kajian penggunaan blog dalam kalangan … fazlinda othma… · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti...
TRANSCRIPT
KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KAJIAN PENGGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya : NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :LOT 705/37, JLN HAJI MAT ALI DR.DAYANG HJH TIAWA BNTI AWANG HJ HAMID KAMPUNG KUPANG PALAS
21600, MARANG, TERENGGANU
Tarikh : 13 DISEMBER 2010 Tarikh : 13 DISEMBER 2010
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan daripada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”.
Tandatangan :.....................................................
Nama Penyelia: DR. DAYANG HJH TIAWA BINTI
AWANG HAJI HAMID
Tarikh : 13 DISEMBER 2010
KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :.....................................................
Nama Penulis : NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN
Tarikh : 13 DISEMBER 2010
iii
“Khas buat keluarga tersayang, ayah (Othman Bin Che Hussim), mak (Azizah Binti
Omar), Abg Ja, Abg G, Abg Rie serta adik-adik yang dikasihi, terima kasih di atas
segala pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan selama ini. Tanpa kalian semua,
siapalah diri ini.
“Tidak lupa pada Dr. Dayang Hjh Tiawa Bt Awang Hj Hamid yang banyak
membantu dalam memberikan pandangan dan tunjuk ajar yang baik sehingga saya
dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih....
“Buat teman teristimewa, Mohd Nazri Bin Mohamed, terima kasih di atas segala
nasihat dan sokongan yang diberikan untuk membina diri ini. Kau sentiasa berada
disampingku tika susah dan senang…Terima Kasih..
“Buat teman-teman seperjuangan terutamanya Rin dan Mel yang sentiasa memberi
dorongan dan banyak membantu dalam menyumbang idea-idea yang bernas. Terima
Kasih tidak terhingga buat kalian semua…
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”
Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan tesis ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Dr.
Dayang Hjh Tiawa Bt Awang Hj Hamid di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang
telah diberikan kepada saya di sepanjang tempoh pelaksanaan tesis ini. Sesungguhnya
segala idea dan dorongan yang diberikan amat berguna dan dihargai.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada ayah, mak, abang-abang serta
adik-adik saya kerana telah banyak memberi sokongan dan nasihat yang berguna dalam
menyiapkan tesis ini.
Ucapan tidak terhingga buat teman teristimewa iaitu Nae yang sentiasa
menasihati dan menyokong saya dalam menyiapkan tesis ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di atas sumbangan, nasihat dan idea-idea yang
bernas dalam menjayakan kajian pendidikan ini.
v
ABSTRAK
Penggunaan blog dalam pendidikan dapat membantu pelajar berhubung secara
atas talian dengan guru atau rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium
untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan
pengguna blog yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan
penggunaan blog dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan. Selain itu, mengkaji
faktor-faktor penggunaan blog dari tiga aspek iaitu perkembangan teknologi, pengaruh
sosial dan perkongsian maklumat. Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70
orang pelajar yang mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Data latar belakang pelajar
seperti jantina, status pengajian, status pekerjaan dan status blog pelajar telah dikutip.
Terdapat tiga faktor penggunaan blog yang dikaji iaitu perkembangan teknologi,
pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Kajian rintis yang dijalankan sebelum
kajian sebenar memberi nilai Alpha Cronbach 0.8204. Dapatan kajian ini menunjukkan
purata min bagi setiap bahagian yang diuji adalah tinggi iaitu melebihi 3.67 kecuali
bahagian yang mengkaji masalah dalam penggunaan blog mencatatkan nilai purata min
iaitu kurang daripada 3.00. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan
penggunaan blog dengan jantina. Selain itu, tiada perbezaan signifikan antara kekerapan
penggunaan blog dengan status pengajian pelajar. Dapatan melalui temubual
menunjukkan pelajar gemar menggunakan blog disebabkan faktor perkembangan
teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Secara umumnya, kajian ini
menunjukkan pelajar perlu menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran supaya
menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.
