hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16...

29
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH MENENGAH MOHD HAFIZUL BIN ZULHUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 05-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA

PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH MENENGAH

MOHD HAFIZUL BIN ZULHUDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA

PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MOHD HAFIZUL BIN ZULHUDA_______________mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: DR YEO KEE JIARLOT 1804 KG. KEPAS LATI, Nama Penyelia

17000 PASIR MAS,

KELANTAN DARUL NAIM,

Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Page 3: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN

CARA PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH MENENGAH

MOHD HAFIZUL BIN ZULHUDA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 5: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

iii

�Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………...........

Nama Penyelidik : MOHD HAFIZUL BIN ZULHUDA

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 6: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurnia-NYA maka dapatlah saya menyiapkan penyelidikan ilmiah ini dengan

sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan khas buat

penyelia saya, Dr. Yeo Kee Jiar yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan

serta bimbingan kepada saya sehingga saya berjaya menyiapkan dan

menyempurnakan penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada ayahanda, Zulhuda Bin Hj. Ismail serta

bonda, Hasnah Bt. Daud. Kepada isteri, Tengku Nursyariza Bt. Tg. Abd. Mutalib dan

anakanda, Putera Hazriq Bin Mohd Hafizul, dan tak lupa juga kepada seluruh ahli

keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, tidak jemu memberikan sokongan

serta galakan sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Johor Bahru. Tanpa jasa

baik daripada mereka, penyelidikan ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

v

Dedikasi

Untuk ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Zulhuda Hj. Ismail dan Hasnah Daud,

isteri tercinta, Tengku Nursyariza Tengku Abdul Mutalib,

anakanda yang disayangi, Putera Hazriq Mohd Hafizul,

Terima Kasih diatas segala doa, pengorbanan dan restu kalian…

Jasa kalian tidak akan terbalas olehku…

Semoga Allah akan sentiasa merahmati kalian…

Untuk adik-adik yang dikasihi…

Norashikin, Mohd Zaki, dan Nurul Ain Aina

Terima kasih atas segala sokongan dan doa yang diberikan…

Dan buat Dr. Yeo Kee Jiar

serta pensyarah

di Fakulti Pendidikan…

Terima kasih atas masa serta tenaga

bagi membantu menjayakan penyelidikan ini..

Page 8: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

vi

ABSTRAK

Kerja rumah ialah suatu aktiviti yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran

dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru bertanggungjawab untuk

menyediakan kerja rumah kepada pelajar, manakala pelajar diwajibkan menyiapkan

kerja rumah tersebut. Walaupun terdapat banyak isu dilaporkan melalui dapatan

kajian dan media berhubung dengan bebanan kerja rumah kepada pelajar, namun

kerja rumah terus menjadi satu perkara yang wajib dilaksanakan kerana terbukti

bahawa kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik. Kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan

guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah teknik.

Seramai 100 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah teknik sekitar Johor

Bahru telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan berpandukan kaedah

tinjauan soal selidik. Semua data diproses dengan Statistical Packages For Social

Sciences (SPSS) 14.0. Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif

(melibatkan frekuensi dan peratus) dan inferensi (melibatkan Spearman rho

Correlation). Daripada data yang diperoleh, penyelidik mendapati bahawa secara

keseluruhannya tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa dengan pencapaian

bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Namun begitu, terdapat

juga hubungan antara jenis kerja rumah (ulangkaji dan penerokaan) dengan

pencapaian Matematik, cara pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dengan

pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, dan cara pengelolaan

guru selepas kerja rumah diberikan dengan pencapaian Matematik. Namun, kesemua

hubungan yang wujud adalah pada tahap yang lemah. Beberapa implikasi dan

cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

vii

ABSTRACT

Homework is always a method practically being used in Malaysian schools

for teaching and learning. Teachers are responsible to prepare the homework while

students are supposed them. Even though there are numerous issues reported by

research findings and media about excessive homework given to students, homework

remains a compulsory work because it is related to achievement. The aim of this

study was to investigate the relationship between time, type and teachers’

administration method in homework and achievement in Mathematics, English and

History among secondary technical school students. The samples of this study consist

of 100 students from three secondary technical schools in Johor Bahru. The data was

derived from questionnaires and processed by using Statistical Packages for Social

Sciences (SPSS) 14.0. Data analysis was divided into two parts: descriptive (which

involved frequency and percentage) and inference (which involved Spearman rho

correlation). Results indicated that there was no correlation between time spent on

homework with students’ achievement in Mathematics, English and History.

