tingkahlaku prososial

27
TINGKAHLAKU PROSOSIAL Pengenalan Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain. Pertolongan yang diberikan mungkin hanya pertolongan biasa seperti memberi tempat duduk anda kepada seorang tua di dalam bas atau yang berbentuk benar-benar dilakukan seperti menyelamatkan seorang budak yang tergelincir di dalam parit atau yang berbentuk dirancang terlebih dahulu seperti menjadi sukarelawan memungut wang derma untuk orang-orang yang kurang bernasib baik atau yang berbentuk impulsif seperti tindakan seorang wira yang terus meredah ke dalam sebuah rumah terbakar untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sedang menjerit kepanasan. Apa yang ketara melalui tingkah laku menolong dalam contoh-contoh yang disebutkan tadi ialah faedah atau kelebihan yang dinikmati oleh orang yang ditolong melalui pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang menolong. Disebalik fenomena yang memperlihatkan tingkah laku manusia yang suka menolong ada pula ketikanya kita perhatikan tingkah laku manusia yang tidak mahu menolong misalnya kerap juga kita mendengar kisah-kisah manusia dipukul, dirompak, ditipu, disiksa malah dibunuh di khalayak ramai terus dibiarkan, orang-orang yang berada di situasi tersebut hanya memerhati dan tidak menolong. Mengapakah kadang- kadang manusia gagal menolong di dalam situasi yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini?. Di dalam topik ini kita akan mengetahui mengapa dan kenapa manusia akan memperlihatkan tingkah laku prososial. <!--[if !supportLists]--> Definisi Tingkah Laku Prososial<!--[endif]--> Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut.

Upload: sunable

Post on 24-Jun-2015

1.434 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Pengenalan

Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku

yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan

sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang

tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial.

Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada

orang lain. Pertolongan yang diberikan mungkin hanya pertolongan biasa seperti memberi tempat

duduk anda kepada seorang tua di dalam bas atau yang berbentuk benar-benar dilakukan seperti

menyelamatkan seorang budak yang tergelincir di dalam parit atau yang berbentuk dirancang terlebih

dahulu seperti menjadi sukarelawan memungut wang derma untuk orang-orang yang kurang bernasib

baik atau yang berbentuk impulsif seperti tindakan seorang wira yang terus meredah ke dalam sebuah

rumah terbakar untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sedang menjerit kepanasan. Apa yang

ketara melalui tingkah laku menolong dalam contoh-contoh yang disebutkan tadi ialah faedah atau

kelebihan yang dinikmati oleh orang yang ditolong melalui pengorbanan yang dilakukan oleh orang

yang menolong.

Disebalik fenomena yang memperlihatkan tingkah laku manusia yang suka menolong ada

pula ketikanya kita perhatikan tingkah laku manusia yang tidak mahu menolong misalnya kerap juga

kita mendengar kisah-kisah manusia dipukul, dirompak, ditipu, disiksa malah dibunuh di khalayak

ramai terus dibiarkan, orang-orang yang berada di situasi tersebut hanya memerhati dan tidak

menolong. Mengapakah kadang-kadang manusia gagal menolong di dalam situasi yang benar-benar

memerlukan bantuan seperti ini?. Di dalam topik ini kita akan mengetahui mengapa dan kenapa

manusia akan memperlihatkan tingkah laku prososial.

<!--[if !supportLists]--> Definisi Tingkah Laku Prososial<!--[endif]-->

Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun

memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3).

Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan

tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah

orang lain, menyelamat dan menolong. Selalunya tingkah laku prososial dikelilingi dengan altruisme.

Kedua-duanya adalah berlainan konsep. Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti

Page 2: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

manakala altruisme adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas dan

memenuhi keperluan orang lain tanpa mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah

kepadanya. Contohnya altruisme yang biasa seperti seseorang individu yang memberi derma kepada

individu, kumpulan ataupun individu tanpa mengharapkan penghargaan, politik atau peningkatan dari

segi ekonomi. Ini menunjukkan aktiviti ‘derma’ adalah tindakan prososial dan altruisme adalah

motivasi untuk melakukan tindakan tersebut. Altruisme juga dirujuk sebagai tingkah laku yang tidak

mementingkan diri sendiri. Dengan kata lain, tingkah laku ini terjadi akibat daripada sikap

bertanggungjawab dan bermoral. Seseorang yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran

sosial, material dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik (sikap mengutamakan

kesenangan atau kepentingan orang lain). Secara jelasnya altruisme ialah keinginan dan kemurahan

hati untuk menolong orang lain walaupun melibatkan atau terpaksa mengeluarkan kos.

<!--[if !supportLists]-->Latarbelakang Tingkah Laku Prososial <!--[endif]-->

Telah terbukti bahawa tindakan sukarela adalah untuk memberi manfaat orang lain telah

wujud dalam jiwa manusia dan haiwan. Pada 1978, Edward O. Wilson telah memulakan suatu bidang

yang baru, sosiobiologi untuk mengkaji tingkah laku sosial haiwan dan manusia dimotivasikan oleh

biologi organisma tersebut. Wilson (1978) telah menggunakan contoh dokumentasi mengenai

‘pertolongan’ yang wujud antara haiwan dan spesis serangga. Semenjak pengedaran buku teks beliau

yang inovatif, banyak buku dan artikel dikeluarkan mengenai tingkah laku menolong dan juga

menyelamat pada haiwan seperti lebah, semut, anjing liar dan spesis lain.

Secara semulajadi, perkembangan ahli psikologi dan saintis sosial merujuk kepada kajian

terhadap haiwan yang membuktikan tingkah laku prososial adalah fungsi biologi yang telah

diprogramkan di dalam jiwa kemanusiaan bukan secara semulajadi ataupun tindakan yang dipelajari.

Contoh yang menunjukkan manusia mempunyai sifat menolong telah dijumpai sejak lama dulu dan

telah direkodkan dalam sejarah ataupun zaman prasejarah.

Di Amerika Utara, orang asli mempunyai budaya berkumpulan yang kuat di mana kumpulan

tersebut saling tolong menolong. Dikalangan Hopi sejak 500 SM, sifat tolong menolong dan kerjasama

memberikan kebaikan kepada seluruh ahli keluarga dan individu. Persaingan dan kepentingan sendiri

bukan aspek dalam kebudayaan Hopi. Di Barat Laut India pula, masyarakat mereka menjemput

Page 3: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

tetamu ke dalam upacara mereka dan tetamu akan diberi hadiah berdasarkan status tetamu

berkenaan.

