proposal pintasan new frankus

Upload: just-nurahku

Post on 06-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    1/14

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Model imbangan air atau kitar hidrologi merujuk kepada keseimbangan antara air yang

    diterima dari atmosfera oleh permukaaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang

    keluar ke atmosfera. Model imbangan air melibatkan tiga aspek iaitu input, output dan

    storan. Input merangkumi kerpasan dalam bentuk hujan, salji, hujan batu dan embun yang

    diterima di sesebuah kawasan. Manakala output melibatkan wap-wap air yang

    dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu, kombinasi antara sejatan di permukaan air,

    sejatan daripada lembapan tanih, perpeluhan daripada tumbuhan dan air yang digunakan

    oleh manusia dan haiwan. Storan pula merujuk kepada simpanan akuifer iaitu, simpanan

    air bawah tanah dan simpanan permukaan tasik, sungai dan kolam. Menurut Rusly &

    Nurashikin, ( 2005 ) proses-proses dalam kitaran hidrologi boleh dibahagikan kepada duakumpulan iaitu, proses mendatar dan proses menegak. Proses mendatar melibatkan larian

    air permukaan, aliran air bawah tanah dan alir lintang atmosfera. Manakala proses

    menegak melibatkan proses sejatan, sejat-peluhan, kerpasan, pintasan dan resapan.

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    2/14

    Sumber: http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalayhi.html

    Dalam kitaran hidrologi, hujan yang turun ke permukaan bumi tidak akan

    mengalir terus. Sebaliknya, hujan yang turun akan dipintas oleh tumbuhan, bangunan dan

    sebagainya yang bertindak sebagai gangguan terhadap curahan hujan. Pintasan merujuk

    kepada kehilangan air hujan sebelum sampai ke permukaan bumi. Jumlah hujan yang

    turun ke permukaan bumi dipengaruhi oleh sesuatu kawasan sama ada terdapat lindungan

    permukaan seperti hutan, bangunan, bukit dan sebagainya. Komponen lindungan

    permukaan ini berupaya memintas sebahagian hujan yang turun bagi mengurangkan

    kadar aliran air secara terus ke permukaan bumi. Komponen utama dalam proses pintasan

    ini adalah pokok-pokok yang bertindak mempengaruhi jumlah hujan di sesebuah kawasan

    dan berperanan sebagai penapis hutan. Proses pintasan yang dilakukan oleh pokok-pokok

    ini dihasilkan melalui daun, kanopi, dahan, batang dan ranting pokok yang menyebabkan

    tidak 100 peratus titisan hujan akan menimpa permukaan bumi.

    Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan

    oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali. Simpanan ini dikenali

    sebagai storan sementara. Apabila kapasiti storan sementara sehelai daun mencapai ke

    tahap tepu maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya sehingga seluruh

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    3/14

    daun tidak dapat memintas, menampung dan menyimpan air hujan seterusnya air hujan

    akan jatuh ke bumi ( Rusly & Nurashikin, 2005 ). Magnitud jumlah tampanan pintasan

    bergantung kepada taburan dan keamatan hujan, kapasiti penyimpanan kanopi, dan kadar

    penyejatan daripada kanopi hujan.

    Secara umumnya, proses pintasan sangat penting dalam konteks kitar hidrologi

    khususnya untuk meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan. Ini kerana,

    pintasan mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah.

    Semakin tebal litupan tumbuhan, kadar pintasan, kadar susupan dan simpanan air tanah di

    kawasan tadahan juga akan meningkat. Dalam konteks ini hutan berupaya mengawal

    aliran sungai dengan menyimpan sebahagian daripada kerpasan daripada atmosferasebelum sampai ke permukaan bumi. Bagi melihat proses pintasan ini dengan lebih

    mendalam, kajian ini akan dilakukan di hutan dipterokap lembangan Tasik Chini, Pekan

    Pahang.

    1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

    Komponen pintasan sangat penting dalam konteks simpanan air di kawasan hutan kerana

    pintasan mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah.

    Dalam konteks ini, hutan berupaya mengawal sungai dengan menyimpan sebahagian

    kerpasan daripada atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Tumbuhan di hutan

    akan bertindak sebagai span yang memintas air hujan yang turun dan berupaya

    mempengaruhi kadar larian air permukaan di sesuatu kawasan. Air hujan berupaya

    memecahkan tanah menjadi partikel yang lebih kecil dan akhirnya akan menjadi lumpur

    dan akan menutupi liang-liang tanah sehingga menghalangi air hujan meresap ke dalam

    tanah. Keadaan ini akan mempengaruhi peningkatan air larian permukaan ( Ekhwan,

    2004 ). Seterusnya, kadar aliran permukaan yang cepat berupaya membawa kumin-kumintanih bersama-sama aliran air ke sungai atau tasik yang akhirnya menyumbang kepada

    masalah sedimentasi. Larian air permukaan ini berlaku apabila intensiti hujan melebihi

    kadar penyusupan dan keupayaan sejatan.

