borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...

25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF BAGI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya RADIN IDAWATI BINTI ULUAN @ RADIN ISMAIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : No. 198, Jalan Toman, Kg. Melayu Batu 10, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor. Tarikh : ___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) CIK SARIMAH BINTI ISMAIL NAMA PENYELIA Tarikh :

Upload: lydang

Post on 21-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN

YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF BAGI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya RADIN IDAWATI BINTI ULUAN @ RADIN ISMAIL

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh √

___________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : No. 198, Jalan Toman, Kg. Melayu Batu 10, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor. Tarikh :

___________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

CIK SARIMAH BINTI ISMAIL NAMA PENYELIA

Tarikh :

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN YANG

MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

BAGI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN

RADIN IDAWATI BINTI ULUAN @ RADIN ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : .......................................

Nama Penyelia : Cik Sarimah Binti Ismail

Tarikh : .......................................

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penulis : Radin Idawati Binti Uluan @ Radin Ismail

Tarikh : …………………………………

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana limpahan rahmat dan kurniaan-Nya

memberi kesabaran, ketabahan, ketekunan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna

ke atas hamba-Nya yang daif ini. Kesempatan ini penulis ingin merakamkan

penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Cik

Sarimah Binti Ismail atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyelidikkan Projek Sarjana Muda ini dijalankan. Beliau telah banyak memberi

tunjuk ajar tanpa berasa penat dan jemu dalam proses menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya kagumi dan hargai.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua penilai Panduan

Pengajaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Institut

Perguruan Tun Hussein Onn, Politeknik Johor Bahru kerana sudi menilai Panduan

Pengajaran yang dibina

Jutaan terima kasih kepada suami dan anak-anak tercinta serta rakan-rakan

yang telah membantu, berbincang dan memberi sumbangan idea bernas dalam

menyiapkan projek penyelidikan ini. Akhir sekali ribuan terima kasih kepada semua

pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

penyempurnaan projek ini.

Semoga jasa dan pengorbanan anda semua dianugerah keberkatan Illahi.

Wassallam.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

v

ABSTRAK

Panduan Pengajaran ialah bahan yang boleh digunakan oleh pensyarah sebagai rujukan dan panduan untuk memudahkan pengajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian tiga buah Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif bagi Kursus Penyediaan Makanan yang telah dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Elemen-elemen yang dinilai adalah kesesuaian struktur ayat dan bahasa, format dan isi kandungan, ilustrasi dan aplikasi pendekatan Koperatif dan Kolaboratif yang digunakan dalam Panduan Pengajaran terbabit. Ketiga-tiga Panduan Pengajaran itu adalah Pengenalan Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Dalam Kursus Penyediaan Makanan, Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal dan Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas, Seramai tiga orang penilai terlibat dalam Kajian Rintis sementara dua belas orang penilai yang bertindak sebagai responden kajian terlibat dalan kajian sebenar. Instrumen kajian adalah borang soal selidik dan skala likert lima mata telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas jawapan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Ujian-t dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam status kesesuaian Panduan Pengajaran yang dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga Panduan Pengajaran adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan semuanya berada pada tahap yang tinggi. Pengalaman mengajar responden tidak mempengaruhi keputusan penilaian terhadap kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan model untuk menghasilkan Panduan Pengajaran yang lebih mantap dan berkesan di masa akan datang.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

vi

ABSTRACT

Teaching Guidance is the materials used by Lecturers as reference and guides for effective teaching. The objective of this study is to evaluate the Teaching Guidance of Food Preparation Course using cooperative and collaborative approached which established according to the teaching experience of evaluator. The elements evaluated are the aspect of sentences and languages structured, format and index, illustration and application of cooperative and collaborative approached that applied in Teaching Guidance. The three Teaching Guidance are, Teaching Guidance 1: Introduction of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course, Teaching Guidance 2: Application of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course For Serve of Food Supply, Teaching Guidance 3: Application of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course For Serve of Food for Old Folk). There are three Evaluators involved in the pilot reseach and twelve Evaluators as research respondents involved in actual study. The instrument of this study is questionnaire and likert scale has been used to collect the feedback from respondents. Data collected is processed using SPSS 12.0 for the percentage and mean. The result shows that all three Teaching Guidance are appropriate for teaching materials and they are at high ranking level. The teaching experience of Respondent is not influence the result of evaluating the appropriate of all three Teaching Guidance. This study would probably be a model to established advance Teaching Guidance that compact and effective in future.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

