psikologi pendidikan_ cara mengenalpasti murid yang bermasalah tingkahlaku dan pengurusan...

9
psikologi pendidikan KHAMIS, 30 OGOS 2012 Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah 1.0) PENGENALAN Kebelakangan ini, masalah tingkah laku di kalangan pelajar menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum yang mana tidak mengira peringkat umur membincangkannya. Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu serta memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oeh itu, setiap orang guru perlu memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi tingkah laku muridmurid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanakkanak ini telah beransur berubah. Kanakkanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Kini, ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anakanak menyuarakan pendapat dan pandangan serta memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanakkanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Walaubagaimanapun, masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan muridmurid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Apa yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku masalah salah laku disiplin di kalangan muridmurid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru. 1.1) PENGERTIAN MASALAH TINGKAH LAKU Mengikut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), mentakrifkan masalah tingkah laku individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. 2012 (4) Ogos (4) KONSEP DAN JENISJENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Perspektif Motivasi dan Implikasi Motivasi Dalam P... Konsep Motivasi dan Jenisjenis Motivasi Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahla... ARKIB BLOG Cikgu Prihatin Lihat profil lengkap saya MENGENAI SAYA 1 More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: via-dolorosa

Post on 16-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upload

TRANSCRIPT

Page 1: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 1/9

psikologi pendidikan

KHAMIS, 30 OGOS 2012

Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku danPengurusan Tingkahlaku Bermasalah

1.0) PENGENALAN

Kebelakangan ini, masalah tingkah laku di kalangan pelajar menjadi topikperbincangan di kalangan masyarakat umum yang mana tidak mengira peringkatumur  membincangkannya.  Masalah  ini  boleh  menyebabkan  berlakunya ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu sertamemberi  kesan  yang  buruk  dalam  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  disekolah.  Umumnya,  sekolah  rendah merupakan  tapak  utama  asas  pendidikan.Dari  sini,  kanakkanak  dibentuk  mengikut  acuan  yang  telah  ditetapkan  olehKementerian Pendidikan Malaysia.  Oeh itu, setiap orang guru perlu memainkanperanan  utama  dalam  membentuk  peribadi  tingkah  laku  muridmurid  semasaberada di sekolah.

Selain  dari  tanggungjawab  ibu  bapa,  guru  adalah  orang  yang  pentingdalam  menghasilkan  insan  yang  sempurna  dalam  pendidikan.  Denganbertambahnya  bilangan  anggota masyarakat  yang  berpendidikan moden,  sikapyang tidak mementingkan kanakkanak ini telah beransur berubah. Kanakkanakpada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi,jasmani dan rohani. Kini, ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anakanak,  membawa  mereka  makan  bersama,  berbincang  serta  memberi  peluangkepada  anakanak  menyuarakan  pendapat  dan  pandangan  serta  memberimereka  kebebasan  memilih  atau  membuat  keputusan  asalkan  tidakmemudaratkan diri dan keluarga.

Perkembangan  sikap  ini  telah  memberikan  kesan  positif  dalam  duniakehidupan kanakkanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebihaktif,  berani  dan  mahu  tampil  ke  hadapan  untuk  bertanding  lebih  gigih  dalamkehidupan  masyarakat.  Walaubagaimanapun,    masalah  tingkah  lakusememangnya sering dihadapi oleh guru

guru  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berlaku.  Bukannya  mudahuntuk menguruskan masalah  tingkah  laku di kalangan muridmurid. Adakalanyaia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkanlumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Apa yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “.Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku masalah salah lakudisiplin di kalangan muridmurid, maka guru akan dipersalahkan dan jari ditudingke arah guru.

1.1) PENGERTIAN MASALAH TINGKAH LAKU

Mengikut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), mentakrifkan masalah  tingkahlaku  individu  sebagai  tingkah  laku  yang menggangu  perjalanan  kehidupannya.

