proposal 1

Upload: ummu-zay-el-zahra

Post on 05-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

CONTOH PROPOSAL

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2013

HBEF2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN(PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN )

NAMA : AZWANA BINTI TALHA NO. MATRIKULASI : 7909271205350001NO. KAD PENGNEALAN: 790927105350NO. TELEFON: 0162833514E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

iAbsrtak2

1.Bab 1 : Masalah Kajian1.0 Pengenalan1.1 Pernyataan Masalah1.2 Soalan Kajian1.3 Objektif Kajian1.4 Kepentingan Kajian1.5 Batasan Kajian

346667

2.Bab 2 : Tinjauan Literatur2.1 Pendahuluan2.2 Literatur Mengenai Peta Minda2.3 Teori-teori Berkenaan Peta Minda2.4 Rumusan

881112

3.Bab 3 : Metadologi Penyelidikan3.1 Pendahuluan3.2 Rekabentuk Kajian3.3 Sampel Hajian3.4 Instrumen Kajian3.5 Prosedur Pengumpulan Data3.6 Aanlisis Data

131314141516

4.Rujukan17

5.Lampiran20

PENGGUNAAN PETA MINDA UNTUK MENINGKATKAN DAYA MENGINGAT BAGI PELAJAR TAHUN 6

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota berbentuk peta minda untuk meningkatkan daya ingatan pelajar tahun 6 dalam tajuk Pengawetan makanan. Responden dalam kajian ini melibatkan 50 orang pelajar dan berbentuk kuasi-eksperimen di sekolah Kebangsaan Panchang Bedena dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Sampel kajian dipilih secara bertujuan terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama, dikelompokkan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, dengan kumpulan rawatan diajar dengan kaedah peta minda sementara kumpulan kawalan pula diajar secara konvensional. Data dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca, soal selidik serta temu bual ke atas persepsi pelajar terhadap membuat catatan nota bentuk peta minda dan konvensional. Keputusan ujian para dan pasca dianalisis menggunakan statistic deksriptif manakala soal selidik persepsi pelajar dianalisis dengan mengira peratus. Selain daripada itu, dapatan data juga dianalisis dengan menggunakan ujian-t untuk menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara min ujian pra dan pasca.

BAB 1MASALAH KAJIAN1.0 PENGENALANAdalah tidak dinafikan bahawamatapelajaran Sainsmerupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.

Penggunaan peta minda adalah salah satu cara untuk meningkatkan daya mengingat pelajar. Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru yang mudah. Dalam perkataan lain, mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas,2011)