vii

SENARAI ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii -xi

SENARAI JADUAL xii-xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Rangka Kerja Konsep 7

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Skop Kajian 8

1.10 Definisi Istilah 8

1.11 Rumusan 11

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Teori Penilaian Kit Pengajaran 15

2.3 Model Pengajaran Koperatif Dan Kolaboratif 16

2.3.1 Penyiasatan berkumpulan 16

2.3.2 Model Team – Accelerated Instruction, TAI 17

2.3.3 Student Team Achievement Division - STAD 18

2.3.4 Kaedah Cantuman / Jigsaw 19

2.3.5 Kaedah Belajar Bersama –

Learning Together (LT) 20

2.3.6 Modeal Team – Games Tournament (TGT) 21

2.4 Rumusan Model Pengajaran Koperatif Dan

Kolaboratif 22

2.5 Konsep Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif 23

2.6 Strategi Pembelajaran Koperatif 24

2.7 Strategi Pembelajaran Kolaboratif 25

2.8 Lima Unsur Asas Dalam Pembelajaran Koperatif 27

2.9 Prinsip-Prinsip Asas Pembelajaran Koperatif 26

2.9.1 Saling Kebergantungan Secara Positif 26

2.9.2 Akauntabiliti Individu 27

2.9.3 Interaksi Kumpulan 27

2.9.4 Kemahiran Sosial 27

2.10 Kriteria-Kriteria Asas Dalam Pendekatan

Kolaboratif 28

2.11 Perbezaan dan Persamaan Pembelajaran

Koperatif dan Kolaboratif 28

2.12 Kebaikan dan Keburukan Pembelajaran Koperatif

dan Kolaboratif 29

2.13 Pembolehubah dalam Kriteria-Kriteria Asas Dalam

Panduan Pengajaran 1.2 dan 3. 30

2.13.1 Struktur Ayat dan Bahasa 31

2.13.2 Format dan Isi Kandungan 31

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

ix

2.13.3 Ilustrasi 31

2.13.4 Aplikasi Pendekatahn Koperatif dan

Kolaboratif 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Lokasi Kajian 37

3.4 Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Pembinaan Soal Selidik 39