▼  2012 (4)

▼  Ogos (4)KONSEP DAN JENISJENISTINGKAH LAKU BERMASALAH

Perspektif Motivasi dan ImplikasiMotivasi Dalam P...

Konsep Motivasi dan JenisjenisMotivasi

Cara Mengenalpasti Murid yangBermasalah Tingkahla...

ARKIB BLOG

Cikgu Prihatin

Lihat profil lengkap saya

MENGENAI SAYA

1   More    Next Blog» Create Blog   Sign In

Page 2: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 2/9

Menurut    Robert  H  Woody  di  dalam  bukunya  berjudul  ‘The  School  and  theBehaviour  Problem  Child‘  menyatakan  semua  tingkah  laku  di  sekolah  dapatdiperlihatkan  dalam  berbagai  bentuk  dan  ragam.  Kanakkanak  tidak  dapatmenyesuaikan  diri  mereka  dengan  keadaan  dan  suasana  pembelajaran.Keadaan  begini  selalu  menjejaskan  pelajaran  dan  keupayaan  mereka  untukbelajar dan berhubung dengan orang lain.                       Mengikut pandangan Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yangdilakukan  sama  ada  secara  terus  atau  tidak,  secara  sedar  atau  separa  sedar.Bagi Garry Martin & Joseph Pear (2003),  tingkah lagu juga merangkumi aktiviti,aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan atau reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yangmelibatkan  otototot,  kalenjar  (glandular)  dan  aktiviti  eletrik  oleh  setiap  organ.Pada  dasarnya  tingkahlaku  adalah  apa  saja  yang  diperkatakan  atau  dilakukanoleh individu. Feldhusen

(  Levin  &  Nolan,  2004),  merujuk  kepada  tingkah  laku  yang  bermasalah  yangmelakukan  gangguan  terhadap  perlaksanaan  proses  pengajaran  yang  lancar.Menurut Emmer ( Levin & Nolan, 2004) pula, mengganggu pengajaran guru sertapembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa yang tertentu.  

Manakala,  dalam  konteks  pendidikan,  masalah  tingkah  laku  merujukkepada  sebarang  tingkah  laku  murid  yang  boleh  menjejaskan  kelicinan  ataukeberkesanan  pembelajaran  dan  pengajaran  khasnya  di  dalam  bilik  darjah.Kanakkanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikandirinya dengan kelakuankelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunyakeadaan  ini  menjejaskan  keadaan  pelajarannya,  keupayaan  untuk  belajar  danperhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, masalah tingkahlaku disebut sebagai  ‘Abnormal Behavior  ‘  iaitu  tingkah  laku yang  terkeluar darinilai  dan  norma  masyarakat.  Konsepnya  bertentangan  dengan  tingkah  lakunormal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakanorang dalam masyarakat.

Tingkah laku bermasalah ini boleh berupa tingkah laku negatif atau positifdan  yang  pastinya  masalah  ini  boleh  membawa  kesan  yang  tidak  baik  ataumemudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Olehyang  demikian,  adalah  menjadi  tanggungjawab  seorang  guru  mengenalpastimuridmurid  yang  bertingkah  laku  bermasalah  di  dalam  kelasnya  agar  strategiatau  teknik  tertentu  dapat  diguna  pakai  bagi memastikan  keberkesanan  aktivitipengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancarserta berkesan.

Justeru itu, terdapat caracara untuk mengenal pasti masalah tingkah lakudi kalangan murid iaitu melalui jenis ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukanujian  (pemerhatian  dan  temubual)  dan  kajian  (kajian  kes,  kajian  dokumen  dankajian

membujur). Disamping itu, terdapat pengurusan tingkah laku yang mana terdapatbeberapa  proses  yang  telah  ditetapkan  dalam  proses memodifikasikan  tingkahlaku dikalangan muridmurid.