Selalunya motivasi menggalakkan tingkah laku prososial dan altruisme adalah berkait dengan amalan

kepercayaan ataupun agama. 3 kepercayaan agama yang penting di dunia iaitu Islam, Buddha dan

Kristian mengajar bahawa menolong orang yang kurang bernasib baik adalah suatu kewajipan dalam

beragama. Contohnya Ugama Islam mengajar bahawa membantu orang-orang miskin dan fakir

adalah satu tanggungjawab agama. Justeru, mengeluarkan zakat adalah wajib kepada umat Islam

dan menjadi salah satu daripada tiang atau perinsip Agama Islam.

Selain itu, terdapat banyak contoh yang menunjukkan Tuhan mengarahkan ataupun

memerintahkan penganut agama Yahudi untuk membantu orang yang lemah dan miskin melalui ‘Old

Testament’. Jesus juga memberitahu pengikutnya mengenai cerita yang mengandungi tunjuk ajar iaitu

“ The Good Samaritan” yang mengarahkan mereka untuk mengikut contoh jiran yang baik yang

membantu orang yang memerlukan yang telah dipelopori oleh orang-orang dahulu, termasuklah

paderi. Penekanan dalam memberi dan menolong dalam agama Judeo-Kristian adalah sebab utama

yang menyebabkan kita menganggap tingkah laku prososial sebagai norma sosial dan suatu moral

yang penting dalam kebudayaan barat.

Dalam sejarah, istilah tingkah laku prososial telah digunakan sejak 1970 an. Saintis sosial

telah menggunakan istilah ini sebagai antonim untuk ‘tingkah laku antisosial’. Satu badan telah

mengkaji berkenaan perkembangan untuk meningkatkan psikologi dalam memberi, menolong dan

berkongsi. Bidang psikologi sosial telah menjadi suatu disiplin pada awal 1900an dan fokus utama

adalah lebih kepada menekankan kesedaran pada masa tersebut.

Kebangkitan Nazisme, perang dunia, Holocaust, perkembangan yang giat terhadap senjata

nukleur dan perkauman. Walaubagaimanapun pada tahun 1960an, kepentingan tingkah laku

menolong dan moitvasi psikologi untuk kearah itu telah menjadi tarikan. Pemahaman tingkah laku

prososial telah dikenalpasti menjadi kunci untuk mengharmonikan antara individu atau hubungan

dalam sesuatu kumpulan.

Pencarian kunci untuk harmoni pada masa tersebut kerana dua alasan. Pertama, semasa

zaman perubahan keadilan undang-undang, bangsa kulit hitam dan putih telah menghukum diri

mereka sendiri dengan hukuman sebat dan kematian dalam membantah pengasingan kaum,

meskipun aktiviti-aktiviti tersebut adalah bukan mangsa sebenar apa yang mereka jangkakan.

Page 4: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Alasan kedua, terdapat peningkatan mendadak bilangan kes pemerhati ataupun pegawai

atasan yang gagal menolong mangsa-mangsa daripada jenayah yang kejam – perkara yang paling

sensasi telah berlaku pada 1964 iaitu pembunuhan Kitty Genovese. Genovese telah ditikam diluar

pangsapurinya, dan telah berulangkali meminta tolong tetapi langsung tidak dibantu oleh seorangpun

walaupun terdapat 38 individu yang telah mendengar jeritan beliau. Seorang saksi telah menelefon

polis 30 minit selepas serangan penjenayah itu dan selepas Genovese mati. Kebangkitan keadilan

undang-undang dan pembunuhan Genovese telah menarik perhatian rakyat, menimbulkan persoalan

mengapa manusia tidak mempunyai tingkah laku prososial dan telah memaksa ahli psikologi sosial

untuk mengkaji motivasi psikologi yang akan mendorong sifat menolong dan berkongsi.

Berikutan kajian-kajian yang dilakukan oleh badan-badan ka atas tingkah laku prososial telah

membuahkan hasil yang baik iaitu menghasilkan penulis-penulis mengenai tingkah laku prososial.

Tingkahlaku Prososial: Mengapa Manusia Memberi Pertolongan<!--[endif]-->

Golongan ahli psikologi Evolusi berpendapat tingkah laku sosial berkaitan dengan elemen

naluri dan dan juga faktor genetik. Ia menerangkan tingkahlaku sosial yang dipengaruhi faktor yang

berkembang beransur-ansur melalui peredaran masa (pemilihan semulajadi atau spontan). Idea

mengenai pemilihan ‘kin” (sanak saudara, kaum kerabat) adalah idea tentang tingkahlaku yang

melibatkan genetik bersaudara adalah berlaku secara spontan. Norma pertukaran (Norm of

reciprocity) adalah anggapan bahawa menolong orang lain akan meningkatkan kemungkinan mereka

yang ditolong akan menolong kembali di masa akan datang. Eisenberg (1986) mencadangkan

bahawa sesiapa yang belajar dengan baik mengenai norma sosial mempunyai nilai kompetetif atau

daya saing yang lebih tinggi. Norma sosial yang paling penting adalah altruisme.

Manakala sebahagian ahli psikologi yang berpegang kepada Teori Pertukaran Sosial

mengandaikan bahawa faktor berlakunya tingkah laku prososial bergantung kepada faktor kos dan

pulangan sesuatu pertolongan yang diberikan. Teori pertukaran sosial membantah sekerasnya

sesuatu yang dilakukan berdasarkan kemahuan untuk memaksimumkan hasil dan meminimumkan

kos. Menyokong teori psikologi evolusi iaitu teori berasaskan kemahuan dan minat sendiri, tetapi tidak

menyokong teori berdasarkan asas genetik. Sesuatu pertolongan boleh dihargai dalam 3 cara:

1. Meningkatkan kebarangkalian seseorang individu menolong kita di masa hadapan.

2. Membebaskan tekanan yang disebabkan oleh pemerhati.

3. Menambahkan penerimaan sosial dan meningkatkan nilai kendiri.

Page 5: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Pertolongan juga boleh melibatkan kos yang mana kadar pertolongan akan berkurang dengan

peningkatan kos.

