berbeza (kos pelan)

c) sebagai kayu ukur dalam menentukan harga tender yang bakal dipilih

semasa bidaan (anggaran pra-tender)

d) sebagai kawalan kos sepanjang proses pembinaan dijalankan

Page 30: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

14

2.3.3 Jenis Anggaran Kos

Anggaran kos dihasilkan berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi

sepanjang proses perancangan dan pembangunan sesuatu projek. Berdasarkan data

dan maklumat yang diperolehi, juruukur bahan boleh membuat anggaran, tafsiran

dan pertimbangan yang sewajarnya. Pengukuran tahap ketepatan anggaran ini

bergantung kepada tujuan dan kaedah anggaran yang dijalankan (Abd. Ghani K.,

2008).

2.3.3.1 Anggaran Kos Awalan

Penghasilan anggaran kos awalan bertujuan untuk membuat penilaian tentang

kewajaran sesuatu projek itu diteruskan. Sekiranya projek itu berjaya memberikan

pulangan pelaburan yang berbaloi kepada klien, had kos yang realistik perlu

dihasilkan. Had kos ini merupakan kos maksimum yang mampu disediakan oleh

pihak klien dalam penyiapan projek.

Maklumat dan data yang diperlukan bagi membuat anggaran kos awalan ini

adalah bergantung kepada individu yang terlibat dalam projek ini. Penyaluran

maklumat yang mencukupi dapat membantu anggaran dibuat dengan lebih tepat.

Antara maklumat yang diperlukan daripada klien untuk membuat ramalan

dan anggaran kos awalan adalah seperti dinyatakan di bawah.

(a) Lokasi tapak

(b) Penyataan mengenai bangunan yang dicadangkan

(c) Penyataan mengenai keluasan lantai kasar

Page 31: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

15

(d) Ringkasan awal bagi reka bentuk projek yang dicadangkan

Bagi arkitek dan jurutera, maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut.

(a) Lakaran reka bentuk yang meliputi pelan lantai, bumbung, sisi dan

keratan.

(b) Jadual keluasan lantai kasar

(c) Minimum ketinggian tingkat bangunan

(d) Spesifikasi dan reka bentuk servis

2.3.3.2 Anggaran Kos Konsep

Perubahan reka bentuk akan berlaku beberapa kali sebelum reka bentuk yang

terakhir dan muktamad dihasilkan. Perubahan reka bentuk ini merujuk kepada

pembetulan dalam reka bentuk yang dihasilkan oleh team reka bentuk. Pembetulan

yang dilakukan akan memberi kesan kepada anggaran kos yang dibuat. Oleh sebab

itu, setiap kali berlakunya perubahan dalam reka bentuk, juruukur bahan akan

membuat semakan dan memperbaiki anggaran kos supaya seiring dengan perubahan

yang dilakukan.

Anggaran kos yang dihasilkan ketika fasa perubahan, pembetulan atau

penambahbaikan reka bentuk ini dinamakan anggaran kos konsep. Kebiasaannya,

anggaran kos konsep ini disediakan dengan menggunakan enam (6) kaedah (Abd.

Ghani K., 2008) seperti berikut:

(a) Kaedah Penilaian Unit

(b) Kaedah Keluasan Lantai

Page 32: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

16

(c) Kaedah Isipadu Bangunan

(d) Kaedah Tutupan Tingkat

(e) Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir

(f) Kaedah Analisis Kos Elemen

2.3.2.3 Anggaran Pra-Tender

Pada peringkat penghasilan anggaran pra-tender iaitu di peringkat terakhir

sebelum proses tender dijalankan, maklumat berkenaan dengan lukisan, spesifikasi

dan skop kerja telah lengkap dan merupakan maklumat yang tetap dan telah

dipersetujui dan disahkan oleh semua pihak yang terlibat. Oleh sebab itu, menurut

Zafira Nadia Maaz (2015) berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Brook

(2004), anggaran pra-tender yang dihasilkan seharusnya mempunyai ketepatan yang

tinggi.

Anggaran ini merupakan anggaran yang menjadi asas kepada pemilihan harga

tender ketika proses pemilihan tender dijalankan. Penerimaan harga tender

berdasarkan anggaran pra-tender ini akan menjadi harga kontrak yang akan

dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak klien dan kontraktor yang berjaya.

Malahan, anggaran ini dijadikan penanda aras dalam meramal kos projek akhir

(Zafira Nadia M., 2015).

2.3.4 Kaedah Anggaran Kos

Sebelum ini, kaedah yang digunakan sekitar tahun 1930-an dikelaskan

kepada enam (6) kaedah yang tidak jauh berbeza dengan kaedah yang digunakan

pada masa kini. Perbezaan yang ketara hanya melibatkan anggaran yang

Page 33: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

17

menggunakan analisa kos elemen (Martin Brook, 2008). Perubahan kaedah

anggaran dinyatakan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2. 2 Perkembangan Kaedah Anggaran Kos (Sumber: Abdullah A., 2006)

Kaedah yang dinyatakan di dalam sub-topik ini melibatkan kaedah anggaran

yang digunakan bagi membuat anggaran kos konsep pada masa kini. Secara

umumnya, kaedah anggaran ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah kadar

tunggal (single-rate method) dan kaedah berbilang kadar (multiple-rate method).

Kaedah kadar tunggal menggunakan satu kadar harga sahaja. Kadar harga ini

lazimnya dalam unit meter persegi. Manakala, bagi kaedah berbilang harga, kadar

harga yang digunakan adalah pelbagai berdasarkan kepada kos elemen yang bakal

dihargakan. Penggunaan kaedah-kaedah ini memerlukan individu yang mempunyai

banyak pengalaman dalam industri pembinaan bagi memastikan anggaran yang

dihasilkan adalah tepat dan wajar.

Kaedah Anggaran tahun 1930-an Per Unit Pengguna Bangunan

Keluasan Lantai Kaki Persegi

Isipadu

Petak Menegak/Mendatar

Kuantiti Kasar

Kuantiti Tepat

Kaedah Anggaran Semasa

Penilaian Unit

Keluasan Lantai

Analisis Kos Elemen

Kuantiti Nilaian Hampir

Senarai Kuantiti

Page 34: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

18

Rajah 2. 3 Kaedah Anggaran Kos (Sumber: Abdullah A., 2006)

2.3.4.1 Kaedah Penilaian Unit

Kaedah ini merupakan antara kaedah yang biasa digunakan pada peringkat

awal projek terutamanya bagi bangunan sekolah ataupun hospital (Martin Brook,

2008). Walaupun anggaran kos menggunakan kaedah ini mudah tetapi anggaran

yang dihasilkan kurang tepat menurut Profesor Abd. Ghani Khalid (2008).

Untuk mendapatkan anggaran kos menggunakan kaedah ini, kadar harga

perlu didarabkan dengan bilangan unit mengikut jenis bangunan yang dicadangkan.

Contoh unit bangunan mengikut jenis bangunan adalah seperti berikut:

Jadual 2. 1 Unit Bangunan mengikut Jenis Bangunan

Jenis Bangunan Unit Piawai

Hospital Bilangan Katil

Kae

dah

Anggar

an K

os Kaedah Kadar Tunggal

Kaedah Penilaian Unit

Kaedah Keluasan Lantai

Kaedah Berbilang Kadar

Kaedah Analisis Kos Elemen

Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir

Page 35: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

19

Sekolah Bilangan Pelajar

Panggung Wayang Bilangan Kerusi

Masjid Bilangan Jemaah

2.3.4.2 Kaedah Keluasan Lantai

Kaedah keluasan lantai merupakan kaedah yang popular diguna pakai dalam

pengiraan anggaran kos. Hal ini disebabkan oleh kaedah pengiraannya yang mudah

difahami, cepat dan hampir tepat.

Pengiraan bagi kaedah ini hanya melibatkan pendaraban keluasan lantai

sesebuah bangunan dengan kadar harga meter persegi bangunan. Harga meter persegi

bangunan diperolehi berdasarkan projek-projek lepas yang mempunyai persamaan

yang sama dari segi saiz, bentuk, bilangan tingkat dan cara pembinaannya.