2.0) CARACARA MENGENAL PASTI MURIDMURID YANG BERMASALAH         TINGKAH LAKU

Untuk mengenal pasti muridmurid yang bermasalah tingkah laku, terdapatkaeadah  yang  digunakan  iaitu  mengumpulkan  maklumat  berasaskan  ujian(diagnostik  dan  psikologi),  jenis  bukan  ujian  (pemerhatian  dan  temubual)  sertaberasaskan kajian ( kajian kes, kajian dokumen, kajian membujur).

Page 3: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 3/9

            Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkahlaku di sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibubapa  murid  tersebut.  Dalam  perbincangan  ini,  guru  akan  meminta  maklumatyang lebih lanjut mengenai perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalamperbincangan  ini,  guru  harus  memberikan  murid  yang  bermasalah  satu  ujiankecerdasan  I.Q.  untuk  menentukan  tahap  kebolehan  akademiknya  secarakeseluruhan  serta  untuk  mengenal  pasti  aspekaspek  kekuatan  dankelemahannya.                       Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujiandiagnostik untuk mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semuakeputusan  ini  perlu  dibincangkan dengan  ibu bapa murid  tersebut. Selepas  itu,guru  perlu  menasihati  ibu  bapa  murid  tentang  tindakan  susulan  yang  merekaperlu ambil untuk mengatasi masalah tingkah laku anak mereka.  Selain itu,  ibubapa perlu

diberikan keputusan ujian–ujian  ini oleh guru dalam satu  laporan khas. Laporanini  mesti  mengandungi  rekomendasirekomendasi  untuk  mengatasi  masalahtingkah laku murid tersebut.

2.1) Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik)                       Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untukmenganalisis  semua  masalah  tingkah  laku  yang  berlaku  dalam  bilik  darjahdengan lebih terperinci. Murid boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaituUjian Sumatif dan Ujian Formatif. Ujian Sumatif  ialah peperiksaan awam sepertiUjian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR), Penilaian Menengah Rendah  (PMR),Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dan  Sijil  Tinggi  Penilaian  Menengah  (STPM).Manakala,  Ujian  Formatif  merujuk  ujian  bulanan,  ujian  pertengahan  tahun  danpeperiksaan akhir tahun.

Melakukan  Ujian  Kecerdasan  untuk  mengukur  darjah  kecerdasan  murid(I.Q)  seperti  yang  disarankan  oleh  Terman  dan  Binet.  Seterusnya  UjianKecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitut Differential  (DAT), Ujian Minat untukmenilai  minat    murid  terhadap  sesuatu  aktiviti  atau  kerjaya  seperti  CareerAssessment  Inventory  (CAI) yang mengandungi  tiga bidang, merangkumi enamtema  am,  22  asas  minat  dan  skala  89  kerjaya.  Kemudian,  melakukan  UjianPersonaliti  untuk mengkaji  aspek  bukan  kognitif  seperti  aspek  afektif, motivasi,emosi  dan sikap  seseorang murid. Contohnya, The Survey  of  Personal  Values(SPV),  dan  The  Mooney  Problem  Check  Lists  (MPCL).  Keduadua  ujian  inidigunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai sikap murid.

Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan muridmurid yang cerdasdengan  murid  yang  kurang  cerdas.  Selain  itu,  turut  menggunakan  UjianDiagnostik untuk

mengesan  punca  kelemahan  atau  masalah  penguasaan  kemahiranpembelajaran  murid.  Keputusan  ujian  ini  penting  bagi  guru  untuk  merancangaktiviti pemulihan. Akhir sekali, melakukan Ujian Aptitut Khas seperti Ujian AptitutMekanikal, Ujian Aptitut Perkeranian, Ujian Aptitut Seni, dan Ujian Aptitut Muzikyang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam bidang tertentu.

            Di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumatmaklumat  asas  dikumpulkan  dan  yang  diperlukan  ialah  hal  peribadi  murid,pencapaian akademik, serta aktiviti kokurikulum yang disertainya.