However correlations exist between type of homework (revision and exploration) and

achievement in Mathematics, and teachers’ administration method in homework with

achievement in Mathematics and English. However, correlations among the various

parameters mentioned were not strong. Various implications and suggestions have

been discussed at the end of the study.

Page 10: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

DEDIKASI v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 11

Page 11: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.7.1 Institusi Pendidikan 11

1.7.2 Pelajar 12

1.7.3 Pihak Pentadbiran Sekolah 12

1.7.4 Ibu bapa 12

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Kerangka Teori 13

1.9.1 Teori Behaviourisme 13

1.9.2 Teori Kognitif 14

1.10 Kerangka Konsep 15

1.11 Definisi Istilah 16

1.11.1 Hubungan 16

1.11.2 Peruntukan Masa 17

1.11.3 Jenis Kerja Rumah 17

1.11.4 Pengelolaan Guru 17

1.11.5 Kerja Rumah 18

1.11.6 Pencapaian Akademik 18

1.12 Penutup 19

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Perkembangan yang berkaitan dengan Kerja

Rumah 20

2.2.1 Kajian Berkaitan Peruntukan Masa 21

2.2.2 Kajian Berkaitan Jenis Kerja Rumah 23

Page 12: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

2.2.3 Kajian Berkaitan Pengelolaan Guru 24

2.2.4 Kajian Dalam Negara 26

2.3 Teori yang berkaitan dengan kajian 27

2.3.1 Teori Behaviourisme 28

2.3.2 Teori Kognitif 39

2.4 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Pemboleh ubah Kajian 32

3.4 Populasi dan Sampel 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang

Responden 34

3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Mengenai

Peruntukan Masa, Jenis Kerja Sekolah

dan Cara Pengelolaan Guru 34

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 35

3.7 Penganalisisan Data 36

3.8 Penutup 37

Page 13: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Bahagian A: Analisis Deskriptif 39

4.2.1 Analisis Demografi Aspek Jantina 39

4.2.2 Analisis Demografi Aspek Bangsa 40

4.2.3 Analisis Demografi Aspek Pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 40

4.2.4 Analisis Demografi Aspek Peruntukan

Masa Untuk Menyiapkan Kerja Rumah

Matematik, Bahasa Inggeri dan Sejarah 42

4.3 Bahagian B: Taburan Kekerapan Dan Tahap Min 43

4.4 Analisi Inferensi: Hubungan Antara Peruntukan

Masa, Jenis dan Cara Pengelolaan Guru Terhadap

Pencapaian 71

4.4.1 Analisis Hubungan Antara Peruntukan

Masa Menyiapkan Kerja Rumah dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah 72

4.4.2 Analisis Hubungan Antara Kerja Rumah

Jenis Ulangkaji dengan Pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 74

4.4.3 Analisis Hubungan Antara Kerja Rumah

Jenis Penerokaan dengan Pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 76

Page 14: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.4.4 Analisis Hubungan Antara Cara

Pengelolaan Guru (Semasa Kerja Rumah

Diberikan) denganPencapaian Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah 78

4.4.5 Analisis Hubungan Antara Cara

Pengelolaan Guru (Selepas Kerja Rumah

Diberikan) dengan Pencapaian Matematik,

Bahasa Inggeris dan Sejarah 80

4.5 Penutup 82

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Hubungan Antara Peruntukan Masa

Menyiapkan Kerja Rumah dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah 85