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    4/14

    Kajian ke atas proses pintasan di hutan dipterokap ini amat penting bagi

    mengenalpasti peranan proses pintasan dalam kitaran hidrologi dan kaitannya dengan

    masalah pemendapan sedimen di Tasik Chini. Ini kerana, pintasan boleh mengurangkan

    dan mengawal hakisan atau kemusnahan tanah. Air hujan yang jatuh secara terusmempunyai keupayaan menghakis yang tinggi. Hempasan air hujan yang kuat

    menyebabkan tanah cepat terhakis dan menggalakkan larian air permukaan memasuki

    tasik bersama-sama bahan hakisan. Selain itu, sebarang bentuk perubahan gunatanah

    terutamanya di kawasan hutan Tasik Chini akan mempengaruhi kadar kemasukan air

    larian ke dalam tasik seterusnya berpotensi untuk menganggu keseimbangan air tasik.

    Proses ini juga penting dalam mengawal kesan penumpukan sedimen di dalam tasik, di

    mana masalah sedimentasi merupakan permasalahan penting yang berlaku di Tasik Chini.

    Oleh itu, pengukuran jumlah sesuatu pintasan, jatuhan langsung dan aliran batang

    adalah perlu dalam memahami fungsinya berdasarkan perlindungan hutan dalam kitaran

    hidrologi yang terdapat dalam ekosistem hutan. Justeru, kajian pintasan dilakukan bagi

    melihat kepentingan proses tersebut dalam menangani masalah peningkatan sedimen,

    hakisan tanih dan kekerapan banjir.

    1.3 OBJEKTIF:

    Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengkaji proses pintasan oleh hutan dipterokap

    lembangan Tasik Chini sebagai satu proses imbangan air. Kajian ini mengariskan

    beberapa objektif utama iaitu:

    a) Menganalisis dan membina model imbangan air di Tasik Chini.b) Menentukan jumlah taburan hujan yang terperangkap oleh kanopi hutan sebagai

    jatuhan langsung.

    c) Membandingkan keadaan pintasan di kawasan terdedah dan litupan kanopimengikut spesies pokok yang dipilih di hutan dipterokap Tasik Chini.

    d) Mengaitkan peranan hutan dalam proses pintasan dan imbangan air secarakeseluruhan.

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    5/14

    1.4 KAJIAN LEPAS:

    Umumnya, kajian mengenai pintasan berkait rapat dengan air simpanan kanopi di dalam

    ekosistem hutan, ia juga penting bagi keseimbangan hidrologi yang melibatkan sempadan

    klimatologi. Kajian mengenai model imbangan air dan pintasan amat penting bagi

    mengenalpasti pengaruh pintasan terhadap keseimbangan hidrologi. Ini kerana, jumlah

    hujan mempunyai hubungkait yang rapat dengan jatuhan langsung dan aliran batang

    untuk mencapai keseimbangan hidrologi.

    Proses aliran batang merujuk kepada air hujan yang dipintas serta berupaya

    mengalir daripada daun-daun pokok ke dahan, kemudian akan mengalir menuruni batang

    pokok sebelum tiba ke permukaan tanah. Manakala, jatuhan langsung pula merujuk

    kepada air hujan yang jatuh tanpa dipintas oleh tumbuhan. Sebahagian air hujan yang

    jatuh di atas kanopi tumbuhan cenderung untuk melalui celahan-celahan atau bukaan di

    antara lapisan kanopi yang nipis dan renggang ( Mohd Ekhwan & Shukor, 2004 ). Kedua-

    dua proses ini berupaya menyumbang kepada penumpuan air hujan yang sampai ke tanah

    bagi mengekalkan kadar kelembapan tanih ( Nor Rohaizah et.al 2007 ).

