matlamat psv

28
1. Matlamat PSV Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Peranan guru PSV Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk: (i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam; (ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual; (iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor; (iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri; (v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi; (vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan (vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang. 3. Penilaian Portfolio Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap

Upload: cokie-ceso

Post on 25-Jun-2015

2.159 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Matlamat PSV

1. Matlamat PSVMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Peranan guru PSVPeranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang.

3. Penilaian PortfolioPortfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI

Page 2: Matlamat PSV

seperti yang disebut di atas.Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.

4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV(a) Rancangan Tahunan dan Semester(i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah:_ Kegiatan/Bidang_ Jenis Aktiviti_ Isi Kandungan_ Kemahiran_ Bahan/Alat_ Catatan(ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:_ Bidang Melukis dan Menggambar_ Mereka dan Mencorak_ Membentuk dan Membina_ Mengenali Kraf Tradisional(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.

Penggal ...................... Tahun ..................

Kegiatan/Bidang JenisAktiviti IsiKandungan Kemahiran Bahan/Alat Catatan

(b) Rancangan Mingguan

Page 3: Matlamat PSV

(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:_ Mata Pelajaran_ Tahun_ Kemahiran_ Isi kandungan_ Aktiviti_ Alatan

Minggu ke ...................... MataPelajaran Tahun Kemahiran IsiKandungan Aktiviti Alatan

5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSVTerdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan.Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid.Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran mur id yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid

Page 4: Matlamat PSV

dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw ab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

6. Maksud aktiviti Pengayaan dan PemulihanPengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan.Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk

Page 5: Matlamat PSV

mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.

7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikalIklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.(a) Aspek fizikalDari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

8. Proses apresiasi seniFeldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:(a) Menggambarkan (‘description’)(b) Menganalisa (‘analysis’)(c) Tafsiran (‘interpretation’)(d) Penilaian (‘evaluation’)(a) MenggambarkanMengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.(b) Menganalisa(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.

Page 6: Matlamat PSV

(c) Tafsiran(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.(d) Penilaian(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Page 7: Matlamat PSV

ISL MINGGU 9 (PNDGN TOKOH-TOKOH MNGENAI PERANAN GURU)

Pandangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian

-> Seni dan kesenian.

C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam

Page 8: Matlamat PSV

kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM) - Lukisan adalah 3 kali terpisah daripadakebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepadakebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dankeindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya danmeningkatkan perpaduan:: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM)- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada bendaalam, maka seni itu baik.

C) Pestalozzi (1746-1827)- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama adaberbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsepkepentingan aktiviti mata dan tangan.- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjanghayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan

Page 9: Matlamat PSV

keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.- Seni alat untuk mendidik seseorang- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan danpembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946)- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalampendidikan .- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikutpandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifatkeperibadian diri.-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 – 1952)- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysunpengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharianseperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagimenghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains danteknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman- Seni adalah untuk masyarakat- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap danpsikomotor.

J) June McFee- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakatwarisan budaya.

k) Feldman- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian

Page 10: Matlamat PSV

terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam

a) Muslim–Dalam kitab Al-Iman.–Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba- Seni tidak melampui batas kesusilaan- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)-Seni membentuk peribadi muslim

pengurusan panitia seni visual

Contoh Pengurusan panitia pendidikan seniCarta organisasi lengkap ( buat le )TENAGA PENGAJAREN. ALIAS ISMAILPN MANIRAH BT HASSAN

Page 11: Matlamat PSV

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2010

1. Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual- Agendaa. Pencapaian target Peperiksaan 2010-strategib. Jadual Waktu dan masa pengajaran dan pembelajaranc. Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian d. Penyediaan Buku Rancangan Mengajare. Pencerapanf. Peperiksaan dan Ujiang. Lain-lain-Cadangan buku rujukan-Aktiviti Panitia PSV 20102. Program Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV-Untuk guru-guru yang mengajar PSVTopika. Asas-asas Senirekab. Kraf tangan - Batik- Anyaman - Ceramik- Ukiran3. Minggu PSV a. Pertandingan Melukisb. Pameran c. Kuizd. Pertandingan Melukis Murale. Pertandingan Lanskap / Taman4. Bank Soalan5. Lawatan Sambil Belajar6. Pendedahan Pelajar Kepada Seni-multimedia-pekerjaan-hasil-hasil seni

KE ARAH PENGURUSAN PANITIA PSV YANG CEMERLANG

A. PENGURUSAN PANITIA PSV1. PengenalanDalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal Pengurusan kurikulum.Walau bagaimanapun, Pengetua adalah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, adalah wajar bagi Pengetua menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum di sekolahnya dengan PK 1 sebagai Naib Pengerusi.

2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah badan yang menentukan dasar-dasar sekolah yang berkaitan dengan kurikulum. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras segala hal berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Ahli-ahli JKS

Page 12: Matlamat PSV

adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran .

3. Panitia Pendidikan Seni Visual3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang mengajar PSV di sekolah. Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK dilantik oleh panitia sendiri.3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan,a. Perancangan yang teliti b. Pengelolaan yang sistematikc. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamikd. Pengawasan yang berkesan3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam bidang pengajaran, motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar disamping dapat memupuk kerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua untuk mendapat penyelesaian atau makluman.