2.2) Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual)                       Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang bolehdigunakan guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan

Page 4: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 4/9

faktorfaktor  yang  menyebabkan  sesuatu  masalah  tingkah  laku  berlaku.  Guruboleh mengenal  pasti  ciriciri  perkembangan murid  daripada  bidang  afektif  danpsikomotor  khasnya  bagi  mata  pelajaran  Pendidikan  Islam,  Pendidikan  Muzikdan Pendidikan Jasmani.  Ianya boleh dibuat di dalam bilik darjah atau  luar bilikdarjah.

            Pemerhatian seperti ini penting bagi guru untuk menentukan kekerapan,tempoh  langsungnya serta  intensiti sesuatu salah  laku yang  telah dikenal pasti.Data  yang  dikumpul  melalui  teknik  pemerhatian  adalah  sangat  penting  keranaguru dapat merancang  tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah  tingkahlaku  yang  berlaku.  Selain  itu,  pemerhatian  ini  juga  penting  kerana  ia  dapatmenolong guru mengawal tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Berikutdisertakan  satu  contoh  borang  pemerhatian  untuk  meneliti  tingkah  lakubermasalah yang digunakan oleh guru.

           Nama Murid : Tarikh Pemerhatian :Pemerhati : Masa :Aktiviti Mata Pelajaran :Tingkah Laku  :

Peristiwa – peristiwa yangberlaku sebelum tingkahlaku bermasalah

Tingkah LakuBermasalah

Kesankesan daripadatingkah laku bermasalah

Rajah 1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah

Selain  kaedah  pemerhatian,  guru  juga  boleh  menggunakan  kaedahtemubual  dengan  muridmurid  yang  mempunyai  masalah  tingkah  laku  ini.Temubual  ini  boleh  dijalankan  antara  guru  bimbingan  atau  guru  biasa  denganmurid  bermasalah,  ibu  bapa  atau  penjaga,  rakan  sebaya  dan  pihak  lain  untukmendapatkan maklumat.

2.3) Kajian Dokumen ( Kajian Rentasan, kajian membujur, kajian kes)            Kajian dokumen ialah, analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatutingkah  laku  masalah  murid  berdasarkan  dokumendokumen  yang  telahdikumpulkan  mengenai  muridmurid  yang  biasa  menunjukkan  salah  laku  disekolah.  Menurut  Bailey  (1978),  dokumen  ini  terbahagi  kepada  dua  iaitu,Dokumen  Utama  dan  Dokumen  Sekunder.  Dokumen  Utama  merangkumiautobiografi  murid,  anekdot  dan  kad  kumulatif.  Manakala, Dokumen  Sekundermerupakan  laporan ditulis berdasarkan  temubual, pemerhatian ataupun  rujukandokumendokumen  utama.  Contoh  Dokumen  Sekunder  ialah  biografi  murid,laporan guru dan senarai semak.

REKOD ANEKDOTNama Murid : _______________       Tingkatan : _______________Jantina         : _______________       Umur        : _______________

 Tarikh Tempat Kejadian / Peristiwa Komen

Page 5: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 5/9

                                                                           _______________________                                                                           Nama Guru :

Rajah 2 : Borang Rekod Anekdot

            Dalam kajian membujur, murid bermasalah yang dikaji diperhatikan untukjangka masa  yang  panjang  oleh  guru  untuk menilai  semua  perubahan  tingkahlakunya. Kajian  ini meliputi pemerhatian kepada  tingkah  laku murid bermasalahuntuk  mendapat  maklumat  terperinci  mengenai  perubahanperubahan  tingkahlakunya.  Kajian  ini  memakan  masa  yang  lama  dan  memerlukan  belanja  yangbanyak. Manakala, dalam kajian rentasan pula, guru akan mengkaji muridmuridbermasalah  pada  peringkat  peringkat  umur  tertentu  sahaja.  Contohnya,  gurumengambil sampel kanakkanak yang mempunyai masalah tingkah laku daripadaumur  yang  berlainan  untuk  dikaji.  Perubahanperubahan  dalam  tingkah  lakubermasalah  diukur  dengan  membandingkan  perlakuan  muridmurid  dari  satuperingkat umur ke peringkat umur yang lain. Oleh itu, kajian rentas menjimatkan.