    Kajian mengenai pintasan ke atas 30 batang pokok telah dijalankan di hutan

    sekunder Tasik Chini oleh Nor Rohaizah et.al (2007). Kajian ini dilakukan pada

    November 2007 sehingga Disember 2007 pada plot bersaiz 100 100 meter berdasarkan

    spesies, famili, diameter aras dada (DBH), saiz kanopi dan ketumpatan kanopi. Kaedah

    pengukuran aliran batang telah dilakukan menggunakan paip getah yang dililitmembentuk lilitan batang pokok. Manakala, pengukuran jatuhan langsung ditentukan

    dengan menggunakan bin hitam berisipadu 60 liter yang diletakkan dipangkal pokok.

    Hasil kajian mendapati, pintasan dipengaruhi oleh komponen aliran batang berbanding

    jatuhan langsung. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah jatuhan langsung hanya

    mencatatkan 9.41 mm berbanding aliran batang sebanyak 17112.78 mm.

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    6/14

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    7/14

    daripada curahan hujan. Dalam kajian ini, tujuh spesies pokok yang berbeza telah dipilih

    untuk pengukuran aliran batang. Hasilnya, struktur daun amat mempengarahi penghasilan

    aliran batang. Misalnya, kajian ini mendapati pokok pinang menghasilkan lebih banyak

    aliran batang berbanding pokok kapur dan keruing ( Mohd Ekhwan & Md Nor Shukor,2007 ).

    Herbst et.al ( 2006 ) telah menjalankan kajian mengenai pintasan hampir 3 tahun

    di Selatan England dalam dua pagar pokok renek. Hasil kajian juga mempunyai

    hubungkait dengan litupan kanopi, di mana semasa tempoh litupan kanopi adalah padat

    hasil pintasan adalah 57 peratus dan hanya 24 peratus sahaja bagi kawasan yang

    mengalami kekurangan kepadatan kanopi. Kajian juga mendapati hasil aliran batangadalah sebahagian daripada imbangan air iaitu menyamai 0.2 peratus (Gross Rainfall )

    PG pada musim panas dan 0.5 peratus PG pada musim sejuk. Kajian juga membuktikan

    dengan adanya bantuan angin ribut, pintasan yang dihasilkan oleh pokok adalah lebih

    tinggi. Ini kerana jumlah jatuhan langsung yang diperolehi boleh dilihat dalam jumlah

    mutlak melalui pertambahan kelajuan angin ( Lawson, 1967 ). Menurut Low ( 1972 ),

    jumlah jatuhan langsung adalah rendah sekiranya angin bertiup dengan perlahan dan

    begitu juga sebaliknya, jika tiupan angin bertambah maka jumlah jatuhan langsung juga

    akan bertambah.

    Selain itu, menurut De Roo et. al, ( 2001 ), pertambahan kawasan hijau akan

    menambahkan lagi sejat peluhan dan pintasan oleh kanopi tumbuhan. Kajian perhutanan

    di kawasan tropika dan iklim sederhana menunjukkan kerelevanan proses pintasan dan

    sejat peluhan dalam mengawal isipadu luahan dengan mengurangkan serta melambatkan

    susupan air ke dalam tanih ( Lai & Osman, 1989, Manokaran, 1979, Bruijnzeel, 1990,

    Mohd Ekhwan & Shukor, 2006 ).

    1.5 METODOLOGI:

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    8/14

    1.5.1 PENGUMPULAN DATA

    Metodologi kajian melibatkan cara atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan

    maklumat mengenai permasalahan yang dikaji. Metodologi kajian digunakan dalampenyelidikan meliputi sumber primer dan sekunder. Data primer akan diperolehi daripada

    hasil kerja di lapangan. Kajian pintasan ini akan melibatkan dua kawasan yang berbeza

    iaitu, di kawasan terdedah dan di kawasan litupan kanopi. Di lapangan, pengukuran

    jatuhan langsung dan aliran batang merupakan komponen utama dalam proses pintasan.

    Kaedah pengukuran kedua-dua komponen ini melibatkan kaedah pengukuran yang

    berbeza.

    Bagi pengukuran jatuhan langsung, bin hitam berisipadu 60 Liter akan digunakan

    bagi menampung curahan hujan. Bin hitam akan diletakkan di bahagian plot yang

    mempunyai lapisan kanopi paling nipis iaitu, empat biji bin di kawasan terdedah dan

    empat biji lagi di kawasan litupan kanopi. Bacaan jumlah hujan akan diambil

    menggunakan silender penyukat selepas hujan. Pengukuran jatuhan langsung ini

    dilakukan bertujuan menentukan jumlah hujan yang jatuh terus daripada kanopi, dahan

    dan daun pokok.