vi
ABSTRACT
The blog usages in education are to assist students communicate online with
teachers or peers. Students can use blogs as a medium for learning especially in how to
find or share information with other users and their own different blogs. The purpose of
this study was to investigate the frequencies of blog usage among the students of the
Faculty of Education. In addition, this study also intends to investigate the factors of
blog usage from three aspects, namely technology development, social influence and
information sharing. The study also reviewed the problems faced by students when they
use blogs. Sets of questionnaires were distributed to 70 students pursuing the Master of
Education (Educational Technology), Faculty of Education, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Student background data such as gender, education status,
employment status and the status of the student blog has been collected. There are three
factors that investigated the use of blog technology development, social influence and
information sharing. A pilot study conducted prior to the survey gave a Cronbach Alpha
0.8204. The findings showed that the mean of each part of the test is high, higher than
3.67 except for the problem in the use of blogs recorded mean value of less than 3.00.
There was no significant difference between the frequencies of blog usages by gender.
In addition, there is no significant difference between the frequencies of blog usages to
the status of student learning. The findings of the interviews showed that students prefer
to use the blog due to technological factors, social influence and information sharing. In
general, this study shows that students need to use a blog in learning activities that
generate the learning environment more effective and efficient.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
iv
v
vi
vii
xiii
xiv
xv
xvi
1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalaan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Kerangka Kajian
1.8 Rasional Kajian
1.9 Kepentingan Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Penggunaan
1
3
6
7
8
8
9
10
10
11
11
viii
1.10.2 Blog
1.10.3 Kalangan
1.10.4 Pelajar
1.10.5 Faktor
1.11 Kesimpulan
11
13
13
14
14
2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Sejarah Perkembangan Blog
2.3 Ciri-Ciri Sesebuah Blog
2.4 Istilah-Istilah Dalam Blog
2.5 Media Blog Popular
2.5.1 Media blog Popular Di Talian
2.6 Blog Pendidikan Popular
2.7 Manfaat Penggunaan Blog
2.8 Perbezaan Antara Pembelajaran Traditional
Dengan Blog
2.9 Faktor-Faktor Penggunaan Blog
2.9.1 Faktor Perkembangan Teknologi
2.9.2 Faktor Pengaruh Sosial
2.9.3 Faktor Perkongsian Maklumat Atau
Pengetahuan
2.10 Kajian Lepas Tentang Penggunaan Blog
2.11 Kesimpulan
15
16
18
20
23
24
26
28
30
30
32
34
36
38
43
ix
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.2.1 Pendekatan Kuantitatif
3.2.2 Pendekatan Kualitatif
3.3 Prosedur Kajian
3.4 Pemilihan Sampel Kajian
3.4.1 Pendekatan Kuantitatif
3.4.2 Pendekatan Kualitatif
3.5 Tempat Kajian
3.6 Instrumentasi
3.6.1 Pendekatan Kuantitatif
3.6.2 Pendekatan Kualitatif
3.7 Kajian Rintis
3.7.1 Kesahan
3.7.2 Kebolehpercayaan
3.8 Prosedur Pengumpulan Data
3.9 Analisis Data
3.9.1 Kaedah Analisis Deskriptif
3.9.2 Kaedah Analisis Kualitatif
3.10 Takwin Penyelidikan
3.11 Kesimpulan
44
44
45
46
46
49
50
51
51
52
52
55
57
58
60
62
63
63
67
69
70
x
4
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan
4.2 Demografi Pelajar
4.3 Analisis Kekerapan Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar
4.4 Analisis Faktor Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar
4.4.1 Analisis Faktor Penggunaan Blog
Dari Aspek Perkembangan
Teknologi
4.4.2 Analisis Faktor Penggunaan Blog
Dari Aspek Pengaruh Sosial
4.4.3 Analisis Faktor Penggunaan Blog
Dari Aspek Perkongsian Maklumat
4.5 Analisis Masalah Penggunaan Blog dalam
Kalangan Pelajar
4.5.1 Analisis Masalah Penggunaan Blog
Dalam Kalangan Pelajar Denga
Menggunakan Item Soalan
4.5.2 Analisis Masalah Penggunaan Blog
Dalam Kalangan Pelajar Menggunakan
Soalan Terbuka.