                       Guru  juga boleh membuat kajian kes untuk menganalisa  tingkah  lakubermasalah secara terperinci khususnya untuk muridmurid yang mempamerkansalah  laku yang serius. Melalui kajian kes, seseorang yang mempunyai  tingkahlaku  yang  bermasalah  yang  serius  akan  diperhatikan  untuk  satu  tempoh masayang  lama  supaya  guru  dapat  satu  gambaran  yang  tepat  dan  menyeluruhmengenai murid tersebut. Kelemahan kajian kes adalah, ianya mengambil masayang  lama  dan  panjang.  Justeru  itu,  pihak  kaunselor  sekolah  perlumenjalankannya.

3.0) PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.1) DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU            Menurut Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005), pengurusan tingkahlaku  ditakrifkan  sebagai  satu  rancangan  untuk  memodifikasikan  tingkah  lakubermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.Dalam rancangan ini, guru harus memberitahu muridmurid tentang tingkah lakuyang  harus  diamalkan  di  sekolah  dan  peraturanperaturan  social  yang  harusditunjukkan dalam bilik darjah. Disamping itu, guru harus menggunakan contohcontoh visual dan konkrit untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistempersekolahan  contohnya  membetulkan  tingkah  laku  murid  yang  salah  denganmenunjukkan mereka tingkah laku yang betul.

                       Dalam proses modifikasi  tingkah  laku, guru mesti mengikut  langkahlangkah  yang  berikut,  antaranya  membuat  pemerhatian  awal  dan  penilaianterhadap  sesuatu  tingkah  laku  yang  bermasalah,  mengenal  pasti  danmenetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yangbetul (memodelkan atau memberitahu) serta memberikan ganjaran untuk tingkahlaku yang positif secara konsisten.

                        Guru  guru  perlu menggunakan  banyak  teknik  untuk modifikasikantingkah laku muridmuridnya. Ianya melalui satu sistem pengurusan tingkah lakubermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian  terhadap  tingkah  lakubermasalah  di  dalam  bilik  darjah.  Setiap  orang  guru  perlu  menyimpan  rekodsalah  laku  muridmuridnya  seperti  bila  ia  berlaku  dan  bagaimana  ia  berlaku.Proses merekod  ini amat penting dalam memodifikasikan tingkah  laku dan  jugasebagai bahan rujukan guru.

3.2) TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

       i.        PENEGUHAN

Page 6: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 6/9

            Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan negatif dan peneguhanpositif.  Peneguhan  positif  ialah,  proses  di  mana  guru  akan  cuba  mengawaltingkah  laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta katakataperangsang yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku muridmuridnya.Terdapat dua ganjaran peneguhan positif iaitu, ganjaran primer (susu, makanan,gula),  ganjaran  terlazim  ( bintang,  token, markah  tinggi,  penerimaan sosial  dansentuhan,  perkataan  (lisan  dan  bertulis),  permainan  dan  aktiviti,  ekspresi  danwajah guru (muka atau badan).

            Terdapat beberapa contoh peneguhan positif yang boleh digunakan olehguru untuk muridmurid.  Antaranya, murid disuruh untuk menjadi pembantu guruseperti membantu guru memungut buku latihan selepas tamat waktu, diberi masarehat  selama  lima  hingga  10  minit  untuk  melakukan  aktiviti  bebas  iaitu  muridbebas  membuat  aktiviti  yang  mereka  suka  namun  bukan  melakukan  perkarayang negatif, murid diberi masa untuk belajar di perpustakaan dan  tidak hanyabelajar di dalam bilik darjah. Kemudian, guru menulis satu nota pujian daripadaguru  kepada  ibu  bapa  murid  serta  murid  diberi  peluang  untuk  menjadi  ketuadalam  melakukan aktiviti berkumpulan.

