kanak-kanak bermasalah sensori

105
NURUL BAHIRAH BT ANUAL NURUL ZAWANI BT AHMAD SYAZANA BT FAUZI

Upload: nazvsirah

Post on 18-Jun-2015

7.539 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

NURUL BAHIRAH BT ANUAL

NURUL ZAWANI BT AHMAD

SYAZANA BT FAUZI

Page 2: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 3: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu dan berkomunikasi dengan individu lain.

Kehilangan pendengaran memberikan masalah bukan sahaja dari segi untuk berkomunikasi malah memberikan impak yang besar terhadap kehidupan peribadi dan sosial individu yang berkenaan yakni malu untuk bergaul dengan orang lain.

Page 4: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat.

Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan iaitu

kanak-kanak cacat pendengaran pretutur ( prelingual)

kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

 

Page 5: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir.

Kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap.

Selalunya, kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat pretutur menghadapai masalah pembelajaran dan masalah komunikasi yang lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat postutur.

Page 6: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 7: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Masalah pendengaran ini berpunca daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir.

Sebelum lahir Baka yang disebabkan oleh genetik Bukan disebabkan baka.

Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, demam glandular dan selesema.

Semasa hamil, si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis.

Si ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin

dan streptomycin semasa mengandung.

Kerap hamil

Toksemia pada peringkat akhir kehamilan.

 

Page 8: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Semasa lahir

# Kelahiran tidak cukup bulan

# Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan tekanan yang kuat

# Kecederaan semasa dilahirkan,

terutama pada bahagian telinga.

# Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh faktor Rh.

Page 9: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Selepas lahir

# Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria dan virus seperti beguk dan demam campak.

# Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.

# Terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh masa yang lama.

# Pengambilan antibiotik seperti streptomycin.

Page 10: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 11: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Tahap pendengaran biasanya diukur dalam decibel (dB), yang dapat mengukur intensiti bunyi.

Kehilangan pendengaran pada 27 dB hingga 70dB adalah dalam tahap kurang pendengaran, manakala kehilangan pendengaran pada 71 dB ke atas adalah dalam tahap pekak.

Kurang pendengaran adalah merujuk kepada tahap pendengaran yang masih boleh membolehkan individu memahami pertuturan

Tahap pekak merujuk kepada tahap pendengaran di mana individu mengalami masalah memahami pertuturan

Page 12: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Ada dua tahap kehilangan pendengaran iaitu:

#Kurang pendengaran

Ringan (Mild)

Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB.

Memahami perbualan

Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh.

Memerlukan terapi pertuturan.

  

Page 13: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Sederhana (moderate)

Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB.

Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya.

Memahami perbualan.

Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas.

Memerlukan alat bantu dengar.

Memerlukan terapi pertuturan.

Page 14: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Sederhana teruk ( moderate-severe )

Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB

Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran

Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.

Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat.

Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad

Page 15: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pekak #Teruk ( severe)

Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB.

Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak 0 hingga 30 sentimeter daripadanya

Dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja.

Menghadapi masalah dalam pertuturan.

Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar, dan latihan pertuturan dan komunikasi.

Page 16: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Sangat teruk ( profound)

# Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB.

# Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.

# Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan.

Page 17: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 18: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Jenis kehilangan pendengaran dapat ditentukan melalui ujian pendengaran dengan menggunakan audiometer.

Terdapat dua jenis kehilangan pendengaran yang utama iaitu kehilangan pendengaran konduktif ataupun bahagian penerimaan bunyi dan kehilangan pendengaran sensori-neural ataupun bahagian tanggapan.

Kehilangan pendengaran konduktif ataupun bahagian penerimaan bunyi ini terjadi akibat daripada kerosakan pada telinga luar ataupun telinga tengah yang mengurangkan intensity bunyi yang sampai ke telinga dalam.

Page 19: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang kemudiannya menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga tengah bergetar dan menghantar bunyi ke telinga dalam terganggu kemungkinan disebabkan oleh wax ( tahi telinga) ataupun sebarang kecacatan

Gegendang telinga yang pecah, luka ataupun berlubang juga boleh menghalang getaran tiga tulang kecil yang boleh menyebabkan berlakunya pekak. Pekak jenis ini biasanya dapat dibantu dengan alat bantuan pendengaran.