Penggunaan peta minda dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan tidak mementingkan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzan (2009), semua kanak-kanak suka benda-benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda merupakan satu aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak. Dan apabila kanak-kanak gemar melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa suka terhadap peta minda juga. Hasil segera yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak semakin bertambah baik. Keberkesanan peta minda dapat dipertingkatkan dan diperkaya dengan warna, gambar,kod dan dimensi untuk menambah elemen-elemen kreativiti sendiri. Penggunaan dan penambahan elemen-elemen individu dalam peta minda dapat membantu perkembangan kreativiti,memori dan khususnya peringatan maklumat seseorang.1.1PERNYATAAN MASALAHPelajar bisanya menghadapi masalah untuk mengingat fakta Sains dan ini telah menyebabkan minat belajar pelajar semakin merosot terutamanya pelajar yang berprestasi rendah dalam bidang akademik. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan pelajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa bosan dan melupakan isi pelajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna sahaja (biasanya warna hitam) menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang lebar dan pelajar hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain daripada itu, pelajar juga tidak berminat untuk mengulang kaji dengan catatan nota bentuk linear yang mereka buat.Berdasarkan pengalaman pengkaji dalam mengajar mata pelajaran Sains pelajar tidak mampu mengingat fakta Sains dengan tepat kerana keputusan peperiksaan yang agak teruk menunjukkan mereka begitu lemah dalam mengingat fakta sains contohnya berkaitan satu soalan struktur Sains Tahun 6 yang berbunyi Apakah faktor yang menyebabkan makanan menjadi basi?. Kurang 50 peratus pelajar menjawab soalan ini dengan jawapan yang tepat dan apabila pengkaji bertanya apakah masalah mereka, mereka hanya menjawab kami lupa dan ada juga murid yang langsung tidak menjawab soalan tersebut mungkin kerana tidak teringat langsung apa yang telah mereka dipelajari.Banyak persoalan yang bermain diminda tentang cara bagaimana mengatasi masalah ini. Apakah yang boleh pengkaji lakukan untuk mengatasi masalah ini? Apakah kaedah yang sesuai supaya murid dapat mengingat fakta Sains dengan mudah dan berkesan? Mampukah pengkaji menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar pengkaji? Apabila pengkaji berbincang perkara ini dengan rakan-rakan dan guru-guru sekolah, ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolahkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini ?Pengkaji telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang tidak mampu mengingati fakta Sains dengan baik. Mungkin cara pengajaran pengkaji tidak bertepatan dengan pelajar ataupun pelajar-pelaja perlukan bahan bacaan yang lebih mudah dan senang difahami berbanding buku teks yang tidak begitu lengkap dan tidak begitu teratur isinya. Sekiranya pengkaji tidak memperbetulkan keadaan ini pastinya murid tidal mampu menjawab soalan latih tubi dan soalan ujian dengan baik lantas memberi impak yang negatif terhadap nilai GNP sekolah.Justeru, pengkaji mengambil langkah untuk melihat kembali perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains di peringkat sekolah rendah khususnya di sekolah pengkaji sendiri. Apakah terdapat kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut secara lebih berkesan supaya pelajar-pelajar dapat belajar dengan berkesan ke arah menguasai fakta Sains. Penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi perkara yang amat penting. Oleh itu, pengkaji merasa perlu diberikan penekanan tentang penggunaan kaedah peta minda semasa mengajarkan tajuk Rantai Makanan.Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997). Pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Pengawetan Makanan akan dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Seterusnya pengkaji juga mengharapkan kajian yang akan dijalankan ini akan memberikan hasil yang positif, untuk memartabatkan mata pelajaran Sains di kalangan murid-murid.

1.2SOALAN KAJIANi. Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan tahap mengingat fakta Sains?ii. Sejauh manakah peta minda dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih mudah menjawab soalan?iii. Sejauh manakah pelajar-pelajar dapat menerima kaedah penggunaan peta minda?

1.3OBJEKTIF KAJIANAntara objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut :i. Memperkenalkan peta minda sebagai alat untuk membuat catatan nota dan mengkaji keberkesanannya.ii. Mengkaji peningkatan daya mengingat pelajar dengan menggunakan kaedah peta minda ke atas pelajar yang berprestasi rendah dalam mata pelajaran Sains.iii. Meningkatkan keupayaan murid memahami Sains

1.4.KEPENTINGAN KAJIANKajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pembelajaran Sains guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda akan dapat memudahkan pelajar mengingat fakta yang diajar oleh gurudan dapat meningkatkan pencapaian.Hasil kajian ini juga penting kepada murid-murid yang berpencapaian rendah dalam Sains. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang memaparkan imej, warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola.Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Sains untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.Selain itu, hasil kajian ini juga mungkin mempunyai kepentingan kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya mata pelajaran Sains.

1.5BATASAN KAJIANKajian ini melibatkan 50 orang murid daripada dua buah kelas tahun empat di Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena, Sungai Besar, Selangor. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud kajian. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-mana kumpulan lain.Kajian ini hanya melibatkan tajuk Pengawetan Makanan yang terkandung dalam Sains tahun 6. Tajuk ini meliputi ciri-ciri makanan yang telah rosak, keadaan yang sesuai untuk pembiakan mikroorganisma, cara-cara pengawetan makanan, contoh makanan bagi setiap kaedah pengawetan, alasan mengapa setiap kaedah pengawetan makanan digunakan dan menyatakan apakah pengawetan makanan.Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas keputusan kajian.BAB 2TINJAUAN LITERATUR2.1 PENDAHULUAN

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji menggunakan kaedah peta minda untuk mengajarkan tajuk Pengawetan Makanan yang terdapat dalam sukatan pelajaran tahun enam. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda dan teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda .

