saw203 tingkahlaku manusia dan masyarakat[1]

47
SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT PENGHARGAAN Kepada Dr. Nor Hafizah binti Selamat dan Dr. Shariffah Suraya binti Syed Jamaludin khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami terutamanya memberi tunjuk ajar dalam proses menemuramah respondan-respondan dengan tujuan menyempurnakan kajian kursus ini. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr berdua . Alhamdulilah, kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Kerjasama dan sumbangan idea-idea yang diberikan oleh respondan dan ahli kumpulan kami amat memberangsangkan.Kejayaan menyiapkan kerja kursus ini adalah satu penghargaan kepada semua ahli kumpulan ini. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini banyak yang telah kami pelajari benda baru dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami. Dalam masa yang sama juga,sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini kami dapat mendalami dan menambah minat terhadap kursus tingkahlaku manusia dan masyarakat . kami juga dapat pelajari bagaimana tingkahlaku pelajar di Universiti Sains Malaysia mengenai cara mereka berfesyen

Upload: nur-liyana-mustapha

Post on 08-Feb-2016

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

PENGHARGAAN

Kepada Dr. Nor Hafizah binti Selamat dan Dr. Shariffah Suraya binti Syed Jamaludin

khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami

terutamanya memberi tunjuk ajar dalam proses menemuramah respondan-respondan dengan

tujuan menyempurnakan kajian kursus ini. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih

yang tidak terhingga kepada Dr berdua . Alhamdulilah, kerja kursus ini berjaya disiapkan

dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Kerjasama dan sumbangan idea-idea yang

diberikan oleh respondan dan ahli kumpulan kami amat memberangsangkan.Kejayaan

menyiapkan kerja kursus ini adalah satu penghargaan kepada semua ahli kumpulan ini.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini banyak yang telah kami pelajari benda baru

dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami. Dalam masa yang sama juga,sepanjang

tempoh menyiapkan kerja kursus ini kami dapat mendalami dan menambah minat terhadap

kursus tingkahlaku manusia dan masyarakat . kami juga dapat pelajari bagaimana tingkahlaku

pelajar di Universiti Sains Malaysia mengenai cara mereka berfesyen terutamanya pelajar

perempuan islam. Selain itu, melalui proses menemuramah respondan kami dapat mengenali

kenalan baru mengikut pusat pengajian dan tahun berlainan. Akhir kata daripada kami, kerja

kurus yang diberikan dapat memanfaatkan semua pelajar dan semoga kerja kursus ini dapat

dijalankan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

ISI KANDUNGAN

Page 3: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengkaji persepsi pelajar wanita Islam di Universiti SainsMalaysia

terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat.Tujuan kajian ini adalah

mengenaipandangan pelajar wanita Islam tentang fesyen pakaian wanita Islam terkini,

pandangan terhadapfesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak dan juga

mengetahui tahap kefahamanpelajar wanita Islam mengenai tuntutan menutup aurat.Kajian

ini dilakukan di sekitar kawasan USM.Kami telah memilih seramai 15 orang respondan

dalam kalangan pelajar perempuan Islam.Kami telah memilih kajian secara kuantitatif dan

kualitatif. Kajian kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan soal selidik dan temubual

sebagai instrument kajian. Objektif kajian yang dijalankan oleh kami ialah untuk mengetahui

tahap kefahaman pelajar islam di USM mengenai tuntutan menutup aurat mengikut perspektif

islam. Selain itu, untuk mengetahui persepsi pelajar mengenai budaya berfesyen samaada

mengikut syarak atau tidak.Kami juga telah menebual respondan dalam kalangan pelajar

daripada pusat pengajian yang berbeza, dan tahun pengajian yang berbeza.

Dalam kajian ini kami telah menyatakan beberapa definisi mengikut pandangan islam, fesyen

terkini, tuntutan agama terhadap cara pemakaian yang mengikut syarak islam dan sebagainya.

Dalam kandungan ini juga, kami telah menghuraikan pendapat dan persepsi pelajar

perempuan islam di USM. Kami telah menyediakan graf dan carta bagi pengumpulan segala

data untuk mengetahui tahap pandangan pelajar mengenai budaya berfesyen dalam kalangan

pelajar di USM.