5.2.2 Hubungan Antara Jenis Kerja Rumah

dengan Pencapaian Matematik, Bahasa

Inggeri dan Sejarah 86

5.2.3 Hubungan Antara Cara Pengelolaan Guru

Terhadap Kerja Rumah dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah 88

5.3 Rumusan Kajian 90

5.4 Cadangan 91

Page 15: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xiii

BAB PERKARA MUKA SURAT

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 93

5.5 Penutup 94

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN

Page 16: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.5.2 Pembahagian item berdasarkan Peruntukan Masa,

Jenis Kerja Sekolah dan Cara Pengelolaan Guru 35

3.7 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi menurut

Rowntree (1981) 37

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Taburan Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah 41

4.2.4 Taburan Peruntukan Masa Responden Menyiapkan

Kerja Rumah Dalam Tempoh Seminggu Bagi Mata

Pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 42

4.3.1 Taburan Kekerapan dan Min bagi Jenis Kerja Rumah

(Ulangkaji) dalam Mata Pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah 43,44

4.3.2 Taburan Kekerapan dan Min bagi Jenis Kerja Rumah

(Persediaan) dalam Mata Pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah 48

4.3.3 Taburan Kekerapan dan Min bagi Jenis Kerja Rumah

(Penerokaan) dalam Mata Pelajaran Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah 53

4.3.4 Taburan Kekerapan dan Min bagi Cara Pengelolaan

Guru (Semasa Kerja Rumah Diberikan) dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 58

Page 17: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xv

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3.5 Taburan Kekerapan dan Min bagi Cara Pengelolaan

Guru (Selepas Kerja Rumah Diberikan) dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 63,64

4.4.1 Analisis Korelasi Spearman rho Hubungan Antara

Peruntukan Masa Menyiapkan Kerja Rumah dengan

Pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 73

4.4.2 Analisis Korelasi Spearman rho Hubungan Antara

Kerja Rumah Jenis Ulangkaji dengan Pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 75

4.4.3 Analisis Korelasi Spearman rho Hubungan Antara

Kerja Rumah Jenis Penerokaan dengan Pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah 77

4.4.4 Analisis Korelasi Spearman rho Hubungan Antara

Cara Pengelolaan Guru (Semasa Kerja Rumah

Diberikan) dengan Pencapaian Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah 79

4.4.5 Analisis Korelasi Spearman rho Hubungan Antara

Cara Pengelolaan Guru (Selepas Kerja Rumah

Diberikan) dengan Pencapaian Matematik, Bahasa

Inggeris dan Sejarah 81

4.5.1 Keputusan bagi Setiap Hipotesis nol 82, 83

Page 18: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.10 Kerangka konsep hubungan antara kerja rumah

bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah

menengah teknik 15

Page 19: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xvii

SENARAI SINGKATAN

BI - Bahasa Inggeris

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

IQ - Intelligence Quotient

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Mat - Matematik

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Sej - Sejarah

SS - Sangat setuju

S - Setuju

STS - Sangat tidak setuju

TP - Tidak pasti

TS - Tidak setuju

USDE - United States Department of Education

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 98

B Surat Pengesahan KPM 104

C Surat Pengesahan JPN 106

D Surat Pengesahan Fakulti 108

Page 21: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha penting dalam penyediaan

tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai

serta minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan

sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya dalam

kalangan generasi muda. Dari segi pembentukan sesebuah negara, pendidikan

menyediakan modal insan sebagai peneraju masa depan negara. Usaha ini

merupakan satu cabaran yang besar kerana pelaksanaannya dilakukan berterusan

malah menjadi semakin kompleks mengikut peredaran masa dan perubahan generasi

kini.

Guru merupakan elemen penting dalam pendidikan (Abdul Rahim

Hamdan, 2006). Tugas guru menjadi semakin penting dan kritikal bagi

menyediakan generasi muda dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Magisos (1989)

menyatakan, sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir

dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Guru

mesti melengkapkan diri serta memperkukuhkan lagi strategi pengajaran dan

Page 22: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

pembelajaran dalam tanggungjawab hariannya bagi melahirkan pelajar yang

berkebolehan dan cemerlang. Kejayaan seseorang guru melahirkan modal insan

yang memenuhi keperluan pada masa kini dan masa depan bergantung pada

kemantapan sistem atau strategi yang dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Kerja rumah merupakan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sangat popular dan berkesan. Kerja rumah diberikan kepada pelajar untuk

membantu mereka meningkatkan pencapaian melalui latihan yang dibuat sendiri.

