psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: SISTEM MAKMAL MAYA BAGI PEMBELAJARAN SAINS (VIRTUAL LABORATORY FOR SCIENCE LEARNING) MUATAN HABA (SUB TAJUK MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4 BAB 4 - HABA DAN TENAGA). SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya NG HAN GUAN___________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 11, JALAN 4, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt. Shariffudin TAMAN GEMBIRA, NAMA PENYELIA 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 29/2/2004 Tarikh: 1/3/2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: SISTEM MAKMAL MAYA BAGI PEMBELAJARAN SAINS (VIRTUAL LABORATORY FOR SCIENCE LEARNING) MUATAN HABA (SUB TAJUK MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4 BAB 4 - HABA DAN TENAGA).

SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya NG HAN GUAN___________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: No. 11, JALAN 4, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt. Shariffudin TAMAN GEMBIRA, NAMA PENYELIA 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 29/2/2004 Tarikh: 1/3/2004

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

“Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan kami karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : .

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin

Tarikh : 1/3/2004

Tandatangan : .

Nama Penyelia II : En. Shaharuddin Md. Salleh

Tarikh : 1/3/2004

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

SISTEM MAKMAL MAYA BAGI PEMBELAJARAN SAINS

(VIRTUAL LABORATORY FOR SCIENCE LEARNING) MUATAN HABA

(SUB TAJUK MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4

BAB 4 - HABA DAN TENAGA)

NG HAN GUAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .

Nama Penulis : NG HAN GUAN

Tarikh : 29/2/2004

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

iii

Khas buat untuk ayah, Ng Thian Ser,

ibu, Low Sing,

isteri, Pua Yoke Ching,

kakak, Ng Siaw Wei,

dan adik-adik,

Ng Han Kwang, Ng Siaw En

yang tersayang.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada penyelia pertama

saya, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin dan penyedia kedua saya,

En. Shaharuddin Md. Salleh atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Ribuan terima kasih atas penyeliaan

mereka yang profesional dan sistematik, motivasi dan galakan yang berterusan,

pandangan yang bernas, ketabahan serta kesabaran sehingga kajian ini berjaya

disempurnakan.

Tunjuk ajar, bantuan teknikal, kerjasama, pentadbiran atau akademik

daripada pihak pensyarah-pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti

Pendidikan, UTM iaitu Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman dan En. Mohd. Ali Ibrahim,

pensyarah-pensyarah dari Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM

iaitu Dr. Zaidatun Tasir, Pn. Norah Md. Noor dan En. Mohd. Nihra Haruzuan

Mohammad Said, guru fizik Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini iaitu En.

Norizan Ghazali, guru fizik Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas 2

iaitu En. Md. Ridzuan Md. Nasir serta semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyempurnaan kajian ini amat

dihargai dan disanjung tinggi.

Akhir sekali, ribuan terima kasih dan penghargaan juga ingin ditujukan

kepada semua saudara-saudari yang tersayang, atas sokongan, doa dan bantuan

mereka yang setia dan berterusan.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

aplikasi multimedia bagi membantu mengatasi kesukaran pembelajaran sub tajuk

muatan haba dalam tajuk tenaga dan haba bahagian eksperimen. Kajian ini terdiri

daripada tiga objektif, iaitu: a) membangunkan perisian sistem makmal maya (SMM)

dalam satu sub tajuk kecil muatan haba mengikut sukatan mata pelajaran fizik,

tingkatan IV sekolah menengah, b) mengkaji kebolehgunaan SMM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan c) mengkaji kebolehgunaan SMM membantu

pelajar dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran

Rapid Prototyping digunakan sebagai panduan rekabentuk pengajaran yang terdiri

daripada tujuh peringkat. Metodologi kajian ini terdiri daripada tiga fasa yang

utama. Fasa Pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang

kesukaran pembelajaran muatan haba, teori pembelajaran dan model rekabentuk

pembelajaran melalui temubual secara tidak formal dengan pakar dalam bidang

pendidikan dan multimedia. Fasa Kedua kajian adalah untuk membangunkan SMM.

