proposal kt new 1

31
1.0 TAJUK KAJIAN Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kertas Satu, Tingkatan 4 IT 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor. 2.0 NAMA AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI Kertas kerja ini dikemukakan oleh Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurusan Perdagangan / Keusahawanan. Nama-nama pengkaji adalah : 1. Pn. Basyirah Binti Ahmad 2. Pn. Rozianah Binti Md Yusof 3. Siti Amiatunaim Binti Abd Hamid 4. Cik. Simah Binti Serat 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan, sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran BM merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa yang berteraskan BM baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran BM merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.

Upload: amiatunaim

Post on 23-Jun-2015

7.966 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal kt new 1

1.0 TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kertas Satu,

Tingkatan 4 IT 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor.

2.0 NAMA AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti

Pendidikan Sultan Idris Jurusan Perdagangan / Keusahawanan.

Nama-nama pengkaji adalah :

1. Pn. Basyirah Binti Ahmad

2. Pn. Rozianah Binti Md Yusof

3. Siti Amiatunaim Binti Abd Hamid

4. Cik. Simah Binti Serat

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan,

dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat

persekolahan, sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Mata pelajaran

Bahasa Melayu (BM) ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan

berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran

BM merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa yang

berteraskan BM baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran BM merujuk kepada

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi

kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.

Page 2: Proposal kt new 1

Penekanan kemahiran menulis adalah fokus yang paling penting dan perlu

dikuasai oleh individu yang bergelar pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah

dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran BM (KPM 2001). Penekanan terhadap aspek

kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) bermula pada tahun 1988 ini bagaimanapun tidak menjamin pelajar

benar-benar menguasai aspek penulisan BM. Penguasaan penulisan sebenarnya banyak

dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang

demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu

ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun

2020. Rentetan itu kami menjalankan kajian ini di S.M.K Bandar Banting, Selangor yang

melibatkan pelajar Tingkatan 4 IT 2 iaitu seramai 40 orang. Namun penekanan diberikan

kepada 15 orang pelajar yang mempunyai markah di bawah 50 sahaja.

4.0 KAJIAN LEPAS

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan

melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang

terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau

menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh

sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan

pengajaran yang sesuai.

Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi

perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan

kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan

pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).

Sukatan Pelajaran BM Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam pengajaran

dan pembelajaran BM ialah supaya murid dapat menggunakan BM secara berkesan

dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran

Page 3: Proposal kt new 1

seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu

mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza

antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi pemusatan

murid.

Manakala menurut Kagan, (1994) dan Zawiah Abd. Shukor (2001) mengenai

teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara

bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan

tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat

dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu

menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap

ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan

mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat

menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Menurut Kamarudin Hj. Husin, 1998 pula menulis ialah proses memberikan

simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai

kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan

tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun.

5.0 PENYATAAN MASALAH

Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang pelajar

ialah bagaimana untuk memulakan penulisan. Ini kerana memulakan penulisan bukanlah

sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana

pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang

serupa. Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal untuk

mencapai keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)

mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 4: Proposal kt new 1

Selain itu, daripada temubual yang dijalankan bersama Puan Janah Binti Sarman

mendapati sebanyak 15 orang murid daripada Tingkatan 4 IT 2 lemah dan berada pada

tahap minimum dalam penulisan. Ini dibuktikan dalam keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2010, mendapati murid sasaran memperolehi markah kurang daripada

50. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku

terutamanya bagi karangan berbentuk format dan karangan berbentuk naratif.

Pemeriksaan terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid dalam ujian di

sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid

tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk

menghasilkan karangan.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran

penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih

untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru

mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat

yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid

terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid

kurang berkemahiran untuk mengarang.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.