Page 20: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Namun kehilangan pendengaran sensori-neural ataupun bahagian tanggapan pula disebabkan oleh kerosakan pada telinga dalam atau saraf auditori yang membawa impuls iaitu getaran ke otak. Kehilangan jenis ini mungkin melibatkan sebahagian frekuensi ataupun keseluruhannya.

 

Page 21: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 22: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kanak-kanak cacat pendengaran ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri yang berikut:  Bersifat pendiam, pemalu serta tidak suka bertanya.

Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

Pertuturan kurang lancar, sering tersekat atau terulang-ulang

Menghadapi masalah untuk memahami kata orang lain.

Kurang berupaya menggunakan perkataan yang tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea.

Pendapat yang diberikan kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat.

Sering memerhati pergerakan bibir orang untuk mendengar dan memahami maksud yang ingin dikatakan.

Sering mengelak daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoal.

Mendekatkan muka ke depan untuk mendengar dengar jelas percakapan orang lain.

Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan dengan bahasa. 

Page 23: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 24: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak atau kurang pendengaran.

Kebiasaannya, kanak-kanak berusia antara 12 bulan hingga 24 bulan yang mengalami kecacatan pendengaran melalui perkembangan partuturan dan bahasa yang terganggu atau lambat berbanding kanak-kanak yang normal.

Kelambatan ini mempengaruhi perkembangan mentalnya.

Page 25: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Oleh itu, selalunya kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tiga jenis kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat bertutur, mereka tidak dapat bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti kanak-kanak normal.

Keadaan ini boleh menyebabkan perkembangan akal mereka terencat.

Dari segi perkembangan fizikal, tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak cacat pendengaran.

Page 26: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Malah mereka sering dianggap sebagai kanak-kanak normal. Aspek yang membezakan mereka adalah dari segi komunikasi.

Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini boleh dilihat dari aspek perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan sosial dan emosi, perkembangan kognitif, dan perkembangan fizikal dan motor.

Page 27: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Aspek perkembangan Huraian

bahasa dan komunikasi • Berkomunikasi melalui mimik muka, sentuhan, gerak tangan dan badan.

• Menggunakan alat bantu pendengaran bagi membantunya mendengar.

sosial dan emosi • tidak mahu dan sukar untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling

kognitif • kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat yang diperolehi, mengklasifikasikan benda-benda, menyelesaikan masalah lambat dari kanak-kanak normal.

fizikal dan motor kasar serta halus • sama dengan kanak-kanak normal

Page 28: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 29: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Terdapat dua cara bagi mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat kanak-kanak dan bayi iaitu:

# Ujian tarikan ( distraction test )

- kanak-kanak didedahkan pada bunyi-bunyian tanpa pengetahuan ataupun

penglihatan mereka. Gerak balas yang dihasilkan terhadap bunyi-bunyi itu diperhati dan direkodkan.

  # Ujian Pertuturan ( speech test )

- pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada mereka memahami apa yang dituturkan dan seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap arahan yang diberi.

 

Page 30: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 31: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

kaedah yang digunakan untuk berkomunikasi oleh kanak-kanak cacat pendengaran. Antaranya:

# kaedah auditory oral # bacaan bibir # bahasa isyarat # komunikasi seluruh # pertuturan kiu ( cued speech ).

Keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan pendengaran.

 

Page 32: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

menekankan proses mendengar serta bertutur dengan penggunaan alat bantu pendengaran dan deria lihat serta deria sentuh.

Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekaankan kaedah membaca gerak bibir ( lip reading ).

Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembang kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar bunyi dan dilakukan menggunakan bunyi-bunyi yang berbeza.

Page 33: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

sesuai bagi mereka yang mampu memberi konsentrasi yang tinggi kepada bibir penutur.

Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya

Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur perlu berada di tempat yang terang dan jelas.

Page 34: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas.

Terdapat pelbagai bahasa isyarat yang digunakan seperti Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

Page 35: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa isyarat manual-visual

Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat memahami apa yang dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.

Page 36: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

diperkembang melalui kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian.

Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan ( kiu ), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan.

Page 37: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 38: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pengesanan awal sebaik-baiknya dijalankan tiga bulan selepas kelahiran bagi membolehkan intervensi awal dijalankan.