2.2LITERATUR MENGENAI PETA MINDA

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta minda dalam pelajaran Sains boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Kajian Azizah (2000), adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda sebagi kaedah pengajaran dalam matapelajaran Sains Tingkatan !. kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan serta kesediaan pelajar menggunakan peta minda. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra dan pasca dengan sempel kajian 58 orang pelajar. Hasil ujian pra menunjukkan pencapaian awal pelajar kedua-dua kumpulan adalah sama. hsil ujian pasca menunjukkan peningkatan pencapaian bagi kedia-dua kumpulan eksperimen dan kupulan kawalan, walaubagaimanapun peningkatan pencapaian yang lebih diperhatikan berlaku pada kumpulan eksperimen (yang menggunakan peta minda) berbanding kumpulan kawalan (diajar kaedah konvensional). Hal ini bermakna pengajaran dengan menggunakan peta minda adalah lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalan pelajaran Sains bernabding dengan kaedah biasa.

Melati (2008), kajian dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep sebagai alat pengajaran si kalangan guru berbeza pengalaman dan menentukan hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan peta konsep di kalangan guru-guru Sains di Melaka. Kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang dilaksanakan melalui instrument soal selidik. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Seramai 136 orang guru Sains dari 20 buah sekolah telah diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru-guru Sains di sekolah menengah Negeri Melaka beada di tahap yang tinggi

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah Samad 100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

2.3TEORI-TEORI BERKAITAN PETA MINDA

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif sedia ada. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuna sedia ada yang terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi pernah dipelajari oleh para pelajar. Ausubel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafalan. Ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993) yang menyatakan bahawa apabila seseorang pelajar menghafal maklumat, maklumat itu hanya boleh disimpan untuk jangka masa pendek iaitu ingatan hanya boleh mengingat 7 item sahaja daripada maklumat yang dipelajari.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

2.4RUMUSAN

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

BAB 3METADOLOGI PENYELIDIKAN

3.1PENDAHULUAN

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Sains. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen yang digunakan, prosedur pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

3.2REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah bercampur yang melibatkan dua kelas tahun enam. Pelajar akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi pelajar tersebut, agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.

Untuk menjalankan kajian kaedah bercampur ini, pengkaji memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana pelajar menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah linear dan peta minda dalam tajuk yang sama.. Pelajar-pelajar tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pasca sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Sains.

3.3SAMPLE KAJIANSampel dalam kajian ini ialah terdiri daripada pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Sains berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas tahun enam secara bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 50 orang pelajar daripada 100 orang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena yang hampir sama pencapaian pencapaian akademiknya. Mereka terdiri daripada 28 orang pelajar perempuan dan 22 orang pelajar lelaki. Namun mereka mempunyai kepelbagaian kecergasan yang perlu diperkukuhkan. Menurut Howard Gardner kecergasan ialah An intelligence as a set skills that enables one to resolve genuine problems or difficulties or to create an effective product. Pernyataan ini memberi asas yang kukuh kepada kefahaman terhadap potensi sebenar otak atau fikiran manusia. Beliau juga mengatakan bahawa semua orang mempunyai kecerdasan tetapi tidak serupa. Kecerdasan pelbagai ini boleh dikukuhkan dan disuburkan atau dibiarkan dan dilemahkan. Oleh itu dengan memahami kekuatan dan kelemahan pelajar dalam setiap kecerdasan, guru-guru boleh membantu mereka dengan merancang pelbagai kaedah yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar untuk menjadikan mereka berjaya.

3.4INSTRUMEN KAJIAN

Bagi menyokong kelancaran kajian tindakan yang akan dilaksanakan, maka pengkaji telah merangka instrumen yang akan dilaksanakan sepanjang proses kajian tindakan ke atas respondennya kelak. Antara instrumen yang yang digunakan ialah ujian ppra. Dalam ujian pra tersebut pelajar akan diberikan ujian yang berkaitan Rantai Makanan. Sebelum ujian pra dijalankan pelajar tidak merujuk atau menggunakan peta minda untuk mengingat fakta mengenai tajuk yang akan diuji.

Instrument yang kedua adalah ujian pasca. Sebelum ujian pasca dijalankan pelajar telah merekabentuk penta minda dengan bantuan guru bagi mengingat fakta yang berkaitan dengan tajuk. Ujian pasca ini diberikan adalah untuk menilai samada pelajar tersebut dapat mengingat dengan mudah dan faham fakta yang telah dipelajari.

Seterusnya soal selidik akan dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Pengkaji akan menyediakan borang soal selidik yang mengandungi lapan itam dan akan diberikan kepada semua pelajar tersebut. Soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan kemudahan penggunaan peta minda dalam meningat fakta sains. Pelajar hanya perlu memilih setuju atau tidak setuju berdasarkan item yang diajukan. Tiga set soal selidik akan dijalankan kepada pelajar tersebut.