Personaliti Penentu Tingkahlaku

Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Kepelbagaian personaliti ini menjadi penentu

kepada tingkah laku prososial. Menurut Huston (1981) dalam kalangan mereka yang mempunyai

keberanian menolong walaupun diri mereka menghadapi bahaya ialah mereka yang mempunyai ciri-

ciri seperti lebih tinggi, lebih besar, lebih berat dan mempunyai kemahiran yang lebih baik dalam

menolong orang berbanding manusia lain. Personaliti ini boleh dilihat dan dibincangkan dari aspek

berikut:

Perbezaan individu : personaliti altruistik

Aspek dalam diri seseorang individu yang menyebabkan dia menolong orang lain dalam

pelbagai situasi. Kajian menunjukkan perkaitan antara individu yang menolong dalam satu situasi

adalah tidak begitu berkait dengan tahap prososial individu tersebut dalam situasi yang lain. Norma

personaliti pada individu yang berasaskan perasaan mempengaruhi individu menolong orang lain.

Contohnya individu yang menderma darah, tingkah laku ini dipengaruhi oleh norma personaliti

seseorang individu itu.

Jelasnya tahap prososial atau pertolongan seseorang individu berbeza dalam situasi yang

berbeza. Bukan hanya personaliti yang mempengaruhi seseorang memberi pertolongan ia juga

bergantung kepada situasi yang dilalui. Ini menunjukkan individu yang berbeza akan membantu dalam

situasi yang berbeza.

Dalam hal ini Baron dan Byrne (1991) telah merumus dan menyenaraikan lima pembolehubah

personaliti alturistik iaitu :

<!--[if !supportLists]-->i) Empati<!--[endif]-->

Individu yang cenderung bertingkah laku prososial adalah mereka yang mempunyai

empati yang tinggi. Individu yang mempunyai sifat empati juga merasakan mereka

bertanggungjawab, akur, tolak ansur, kawal diri dan berusaha memberikan impresi

yang baik kepada orang lain.

<!--[if !supportLists]-->ii) Percaya kepada dunia yang adil<!--[endif]-->

Page 6: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Individu yang mempunyai persepsi bahawa kehidupan di dunia ini adalah adil apabila

tingkahlaku yang baik diberikan ganjaran dan tingkah laku yang tidak baik akan

menerima hukuman. Mereka percaya bahawa tingkah laku menolong bukan sahaja

memberi faedah kepada orang yang diberi pertolongan tetapi juga kepada orang yang

memberi pertolongan.

<!--[if !supportLists]-->iii) Tanggungjawab sosial<!--[endif]-->

Setiap individu biasanya percaya bahawa setiap manusia bertanggungjawab untuk

melakukan sebaik mungkin dalam menolong orang lain. Mereka beranggapan

bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi.

<!--[if !supportLists]-->iv) Lokus kawalan dalaman<!--[endif]-->

Lokus kawalan dalaman ialah individu percaya bahawa mereka boleh menentukan

cara-cara terbaik dalam bertingkah laku untuk memberikan pertolongan. Berbeza

dengan individu yang mempunyai lokus kawalan luaran, mereka ini hanya berserah

kepada nasib dan dengan demikian mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh

dalam memberikan pertolongan.

<!--[if !supportLists]-->v) Egosentrisme yang rendah<!--[endif]-->

Mereka ini adalah tidak mementingkan diri sendiri. Manusia yang kurang cenderung

memberikan pertolongan biasanya bersifat egosentrik dan bersaingan.

Perbezaan jantina/ gender

Eagly dan Crowly (1987) menyatakan lelaki lebih suka menolong dalam keadaan bersifat kesatriaan,

kepahlawanan (Heroic), manakala wanita pula lebih gemar menolong dalam pemeliharaan,

penjagaan, pendidikan termasuklah komitmen dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan budaya

Berdasarkan perbezaan budaya, manusia lebih suka menolong ahli dalam kumpulan mereka,

iaitu mereka yang mempunyai kebudayaan yang sama antara satu sama lain, berbanding dengan

yang bukan ahli kumpulan mereka. Mereka yang mempunyai kebudayaan kumpulan, berpuak

(collective culture) akan lebih suka menolong ahli dalam puak mereka berbanding dengan individu dari

kumpulan lain. Sebagai contohnya dalam masyarakat kita hari ini bangsa Cina lebih cenderung untuk

menolong bangsa Cina itu sendiri begitu juga bangsa India dan juga bangsa Melayu.

Page 7: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Namun demikian dalam konteks negara ini yang berbilang bangsa, budaya, kepercayaan dan

agama keadaan ini cuba diintegrasikan agar wujud rasa kebersamaan tanpa mengira bangsa yang

berlainan.

Kesan emosi terhadap tingkah laku prososial

Individu yang mempunyai perasaan atau emosi yang baik akan lebih cenderung untuk menolong. 3

sebab yang menyokong pernyataan di atas iaitu :

1. Emosi yang baik membolehkan kita menterjemahkan sesuatu perkara yang berlaku secara

simpatetik.

2. Menolong orang lain akan memanjangkan keadaan emosi yang lain.

3. Emosi yang baik akan meningkatkan keprihatinan yang akan menolong kita untuk lebih

berkelakuan berdasarkan nilai-nilai murni dan kepercayaan atau agama sendiri.

Hipotesis membebaskan keadaan/ kenyataan negatif

Menyatakan individu memberi pertolongan untuk mengurangkan kesedihan, kemurungan, tekanan

yang dialami diri sendiri yang merupakan contoh pendekatan ‘pertukaran sosial’. Menolong sebagai

cara mengurangkan tekanan yang dihadapi.

<!--[if !supportLists]-->Situasi Yang Menentukan Tingkahlaku Prososial : Bila Seseorang Akan

Menolong Individu Yang Lain. <!--[endif]-->

Persekitaran: Pedalaman atau Bandar

Mereka yang tinggal di kampung atau pedalaman lebih cenderung untuk menolong dalam

pelbagai situasi di kebanyakan negara. Secara jelas orang di kawasan pedalaman lebih mempunyai

sifat kejiranan dan senang mempercayai orang yang tidak dikenali. Latena dan Darley (1970)

mendapati bahawa pelajar dari luar bandar adalah cenderung kepada menolong orang lain. Pada hari

ini situasi masyarakat bandar dan luar bandar begitu berbeza sebagai contohnya masyarakat luar

bandar begitu mudah dan mesra untuk menjemput tetamu masuk ke rumah mereka berbanding di

kawasan bandar yang sukar untuk menjemput tetamu masuk ke rumah mereka.

Milgram (1974) menyebut mengenai hipotesis bebanan. Orang di kawasan bandar cuba

mengelakkan diri mereka dari dibebani rangsangan yang diterima. Jadi penduduk bandar kurang ingin

menolong untuk mengelakkan berlebihan bebanan.