Dengan intervensi awal, kanak-kanak mungkin dapat mendengar melalui rawatan perubatan dan penggunaan alat bantu dengar.

Jawatankuasa Bersama Organisasi Kesihatan Sedunia membuat ketetapan pada tahun 1982, kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan dan mula diberikan tindakan pada umur enam bulan.

Page 39: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pelbagai cara komunikasi boleh dilatih terhadap kanak-kanak itu daripada ekspresi mimik muka, bacaan bibir, pergerakan badan, sentuhan dan getaran.

Program latihan awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi.

latihan awal ini juga diberikan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk belajar berkongsi, bermain bersama-sama rakan serta mengambil bahagian dalam setiap perbualan.

Page 40: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

kaedah ini juga dapat membantu kanak-kanak menggunakan baki pendengaran yang masih ada menerusi latihan auditori dan penggunaan alat bantu pendengaran.

Kaedah ini juga dapat membentuk kesediaan untuk belajar kemahiran asas dalam akademik.

Page 41: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

1

Page 42: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Dari segi pendidikan, bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana

masalah penglihatan.

Murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang

sama seperti diikuti oleh murid normal tetapi

mempunyai kaedah yang berbeza di mana murid-murid

ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang

dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala

bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan

Braille.

Page 43: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu

sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program

integrasi).

Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu

sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program

integrasi).

Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat

berharga yang perlu digunakan sepenuhnya  untuk

meminimumkan kesan kecacatan terhadap

keupayaan mereka.

Page 44: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Biasanya sukar atau tidak dapat melakukan tugasan

seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan

alat bantuan khas.

Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan

seseorang individu tidak dapat dibantu untuk

mencapai tahap penglihatan normal.

Gangguan penglihatan ini boleh disebabkan oleh

penyakit yang dialami, trauma, serta masalah

kongenital ataupun keturunan.

Page 45: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Terdapat dua kategori utama dalam masalah

penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun

disebut penglihatan terhad ( low vision).

Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan

kedua-dua kategori di atas sebagai:

1) Kebutaan:

Iaitu penglihatan kurang daripada 3/60, pada

mata yang terbaik ataupun medan penglihatan

kurang daripada 10 darjah setelah menerima

rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

Page 46: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

2) Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):

Iaitu penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya

pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang

daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa

(refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan

tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang

membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low

vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan

khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

Page 47: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat

cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan

menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.

Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin

memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti

malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan

termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

Page 48: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Sangat Teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan

kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan

aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta

perlu bergantung pada deria-deria lain.

Page 49: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini

termasuk:

1. baka dan keturunan

2. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir

3. Rubella

4. Sifilis

5. Kecederaan

6. Penyakit

Page 50: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

KATARAK

sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta

mata berselaput dan rabun.

Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat

menembusinya.

Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang

dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak

dirawat.

Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah

seperti berikut :-

Page 51: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.

Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal

dan membentuk katarak.

Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.

Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.

Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi

Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si

ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa

mengandung.

Page 52: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

GLAUKOMA

sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair

yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau

dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata.

Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang

keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan

saraf optik.

Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan

serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu

menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Page 53: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Glaukoma Akut

Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya

penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar

bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal

boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma.

Glaukoma Kronik

Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma

Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur

penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai

masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk

mendapatkan rawatan.

Page 54: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Tanda-tanda Glaukoma Kronik:

1. Ruang penglihatan yang semakin sempit.

2. Penglihatan menjadi kabur dan rabun.

3. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan

gelap (rabun ayam).

4. Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih

tidak terang.

Page 55: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

DEGENERASI MAKULAR

Selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama 

kehilangan penglihatan dan kerabunan.

AMD berlaku apabila makular yang merupakan

sebahagian dari retina  yang berfungsi untuk

ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan

untuk membaca atau memandu, semakin

merosot.

Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu

dalam bentuk basah dan kering.

Page 56: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Degenerasi Makular Kering

AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan

disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan

pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.

Degenerasi Makular Basah

Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu

penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah.  Degenerasi

Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di

bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini

menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif

kepada  cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat

penglihatan.

Page 57: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

OCULAR MOTILITY

Kebolehan mata untuk bergerak terhalang.