Page 4: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Fesyen mengikut Islam

Sebenarnya tidak salah mengikut arus, tetapi dalam  kecenderungan kita menjadi sebahagian

daripada perubahan, ada batas serta peraturan yang perlu dipatuhi khususnya sebagai umat

Islam, tuntutan agama sentiasa menjadi penanda aras terhadap apa juga tindakan yang ingin

kita lakukan.

Sekali lagi, tidak salah bergaya untuk kelihatan cantik kerana Allah sukakan yang cantik,

tetapi biarlah kecantikan itu yang benar-benar cantik. Dalam erti kata lain, kecantikan

pemakaian tudung biarlah mengikut syariat serta matlamat utama kenapa ia diwajibkan

terhadap perempuan Islam.

Apa yang terjadi sekarang, pemakaian tudungnya sangat cantik dengan pelbagai gaya, tetapi

secara keseluruhan ia gagal memenuhi hikmah disyariatkan bertudung apabila baju dipakai

melekat pada badan, berada di atas punggung dan seluar pula mengikut bentuk kaki, tidak

kira yang kurus panjang atau tidak kurang yang padat berisi.

Malah, ada yang apabila duduk, ternampak pula sebahagian kulit badan di belakang

walaupun rambut yang menjadi sebahagian aurat sudah elok tertutup. Itu yang menimbulkan

persoalan, inikah cara berpakaian yang dianjurkan Islam kerana rasanya semua tahu akan

jawapannya.

Perkembangan ini antara sedar atau tidak turut memberi gambaran salah terhadap konsep

menutup aurat yang disarankan agama Islam.Oleh itu, marilah bersama kita menilai,

memikirkan semula serta mengambil tindakan sebaiknya supaya niat memenuhi tuntutan

agama benar-benar memberi manfaat serta ganjaran pahala, bukan sebaliknya, menjadi usaha

sia-sia.

Page 5: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,

anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya

melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara

demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka

dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi

Maha Mengasihani.”

(Surah al-Ahzab, ayat 59)

Ini hanyalah pandangan peribadi kerana kami akur naluri manusia yang berbeza serta

pandangan terhadap sesuatu itu pelbagai mengikut tahap kefahaman atau cara mereka ingin

memahami sesuatu peraturan dan syariat agama. Tetapi sebagai insan kerdil yang melihat

berlaku kelemahan dalam masyarakat, rasanya tidak salah saya membangkitkan isu ini.

Tambahan dengan pembaharuan yang berlaku begitu pantas, industri pakaian serta fesyen

turut menerima tempiasnya maka kita dapat lihat macam-macam rekaan terkini memenuhi

pasaran.Ada yang sesuai untuk wanita Islam dan ada jelas tidak mematuhi kehendak

syarak.Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu,

tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak dengan memastikan pakaian itu

hendaklah menutup aurat mereka, menutup dengan sebenar-benarnya.

( Adi : 2012 )

Page 6: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Antara tujuan berpakaian itu ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian yang

tertentu.Jika mereka memilih pakaian nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat

auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakai sudah tidak berfungsi lagi.

Islam memerintahkan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar menutup aurat

denganberpakaian supaya elok dipandang oleh mata.Tujuanpakaian dalam perspektif Islam

adalah untuk menutup aurat dan untuk berhias.

(Akmal Hj. Mhd.Zain, 2006 : 166).

Persoalan mengenai aurat merupakan antara aspek prinsip kepada setiap muslim

terutamanya wanita Islam. Kewajipan menutup aurat terpikul apabila seseorang telah

mencapaiusia baligh. Allah S.W.T. mahu manusia mempunyai pedoman dalam membuat

pilihan yangbetul dan tepat untuk kebaikan manusia sendiri khususnya tuntutan menutup

aurat.Budaya fesyen pakaian memang tidak dapat dipisahkan dari kalangan wanita. Jika kita

perhatikan hari ini wanita memang suka meniru fesyen pakaian yang baru dilihatnya. Mereka

menganggap pakaian yang mereka tiru itu sesuai dengan mereka

(Zurina Hj Mohd Yunus, 2002:10).