Page 8: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Bilangan pemerhati : Kesan pemerhati kepada tingkah laku prososial

Latane dan Darley (1970) membina langkah demi langkah penerangan bagaimana individu

memutuskan untuk memberi pertolongan dalam sesuatu kecemasan.

1. Menyedari perkara yang berlaku

2. Menganggap dan menterjemahkan keadaan itu sebagai kecemasan.

3. Kehadiran perasaan tanggungjawab

4. Mengetahui cara atau kaedah untuk menolong

5. Memutuskan untuk melaksanakan pertolongan

Ketidakpedulian beramai-ramai (pluristic ignorance) iaitu fenomena di mana pemerhati

menganggap tiada apa yang berlaku dalam sesuatu kecemasan kerana tiada seorang pun yang

mengambil berat kejadian tersebut. Keadaan ini begitu mengganggu penterjemahan sesuatu kejadian

kepada kecemasan seterusnya mengurangkan keinginan menolong.

Penyerapan rasa tanggungjawab adalah fenomena di mana sekiranya rasa tanggungjawab setiap

pemerhati menurun, maka bilangan saksi kejadian akan meningkat dan seterusnya kadar menolong

berkurang.

Secara umumnya kita lebih gemar menolong orang yang dikenali berbanding orang yang tidak

dikenali selagi orang yang dikenali tidak mengambil kesempatan ke atas kita untuk kesenangan diri

mereka sehingga menjejaskan maruah kita sendiri.

Bagaimana meningkatkan sifat menolong?

Manusia tidak suka selalu ditolong. Jika ditolong ini bermakna menunjukkan individu yang ditolong

merasa tidak berdaya saing, kurang keyakinan diri dan mereka selalu merasa tersiksa dengan

pertolongan tanpa disedari. Matlamat pertolongan adalah untuk menyokong, menyatakan rasa ambil

berat, tetapi berjaga-jaga dalam pengawalan aktiviti menolong yang mungkin akan mengancam

maruah orang yang ditolong.

Pengaruh Psikologi Terhadap Tingkah Laku Prososial

Kebiasaannya manusia menunjukkan tingkahlaku prososial terhadap sesuatu keadaan

disebabkan oleh pengaruh psikologi yang pernah dialami. Pengaruh psikologi banyak mempengaruhi

Page 9: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

cara manusia bertindak terhadap sesuatu keadaaan dan suasana yang melibatkan aktiviti sosial.

Pengaruh psikologi ini terbahagi kepada 3 faktor iaitu faktor emosi atau perasaan, faktor keperibadian

dan faktor situasi atau keadaan semasa.

Faktor Emosi atau perasaan

Kesan emosi mendorong manusia bertindak dalam keadaan di luar dugaan. Kesan emosi

boleh dilihat dari aspek berikut:

Empati

Empati adalah merupakan kebolehan individu meletakkan diri dalam keadaan orang lain.

Apabila seseorang melihat orang lain dalam kesusahan empati bertindak sebagai pendorong

seseorang itu untuk menolong orang lain yang ditimpa kesusahan (Ma’rof Redzuan, 2001).

Tingkahlaku menolong ini adalah disebabkan oleh perkongsian emosi dengan individu lain iaitu cuba

merasai atau memahami apa yang telah dialami oleh individu lain. Empati biasanya pertolongan yang

diberi pertolongan yang diberi untuk mengurangkan tekanan diri dan emosi orang lain dalam bentuk

ganjaran dan perkhidmatan.

Perasaan bersalah dan simpati

Perasaan bersalah biasanya timbul apabila melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri

dan orang lain. Perasaan bersalah ini kebiasaannya memudahkan seseorang untuk menolong orang

lain. Kadang kala individu menolong orang lain disebabkan perasaan simpati iaitu merasa kasihan

kepada individu lain akibat nasib tidak baik yang diterima individu lain seperti bencana alam,

kemalangan, masalah rumahtangga, kematian dan sebagainya. Daripada perasaan simpati inilah

individu akan membantu untuk meringankan tekanan yang dialami oleh orang lain.

Suasana rasa yang baik

Keinginan menolong sering juga dikaitkan dengan suasana rasa. Suasana rasa ini akan

membangkitkan keinginan untuk menolong. Apabila individu mengalami suasana rasa yang baik ia

akan menjadi lebih aktif dan berkeinginan untuk menolong individu lain lebih tinggi. Individu menolong

yang bergantung kepada suasana rasa yang baik mempunyai keinginan untuk menolong yang tidak

tetap iaitu apabila keadaan suasana itu berubah, keinginan untuk menolong akan berkurangan dan

seseorang itu akan lebih kepada mementingkan diri sendiri dengan menyelesaikan masalah sendiri

daripada masalah orang lain.

Suasana rasa yang kurang baik

Page 10: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Suasana rasa yang kurang baik selalunya terjadi akibat kesilapan yang pernah dilakukan dan

pengalaman yang merugikan dalam hidup. Peristiwa pahit atau pengalaman lampau sering kali

membayangi kehidupan manusia. Individu lazimnya akan menolong individu lain daripada melakukan

kesilapan yang pernah ia lakukan terdahulu. Individu yang mempunyai suasana rasa yang tidak baik

ini iaitu individu yang menolong biasanya akan menolong individu lain dan mengharapkan suasana

rasa yang baik akan dialami oleh individu yang ditolong. Sebagai contohnya seorang ahli korporat

berjaya yang berasal dari keluarga yang susah memberikan pertolongan kepada pelajar-pelajar miskin

dalam bentuk biasiswa dan sebagai. Tingkah laku menolong ini adalah kerana pengalaman masa

lampau ahli korporat tersebut yang susah cuba menolong pelajar-pelajar yang miskin agar pelajar-

pelajar tersebut akan dapat merasai suasana yang baik.

Motivasi untuk menolong

Keinginan untuk menolong biasanya mempunyai motif atau matlamat yang tertentu

mengakibatkan seseorang itu menolong orang lain. Matlamat atau motif individu yang menolong

biasanya dalam bentuk ganjaran, penghormatan dan pujian (Bandura, 1986). Jika sesuatu motif atau

matlamat itu dapat dicapai apabila individu itu menolong maka keinginan untuk menolong adalah

tinggi dan begitulah sebalik. Pengalaman seseorang individu apabila menolong orang lain juga

memainkan peranan dalam memotivasikan individu itu untuk menolong individu lain. Apabila melihat

orang lain memerlukan bantuan, individu itu akan merasakan ia mempunyai tanggungjawab untuk

menolong individu yang memerlukan pertolongan disebabkan pengalaman menolong yang pernah

dilakukan oleh individu itu. Ahli-ahli potlitik biasanya menghulurkan bantuan dengan matlamat dan

motif utama untuk mendapatkan undi semasa pilihan raya. Dalam Islam setiap individu yang

menolong orang lain dijanjikan pahala. Konsep ini adalah merupakan konsep ganjaran iaitu setiap

perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik.