Kerosakan ini memberi masalah kepada

penglihatan binokular yang mana kebolehan

kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke

atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada

satu imej yang lebih jelas.

Page 58: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

STRABISMUS (MATA JULING)

Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak

searah dan memandang pada titik yang berbeza.

Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk

memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua

belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau

ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata.

Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh

mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

Page 59: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

AMBLYOPIA (LAZY EYE)

Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu

bergantung pada sebelah mata yang sihat.

Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa

perkembangan penglihatan.

Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas

melakukan fungsinya.

Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.

Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja,

individu mampu melakukan kegiatan dengan normal.

Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan

bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.

Page 60: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

NISTAGMUS

Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang

kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi

pergerakan itu terjadi sendiri.

Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti

“menari-nari”, “bergoyang”, atau “melompat-lompat”.

Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya

masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan

di otak.

Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir

atau dapat dideritai di kemudian hari.

Page 61: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

SENTUH

Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh

benda-benda.

Beri kanak- kanak pelbagai benda ataupun objek

pelbagai tekstur, bentuk dan saiz.

Beri peluang kepada kanak-kanak untuk

menjalankan aktiviti seharian seperti bermain,

mengurus diri, menyertai keluarga di dapur

ataupun di taman.

Page 62: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

PENDENGARAN

Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan.

Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang

berlaku di sekelilingnya.

Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan

kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.

Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan

kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.

Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-

kanak.

Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada

orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan

kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.

Page 63: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

BAU

Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk

menghidu benda, misalnya makanan yang

dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan

untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak

wangi, bedak dan lain-lain.

Page 64: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

RASA

Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini

menggalakkan sensasi rasa.

Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh

ditelan.

Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.

Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa

dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.

Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan

yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan

cadangan.

Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan

dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di

kawasan yang belum biasa baginya.

Page 65: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu

dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut

tahap masalah yang dihadapinya.

Antaranya adalah tongkat putih, mesin Braille, buku

Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul,

model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi

dengan kemudahan mesin Braille, alat rakaman audio,

duplicator Braille, bilik penyelenggaraan Braille, bilik

low vision, hand held magnifier, stand magnifier,

spectacle magnifier, dan teleskop.

Page 66: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti

dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap

penglihatan mereka yang masih ada dengan

bantuan alat khas ataupun tidak.

Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan

baki penglihatan dengan optimum.

Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan

latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak

kategori ini.

Page 67: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid

bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki

penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka.

Latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada

murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan

peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan

sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang

perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial.

Page 68: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 69: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi

dengan perkataan, mencantum perkataan

kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk

bunyi yang mempunyai makna. Pertuturan

juga dapat didefinisikan sebagai simbol-

simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk

bahasa yang formal yang bertujuan

pertukaran idea.

Page 70: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kecacatan pertuturan difahamkan

sebagai pertuturan yang menunjukkan

ketidaksempurnaan samada dari segi

bunyi, penguasaan bahasa atau

gangguan semasa bertutur. Kirk,1972

mengatakan kecacatan pertuturan

boleh dibahagikan kepada 6 jenis.

Page 71: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Pertama ialah gangguan artikulasi. Faktor yang

menyebabkan gangguan artikulasi ialah

kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit,

penyakit hidung dan tekak, peniruan

pertuturan yang salah semasa dalam proses

pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir

adalah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu

lembut dan struktur bahagian atas bibir yang

menggangu pengaliran udara melalui hidung

dan menghasilkan suara yang sengau.

Page 72: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

3 langkah untuk memperbaiki masalah

artikulasi

1. mengajar kanak-kanak mengenali masalah

artikulasi yang dihadapinya dan melatih untuk

menyebut perkataan yang betul.

2.mengajar penyebutan perkataan secara

berasingan, suku kata dan dalam bentuk

perkataan dapat membaiki masalah artikulasi.

3.mengajar menggunakan bunyi yang betul

dalam perkataan antara lankah yang

dicadangkan.