2.3.4.3 Kaedah Analisis Kos Elemen

Kaedah ini melibatkan penganalisaan kos berdasarkan elemen-elemen yang

terlibat dalam pembinaan dengan mengambil kira kos perbelanjaan bagi setiap

elemen bagi projek yang dicadangkan. Elemen-elemen yang biasanya terlibat dalam

analisis ini termasuklah substruktur, kerangka bangunan dan lantai atas.

Analisis kos bagi setiap elemen ini dihasilkan berdasarkan perolehan data

daripada projek-projek yang telah siap dan penyediaan analisis kos ini dapat

membandingkan kos bagi elemen yang sama tetapi dari projek yang berbeza (Abd.

Ghani K., 2008). Data yang diperoleh daripada analisis kos elemen ini boleh

dijadikan data kos bagi rujukan untuk projek-projek yang akan datang.

Page 36: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

20

2.3.4.4 Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir

Kaedah ini mengambil kira kesemua item yang terdapat dalam bangunan.

Walaupun pengukuran kuantiti ini dibuat secara kasar tetapi kaedah ini lebih baik

jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah yang lain. Bukan sahaja kaedah ini

mengambil kira semua komponen kerja yang diperolehi daripada lukisan, malah

faktor reka bentuk, saiz, ketinggian dan spesifikasi bangunan juga diambil kira.

Setiap kuantiti yang dikira akan didarabkan dengan kadar harga yang sesuai

bagi mendapatkan kos bagi kerja atau komponen tersebut (Ahamad, 2006). Kaedah

ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan penyediaan anggaran kos ini

bergantung kepada maklumat yang diperolehi daripada lukisan dan spesifikasi kerja.

2.3.4.5 Senarai Kuantiti

Menurut Atikah, Anas dan Ahmad Fadzli (2014), senarai kuantiti digunakan

secara meluas dalam sistem perolehan tradisional sebagai satu kaedah membuat

anggaran kos dan dijadikan sebahagian daripada dokumen kontrak. Item-item yang

telah dikira oleh pihak juruukur bahan dikumpulkan mengikut penerangan kerja yang

sama dan disusun dalam satu bentuk dokumen. Dokumen ini akan digunakan untuk

menghargakan tender. Tender yang dihargakan akan dinilai dan harga akan

diselaraskan. Senarai kuantiti juga digunakan sebagai rujukan dalam mengawal

harga kos.

Page 37: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

21

2.4 Perancangan dan Kawalan Kos oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Bagi projek-projek yang diuruskan dan dirancang olek JKR, anggaran awal

disediakan dan dikemukakan kepada Kementerian/Jabatan Pelanggan bersama-sama

dengan reka bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina untuk mendapatkan

kelulusan (Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan – CKUB, 2010). Anggaran awal ini

merupakan jumlah kos yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu projek yang

dirancang. Semakan terhadap amaun wang yang diperlukan akan dilakukan

berdasarkan anggaran awal yang disediakan. Hal ini bagi memastikan kos yang

bakal dibelanjakan tidak melebihi peruntukan yang disediakan.

2.4.1 Prosedur Kawalan Kos

Penyediaan pelan kos bergantung kepada elemen bangunan. Antara elemen

bangunan yang diambil kira adalah substruktur, superstruktur, kemasan, kelengkapan

dan perabot serta kemudahan. Kos bagi setiap elemen ini akan dianggarkan dengan

menggunakan data kos yang telah dikumpulkan berdasarkan analisis kos elemen

(Elemental Cost Analysis – ECA) atau berdasarkan kaedah kuantiti hampir.

Page 38: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

22

Rajah 2. 4 Elemen Bangunan (Sumber: CKUB, 2010)

Bagi menganggar kos setiap elemen ini, faktor-faktor asas seperti reka bentuk

pelan dan bilangan tingkat akan diambil kira dalam pengiraan anggaran kos. Selain

itu, faktor seperti jenis binaan struktur kerangka, struktur bumbung dan pilihan

kemasan turut dititikberatkan dalam menganggar kos.

Elemen Bangunan

Substruktur

Superstruktur

Kemasan Kelengkapan dan perabot

Kemudahan

Page 39: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

23

Rajah 2. 5 Faktor dalam Menganggar Kos (Sumber: CKUB, 2010)

Kos bagi setiap elemen ini akan disemak dan dibandingkan dengan anggaran

yang telah dibuat. Sekiranya kos keseluruhan bangunan melebihi anggaran, reka

bentuk bagi elemen yang dianalisis akan dikaji semula untuk mendapatkan

penjimatan.

2.4.2 Jenis – Jenis Pelan Kos

Pelan kos yang disediakan oleh JKR dilakukan bermula di peringkat

pembinaan sehingga projek siap. Oleh kerana fungsi pelan kos ini disediakan adalah

bagi mengawal kos sesuatu projek, pelan kos ini akan dikemas kini secara

berperingkat mengikut harga tender dan kerja perubahan. Pelan kos untuk projek

JKR adalah seperti berikut:

a) Cabutan Butir-Butir Permulaan (Preliminary Detailed Abstract – PDA)

Faktor dalam

Menganggar Kos

Reka bentuk pelan

Bilangan tingkat

Jenis binaan struktur

kerangka

Struktur bumbung

Pilihan kemasan

Page 40: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

24

b) Cabutan Butir-Butir Tender (As Tendered Detailed Abstract – ATDA)

c) Cabutan Butir-Butir Seperti Yang Disiapkan (As Completed Detailed

Abstract – ACDA)

PDA merupakan anggaran kos awal yang disediakan dengan menggunakan

kaedah unit hasil terakhir atau kuantiti hampir. Anggaran kos bagi sesebuah projek

akan dipecahkan mengikut bahagian. Bahagian pecahan ini adalah seperti

dinyatakan dalam Rajah 2.6 di bawah.

Rajah 2. 6 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Permulaan (Sumber: CKUB,

2010)

ATDA pula disediakan berdasarkan harga kontrak dan digunakan sebelum

kerja-kerja pembinaaan boleh dimulakan di tapak bina. Pecahan bagi ATDA

dinyatakan seperti di bawah.

Kerja awalan Kerja-kerja cerucuk Bangunan

Kemudahan Kerja-kerja luar Iklan dan kos dokumentasi

Penyeliaan Kos luar jangka Bayaran ikhtisas

Page 41: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

25

Rajah 2. 7 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir Tender (Sumber: CKUB,

2010)

Bagi penyediaan ACDA, ia dilakukan selepas projek siap bagi memberi

kenyataan tentang jumlah kos yang telah dibelanjakan sepanjang projek dijalankan

sehingga siap. Dalam pelan kos ini juga terdapat beberapa perubahan yang berkait

dengan harga kontrak. Antaranya ialah perubahan kerja (variation order), turun naik

harga bahan dan lain-lain tuntutan kontrak.

Wang kos prima Wang peruntukan

sementara Kerja awalan

Kerja-kerja cerucuk

Bangunan Kemudahan Kerja-kerja luar Bayaran ikhtisas

Kos luar jangka Penyeliaan

Page 42: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

26

Rajah 2. 8 Pecahan Bahagian untuk Cabutan Butir-butir seperti yang Disiapkan

(Sumber: CKUB, 2010)

2.4.3 Kaedah Anggaran Kos Awalan

Penyediaan anggaran kos awalan bagi projek JKR dinyatakan dalam Buku

Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga (2010). Dalam buku tersebut

dinyatakan mengenai dua kaedah yang sering digunakan bagi pengiraan anggaran

kos awalan iaitu Kaedah Unit Hasil Terakhir (Unit of End Product Method) dan

Kaedah Kuantiti Hampir (Approximate Quantity). Kaedah ini digunakan bergantung

kepada maklumat yang diperolehi semasa anggaran kos awalan disediakan dan

penggunaannya boleh digabungkan atau menggunakan salah satu kaedah sahaja.

Wang kos prima Wang peruntukan

sementara Kerja awalan

Kerja-kerja cerucuk

Bangunan Kemudahan Kerja-kerja luar Iklan dan

dokumentasi

Penyeliaan Bayaran ikhtisas

Page 43: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

27

Rajah 2. 9 Kaedah Anggaran Kos Awalan JKR (Sumber: CKUB, 2010)

Kaedah Unit Hasil Terakhir diukur dalam unit kos meter persegi (cost/m2).