Guru amat mementingkan pemberian kerja rumah kepada pelajar terutamanya

setelah selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan

harapan pelajar dapat mengukuhkan pelajaran yang dipelajari dalam membuat

kerja rumah. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kerja rumah menyumbang

kepada pencapaian akademik. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji

hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan

pelajar sekolah menengah teknik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting kepada

para pelajar. Setelah sesuatu pengajaran dan pembelajaran tamat, pemberian kerja

rumah adalah penting bagi mengetahui dan mengukur tahap pencapaian murid-

murid serta dapat menguji tahap kefahaman mereka. Kerja rumah merupakan

kerja sekolah yang diberikan oleh guru untuk disiapkan di rumah (Cooper &

Valentine, 2001). Melalui pemberian kerja rumah, guru dapat mengetahui

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta tahap pencapaian pelajar. Ekoran

daripada itu juga, guru dapat mengenal golongan murid yang pandai dan yang

lemah menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajarkan.

Page 23: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

Lehr & Osborn (2002) menyatakan pelbagai sebab pemberian kerja rumah,

antaranya kerja rumah dapat membantu pelajar mengimbas kembali dan membuat

latihan mengenai perkara yang telah dipelajari di kelas, kerja rumah membantu

pelajar bersedia untuk kelas berikutnya, dapat belajar menggunakan sumber

(perpustakaan, bahan rujukan dan website komputer) untuk mencari maklumat,

menjelajah mata pelajaran dengan lebih menyeluruh, mengaplikasikan kemahiran

sedia ada dengan pelbagai situasi dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam

satu kerja seperti laporan kerja dan projek sains bagi mengintegrasikan

pembelajaran mereka. Kerja rumah juga membantu pelajar mengembangkan tabiat

pembelajaran yang baik serta sikap positif dengan mengajar mereka membuat

kerja bersendirian tanpa mengharapkan bantuan dan menggalakkan disiplin

kendiri dan tanggungjawab (tugasan membolehkan pelajar berpeluang

menguruskan masa mereka menyiapkan tugasan sehingga tarikh yang ditetapkan).

Kerja rumah penting kerana ia banyak membantu pelajar dalam memperkukuhkan

pembelajaran mereka. Sudah menjadi tanggungjawab guru menyediakan kerja

rumah yang bersesuaian setelah sesi pengajaran tamat disamping menyampaikan

pengajaran.

Apabila diambil kira kepentingan pengajaran dan pembelajaran dalam

kehidupan seseorang pelajar, adalah kritikal untuk guru memberi pertimbangan

terhadap kerja rumah yang diberi kepada murid–muridnya. Kejayaan seseorang

murid menguasai sesuatu pelajaran juga bergantung pada keberkesanan kerja

rumah yang diberikan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

mengeluarkan garis panduan umum mengenai pemberian kerja rumah kepada

pelajar sekolah. Garis panduan ini menyentuh tiga aspek penting pemberian kerja

rumah, iaitu aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan (Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh

pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN).

Dalam aspek perancangan, antara perkara yang ditekankan ialah, pihak

sekolah perlu memastikan Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran

mengambil kira faktor jumlah, jenis, kekerapan, kesukaran dan kemampuan

Page 24: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

pelajar terhadap kerja rumah yang diberikan kepada pelajar. Pada masa yang

sama, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan mengenai

peranan dan kaedah perancangan pemberian kerja rumah dengan jelas agar tidak

timbul salah faham mengenainya.