Page 7: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pakaian dalam islam

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi

wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh

badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah

sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-

Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah

bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai

kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu

rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain

tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu

tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk

tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh

menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan

lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.Pakaian yang dibuat

Page 8: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang

boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai

dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Page 9: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

8 kesalahan ketika memakai tudung

1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja

sedangkan bahagian lain tidak ditutup.

2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek

3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya

(kebaya, terutamanya)

4. Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk

kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut

6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah,

pasaraya dan sebagainya.

7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari

ditutupi kain tudung.

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat

sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup

aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.

Page 10: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Tips berfesyen yang betul

Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang

Baju mestilah labuh dan longgar

Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan

Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga

ke buku lali

Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki

Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya

ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada

getah

( Izzeyda, 2011 : majalah wanita )

Page 11: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pernyataan MasalahJika diperhatikan situasi hari ini, menunjukkan ramai wanita Islam memilih fesyen dan

bentukpakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai koleksi busana

muslimah yangwujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat wanita Islam

berpakaianmenepati cita rasa moden dengan penampilan gaya elegan. Ia dilakukan dengan

melihatbagaimana penerimaannya di kalangan wanita itu sendiri. Ini menggambarkan seolah-

olahmereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah S.W.T. tetapi

hanyasebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah.

Begitu juga dengan cara pemakaian bertudung. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang

bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup aurat itu hanya bermaksud

menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup? Adakah mereka yang bertudung itu

atasdasar memahami tentang hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga,

kawankawandan persekitaran?Apa yang mendukacitakan, terdapat golongan yang memahami

tentangkewajipan menutup aurat tetapi tidak melaksanakannya dengan memberi pelbagai

alasan.Ramai di kalangan remaja pada usia belasan dan awal 20-an hanyut dibuai arus

fesyen.Dalam keghairahan mereka membentuk imej tersendiri yang kontemporari dan ranggi,

ramaiyang terlupa tentang batasan seorang muslimah. Para pelajar institusi pengajian tinggi

juga tidakketinggalan dalam berfesyen mengikut arus zaman moden walaupun terdapat kod

etikaberpakaian yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran pengajian tinggi sendiri

terhadapmereka tetapi masih melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, adakah

fesyen pakaianterkini mengikut lunas-lunas Islam yang telah ditetapkan?Isu fesyen wanita

Page 12: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Islam masa kinitelah menarik perhatian kami menjalankan kajian ini keranapermasalahan ini

menjadi satu kekeliruan kepadamasyarakat Islam kini terutamanya berkaitan dengan soal

tuntutan syarak.

Responden

Tahun

Pusat

Pengajian

Pertama

(orang)

Kedua

(orang)

Ketiga

(orang)

Sains

Kemasyarakatan 1 - -

Seni - 2 -

Komunikasi 1 - 2

Biologi 1 1 -

Sains Fizik 1 - -

Ilmu Pendidikan 1 - -

Ilmu

Kemanusiaan - 1 -

Sains Kimia 1 - -

Sains Matematik - 1 1

Pengurusan - 1 -

Page 13: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kami telah menemuramah seramai 15 orang responden dari pelbagai pusat

pengajian.Antaranya adalah Pusat Pengajian sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian

Komunikasi, Pusat Pengajian Seni dan sebagainya. Seramai 2 orang responden dari

Pusat Pengajian Sains Kajihayat, 3 orang responden dari Pusat Pengajian Komunikasi,

2 orang responden dari Pusat Pengajian Sains Matematik dan 2 orang responden dari

Pusat Pengajian Seni serta setiap seorang dari Pusat Pengajian Pengurusan, Sains

Kimia, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Pendidikan, Sains Fizik dan Sains Kemasyarakatan.

Dalam borang soal selidik ini kami telah mengajukan beberapa soalan kepada 15 orang

responden yang telah ditemu ramah.

Page 14: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Soalan pertama yang telah kami ajukan adalah makna fesyen mengikut Islam.Kami

telah mendapat pelbagai respon atau jawapan dari responden yang telah ditemuramah.