Faktor Keperibadian

Faktor keperibadian boleh dilihat dari aspek berikut:

Kebolehan untuk mendapatkan ganjaran

Seseorang itu akan menolong orang lain apabila ganjaran yang diperoleh memberi kepuasan

kepadanya (Bandura, 1986). Bentuk ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk sebagai contohnya harta

benda, penghormatan, pujian dan sebagainya.

Latar belakang

Page 11: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Latar belakang seseorang individu juga mempengaruhi tingkah laku prososial seseorang

individu. Daya menolong orang di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan orang

di kawasan bandar. Latane dan Darley (1970) mendapati bahawa pertolongan yang diberikan kepada

orang lain terhadap masyarakat adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding kawasan

bandar.

Sifat keperibadian

Sifat keperibadian dilihat sebagai penilaian kendiri dan dikenali juga sebagai trait personaliti.

Trait personaliti ini dapat mempengaruhi tingkah laku menolong kerana seseorang itu mempunyai

kendiri yang tinggi, meyakini bahawa dirinya boleh mengubah keadaan buruk yang menimpa kepada

yang lebih baik dan suka melakukan kebajikan terhadap orang lain. Satu alasan mengenai kesukaran

untuk melihat seseorang itu akan menolong dalam sesuatu situasi adalah kerana tekanan situasi

dalam cara yang kompleks.

Kajian menjumpai individu yang berorientasi penilaian kendiri atau harga diri menyerlahkan

pencapaian, aktif dan suka memajukan diri. Individu ini dilihat lebih mempunyai keinginan untuk

menolong orang lain. Manakala individu yang berorientasikan keselamatan menunjukkan rasa

bimbang, tidak selamat dan bergantung kepada orang lain. Individu ini dilihat kurang menolong kerana

lebih menumpukan perhatian dan dipengaruhi oleh contoh atau model (bystander) dalam situasi

kecemasan.

Sikap seseorang

Sikap seseorang untuk menolong bergantung kepada kelakuan yang mengubah sikap antara

individu dalam masyarakat yang sama dan kesan terhadap tingkah laku menolong dalam situasi yang

khusus. Ketika menolong, sikap seseorang melibatkan rasa kewajipan melakukan tindakan menolong

yang khusus.

Faktor Situasi

Faktor situasi adalah penting dalam menentukan sama ada seseorang itu akan memberikan

pertolongan atau pun tidak. Dalam hal ini beberapa perkara yang berkaitan keadaan situasi akan

dibincangkan.

Keadaan persekitaran

Dalam banyak keadaan kita melihat bahawa keadaan persekitaran sedikit sebanyak

mempengaruhi tingkah laku prososial. Keadaan persekitaran seperti cuaca panas atau hujan, cerah

Page 12: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

atau gelap dan bandar atau luar bandar adalah merupakan persekitaran yang akan memainkan

peranan dalam mempengaruhi tingkah laku prososial.

Cunningham (1979), dalam kajiannya mendapati bahawa subjek kajian lebih cenderung untuk

menolong apabila cuaca bermatahari lebih cerah berbanding apabila cuaca hujan yang malap. Begitu

juga manusia lebih cenderung untuk menolong dalam musim panas berbanding musim sejuk.

Steblay (1987) pula menyatakan bahawa saiz sesebuah bandar itu penting dalam

hubungannya dengan tingkah laku prososial. Menurut beliau kecenderungan menolong di bandar kecil

adalah lebih tinggi berbanding dengan di bandar besar. Dapatan kajian ini disokong pula oleh hasil

kajian yang didapati oleh Amato (1983). Beberapa sebab diberikan mengapa orang yang tinggal di

bandar-bandar besar dikatakan kurang cenderung bertingkah laku prososial. Antara sebabnya ialah

bebanan yang dialami oleh penduduk di bandar besar yang sentiasa disogok dengan rangsangan-

rangsangan termasuk rangsangan daripada orang lain sebagai contohnya perasaan ketidakupayaan

akibat daripada berurusan dengan pemerintah dan birokrasi yang dirasakan tidak bersifat responsif.

Kesibukan hidup di bandar juga mengurangkan tahap tingkah laku prososial penduduk di

bandar besar kerana kesibukan ini menghalang mereka untuk mengenali antara satu sama lain.

Kesan kesibukan ini menjadikan penduduk di bandar lebih bersifat keakuan dan tidak bersifat

kekitaan.

Faktor kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tingkah laku prososial. Sears (1991)

mendapati bahawa kebisingan boleh mengurangkan gerak balas manusia pada sesuatu peristiwa

dalam persekitaran. Dalam maksud yang lain keadaan yang bising manusia agak terhalang untuk

menyedari sesuatu peristiwa yang memerlukan pertolongan itu berlaku.

Tekanan masa

Dalam situasi tertentu manusia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa menyababkan mereka

tidak mempunyai masa untuk menolong. Manusia biasanya akan memilih untuk menyelesaikan

perkara-perkara penting dan segera terlebih dahulu dan kurang memberi keutamaan kepada memberi

pertolongan. Walau bagaimanapun adalah segelintir ahli masyarakat yang kadang kala membuat

pertimbangan atau analisis kos keuntungan. Dalam masa yang terbatas kemungkinan manusia tidak

melakukan pertolongan sekiranya pertolongan itu memakan masa yang lama dan tidak melibatkan

kos yang tinggi sekiranya tidak ditolong (Ma’rof Redzuan, 2001).

Kehadiran Orang Lain

Page 13: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Kehadiran orang lain boleh mengurangkan kecenderungan untuk menolong atau ia juga boleh

meningkatkan kecenderungan untuk menolong. Bagi individu yang kurang kecenderungan untuk

menolong akibat kehadiran orang lain mungkin beranggapan bahawa dia tidak perlu memberi

pertolongan kerana sudah ada orang lain yang boleh memberikan pertolongan. Begitu juga bagi

individu yang beranggapan bahawa tidak perlu menonjolkan pertolongan yang diberikan maka mereka

ini kurang kecenderungan untuk menolong apabila orang lain hadir bersama dalam situasi tersebut.