6.2 Memberi pendedahan teknik penulisan karangan Bahasa Melayu.

6.3 Memahami strategi memilih tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan.

Page 5: Proposal kt new 1

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk Model Kemmis & McTaggerd

(1988) yang hanya menggunakan lingkaran pertama sahaja seperti di bawah:

Kami merancang untuk menggunapakai dua jenis aktiviti yang dirasakan

bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian kami. Dua aktiviti telah dirancang untuk

membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu adalah

seperti berikut:

1. Penulisan Karangan Naratif

i. Cerita TV

ii. Lakonan

2. Penulisan Karangan Format

i. Salin dan Jalin

Page 6: Proposal kt new 1

Kaedah-kaedah ini adalah menggunakan pendekatan pembelajaran secara

koperatif dan serta mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

semasa proses pembelajaran. Kaedah pengajaran koperatif merujuk kepada kaedah

pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan

bekerjasama dalam kumpulan yang kecil untuk mencapai matlamat yang sama. Terdapat

lima unsur dalam bentuk pembelajaran koperatif meliputi kebergantungan antara satu

sama lain secara positif, interaksi antara satu sama lain, kebolehpercayaan individu

terhadap pembelajaran diri sendiri, kemahiran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan

pemprosesan kumpulan.

Melalui kaedah ini, murid akan mengaplikasikan kaedah ‘round table’ dalam

penulisan karangan fakta dan karangan bentuk naratif. Mereka dapat memberi dan

berkongsi idea secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, ahli digalakkan untuk

meluaskan pengetahuan agar sesi perbincangan berjalan lancar. Ini adalah selari dengan

objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBKK) yang menggalakkan

penggunaan daya pemikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang

dijalankan akan meliputi kemahiran untuk menulis karangan naratif dan karangan format.

7.1.1 AKTIVITI 1: PENULISAN KARANGAN NARATIF

Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku

menurut susunan kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi. Jenis karangan naratif adalah

seperti cerpen, skrip drama, sketsa, cerita berdasarkan peribahasa. Pengajaran penulisan

naratif di sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar

tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan

bahasa.

Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi

seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk

pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea

dan perasaan dan memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. Tindakan

yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai

karangan naratif adalah seperti berikut:

Page 7: Proposal kt new 1

(i) Membuat karangan berdasarkan cerita TV

Melalui kaedah ini, guru akan memilih beberapa rancangan televisyen yang

berbentuk cereka untuk ditayangkan kepada murid. Tayangan akan mengambil masa selama

satu jam. Cerita-cerita yang dipilih perlu bersesuaian dengan murid dan menitik beratkan

unsur-unsur moral yang tinggi. Kaedah ini akan memberi sedikit panduan kepada murid

dalam membuat imaginasi penceritaan mengikut kronologi yang sesuai. Pelaksanaan ini akan

dibuat dalam masa 1 minggu melalui kaedah berikut:

Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan

Guru menayangkan sebuah cerita yang berkaitan dengan topik karangan naratif

Setelah selesai menonton, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap

ahli kumpulan akan membahagikan tugas seperti ketua kumpulan, pencatat dan

pembentang.

Murid dikehendaki menulis semula rangka cerita berdasarkan rancangan yang telah

ditonton

Setiap murid kemudian diminta untuk menulis karangan naratif berdasarkan rancangan

yang telah ditonton

(ii) Membuat karangan naratif berdasarkan lakonan

Melalui kaedah ini, diharapkan murid akan lebih seronok untuk melibatkan diri dalam

pembelajaran Bahasa Melayu di samping untuk meningkatkan kemahiran imaginatif murid

dalam penulisan karangan bentuk naratif. Murid akan diminta untuk melakonkan beberapa

watak mengikut tajuk cerita yang telah diberikan (Lampiran 1). Murid-murid dari kumpulan

lain akan membina semula plot cerita melalui penggunaan peta minda. Kaedah yang akan

dijalankan adalah seperti berikut:

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Murid memilih tajuk lakonan yang ingin dipersembahkan