Seramai 5 orang responden mengatakan fesyen yang mengikut Islam adalah

menggunakan pakaian yang menutup aurat sperti menutup dada, tidak jarang hingga

menampakkan bentuk tubuh badan, longgar dan sebagainya dan 5 orang responden lagi

mengatakan bahawa tidak salah jika seseorang individu itu berkeinginan untuk

berfesyen tetapi fesyen tersebut hendaklah mengikut syarak Islam. 2 orang responden

berpendapat bahawa fesyen yang mengikut Islam adalah mengikut keselesaan dan

selebihnya adalah fesyen yang menyerlahkan personaliti masing-masing dan

menunjukkan warna yang bersesuaian dan tidak begitu menyerlah. 10 orang responden

yang mengatakan fesyen yang mengikut Islam ini adalah mahasiswi dari Pusat

Pengajian Sains Kimia, Seni, Sains Fizik, Ilmu Kemanusiaan, Sains Matematik,

Pengurusan dan Komunikasi. Manakala selebihnya adalah mahasiswi dari Pusat

Pengajian Sains Kajihayat, Ilmu Pendidikan, Sains Kemasyarakatan dan Seni.

Page 15: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.0 Definisi fesyen mengikut Islam oleh pelajar USM

Jenis Definisi Jumlah Pelajar(orang) Peratus(%)

Menutup aurat 5 34

Keselesaan 2 13

Mengikut fesyen 5 34

Menyerlah personaliti 1 6

Warna yang bersesuaian 2 13

Graf 1.0 Definisi fesyen mengikut Islam oleh pelajar USM

menutup aurat keselesaan mengikut fesyen meyerlahkan personaliti

warna yang bersesuaian

0

5

10

15

20

25

30

35

Page 16: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Seterusnya, kami bertanyakan jenis pakaian yang mengikut syarak Islam.Kami

telah mendapat pelbagai jawapan atau respon dari responden.Seramai 9 orang

responden berpendapat bahawa pakaian yang mengikut syarak Islam adalah pakaian

yang menutup aurat iaitu tidak jarang, tidak ketat, menutup dada, berbaju lengan

panjang dan sebagainya.Manakala 5 orang responden mengatakan bahawa pakaian

yang mengikut syarak Islam adalah berbaju kurung, pakaian yang labuh yang menutup

punggung, dan jubah dan selebihnya pula menggunakan pakaian yang menunjukkan

warna yang bersesuaian. 9 orang responden yang mengatakan pakaian yang mengikut

syarak Islam merupakan pakaian menutup aurat adalah pelajar dari Pusat Pengajian

Pengurusan, Sains Matematik, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu

Pendidikan, Sains Fizik, Sains kajihayat dan Komunikasi manakala selebihnya adalah

pelajar dari Pusat Pengajian Seni, Sains Kimia dan Sains Matematik.

Page 17: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.2 Jenis pakaian mengikut Islam

Jenis pakaian Jumlah pelajar(orang) Peratus( %)

Menutup aurat 9 60

Warna yang sesuai 1 6

Baju kurung dan labuh 5 34

Carta 1.2 Jenis pakaian mengikut Islam

menutup auratwarna yang sesuaibaju kurung

Page 18: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Berikutnya kami bertanyakan tentang pendapat mereka iaitu 15 orang responden

tersebut mengenai fesyen mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya

mahasiswi Islam.Pelbagai pandangan positif mahupun berbaur negatif yang kami

perolehi. Seramai 8 orang responden mengatakan bahawa mahasiswi Islam di USM ini

berpakaian mengikut syarak Islam contohnya mengenakan tudung labuh, berbaju

kurung dan berbaju labuh dan mahasiswi Islam ini juga turut mengikuti peredaran

fesyen semasa manakala 4 orang responden berpendapat bahawa mahasiswi Islam di

USM ini mengikuti peredaran fesyen masa kini dan pada masa yang sama meniru gaya

artis yang diminati contohnya pemakaian tudung atau shawl yang meniru gaya Najwa

Latif. Selebihnya pula memberi pandangan bahawa sesetengah mahasiswi Islam di

USM ini mengenakan fesyen di tubuh mereka sekadar suka-suka, tidak menutup aurat

dengan betul seperti memakai pakaian yang ketat dan bertudung ala kadar sahaja dan

berfesyen mengikut kesesuaian. Responden yang memberi pandangan bahawa

mahasiswi Islam mengenakan fesyen mengikut fesyen dan pada masa yang sama

mengikut garis panduan dalam syarak Islam serta mengenakan pakaian hanya berfesyen

semata-mata adalah pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Sains Fizik,

Ilmu Kemanusiaan, Sains Kimia, Sains Matematik dan Sains Kajihayat manakala

selebihnya adalah dari Pusat Pengajian Komunikasi, Seni, Pegurusan dan Ilmu

Pendidikan.