4.6 Perbezaan Kekerapan Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar Di Antara Jantina
4.7 Perbezaan Kekerapan Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar Di Antara Status Pengajian
4.8 Analisis Data Kualitatif
71
72
74
80
80
83
86
90
90
93
99
99
100
xi
4.9 Kesimpulan
117
5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Demografi Responden
5.2.2 Kekerapan Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar
5.2.3 Faktor-Faktor Penggunaan Blog Dalam
Kalangan Pelajar
5.2.3.1 Faktor Teknologi
5.2.3.1 Faktor Pengaruh Sosial
5.2.3.3 Faktor Perkongsian
Maklumat Atau
Pengetahuan
5.2.4 Masalah Penggunaan Blog
5.2.5 Perbezaan Kekerapan Penggunaan
Blog Dalam Kalangan Pelajar Di
Antara Jantina
5.2.6 Perbezaan Kekerapan Penggunaan
Blog Dalam Kalangan Pelajar Di
Antara Status Pengajian
5.2.7 Perbincangan Temubual Pelajar
5.3 Rumusan
5.4 Implikasi Kajian
5.5 Kekangan Kajian
118
118
119
119
120
121
122
123
124
125
126
126
128
129
131
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
1.1
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
3.1
4.1
TAJUK
Kerangka Kajian faktor-faktor penggunaan
blog
Blog pertama iaitu What’s New pada browser
Mosaic
Blogosphere
Contoh Antaramuka bagi blog
Kitaran dalam penggunaan blog
Komponen sosial dalam fenomena
penggunaan blog
Perkongsian maklumat menerusi internet
melalui blog
Prosedur Kajian
Taburan Responden Mengikut Jantina
MUKA SURAT
9
17
18
23
31
35
37
49
72
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
2.1
2.2
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
TAJUK
Media Blog popular masa kini
Kategori Blog dalam pendidkan
Taburan populasi dan sampel kajian.
Skala Pemeringkatan Likert
Pembahagian Item Mengikut Soal Selidik
Pekali Alpha Cronbach
Kriteria Menganalisis Data
Kriteria Analisis Data Kualitatif
Takwin Penyelidikan
Taburan Responden Mengikut Status
Pengajian
Taburan Responden Mengikut Status
Pekerjaan
Taburan Responden Mengikut Pelajar Yang
Mempunyai Blog
Taburan Responden Terhadap Pendedahan
Awal Menggunakan Blog
Taburan Responden Terhadap Jenis-Jenis Blog
Yang Digunakan
Taburan Responden Terhadap Pengalaman
Menggunakan Blog
MUKA SURAT
24
26
51
54
54
60
65
67
69
73
73
73
74
74
75
xiv
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
Taburan Responden Terhadap Anggaran Masa
Yang Diperuntukan Untuk Menulis Blog
Taburan Responden Terhadap Lokasi
Menggunakan Blog
Taburan Responden Terhadap Kekerapan
Penggunaan Blog
Taburan Responden Terhadap Faktor
Penggunaan Blog Dari Aspek Teknologi
Taburan Responden Terhadap Faktor
Penggunaan Blog Dari Aspek Pengaruh Sosial
Taburan Responden Terhadap Faktor
Penggunaan Blog Dari Aspek Perkongsian
Maklumat
Taburan Responden Terhadap Masalah Dalam
Penggunaan Blog
Hasil Ujian-t Perbezaan Kekerapan Penggunaan
Blog Dalam Kalangan Pelajar di antara Jantina
Hasil Ujian-t Perbezaan Kekerapan Penggunaan
Blog Dalam Kalangan Pelajar di antara Status
Pengajian
Analisis Pembinaan Tema
76
76
79
82
85
88
92
99
100
101
xv
SENARAI SINGKATAN
VoIP - Voice over Internet Protocol
PBK - Pengajaran/Pembelajaran Berbantukan
Komputer
HTML - HyperText Markup Language
CSS - Cascading Style Sheets
PHP - Hypertext PreProcessor
dsb - Dan Sebagainya
URL - Uniform Resource Locator
RMK - Rancangan Malaysia ke
ICT - Information and communication technologies
CATE - Conference on Computers and Advanced
Technology in Education
PDA - Personal digital assistant
ASP - Active Server Pages
CMS - Content Management System
XML - Teknologi Extensible Markup Language
CSCL - Computer-Supported Collaborative Learning
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPT - Institut Pengajian Tinggi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
CALL - Computer Assisted Language Learning
OEDb - Online Education Database
CMC - Computer Mediated Communication
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
B
C
D
E
F
G
H
I
TAJUK
Surat Pengesahan Pelajar
Surat Permohonan Data
Surat Kelulusan Mendapatkan Data
Statistik Jumlah Pelajar
Jadual Persampelan
Pengesahan Soal Selidik Dari Pakar
Analisis Pekali Alpha Cronbach
Borang Soal selidik
Contoh Soalan Temubual
MUKA SURAT
145
146
147
148
151
152
154
157
164
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa,
komunikasi dan teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting dalam
bidang pendidikan. Ini kerana masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan
masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan
teknologi. Masyarakat ini sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi
dalam semua aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif
sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggerak utama kemajuan dan
pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi
maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT).