Page 73: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Gangguan bunyi merupakan jenis kecacatan

pertuturan. Jenis ini berkait rapat dengan nada,

kekuatan dan kualiti bunyi yang dikeluarkan

oleh peti suara. Suara yang kurang

menyenangkan ialah akibat alunan bunyi yang

tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu

tinggi atau rendah dan penyebutanperkataan

yang kurang jelas. Ini boleh diketahui melalui

pengeluaran suara yang kasar, sengau,

berbisik, serak dan nyaring yang boleh

mengganggu komunikasi berkesan.

Page 74: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kecacatan kualiti suara berlaku dalam dua bentuk iaitu :

1. Pengeluaran bunyi Pengeluaran bunyi berpunca dari perubahan struktur

pertuturan iaitu saluran udara yang gagal membentuk getaran kepada udara yang mengalir dan disebabkan oleh kelumpuhan otak. Akibatnya suara yang dikeuarkan menjadi sengau , kasar dan menyebabkan kesesakan semasa bertutur. Apabila suara tinggi berterusan maka berkemungkinan suara tidak dapat dikeluarkan dan saluran udara boleh ditumbuhi bintil.

 1. Arahan bunyi suara

Bergantung kepada keseimbangan aktiviti pertuturan seperti mulut, hidung, belakang tekak dan peti suara. Keadaan ini juga berlaku apabila kanak-kanak yang sedang dalam prses pembelajaran meniru pertuturan orang lain yang sengau dan seumpamanya yang disangkakan pertuturan yang betul. Hal ini juga boleh berlaku akibat jangkitan di saluran udara, terkejut dan berasa takut.

Page 75: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Ketiga ialah gagap. Seseorang itu

dikatakan gagap apabila menyebut

sesuatu perkataan secara berulang-ulang,

terhenti-henti dan diikuti oleh ketegangan

otot tekak dan tulang dada. Hal ini

disebabkan oleh gangguan pernafasan

yang berpunca daripada penyelarasan otot

pertuturan yang tidak sempurna. Agresif

yang terlampau akan menyebabkan

kanak-kanak merasa tegang, cemas dan

terlampau aktif.

Page 76: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Gagap boleh berpunca daripada :

1. Ketidakstbilan mekanisme neuromuscular untuk

pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika

kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot

pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.

Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-

sekat dan berulang-ulang.

2. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap

terutamanya persekitaran rumah yang selamat dan tidak

menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak

cukup antara ibu dengan anak.

3. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat

makanan dan mempunyai masalah kesihatan.

Page 77: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

1. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan,

kematian orang tersayang terutamanya ibu atau

bapa, pengalaman yang menakutkan dan

menghidap sesuatu penyakit.

2. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses

mula belajar bertutur.

3. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang

gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan

diturunkan kepada anak-anak mereka.

4. Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi

gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan

kanan untuk menulis atau membuat sebarang

kerja.

Page 78: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

sumbing juga antara jenis kecacatan pertuturan.

Sumbing disebabkan oleh kagagalan di antara

tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum

selepas 13 minggu dalam kandungan. Kanak-

kanak yang sumbing akan bertutur dengan suara

yang sengau.

 

Akhir sekali, kecacatan pertuturan juga disebabkan

kurang pendengaran. Kurang pendengaran boleh

menyebabkan kelewatan atau mempunyai

pertuturan yang tidak sempurna. Hal ini boleh

berpunca daripada kemalangan, kecederaan,

penyakit atau secara semula jadi sejak dilahirkan.

Page 79: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 80: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Bahasa adalah suatu sistem lambang-

lambang pertuturan yang dipersetujui oleh

sesuatu kelompok manusia dan digunakan

sebagai alat untuk berkomunikasi. Definisi

bahasa di atas dengan jelas menyatakan

bahawa bahasa adalah merupakan alat

untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu

sebarang kecacatan berbahasa akan

memberi kesan negatif terhadap proses

komunikasi.

Page 81: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Masalah pertuturan kanak-kanak juga

berkait rapat dengan masalah bahasa

kerana kedua-duanya merupakan alat

untuk berkomunikasi. Namun, kanak-

kanak normal juga mengalami masalah

bahasa dalam aspek-aspek tertentu

atau pada ketika tertentu.

Page 82: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Aphasia merupakan sejenis penyakit yang

disebabkan oleh kerosakan saraf otak,

dengan itu akan melumpuhkan kebolehan

seseorang untuk berkomunikasi. Masalah

aphasia adalah berbeza dengan dyslexia.