Page 19: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.3 Fesyen mahasiswi USM

Fesyen mahasiswi USM Jumlah pelajar(orang) Peratus(%)

Kedua-dua 8 54

Mengikut fesyen 4 26

Sekadar suka-suka 3 20

Graf 1.3 Fesyen mahasiswi USM

kedua-dua

mengikut fesyen

sekadar suka-suka

0 10 20 30 40 50 60

Page 20: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jenis pakaian yang mahasiswi gemar memakainya semasa pergi ke kuliah atau kelas

tutor merupakan soalan keempat yang kami ajukan kepada responden-responden kami.

Seramai 6 orang responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat,

Komunikasi, Pengurusan, Sains Matematik, Ilmu Pendidikan dan Sains

Kemasyarakatan mengatakan bahawa mereka gemar memakai pakaian yang pelbagai

jenis seperti t-shirt, mengenakan skirt dan sebagainya. Tambahan lagi, seramai 9 orang

responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Seni, Komunikasi,

Sains Matematik dan Ilmu Kemanusiaan mengenakan baju kurung dan berseluar slack

bersama t-shirt serta mengenakan kemeja ke kuliah iaitu mengenakan pakaian yang

bersesuaian dengan keadaan atau prasarana kelas tersebut.

Page 21: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.4 Jenis pakaian pelajar ke kuliah

Jenis pakaian Jumlah pelajar(orang) Peratus(%)

Baju kurung 3 20

T-shirt 3 20

Blouse 6 40

Kemeja 3 20

Carta 1.4 Jenis pakaian pelajar USM ke kuliah

baju kurungt-shirtblousekemeja

Page 22: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bagi soalan yang ke 5, kami telah bertanyakan pendapat mahasiswi khususnya responden

kami tentang penggunaan pakaian yang sesuai ketika menjalani aktiviti riadah dan aktiviti

sosial berserta sebab pakaian tersebut sesuai digunakan.Dalam soalan ini, kami telah

mengajukan dua jenis pakaian yang sesuai dikenakan semasa beriadah dan melakukan

aktiviti sosial bersama rakan-rakan.Bagi pakaian yang sesuai untuk digunakan semasa

melakukan aktiviti riadah, seramai 15 orang responden yang berpendapat bahawa pakaian

yang harus dikenakan adalah bertepatan dengan aktiviti yang dilakukan iaitu aktiviti

sukan. Maka, pakaian yang sesuai adalah pakaian sukan iaitu jersi, t-shirt, track suit dan

berkasut sukan serta t-shirt yang labuh. Mahasiswi atau responden yang mengatakan

pakaian sukan yang digunakan adalah t-shirt labuh adalah pelajar dari Pusat Pengajian

Komunikasi dan Sains Matematik manakala selebihnya ada responden dari Pusat

Pengajian Sains Kemasyarakatan, Sains Kimia, Sains Kajihayat, Sains Matematik, Sains

Fizik, Seni, Pengurusan, Ilmu Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan dan Komunikasi. Bagi

pakaian yang sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti sosial seperti keluar membeli

belah atau keluar mengambil angin pula, seramai 8 orang responden iaitu dari Pusat

Pengajian Komunikasi, Sains Kemasyarakatan, Sains Kajihayat, Sains Fizik, Ilmu

Pendidikan, Sains Kimia dan Sains Matematik berpendapat bahawa pakaian yang

digunakan adalah t-shirt dan jeans yang bersesuaian dengan keadaan sekeliling dan tidak

melebih-lebih. Selebihnya pula mengatakan pakaian yang sesuai adalah pelbagai jenis

pakaian iaitu menggunakan skirt, cardigan, kemeja dan blouse.