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan anggaran kasar kos. Anggaran kos ini

diambil dari ringkasan projek atau melalui pengiraan kuantiti secara kasar daripada

reka bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina. Kuantiti ini akan didarabkan

dengan harga seunit yang diperolehi daripada data kos untuk mendapatkan anggaran

kos.

Bagi kaedah kuantiti hampir, penyediaan anggaran kos memerlukan

maklumat reka bentuk yang lebih lengkap dan terperinci termasuk jadual kemasan

untuk membolehkan anggaran yang disediakan dapat dijadikan rujukan bagi

menyemak, mengesahkan atau mengkaji semula anggaran yang telah disediakan.

Kuantiti bagi kaedah ini diperolehi daripada pengiraan sementara daripada reka

bentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina. Pengiraan yang dilakukan tidak

memerlukan perincian yang sepenuhnya kerana pengiraan hanya akan diringkaskan

dengan mengumpulkan kerja yang sama dalam satu item sahaja.

Kaedah Anggaran Kos Awalan

Kaedah Unit Hasil Terakhir

Kaedah Kuantiti Hampir

Page 44: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

28

2.5 Ketepatan

Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada ketepatan anggaran yang

dihasilkan sepanjang proses reka bentuk dan pembinaan dijalankan (Ahuja, Dazzi

dan Abou Rizk, 1994; Enshassi, Mohamed & Abdel-Hadi, 2013). Ketepatan

disifatkan sebagai nilai yang menghampiri nilai sebenar dan mempunyai kesilapan

anggaran yang sangat rendah (Jumas, Mohd-Rahim dan Zainon, 2016). Menurut

Skitmore (1991) menerusi kajian yang dijalankan oleh Aibinu dan Pasco (2008),

ketepatan anggaran awal yang dibandingkan dengan harga kontrak terbahagi kepada

dua aspek iaitu (kesilapan anggaran) bias dan konsistensi (consistency).

2.5.1 Mengukur Ketepatan Anggaran

Seperti dinyatakan di atas, aspek yang digunakan bagi mengukur ketepatan

anggaran terbahagi kepada dua iaitu kesilapan anggaran dan tahap konsistensi

anggaran.

Kesilapan anggaran berkait rapat dengan purata perbezaan harga tender

sebenar dengan anggaran yang diramal. Bagi kajian ini, kesilapan anggaran

didefinisikan sebagai purata perbezaan anggaran awal pada peringkat pra-kontrak

yang berbeza dengan harga tender sebenar. Pengiraan yang digunakan bagi

mendapatkan ketepatan ini adalah berasaskan kepada purata dan sisihan piawaian.

Pengiraan menggunakan sisihan piawaian didefinisikan sebagai pengiraan jarak

(perbezaan) nilai setiap data dengan nilai purata.

Page 45: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

29

Manakala bagi tahap konsistensi, penggunaan kaedah variasi digunakan bagi

memberi gambaran tentang variasi pola ketepatan sekitar nilai purata yang

dinyatakan. Variasi digunakan untuk mengukur jarak (perbezaan) nilai data antara

satu dengan yang lain.

Ini bertepatan dengan kajian-kajian lepas yang menggunakan kaedah yang

sama. Zafira Nadia Maaz (2015) membuat ringkasan berkaitan dengan pengkaji

lepas dan kaedah yang digunakan oleh mereka untuk mendapatkan ketepatan

anggaran berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Skitmore (1991). Jadual

ringkasan bagi kajian-kajian lepas dan teknik pengiraan yang digunakan dinyatakan

seperti Jadual 2.2 dibawah ini.

Jadual 2. 2 Ringkasan Kajian-kajian Lepas

Pengkaji Kaedah Pengiraan

Ketepatan

Morrison & Stevens Purata

Skitmore Purata dan sisihan

piawaian

Skitmore Purata punca kuasa dua

Skitmore & Tan Purata dan sisihan

piawaian

Kekonsistensinan

Mc Caffer Sisihan piawaian

Mc Caffer Variasi koefisien

Ross Variasi koefisien

Jupp & Millan Sisihan piawaian

Morission & Stevens Variasi koefisien

Sumber: Skitmore (1991) ; Zafira Nadia M. (2015)

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Oladokun, Oladokun dan Odesola

(2011), mereka menyenaraikan beberapa dapatan kajian dari penyelidikan lepas

mengenai ketepatan anggaran. Antara yang dinyatakan adalah Skitmore (1986) yang

Page 46: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

30

menganalisa 36 projek sederhana-besar yang membuat kesimpulan bahawa kesilapan

anggaran sebanyak 1.29% dan variasi koefisien sebanyak 5.88%.

Cheong (1991) berpendapat bahawa ketepatan anggaran yang disediakan oleh

firma juruukur bahan di Singapura mempunyai sisihan piawaian dalam lingkungan

5% ke 10% dari harga kontrak. Beliau telah membuat kajian lanjutan dan mendapati

perbezaan anggaran dengan harga kontrak berada dalam 33.79% terlebih anggar dan

31.30% terkurang anggar.

Jika dilihat dari sudut dan perspektif negara Malaysia, kajian yang dijalankan

oleh Azman (2012) bagi projek JKR mendapati variasi koefisien sebanyak 9% dan

ketepatan sebanyak 10.88%. Beliau menyatakan anggaran kos yang disediakan oleh

JKR adalah sangat lemah dan mempunyai kesilapan yang tinggi.

Bagi kajian yang dijalankan oleh Zafira Nadia M. (2015), kesilapan anggaran

bagi kesemua jenis projek berada dalam lingkungan terlebih anggar 116.54% hingga

ke 44.77% bagi terkurang anggar. Untuk sisihan piawaian pula, nilai yang diperolehi

adalah 5.69% bagi projek bangunan pendidikan, 12.62% bagi projek bangunan

perubatan dan 16.40% bagi projek bangunan pejabat. Manakala bagi kadar

konsistensi projek, variasi koefisien menunjukkan tahap konsisten pada nilai di

antara 0.68% ke 1.02%.

Ketepatan anggaran juga boleh dibandingkan melalui Jadual 2.3 yang

diperolehi daripada AACE International (2016). Berdasarkan jadual ini, anggaran

kos awal sepatutnya berada pada Kelas 3 (Class 3), Kelas 4 (Class 4) dan Kelas 5

(Class 5). Kadar ketepatan berdasarkan kepada kelas yang dinyatakan adalah

pelbagai dari -20% ke +30%.

Page 47: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

31

Jadual 2. 3 Pengkelasan Matrik Anggaran Kos

Primary

Characteristic Secondary Characteristic

ESTIMATE

CLASS

MATURITY

LEVEL OF

PROJECT

DEFINITION

DELIVERABLES

Expressed as % of

complete

definition

END

USAGE

Typical

purpose of

estimate

METHODOLOGY

Typical estimating

method

EXPECTED

ACCURACY

RANGE

Typical

variation in

low and high

ranges

Class 5 0% to 2% Concept

screening

Capacity factored,

parametric models,

judgment, or

analogy

L: - 20% to -

50%

H: +30% to

+100%

Class 4 1% to 15% Study or

feasibility

Equipment factored

or parametric

models

L: -15% to -

30%

H: +20% to

+50%

Class 3 10% to 40%

Budget

authorization

or control

Semi-detailed unit

costs with assembly

level line intems

L: -10% to -

20%

H: +10% to

+30%

Class 2 30% to 75% Control or

bid/tender

Detailed unit cost

with forced detailed

take-off

L: -5% to -

15%

H: +5% to

+20%

Class 1 65% to 100%

Check

estimate or

bid/tender

Detailed unit cost

with detailed take-

off

L: -3% to -

10%

H: +3% to

+15%

Sumber: AACE International – Cost Estimate Classification System (2016)

Page 48: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

32

• Klien

• Firma, Parameter Reka Bentuk dan Maklumat

• Ciri-ciri Projek

• Kaedah Perolehan dan Keperluan Kontrak

• Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran

Kategori Faktor Ketepatan Anggaran

2.5.2 Faktor Ketepatan Anggaran

Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Muther Abdel-Hadi (2013) telah

membuat kajian perintis (pilot study) bagi menentukan faktor ketepatan anggaran

yang bersesuaian dengan keadaan industri pembinaan. Berdasarkan kajian perintis

yang dilakukan ke atas segolongan individu yang berkemahiran dalam bidang

pembinaan, 15 faktor telah dibuang dari senarai, 15 faktor lagi diubah suai mengikut

nasihat daripada golongan mahir, 12 faktor digabungkan dan 6 faktor baru

dimasukkan dalam senarai faktor ketepatan anggaran.