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi (Zoraini Wati Abas, 1993).
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) kini memasuki fasa kedua
bermula dari tahun 2003 hingga 2010 yang akan memberikan penyelidikan teknologi
baru dan pembangunan kreatif multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi komputer tidak boleh dinafikan lagi khususnya dalam domain komunikasi
2
dan pembudayaan nilai pengetahuan. Peranannya ialah sebagai agen perubahan tidak
pernah berkurang malah semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila kekayaan
maklumat dijadikan indeks pengukur dalam membezakan negara maju dengan
negara yang sedang membangun.
Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan hasil pembelajaran. Bower (1998) menekankan lagi bahawa
pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih interaktif dan perlu terus ditingkatkan.
Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan
memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta
menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.
Kelebihan dunia informasi serantau ini telah diguna pakai secara keseluruhan
oleh ramai pembangun-pembangun teknologi yang telah menghasilkan produk-
produk berasaskan atas talian seperti sistem forum dalam e-learning, sistem
komunikasi atas talian (chat), sistem perhubungan melalui jalur lebar, Voice over
Internet Protocol (VoIP), sistem rangkaian perhubungan melalui sistem peringkat
seperti rangkaian sosial dan yang terkini adalah perkembangam dunia informasi telah
mewujudkan suatu sistem penyampaian hebahan maklumat persendirian secara
online iaitu Blog (Aizam Hussin, 2009).
Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau
weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember
1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin
Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi.
Beliau antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah membuka
lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog akhirnya
diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.
Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya
boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Pelbagai maklumat dan informasi
dalam pendidikan boleh dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh
3
berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang
membina terhadap catatan yang dibuat (Berita Harian, Khamis, 3 Mei 2005)
1.2 Latar Belakang Masalah
Dengan kepesatan dalam penyebaran maklumat, seiring dengan kepesatan
teknologi penyebaran maklumat maka terhasilnya teknologi penyampaian yang
begitu efisyen dan mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Blog
adalah revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang
pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu
perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif pendidikan secara global.
Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan hasil pembelajaran. Bower (1998) menekankan lagi bahawa
pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih interaktif dan perlu terus ditingkatkan.
Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan
memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta
menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.
Corak pendidikan pada masa kini semestinya sudah banyak berubah jika
dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi
maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu
cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dalam kalangan
para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PBK sebagai perisian pendidikan
dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming
language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and
programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek (Scribd, 2009).
4
Seorang ahli teknologi pendidikan terkemuka, Kelly-Bootle memberi
pendapat bahawa “Pengajaran atau pembelajaran dibantu oleh komputer bermaksud
setiap yang dihubungkan secara dalam talian (on-line)”. Kenyataan itu adalah
mengenai interaksi antara pelajar dengan komputer melalui perisian PBK. Oleh
sebab kemampuan komputer memberi pengajaran secara individu kepada pelajar,
maka setiap pelajar masing-masing akan berhadapan dengan sebuah komputer dalam
sesi pembelajarannya (Baharuddin et al., 2000).