3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40

3.8 Tatacara Kajian 41

3.8.1 Kajian Tahap 1 - Membina Panduan

Pengajaran 43

3.8.2 Kajian Tahap 2 - Kajian Rintis dan

Penilaian Formatif 44

3.8.3 Kajian Tahap 3 - Pembetulan Hasil

Kajian Rintis 45

3.8.4 Kajian Tahap 4 - Kajian Sebenar dan

Pengumpulan Data 46

3.8.5 Kajian Tahap 5 – Analisis Data dan

Maklumat 46

3.9 Analisis Data 46

3.9.1 Analisis Data dan Maklumat

Persoalan Kajian 46

3.9.2 Analisis Data dan Maklumat

Persoalan Kajian 3 48

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

x

BAB 1V DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 1 50

4.3 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 2 52

4.3.1 Bahagian A - Latar Belakang Responden 52

4.3.2 Bahagian B – Dapatan Kesesuaian Panduan

Pengajaran Sebagai Bahan P&P 54

4.3.2.1 Kesesuaian Struktur Ayat

dan Bahasa. 55

4.3.2.2 Kesesuaian Format dan Isi

Kandungan 57

4.3.2.3 Kesesuaian Ilustrasi 62

4.3.2.4 Kesesuaian Aplikasi Koperatif

Dan Kolaboratif 64

4.3.2.5 Ringkasan Dapatan Kajian

Bahagian B 68

4.3.3 Bahagian C – Cadangan Penambahbaikan

Panduan Pengajaran 69

4.4 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 3 70

4.4.1 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 1 71

4.4.2 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 2 73

4.4.3 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 3 74

4.4.4 Keputusan Ujian-t Purata Kesesuaian

Panduan Pengajaran 1,2 dan 3 75

4.5 Analisis Keseluruhan 76

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xi

5.2 Perbincangan Kajian 77

5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Maklumat

Latar Belakang Responden 78

5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Terhadap

Persoalan Kajian 2 78

5.2.2.1 Apakah Struktur Ayat dan Bahasa

Dalam Panduan Pengajaran

bersesuaian. 79

5.2.2.2 Apakah Format dan Isi

Kandungan Dalam Panduan

Pengajaran bersesuaian 79

5.2.2.3 Apakah ilustrasi yang digunakan

menarik dan bersesuaian 80

5.2.2.4 Apakah Aplikasi Pendekatan

Koperatif dan Kolaboratif Sesuai

Dalam Panduan Pengajaran 80

5.2.3 Bahagian B: Perbincangan Terhadap

Persoalan Kajian 3 81

5.3 Rumusan 82

5.4 Cadangan 82

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 84

5.6 Penutup 85

5.7 Kesimpulan 86

RUJUKAN 87- 89

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Prosedur Model Penyiasatan Berkumpulan 16

2.2 Prosedur Model Team – Accelerated 17

Instruction,TAI

2.3 Prosedur Student Team Achievement Division 18

(STAD)

2.4 Prosedur Kaedah Cantuman (Jigsaw) 20

2.5 Prosedur Kaedah Belajar Bersama - Learning 21

Together (LT)

2.6 Model Johnson and Johnson (PIGS) dan 26

Kagan (PIES)

2.7 Perbezaan di antara Pembelajaran Koperatif 28

dan Pembelajaran Kolaboratif

2.8 Persamaan di antara Pembelajaran Koperatif 29

dan Pembelajaran Kolaboratif.

3.1 Taburan Responden Yang Dipilih Berdasarkan

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xiii

Institusi Pengajaian Tinggi 37 3.2 Taburan Item Soalan Mengikut Faktor 40 3.3 Analisis Data Kajian Rintis 44 3.4 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala 3 Mata 47 3.5 Markat Skala Penyelidik 47

3.6 Pecahan Tahap Markat Skala Penyelidik 47

4.1 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 53

4.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Pegalaman

Mengajar 53

4.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Tempat

Berkhidmat 54

4.5 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan

Bahasa Panduan Pengajaran 1 55

4.6 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan

Bahasa Panduan Pengajaran 2 56

4.7 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan

Bahasa Panduan Pengajaran 3 56

4.8 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi

Kandungan Panduan Pengajaran 1 57

4.9 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi

Kandungan Panduan Pengajaran 2 59

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xiv

4.10 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi

Kandungan Panduan Pengajaran 3 61

4.11 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi

Dalam Panduan Pengajaran 1 62

4.12 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi

Dalam Panduan Pengajaran 2 63

4.13 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi

Dalam Panduan Pengajaran 3 63

4.14 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif

Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 1 64

4.15 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif

Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 2 65

4.16 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif

Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 3 66

4.17 Perbezaan Purata Min Pengajaran 1,2 dan 3 68

4.18 Maklum Balas Responden Tentang Panduan

Pengajaran 1 69

4.19 Maklum Balas Responden Tentang Panduan

Pengajaran 2 70

4.20 Maklum Balas Responden Tentang Panduan

Pengajaran 1 70

4.21 Jadual Klasifikasi Ujian-t 71

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xv

4.22 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 1 71

4.23 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 2 73

4.24 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 3 74

4.25 Keputusan Ujian-t Purata Kesesuaian

Panduan Pengajaran 1, 2 dan 3 75

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xvi

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

Rajah 1.1: Rangka kerja Konsep 7

Rajah 3.1 Pendekatan Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif

Penyiasatan Berkumpulan Yang Diperkenalkan

Oleh Sharan & Sharan (1990) 36

Rajah 3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 42

Rajah 3.3 Rangka Kerja Tahap 1 43

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xvii

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

GI - Group Investigation

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

KPT - Kementerian Pendidikan Tinggi

LT - Learning Together

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PKPG - Program Khas Pendidikan Guru

PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

STAD - Student Team Achievement Division

TAI - Team – Accelerated Instruction

TGT - Team –Games -Tournament

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UPM - Universiti Putra Malaysia

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Skala Likert Lima Mata (Persoalan Kajian 1)

B Surat Kebenaran UTM

C Borang Soal Selidik

D Analisis SPSS

E Surat Kebenaran Memaparkan Gambar

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membina dan meningkatkan

perkembangan sosial dan kemajuan negara yang lebih dinamik dan progresif. Ini

selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan meningkatkan taraf

pemodenan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pendidikan

adalah kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini,

kaedah pembelajaran yang semakin menarik dan efektif telah diperkenalkan

menerusi pendekatan pembelajaran aktif di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pelajar tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang membosankan

malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru telah cuba dilaksanakan. Dalam hal

ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mahu pensyarah IPT

menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan

kreatif. Beliau juga mengarahkan semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran

insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagi membolehkan pelajar lebih kompetitif

dan berketrampilan. Contoh aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan

meminta dan memberi sedikit masa untuk pelajar berbincang dengan rakan

disebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan idea kepada keseluruhan kelas.

Antara pendekatan pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif (cooperative

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

2

learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning). Kedua-

dua pendekatan pembelajaran ini bukan saja dapat meningkatkan kualiti

pembelajaran tetapi juga kemahiran generik. Dalam strategi pembelajaran aktif,

pelajar bukan sahaja belajar dari rakan lain bahkan teknologi maklumat melalui akses

kendiri supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.

Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif adalah satu pendekatan pengajaran

dan pembelajaran (P&P) secara kumpulan kecil. Aktiviti dalam kumpulan

membolehkan pelajar mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang

sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Pelajar yang berkebolehan

tinggi dapat membantu pelajar yang berkebolehan rendah. Secara tidak langsung

dapat meningkatkan gred pencapaian keseluruhan, memperkembangkan harga diri

dan motivasi yang lebih tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia pelajar-pelajar yang

mengikuti Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) adalah guru-guru Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG) yang majoritinya mempunyai pengalaman mengajar

Kemahiran Hidup dari sekolah yang berlainan dan mempunyai pengalaman mengajar

yang berbeza. Pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan membolehkan mereka

berkongsi idea dan pengalaman dan mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang

berkenaan untuk menghasilkan satu tugasan yang berkualiti dan cemerlang. Mata

pelajaran Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang ditawarkan pada Semester Dua

Tahun Tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPH di

Universiti Teknologi Malaysia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan

amali. Masa yang diperuntukkan adalah empat jam seminggu iaitu satu jam untuk

teori dan tiga jam untuk amali. Teori masakan yang dipelajari pada setiap minggu

akan dipraktikkan dalam amali masakan. Amali masakan melatih pelajar supaya

cekap dalam menghasilkan masakan secara berkumpulan dalam menu yang telah

ditetapkan. P&P amali dibuat dalam kumpulan tidak lebih tiga orang di mana ahli

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

3

kumpulan ditentukan mengikut pilihan sendiri. Ini boleh menyebabkan wujudnya

perbezaan individu antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Contohnya

kumpulan yang terdiri daripada ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman

mengajar Ekonomi Rumah Tangga tentunya lebih bernasib baik kerana pengalaman

yang dimiliki dapat membantu penghasilan kerja yang lebih berkualiti. Di akhir

pembelajaran pelajar dikehendaki menyediakan laporan lengkap amali masakan yang

telah dijalankan.