Daripada 85 faktor yang diambil daripada 12 kajian penyelidikan lepas (Al-

Khaldi, 1990; Al-Thunaian, 1996; Akintoye, 2000; Madi, 2003; Trost dan

Oberlender, 2003; Elhag et. al., 2005; Shash dan Ibrahim, 2005; Babalola dan

Aladegbaiye, 2006; Dysert, 2006; Enshassi et. al., 2007; Liu dan Zhu, 2007;

Odusami dan Onukwube, 2008), hanya 64 faktor yang diterima pakai selepas kajian

perintis dijalankan. Faktor-faktor ini kemudiannya dikategorikan mengikut lima (5)

kategori utama iaitu klien, firma, parameter reka bentuk dan maklumat, ciri-ciri

projek, kaedah perolehan dan keperluan kontrak serta faktor luaran dan keadaan

pasaran.

Lima kategori utama bagi faktor ketepatan anggaran ini dijadikan asas utama

dalam mengolah faktor-faktor ketepatan yang lain bagi kajian ini. Pemilihan faktor

Rajah 2. 10 Kategori Faktor Ketepatan Anggaran

Page 49: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

33

dibuat berdasarkan kepada kedudukan faktor-faktor dalam setiap kategori.

Kedudukan faktor yang tertinggi akan diambil bagi tujuan kajian ini. Faktor-faktor

ini telah mengambil kira kajian lepas yang dijalankan di Malaysia sebelum ini oleh

Azman dan Zafira Nadia. Kedua-dua pengkaji menekankan faktor bagi ciri-ciri

projek iaitu jenis projek dan lokasi projek. Selain itu, faktor yang diambil perhatian

juga termasuklah nilai projek, saiz projek, intensiti harga, jumlah pembida, tempoh

kontrak dan tahun projek.

Setelah menganalisa kajian yang dijalankan oleh Adnan Enshassi, Sherif

Mohamed dan Muther Abdel-Hadi (2013) dan mengambil berat faktor-faktor yang

dibangkitkan oleh Azman M. A. dan Zafira Nadia M., senarai faktor yang

dibincangkan dalam kajian literatur adalah seperti dalam Jadual 2.4. Faktor-faktor

ini telah disenarai pendek dan digabungkan berdasarkan kefahaman dan pendapat

pengkaji sendiri.

Jadual 2. 4 Senarai Pendek Faktor-faktor Ketepatan Anggaran

Kategori Faktor

Klien

Pengalaman klien

Skop dan definisi yang jelas oleh klien

Pengalaman dalam perolehan pembinaan

Firma, Parameter Reka Bentuk dan

Maklumat

Pengalaman pasukan projek dalam

pembinaan

Pengalaman dan tahap kemahiran firma

Kualiti maklumat yang diperoleh

Ketepatan dan kebolehpercayaan

maklumat kos

Maklumat kos yang lengkap

Ciri-ciri Projek

Kerumitan Projek

Keadaan di tapak bina

Kekangan di tapak bina

Page 50: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

34

Kaedah dan teknik pembinaan yang

digunakan

Saiz projek

Keperluan tapak bina

Jangka masa projek

Jenis projek

Lokasi projek

Kaedah Perolehan dan Keperluan

Kontrak

Syarat kontrak yang jelas

Cara pemilihan tender

Jumlah kerja-kerja yang memerlukan

kepakaran

Jenis kontrak

Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran Jumlah Pembida

2.5.2.1 Kategori Klien

Bagi kategori klien, terdapat tiga (3) faktor yang dibincangkan. Faktor-faktor

tersebut adalah pengalaman klien, skop dan definisi yang jelas oleh klien dan

pengalaman klien dalam perolehan pembinaan. Tahap pengalaman klien berada pada

kedudukan pertama dengan indeks kepentingan relatif (relative importance index)

0.843 (Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Munther Abdel-Hadi, 2013). Ini

membuktikan kenyataan Babalola dan Aladegbaiye (2006) bahawa tahap

pengalaman klien memberi peranan yang besar dalam mencapai anggaran kos yang

tepat.

Faktor ini mempunyai hubungan dengan dua faktor yang seterusnya iaitu

skop dan definisi yang jelas oleh klien dan pengalaman klien dalam perolehan

pembinaan. Klien berperanan dalam memberikan penyataan yang jelas dan

terperinci mengenai skop dan kerpeluan projek yang dicadangkan. Sekiranya klien

tidak berpengalaman dalam menguruskan projek pembinaan, ini akan menyebabkan

Page 51: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

35

penyampaian maklumat yang tidak lengkap dan pemahaman pasukan projek

mengenai apa yang dikehendaki oleh klien tidak dapat disampaikan dengan sebaik

mungkin. Bahkan, disebabkan klien tidak berpengalaman dalam menguruskan

projek pembinaan, masa yang diambil dalam proses perancangan, penyiapan reka

bentuk serta pembinaan akan mengambil masa yang lama.

Hal yang sama akan terjadi sekiranya klien tidak mempunyai pengalaman

dalam perolehan pembinaan. Dalam industri pembinaan, terdapat beberapa kaedah

perolehan yang sering kali digunakan dalam membuat sesuatu projek. Sekiranya

klien telah membiasakan diri dengan perolehan-perolehan yang sering digunakan,

kerja-kerja perancangan reka bentuk dan pembinaan serta komunikasi dalam

perhubungan antara klien dengan pasukan projek dapat dipermudahkan.

2.5.2.2 Kategori Firma, Parameter Reka Bentuk dan Maklumat

Firma mempunyai peranan yang penting dalam memastikan anggaran yang

dihasilkan tepat dan boleh dipercayai. Penghasilan anggaran yang tepat dipengaruhi

oleh pengalaman pasukan projek itu sendiri. Menurut kajian yang dijalankan oleh

Trost dan Oberlender (2003), faktor pengalaman pasukan dan maklumat mendapat

18.9%. Manakala dalam kajian yang berbeza oleh Alumbugu P. O. et. al. (2014)

menyatakan penghasilan anggaran oleh individu yang berpengalaman dalam firma

akan memberikan kualiti ketepatan anggaran yang sewajarnya di peringkat

konseptual.

Sekiranya sesebuah firma itu mempunyai individu yang mahir dalam

menganggar kos atau mempunyai pengalaman 10 hingga 20 tahun pengalaman

dalam bidang pembinaan, kerja-kerja menganggar akan menjadi lebih cepat dan

mudah. Hal ini disebabkan oleh, kepakaran dan pengalaman yang banyak dalam

bidang tersebut mampu memberikan gambaran kasar tentang kos yang terlibat dalam

Page 52: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

36

anggaran tersebut serta kaedah yang paling sesuai digunakan bagi membuat sesuatu

anggaran. Perolehan maklumat yang lengkap dan terperinci daripada pasukan projek

yang lain juga membantu dalam memberikan maklumat anggaran kos yang lebih

lengkap, tepat dan bermakna.

2.5.2.3 Kategori Ciri-ciri Projek

Ciri-ciri projek merupakan skop yang sangat luas untuk dibincangkan.

Sesuatu projek itu bergantung kepada tahap kerumitan projek yang dicadangkan.

Kerumitan projek ini bergantung kepada jenis projek, lokasi, saiz dan jangka masa

projek malah ia bergantung kepada keadaan dan keperluan di tapak bina.

Jenis projek menjadi faktor dalam ketepatan anggaran kos awal dapat

dibuktikan dengan dapatan kajian yang menerangkan bangunan pendidikan

mempunyai ketepatan 5.16% yang merupakan ketepatan yang paling hampir dengan

ketepatan yang dicadangkan iaitu 10%. Ketepatan bangunan pendidikan lebih tepat

berbanding bangunan perubatan dan pejabat disebabkan oleh reka bentuk pembinaan

sekolah hampir sama.