    Seterusnya, bagi pengukuran aliran batang sebanyak 60 batang pokok pelbagai

    spesies akan dipilih bagi kajian aliran batang ini, iaitu 30 batang pokok bagi kawasan

    terdedah dan 30 batang pokok lagi bagi kawasan litupan kanopi. Ciri fisiografik

    tumbuhan iaitu, spesies, famili, diameter aras dada (DBH), saiz kanopi dan kepadatan

    kanopi juga akan dikenalpasti Alatan seperti paip getah, gam silika, paku dan tong plastik

    akan digunakan. Paip getah akan dibelah dua dan akan dipaku pada batang pokok bagi

    membentuk alur mengikut lilitan batang pokok sebanyak tiga lilitan. Seterusnya, gamsilika akan digunakan untuk menutup ruang rongga yang terdapat di celah-celah paip

    yang akan dipaku bagi mengelakkan air daripada terkeluar. Air yang mengalir dalam

    saluran paip getah akan memasuki tong plastik yang diletakkan pada setiap pangkal

    pokok. Akhirnya, jumlah hujan yang terkumpul dalam tong plastik akan diambil selepas

    hujan untuk disukat menggunakan silender penyukat. Pemilihan pokok bagi mengkaji

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    9/14

    aliran batang ini adalah berukuran lebih daripada 20 DBH. Selain itu, data hujan sebenar

    akan diperoleh daripada stesen data hujan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) yang

    terletak berhampiran tebing Sungai Chini di Tasik Chini.

    Data sekunder pula adalah berdasarkan kajian di perpustakaan yang melibatkan

    kajian-kajian lepas. Seterusnya, kaedah permodelan dengan menggunakan Penman Model

    akan digunakan bagi menghasilkan model imbangan air Tasik Chini.

    1.5.2 PENGANALISAAN DATA

    Penganalisaan data bagi pengukuran jatuhan langsung dan aliran batang dapat ditentukanberdasarkan formula berikut:

    Jatuhan langsung (mm) = Isipadu air yang ditadah (mm) [ 1 ]

    Saiz perangkap (mm )Aliran batang (mm) = Isipadu air yang ditadah (mm) [ 2 ]

    Diameter batang pokok (mm)

    Manakala, formula bagi mengukur jumlah pintasan adalah seperti berikut ( Mohd Ekhwan& Shukor 2006 ):

    I = R (Sf + Tf) iaitu: .......... [ 3 ]

    I = pintasan

    R = hujan yang turun terus

    Sf = aliran batang

    Tf = jatuhan langsung

    Imbangan air

    P = et + st + r di mana: ............. [ 4 ]

    P = kerpasan

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    10/14

    Et = sejat peluhan

    st = air yang diterima / hilang dari tanih

    r = aliran permukaan

    Pengiraan bagi Penman model:

    PE = H + f (u) ( em ed ) ............... [ 1 ]_____________________ +

    PE = sejat peluhan mm/ hari

    H = bajet haba pada permukaan sejatan mm/ harif(u) = wind- related function

    ( em ed ) = perbezaan antara tekanan ketumpatan, di mana suhu udara dan tekanan wap

    iaitu suhu embun mutlak, mm Hg ( bulan )

    = kecerunan tekanan embun mutlak, mm Hg/ c

    = psychrometric, 0.49 mm Hg/ c

    Radiasi keseluruhan

    Rs = Ra ( a + b n )

    N

    Di mana:

    a, b =

    n = tempoh masa sebenar sinaran matahari mengikut jam/hari ( bulan )

    N = purata maksimum durasi sinaran matahari harian ( jam )

    Rns = Rs ( I r ) = Ra ( I r ) ( a + b n ) .............. [ 2 ]

    N

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    11/14

    Di mana r =

    Secara keseluruhan, Rns radiasi gelombang pendek, teradiasi ( hari & malam ) sebagai

    radiasi gelombang panjang, proses ini berlaku secara pantas semasa cuaca kering dan

    berawan. Di atmosfera juga teradiasi, tetapi kebiasaannya kurang radiasi gelombang panjang di bumi. Secara empirikalnya, radiasi gelombang panjang boleh dikira

    berdasarkan:

    Rnl = T m4 ( 0.56 0.092 ed ) ( 0.1 + 0.9 n ) ............ [ 3 ]

    N )

    Di mana, Tm = purata suhu udara (

    K ) hari ( bulan )ed = tekanan vapour, mm Hg pada suhu embun pada masa yang sama

    = Lummer & Pringsheim tetap, 117.74 10-9gm. Cal/cm2/ K-4

    Jumlah radiasi keseluruhan, Rn = Rns - Rnl ............... [ 4 ]

