nota psv 3111.docx

54
Pengertian Dan Tujuan Penilaian Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran. Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor,

Upload: nusrah-kamaludin

Post on 23-Apr-2017

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota psv 3111.docx

Pengertian Dan Tujuan Penilaian

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam

semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi

tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru

‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna

dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang

diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di

bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama

dalam bidang penilaian pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak

diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian,

beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam

merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,

sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang

diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan

sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus

yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan

seterusnya pengajaran pensyarah.  Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian,

pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan

formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting

bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan

adil.

Page 2: nota psv 3111.docx

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat

tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat  penghakiman tentang

produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Prinsip Pentaksiran

Pengertian Pengujian

Page 3: nota psv 3111.docx

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya

pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata

pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu

kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan

sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan

mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan

dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan

bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan

perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul

dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan

boleh dipertahankan.  Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan

menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi

membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah

boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran

pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan

sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan

pelajar.

a.  Diagnosis

Page 4: nota psv 3111.docx

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi

dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan

sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin

untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru

boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah

pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. 

b.  Penggredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred

pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau

‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh

memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar

khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. 

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan

membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.

Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama

dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat

penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di  sekolah.

c.  Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan

penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata

pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga

digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. 

d.   Kaunseling dan Bimbingan

Page 5: nota psv 3111.docx

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya

maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar

mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan

intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga

membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi

memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.

Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan

perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat

memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang

guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi

pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan

kurikulum.

Tujuan Penilaiani. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia  ada pada

pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. 

ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat  menguasai

atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. 

iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan

peringkat kelas yang sama di sekolah. 

iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian

mereka. 

v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran

mereka. 

vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu

kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian

Page 6: nota psv 3111.docx

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat  berasaskan

tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan

dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui

pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio,

bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan

dan masa sesuatu penilaian dilakukan.  Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan

kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a.  Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar

dalam unit-unit pelajaran yang diajar.  Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan

pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan

unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis.

Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. 

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti

pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh

meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat

ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan

pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan

sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian

ujian formatif tidak sesuai digred.

b. Penilaian Sumatif

Page 7: nota psv 3111.docx

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam

keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus.

Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif

dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk

tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal

pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak

digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang

lebih tinggi.

Penilaian Pra Kelayakan dan DiagnostikPenilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi,

bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang

ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan

sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya

beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar

pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

-  Ujian PencapaianUjian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi

sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah

belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku

pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.

-  Ujian KecerdasanUjian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas

pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am

seseorang individu.

-  Ujian Prestasi

Page 8: nota psv 3111.docx

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan

kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi

memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti

pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara

teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam

sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan

pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja

pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan

memenuhi kehendak soalan ujian.

d. Penilaian AlternatifPenilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu

alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.  Penilaian pengajaran di

sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan

oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek,

kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang

ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku

subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan

penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,

mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-

sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak

digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan

bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan

Page 9: nota psv 3111.docx

terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji

perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan

tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,

kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu

yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam

penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru

pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan

teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara

sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan

yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah

laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah

laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan

berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan

kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal

pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah

laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui

kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin

senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku

yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu,

paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai

Page 10: nota psv 3111.docx

tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran

pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku

kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja,

sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain

isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.

Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil

penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada

pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku

merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan

masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya

tingkah laku yang diperhati.

JENIS-JENIS PEMERHATIAN

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam

kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.

Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu

sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-

aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh

dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang

tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Page 11: nota psv 3111.docx

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk

membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum

mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala

gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan

bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera

video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran

pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak

berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada

ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula

kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

•  Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan

tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh

dipercayai.

•  Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh

menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

•  Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada

pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah

dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

•  Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan

diteliti.

Page 12: nota psv 3111.docx

•  Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka

diperhati.