Susunan konsep dan kemahiran dalam SMM adalah berdasarkan Teori Pencapaian

Konsep. Program yang digunakan dalam membangunkan SMM ialah Macromedia

Flash MX Versi 6.0 sahaja. Objektif Fasa Ketiga kajian ialah untuk menilai

kebolehgunaan perisian yang dibangunkan. Sebanyak tujuh orang pakar terlibat

dalam Fasa Penilaian. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan

temubual. Hasil kajian mendapati SMM adalah berguna dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dan membantu pelajar dalam penerapan kemahiran proses sains.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

vi

ABSTRACT

This research is to investigate the use of multimedia applications in

overcoming the learning difficulties in laboratory experiment on Heat Capacity, the

sub topic of Energy. The objectives of this research are: a) to develop a virtual

laboratory courseware (SMM) in topic of Heat Capacity based on the syllabus of

secondary school physics, b) to evaluate the practicality of SMM in teaching and

learning process, c) to evaluate the practicality of SMM in application of scientific

skills. The Rapid Prototyping Instructional design model consists of seven levels

was adopted as the basic of the instructional design of this SMM. This research was

carried out in three phases. Phase one involved the collection of information

concerning the students’ learning difficulties in Heat Capacity, the learning theory

and the instructional design model through the unformed interview with experts in

education and multimedia. Phase two is the development SMM was based on the

Concept Attainment. The program that used in the development SMM was

Macromedia Flash MX Version 6.0. Phase three is the evaluation of the practicality

of SMM as mentioned above. 7 experts were involved in the evaluation of this

courseware. Data was collected using the questionnaire and interview. The research

result showed that SMM appeared to be useful in teaching and learning process.

Also, SMM was useful in application of scientific skills among the students.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Definasi Operasi Terminologi

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xvi

xvii

1

1

2

4

5

5

6

7

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

viii

BAB II

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

1.7.2 Bahan Pembelajaran Separa

Kendiri

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

2.2 Sejarah Perkembangan Komputer

Dalam Pendidikan Di Malaysia

2.3 Penggunaan Utama Komputer

Dalam Bidang Pendidikan

2.3.1 Sebagai Media Atau Sumber

Pengajaran Dan

Pembelajaran (P&P)

2.3.2 Sebagai Alat Pentadbiran

Dan Pengurusan

2.3.3 Alat Kajian Dan

Penyelidikan

2.3.4 Komputer Dalam

Pengajaran Dan

Pembelajaran (P&P)

2.4 Peranan Komputer Dalam Bidang

Pendidikan

2.4.1 Tutor

2.4.2 Tool

2.4.3 Tutee

7

8

9

9

9

11

11

11

12

13

14

15

15

16

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

ix

BAB III

2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer Dengan

Jenis Simulasi

2.6 Model Pembelajaran Yang

Digunakan Dalam Kajian

2.6.1 Model Pencapaian Konsep

(Concept Attainment)

2.6.2 Sintaksis Model Pencapaian

Konsep

2.6.3 Sistem Sosial

2.6.4 Dasar Reaksi

2.6.5 Sistem Sokongan

2.7 Model Rekabentuk Pengajaran

Yang Digunakan Dalam Kajian

2.7.1 Model Rapid Prototyping

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.2.1 Fasa Pertama –

Pengumpulan Maklumat

3.2.2 Fasa Kedua – Pembangunan

Perisian

3.2.2.1 Analisis Fisibiliti

3.2.2.2 Analisis Keperluan

3.2.2.3 Merekabentuk

Perisian

3.2.2.4 Penghasilan Perisian

3.2.2.5 Kitaran Prototaip

17

19

19

21

22

22

23

23

23

27

27

28

28

29

29

30

30

30

31

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

x

BAB IV

3.2.3 Fasa Ketiga – Penilaian Dan

Pengujian Kebolehgunaan

Perisian

3.2.3.1 Rekabentuk Fasa

Ketiga

3.2.3.2 Sampel Kajian

3.2.3.3 Instrumen Kajian

3.2.3.4 Implementasi

Perisian

3.3 Kesimpulan

PENGGUNAAN PERISIAN DAN

PENGANALISISAN DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Pembungkusan Dan Peredaran