Page 23: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.5 Pakaian pelajar ketika bersosial

Jenis pakaian Jumlah pelajar(orang) Peratus(%)

Cardigan 3 20

Blouse 2 13

t-shirt 8 54

kemeja 2 13

Graf 1.5 Pakaian Pelajar Ketika Bersosial

cardigen blouse t-shirt kemeja0

10

20

30

40

50

60

Page 24: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Selain bertanyakan pendapat responden mengenai pakaian yang bersesuaian

dengan sesuatu aktiviti dan mengenai pakaian yang mengikut syarak, kami turut

mengajukan soalan mengenai fesyen atau cara pemakaian tudung yang sering

digunakan oleh mahasiswi USM. Bagi soalan keenam, kami telah bertanyakan

pendapat mereka mengenai cara pemakaian tudung yang betul yang mengikut syarak

Islam. Seramai 9 orang responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Seni, Sains

Fizik, Ilmu Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kimia, Sains Matematik,

Komunikasi dan Sains Kajihayat berpendapat bahawa cara pemakaian tudung yang

mengikut syarak adalah menggunakan tudung labuh iaitu menutup dada dan yang

penting menutup rambut. Manakala, seramai 6 orang responden dari Pusat Pengajian

Seni, Sains Matematik, Pengurusan, Komunikasi dan Sains Kajihayat mengatakan

tudung yang mengikut syarak Islam adalah tudung yang tidak jarang dan tidak

menampakkan leher serta tidak menggunakan anak tudung yang mempunyai bonggol.

Page 25: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.6 Fesyen Tudung Pelajar USM

Fesyen tudung Jumlah pelajar(orang) Peratus(%)

Labuh 9 60

Tidak jarang 3 20

Tiadak ada bonggol 3 20

Graf 1.6 Fesyen Tudung dalam Kalangan pelajar USM

labuh tidak jarang tidak ada bonggol0

10

20

30

40

50

60

70

Page 26: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bagi soalan yang terakhir, kami bertanyakan pendapat mereka tentang cara

pemakaian pelajar Islam di USM ini sama ada menutup aurat sekadar berfesyen atau

mengikut perspektif Islam. Seramai 9 orang responden iaitu responden dari Pusat

Pengajian Sains Kajihayat, Komunikasi, Sains Matematik, Sains Kimia, Ilmu

Pendidikan, Sains Fizik dan Sains Kemasyarakatan berpendapat bahawa cara

pemakaian mahasisiwi Islam di USM adalah kedua-duanya sekali iaitu sesetengah

daripada mahasiswi Islam menutup aurat sekadar berfesyen dan sesetengah pula

menutup aurat mengikut perspektif Islam. Manakala selebihnya pula iaitu 6 orang

responden dari Pusat Pengajian Komunikasi, Pengurusan, Ilmu Kemanusiaan dan Seni

mengatakan mahasiswi Islam di USM menutup aurat sekadar berfesyen semata-mata.

Page 27: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.7 Pendapat pelajar tentang fesyen samaada sekadar berfesyen atau

mengikut syarak Islam

Pendapat Jumlah pelajar(orang) Peratus(%)

Kedua-dua 9 60

Sekadar berfesyen 6 40

Graf 1.7Pendapat pelajar tentang fesyen samaada sekadar berfesyen atau

mengikut syarak Islam

kedua-dua

sekadar berfesyen

0 10 20 30 40 50 60 70

Page 28: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Perbelanjaan Pakaian

Pusat Pengajian Perbelanjaan(RM)

Pengurusan 100 ke atas

Sains Matematik 60

Sains Kimia 100

Ilmu Kemanusiaan 100 ke atas

Ilmu Pendidikan 100 ke atas

Sains Fizik 100 ke atas

Sains Kaji Hayat 100 ke atas

Komunikasi 250

Seni 200

Graf Perbelanjaan Pakaian Pelajar USM

Page 29: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pengu

rusan

Sains M

atemati

k

Sains K

imia

Ilmu Kem

anusia

an

Ilmu Pen

didikan

Sains F

izik

Sains K

aji haya

t

Komunikasi

Seni

0

50

100

150

200

250

Graf bar di atas menunjukkan perbelanjaan pakaian pelajar USM dalam tempoh sebulan dari

sembilan pusat pengajian yang berlainan .Graf diatas juga menunjukkan perbelanjaan yang

paling rendah iaitu sebanyak RM 60, pelajar dari pusat pengajian Sains Matematik.Manakala

perbelanjaan yang tertinggi daripada pelajar pusat pengajian Komunikasi iaitu sebanyak RM