Perkara yang diambil kira dalam aspek pelaksanaan ialah pihak guru perlu

menyelaraskan pemberian kerja rumah agar seimbang dan tidak membebankan

pelajar, kerja rumah juga boleh diubah suai supaya menjadi lebih menarik dengan

mempelbagaikan bentuk tugasan dan tidak tertumpu kepada penggunaan pen dan

kertas sahaja. Tugasan boleh diolah menggunakan pelbagai kaedah yang boleh

menarik minat pelajar seperti folio, kerja kursus, bahan-bahan bantu mengajar dan

sebagainya. Penggunaan teknologi terkini seperti komputer, perisian-perisian yang

menarik dan portal-portal pendidikan bagi menghasilkan tugasan perlu

digalakkan. Kerja rumah haruslah disemak agar tindakan susulan dilaksanakan

segera, misalnya guru mengadakan kelas pemulihan.

Antara perkara yang penting dalam aspek pemantauan pula ialah pihak

sekolah perlu mengadakan satu perancangan agar jadual pemberian kerja rumah

dapat dipantau oleh pengetua, guru besar, guru dan pelajar setiap masa, seperti

memaparkan jadual tersebut di setiap bilik darjah atau mewujudkan satu sistem

pemantauan kerja rumah yang berkesan. Pengetua dan guru besar berperanan

untuk memastikan setiap kerja rumah disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

Dalam hal ini, pihak sekolah dan pihak berkaitan perlu mewujudkan sistem

pemantauan dengan segera agar pengurusan kerja rumah menjadi lebih teratur dan

efektif.

Haas, R. & Reiley, K. (2008) dalam kajian mereka mengatakan masalah

tidak menyiapkan kerja rumah memberi kesan yang negatif kepada pencapaian

pelajar. Peranan kerja rumah penting bagi meningkatkan mutu pencapaian pelajar.

Pelajar perlu membuat kerja rumah bagi mengasah serta memperkukuhkan

pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari di kelas sekaligus

membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

Masalah tidak menyiapkan kerja rumah merupakan isu yang biasa timbul

dan sentiasa dihadapi oleh guru. Namun pelbagai andaian yang timbul menjadi

punca kepada masalah ini antaranya disebabkan oleh kerja rumah itu sendiri yang

turut melibatkan guru serta dikaitkan dengan jumlah kerja rumah, peruntukan

masa, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah yang

menjadi punca pelajar tidak menyiapkan kerja rumah.

Kebelakangan ini, isu berkaitan kerja rumah semakin hangat diperkatakan

selari dengan keprihatinan masyarakat terhadap pelajar, ibu bapa, guru dan

pentadbiran sekolah. Pelbagai persoalan dan pendapat timbul sehingga

mempertikaikan keberkesanan kerja rumah tersebut. Sesetengah pelajar dan ibu

bapa berpendapat bahawa pemberian kerja rumah adalah merupakan satu latihan

yang penting bagi menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang

dipelajari dan juga penting sebagai latihan tambahan dan ulang kaji terutamanya

menjelang peperiksaan. Kerja rumah juga dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan prestasi dan motivasi belajar. Namun terdapat juga pihak yang

menganggap kerja rumah merupakan suatu perkara yang membebankan kepada

pelajar atau anak-anak mereka. Namun begitu jumlah pemberian kerja rumah

adalah suatu perkara yang subjektif kerana bergantung pada tahap kemampuan

seseorang individu itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin melaksanakan kajian bagi

mengenal pasti hubungan kerja rumah terhadap pencapaian akademik pelajar.

Penyelidik berharap agar, kajian ini dapat membantu ramai pihak memahami

dengan lebih jelas mengenai kerja rumah dan hubungannya dengan pencapaian

akademik pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Menurut S. Anurekha (2005) dalam kajiannya, masalah yang sering

dihadapi oleh guru-guru sekolah ialah segelintir murid tidak menyiapkan kerja

Page 26: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

rumah yang diberi oleh guru. Beberapa punca utama yang dikenalpasti berkenaan

masalah tidak menyiapkan kerja rumah antaranya adalah tiada orang yang

membantu, pengaruh rakan sebaya, sosioekonomi keluarga, pengaruh media

massa dan malas. Berikutan daripada masalah ini, beberapa isu yang

mempersoalkan tanggungjawab guru-guru dalam pengurusan kerja rumah telah

timbul. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab dalam mengatasi masalah

pelajar yang kurang memberi komitmen terhadap kerja rumah dan akhirnya

mempengaruhi pencapaian mereka.