Namun demikian bagi orang yang berkecenderungan tinggi apabila ada kehadiran orang lain

mungkin mereka mengharapkan sesuatu dari pertolongan yang diberikan. Sebagai contohnya

seorang pekerja bawahan akan cenderung untuk menghulurkan bantuan atau pertolongan jika mereka

sedar dan tahu akan kehadiran ketua atau majikan mereka. Begitu juga bagi seorang pemimpin

masyarakat, mereka cenderung untuk menolong jika sedar ramai orang berada bersama ketika itu.

Pertolongan yang diberikan itu adalah dengan harapan akan mendapat kepercayaan dan rasa hormat

orang lain kepada mereka.

Latane dan Darley (1970) menamakan ini sebagai kesan bystander. Kesan bystander boleh

diterangkan seperti berikut :

<!--[if !supportLists]-->i) Kesamaran dalam pentafsiran ke atas situasi<!--[endif]-->

Pemberi pertolongan yang berpotensi kadangkala tidak begitu pasti sama ada sesuatu itu

sebenarnya merupakan satu kecemasan atau orang yang ditimpa kemalangan itu perlu

ditolong atau pun tidak. Dengan itu tingkah laku bystander lain boleh mempengaruhi

bagaimana kita mendefinisikan situasi. Pentafsiran kita terhadap peristiwa inilah yang

boleh mempengaruhi bagaimana kita seharusnya bertindak samaada untuk menolong

atau tidak.

<!--[if !supportLists]-->ii) Kebimbangan penilaian<!--[endif]-->

Sudah menjadi kebiasaan manusia menjadi bimbang dengan penilaian orang lain

terhadap diri mereka. Kita biasanya menjadi serba salah dan tidak selesa jika kita sedar

bahawa setiap tingkah laku kita diperhatikan. Perasaan seperti risau, khuatir dan bimbang

akan wujud dalam diri kita kalau-kalau kita telah melakukan sesuatu yang salah dan ini

akan mengundang penilaian negatif daripada orang lain. Dalam hal ini kita merasa tidak

selesa apabila memberikan pertolongan lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang lain.

Semua ini adalah merupakan kos yang kita hadapi sekiranya kita menolong dan keinginan

Page 14: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

untuk mengelakkan diri daripada penolakan sosial ini boleh menghalang kita daripada

bertindak untuk menolong. Keadaan sebaliknya juga mungkin boleh berlaku.

Kebimbangan ini boleh mendorong diri untuk menolong, misalnya jika kita lihat seseorang

yang cedera dan kita segera memberikan pertolongan kerana kita bimbang jika kita tidak

menolong kita itu orang lain akan mengatakan kita seorang yang tidak

berperikemanusiaan dan sebagainya. Kebimbangan ini juga boleh menjadi pendorong

kepada kita untuk menunaikan tanggungjawab sosial.

<!--[if !supportLists]-->iii) Penyebaran tanggungjawab<!--[endif]-->

Kesan bystander ada juga kaitan dengan penyebaran rasa tanggungjawab. Sebagai

contohnya jika satu keadaan atau situasi di mana tiada orang lain yang berada di situ

ketika sesuatu kejadian berlaku, maka kita merasakan itu menjadi tanggungjawab kita

untuk membantu. Namun demikian jika ada orang lain yang bersama maka

tanggungjawab pada diri akan berkurangan kerana merasakan orang lain juga

mempunyai tanggungjawab yang sama untuk menolong ketika itu.

Galakan membantu

Norma sosial penting bagi individu atau kumpulan dalam memberi sebarang bantuan kepada

sesiapa yang memerlukan. Sikap timbal balik dalam norma sosial ialah tingkah laku yang dilakukan

oleh individu A menolong individu B disebabkan individu B pernah menolong individu A. Norma sosial

jenis ini adalah universal dan saling melengkapi antara satu sama lain dengan bahagian kod moral

dan semua budaya. Menurut perpektif norma sosial terdapat beberapa norma sosial yang

mempengaruhi tingkah laku prososial iaitu :

Norma timbal balik (Reciprocity)

Sikap timbal balik begitu kuat mendorong seseorang memberi pertolongan semata-mata

untuk mendapatkan balasan dan ganjaran. Norma timbal balik menyatakan bahawa kita harus

menolong mereka yang pernah menolong kita. Azizi dan rakan-rakan (2005), menyatakan bahawa

sikap tolong menolong yang dilakukan oleh individu bukan sahaja berpunca faktor timbal balik, tetapi

sikap timbang rasa juga mempengaruhi seseorang dalam memberi bantuan kepada individu lain. Jika

kita sudah biasa memberi bantuan kepada orang lain, ia akan mendorong kita akan sentiasa emberi

pertolongan kepada sesiapa pada masa-masa akan datang. Rasa tanggungjawab juga berkaitan

dalam norma sosial ini. Ia susah terjadi secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun banyak perhubungan

Page 15: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

sesame individu terjalin melalui rasa tanggungjawab dan timbang rasa dalam tingkah laku tolong

menolong.

Norma tanggungjawab sosial

Terdapat andaian bahawa orang yang berkedudukan baik seperti ada kuasa, kedudukan dan

pangkat seharusnya lebih banyak menolong orang lain yang memerlukan pertolongan. Andaian ini

adalah merupakan norma tanggungjawab sosial. Seorang abang akan bertindak sebagai penjaga dan

pelindung kepada adik-adiknya. Tindakan ini adalah menurut norma tanggungjawab sosial. Walau

bagaimanapun seperti yang telah dibincangkan sebelum ini bahawa ada segelintir individu yang

menghulurkan bantuan adalah bertujuan untuk mendapatkan faedah daripada bantuan tersebut.

Mohd Makzan (2001) menyatakan bahawa norma tanggungjawab sosial ini mengarah individu untuk

membantu mereka yang patut diberi bantuan khususnya individu yang bergantung kepada diri kita.

Norma ini diserap ke dalam diri bukan untuk mendapatkan ganjaran sosial atau material.

Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan

Norma kesamaan dan keadilan menyatakan bahawa setiap ahli sesuatu kelompok hendaklah

mendapat faedah secara sama rata daripada pengagihan ganjaran. Norma ini juga menyatakan

bahawa seseorang seharusnya memperolehi ganjaran berdasarkan sumbangannya terhadap

kelompok (Ma’rof, 2001).

Norma sosial dan norma peribadi

Sesuatu tingkah laku yang dilakukan melalui norma-norma sosial adalah kurang tepat ramalannya.