250.Bagi pusat pegajian Pengurusan dan Sains Kimia perbelanjaan kedua-duanya sebanyak

RM 100. Pusat pengajian Ilmu Kemanusian, Sains Fizik, Sains Kaji hayat dan Ilmu

Pendidikan mencatatkan perbelanjaan pakaian yang sama iaitu sebanyak RM150. Akhir

sekali pelajar dari pusat pengajian seni pula membelanjakan pakaian dalam tempoh sebulan

sebanyak RM 200.

Sumber Kewangan Untuk Membeli Pakaian

Page 30: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

JADUAL: PERATUS SUMBER KEWANGAN

Page 31: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

SUMBER KEWANGAN PELAJAR(ORANG) PERATUS(%)

PTPTN 3 20

ELAUN PALAPES 3 20

KELUARGA 4 27

KEWANGAN SENDIRI 3 20

BISNES 2 13

CONTOH JALAN KIRA PERATUS:

PELAJAR X 100

JUMLAH PELAJAR

CONTOH: 3 X 100 = 20%

15

CARTA PAI: SUMBER KEWANGAN PELAJAR MEMBELI PAKAIAN

Page 32: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

PTPTNELAUN PALAPESKELUARGAKEWANGAN SENDIRIBISNES

Carta pai di atas menunjukkan sumber kewangan pelajar untuk membeli pakaian. Terdapat

lima jenis sumber kewangan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN),

elauan PALAPES, keluarga, kewangan sendiri dan bisnes pelajar sendiri. Jumlah pelajar yang

menggunakan kewangan dari ahli keluarga seperti ibu-bapa adalah yang paling tinggi seramai

4 daripada 15 orang responden iaitu 27%. Manakala sumber kewangan yang paling rendah

adalah bisnes seramai 2 orang daripada 15 responden iaitu 13%. Sumber kewangan dari

PTPTN,elauan PALAPES dan kewangan sendiri adalah sama iaitu seramai 3 orang setiap

satu bersamaan 20%.

TUJUAN MEMBELI SESUATU PAKAIAN

Page 33: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

TUJUAN MEMBELI PELAJAR(ORANG) PERATUS(%)

SEKADAR SUKA-SUKA 3 20

MENGIKUT KAWAN 2 13

MENGIKUT

PEREDARAN ZAMAN

7 47

MENGIKUT SYARAK

ISLAM

3 20

CARTA PAI: TUJUAN PELAJAR MEMBELI PAKAIAN

Page 34: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

SEKADAR SUKA-SUKA20%

MENGIKUT SYARAK ISLAM

20%

MEGIKUT PEREDARAN

ZAMAN47%

MENGIKUT KAWAN13%

Carta pai diatas menunjukkan peratus tujuan pelajar USM membeli pakaian. Terdapat empat

jenis tujuan yang kami ajukan kepada responden antaranya mengikut kawan,sekadar suka-

suka,mengikut peredaran zaman atau mengikut syarak Islam. Jumlah pelajar yang memilih

tujuan membeli pakaian adalah mengikut peredaran zaman ialah seramai 7 daripada 15 orang

responden adalah yang paling tinggi iaitu 47%. Manakala pelajar yang memilih tujuan

mengikut kawan yang paling rendah mencatatkan 2 responden iaitu 13%. Akhir sekali,tujuan

yang lain seperti sekadar suka-suka dan mengikut syarak Islam mencatatkan jumlah yang

sama seramai 3 responden masing-masing bersamaan 20%.

Page 35: Saw203 Tingkahlaku Manusia Dan Masyarakat[1]

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

RUJUKAN

http://muslim-islamiccollection.blogspot.com/2010/09/kertas-kerja-definisi-hukum-dan.html

http://www.ahmadikatu.com/pakai-tudung-cantik-atau-syariat.html

http://laman-seri.blogspot.com/2011/04/wanita-bertudung-kerana-tuntutan-agama.html

http://izzeyda-info.blogspot.com/2011/03/8-kesalahan-ketika-memakai-tudung.html