Pengajaran secara tradisional banyak melibatkan komunikasi satu hala, iaitu
guru sahaja yang bercakap di hadapan sesebuah kelas. Pelajar hanya perlu duduk,
mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah matapelajaran. Persembahan
sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran
tersebut dan seterusnya mengkategorikannya sebagai matapelajaran yang sukar
difahami. Ini kerana, interaksi yang kurang di antara pelajar dan guru mengarahkan
pelajar menjadi pelajar yang pasif. Di samping itu, interaksi pelajar dengan
matapelajaran itu sendiri turut terbatas kerana guru mengajar tanpa mementingkan
tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh
mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka (Baharuddin et al., 2000).
Penggunaan Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada
guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta
penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal
tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal
pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu
mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-
satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang
kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini
dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang
diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001).
5
Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi
sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun banyak
kajian yang telah dijalankan terhadap ruang perbincangan secara online yang
dibangunkan untuk komuniti pendidik umumnya menunjukkan penyertaan yang
sangat rendah (Carboni, 1999; Pomeroy, 1997; Hawkes & Good, 2000; Leach, 2002;
Stephens & Hartmann, 2002). Kajian juga menunjukkan sebahagian besar warga
pendidik yang terlibat di dalam perbincangan secara maya telah menggunakan
ruangan tersebut untuk membincangkan perkara-perkara yang remeh dan
mengandungi maklumat yang kurang tepat. (Hough et al. 2004). Selain itu juga,
perbincangan yang di adakan dalam laman forum adalah perbincangan bagi pelajar
yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak melibatkan perbincangan secara global.
Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan secara terbuka. (Dr. Sajap
Maswan, 2009).
Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung
secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh
menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat
ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy
(2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-pengajar dan pelajar-
pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog boleh
menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting dan ditaksir dan seterusnya
diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya.
Selain itu juga, kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam
menghantar penulisan secara atas talian. Jesteru itu, pelajar dapat mengasah bakat
dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang
lain. Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa
menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan
blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan
blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod aturcara seperti
HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Blog lebih senang diselenggara kerana telah
6
tersedia fungsi kiriman mudah serta rekabentuk yang boleh di ubahsuai melalui
kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna.
Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan
pengguna yang lain. Hal yang demikian kerana menurut Cabrera (2002) perkongsian
ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau
kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu
komuniti atau sebuah organisasi. Penggunaan blog sebagai medium penghubung
membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna
yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (NurAzza, 2009). Penggunaan blog
pada masa kini banyak membantu dalam meningkatkan sistem pendidikan di
Malaysia.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan masalah yang sedia wujud iaitu pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional, pengkaji ingin menjalankan kajian terhadap kekerapan
penggunaan blog dalam kalangan pelajar. Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan
oleh Pew Internet dan American Life Project, pembaca blog meningkat 58% pada
tahun 2004 (L. Rainie, 2005). Jumlah blog di Amerika Syarikat juga meningkat dari
29,500 pada tahun 2000 menjadi 5,340,000 pada tahun 2005 (Perseus,2005).
Berdasarkan teori reasoned action yang diperkenalkan oleh J.K. Liker, A.A.
Sindi (1997), faktor yang mendorong pelajar menggunakan blog adalah disebabkan
oleh faktor perkembangan teknologi di mana blog mudah digunakan. Manakala
faktor penggunaan blog disebabkan oleh perkongsian maklumat menyumbang
kepada 78 % daripada variance (Chin-Lung Hsu, 2007). Daripada 212 responden
yang terdiri daripada pelajar di Soochow University, Taipei, Taiwan yang dikaji
menunjukkan sebanyak 86 % orang mahu menggunakan blog (Judy Chuan-Chuan
Lin, 2007).