            Jika peneguhan positif tidak berkesan, maka guru boleh menggunakanpeneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahimurid, atau menyuruh mereka menjalani ’times out’. Jikalau peneguhan ini masihtidak berkesan, maka guru perlu menggunakan hukuman disiplin yang lebih kuatseperti  denda  dan merotan.  Selain  itu,  guru  perlu memuji  muridmuridnya  danmemberitahu bahawa dia menyukai mereka tetapi hanya tidak suka tingkah lagunegative mereka sahaja. Diharapkan dengan pujian ini, murid dapat berfikir danberubah untuk tidak melakukan perkara negatif.

     ii.        DENDAANSemua hukuman denda perlu dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah

mesti  menentukan  bahawa  sesuatu  hukuman  itu  betulbetul  dilaksanakan  danmengikut  prosedur  yang  ditetapkan.  Terdapat  beberapa  dendaan  yang  bolehdilaksanakan  di  sekolah  seperti,  dimarahi  oleh  guru,  diberikan  amaran  apabilamelakukan  kesalahan,  mengenakan  hukuman  yang  dibayar  dengan  membuatkerja  di  sekolah  seperti  mengutip  sampah  dan  mencuci  tandas.  Seterusnya,“times out” sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan menghantarmurid ke bilik guru besar  jika  tidak mengikut arahan oleh guru. Tambahan  lagi,ibu bapa yang mempunyai anakanak yang bermasalah tingkah laku dikehendakike sekolah untuk membincangkan masalah anak mereka.

                       Tujuan mengenakan adalah untuk menghentikan  tingkah  laku negatiftersebut.  Skinner  berpendapat  bahawa  denda  hanya  boleh  membawa  kesandalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu,  tingkah laku yang tidak diinginibiasanya akan berulang lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasaisetengahsetengah  kemahiran  matematik,  mungkin  akan  menimbulkan  sikapkebencian terhadap pembelajaran matematik.

    iii.        REVERSE PSYCHOLOGY‘Reverse  Psycology  ‘  ialah  satu  teknik  modifikasi  tingkah  laku  yang  boleh

digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang boleh digunakan olehguru untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki daripada muridmurid didalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika seorang guru ingin muridnya diam, beliaumungkin menyatakan   sesuatu yang berikut  seperti,  ‘Teruskan, dan buat bisingsekuat  yang  anda  semua  boleh’  dalam  suara  yang  kuat  dan  tegas.  Muridnyaakan faham apa yang sebenar

dikehendaki  oleh  gurunya  iaitu mahu mereka diam dengan  serta merta  keranamereka  tahu  guru  itu  tidak  bermaksud    dengan  apa  yang  beliau  sedang

Page 7: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 7/9

mengatakan.

Teknik  modifikasi  tingkah  laku  ini  ialah  menggunakan  psikologi  untukmodifikasikan  tingkah  laku  negatif  kepada  tingkah  laku  positif.  Teknik  inimemerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan. Tujuanmenggunakan  teknik  ini  adalah  untuk  menginsafkan  murid  agar  melepaskansikap  negatif  dan  memupuk  sikap  positif  demi  membentuk  tingkah  laku  yangdiingini.

    iv.        SHAPINGDitakrifkan  sebagai  satu  usaha  memberikan  ganjaran  kepada  murid  setiap

kali dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan olehguru.  Dalam  teknik  ini,  ganjaran  yang  ditawarkan  oleh  guru  menjadi  semakinbesar  apabila murid  bergerak  ke  arah  pencapaian matlamat  tingkah  laku  yangditetapkan. Contohnya, untuk murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah dimana  selalu  bergerak  dalam  bilik  darjah,  guru  boleh  menetapkan  matlamattingkah  lakunya  sebagai  “Berhenti  bergerak  dalam  bilik  darjah.’  Jika  muridberjaya, guru akan menawarkan ganjaran yang  lebih besar sehinggalah tingkahlaku bermasalah itu terhapus.