Pengkaji juga menggunakan instruman temu bual bagi melihat keberkesanan penggunaan peta minda bagi membantu pelajar mengingat perkara yang diajar oleh guru. Pengkaji memilih enam respondan secara rawak untuk ditemu bual. Soalan temu bual tersebut akan berkaitan dengan perasaan mereka setelah menggunakan peta minda bagi mengingat fakta yang telah diajar oleh guru. Rujuk lampiran

3.5PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena melibatkan 50 orang pelajar. Pelajar-pelajar tersebut akan diberikan ujian pra dengan tajuk Rantai Makanan. Seterusnya pengkaji menerangkan apa itu peta minda dan bagaimana menghasilkan peta minda yang baik. Kemudian pelajar diarahkan untuk menghasilkan peta minda mereka sendiri dengan untuk topik Rantai Makanan pada penghujung sesi pembelajaran. Akhir sekali pengkaji memberikan ujian pasca untuk tajuk yang sama.Ujian pra dan pasca dianalisis dengan membuat perbandingan gred sampel setelah mengumpul markah pencapaian sampel dalam ujian. Data dianalisis secara statstik dan deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pascaSoal selidik pula dianalisis dengan cara satistik deskriptif. Lapan item soal selidik dianalisis dengan mengira peratus pemilihan setiap responden terhadap setiap skala bagi setiap item dijumlahkan. Tiga set soal selidik akan diberi kepada sampel.

3.6ANALISIS DATAUjian pra dan pasca dianalisis dengan membuat perbandingan gred pelajar setelah mengumpul markah pencapaian pelajar dalam ujian. Data dianalisis secara deskriptif iaitu menganalisis data dengan cara peratus, min dan sisihan piawai. Bagi membuktikan bahawa dara yang dianalisis daripada deskriptif mempunyai perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca , ujian-t akan diuji.Data Soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah statistic deskriftif. Sebanyak lapan item soal selidik dianalisis dengan mengira peratus pemilihan setiap responden terhadap setiap skala bagi item yang dijumlahkan. Tiga set soal selidik adan diberikepada pelajar

RUJUKAN

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian. Kertas Projek KSPK Institut Perguruan Darulaman.

Alias Bin Puteh.(2009). Kajian Tindakan di Sekolah : Satu pengenalan. Jitra : Pure Honey Enterprise

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. hlm, 87 99.

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan Murid tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. InstitutPerguruan Perlis : 133-145.

AzizahAbdullah.(2000) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam matapelajaan Sains di kalangan pelajar tingkatan satu. Projek Penyelidikan Program Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis & interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Buzan, T.,& Buzan, B. (2006). The mind map book: Full colour illustrated edition. London : BBC Active.

David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Mohd Kidin Shahran, Alias Mohd Yatim, Abdul Razak Habib. (2011). Kaedah penyelidikan dalam Pendidikan. Open University Malaysia

Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain Train Your Brain and Unleash The Genius Within. Singapore : Oxford University Press.

Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian] http://www.tutor.com.my [31 Mei 2007].

Melati binti Ahmad (2008). Kajian terhadap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep dikalangan guru sains di Melaka. Sarjana pendidikan, ukm bangi

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nassaruddin Bin Ahmad. (2010) Cemerlang sains dengan peta minda. Retrieved 01 Julai 2013, from http://www.petaminda.com/

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di Kalangan pelajar perakuanan. [atas talian]. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ [11 Julai 2007]

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sim Ah Hock, Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm, 124 141.

Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM.

Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life. England : BBC Active

Zoraini Wati Abas. 1992. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

LAMPIRAN

Kertas Soalan Ujian Pra

Nama : _____________________________ Kelas : _____________________

Jawab semua soalan .

1. Namakan tiga kategori haiwan ?a. .b. .c. .

2. Jelaskan maksud 3 kategori haiwan yang dinyatakan di atas.a. b. c.

3. Bina satu rantai makanan yang bermula dengan :a. Rumpai laut .b. Rumput

4. Lobak Arnab Ular HelangBerdasarkan rantai makanan di atas, garis jawapan yang betul.a. Lobak (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder)b. Arnab (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder)c. Ular (Pengguna Primer, Tertier, Pengguna Sekunder)d. Helang (Pengguna Tertier, Pengeluar, Pengguna Sekunder)

12 markahKertas Soalan Ujian Pasca

Nama : _____________________________ Kelas : _____________________

Jawab semua soalan .