Dalam sebuah masyarakat norma sosial masyarakat tersebut adalah berbeza dengan masyarakat

yang lain. Sebagai contohnya norma sosial masyarakat kita yang menyatakan jangan suka menjaga

tepi kain orang lain, namun dalam masa yang sama apa tindakan kita jika melihat seorang isteri

dipukul oleh suaminya sendiri atau seorang anak dipukul oleh ibu atau ayahnya. Dalam keadaan ini

ada pihak yang mempunyai norma yang lain menyatakan kita harus membantu dan menolong isteri

dan anak tersebut. Oleh yang demikian norma bukan sahaja bertindak sebagai pendorong kepada

sesuatu tingkah laku tetapi juga adalah untuk membataskan tingkahlaku yang lain.

Dalam konteks norma peribadi pula tingkah laku prososial boleh difahami melalui nilai, prinsip dan

perasaan tanggungjawab moral individu untuk menolong orang lain dalam situasi yang tertentu.

Penghalang galakan membantu

Page 16: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Kebanyakan penduduk di bandar kurang terlibat dalam akriviti tolong menolong. Mereka lebih

cenderung menolong golongan keluarga mereka sahaja. Mereka lebih mementingkan diri sendiri.

Beberapa jenis penyesuaian untuk seseorang boleh tertekan disebabkan oleh penghuni bandar.

Penyesuaian yang pertama ialah untuk mengurangkan masa yang diberikan oleh setiap individu. Cara

yang kedua pula ialah untuk tidak peduli individu yang kuarang penting. Manakala penyesuaian yang

ketiga ialah menghalang penerimaan individu yang lain. Kurangnya masa untuk setiap individu

bermakna kurangnya peluang pembantu menjadi biasa dengan permasalahan dan merasa empati

terhadap individu yang tertekan. Memandangkan individu yang kurang penting diabaikan dan individu

tersebut memerlukan pertolongan tidak menjadi tajuk utama di dunia kognitif orang ramai, dia tidak

akan diketahui dan tidak akan menerima bantuan.

Teknik Atau Pendekatan Kaunseling Yang Boleh Digunakan Terhadap Klien

Hasil dapatan kami mendapati individu yang tidak menunjukkan tingkah laku prososial seperti

kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, tidak gemar menderma, tidak suka menolong

orang lain, suka mengasingkan diri dan sebagainya; perlu dibantu dengan beberapa kaedah tertentu.

Individu atau klien berkenaan boleh dibantu dengan menggunakan pendekatan kaunseling

kelompok. Teknik mengumpulkan klien berkenaan dalam kelompok kaunseling akan dapat memberi

pendedahan dan perkongsian tentang tingkah laku prososial yang sepatutnya ada pada seseorang

individu. Teknik yang dicadangkan ialah teknik pembelajaran sosial atau peniruan sosial yang

dipelopori oleh Albert Bandura.

Melalui teknik ini, klien akan berkongsi pandangan dan pendapat dengan rakan-rakan lain

dalam kelompok tentang konsep dan kebaikan tingkah laku prososial. Bandura mengandaikan

bahawa kebanyakan tingkah laku kanak-kanak dipelajari dengan cara memerhatikan tingkah laku

orang lain. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak yang mengajuk atau meniru tingkah laku model-

model kadangkala diberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk. Contohnya, pujian, galakan dan

sebagainya.

Melalui pemerhatian hubungan antara tingkah laku model dan hasil atau kesan daripada

tingkah laku tersebut, kanak-kanak akan cuba mengaitkannya secara kognitif. Ia juga berfungsi

sebagai sumber jangkaan mengenai apa akan berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut bertindak

dalam cara yang sama. Seterusnya kanak-kanak akan dapat menjangkakan bahawa sesuatu tingkah

Page 17: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

laku menolong seharusnya akan membawa kepada perasaan gembira dan juga ganjaran-ganjaran

intrinsik yang lain.

Dengan itu, cara yang paling ideal bagi pembimbing atau model untuk menanamkan tingkah

laku prososial di kalangan kanak-kanak ialah dengan model itu sendiri menekankan norma-norma

peribadi mengenai tanggungjawab sosial, bertindak menolong, dan seterusnya memberikan

peneguhan pada tingkah laku ajukan kanak-kanak tersebut. Dengan kata lain sesuatu tingkah laku

menolong yang telah dilakukan oleh kanak-kanak perlulah diberikan ganjaran, misalnya dalam bentuk

pujian. Kadang kala seseorang kanak-kanak meniru tingkah laku menolong seperti yang dilakukan

oleh pahlawan-pahlawan negara, misalnya Hang Tuah. Dengan menganugerahkan Pingat Hang Tuah

kepada kanak-kanak yang menolong orang adalah satu bentuk ganjaran yang boleh menanamkan

sikap untuk menolong orang lain dalam kalangan mereka. Teknik ini amat bersesuaian jika

diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk membantu individu yang mengalami masalah yang

sama.

<!--[if !supportLists]-->Kesimpulan<!--[endif]-->

Tingkah laku prososial berkait rapat dengan kejujuran untuk menolong di mana sesuatu

pertolongan itu dilakukan tanpa niat untuk mendapatkan balasan. Semangat seperti inilah yang perlu

disemai dalam diri setiap individu khususnya sedari mereka kanak-kanak. Setiap individu juga harus

menyedari tentang kebolehan dirinya untuk memberikan pertolongan sama ada pertolongan itu perlu

atau tidak.

Dalam usaha mendorong manusia untuk menolong, mereka perlulah mempelajari teknik-

teknik menolong agar pertolongan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan, masa dan keperluan

pada masa tersebut. Tidak semua keadaan dan tidak semua orang suka atau mahu menerima

pertolongan lebih-lebih lagi jika pada masa tersebut pertolongan tidak dikehendaki. Pertolongan yang

diberi mungkin akan disalah anggap dan boleh menimbulkan kemarahan.

Oleh yang demikian dalam memberikan pertolongan setiap individu perlu berhati-hati agar

pertolongan yang diberikan dapat diterima dan tidak disalah anggap.

<!--[if !supportLists]-->Bibliografi<!--[endif]-->

Page 18: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Amato, P. R. (1983). Helping Behavior In Urban And Rural Settings: Fields Studies Based On

A Taxonomic Organization of Helping Episodes. Jurnal of Personality and Social Psychology

45: 571-586.

Aziz, Y., Jaafar, S. L., Shahrin, H., dan Yusof, B. (2005). Psikologi Sosial : Alam Remaja.

Kuala Lumpur : Pts Publications Sdn. Bhd.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.

Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Baron, R. A. dan D. Byrne (1991). Social Psychology : Understanding Human

Interaction.Boston: Allyn and Bacon, Inc.

Batson, Daniel C. (1998). "Altruism and Prosocial Behavior." In The Handbook of Social

Psychology, 4th ed., edited by Daniel T. Gilbert, Susan T. Fiske, and Gardner Lindzey. New

York: Oxford University Press,. ISBN:

Cunningham, M. R. (1979). Weather, Mood and Helping Behavior : Quasi Experiments With

The Sunshine Samaritan. Jurnal of Personality and Social Psychology, 37: 1947-1956.

Eagly, A.H. (1987). Sex Different in Social Behaviour: A social psychological interpretation.

Hillsdale, NJ:Erlbaum.

Eisenberg, N., & Mussen, P. (!989). The roots of prosocial behavior in children. Cambridge,

England: Cambridge University Press.

Eisenberg, N. (1986). Altruistic emotion, cognition, and behavior. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Huston, T. L. (1981). Bystander Intervention Into Crime: A Study Based On Naturally Occuring

Episodes. Social Psychology Quarterly.

Latena, B. dan J.M. Darley. (1970). The unresponsive bystander: Why doesn’t he help. New

York: Appleton-Century-Crofts.

Ma’rof Redzuan. (2001). Psikologi Sosial. Serdang: Malindo Printers Sdn. Bhd.

Milgram, S. (1974). Obedience to authority. New York: Harper and Row.

Page 19: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Mohd Mahzan Musa (2001). Psikologi Sosial. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications

Sdn. Bhd.

Sears, D. O. (1991). Social Psychology (7th Ed). Englewood Cliffs. NJ: Prentice Hall.

Steblay, N. M. (1987). Helping Behavior In Rural and Urban Environments: A Meta-analysis.

Psychological Bulletin, 102: 346-356.

Wilson, E.O. (1978). On Human Nature. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Kajian Kes

Latar belakang Kes

Sekolah M terletak di Bandar Kota Bharu, Kelantan yang mana beberapa tahun kebelakangan

ini bandar ini begitu pesat membangun. Kepesatan pembangunan ini sedikit sebanyak telah memberi

kesan yang ketara kepada pembangunan ekonomi bandar ini khususnya dan kepada negeri Kelantan

amnya. Kepesatan pembangunan ini juga telah membawa bersama nilai-nilai moden ke dalam diri

penduduk-penduduk dan rakyat sekitarnya dan telah meninggalkan nilai-nilai murni yang begitu

dihargai oleh masyarakat timur khususnya masyarakat negeri ini. Keadaan ini boleh kita lihat kepada

tingkah laku muda-mudi pada hari khusus dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar pada hari ini

semakin terhakis nilai budi bahasanya dan ini telah mendorong kepada kebejatan sosial yang berlaku

dewasa ini yang semakin meruncing dan sekolah M juga tidak lari daripada keadaan ini.

Sikap dan tingkah laku pelajar sekolah ini lebih menjurus kepada sikap mementingkan diri

sendiri dan tiada sikap ingin membantu sesama sendiri apatah lagi membantu guru-guru mereka.

Budaya ini adalah satu budaya yang tidak sihat dan telah menimbulkan satu suasana yang tidak

kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.

Memandang kepada kesan yang tidak baik tersebut maka satu perbincangan telah diadakan

dalam kalangan pentadbir sekolah dan guru-guru bagi mengatasi keadaan ini agar satu suasana dan

budaya yang baik dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar lebih-lebih lagi untuk mendidik pelajar

supaya mempunyai kesedaran prososial yang tinggi. Perbincangan ini adalah atas inisiatif pengetua

dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut. Daripada hasil perbincangan tersebut maka

kesimpulan telah dibuat bahawa pelajar-pelajar sekolah tersebut tiada ada modeling yang boleh

mereka ikut dalam membentuk sikap mereka yang lebih ringan tulang dan suka membantu orang lain

atas kerelaan mereka sendiri. Oleh itu satu model telah dibentuk hasil perbincangan tersebut.

Pendekatan dan Langkah-langkah yang digunakan

Page 20: TINGKAHLAKU PROSOSIAL

Hasil perbincangan tersebut beberapa pendekatan telah digunakan berdasarkan Pendekatan Teori

Tingkahlaku yang dipelopori oleh B. F. Skinner. Dalam teori tersebut menyatakan dalam mengubah

sikap perlu ada modeling yang boleh diikuti. Oleh itu berikut adalah langkah yang telah dijalankan.

1. Bagi mewujudkan model tersebut Guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut telah

mengambil para pengawas sebagai model.

2. Pengawas-pengawas tersebut diberi peranan untuk menunjuk dan mengamalkan sikap dan

budaya menolong. Pada peringkat awal pengawas-pengawas dikehendaki membantu guru-

guru dengan membawa barang guru-guru dan sebagainya yang dirasakan guru-guru boleh

dibantu.

3. Proses ini berjalan selama beberapa bulan dan ianya masih belum mendapat hasil yang

memuaskan. Namun pendekatan tersebut masih diteruskan.

4. Langkah seterus yang diambil oleh pihak sekolah ialah memperkenalkan anugerah tokoh

pelajar pada setiap bulan. Anugerah ini diberi kepada pelajar-pelajar yang bersikap mulia dan

banyak menghulurkan bantuan kepada guru-guru. Anugerah ini adalah merupakan ganjaran

kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan sikap yang baik. Pendekatan ini juga ada

dalam Teori Tingkahlaku iaitu dalam pembentukan sikap yang positif ia akan diperkuatkan

dengan faktor ganjaran.

5. Proses ini berterusan selama hampir 1 tahun setengah dan pada ketika itu telah mula

menampakkan kesan yang positif. Semakin ramai pelajar yang telah mula mempamerkan

sikap menolong guru-guru di sekolah tanpa perlu disuruh.

6. Setelah hampir 3 tahun pendekatan tersebut dilaksanakan suasana dan budaya sekolah

tersebut telah berubah dengan begitu mendadak. Pelajar-pelajar yang ada di sekolah tersebut

telah menunjukkan sikap menolong yang terlalu tinggi sehinggakan jika ada tetamu yang tidak

dikenali hadir ke sekolah tersebut juga turut diberikan bantuan.

7. Hasil ini begitu menakjubkan sehinggakan sekolah tersebut telah menjadi antara sekolah

yang terbaik dari segi pencapaian akademik dan juga dari segi sahsiah dan sikap pelajar.