•  Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang

tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

•  Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain

seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan

bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi

pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini

dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran

Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan

dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

•  Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

•  Contoh hasil kerja pelajar

•  Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual

•  Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting

untuk dikongsi bersama pihak lain

•  Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah

dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain

mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea

secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,

bahan atau teknik tertentu.

Page 13: nota psv 3111.docx

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan

ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan

keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.

Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan

mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran

pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi

proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.

Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan

penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

Kajian•  Pemerhatian dan pengamatan

•  Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran•  Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif

‘Pewujudan Idea’

•  Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar•  Merangka reka cadang atau model

•  Menentukan alatan dan bahan

•  Prototaip (jika berkaitan)

Page 14: nota psv 3111.docx

Persembahan Portfolio•  Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

•  Mengikut urutan

•  Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,

lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,

bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan

kemudahan yang ada

kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

• Jurnal

•  Diari

•  Laporan

•  Kompilasi catatan yang dijilid

•  Beberapa helaian kertas yang di kokot

•  Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara

umum.

Antaranya :

•  Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian

pelajar

•  Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

•  Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

•  kemajuan pembelajaran pelajar

•  Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri

•  Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar

yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,

Page 15: nota psv 3111.docx

antaranya:

Kecerdasan linguistik seperti :•  Catatan pra penulisan

•  Draf projek penulisan

•  Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

•  Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-,visual seperti:

•  Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran

Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :•  Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

•  Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:

•  Catatan jurnal

•  Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

•  Sampel latihan refleksi kendiri

•  Soal selidik

•  Carta kemajuan

•  Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid

yang diperlihatkan pada hasil kerja.  Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian

adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang

sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.

Page 16: nota psv 3111.docx

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru

berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek

seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam

kemahiran berfikir. 

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,

kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.  Perkara-perkara

yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,

penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,

perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan

perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan

pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam

bentuk folio. 

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara

logikal, kritikal dan analitikal.  Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi

serta membuat perancangan. 

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman

konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus

menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras

kesukaran berasaskan  Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Page 17: nota psv 3111.docx

• HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;

ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;

iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.

Konsep Pentaksiran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar

bagi tujuan tertentu.  Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

Page 18: nota psv 3111.docx

Tujuan Pentaksirani. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan

peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk

memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

2.1 Jenis Pentaksiran

2.1.1 Pentaksiran autentik 

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang

mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.  Mengikut Rudner &

Page 19: nota psv 3111.docx

Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang  memerlukan kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi  maklum

balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

 

Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti 

yang disebut oleh HillS (1993);

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi

pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran

sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang

melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap

pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan

kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga

melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’

merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku

Educational Assessment of Students).

Umumnya  pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk

dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni  visual

dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk

perkembangan kanak-kanak:

Page 20: nota psv 3111.docx

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan

seterusnya melahirkan konsep.

-  Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika

melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

 

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak 

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan

kesinambungan subjek.

Ciri-ciri Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis

keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah: 

i.      Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.

ii.      Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

iii.      Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

iv.      Subjek membina maksud yang tersirat.

v.      Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian 

Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya 

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)

atau Art show ( pertunjukan Seni)

Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Page 21: nota psv 3111.docx

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.

Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka

dan masyarakat luas.

Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.

Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari

pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.  Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat

memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-

kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Page 22: nota psv 3111.docx

PKSRPenilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Penilaian Berasaskan Sekolah Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah

untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara

menyeluruh.

Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan

dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih

bermakna dan bermanfaat.

Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina

dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

Pengertian Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian

Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan

KBSM.

Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis

tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk

menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Prinsip Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap

pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan

murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.

Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil

pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.

Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi:

a) pengetahuan

b) kemahiran berfikir

Page 23: nota psv 3111.docx

c) kemahiran berbahasa

d) kemahiran mengira

e) kemahiran belajar

f) kemahiran amali

g) kemahiran manipulatif

h) kemahiran bersosial

i) daya kreatif

j) kemahiran proses sains

k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni

l) sikap

m) kesihatan dan kecergasan

n) kemahiran kenestetik

o) bahan pembelajaran

p) minat

Tujuan Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS.

Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan

susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan

yang telah dikenal pasti.

Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk

agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.

Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia

melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran,

bimbingan dan ajaran guru.

Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang

dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran

pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.

Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-

jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam

Page 24: nota psv 3111.docx

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciriMenekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan

ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar

dalam bilik darjah.

Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang diperoleh

daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua

bidang yang berkaitan dengan pendidikan.

Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan – membaiki

pembelajaran seterusnya.

Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru mengubahsuai strategi

dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke

semasa.

Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek, rohani,

jasmani dan emosi dinilai.

Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan

diuruskan secara berpusat.

Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Merancang-guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta instrumen yang 

digunakan dalam proses penilaian.

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan - guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot.

- mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran.

3. Melaksanakan penilaian melalui ujian– ujian lisan atau bertulis.

Page 25: nota psv 3111.docx

4. Membina instrumen – merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU) 

– membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan 

5. Melaksanakan Penilaian – cara lisan/penulisan

- penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang tinggi.

6. Merekod- mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik.

- menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau 

penambahbaikan.

7. Melapor- penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid 

dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak tertentu.

Penilaian Alternatif- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif

dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.

- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah

a) Portfolio 

b) Persembahan / Amali

c) Pemerhatian

Page 26: nota psv 3111.docx

a) Portfolio • Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber

yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

• Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata

pelajaran yang berlainan di sekolah.

• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut

iaitu:

- nota-nota yang disediakan oleh guru

- senarai semak yang disediakan oleh guru

- refleksi kendiri pelajar

- buku log

- catatan jurnal

- gambar & foto

• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio

dokumentari & portfolio produk akhir.

• Kebaikan:

- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran.

- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.

- Menilai tahap perkembangan murid-murid.

- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai

tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Persembahan / Amali• Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.

• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd

penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.

• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.

• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:

- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.

- menstrukturkan pembentangan.

Page 27: nota psv 3111.docx

- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.

• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja

ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai

pembelajaran murid.

• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data,

selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.

• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:

- contoh-contoh yang dikaitkan

- edaran-edaran yang berkait

- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor,

khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan

Jasmani.

• Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid

meningkatkan keupayaan mereka secara individu.

• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh

drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.

• Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.

• Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui

pemerhatian, projek / kerja lapangan.

• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya,

kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta

pengalaman sebenar penilai (guru).

• Strategi Pelaksanaan

- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.

- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif,

psikomotor, bahan & persekitaran.

- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru

Page 28: nota psv 3111.docx

PEMULIHAN

Konsep Pemulihan:• Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.

• Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau

membetulkan sesuatu yang tidak betul.

• Program Pendidikan Pemulihan adalah 

~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang

dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah

biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan

kontak mesra dengan persekitarannya.

~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian 

akademik mereka. 

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:• Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum

dicapainya dalam pelajaran lampau.

• Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi

mereka.

• Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam

menyelesaikan masalah.

• Untuk membantu murid membina keyakinan diri.

• Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan

betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.

• Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya

matematik mengikut kebolehannya.

• Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan

oleh PERBEZAAN INDIVIDU.

Page 29: nota psv 3111.docx

• Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha

merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

~ menjalankan ujian dignostik

PENGAYAANKonsep Pengayaan:• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang

lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik

darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan:• Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid

• Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka

• Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya

kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam

pelbagai bidang

• Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:• Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid

• Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri

• Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:• Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap

sekolah

• Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar

kendiri

• Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan

memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

Page 30: nota psv 3111.docx

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang

ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku

subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan

penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,

mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-

sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak

digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan

bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan

terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji

perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan

tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,

kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu

yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam

penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru

pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan

teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara

sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan

yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah

laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

Page 31: nota psv 3111.docx

pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah

laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan

berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan

kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal

pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah

laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui

kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin

senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku

yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu,

paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai

tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran

pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku

kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja,

sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain

isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.

Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil

penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada

pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku

merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan

masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya

tingkah laku yang diperhati.

Page 32: nota psv 3111.docx

JENIS-JENIS PEMERHATIAN

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam

kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.

Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu

sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-

aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh

dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang

tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk

membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum

mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala

gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan

bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera

video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran

pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak

berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada

ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula

kepada keputusan yang lebih tepat.

Page 33: nota psv 3111.docx

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

•  Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan

tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh

dipercayai.

•  Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh

menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

•  Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada

pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah

dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

•  Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan

diteliti.

•  Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka

diperhati.

•  Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang

tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

•  Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain

seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan

bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi

pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini

dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran

Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan

dengan alat penilaian benar.

Page 34: nota psv 3111.docx

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

•  Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

•  Contoh hasil kerja pelajar

•  Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual

•  Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting

untuk dikongsi bersama pihak lain

•  Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah

dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain

mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea

secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,

bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan

ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan

keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.

Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan

mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran

pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi

proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.

Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan

penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Page 35: nota psv 3111.docx

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

Kajian•  Pemerhatian dan pengamatan

•  Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran•  Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif

‘Pewujudan Idea’

•  Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar•  Merangka reka cadang atau model

•  Menentukan alatan dan bahan

•  Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio•  Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

•  Mengikut urutan

•  Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,

lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,

bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan

kemudahan yang ada

kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

• Jurnal

•  Diari

•  Laporan

•  Kompilasi catatan yang dijilid

•  Beberapa helaian kertas yang di kokot

•  Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara

Page 36: nota psv 3111.docx

umum.

Antaranya :

•  Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian

pelajar

•  Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

•  Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

•  kemajuan pembelajaran pelajar

•  Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri

•  Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar

yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,

antaranya:

Kecerdasan linguistik seperti :•  Catatan pra penulisan

•  Draf projek penulisan

•  Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

•  Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-,visual seperti:

•  Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran

Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :•  Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

•  Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:

•  Catatan jurnal

•  Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

Page 37: nota psv 3111.docx

•  Sampel latihan refleksi kendiri

•  Soal selidik

•  Carta kemajuan

•  Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid

yang diperlihatkan pada hasil kerja.  Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian

adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang

sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru

berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek

seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam

kemahiran berfikir. 

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,

kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.  Perkara-perkara

yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,

penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,

perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan

perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan

pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam

bentuk folio. 

Page 38: nota psv 3111.docx

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara

logikal, kritikal dan analitikal.  Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi

serta membuat perancangan. 

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman

konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus

menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras

kesukaran berasaskan  Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian.

Pentaksiran “Performance Based”

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek

penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.  Kaedah ini mengkhendaki

pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir

menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,

kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).  Memberi pelajar peluang

untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa

ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.  Merangsang pelajar

menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia

sebenar.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced  Based:

1.  Portfolio (dapatan hasil kerja)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke

semasa.  Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat

secara keseluruhannya.

Page 39: nota psv 3111.docx

2.  Kaedah pentaksiran berpusat  (simulasi berdasarkan situasisebenar). 

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan

penyelesaian masalah

dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3.  Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

- Bahan penulisan

- Persembahan

- Gerak kerja projek

Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri

individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku

ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat

menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian

suatu tujuan. 

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.

Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi; 

• sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada

secara negatif atau positif

• Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan

• Darjah Kesungguhan

• Stimulator / semangat

Page 40: nota psv 3111.docx

Tiga Kategori Motivasi

i.   Motif Primer :• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

• Faali/psikologis

• Keinginan untuk makan & minum

ii.   Motif Umum:• Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

• Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia

• Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii.   Motif Sekunder:• Tumbuh sebagai hasil proses belajar

• Tidak berhubungan dengan proses faali

• Kebutuhan berprestasi & berkuasa