Berdasarkan dapatan kajian oleh Azman (2012), kesilapan dalam membuat

anggaran bagi saiz projek yang besar lebih konsisten berbanding dengan saiz projek

yang kecil. Beliau menerangkan dengan lebih terperinci lagi bahawa, tahap

konsistensi ini berbeza dengan yang dijalankan oleh kajian lain. Hal ini kerana,

juruukur bahan memberikan lebih perhatian terhadap projek yang berskala besar

kerana projek sebegini mempunyai kepentingan yang lebih tinggi.

Dalam kajian yang sama, beliau turut membincangkan berkenaan dengan

lokasi projek. Menurut beliau, terdapat perbezaan dalam kesilapan anggaran di

Page 53: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

37

negeri yang berbeza. Ini disebabkan oleh faktor ekonomi yang memberi impak

kepada harga kos pembinaan.

2.5.2.4 Kategori Kaedah Perolehan dan Keperluan Kontrak

Bagi kategori ini, syarat kontrak yang jelas, cara penilaian tender, jumlah

kerja-kerja yang memerlukan kepakaran dan jenis kontrak menjadi faktor dalam

ketepatan anggaran kos. Menurut Adnan Enshassi, Sherif Mohamed dan Munther

Abdel-Hadi (2013) berdasarkan Dysert (2006) menyatakan syarat-syarat kontrak dan

spesifikasi yang jelas dapat memastikan servis yang terbaik dapat diberikan oleh

kontraktor dan melindungi organisasi daripada kerugian dan kecacatan.

2.5.2.5 Faktor Luaran dan Keadaan Pasaran

Azman (2012) menyatakan kenaikan jumlah pembida dalam sesuatu projek

akan menyebabkan anggaran mempunyai kesilapan yang lebih tinggi. Beliau

memberi penerangan dengan lebih mendalam melalui penyataan Skitmore (2002)

yang menyatakan hubungan antara konsistensi dengan jumlah pembida tidak dapat

dikenal pasti. Hal ini kerana ia bercanggah dengan model efficacy yang

mencadangkan konsistensi akan berkurang dengan penambahan pembida.

Page 54: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

38

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang prosedur yang dijalankan sepanjang proses

kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian. Objektif kajian adalah seperti

berikut:-

1. Untuk mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-

kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender

2. Untuk mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek

Bab ini juga membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan bagi

mendapatkan data dan menganalisis data untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat

dan diingini. Metodologi kajian ini merangkumi proses kajian, data kajian, sampel

kajian, instrumen kajian serta kaedah penganalisaan data.

Page 55: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

39

3.2 Proses Kajian

Metodologi kajian ini mempunyai lima (5) peringkat yang merangkumi

peringkat perancangan kajian, kajian literatur, metodologi kajian, analisis data serta

kesimpulan dan cadangan.

Pada peringkat perancangan kajian, isu yang timbul dibincangkan dan diolah

untuk dijadikan persoalan. Persoalan ini membantu dalam membentuk arah tuju

kajian dan terhasilnya objektif serta skop kajian. Kemudian, pengumpulan data

sekunder dilaksanakan bagi mengolah dan membentuk kajian literatur yang

bertepatan dengan isu, persoalan serta objektif kajian yang hendak dicapai.

Setelah itu, proses metodologi kajian dilakukan. Proses ini dijalankan bagi

mengetahui reka bentuk kajian yang diolah bagi mendapatkan data dan maklumat

yang bertepatan dengan objektif. Bersandarkan kepada kaedah yang bersesuaian,

sampel dan instrumen kajian dihasilkan bagi memberi panduan dalam

mengumpulkan data yang tepat dan sesuai dengan kehendak kajian.

Selepas proses pengumpulan data dijalankan, penganalisaan data dilakukan.

Analisis data ini melibatkan proses semakan dan tafsiran data yang bermanfaat yang

kemudiannya dijadikan maklumat bagi tujuan perbincangan dapatan kajian.

Perbincangan dapatan kajian ini melibatkan tafsiran maklumat-maklumat ini ke

dalam bentuk jadual. Akhir sekali, kesimpulan dan cadangan bagi keseluruhan

kajian dilakukan berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi.

Page 56: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

40

PERINGKAT 1 - PERANCANGAN KAJIAN

• Penentuan bidang kajian

• Mengenal pasti isu

• Mengenal pasti persoalan, objektif dan skop kajian

PERINGKAT 2 - KAJIAN LITERATUR

• Pengumpulan data sekunder

• buku

• jurnal

• jurnal persidangan

• tesis

• laman sesawang

PERINGKAT 3 - METODOLOGI KAJIAN

• Analisis dokumen daripada fail firma ukur bahan

• Borang pengumpulan data

• data anggaran awal kos - PDA, ATDA

PERINGKAT 4 - ANALISIS DATA

• Kaedah pengiraan purata perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi

• Ditafsirkan dalam bentuk jadual

PERINGKAT 5 - KESIMPULAN & CADANGAN

Rajah 3. 1 Carta Aliran Kajian

Page 57: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

41

3.3 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kaedah

kualitatif. Kaedah ini menggunakan pendekatan kajian kes yang menggunakan

teknik pengumpulan data. Pengumpulan data ini bersumberkan kepada kos anggaran

awal yang diperolehi daripada analisa dokumen dari fail projek firma ukur bahan

yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Johor. Data bercetak yang dirujuk adalah

termasuk Preliminary Detailed Abstract (PDA) dan As Tendered Detailed Abstract

(ATDA).

3.4 Instrumen Kajian

Bagi mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian yang dijalankan,

kaedah borang pengumpulan data digunakan sebagai instrumen kajian. Borang

pengumpulan data yang sistematik dihasilkan bagi memudahkan proses

pengambilan, pengumpulan dan penganalisaan data.

Data yang dianalisa merupakan data yang diambil daripada dokumen Cabutan

Butir-Butir Awal atau dikenali sebagai Preliminary Detailed Abstract (PDA) dan

Cabutan Butir Butir Selepas Tender (As Tendered Detailed Abstract - ATDA).

Format borang pengumpulan data ini dihasilkan berdasarkan rujukan terhadap kajian

lepas dan kajian literatur yang dibincangkan dalam bab sebelum ini. Contoh borang

pengumpulan data dilampirkan di Lampiran A.

Page 58: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

42

3.5 Sampel Kajian

Menurut Santosh Gupta (2007), sampel kajian bergantung kepada cara kajian

dijalankan. Bagi kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 15 projek yang dirancang

dan diuruskan oleh firma ukur bahan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor.

3.6 Penganalisaan Data

Setelah borang pengumpulan data dilengkapkan, proses penganalisaan data

akan bermula. Penganalisaan data ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian yang

dinyatakan pada permulaan bab ini. Kaedah statisitik deskriptif berdasarkan jadual

digunakan bagi pentafsiran data dan penggunaan nombor mutlak (absolute number)

digunakan sebagai angka perbezaan peratusan tanpa mengira nilai positif atau

negatif. Hal ini disebabkan oleh penilaian hanya dilakukan untuk melihat sejauh

mana tahap perbezaan anggaran dengan harga tender sebenar dan bukannya

mengambil kira anggaran yang dilakukan terkurang anggar ataupun terlebih anggar.

Bagi tujuan penganalisaan data untuk objektif pertama, pengiraan perbezaan

peratusan anggaran digunakan. Dengan menggunakan kaedah ini, purata perbezaan

anggaran bagi tempoh masa yang berbeza boleh dihasilkan. Penggunaan kaedah ini

boleh memberikan pengetahuan tentang sejauh mana peratusan perbezaan anggaran

awal projek yang dilakukan berbeza dengan harga tender sebenar.

Page 59: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

43

Perbezaan Peratusan Anggaran ( =

= 1, 2, 3 …..

Purata Perbezaan Peratusan Anggaran ( = ∑

kesilapan anggaran

jumlah projek/sampel

Sisihan Piawaian (s) √∑

kesilapan anggaran

purata kesilapan anggaran

jumlah projek/sampel

Variasi (Var) =

Selepas pengiraan untuk purata perbezaan peratusan anggaran dilakukan,

pengiraan menggunakan sisihan piawaian (standard deviation) dan variasi dibuat

Page 60: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

44

bagi menyokong perbezaan peratusan anggaran sekaligus mengukuhkan lagi analisis

bagi objektif kedua. Sisihan piawaian merupakan kaedah pengiraan yang digunakan

bagi menetukan sejauh mana taburan ketepatan anggaran awal daripada purata

perbezaan anggaran awal (Bruno and Joslin, 2005). Manakala, variasi digunakan

bagi menentukan tahap konsistensi anggaran awal yang dilakukan.