Murid berbincang dalam kumpulan tentang watak dan cerita yang akan dikembangkan

Murid diminta melakonkan watak-watak dan cerita yang telah dibincangkan

Page 8: Proposal kt new 1

(iii) Penulisan semula jalan cerita melalui bentuk peta minda

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid membina plot-plot cerita berdasarkan lakonan

yang telah dibuat dalam aktiviti (ii). Masa selama dua jam akan diperuntukkan bagi kaedah

ini yang akan berlangsung selama 1 minggu. Penggunaan peta minda adalah bertujuan untuk

membolehkan murid menjana dan mencatat isi-isi penting dan menjalin karangan dengan

lebih berkesan. Murid hanya perlu menyambungkan isi dengan kata hubung tang sesuai.

Kaedah pelaksanaan yang dirancang ialah:

Guru berbincang tentang penggunaan peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi

penting

Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif dan perenggan pendahuluan

Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda yang

dicadangkan

Murid membuat latihan mengarang secara individu.

7.1.2 AKTIVITI 2: PENULISAN KARANGAN FORMAT

Karangan fakta merujuk kepada suatu perbincangan atau pendapat yang

memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti menyokong pernyataan.

Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang

mengandungi keterangan, contoh ataupun analogi yang sesuai. Langkah-langkah yang

akan dilaksanakan untuk memahirkan murid dengan kaedah penulisan karangan

berformat adalah:

(i) Kaedah menyalin karangan

Strategi pelaksanaan akan mengambil masa 45 minit dan akan berlangsung

selama 1 minggu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid dengan bentuk

karangan yang baik dan cara untuk membuat olahan. Murid hanya perlu membaca

karangan ini dan menyalin semula karangan tersebut. Murid akan dapat membuat

Page 9: Proposal kt new 1

perbandingan sesama mereka mengenai ciri karangan yang baik. Kaedah pelaksanaan

yang dirancang adalah:

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil antara 3-4 orang murid

Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi ketua

kumpulan, pencatat dan pelapor

Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan kelas

Murid dikehendaki menyalin karangan bentuk format yang telah dipilih oleh guru

Murid berbincang tentang bentuk format dan kaedah olahan karangan yang disalin dan

seterusnya membuat perbentangan

(ii) Kaedah menjalin isi karangan

Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan

berdasarkan rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu

berdasarkan karangan yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka

format, isi penting dan olahan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara

untuk mencari maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat

dengan ayat yang tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam

masa yang ditetapkan selama 2 jam dan dilaksanakan selama 1 minggu. Bentuk soalan

dan rangka isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti

berikut:

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari

maklumat atau idea untuk menulis

Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan

Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair

Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah

Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu

Page 10: Proposal kt new 1

Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar

Murid membina dan menulis karangan berdasarkan format yang telah dipelajari dan kerangka isi

yang dibina.

7.2 Sasaran Kajian

Sasaran kajian adalah murid kelas 4 IT 2 yang gagal mencapai 50 peratus dalam

penilaian kertas penulisan, iaitu seramai 15 orang.

7.3 Instrumen Kajian

Kami menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti pemasalahan kajian

melalui pemerhatian yang dibuat oleh guru Bahasa Melayu, temubual ke atas guru

tersebut serta melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

7.3.1 Pemerhatian

Bagi mendapatkan gambaran kegiatan pengajaran guru di dalam kelas,

pemerhatian kelas dilakukan sebanyak empat kali dalam tempoh empat minggu.

Pemerhatian dalam 4 IT 2 memakan masa selama 40 minit bagi setiap pemerhatian.

Dalam pemerhatian kelas tersebut, guru bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan

diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat

penulisan karangan, iaitu sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan

selepas menulis karangan. Dalam masa pemerhatian kelas, tema yang menjadi garis

panduan pemerhatian ialah penglibatan murid serta tempoh masa yang digunakan oleh

murid untuk menyelesaikan penulisan.