Perisian

4.3 Panduan Penggunaan Perisian

4.3.1 Ikon Permulaan

4.3.2 Montage

4.3.3 Menu Utama

4.3.4 Modul Pembelajaran

4.3.5 Eksperimen

4.3.6 Pilihan Pemboleh Ubah

4.3.7 Penyediaan Awal

Eksperimen

4.3.8 Pemprosesan Eksperimen

4.3.9 Laporan

4.3.10 Pengakuan Keluar Dari

Perisian

4.4 Data

31

31

32

33

34

34

35

35

35

37

37

38

39

40

42

43

44

46

47

49

50

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xi

BAB V

4.5 Analisis Data

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Ringkasan Kajian

5.3 Perbincangan Kajian

5.3.1 Rekabentuk Informasi:

Strategi Pengajaran

5.3.2 Rekabentuk Persembahan

5.3.3 Rekabentuk Interaksi

5.4 Rumusan Kajian

5.5 Implikasi Kajian

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A - C

54

57

57

58

59

59

60

61

62

62

63

65

69 - 79

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

Sintaksis model pencapaian konsep dalam tiga fasa

Taburan kekerapan responden dalam pengujian

perisian dari segi rekabentuk informasi: strategi

pengajaran

Taburan kekerapan responden dalam pengujian

perisian dari segi rekabentuk persembahan

Taburan kekerapan responden dalam pengujian

perisian dari segi rekabentuk interaksi

Taburan peratus pensyarah dari Jabatan Pendidikan

Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, UTM

terhadap pengujian perisian

Taburan peratus pensyarah dari Jabatan Multimedia

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM terhadap

pengujian perisian

21

50

52

53

54

55

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xiii

4.6 Taburan peratus guru-guru fizik dari sekolah

menengah kebangsaan terhadap pengujian perisian

55

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

2.2

2.3

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

Model Rapid Prototyping (Tripp dan Bichemeyer,

1990)

Rapid Prototyping untuk rekabentuk perisian(Tripp

dan Bichemeyer, 1990)

Model Rapid Prototyping (Bostock dan Drammond,

1995; Bostock, 1998)

Rekabentuk Fasa Ketiga Kajian

Ikon permulaan

Skrin montage

Skrin menu utama

Skrin modul pembelajaran

25

25

26

32

37

38

39

41

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xv

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

Pergerakan mata pengguna semasa mempelajari isi

kandungan dalam skrin komputer (Baharuddin Aris

et al. 2001)

Skrin modul bertajuk muatan haba

Skrin Eksperimen

Skrin pilihan pemboleh ubah

Skrin penyediaan awal eksperimen

Skrin semakan penyediaan

Skrin pemprosesan eksperimen

Skrin laporan

Skrin pengakuan keluar dari eksperimen

41

42

43

44

45

46

47

48

49

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABM

AS

ATS

BIL

CD

CD-ROM

e-mail

ICT

ID

JMP

JPSM

KPM

m/p

P&P

PBK

PPK

PSM

PUK

S

SMK

SPM

TP

TS

UTM

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Alat bantu mengajar

Amat setuju

Amat tidak setuju

Bilangan

Cakera padat (compact dics)

Compact Dics - Read Only Memory

Mel elektronik

Teknologi maklumat dan komunikasi

Instructional Design

Jabatan Multimedia Pendidikan

Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik

Kementerian Pendidikan Malaysia

Mata pelajaran

Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran berbantukan komputer

Pusat Perkembangan Kurikulum

Projek Sarjana Muda

Pembelajaran urusan komputer

Setuju

Sekolah menengah kebangsaan

Sijil Pelajaran Malaysia

Tidak pasti

Tidak setuju

Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

Soalan Soal Selidik

Papan Cerita (Storyboard)

Persekitaran Flash MX

69

74

79

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin luas dan sangat penting.