Sisihan piawaian telah dilabelkan sebagai kaedah yang diterima pakai untuk

pengiraan ketepatan. Ini turut dijelaskan oleh Flanagan dan Skitmore. Kedua-dua

pengkaji ini menyatakan kaedah sisihan piawaian merupakan kaedah yang paling

sesuai bagi menganalisa ketepatan anggaran awal kos. Hipotesis dalam

menggunakan kaedah sisihan piawaian ini adalah semakin kecil nilai kesilapan

anggaran, semakin tinggi tahap ketepatan anggaran awal.

Untuk mengukuhkan lagi ketepatan anggaran, pengiraan variasi dinilai.

Pengiraan ini melibatkan pembahagian sisihan piawaian dengan purata kesilapan

anggaran. Variasi dikira bagi mengetahui konsistensi ketepatan. Semakin tinggi

variasi koefisien, semakin tidak konsisten sesuatu ketepatan yang dikira.

Bagi kesemua formula yang dinyatakan di atas, pengiraan akan dihasilkan

menggunakan Microsoft Excel 2010 bagi mendapatkan pengiraan yang tepat dan

memudahkan penghasilan maklumat.

Bagi kaedah regresi, jumlah sampel yang diperlukan untuk mendapatkan data

yang tepat menurut Samuel (1991) berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nunnally

(1978) adalah minimum 100 sampel sekiranya pembolehubah yang digunakan adalah

2 ataupun 3. Bagi Cohen (1988) dalam Samuel (1991) menyatakan bahawa sampel

minimum yang digunakan adalah 24 sahaja sekiranya kajian hanya menggunakan

satu pembolehubah. Manakala, menurut Salgueiro dan Seixas (2017), menambahkan

bilangan mata data (data points) dapat meningkatkan lagi parameter anggaran dan

Page 61: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

45

mengurangkan risiko data yang tidak tepat. Minimum mata data yang diperlukan

bagi mendapatkan regresi analisis yang baik adalah sebanyak 12 mata data.

Page 62: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

46

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan berdasarkan

metodologi dan reka bentuk kajian yang telah diterangkan dalam bab sebelum ini.

Dalam bab ini, penganalisaan data dilakukan berdasarkan data yang telah diperolehi

daripada firma. Data akan diproses dan dianalisis bagi memastikan kebolehgunaan

data tersebut untuk mencapai objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1 iaitu

bagi mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada peringkat pra-kontrak

yang berbeza berbanding dengan harga tender dan mengenal pasti pola ketepatan

anggaran awal projek.

4.2 Analisis Data

Page 63: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

47

Jadual 4. 1 Ringkasan Perbezaan Peratusan Anggaran Awal dengan Harga Tender

Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan

Projek Harga

Tender (RM)

Anggaran

(RM)

Perbezaan

dengan

Harga

Tender (%)

Anggaran

(RM)

Perbezaan

dengan

Harga

Tender (%)

Anggaran

(RM)

Perbezaan

dengan

Harga

Tender (%)

A 52,750,000.00 - - 52,002,838.40 1.42 53,167,310.00 0.79

B 16,085,000.00 16,800,000.00 4.45 18,544,988.00 15.29 - -

C 10,205,603.46 10,624,043.00 4.10 - - - -

D 35,000,000.00 31,663,268.73 9.53 28,691,424.30 18.02 25,063,072.00 28.39

E 4,428,000.00 4,488,000.00 1.36 - - - -

F 19,155,994.16 22,448,608.35 17.19 - - - -

G 11,999,866.20 12,873,104.00 7.28 - - - -

H 23,389,898.07 - - 24,223,055.90 3.56 - -

I 14,130,000.00 14,537,900.00 2.89 13,953,042.00 1.25 - -

J 11,990,000.00 15,328,000.00 27.84 16,023,586.00 33.64 - -

K 20,254,953.65 22,228,571.16 9.74 21,356,469.36 5.44 - -

L 4,115,000.00 - - - - 4,360,423.35 5.96

M 800,100.00 - - 947,454.85 18.42 - -

N 10,523,385.00 10,749,302.50 2.15 10,578,000.00 0.52 - -

O 9,333,117.13 - - 8,081,947.75 13.41 - -

Purata

Perbezaan

dgn Harga

Tender (%)

0.00

8.65

11.10

11.72

Page 64: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

48

Jadual 4.1 menunjukkan ringkasan perbezaan peratusan anggaran awal

dengan harga tender bagi 15 buah projek yang digunakan bagi tujuan penganalisaan.

Projek-projek ini dilabelkan sebagai Projek A sehingga Projek O. Jadual 4.1 ini

digunakan bagi menerangkan analisis bagi objektif pertama dan kedua.

4.2.1 Objektif Pertama

Objektif pertama: Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada

peringkat pra-kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender

Bagi mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender

sebenar, anggaran awal bagi projek-projek tersebut dicatatkan dalam bentuk garis

masa. Garis masa yang digunakan bagi menganalisa perbezaan anggaran awal pada

peringkat berbeza ialah setiap tiga (3) bulan. Garis masa yang dianalisa dalam kajian

ini hanya mengambil kira anggaran awal dari 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga

tarikh tender sebenar kerana tempoh masa ini merupakan tempoh masa yang boleh

didapati daripada data yang telah diperoleh.

Bagi kajian ini, disebabkan oleh sampel kos yang diambil adalah daripada

bangunan yang berbeza, penggunaan nilai mutlak (absolute value) digunakan bagi

mendapatkan keputusan analisis yang lebih tepat. Perbezaan peratusan anggaran

ditentukan dalam bentuk nilai mutlak tanpa mengambil kira anggaran tersebut

terkurang anggar atau terlebih anggar. Seperti yang dikehendaki dalam objektif

pertama, anggaran hanya mengambil kira perbezaan peratusan dengan harga tender

sahaja.

Page 65: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

49

Jadual 4. 2 Purata Perbezaan Peratusan Anggaran dengan Harga Tender

Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan

Purata Perbezaan

Anggaran dengan

Harga Tender (%)

0.00 8.65 11.10 11.72

Berdasarkan Jadual 4.2, peratusan purata perbezaan anggaran dengan harga

tender ditentukan dengan menggunakan perbezaan peratusan anggaran bagi setiap

projek terlebih dahulu. Kemudian, jumlah keseluruhan peratusan akan dikira dan

dipuratakan. Hasilnya, purata perbezaan peratusan anggaran dengan harga tender

diperolehi.

Bagi tempoh masa sembilan (9) bulan sebelum tarikh tender, purata

perbezaan peratusan anggaran adalah sebanyak 11.72% diikuti oleh penurunan

sebanyak 0.62% pada enam (6) bulan sebelum tarikh tender dengan peratusan

sebanyak 11.10%. Manakala bagi tiga (3) bulan sebelum tarikh tender, peratusan

berkurangan kepada 8.65%. Peratusan perbezaan anggaran awal projek dengan

harga tender menunjukkan perubahan peratusan dalam lingkungan 8% sehingga

12%.

Berdasarkan kepada peratusan ini, analisa terhadap anggaran awal projek

menggambarkan terdapat perbezaan dalam anggaran awal daripada peringkat pra-

kontrak sehingga menghampiri tarikh tender. Faktor yang mempengaruhi peratusan

perbezaan anggaran awal dengan harga tender ini memberikan gambaran tentang

ketepatan anggaran awal yang diramalkan oleh juruukur bahan. Ketepatan anggaran

awal ini berkait rapat dengan objektif kedua yang digunakan untuk mengenal pasti

pola ketepatan anggaran awal projek. Pola ketepatan ini akan diperincikan dalam

sub-topik yang seterusnya.

Page 66: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

50

4.2.2 Objektif Kedua

Objektif kedua: Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek

Selaras dengan objektif kedua, pola ketepatan anggaran awal projek dapat

dilihat berdasarkan keputusan analisis daripada objektif pertama. Melalui purata

perbezaan anggaran awal dengan harga tender dalam Jadual 4.2, pola ketepatan bagi

anggaran awal daripada 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga kepada tarikh tender

sebenar dapat dilihat dengan jelas.