5. Namakan tiga kategori haiwan ?d. .e. .f. .

6. Jelaskan maksud 3 kategori haiwan yang dinyatakan di atas.d. e. f.

7. Bina satu rantai makanan yang bermula dengan :c. Rumpai laut .d. Rumput

8. Lobak Arnab Ular HelangBerdasarkan rantai makanan di atas, garis jawapan yang betul.e. Lobak (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder)f. Arnab (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder)g. Ular (Pengguna Primer, Tertier, Pengguna Sekunder)h. Helang (Pengguna Tertier, Pengeluar, Pengguna Sekunder)

12 markah

Soalan Kaji SelidikBorang Soal Selidik 1Anda diminta menandakan ( ) pada pada ruang SETUJU atau TIDAK SETUJU mengenai penggunaa nota bentuk linear dalam mata pelajaran Sains. Kerjasama anda menjawab soalan secara jujur amatlah dihargai.Segala maklumat yang diberi oleh anda akan DIRAHSIAKAN. Terima kasih.SETUJUTIDAK SETUJU

CONTOH:Saya suka membaca buku diperpustakaan ADAKAH ANDA :BILITEMSETUJUTIDAK SETUJU

1Menyalin nota dapat membantu saya meningkatkan apa yang diajar oleh guru

2Salin nota dapat membantu saya fikir semula dengan senang apa yang dijar oleh guru

3Salin nota dapat membantu saya mempelajari Sains

4Saya boleh ingat balik apa yang diajar oleh guru dengan lebih senang jika saya menyalin nota

5Menyalin nota membuat saya suka Sains

6Menyalin nola membantu saya membuat ualangkaji

7Menyalin nota adalah cara mempelajari Sains yang baik

8Saya suka menyalin nota

Borang Soal Selidik 2Anda diminta menandakan ( ) pada pada ruang SETUJU atau TIDAK SETUJU mengenai penggunaa peta minda dalam mata pelajaran Sains. Kerjasama anda menjawab soalan secara jujur amatlah dihargai.Segala maklumat yang diberi oleh anda akan DIRAHSIAKAN. Terima kasih.SETUJUTIDAK SETUJU

CONTOH:Saya suka membaca buku diperpustakaan ADAKAH ANDA :BILITEMSETUJUTIDAK SETUJU

1Peta minda dapat membantu saya mengingati apa yang diajar oleh guru

2Peta minda dapat membantu saya fikir semula dengan senag apa yang diajar oleh guru.

3Peta minda dapat membantu saya mempelajari Sains.

4Saya boleh ingat semua apa yang diajar oleh guru dengan lebih senang jika saya menggunakan peta minda untuk membuat nota.

5Peta minda membuat saya suka Sains

6Peta minda membantu saya membuat ulangkaji

7Peta minda adalah cara mempelajari Sains yang baik

8Saya suka menggunakan peta minda untuk membuat nota.

Borang Soal Selidik 3

Isikan tempat kosong dengan perkataan PETA MINDA atau NOTA BENTUK LINEAR pada soalan yang diberikan di bawah.

1. Kaedah _________________________ dapat membantu saya mengingat apa yang diajar oleh guru.

2. Kaedah _________________________ dapat membantu saya fikir semula dengan senang apa yang diajar oleh guru.

3. Kaedah _________________________ dapat membantu saya mempelajari Sains.

4. Kaedah _________________________ adalah lebih mudah difahami dan dibaca

5. Saya lebih suka menggunakan kaedah __________________________ untuk membuat nota

6. Kaedah _________________________ membuat saya suka membaca nota yang dibuat.

7. Kaedah _________________________ adalah cara mempelajari Sains yang baik.

8. Saya lebih suka menggunakan kaedah _________________________ untuk membuat ulangkaji

Temu Bual

1. Menyalin nota dalam bentuk linear susah atau pun senang ?2. Membuat nota dalam bentuk linear atau peta minda lebih susah ?3. Nota bentuk linear atau peta minda membantu mengingat ?4. Nota bentuk linear atau peta minda mundah untuk ulangkaji?5. Suka ulangkaji dengan nota linear atau peta minda?

1