7.3.2 Temubual

Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah

temubual. Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Janah Sarman iaitu

guru mata pelajaran Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor untuk tujuan

mendapatkan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, alat kajian telah

disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh

pengkaji dan diajukan kepada Puan Janah serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi

Page 11: Proposal kt new 1

kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur

(Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual

berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik

yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan

soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual semi berstruktur

merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

7.3.2.1 Kandungan Temubual

Terdapat empat soalan yang dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana

soalan-soalan yang menjurus kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama adalah

masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan. Soalan kedua ialah cara untuk

meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan karangan. Soalan ketiga ialah teknik-

teknik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Soalan empat

dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan bagi

memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan pengetahuan dan idea pelajar.

7.3.3 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Keputusan murid ini merupakan instrumen utama bagi mengenalpasti

pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada pelajar yang mendapat markah kurang

daripada 50 untuk Bahasa Melayu Kertas 1.

7.3.4 Ujian Pasca

Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga

dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan

rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos pelajar

juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu kertas 1.

Page 12: Proposal kt new 1

8.0 Kesignifikanan Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan dapat dikongsi bersama dengan Ketua Panatia

Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor, serta guru-guru sekolah melalui

aktiviti-aktiviti perkembangan staf dan juga guru-guru Bahasa Melayu.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)1 Perjalanan (Tanjong Malim – Banting) 75.002 Bahan dan alatan bantuan mengajar 50.003 Percetakan Kertas Ujian (15 x RM 0.20) 3.004 Percetakan Modul / bahan pengajaran (15 xRM 0.70 ) 10.505 Perbelanjaan Mesyuarat 20.006 Bengkel penulisan 70.007 Jumlah 228.50

10.0 JADUAL KERJA

BIL. PERKARA TARIKH1 Mesyuarat Jawatankuasa 10 September 20102 Penulisan kertas cadangan 14 September 20103 Mesyuarat perancangan 21 September 20104 Kerja lapangan – pergi sekolah kajian 23 September 20105 Analisa maklumat temubual 28 September 20106 Pelaksanaan aktiviti 25 Oktober 20107 Pelaksanaan ujian pasca 8 November 20108 Refleksi dan penilaian 10 November 20109 Penulisan laporan 15 November 201010 Pemurnian laporan 22 November 2010

Page 13: Proposal kt new 1

LAMPIRAN

Page 14: Proposal kt new 1

CONTOH UJIAN PASCA

SPM BAHASA MELAYU

Kertas 1

Bahagian A

(Masa dicadangkan: 45 minit)

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang

pencemaran sungai. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

Bahagian B

(Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)

Page 15: Proposal kt new 1

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Melancong sama ada di dalam negara atau di luar negara banyak memberikan faedah kepada pelajar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bahaskan.

2. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah teruka seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut.

3. Pada masa ini rakyat Malaysia melalui kehidupan yang selesa. Barang makanan boleh didapati dengan mudah dan menyelerakan. Keadan ini memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan orang ramai. Sebagai pakar kesihatan, anda telah diminta memberikan ceramah kepada para pelajar di sesuatu sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “Amalan Pemakanan yang Sempurna Menjamin Gaya Hidup yang Sihat.’’ Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.

4. Kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melengkapi penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat berpendidikan tinggi. Bagi mendapatkan pandangan tentang faedah penubuhan IPTS, anda diminta mewawancara seorang tokoh yang berkaitan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

5. Jawatankuasa Antidadah di daerah anda telah menganjurkan satu pertandingan menulis cerpen. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

LAMPIRAN 1

Menulis karangan naratif menggunakan kaedah lakonan

Page 16: Proposal kt new 1

Tajuk perbincangan kumpulan

Lakonkan sebuah cerita yang mengambarkan suasana dan keadaan Majlis Rumah Terbuka Peringkat Nasional

Anda berpeluang mendapat anugerah pada Majlis Anugerah Cenerlang peringkat negeri.

Lakonkan suasana Majlis tersebut.