Selain menggunakan purata perbezaan anggaran untuk menentukan pola

ketepatan anggaran awal projek, pengiraan sisihan piawaian dan variasi digunakan

dalam menentukan ketepatan anggaran. Sisihan piawaian dan variasi digunakan

dalam menentukan sejauh mana perbezaan anggaran daripada keseluruhan kos harga

tender. Pengiraan menggunakan kedua-dua kaedah ini memberikan perbandingan

yang jelas dengan menggunakan kaedah purata perbezaan dan membuktikan bahawa

purata perbezaan dan nilai sisihan piawaian serta variasi adalah berkait rapat.

Jadual 4. 3 Peratusan perbezaan anggaran, sisihan piawaian dan variasi

Masa 0 - 3 Bulan - 6 Bulan - 9 Bulan

Purata Perbezaan

Anggaran dengan

Harga Tender (%)

0.00 8.65 11.10 11.72

Sisihan Piawaian

(%) 0.00 8.25 10.67 14.67

Variasi (%) 0.00 0.68 1.14 2.15

Bagi menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan di

atas, Jadual 4.3 menunjukkan keputusan analisa dalam bentuk peratusan bagi purata

Page 67: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

51

perbezaan, sisihan piawaian dan variasi. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan bagi

setiap kaedah mengalami penurunan secara beransur-ansur dari 9 bulan sebelum

tarikh tender sehingga ke tarikh tender sebenar.

Apabila purata perbezaan anggaran mengalami penurunan dari 11.72% ke

11.10% pada 6 bulan sebelum tarikh tender, peratusan bagi sisihan piawaian dan

variasi juga menurun. Bagi sisihan piawaian, peratusan pada tempoh masa 6 bulan

sebelum tarikh tender menjadi 10.67% dan bagi variasi menjadi 1.14%.

Daripada analisa peratusan tersebut, dapat dinyatakan bahawa ketepatan

anggaran awal menjadi semakin tepat apabila tarikh tender semakin hampir dan

penurunan peratusan sisihan piawaian dan variasi menunjukkan tahap konsistensi

anggaran semakin konsisten. Ketepatan anggaran semakin meningkat apabila

menghampiri tarikh tender dan ini dipengaruhi oleh tempoh masa yang telah dikaji.

Tempoh masa ini berkait rapat dengan peringkat pelan rangka projek.

Anggaran awal kos yang dijalankan pada tempoh 6 bulan dan 9 bulan

sebelum tarikh tender ini mempunyai perbezaan peratusan melebihi 10% daripada

harga tender sebenar dan pada 3 bulan sebelum tender mempunyai perbezaan

peratusan kurang daripada 10% dan menghampiri 5%. Perbezaan peratusan ini

berlaku terutamanya disebabkan oleh maklumat yang diperolehi bagi membuat

pengiraan kos bagi tempoh masa tersebut adalah berbeza.

Pada tempoh 9 bulan sebelum tarikh tender, projek yang dijalankan telah

mempunyai reka bentuk cadangan. Reka bentuk cadangan ini merangkumi reka

bentuk struktur bangunan yag bakal dibina dengan memberikan perincian terhadap

sistem servis bangunan dan spesifikasi umum. Dengan mengambil kira kos bagi

spesifikasi dan sistem servis bangunan yang umum pada bangunan, anggaran awal

yang dilakukan oleh juruukur bahan akan bergantung kepada ketepatan maklumat

yang diperoleh daripada arkitek.

Page 68: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

52

Pada tempoh 6 bulan sebelum tarikh tender, reka bentuk yang dicadangkan

telah diperincikan dengan lebih teliti dan mengambil kira kesemua elemen dalam

bangunan, susun atur dan kaedah pembinaan. Bahkan, pada tempoh ini, anggaran

awal yang dilakukan sebelum ini akan disemak semula dan setiap elemen bangunan

akan dikemas kini bagi mendapatkan anggaran yang lebih tepat berbanding dengan

sebelumnya. Malah, bagi setiap anggaran yang telah dikemas kini, juruukur bahan

akan membuat perbandingan kos dan memberikan kenyataan atau catatan mengenai

perbezaan anggaran kos yang telah berlaku.

Pada tempoh 3 bulan sebelum tarikh tender pula, reka bentuk yang lengkap,

tepat dan terperinci telah dihasilkan. Berdasarkan kepada reka bentuk ini, anggaran

yang dilakukan menjadi lebih tepat dan boleh digunakan sebagai panduan dan

rujukan bagi menentukan harga tender yang bakal dipilih semasa bidaan.

Kebanyakan anggaran awal yang perlu dikemas kini mempunyai persamaan

dalam perubahan kos bagi elemen seperti infrastruktur, kerja-kerja cerucuk, kos

bangunan dan kerja-kerja yang melibatkan mekanikal dan elektrikal. Bagi wang kos

prima dan wang peruntukan sementara, kos-kos ini tidak menyumbang kepada

perubahan yang ketara dalam menyebabkan perubahan kos keseluruhan bangunan.

Malah, perubahan dari segi kos bangunan ini melibatkan perubahan dari segi

keluasan lantai kasar atau dari segi kos meter persegi bangunan.

Berdasarkan kepada dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa tahap ketepatan

anggaran awal semakin meningkat apabila menghampiri tarikh tender dan tahap

konsistensi untuk ketepatan juga meningkat disebabkan oleh faktor maklumat yang

diperolehi sepanjang tempoh pra-kontrak.

Page 69: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

53

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, kesimpulan kajian dirumuskan berdasarkan analisa yang

dilakukan pada bab sebelumnya dan penerangan tentang sejauh mana kajian yang

dilakukan berjaya mencapai objektif kajian. Malah, masalah dan kekangan yang

dihadapi dalam menjalankan kajian ini serta cadangan penyelidikan lanjutan turut

dinyatakan dalam bab ini.

5.2 Kesimpulan dan Pencapaian Objektif

Kesimpulan dan pencapaian bagi objektif terbahagi kepada dua bahagian

berdasarkan kepada objektif kajian yang dijalankan.

Page 70: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

54

5.2.1 Objektif Pertama

Objektif pertama: Mengenal pasti perbezaan anggaran awal projek pada

peringkat pra-kontrak yang berbeza berbanding dengan harga tender

Berdasarkan kepada analisa yang dijalankan dalam bab sebelum ini, dapat

dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pada anggaran awal projek pada peringkat

pra-kontrak yang berbeza sehingga menghampiri tarikh tender. Bagi kajian ini, pada

tempoh masa 9 bulan sebelum tarikh tender sehingga 3 bulan sebelum tarikh tender,

perbezaan anggaran dengan harga tender adalah dalam lingkungan 8% ke 12%.

Hasil perbezaan peratusan anggaran ini menyokong cadangan yang disarankan oleh

Skitmore dan Ng (2000) yang menyatakan anggaran awal sepatutnya berada dalam

lingkungan 15%. Ketepatan anggaran ini juga berada dalam lingkungan ketepatan

anggaran yang diperolehi daripada AACE International yang menyatakan bahawa

kadar ketepatan kos bagi anggaran awal berada dalam lingkungan -20% sehingga

30%.

Pendekatan kajian melalui perbezaan pada anggaran awal projek pada

peringkat yang berbeza dengan harga tender telah menunjukkan bahawa ketepatan

anggaran kos yang semakin tepat. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa pada

tempoh masa yang berbeza sebelum tender, terdapat perbezaan dalam anggaran awal

projek.

Page 71: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

55

5.2.2 Objektif Kedua

Objektif kedua: Mengenal pasti pola ketepatan anggaran awal projek

Selain daripada membuktikan bahawa objektif pertama tercapai, purata

perbezaan anggaran awal ini dapat membuktikan pola ketepatan anggaran awal

projek. Penurunan purata perbezaan anggaran awal projek dengan harga tender

memberi gambaran tentang ketepatan anggaran awal projek. Dalam bab 1 sebelum

ini, hipotesis yang dinyatakan mengenai pola ketepatan anggaran awal projek adalah

ketepatan anggaran awal projek meningkat apabila anggaran dibuat menghampiri

tarikh tender.