4. Tugas-tugas Panitia PSV4.1 Sukatan Pelajaran Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa, memahami sukatan dan huraian sukatan.4.2 Rancangan Pelajaran. Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut tingkatan .4.3 Rancangan Harian Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa.4.4 Alat dan BahanMerancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan.4.5 Buku-buku rujukanMencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV.4.6 Alat Bantu MengajarMengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.4.7 Ujian dan PeperiksaanMenyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.4.8 Keputusan Ujian dan PeperiksaanMenganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan dan cara mengatasi.4.9 Kertas SoalanMengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian.4.10 Sudut PSVMengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan tempat-tempat tertentu.4.11 MesyuaratMengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.4.12 Hal-hal lain Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia.

5 . Tugas-tugas Ketua Panitia

Page 13: Matlamat PSV

5.1 Mesyuarat Panitia-mempengerusi semua mesyuarat PSV-mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak formal.-menyelenggarakan fail-fail,minit mesyuarat, laporan,surat menyurat dan dokumen yang berkaitan dengan kemaskini.5.2 Penyeliaan Panitia5.3 Sukatan Pelajaran-mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan semua ahli.5.4 Buku stok5.5 Bilik Seni dan peralatan5.6 Perkembangan staf-menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-guru PSV5.7 Perbelanjaan Tahunan5.8 Rancangan Pengajaran-menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.5.9 Analisis Peperiksaan5.10 Kemajuan Diri-mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai kemahiran PSV5.11 Pencerapan-membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV5.12 Koleksi BBM-mengadakan koleksi BBM secara kolektif.5.13 Pemilihan Guru-mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV5.14 Guru Sumber5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan-menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh kerelaan.

Page 14: Matlamat PSV
Page 15: Matlamat PSV
Page 16: Matlamat PSV
Page 17: Matlamat PSV
Page 18: Matlamat PSV
Page 19: Matlamat PSV
Page 20: Matlamat PSV
Page 21: Matlamat PSV

K u r i k u l u m

PENDIDIKAN SENI TUGASAN INDIVIDU

KUMPULAN B

HARI: KHAMIS

WAKTU: 2.00-4.00 PETANG

MOHAMAD AFIFFUDDIN BIN MOHAMAD

TAKIUDIN

D20071029673

PENSYARAH: PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN SOALAN 1

(SSP 3093)

Jelaskan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM. A. Pengenalan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM mempunyai matlamat untuk menyediakan pelajar

dengan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual bagi membolehkan pelajar mengikuti program Seni Visual atau

program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi kelak, serta dapat menggunakan pengetahuan dan

kemahiran Seni Visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya. Sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini

dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas yang mengambil subjek Pendidikan

Seni Visual dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia.

Terdapat lapan objektif dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM yang dikenalpasti

mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar

tingkatan enam. Perancangan Pengajaran pula melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa

pengajaran, termasuklah Objektif, Langkah- langkah dan strategi. Melibatkan kurikulum PSV, Huraian

Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN.

Page 22: Matlamat PSV

B. Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM.

Dua aspek utama yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah apresiasi

Seni Visual dan penghasilan Seni Visual yang terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu, teori Seni

Visual (apresiasi Seni Visual dan teori penghasilan),lukis an dan

projek penghasilan kerja.

Teori Seni Visual (144 waktu). a. Apresiasi Seni Visual.

Apresiasi Seni Visual ini akan diajar kepada pelajar tingkatan enam dan di bawah tajuk aspresiasi Seni

Visual ini mempunyai beberapa komponen pecahan subtajuk yang dapat menjelaskan makna Pendidikan Seni

Visual secara berkesan. Antara subtajuk yang akan menjelaskan lagi makna Seni Visual ialah pengenalan Seni

Visual, bahasa Seni Visual dan

pendekatan sejarah serta kritikan Seni Visual. Subtajuk pengenalan Seni Visual ini akan

menjelaskan kepada pelajar mengenai pengertian Seni Visual, peranan Seni Visual dan pengalaman estetik.

Ketiga-tiga subtajuk ini akan menghuraikan lagi tentang pengkaryaan, perekaan, peranan Seni Visual yang

meliputi psikologi dan sosiologi serta pengalaman estetik yang menekankan mengenai pengalaman langsung

dan pengalaman intelektual. Manakala subtajuk bahasa Seni Visual ini pula akan menjelaskan tentang aspek

formal dan makna/fungsi/konteks. Di bahagian aspek formal akan menyentuh mengenai unsur seni dan prinsip

rekaan. Bagi aspek makna/fungsi/konteks akan menghuraikan tentang aliran, kebudayaan, kepercayaan, nilai

utiliti dan hiasan. Subtajuk terakhir di bawah tajuk apresiasi Seni Visual ialah pendekatan sejarah dan kritikan

Seni Visual. pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual ini akan menjelaskan tentang konsep dan kaedah

sejarah Seni Visual serta konsep dan kaedah kritikan Seni Visual. Konsep dan kaedah sejarah Seni Visual ini

akan menghuraikan tentang pengolahan karya, gaya penampilan, period iaitu sejarah dan kebudayan serta

makna yang tersurat dan tersirat. Bagi konsep dan kaedah kritikan Seni Visual ianya menyentuh mengenai

pendekatan dan juga strategi.

b. Teori Penghasilan.

Page 23: Matlamat PSV

Masa yang diperuntukkan bagi Teori Penghasilan ini ialah 30 waktu untuk diajar kepada pelajar

tingkatan enam, dan di bawah topik ini juga terdapat beberapa komponen pecahan subtopik. Antara subtopik di

bawah teori penghasilan ialah pembentukan idea, pendekatan

penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio serta hasil karya. Subtopik yang pertama iaitu pembentukan idea akan menjelaskan pengertian idea dan sumber idea.