H. Cooper (1994) dalam kajiannya menyatakan purata keseluruhan pelajar

yang melakukan kerja rumah memperolehi pencapaian yang tinggi. Ini

menunjukkan hubungan positif kerja rumah terhadap pencapaian akademik

pelajar. Peranan guru dalam menguruskan kerja rumah sangat penting bagi

memastikan pelajar memperolehi pencapaian yang baik. Telah terbukti bahawa

melalui strategi yang kukuh dalam merancang, memberi dan menyelia kerja

rumah mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar kearah yang lebih

baik.

Berdasarkan isu yang dibincangkan, maka wajarlah lebih kajian dijalankan

terhadap kerja rumah. Kajian ini akan dijalankan terhadap mata pelajaran

Matematik kerana mata pelajaran ini melibatkan jumlah pemberian kerja rumah

yang banyak dan kerap. Pembelajaran matematik juga menekankan pengiraan,

analisis dan sintesis.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan terhadap mata pelajaran Bahasa

Inggeris dan Sejarah. Bahasa Inggeris melibatkan kerja rumah seperti aktiviti

membaca, menulis, mengeja, tatabahasa dan lain-lain yang berkaitan. Manakala

mata pelajaran Sejarah pula melibatkan pembelajaran seperti aktiviti menghafal

fakta dan memerlukan daya ingatan yang kuat.

Pelaksanaan kerja rumah mempunyai hubungan secara langsung atau tidak

langsung dengan faktor peruntukan masa untuk pelajar menyiapkan kerja rumah,

Page 27: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

jenis kerja rumah, kuantiti kerja rumah, cara pengelolaan guru dalam pemberian

kerja rumah, penglibatan ibu bapa dalam membimbing anak menyiapkan kerja

rumah dan keadaan persekitaran semasa menyiapkan kerja rumah. Oleh itu,

penyelidik ingin mengupas tiga pemboleh ubah yang berkaitan kerja rumah iaitu

peruntukan masa, jenis kerja rumah dan pengelolaan guru yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara

kerja rumah mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah dengan

pencapaian pelajar tingkatan lima di sekolah menengah teknik. Objektif khusus

kajian adalah untuk mengenal pasti:

i) Hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan kerja rumah

dengan pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

ii) Hubungan antara kerja rumah jenis ulang kaji dengan pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

iii) Hubungan antara kerja rumah jenis penerokaan dengan pencapaian

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

iv) Hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (semasa

kerja rumah diberikan) dengan pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah.

v) Hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah (selepas

kerja rumah diberikan) dengan pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris

dan Sejarah.

Page 28: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

��

1.5 Persoalan Kajian

i) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan

kerja rumah Matematik dengan pencapaian Matematik?

ii) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan

kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris?

iii) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan

kerja rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah?

iv) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis ulangkaji

Matematik dengan pencapaian Matematik?

v) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis ulangkaji Bahasa

Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris?

vi) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis ulangkaji Sejarah

dengan pencapaian Sejarah?

vii)Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis penerokaan

Matematik dengan pencapaian Matematik?

viii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis penerokaan

Bahasa Inggeris) dengan pencapaian Bahasa Inggeris?

ix) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis penerokaan

Sejarah dengan pencapaian Sejarah?

x) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah Matematik (semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian

Matematik?

Page 29: HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA ... · universiti teknologi malaysia psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis judul: hubungan antara peruntukan masa,

xi) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah Bahasa Inggeris (semasa kerja rumah diberikan) dengan

pencapaian Bahasa Inggeris?

xii)Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah Sejarah (semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian

Sejarah?

xiii) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap

kerja rumah Matematik (selepas kerja rumah diberikan) dengan

pencapaian Matematik?

xiv) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap

kerja rumah Bahasa Inggeris (selepas kerja rumah diberikan) dengan

pencapaian Bahasa Inggeris?

xv) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja

rumah Sejarah (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian

Sejarah?