7
Oleh itu pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor penggunaan blog dari tiga
aspek utama iaitu perkembangan teknologi, pengaruh sosial dan dari aspek
perkongsian maklumat atau pengetahuan terhadap pelajar-pelajar di Universiti
Teknologi Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar ketika menggunakan blog supaya pengubahsuaian
terhadap sistem pendidikan secara tradisisonal dapat dilaksanakan.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif perlu dicapai untuk memenuhi matlamat ini. Antara
objektif yang perlu dicapai ialah untuk mengenalpasti :
i) kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar.
ii) sama ada faktor perkembangan teknologi, pengaruh sosial atau
perkongsian pengetahuan yang menyumbang kepada penggunaan blog.
iii) masalah-masalah yang di hadapi oleh pelajar apabila menggunakan blog.
iv) perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar diantara
jantina.
v) perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar diantara
status pengajian.
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah
dikemukakan:
i) Apakah kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar?
ii) Apakah faktor yang menyumbang kepada penggunaan blog secara
meluas pada masa kini dalam bidang pendidikan?
iii) Apakah masalah yang selalu di hadapi oleh pelajar ketika menggunakan
blog?
vi) Adakah terdapat perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan
pelajar diantara jantina.
vii) Adakah terdapat perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan
pelajar diantara status pengajian.
1.6 Skop Kajian
Untuk memastikan kajian ini memenuhi matlamat dan objektif kajian,
terdapat sempadan bagi kefungsian aktiviti kajian yang telah dikenalpasti. Hal ini
adalah bertujuan untuk memastikan agar kajian dapat mencapai matlamatnya. Skop
bagi kajian ini ialah:
i) Kajian ini hanya dilakukan untuk pelajar-pelajar fakulti pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia.
9
ii) Kajian ini hanya mengkaji kekerapan penggunaan blog dalam bidang
pendidikan sahaja.
iii) Kajian ini menekankan tiga faktor utama iaitu perkembangan teknologi,
pengaruh sosial ataupun perkongsian maklumat atau pengetahuan yang
menjadi pendorong utama dalam penggunaan blog dalam kalangan
pelajar.
iv) Kajian ini turut mengkaji tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam penggunaan blog.
1.7 Kerangka Kajian
Kajian ini direkabentuk berdasarkan kerangka kajian seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1.1 di bawah:
Rajah 1.1: Kerangka Kajian faktor-faktor penggunaan blog
10
Rekabentuk kajian menunjukkan penggunaan blog dalam kalangan pelajar
dikaji melalui kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar, faktor-faktor
yang mempengaruhi penggunaan blog dari tiga aspek utama iaitu perkembangan
teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat atau pengetahuan. Aspek-
aspek yang dipilih untuk diuji adalah berdasarkan kajian J.W. Moon dan Y.G. Kim
(2001), Elsevier B.V(2007), Chin-Lung Hsu dan Judy Chuan-Chuan Lin (2007).
Selain itu, pengkaji mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
menggunakan blog.
1.8 Rasional Kajian
Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan pelajar terutamanya
dalam bidang pendidikan semakin berkembang dengan pesatnya. Penggunaan blog
dalam pendidikan memberikan faedah kepada pelajar. Menurut Aizam Hussin
(2009), blog bukan muncul begitu sahaja, ia bukanlah satu sistem yang hadir dengan
sempurna. Kehadiran blog adalah satu revolusi. Ia muncul apabila ramai pembangun-
pembangun teknologi berasaskan web merasakan sesebuah informasi terkini perlu
dikemaskini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Jesteru itu, kajian
ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penggunaan blog, mengenalpasti faktor-
faktor penggunaan blog dalam kalangan pelajar dan masalah yang dihadapi oleh
mereka dalam menggunakan blog.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana ia mampu mendedahkan kepada pelajar tentang
kebaikan dan faedah yang akan diperolehi sekiranya menggunakan blog dalam
penyebaran maklumat berkaitan dengan pendidikan. Ia boleh meningkatkan tahap
kecermelangan dalam kalangan pelajar di samping memajukan tahap pendidikan di
11
negara ini. Malah penggunaan blog ini mampu menyelesaikan masalah dan
kesukaran yang dihadapi oleh para pengajar dan pelajar atau pelajar dengan pelajar
kerana ia melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum
maya yang lain. Malah ia juga dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam
kalangan pelajar. Selain itu, penggunaan blog banyak memberi faedah antaranya
ialah dapat menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif
terhadap pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial dan menggalakkan
perkongsian idea disamping meningkatkan tahap motivasi para pelajar (Nur Azza
Haron, 2009).