Tanda penting pengidap aphasia adalah

kesukaran berkomunikasi secara

pertuturan, kesukaran memahami

percakapan orang lain, dan kesukaran

untuk membaca dan menulis.

Page 83: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Aphasia terdapat dalam banyak jenis,

tetapi empat jenis aphasia yang besar

adalah aphasia sementara, aphasia

fasih, aphasia tidak fasih, dan aphasia

sejagat.

Page 84: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 85: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Ahli-ahli bahasa telah membahagikan bahasa kepada 5 komponen iaitu :

1. Fonologi yang merujuk kepada penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata dan perkataan.

2. Morfologi adalah proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas iaitu morfem.

3. Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat.

4. Semantik merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakn secara bermakna dalam komunikasi.

5. Pragmatik adalah penggunaan kemahiran berkomunikasi dalam konteks sosial atau cara bahasa digunakan.

Page 86: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;1. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”.

2. MorfologiKecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).

3. SintaksisMasalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

4. SemantikMasalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

5. PragmatikMasalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanakmemahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Page 87: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 88: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan.

Mempunyai tumpuan yang singkat walaupun terhadap perkara yang diminati.

Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika orang lain bercakap dengannya.

Sukar memahami konsep abstrak Ada masalah dalam perkataan banyak

makna. Bermasalah mengenal hubungan perkataan

dengan idea. Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai. Sukar mempelajari makna yang baru.

Page 89: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Kerap mengulangi soalan daripada member ijawapan kepada soalan itu.

Seorang yang pendiam. Tidak mengambil bahagian dalam

perbincangan kelas. Kerap salah menggunakan perkataan. Lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap. Banyak melakukan pergerakan fizikal

daripada verbal. Sentiasa mengunakan ayat-ayat yang

pendek. Menggunakan perkataan secara berlebihan

untuk menjelaskan idea yang konkrit. Tidak dapat mencari perkataan-perkataan

untuk penerangan dalam perbualan atau menulis.

Page 90: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

KANAK-KANAK BERMASALAH

PENDENGARAN

Alat bantu mengajar

Page 91: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 92: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 93: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 94: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Alat ini digunakan khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. Alat ini dipasang di telinga kanak-kanak bermasalah pendengaran semasa proses komunikasi dengan individu lain serta semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Alat ini dapat membantu murid-murid dengan jelas. 

Page 95: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 96: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 97: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 98: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

•Alat ini merupakan alat bantu belajar bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran.

• Alat ini dikenali sebagai otometrics. •Alat ini digunakan denagn memasang di

telinga.• Kegunaannya sama dengan ‘earphone’

namun semasa proses pembelajaran murid-murid diminta untuk memakai alat ini dan menekan ‘microphone’ yang terdapat di otometrics ini apabila mendengar dan memahami arahan serta latihan yang diberi.

Page 99: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Cara pelaksanaan aktiviti menggunakan alat bantu mengajar.

Page 100: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Murid-murid bermasalah pendengaran diajar dengan menggunakan kaedah dengar dan faham. Kaedah ini digunakan dengan cara memperdengar murid-murid kepada video. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak bermasalah pendengaran mudah tertarik kepada nyanyian dan aktiviti bergambar.

  Aktiviti dijalankan di dalam kelas yang mengandungi ‘LCD’ atau di bilik media. Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid hendaklah memakai alat bantu belajar yang telah disediakan dan menekan ‘microphone’ jika dapat memahami serta mendengar setiap latihan dan arahan yang diberikan.

Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan kerana dapat menguji ketajaman pendengaran murid-murid dan menguji pendengaran murid-murid dengan jelas.

Page 101: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 102: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 103: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori
Page 104: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

BIBLIOGRAFIBahan Ilmiah: Jamila K.A. Mohamed, 2006. Pendidikan

Khas untuk KANAK-KANAK istimewa. PTS

Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

Ang Huat Bin,1999. Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur.

Page 105: Kanak-Kanak Bermasalah Sensori

Laman Web: http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/

index.php?action=vthread&forum=4&topic=28

http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=33

http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html

http://www.skmethodist.edu.my/portal/modules.php?name=Encyclopedia&op=content&tid=29