Dalam zaman yang serba canggih ini kita memerlukan satu kaedah yang baru

dan ingin menghasilkan sesuatu yang lebih kondusif untuk bahan pengajaran. Hasil

dari temubual dengan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Penyediaan

Makanan, mereka melahirkan rasa gembira dengan usaha untuk menghasilkan

Panduan Pengajaran. Berdasarkan situasi di atas penyelidik cuba membina Panduan

Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif dalam aktiviti

P&P dan diharapkan kelas teori dan amali yang dijalankan bukan sahaja memberi

kemahiran dalam bidang Penyediaan Makanan tetapi juga dapat menanamkan sikap

kerjasama, meningkatkan kualiti pembelajaran dan menjadikan pelajar lebih

kompetitif dan berketrampilan. Malangnya sehingga kini tiada Panduan Pengajaran

yang khas bagi setiap tajuk dalam Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang

dapat dijadikan panduan bagi memudahkan dan menyeragamkan pengajaran

pensyarah yang berbeza sedangkan mengajar Kursus yang sama. Mereka mengajar

hanya berpandukan kepada Sukatan Pelajaran yang disediakan. Oleh itu Panduan

Pengajaran menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif yang dibangunkan

ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada pensyarah baru dan

mengurangkan ralat dalam P&P yang diajar oleh beberapa orang pensyarah untuk

menghasilkan pengajaran yang lebih efektif dan homogenus.

Dengan penghasilan Panduan Pengajaran ini penyelidik ingin mengkaji

persepsi pensyarah-pensyarah di Institut Pengajian Tinggi yang berpengalaman

mengajar dalam mata pelajaran Penyediaan Makanan terhadap kesesuaian panduan

pengajaran Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang dihasilkan menggunakan

Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

4

1.3 Pernyataan Masalah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif menggunakan Pendekatan

Koperatif dan Kolaboratif telahpun diaplikasikan di Institut Pengajian Tinggi bagi

menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar. Kaedah ini dilaksanakan

dengan tujuan untuk menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan

secara inovatif dan kreatif.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah dan matlamat untuk menjadikan

aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan, pengkaji ingin menghasilkan

Panduan Pengajaran menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif bagi

Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) dan menilai kesesuaian Panduan

Pengajaran yang dihasilkan.

1.4 Objektif Kajian Tentang Pembinaan Panduan Pengajaran.

Diantara objektif kajian ialah:

1.4.1 Membina tiga Panduan pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif

dan Kolaboratif bagi mata pelajaran Penyediaan Makanan.

1. Panduan Pengajaran 1 – Pengenalan Pendekatan Koperatif Dan

Kolaboratif Dalam Kursus Penyediaan Makanan.

2. Panduan Pengajaran 2 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif

Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal.

3. Panduan Pengajaran 3 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif

Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

5

1.4.2 Menilai kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina untuk

pengajaran Kursus Penyediaan Makanan dari aspek:

a. struktur ayat dan bahasa.

b. format dan isi kandungan.

c. ilustrasi.

d. aplikasi Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif.

1.4.3 Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah

dibina untuk pengajaran Kursus Penyediaan Makanan berdasarkan

pengalaman mengajar penilai.

1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang berkaitan:

1. Apakah pembinaan tiga Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan

Koperatif dan Kolaboratif bagi Kursus Penyediaan Makanan sesuai digunakan

sebagai bahan pengajaran?

1. Panduan Pengajaran 1 – Pengenalan Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif

Dalam Kursus Penyediaan Makanan.

3. Panduan Pengajaran 2 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif

Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal.

3. Panduan Pengajaran 3 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif

Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia . borang pengesahan status tesis . judul : pembinaan dan penilaian panduan pengajaran

6

2. Apakah ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang dibina sesuai untuk digunakan

sebagai bahan P&P dari aspek struktur ayat dan bahasa, format dan isi kandungan,

ilustrasi dan aplikasi Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif?

3. Apakah terdapat perbezaan kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang di

bina berdasarkan pengalaman mengajar penilai?