Kegunaan komputer dalam kelas membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik

(Baharuddin, et al. 2001). Perkara sedemikian sangat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P). Terutamanya dalam pembelajaran konsep sains bagi

kebanyakan mata pelajaran (m/p) sains di peringkat sekolah menengah atas.

Keabstrakan konsep sains telah mengurangkan minat pelajar dalam proses

pembelajarannya. Keadaan sedemikian perlulah ditandatangani dengan segera supaya

matlamat kerajaan yang ingin menghasilkan 60% pelajar aliran sains tidaklah terjejas.

“Khabar angin” dari pelajar kanan tentang kesukaran m/p sains akan mengakibatkan

pelajar menengah rendah takut untuk memasuki ke dalam barisan pelajar aliran sains

semasa mereka naik ke menengah atas.

Justeru itu, ramai tokoh pendidik telah berusaha untuk menghasilkan atau

mencipta satu kaedah yang dapat mengurangkan masalah kesukaran pembelajaran

konsep sains. Buat masa kini, salah satu dari antaranya yang saling dibincangkan dan

digunakan adalah pendekatan pengajaran berbantukan komputer (PBK).

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

2

PBK boleh berbentuk menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara

langkah demi langkah iaitu program terancang atau menggunakan komputer untuk

pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada

pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharuddin, et al.

2001). Menurut teori konstruktivisme (Piaget, 1972), satu situasi di mana pelajar

digalakkan membina pengetahuan sendiri berdasarkan interaksi pelajar dengan

persekitaran bahan P&P seharusnya diwujudkan. Didapati pengetahuan yang dibina

oleh pelajar sendiri adalah lebih bermakna dan lebih berkekalan di dalam minda pelajar.

Dengan pendekatan PBK, para pelajar boleh belajar mengikut kesesuaian, masa dan cita

rasa diri mereka sendiri. Ujian, kuiz atau penilaian yang interaktif dan menarik juga

boleh diambil sekiranya diperlukan. Di samping itu, ianya juga turut menyediakan

kemudahan pangkalan data dan juga sistem pengrekodan maklumat bagi menyimpan

rekod pelajar (Jamalludin dan Zaidatun, 2000).

Walau bagaimanapun, pembangunan perisian ini mestilah berlandaskan

kesesuaian tajuk, teknologi, prinsip rekabentuk pengajaran dan kemahiran sains yang

dapat dipelajari oleh para pelajar selepas penggunaannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dengan kesedaran tentang faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada

penggunaan komputer, maka ia pun diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Namun,

kelihatan penggunaan komputer dalam proses P&P di peringkat sekolah dalam negara

kita ini adalah pada tahap yang amat minimum.

Dalam program yang dijalankan di sekolah Babbage di Amerika Syarikat,

terdapat ramai pelajar telah berjaya mempelajari segala m/p dengan penggunaan sistem

komputer (Zuckerman, 1979). Salah satu kebaikan daripadanya adalah sistem komputer

mengajar pelajar dengan langkah demi langkah. Setelah pelajar selesai mempelajari

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

3

sesuatu topik, kuiz atau penilaian akan dijalankan untuk memastikan pelajar tersebut

benar-benar menguasai topik berkenaan. Sekiranya pelajar tersebut tidak dapat

menjawab soalan, pelajar tersebut bolehlah menekan butang “HELP”. Jadi, komputer

akan menolong pelajar tersebut dengan memberikan bimbingan.

Perkara sedemikian juga akan berlaku dalam proses menjalankan eksperimen

secara simulasi dalam komputer. Dengan kaedah ini, setiap pelajar telah diberikan

peluang untuk menjalankan eksperimen secara individu. Secara langsungnya, guru

dapat memastikan setiap pelajar mengetahui proses menjalankan sesuatu eksperimen dan

bukan seperti mana yang masih berlaku dalam makmal sekolah harian masa kini.

Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal sekolah terdapat sebahagian besar

pelajar yang hanya sebagai pemerhati di sebelah atau mencatatkan data sahaja. Mereka

tidak memahami proses menjalankan eksperimen dan tidak terlibatkan dirinya secara

aktif dalam proses P&P ini. Walaupun setiap individu mempunyai gaya dan cara

pembelajaran mereka yang tersendiri, tetapi kebanyakan di antaranya akan belajar lebih

berkesan dengan cara mereka melibatkan dirinya dalam proses P&P secara aktif (Peter

Goodyear, et al. 1991) (Paul dan Donald, 1988).

Bagi sukatan m/p fizik tingkatan 4, bab 4 iaitu haba dan tenaga – muatan haba,

merupakan satu sub tajuk yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Atas

pemahaman konsep muatan haba akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya

ke dalam kehidupan harian mereka terutamanya dalam menjimatkan penggunaan tenaga.

Selain daripada menjimatkan masa proses P&P, proses menjalankan semua eksperimen

yang terkandung dalam tajuk ini secara simulasi dalam komputer juga membolehkan

pelajar menguji sesuatu konsep dalam tajuk ini tanpa dipengaruhi oleh pemboleh ubah di

sekeliling sehingga dapat memperbetulkan salah konsep yang berlaku dalam minda

pelajar. Menurut Inger Eriksson dan Pekka Reijonen, 1990, teknik simulasi telah

berjaya mempersembahkan konsep yang sukar serta cara perhubungannya dengan amat

konkrit sekali. Secara langsungnya, cara penjimatan tenaga telah dilaksanakan.

Eksperimen-eksperimen yang terkandung dalam tajuk ini, kebanyakannya terlibat

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: sistem makmal maya bagi pembelajaran

4

dengan proses pemanasan dan mengambil masa yang panjang. Dengan kaedah simulasi,

pembaziran tenaga dan masa ini dapatlah diatasi.

1.3 Pernyataan Masalah

Konsep muatan haba merupakan salah satu bahagian konsep yang abstrak dan

sukar dibayangkan oleh pelajar. Biasanya pelajar hanya menggunakan formula-formula

untuk menyelesaikan masalah serta memerhati perubahan dalam eksperimen sahaja.

Mereka sukar membayangkan dan menjelaskan segala fenomena yang berlaku dalam

eksperimen-eksperimen ini.

Haba dan tenaga merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dan hanya boleh

dirasai dan diuji oleh alat-alat yang bersesuaian sahaja seperti termometer. Secara

tradisi, pendekatan pengajaran yang biasa digunakan untuk menyampaikan tajuk haba

dan tenaga – muatan haba ini adalah melalui kaedah penyelesaian masalah dengan

menggunakan formula-formula sahaja. Ini adalah disebabkan eksperimennya sukar

mendapatkan data yang tepat (atas sebab pemboleh ubah di sekeliling) dan mengambil

masa yang panjang, maka guru-guru akan cuba mengelakkan menjalankan eksperimen

dalam pengajarannya. Malangnya, kaedah penyelesaian masalah hanyalah dapat

menghasilkan sekumpulan pelajar yang hanya mampu untuk menjawab soalan ujian

tanpa menguasai konsep. Maka satu pendekatan yang baru haruslah diperkenalkan

dalam membantu mengurangkan masalah pembelajaran bagi tajuk haba dan tenaga –

muatan haba ini. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membangun dan mengkaji

kebolehgunaan suatu perisian yang diharapkan dapat mengatasi masalah kesukaran

pembelajaran tajuk haba dan tenaga – muatan haba dalam bahagian eksperimen.

Perisian ini akan dibangunkan berasaskan tiga aspek yang penting iaitu pedagogi,

prinsip rekabentuk pengajaran dan teknologi.