    Wind function f (u) and wind conversion

    f(u) = 0.35 ( 1 + 0.526 U2 ) ...[ 5 ]

    1.6 JANGKAAN AWAL:

    a) Semakin tinggi taburan hujan, semakin tinggi kadar pintasan berlaku.b) Semakin kasar kulit pokok, semakin kurang jumlah aliran batang yang diperolehi.c) Semakin perlahan tiupan angin, semakin rendah kadar jatuhan langsung.d) Perubahan guna tanah di sekitar Tasik Chini akan menyumbang kepada kadar

    larian air permukaan yang memasuki tasik.

    1.7 KEPENTINGAN KAJIAN:

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    12/14

    Kajian ini bertujuan mengawal kadar sejatan, sejat peluhan, hakisan tanah dan membantu

    dalam proses kitaran hidrologi, khususnya di hutan dipterokap lembangan Tasik Chini.

    Selain itu, kajian mengenai keseimbangan hidrologi ini penting untuk mendapatkan rekodberterusan kelembapan tanih, sejat peluhan sebenar, recas air tanah dan aliran sungai dari

    rekod meteorologi dan pemerhatian ke atas tanah dan vegetasi. Kajian ini juga mampu

    untuk menghasilkan pendekatan baru dalam penyelidikan yang berkaitan dengan model

    imbangan air dan komponen dalam kitar hidrologi.

    1.8KESIMPULAN

    Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh proses pintasan juga penting dalam

    mencapai keseimbangan hidrologi. Walaupun, peranan proses ini kecil berbanding proses

    lain dalam kitar hidrologi, namun proses ini masih mampu mengawal keseimbangan air

    persekitaran. Kekurangan hutan yang berupaya memintas curahan hujan akan

    menyumbang kepada kadar larian air permukaan yang cepat, hakisan tanih dan kekerapan

    kejadian banjir. Justeru, kajian mengenai pintasan hutan ini sangat wajar dilakukan.

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    13/14

    RUJUKAN

    Bruinjzeel L.A. 1990. Tropical moistforest : a state of knowledge review. Paris :

    UNESCO.

    De Roo, A, Odijk, M, Schmuck, G, Koster,E and Lucier, A 2001. Assesing the effectsof land use changes on floods in the Meuse and oder Catchment. Phy ChemEarth(B), Vol 26.

    Herbst, Mathias; Roberts, John M.; Rosier, Paul T. W.; Gowing, David J.. 2006Measuring and modelling the rainfall interception loss by hedgerows in southernEngland. Agricultural and Forest Meterology, 141. 244-256. (atas talian)http://nora.nerc.ac.uk/2866/

    Herwitz, S.R. 1987. Raindrop impact and water flow on the vegetative surface oftrees and the effects on stemflow and throughfall generation,Earth SurfaceProcessesand Landform, 12: 425-432.

    Jamaluddin Md. Jahi. 1989. Pengantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka

    Lai, F.S & Osman s. 1989.Rainfall interception, throughfall, stemflow in two acacia

  • 8/2/2019 Proposal Pintasan New Frankus

    14/14

    mangium stands in KemasulPahang. IHP-UNESCO-FRIM Regional seminaron tropicalforest hydrology, 4-9 Sept 1989. Kuala Lumpur

    Low K.S. 1972. Interception loss in the humid forested areas (with special references to

    Sg. Lui catchment).Malay National25: 104-111.Manokaran N. 1979. Stemflow, throughfall and rainfall interception in a lowland

    tropical rainforest in Penisular Malaysia. Malayan Forester.

    Nor Rohaizah Jamil, Mohd Ekhwan Toriman, Mushrifah Idris. (2007). Analisis pintasandi hutan sekunderTasik Chini. The Proceedings of the internationalconference on social, development and environmental studies 2008.

    Mohd Ekhwan Toriman & Shukor Md. Nor. 2006: An analysis of rainfall interception onthe selected experimental plot of Pangkor Hill Reserved Forest. Journal Wildlife

    and NationalPark. December 2006.169-178.Tengku Norul Shahran. 2006. Ciri-ciri lelehan batang dalam tadahan kelapa sawit. (atas

    talian) http://efka.utm.my/thesis (1 September 2009)

    Zulkifli Yusop, Cham Sze Yen, Chong Jenn Hui. 2003. Throughfall, stemflow andinterception loss of old rubber trees. Journal Kejuruteraan Awam 15(1):24-33(2003)