Lakonkan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Saya sedang membaca dengan asyiknya apabila tiba-tiba adik saya berlari masuk ke dalam bilik sambil menjerit dengan kuat...

Lengkapkan menjadi satu cerita yang lengkap mengggunakan ayat di atas.

Page 17: Proposal kt new 1

Permulaan:

Digunakan untuk memperkenalkan watak utama dan perwatakannya serta gambarab suasana

latar belakang tempat

Perkembangan:

Watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubung dan mewujudkan cerita yang semakin

berkembang

Peleraian:

Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya dan

cerita akan berakhir.

LAMPIRAN 2

Page 18: Proposal kt new 1

Tajuk perbincangan kumpulan

Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair

Mencari maklumat berdasarkan gambar

Mencari maklumat berdasarkan lagu

Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair

Mencari maklumat penting berdasarkan petikan dari majalah

Page 19: Proposal kt new 1

Syair Cintai Alam Sekitar

Aduhai adikku kakak berpesan,

Kelak dirimu jadikan panduan,

Cintailah keindahan jaga kebersihan,

Persekitaran indah tiada pencemaran.

Kempen kebersihan bersama dihayati,

Udara nyaman pasti dinikmati,

Sihat badan wajah berseri,

Negara aman hidup harmoni.

Jadilah warga bertimbang rasa,

Kepada alam membuat jasa,

Tanah dan tumbuhan dipelihara,

Kerosakan tiada bumi sejahtera.

Air sungai mengalir damai,

Ombak berlagu memukul pantai,

Unggas bernyanyi suasana permai,

Di hari minggu kita bersantai.

Jerebu berleluasa melanda negara,

Kebakaran dan kilang punca angkara,

Lapisan ozon semakin derita,

Tanamkan kesedaran atasi segera.

Amalan meludah membuang sampah,

Mengotorkan sekitar mesti ditegah,

Menghisap rokok menagih dadah,

Perbuatan yang buruk perlu ditegah.

(Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995 DBP)

Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.

Page 20: Proposal kt new 1
Page 21: Proposal kt new 1

Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu

Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani

Gaya hidup kini dah berubah

Anak-anak terasuh mindanya

lahir generasi bijak pandai

Pakar I.T. pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan

Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini

Kekayaan semakin hampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu nyawa dipertaruhkan

Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia

Malaysia …

Terima kasih Malaysia !!!

Page 22: Proposal kt new 1

Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar

Page 23: Proposal kt new 1

Pengurusan grafik kerja kumpulan

Kumpulan A:

Kumpulan B

Maklumat

penting dalam syair

Maklumat penting petikan rencana majalah

1

2

3

4

Page 24: Proposal kt new 1

Kumpulan C

1 2

3 4

Kumpulan D

Keranamu

Malaysia

Page 25: Proposal kt new 1

MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 IT 2 (BAHASA MELAYU KERTAS 1)SMK BANDAR BANTING

                       BIL NAMA PELAJAR MARKAH

1 ZURAINI BT MOHD TOURIOU @ IDRIS           482 HAYATUL MUKHLISAH BT AZIZ             47

3SATHIYASILAN A/L SATHIAMOORTHI             44

4 LOW YIH SEE                 425 ONG CHEE XIN                 406 MUHAMMAD ADAM B TAKRIR             407 MUHAMMAD SAZAKRULL B SELAMAT           378 CHONG XUE YEH                 359 HO PEI HOON                 3110 SURENTHIRAN A/L RAVI               31

11MOHAMAD SYAZWAN B MOHAMED ISRI           27

12 MUHAMMAD DANIAL B RIDUAN             22

13ABDUL HANAN B ZULKIFLY               17

14 NG YI SIN                 315 TAN BOON HOR                 3

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN 3

Page 26: Proposal kt new 1

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.

Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive.

Boston. MA: Allyn& Bacon.

Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan Pelajar tingkatan4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan. Universiti Malaya.