     v.        TOKEN EKONOMIGuru boleh memberikan  token untuk mengawal  tingkah  laku murid  semasa

pengajaran  dan  pembelajaran  berlangsung  supaya  proses  pembelajaran  tidakterganggu.  Setiap  kali  murid  menunjukkan  tingkah  laku  yang  positif,  akandiberikan  satu  token  oleh  guru.  Token  terdiri  daripada  kadkad  berwarna  ataubintang yang mempunyai nilainilai  tertentu. Sebagai  contoh kad biru  sebanyaklima markah, kad merah sebanyak 10 markah dan sebagainya. Jika murid telahmengumpul banyak

markah, maka akan diberikan hadiah. Ini akan memotivasikan murid untuk terusmenunjukkan tingkah laku yang positif.

Selain  itu,  jika  murid  menunjukkan  tingkah  laku  yang  baik  sepertimenghasilkan kerja yang bermutu, maka, guru akan memberikan hadiah sebagaitukaran. Ini akan memotivasikan murid supaya lebih gigih lagi.

    vi.        KONTRAK (LISAN ATAU BERTULIS)Guru boleh membuat kontrak dengan muridnya supaya menunjukkan tingkah

laku yang positif. Kontrak boleh dibuat secara lisan dan bertulis diantara guru danmurid.  Jika  dibuat  secara  bertulis  perlu,  menandatanganinya  dan  terdapatperaturan  yang  perlu  diikuti.  Jika  tidak  mematuhinya  maka,  hukuman  akan  dikenakan.  Contohnya,  jika  murid  menunjukkan  tingkah  laku  yang  baik  danprestasi  kerja  yang  tinggi,  murid  akan  diberikkan  ganjaran  seperti  yangditetapkan  oleh  kontrak.  Muridmurid  akan  terus  berkelakuan  baik  keranapandangan mereka dipandang serius oleh guru.

  vii.        TIMES OUTDalam  teknik  ‘times out’,  jika  murid  tidak  dapat  mengawal  diri,  maka  akan

dikeluarkan daripada bilik darjah dan dibiarkan dalam bilik kecil yang berdekatanatau manamana  sudut  bilik  darjah. Apabila murid  tersebut  berkelakuan  positif,maka akan dibenarkan masuk semula ke dalam kelas. ‘Times out’ amat berkesanuntuk kanakkanak berumur empat hingga 12  tahun. Masa yang diperuntukkanuntuk  duduk  dalam  masa  ‘times  out’  ialah  diantara  satu  hingga  10  minitbergantung kepada  tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Selepas masahukuman dijalankan, guru perlu terangkan kenapa melakukan hukuman tersebut.Kemudian arahan yang asal diberikan

semula  kepada  murid  tersebut  dan  jika  mengikut  arahan  yang  diberikan  akan

Page 8: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 8/9

dipuji  manakala  jika  masih  tidak mengikut  arahan maka  akan  terus  dikenakanhukuman.

 viii.        PENGASINGANMerupakan  teknik  dimana  muridmurid  disuruh  keluar  daripada  bilik  darjah

atau  dimasukkan  ke  dalam  kelas  detensi  untuk  menjalani  hukuman  yangditetapkan guru. Satu konsep yang penting dalam teknik pengasingan ialah gurumembiarkan  tingkah  laku  murid  yang  bermasalah  negatif  serta  tidak  memberiapaapa  perhatian  kepadanya.  Teknik  ini  adalah  sesuai  apabila  murid  tidakmenunjukkan  tingkah  laku  yang  positif  walaupun  telah  diingatkan  oleh  gurubeberapa kali. Dalam  teknik  ini,  guru  tidak akan memberikan perhatian kepadatingkah  laku  bermasalah  sehinggalah  murid  berubah  sikap.  Jika  masih  tidakmengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas detensi disyorkan.