Kesimpulannya, ketepatan anggaran awal projek meningkat apabila anggaran

dibuat semakin menghampiri tarikh tender. Semakin hampir dengan tarikh tender,

semakin tepat anggaran yang dibuat dan peratusan perbezaan semakin mengecil. Ini

dapat dilihat berdasarkan kepada kadar peratusan bagi purata perbezaan dengan

harga tender yang semakin menurun apabila mencapai tarikh tender.

Malah, pola ketepatan ini disokong oleh kadar peratusan bagi sisihan

piawaian dan juga variasi yang semakin berkurang apabila menghampiri tarikh

tender. Sisihan piawaian bagi keseluruhan projek di sepanjang peringkat pra-kontrak

berada dalam linkungan 8.25% sehingga ke 14.67% manakala bagi variasi berada

pada tahap 0.68% sehingga ke 2.15% . Ini menunjukkan bahawa tahap konsistensi

anggaran yang semakin meningkat bertepatan dengan kajian yang dijalankan

dijalankan oleh Cheong (1991) yang menyatakan bahawa tahap konsistensi

seharusnya berada pada tahap 5% ke 10% atau dalam lingkungan 9% (Ashworth dan

Skitmore, 1982).

Page 72: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

56

Kaedah yang lebih sesuai seperti regresi tidak dapat digunakan dalam kajian

ini bagi membuktikan ketepatan anggaran disebabkan oleh mata data yang tidak

mencukupi. Jumlah minima yang diperlukan untuk menggunakan kaedah regresi

adalah sebanyak 12 mata data dan penggunaan mata data yang lebih banyak dapat

memberikan ketepatan yang lebih baik (Cohen, 1988 ; Samuel, 1991). Dalam kajian

ini, mata data bagi setiap tempoh masa tidak lengkap dan pengiraan hanya

mengambil kira mata data yang sedia ada berdasarkan kepada data yang diperolehi.

Bahkan, sampel minima bagi menggunakan kaedah regresi adalah sebanyak 24

sampel menurut Salgueiro dan Seixas (2017) tetapi kajian ini hanya berjaya

memperolehi 15 sampel sahaja.

Page 73: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

57

5.3 Masalah dan Kekangan yang Dihadapi Dalam Menjalankan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa masalah dan kekangan telah dihadapi:

1. Data yang ingin diperolehi adalah sulit dan sukar untuk diberikan;

2. Data yang diberikan adalah terhad;

3. Tidak kesemua data yang diambil dapat dianalisis atas faktor data yang

diberikan oleh firma tidak lengkap atau mempunyai kesilapan pada tarikh

anggaran;

4. Terdapat firma yang sukar untuk dihubungi dan tidak mahu melayan

pelajar yang menghubungi untuk mendapatkan maklumat;

5. Terdapat projek yang diberikan oleh firma telah lama siap dan sukar

untuk mendapatkan maklumat anggaran atas sebab anggaran sudah terlalu

lama atau fail bagi projek tersebut sudah tiada.

Page 74: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

58

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Setelah menjalankan kajian ini, beberapa cadangan penyelidikan lanjutan boleh

dilaksanakan pada masa hadapan:

1. Membuat kajian yang sama tapi memberikan skop yang lebih tertumpu

mengikut jenis bangunan;

2. Membuat kajian yang mengelaskan faktor yang mempengaruhi ketepatan

anggaran awal kos;

3. Menggunakan kaedah temu bual bagi mengetahui dengan lebih lanjut faktor

yang mempengaruhi ketepatan anggaran awal.

Page 75: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

59

RUJUKAN

Abdullah, A. (2006). Anggaran Kos Kerja Bangunan Edisi Kedua. Malaysia:

Prentice Hall.

Aibinu, Ajibade Ayodeji; Pasco, Thomas;. (2008). The Accuracy of Pre-tender

Building Cost Estimates in Australia. Construction Management and

Economics, 26(12), 1257-1269.

Alumbugu, Polycarp Olaku; Ola-awo, Wadiu Adeniran; Ibrahim, Saidu; Muhammed,

Mustapha; Abdulazeez, Abdulmumin;. (2014). Assessment of the Factors

Affecting Accuracy of Pre-tender Cost Estimate in Kaduna State, Nigeria.

IOSR Journal of Environmental Science, Toxicology and Food Technology

(IOSR-JESTFT), 8(5), 19-27.

Azman M. A. (2012). The Accuracy of Preliminary Cost Estimates in Public Works

Department (PWD) of Peninsular Malaysia. Master Thesis, University of

Malaya, Kuala Lumpur.

Brook, M. (2008). Estimating and Tendering for Construction Work Fourth Edition.

Butterworth-Heinemann.

Bruno, W. A., & Joslin, M. L. (2005). The concepts of bias, precision and accuracy,

and their use in testing the performance of species richness estimators, with a

literature review of estimator performance. Ecography, 6(28), 815 - 829.

Page 76: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

60

Enshassi, Adnan; Mohamed, Sherif; Abdel-Hadi, Munther;. (2013). Factors

Affecting the Accuracy of Pre-Tender Cost Estimates in the Gaza Strip.

Journal of Construction in Developing Countries, 18(1), 73-94.

Greenhalgh, B. (2013). Introduction to Estimating for Construction. New York:

Routledge.

Gupta, S. (2007). Research Methodology and Statistical Techniques. India: Deep &

Deep Publications Pvt. Ltd.

International, A. (2016). Cost Estimate Classification System. AACE International.

Jumas, Dwifitra; Mohd-Rahim, Faizul Azli; Zainon, Nurshuhada;. (2015). The

Significance of Cost Variables and Their Influences on the Conceptual Cost

Estimation Accuracy. 9th ASEAN Postgraduate Seminar (APGS 2015),

Global Built Environment in Transition.

Kiew Y. H. (2009) Accuracy of Pre-tender Cost Estimates of Quantity Surveyor

Consultants. Bachelor Degree Thesis, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Kontrak, P. P. (2010). Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya.

Len, Holm; John, E. Schaufelberger; Dennis, Griffin; Thomas, Cole;. (2005).

Construction Cost Estimating Process and Practices. New Jersey: Pearson

Prentice Hall.

Oladokun, M. G., Oladokun, A. A., & Odesola, I. A. (2011). THe Accuracy of Pre-

tender Cost Estimates of Consultant Quantity Surveyors in Nigeria. Journal

of International Real Estate and Construction Studies, 1(1), 250-259.

Page 77: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

61

Oshegale, G.E.; Wahab, A. B.;. (2014). Analysis of Relationship Between

Preliminary Estimate, Tender Sum and Final Accounts (A Case Study of

Selected Building Projects in Edo State, Nigeria). CIvil and Environmental

Research, 6(6), 76-84.

Profesor Dr. Abd. Ghani Khalid. (2008). Model Ramalan Kos Pembinaan. Laporan

Akhir Projek Penyelidikan Kontrak, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat

Pengurusan Penyelidikan.

Salgueiro da Silva, M., & Seixas, T. (2017). The Role of Data Range in Linear

Regression. The Physics Teacher, 55, 371 - 372.

Samuel, G. B. (1991). How Many Subjects Does It Take To Do A Regression

Analysis. Multivariate Behavioral Research, 26(3), 499 - 510.

Sektor Pembinaan dijangka Berkembang 8 Peratus. (12 April, 2017). Retrieved from

Utusan Online: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sektor-

pembinaan-dijangka-berkembang-8-peratus-1.468272

Sempena Seminar Construction Industry Transformation Programme (CITP). (9

May, 2017). Retrieved from CIDB Malaysia:

http://www.cidb.gov.my/index.php/my/component/content/article/2-

uncategorised/652-sempena-seminar-construction-industry-transformation-

programme-citp?Itemid=140

Trost, S. M., & Oberlender, G. D. (April, 2003). Predicting Accuracy of Early Cost

Estimates using Factor Analysis and Multivariate Regression. Journal of

Construction ENgineering and Management, 129(2), 198-204.

Zafira Nadia Maaz (2015) Variability and Consistency of Pre-Tender Cost Estimates.

Bachelor Degree Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 78: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

62

LAMPIRAN

Page 79: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

63

LAMPIRAN A

CONTOH BORANG PENGUMPULAN DATA

Page 80: PERBANDINGAN ANGGARAN AWAL PROJEK PADA PELBAGAI … · 2018. 8. 7. · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas projek prasiswazah

64