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Penggunaan
Perkataan " penggunaan" ialah menggunakan barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik.
Menurut Kamus Pelajar Karisma (2000) penggunaan merujuk kepada
perbuatan atau perihal menggunakan sesuatu.
1.10.2 Blog
Blog ialah sebutan ringkas bagi weblog. Ia adalah sebuah diari atau jurnal
online yang menyenaraikan pendapat atau pandangan tidak rasmi dan
menghubungkan maklumat dengan pihak ketiga secara berkala tentang sesuatu topik
khusus dan biasanya disusun mengikut kronologi. Blog mengandungi maklumat
yang menggambarkan minat, pemikiran atau pendapat serta mengikut kronologi iaitu
maklumat yang terbaru diletakkan di bahagian atas. Ia mudah dikemaskini tanpa
12
memerlukan pengaturcaraan dan membolehkan pembaca memberikan komen dan
ulasan.
Weil (2006) – “a frequent, chronological publication of personal thoughts and web
links”
Wu (2005) – “in principal, a blog is mot different from webpage, however, a blog
can be created with the touch of mouse clicks and no experience in web authoring is
needed” “
…. Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan, anda boleh
berkongsi minat dan kepakaran melalui blog…” ( Rosli Jamal, 2007)
….Blog ialah singkatan bagi ungkapan weblogs. Secara ringkasnya bolehlah kita
katakan blog ini sebagai jurnal atau diari secara dalam talian (online ). Ia terdiri
daripada siri-siri entri yang dibezakan mengikut tarikh dan masa ia ditulis. Pemilik
blog (atau juga dipanggil blogger) boleh mengubah (customize ) format tarikh dan
masa ini. Jika beliau tidak mahu maklumat waktu blog ini di terbitkan (posted ),
maka beliau boleh berbuat demikian.
Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut website pribadi yang
selalu dikemaskini secara berperingkat dan mempunyai pautan ke website lain yang
dianggap menarik
Roger Yim, seorang kolumnis San Francisco Gate pada artikelnya di Februari
(2001), menuliskan bahawa sebuah Blog adalah persilangan antara diari seseorang
dan daftar pautan di Internet.
13
Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan yang berkaitan dengan
topik. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format
interaktif merupakan ciri yang utama kebanyakan blog (Peter Lang, 2006).
Wu (2005) – “The blogs is updated instantly and allows readers to post comments”.
Siemens (2002) – “The postings in a blog are also viewed chronologically,
therefore giving readers a sense of continuity”.
Secara kesueluruhannya, blog memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan. Ini kerana penggunaan blog mendatangkan banyak faedah di mana
pelajar dapat bertukar pendapat dan pandangan terhadap pelajaran. Di samping itu
juga meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan pelajar.
1.10.3 Kalangan
Perkataan “kalangan” merujuk kepada kumpulan, kelompok atau golongan
tertentu. Dalam kajian ini kumpulan pelajar adalah terdiri dari pelajar-pelajar Fakulti
pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. ( Kamus Dewan, 2000, Ms. 452).
1.10.4 Pelajar
Pelajar membawa maksud orang yang belajar (seperti murid, penuntut di
maktab dsb), orang yang mengaji (menyelidik ilmu).(Kamus Dewan Edisis Ketiga,
1994 :18)
14
Mengikut Kamus Dewan (2000) pelajar adalah golongan orang yang belajar
atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah pelajar pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,
Johor.
1.10.5 Faktor
Perkataan ‘Faktor” bermaksud sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002:348)
Menurut Kamus Dewan (2000) faktor merujuk kepada perihal, kejadian atau
keadaan yang mempengaruhi terjadinya sesuatu atau hasil dari sesuatu.
1.11 Kesimpulan
Dalam bab ini telah dihuraikan dan diterjemahkan perkara-perkara yang
menjadi asas dan hala tuju kajian ini, latar belakang kajian telah dihuraikan dengan
penyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian,
kepentingan kajian, istilah dan kesimpulan.