4.0) KESIMPULAN

Kadangkala  keadaan  dan  suasana  sekolah  juga  menimbulkan  keadaanyang  tidak selesa dan menyebabkan masalah  tingkah  laku berlaku. Kelas yangterlalu  ramai,  alat  kelengkapan  yang  tidak mencukupi,  suasana  di  dalam  kelasyang  tidak  harmoni,  alat  bantu mengajar  yang  tidak  cukup,  gangguan dari  luardan  keadaan  sekolah  yang  tidak  sempurna  dari  segi  kemudahan  asas.Kesemuanya  ini  boleh  menimbulkan  kegelisahan  dan  menganggu  kelancaranperjalanan kelas.

Oleh  itu,  pendapatpendapat  dan  kajian  dari  beberapa  tokoh  terkenalboleh  dijadikan  sebagai  bahan  rujukan  oleh  pihak  sekolah  bagi  merancangstrategistrategi  untuk meningkatkan  lagi  keberkesanan mengatasi  tingkah  lakubermasalah  dan  prestasi  muridmurid  dan  akademik  di  sekolah.  Sebagai  ibubapa,  kita  mestilah  menjaga  keselamatan  dan  jaminan  kehidupan  sempurnakepada  anakanak.  Ibu  bapa  mesti  memberikan  kasih  sayang  dan  perhatianselain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.Ibu bapa juga perlu memberipeluang  atau  kebebasan  kepada  anakanak  untuk  memilih  apa  yang  merekasuka,  mendengar  penjelasan  dan  pendapat  serta  memberi  sokongan  tentangperkaraperkara yang mereka minati..

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru denganbijak  dan  teratur  agar  ia  tidak  membantutkan  atau  menganggu  prosespengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistempembelajaran  yang  berkesan  akan  mempercepatkan  perkembanganpembelajaran muridmurid   di  sekolah. Memodifikasikan  tingkah  laku  ialah  satustrategi  penting  yang  boleh  digunakan  guru  yang  mana  tingkah  laku  yangdikehendaki  diteguhkan melalui  peneguhan  positif  dan  tingkah  laku  yang  tidakdikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.

BIBLIOGRAFI

Mok  Soon  Sang.  2011.  Psikologi  Pendidikan  –Nota  Intisari  Ilmu  Pendidikan.Selangor.            Penerbitan Multimedia.Mok  Soon  Sang.  2007.  Ilmu  Pendidikan  Untuk  KPLI  :  Komponen  3  :Profesionalisme            Keguruan Sekolah Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Dr Ragbir Kaur A/P  Joginder Singh.  2006. Panduan Ulangkaji  Ilmu PendidikanUntuk                        KPLI  (Sekolah  Rendah  dan Menengah).  Kuala  Lumpur.  KumpulanBudimanMurugiah Velayutham. 1996. Psikologi Pendidikan 1.: Psikologi perkembangan.Kuala

Page 9: Psikologi Pendidikan_ Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkahlaku Dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

23/04/2015 psikologi pendidikan: Cara Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Tingkahlaku dan Pengurusan Tingkahlaku Bermasalah

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/caramengenalpastimuridyang_30.html 9/9

Catatan Terbaru Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Dicatat oleh Cikgu Prihatin di 5:03 PG 

            Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/21/StrategiMasalah Pembelajaran Muridhttp://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksuddefinisitingkahlaku.html

www.slideshare.net/.../masalahtingkahlaku43642

sharidahipgmkbm.blogspot.com/.../isutingkahlaku..

Disediakan oleh :Mazura Binti Mansor 

+1   Syorkannya di Google

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai:  Akaun Google

Terbitkan   Pratonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Templat Picture Window. Dikuasakan oleh Blogger.